Ikon Sukan (2)

May 10, 2017 | Author: partiban | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Ikon Sukan (2)...

Description

IKON Sukan : Peranan dan Sumbangan Memupuk Perpaduan Kaum di Malaysia Oleh : Partiban a/l Maniam ABSTRAK Perpaduan di Malaysia adalah sangat penting kerana Malaysia merupakan negara yang diduduki rakyat yang berbilang kaum yang mempunyai kepelbagaian budaya dan pegangan agama yang berbeza. Perpaduan di negara kita membantu untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan yang telah dinikmati oleh rakyat Malaysia sejak mencapai kemerdekaan pada 1957. Sejak merdeka lagi, kerajaan negara kita telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar yang telah dilaksanakan untuk mencapai perpaduan kaum di negara kita. Tanpa perpaduan, hasrat negara untuk mencapai Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama rakyat Malaysia yang berbilang kaum diperlukan untuk menjana kemajuan. Salah satu usaha untuk memupk perpaduan kaum di Malaysia adalah dengan menjadikan sukan sebagai medium dalam membentuk perpaduan. Sukan dilihat sebagai alat yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Hal ini demikian kerana, di mana sahaja acara sukan dilaksanakan, perbezaan latar belakang itu diketepikan dan semua rakyat dilihat bersatu ketika memberi sokongan kepada atlet-atlet negara kita. IKON Sukan merupakan atlet-atlet negara kita yang melibatkan diri dalam pelbagai jenis kegiatan dan mewakili diri dan negara kita. Mereka juga berperanan dalam memupuk perpaduan kaum di negara kita dengan pelbagai cara.

1.0 Pengenalan 1.1 Definisi Perpaduan Perpaduan boleh dimaksudkan sebagai proses untuk menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama dan perasaan cinta dan banggakan tanah air. Selain itu, perpaduan juga boleh ditakrifan sebagai proses penyatuan daripada semua aspek seperti fizikal, sosial, ekonomi dan politik. Negara kita, Malaysia yang diduduki oleh masyarakat yang berbilang kaum dengan pelbagai kebudayaan, agama dan ideologi yang berlainan, mestilah mementingkan aspek perpaduan. Hal ini dapat dibuktikan oleh pendapat Tun Abdul Razak, iaitu : “ Perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga Negara dapat disalurkan untuk memajukan negara daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian tersebut ” Seterusnya, perpaduan juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Negara kita mempunyai kepelbagaian dalam banyak segi. Setiap masyarakat di Malaysia mesti mempunyai budaya, bahasa, kepercayaan masing-masing. Oleh hal yang demikian, aspek perpaduan merupakan salah satu kunci untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Selain menyatupadukan rakyat, perpaduan juga dapat menjadikan negara aman dan tenteram. Hal ini demikian kerana, kerajaan Malaysia dapat melaksanakan usaha-usaha untuk membangunkan negara kita dengan lancar untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Manfaat yang seterusnya yang diperolehi melalui perpaduan ialah pihak kerajaan dapat memajukan sektor pelancongan negara kita kerana keadaan negara yang aman dan damai akan menarik ramai pelancong asing dari luar negara untuk datang ke Malaysia. Dengan kehadiran pelancong ini, ramai rakyat Malaysia akan mendapat pelbagai jenis peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat Malaysia. Di samping itu, perpaduan kaum akan menaikkan imej negara kita di mata negara lain. Hal ini disebabkan kerana perpaduan kaum akan membuktikan pemimpin Malaysia memerintah negara dengan baik. Ada beberapa negara yang ingin mencontohi negara kita dalam mentadbir negara mereka. Tidak boleh dinafikan bahawa perpaduan kaum yang ada di negara kita telah membolehkan Malaysia terpilih sebagai pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa.

1.2 Isu-Isu Perpaduan Kaum Di Malaysia Perpaduan kaum yang sangat kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan untuk kesejahteraan dan kemakmuran negara kita. Perpaduan merupakan elemen yang paing utama dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia. Jika tidak ada perpaduan kaum di negara kita, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperlolehi akan hilang dalam sekelip mata. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah pada awal abad ke-19 telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India dan hal ini menyebabkan kewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Pada masa itu, petempatan mereka adalah berbeza, misalnya orang Cina di kawasan perlombongan dan orang India di kawasan perladangan. Hal ini telah mengelakkan kewujudan interaksi antara tiga kaum utama ini dan melahirkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kaum yang menjarakkan jurang perpaduan antara kaum. Rusuhan kaum terbesar yang pernah berlaku di negara kita pada 13 Mei 1969 yang telah mengorbankan banyak nyawa dan melibatkan banyak kemusnahan harta benda memberi peringatan kepada kita betapa pentingnya untuk mengekalkan

perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai usaha yang telah

dilakukan di negara kita bagi mengeratkan dan memupuk perpaduan kaum bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan keamanan negara serta memastikan peristiwa 13 Mei tidak berulang lagi. Walaubagaimanapun, di negara kita masih berlaku isu-isu perpaduan yang menghalang pembentukan perpaduan kaum. Antara isu perpaduan yang berlaku di negara kita adalah seperti : Tindakan kerajaan membantu kaum Bumiputera di dalam bidang sosio-ekonomi telah dilihat sebagai satu diskriminasi terhadap kaum-kaum lain Terdapat sebahagian dari kalangan rakyat yang berbilang kaum yang kurang peka dan bertoleransi Kurangnya semangat patriotism dan kesukarelaan dalam kalangan masyarakat Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang di antara wilayah, khususnya Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Punca-punca yang dinyatakan di atas jelas menunjukkan keadaan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Dalam situasi ini, pelbagai usaha yang sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk mewujudkan semangat perpaduan kaum di negara kita. Salah satu usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia adalah seperti menjadikan

sukan sebagai medium dalam membentuk perpaduan kaum. Persoalannya, apakah peranan dan sumbangan sukan dan IKON Sukan negara kita dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia? 1.3 Sukan dan Perpaduan Kaum di Malaysia Sukan boleh dikatakan sebagai alat memupuk perpaduan yang berkesan di Malaysia. Dalam konteks ini, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang telah terbukti berjaya dengan menggunakan sukan sebagai satu medium untuk menggalakkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Sukan di Malaysia dianjurkan oleh persatuan dan badan sukan da nada juga acara-acara yang dianjurkan secara sukarela oleh pihak swasta dan orang perseorangan. Dasar Sukan Negara merupakan satu dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa. Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan nilai cintakan negara telahpun diterapkan oleh pemimpin-pemimpin negara kita sejak dari dulu. Tunku Abdul Rahman dengan bantuan Tun Cheng Lock dan Tun V.T Sambanthan telah berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan daripada jajahan British melalui Parti Perikatan. Kemerdekaan negara kita tidak mungkin tercapai jika tidak adanya perpaduan kaum pada masa itu. Manakala, Tun Abdul Razak telah mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di negara kita. Seterusnya, Tun Hussien Onn juga terkenal dengan usaha-usaha beliau untuk memupuk perpaduan kaum dan beliau telahpun diberikan gelaran ‘Bapa Perpaduan’. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang sebagai satu gagasan bagi memupuk perpaduan kaum di negara kita. Perdana Menteri kita pada masa sekarang, iaitu Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak pula telah memperkenalkan konsep 1 Malaysia. Konsep 1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Sukan merupakan satu contoh yang mendukung aspirasi 1 Malaysia yang melangkaui batasan agama, bangsa, dan politik. Seperi yang telah dinyatakan, sukan berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideolodi. Sukan dapat menyemamarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Hal ini demikian kerana, penyertaan aktiviti sukan tidak terhad

kepada kaum-kaum yang tertentu. Sukan membuka peluang seluas-luasnya untuk mereka yang bermint dalam sukan. Penubuhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Sukan Malaysia (SUKMA), dan sebagainya memberikan peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam sukan di samping dapat membantu untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. 2.0 Sukan dan Etnik di Malaysia Pada zaman sekarang, tidak hairan jika dikatakan yang berlakunya sukan dominan berdasarkan kaum. Sukan dominan berdasarkan kaum membawa maksud sukan yang dimonopoli atau dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja. Hal ini disebabkan oleh sukan menjadi permainan dan budaya yang diwarisi oleh sesuatu kaum tertentu. Selain itu, penglibatan kaum lain dikhuatiri akan menjejaskan keaslian sukan kaum masing-masing. Masalah komunikasi antara rakyat yang berbilang kaum juga menyebabkan berlakunya sukan dominan berdasarkan kaum. Sukan dominan berdasarkan kaum ini akan menjejaskan dan menghalang kemajuan sesuatu sukan ke peringkat yang seterusnya. Di samping itu, hal ini akan menyebabkan jurang perbezaan dan sifat perkauman antara masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Contoh sukan dominan di Malaysia adalah seperti sepak takraw yang dimonopoli oleh kaum Melayu, bola keranjang, ping pong, dan badminton yang dimonopoli oleh oran Cina dan sukan olahraga yang dimonopoli oleh kaum India. Sukan dominan berdasarkan kaum yang berlaku di negara kita secara langsung akan menjejaskan tahap perpaduan kaum di Malaysia. Oleh hal yang demikian, sukan dominan ini perlulah dielakkan untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara kita. 3.0 Peranan Sukan dan Ikon Sukan dalam Memupuk Perpaduan Kaum Seperti yang dibincangkan sebelum ini, sukan merupakan alat memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, di peringkat sekolah, setiap sekolah sudah tentu akan mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan pada setiap tahun. Semasa kejohanan ini, semua pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan besar yang dikatakan ‘rumah sukan’ secara rawak di mana setiap kumpulan akan terdiri daripada murid-murid yang berlainan kaum. Tiada acara sukan yang diadakan itu akan dipertandingkan mengikut kaum dan agama masingmasing. Ia memberi peluang kepada murid-murid yang berlainan kaum untuk mewakili rumah sukan masing-masing dan begitu juga dengan rakan-rakan penyokong yang akan menyorak memberi sokongan kepada atlet-atlet rumah sukan masing-masing tanpa mengira bangsa mereka. Secara langsung, hal ini akan membantu untuk memupuk perpaduan antara murid-

murid sekolah. Seterusnya, pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) di setiap sekolah menjadi penggerak utama perpaduan pelajar berbilang kaum di negara kita. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asariah Meor Shaharuddin pernah berkata bahawa dengan menceburi bidang sukan, akan dapat memupuk semangat setiakawan dan berpasukan terutamanya dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita di samping mampu melahirkan atlet yang berkaliber sehingga ke peringkat antarabangsa. Selain itu, melalui Kejohanan Peringkat MSSM yang dianjurkan juga dapat dijadikan sebagai medium untuk memupuk perpaduan kaum. Kejohanan ini disertai oleh berpuluh-puluh sekolah termasuklah Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Hal ini akan memberikan peluang kepada atlet-atlet sukan sekolah dan para guru pengiring untuk berkenalan dengan atlet-atlet daripada sekolahsekolah lain. Selain kejohanan di peringkat sekolah, SUKMA juga boleh dilihat sebagai satu usaha untuk membentuk perpaduan. SUKMA merupakan kejohanan ‘beraneka sukan’, iaitu multi-sports competition dan diadakan secara dwi tahunan untuk mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakkan penglibatan secara mendalam dalam sukan yang disertai. Di samping menggalakkan murid-murid menyertai dalam sukan, kejohanan peringkat MSSM dan SUKMA dapat membentuk perpaduan dalam kalangan murid-murid sekolah. Kita juga boleh melihat peranan sukan dalam memupuk perpaduan kaum melalui acara sukan berkumpulan seperti bola sepak, bola baling, dan sebagainya. Pemilihan ahli pasukan sudah tentu berdasarkan bakat, kebolehan, dan potensi seseorang atlet itu dan bukannya mengira kaum ataupun bangsa. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah jika dikatakan bahawa mungkin ada kumpulan-kumpulan yang mempunyai ahli pasukan yang berbilang kaum. Acara kumpulan sebegini sudah tentu memerlukan semangat kerjasama yang tinggi di antara ahli kumpulan tanpa mengira kaum dan agama masing-masing. Sesebuah kumpulan itu akan meraih kemenangan serta melangkah lebih jauh dalam sesuatu acara yang dipertandingkan jika masing-masing membuang sifat perkauman sikap prejudis. Misalnya, kita mengambil salah satu IKON Sukan negara kita, iaitu penjaga gol pasukan hoki Malaysia yang berkebolehan untuk menggunakan tangan untuk makan nasi tanpa kekok. Hal ini demikian kerana percampuran beliau dengan rakan-rakan Melayu dan India dalam pasukan hoki yang memang menggunakan tangan ketika makan.

Pergaulan

beliau

dengan rakan-rakan yang

berbilang

kaum

membolehkan beliau untuk menggunakan tangan semasa makan. Hal ini jelas menunjukkan

bahawa sukan berkumpulan dapat mengeratkan hubungan yang baik antara ahli-ahli pasukan yang berbilang kaum. Selain daripada itu, contoh lain yang boleh diambil ialah semangat kerjasama antara ahli pasukan bola sepak Malaysia sebelum terbentuknya Malaysia yang dikenali sebagai ‘pasukan bola sepak Malaya’. Pasukan ini dianggotai oleh pemain-pemain yang berlainan kaum seperti Abdul Ghani Minhat, Arthur Koh, G. Gonvindaraju, Robert Choe, Stanley Gabriel, dan sebagainya. Pencapaian terbaik pasukan ini ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia. Pada hari ini, pasukan bola sepak negara kita dikenali sebagai ‘Hariamau Malaya’ yang diletakkan di bawah jagaan Datuk Rajagopal a/l Krishnasamy, iaitu bekas pemain kebangsaan pada era 80-an. Di sini kita boleh melihat yang perbezaan agama dan bangsa bukanlah menjadi penghalang dalam sesuatu sukan. Sebaliknya, sukan dijadikan sebagai alat untuk membentuk dan memperkukuhkan perpaduan kaum di negara kita. Seterusnya, kita boleh melihat semasa berlangsungnya sesuatu sukan yang besar, rakyat Malaysia tidak kita agama dan bangsa sanggup bersengkang mata untuk menonton dan memberi sokongan walaupun di depan televisyen ataupun di pelbagai lokasi strategik seperti kedai makan dan lain-lain lagi. Seperti yang kita ketahui, negara kita diwakili oleh 30 atlet dalam sembilan acara sukan di London 2012 yang lepas. Sokongan padu dan harapan setiap rakyat Malaysia pasti akan dihargai oleh atlet-atlet yang mewakili negara kita kerana mereka menjunjung semangat jati diri rakyat-rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Seperti apa yang dibincangkan sebelum ini, IKON Sukan memainkan peranan yang paling penting dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei menjadi kebanggaan kita dalam bidang suka, iaitu badminton. Beliau telah menjadi IKON Sukan yang yang dihormati dan disanjungi. Sukan Olimpik Beijing yang telah berlangsung telah menyemarakkan semangat perpaduan di negara kita. Hal ini demikian kerana, rakyat daripada pelbagai kaum di negara kita telahpun memberi sokongan dan dorongan kepada Datuk Lee Chong Wei yang telah mara ke suku akhir dan menjadi harapan rakyat Malaysia untuk mendapatkan pingat emas pertama Malaysia. Dalam setiap perlawanan yang disertainya, beliau sudah pasi menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia terutamanya dalam perlawanan yang sangat penting seperti Thomas Cup. Dalam situasi ini, rakyat Malaysia tidak akan kira bangsa, agama, dan budaya, malah mereka akan berkumpul bersama dan berkomunikasi antara satu sama lain tentang sesatu perlawanan. Hal ini akan mewujudkan persamaan antara satu sama lain, iaitu termasuklah topik perbincangan yang sama dan mereka akan memberikan pujaan yang semasa. Hal ini secara langsung dapat membantu untuk meningkatkan

persefahaman dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam. Perkara ini akan menjadi tunjang pemupukan perpaduan antara rakyat Malaysia. Seterusnya, IKON Sukan bukan sahaja aktif dan fokus terhadap bidang sukan, malah mereka juga turut melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kebajikan. Misalnya, Datuk Lee Chong Wei telahpun menubuhkan Yayasan Kebajikan Anak Yatim untuk membantu golongan yang memerlukan di negara kita. Usaha yang dilakukan oleh beliau ini akan mendorong rakyat lain juga untuk turut berusaha dalam kegiatan kebajikan dengan membantu orang yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan sebagainya. Selain Daruk Lee Chong Wei, seorang IKON Sukan yang giat melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kebajikan adalah Datuk Nicol Ann David. Belaiau merupakan duta United Nation Development Programme (UNDP). UNDP Malaysia telah melantik menjadi penceramah dalam kempen kesedaran terhadap hak kaum dan wanita. Kempen yang dilancarkan ini adalah untuk memupuk keaedaran kepada masrakat Malaysia tentang penderaan terhadap wanita dari segi fizikal, seksual, dan psikologi. Sebagai penceramah, Dato Nicol Ann David telah memainkan peranan yang tinggi dalam meningkatkan kesedaran semua lapisan masyarakat tentang isu ini. Beliau sepatutnya dapat mempengaruhi masyarakat Malaysia tidak kira kaum, agama, dan bangsa. Hal ini secara langsung dapat meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Penutup Boleh dikatakan bahawa sukan merupakan agen perpaduan yang berkesan untuk segenap lapisan masyarakat. Dalam perspektif ini, Malaysia merupakan salah satu negara yang teah membuktikan sukan sebagai alat kepada pengukuhan perpaduan kaum. Sukan boleh dikatakan sebagai contoh di dala mendukung aspirasi 1 Malaysia yang tidak mengira agama, bangsa, dan kaum. Tidak hairanlah jika sukan dikatakan sebagai jambatan perpaduan kaum di negara kita kerana sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi yang cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani, malah dalam keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh. Selain itu, sukan juga merupakan satu mekanisme yang penting dalam melentur semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia dan penjana dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Perpaduan di negara kita yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi ia dijadikan sebagai alat penghubung rakyat Malaysia. Sukan sebagai wahana perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan, misalnya di sekolah dan kawasan petempatan. Sukan mampu menggalakkan pertandingan yang sihat, sikap muhibah dan toleransi yang tinggi, persefahaman, dan sebagainya. Sukan memberi peluang dan ruang kepada untuk mengintegrasikan pelbagai kaum kepada satu masyarakat yang bersatu padu kea rah pemupukan maruah bangsa dan negara. Jelas diperkatakan bahawa sukan memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek kemanusiaan sejagat yang melibatkan peranan individu, masyarakat dan negara. Hal ini dapat dibuktikan dengan merujuk pendapat Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri (JPNIN) Sarawak, iaitu Delin Liet Blaun yang berkata bahawa penglibatan ahli masyarakat dalam pelbagai jenis sukan amat penting dalam memperkukuhkan perpaduan kaum. Konklusinya, peranan dan sumbangan sukan dan IKON Sukan negara kita dalam membentuk perpaduan kaum di Malaysia adalah amat besar. Secara kesimpulannya, sukan dilihat sebagai jentera yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum di negara ini. Peranan dan sumbangan IKON Sukan juga memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk perpaduan kaum di Malaysia. Mereka dilihat sebagai model oleh rakyat-rakyat yang berbilang kaum. Oleh hal yang demikian, mereka sepatutnya memainkan peranan mereka

dengan baik agar dapat dicontohi oleh rakyat Malaysia, di samping dapat membantu mereka untuk memahami betapa pentingnya perpaduan di negara kita.

Bibliografi Mansor Mohd Noor & Rakan-rakan. (2006). Hubungan Etnik Di Malaysia. Selangor : Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Ahmad Ali Bin Seman & Warti Bt Kimi. (2015). Hubungan Etnik. Selangor : Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd. Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur : Maskha Sdn. Bhd. Astro Awani. (2014). Sukan Sebagai Wadah Erat Perpaduan Di Malaysia. Dimuat turun pada Ogos 1, 2015 dari http://www.astroawani.com/merdeka2014/sukan-sebagai-wadah-eratperpaduan-kaum-di-malaysia-44019 Tidak Dinyatakan. (2008). Dasar-Dasar Kerajaan Dalam Membentuk Perpaduan. Dimuat turun pada Ogos 1, 2015 dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/nkra/11743-dasardasar-kerajaan-dalam-membentuk-perpaduan.html Tidak Dinyatakan. (2015). Perpaduan Penting Dalam Menjamin Keharmoniam Negara. Dimuat turun

pada

Ogos

1,

2015

dari

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445kolumnis/15970-perpaduan-penting-dalam-menjamin-keharmonian-negara.html Noor Hidayah Yusuf. (2014). Langkah Mengukuhkan Perpaduan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia.

Dimuat

turun

pada

Ogos

1,

2015

dari

http://www.1malaysia.com.my/affiliates/langkah-mengukuhkan-perpaduan-dalamkalangan-rakyat-malaysia-0 Dr. Rahmat Ghazali. (nd). Isu Perpaduan Kaum Di Malaysia. Dimuat turun pada Ogos 1, 2015 dari https://zanas.wordpress.com/isu-perpaduan-kaum-di-malaysia/

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF