ILMU QIRAAT 2_1 (1).pdf

May 5, 2017 | Author: mshubly09 | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download ILMU QIRAAT 2_1 (1).pdf...

Description

ILMU QIRAAT MODUL 2 Diploma Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah 2013

SUKATAN MANHAJ MODUL 2 1)ISTILAH – ISTILAH ILMU QIRAAT

5)MANHAJ IMAM IBNU ‘AMIR

4)MANHAJ IMAM ABU ‘AMRU

2)MAHJAH IMAM NAFI’

3)MANHAJ IMAM IBNU KATHIR

ISTILAH-ISTILAH PENTING DALAM ILMU QIRAAT

Istilah

Maksud

Contoh

Qiraat

Bacaan yang disandarkan kepada salah seorang dari 7 atau 10 Imam Qiraat

Iaitu yang disandarkan kepada Nafi’ / Ibn Katsir /Abu ‘Amr / Ibn ‘Amir / ‘Asim / Hamzah / al-Kisa’I

Riwayat

Bacaan yang disandarkan kepada perawi / anak murid kepada 10 Imam Qiraat

Contoh penggunaan yang tepat: Riwayat Warsy, atau Riwayat Hafs, bukan Qiraat Warsy atau Qiraat Hafs

Bacaan yang disandarkan kepada tokoh yang martabatnya selepas perawi ke bawah dalam silsilah sanad

Riwayat Hafs dari Toriq asy-Syatibiyyah, atau riwayat Hafs dari Toriq al-Fil, atau riwayat Hafs dari Toriq Zar’an

Toriq / Turuq

*Wajah

Merujuk kepada beberapa Berkait dengan Silah Mim Jama’, riwayat cara bacaan yang boleh dibaca Qalun mempunyai dua wajah bacaan: bagi riwayat / qiraat tertentu 1.Wajah pertama membaca tanpa Silah 2.Wajah kedua membaca dengan Silah

Syadz

Bacaan yang menyalahi salah satu dari 3 rukun / syarat penerimaan sesuatu Bacaan

3 syarat tersebut ialah: 1) Sanad yang sahih / tsabit / kuat 2) Menepati rasm Uthmani 3) Menepati kaedah-kaedah Bahasa Arab Antara Qiraat Syadz yang paling terkenal ialah Qiraat al-A’masy, Qiraat al-Yazidi, Qiraat Hasan alBasri dan Qiraat Ibn Muhaisin

Qiraat Bacaan yang menepati ketigaMutawatirah tiga syarat dan sanadnya mencapai tahap Tawatur.

Definisi tawatur: Bacaan yang diriwayatkan dari sekumpulan orang kepada sekumpulan orang yang lain, yang mana kesemua kumpulan/ kelompok tersebut boleh dipercayai dan selamat dari sifat menipu

Qiraat Masyhur

Terdapat khilaf di kalangan ulama’ sama ada bacaan Abu Ja’far, Ya’qub dan Khalaf Asyir termasuk dalam kategori ini ataupun kategori Mutawatirah

Bacaan yang menepati ketigatiga syarat namun sanadnya tidak mencapai tahap Tawatur

Usul

Kaedah-kaedah umum yang digunapakai dalam seluruh al-Qur’an

Kaedah mad, contohnya, termasuk dalam kaedah Usul

Farsy

Kaedah-kaedah khusus yang digunapakai dalam Surah tertentu untuk perkataan-perkataan tertentu sahaja

Dalam Matan asy-Syatibiyyah Bab Surah alBaqarah: Yang menerangkan bahawa lafaz “‫كذبون‬ ‫ ”ي‬pada ayat ke-10 Surah ُ ِ َ alBaqarah dibaca sedemikian oleh Asim, Hamzah dan al-Kisa’i manakala ia dibaca “‫ذبون‬ ِ ‫ك‬ َ ‫ ”ي‬oleh selain mereka.

ُ

Silah Mim Jama’

Membaca dengan 2 harakat setelah dibariskan huruf mim yang merupakan mim jama’. Boleh dibaca dengan 4 atau 6harakat dalam keadaan tertentu.

ُ

Dibaca oleh Qalun, Ibn Katsir, Abu J’afar dan Warsy (dalam keadaan tertentu)

Idgham Kabir

Membaca idgham pada dua huruf yang serupa jika bertemu kedua-dua huruf tersebut dengan syarat kedua-duanya berbaris dan syaratsyarat lain

Dibaca oleh as-Susi

Isymam

-Memuncungkan bibir sebagai isyarat baris depan -Membunyikan huruf Sod seperti bunyi huruf Zai -Mencampurkan bunyi antara dua baris, seperti baris bawah dan baris depan

Seperti pada bacaan:

Membariskan setiap huruf yang mati yang terletak di akhir perkataan pertama dengan baris huruf hamzah yang terletak selepasnya dan membuang huruf hamzah itu

Seperti pada kalimah

Naql

‫َتأمنا‬ َ ‫الصراط‬ ِ ‫قيل‬ ‫ألرض‬ َ ‫ِِف ا‬ ‫ِِف الَرض‬

Ibdal

Menukarkan sesuatu huruf kepada huruf yang lain

Lazimnya menukarkan huruf hamzah kepada huruf mad iaitu alif atau wau atau ya

Imalah

Mencondongkan bacaan alif Juga dikenali sebagai ‘Imalah Kubra’ sebagai huruf mad sehingga berbunyi seakan dekat dengan huruf ya, atau di antara baris atas dan baris bawah

Taqlil

Seumpama bunyi imalah tetapi lebih hampir kepada baris atas

Juga dikenali sebagai ‘Imalah Sughra’ atau ‘Imalah Wustho’

Fath

Lawan kepada Imalah dan Taqlil

Iaitu melafazkan baris atas / bacaan huruf alif dengan sempurna dan mulut dibuka ketika menyebutnya

Tashil

Meringankan sebutan huruf Hamzah sehingga tidak terdengar barisnya secara jelas atau condong kepada bunyi alif /wau / ya

-Kadang disebut ‘baina-baina’ -Boleh juga digunakan untuk merujuk kepada sebarang pertukaran yang berlaku terhadap sebutan huruf hamzah, seperti ibdal, hazaf Dsbnya

Tahqiq

Menyebut huruf hamzah dengan jelas dan sempurna

Isqath/Hazaf

Menggugurkan atau membuang sesuatu Huruf dalam keadaan tertentu

Tarqiq

Membaca huruf ra dengan tipis dengan syarat tertentu

Taghliz

Membaca huruf lam dengan tebal dengan syarat tertentu

Raum / Ikhtilas

- Menyebut hanya 1/3 atau 2/3 Baris - Membaca tanpa Silah pada huruf Ha Kinayah

Biasanya berlaku pada huruf hamzah

Raum hanya berlaku ketika waqaf (berhenti) dan khusus untuk baris bawah dan baris depan sahaja

PENAMBAHAN!

Khilaf atau perbezaan ‘wajah’ qiraat terbahagi kepada dua bahagian : 1. Khilaf wajib 2. Khilaf jaiz (harus) Contoh khilaf wajib (khilaf yang tidak boleh dipilih): ْ ْ ً ‫و َتن ِحتُون ِم‬ ِ َ ‫ال بُيُوتا ف‬ ِ ‫ن ال ِج َب‬ َ‫ار ِهي‬ َ َ َ

Khilaf Jaiz (khilaf yang boleh dipilih)

• Iaitu perbezaan para qurra dalam memilih bentuk bacaan seumpama bacaan istia'azah,basmalah antara dua surah, memilih untuk berhenti secara sukun, roum atau isymam, memilih bacaan dengan kadar panjang (ishba') 6 harakat , tawassut (pertengahan) 4 harakat atau qashar(pendek) 2 harakat

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF