Download IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA GLOBALISASI.pdf...
IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA GLOBALISASI Oleh Prof. Madya. Dr. Hj. Wan Salleh Hj. Wan Ibrahim Setiausaha Agung The World Melayu-Polynesia Organisation E-mel :
[email protected]
Abstrak Watak atau persona seseorang individu itu boleh dilentur diperingkat ianya masih dipucuk rebung lagi. Begitu juga halnya dengan sesuatu negara yang baru sahaja mencapai kemerdekaan. Satu strategi untuk mendidik individu-individi berjiwa merdeka adalah dengan cara mengasuh dan menggilap bakat-bakat kesenian mereka terutama melalui kreativiti seni bina. Bidang seni bina, sebagai ibu segala seni-seni, mampu mencipta tamadun yang hebat pada masa lalu, masa kini dan masa hadapan. Ini terbukti dengan adanya tinggalan piramid, ziggurat serta tugu dan monument yang membayangkan betapa tingginya tamadun kecapaiannya pada masa lalu. Sekiranya kita menyingkap tabir prasejarah tamadun Melayu dizaman silam, kita dapati bahawa sebahagian besar tamadun Alam Dunia bergantung kepada kepandaian kaum Melayu yang ramai menghuni disetiap pelusuk dunia. Budaya material dan budaya bukan material yang dicipta mereka bermula dari tamadun Sunda, Indonesia (14,000 -10,000) beransur melebar pengaruhnya ke utara, ke barat, ke timur dan ke selatan. Satu contoh penciptaan bijak pandai Melayu adalah dalam evolusi seni bina kediaman vernakular yang sesuai dan telah diadaptasikan oleh mereka mengikut kehendak iklim dan batasan geografi. Untuk memenuhi kekosongan jiwa merdeka dan membudayakan bangsa Malaysia, identiti seni bina Melayu kini diterokai sesuai dengan ruang dan masanya. Hasrat dan ideologi membina bangsa ini bermula sejak adanya Kongres Kebudayaan Kebangsaan (1957) dan Dasar Kebudayaan Malaysia (1971). Namun begitu, aspek pengimplimentasian dasar ini agak lemah. Dengan itu kesedaran untuk mencipta lembaran baru bermula dengan wujudnya Sekretariat Senibina Beridentiti Kebangsaan (2013); yang matlamat akhirnya diharap akan menjadi akta seni bina beridentiti kebangsaan. Kata kunci : Budaya bangsa, identiti seni bina, akta seni bina kebangsaan
1.0
PENDAHULUAN
Negara Malaysia ini sebenarnya bersifat masyarakat majmuk, dengan adanya pelbagai etnik, budaya.dan bahasa yang berbeza. Kaum Melayu merupakan kaum etnik awal yang menghuni kawasan ini, walaupun ada setengah sejarawan menyatakan bahawa kaum Orang Asli itu lebih lama. Mengikut pendapat Prof. Emeritus Dato` Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)(2005), kaum Orang Asli ada juga pertalian/kesamaan dengan kaum Melayu dan boleh diklasifikasikan sebagai kaum Pribumi; 1
manakala kaum etnik Cina, India dan lain- lain merupakan kaum pendatang. Masyarakat berbilang kaum (majmuk) ini hidup bersama walaupun integrasi nasional belum wujud dengan sempurna. Fakta ini penting diperjelaskan awal-awal lagi memandangkan pilihan tajuk identiti seni bina Melayu juga menjadi elemen Dasar Kebudayaan Kebangsaan, 1971 (Wan Salleh Wan Ibrahim & Noor Farhani Othman, 2014). Setiap negara didapati ada dasar kebangasaannya. Dasar kebangsaan Australia dan New Zealand dinamakan `Creative Australia‟ dan `Creative New Zealand‟. Walaupun dasar kebudayaan Malaysia ini adalah yang memberi fokas kepada kebudayaan etnik majoriti Melayu, elemen budaya lain juga diberi penekanan. Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan mudah diterima kerana bagi mereka beranggapan bahawa setiap kaum harus diberi kebebasan dalam aspek-aspek yang mereka suka (Siong Vui Choong, 2006). Ini adalah satu ciri `persengketaan‟ (Jenkins, 2004) yang terpaksa dialami oleh semua negara majmuk, bila menghadapi ketidakseimbangan ekonomi, budaya dan sosial. `Persengketaan‟ ini menjadi berlarutan bila dasar sosiobudaya dalam menterjemahkan arah tuju negara dari segi keutamaan elemen dalam penampilan bentuk seni bina kebangsaan. Kalaulah pada awal kemerdekaan dulu isu seni bina kebangsaan ini tidaklah menjadi berat, diakhir-akhir dekad 1990-han dan bermula dekad 2000, ianya menjadi hangat. Dalam era globalisasi (Wilson & Wimal Dissanayake, 1996, Wan Salleh Wan Ibrahim, 2005) ini negara-negara membangun mengalami `hilang kawalan‟ dari segi dominasi teknologi dan perubahan budaya dari negara-negara perindustrian yang lebih maju. Penerobosan media komunikasi dan nilai liberalisme politik, budaya dan ekonomi dari luar kadangkala boleh dilihat sebagai usaha menceroboh nilai dan pantang larang tempatan. Semangat untuk menginterpretasikan segala aspirasi kebangsaan yang kuat dalam 20-30 tahun pasca kemerdekaan dulu tidak lagi mendapat tempat. Situasi sosiopolitik baru yang mengarahkan kepada `kepelbagaian budaya‟ (multiculturalism) dalam semua bidang : dari pendidikan, penghayatan seni dan kraf, budaya aestetik, visi pembandaran dan pelancongan menjadi hambatan. Dengan itu, dasar untuk pemupukan `jati diri‟ bangsa dalam penterjemahan hasrat citarasa dalam seni dan budaya tidak dikira penting lagi. Ini terbukti nyata bila kebebasan berfikir tidak ada sekatan lagi, dan `fikiran terbuka‟ menjadi hambatan baru. Dalam konteks masyarakat majmuk, kepelbagaian budaya (multiculturalism) yang sama rata dicanang habis-habisan (Jenkins, 2004, Siong Vui Choong, 2006). Hujjah mereka konsep penerimaan identiti Melayu-Islam itu hanya relevan pada awal kemerdekaan Malaysia (1957) sahaja. Dalam era globalisasi ini - bermula sejak tahun 2000 (Smiers, 2003) keseragaman budaya berdasarkan nilai budaya tempatan tidak lagi sesuai. Dengan itu usaha untuk melestarikan penerusan budaya tempatan (etnik Melayu) amat diperlukan (Wan Salleh Wan Ibrahim, 2003, 2003a, 2005, 2009). Kertas kerja ringkas ini akan menyentuh: (a) Pembentukan identiti budaya bangsa dan identiti seni bina 2
(b) Seni bina vernakular Melayu (c) Penghayatan seni bina Melayu dan (d) Perihal Akta Seni bina Beridentiti Kebangsaan
2.0
PEMBENTUKAN IDENTITI BUDAYA BANGSA DAN IDENTITI SENI BINA
Persoalan identiti seni bina Melayu adalah subjek yang besar, bukan hanya kepada penulis bahkan juga kepada mereka dalam profesyen seni bina dan perumus dasar budaya Malaysia. Penyediaan kertas kerja dan masa perbincangan yang diberikan ini sudah tentu terhad. Oleh itu bahan penulisan ini hanya sesuai untuk memulakan diskusi akademik di kalangan mereka yang kurang prihatin akan bidang rekabentuk dan seni bina agaknya. Kebanyakkan negara-negara Asia yang baru mencapai kemerdekaaan dari kuasa penjajah meletakkan keutamaan mereka kepada membina budaya bangsa. Apa itu budaya bangsa dan kepentingannya? Budaya bangsa, secara ringkas, bermaksud himpunan hasrat-hasrat murni rakyat yang merdeka selepas mencapai kemerdekaan. Mereka telah lama mengidam-idam kebebasan bersuara, kebebasan untuk menggarapkan nilai sosiobudaya yang mereka anggap harus diangkat setinggitinggi mungkin. Sekiranya mereka mempunyai warisan seni visual, kraf dan seni bina yang harus disanjung tinggi mengapa aspek ini disorok-sorok dari pengetahuan umum. Perasaan dan emosi simbolik ini harus diberi ruang untuk diperlihatkan serta kreativiti asli diletak dimedan terbuka. Walaupun begitu, banyak lagi faktor lain yang harus dibincangkan kerana bidang kesenian dan budaya indah tidak beroperasi dalam konteks ruang dan masa yang kosong. Antara factor yang juga penting termasuklah peranan elit politik yang mengolah dasar dan ideologi negara setempat. Faktor-faktor ini saling mempengaruhi antara satu sama lain. 2.1
Budaya bangsa
Langkah pertama untuk membahaskan konsep `budaya bangsa‟ ini pernah di mulakan oleh Tan Sri Aziz Tapa yang menganjurkan Kongres Kebudayaan Melayu di Melaka pada 30 Disember 1957. Walaupun kebanyakan perbincangan berkisar mengenai budaya dan Bahasa Melayu, `budaya‟ dan `kebudayaan‟ itu lebih luas pengertiannya. Istilah ` budaya‟ (http:ms/Wikipedia.org/wiki/Budaya) berasal dari perkataan Sanskrit buddayah, …. bermaksud budi pekerti atau akal … hal-hal budi dan akal manusia; manakala `bangsa‟ pula adalah “ sekelompok manusia yang di takdirkan untuk bersama, senasib dan sepenanggungan dalam satu negara.” Fakta “ senasib dan sepenanggungan” ini amat kritikal bila sesuatu negara itu masyarakat majmuk. Membina sesuatu akal-budi manusia supaya mereka bangga akan keturunan (walaupun 3
berbeza agama dan budaya) perlu dididik dan dipupuk dari peringkat awal lagi. Ini memerlukan ilmu dan psikologi. Pakar psikologi kanak-kanak seperti Montessori, Piaget dan Freud percaya pembelajaran saintifik harus dimulakan di peringkat awal kerana deria kognitif mereka amat kuat dan berkesan. Begitu juga penerapan nilai budaya, sensitiviti terhadap idea dan bentuk benda aestetika perlu juga digarap diperingkat demikian (Wan Salleh Wan Ibrahim & Noor Farhani Othman, 2014: 17). “ As such, building an identity and soul of a nation, therefore, lies in early childhood education. Many non-formal education (indigenous knowledge) in the past were early apprenticeship to a great artist or master (adiguru).” Amalan untuk penghayatan seni-seni kreatif tergolong juga sebagai satu elemen ketatakenegaraan. Individu-individu yang diasuh dengan amalan budaya dengan akal budi yang luhur akan menjadi warganegara yang berbakti ke arah kesejahteraan umum. Yang dikatakan celik budaya bukan sahaja pandai kraf dan mencipta bahan indah tetapi perlu mencintai sejarah, menghayati warisan serta hidup berjiwa seni (Wan Salleh Wan Ibrahim, 2009a). Bila sesuatu bangsa baru saja mencapai kemerdekaan, memupuk `jiwa merdeka‟ ini melibatkan kempen dan projek-projek seandainya. Dalam membicarakan `budaya bangsa‟, atau `nation-building‟ (ww1:utusan.com.my/utusan/infoasp?y=2001), falsafah berikut perlu difahami:
Malaysia
“ Semangat nasionalisme yang menyebar di kalangan negara-negara dunia ketiga selepas kejatuhan kuasa penjajah Barat mewujudkan perbahasan tentang identity nasional dalam segala aspek budaya hidup setiap bangsa. Identiti nasional sesebuah negara dikira penting bagi menjanakan kesatuan bangsa, kesamaan aspirasi dan memberi kesinambungan sejarah warisan masing-masing. Dalam sesebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia persoalan identiti merupakan sesuatu yang rumit dan sensitif. Pada zaman dahulu, sebelum wujudnya teknologi moden, persoalan identity seni bina tidak timbul dengan ketara kerana setiap hasil seni bina pada waktu itu dengan sendirinya melambang spirit of the times atau jiwa sezaman dan spirit of place atau jiwa setempat masing-masing. Setiap rupabentuk pada ketika itu merujuk terus kepada tahap teknologi primitif yang tidak banyak pilihan.” Perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan itu suatu pengorbanan, perjuangan untuk mendirikan objek-objek visual penuh simbolik juga perjuangan; dan perjuangan untuk meneroka dan memulihkan elemen rupabentuk lama dan mengadapatasikan kepada yang relevan juga satu pengorbanan. Objek seperti arca, pintu gerbang, tugu, monument, muzium kebudayaan dan universiti sebagai contoh tergolong dalam kategori membina budaya bangsa. Projek-projek demikian akan menyuntik jiwa merdeka dan rasa daulat di kalangan rakyat. Uuk melestarikan aspirasi-aspirasi ini memerlukan pembuat dasar yang ada visi serta pereka yang kreatif untuk mengabadikan spirit of the times. Keputusan-keputusan demikian terserah kepada segolongan elit politik yang berani dan kreatif. 2.2
Elit politik dan ideologinya 4
Kepemimpinan politik dan peranan elit politik amat ketara bagi memenuhi hasrat rakyat yang dahagakan perubahan. Ada dua jenis pemimpin. Satu yang bercorak birokratik yang mengharap dasar dan strateji di sediakan oleh penasihat sahaja; manakala ada jenis kedua, pemimpin yang bersifat karismatik, yang berani mengubah sikap dan tabiat masyarakatnya. Pemimpin jenis pertama itu adalah seperti Perdana Menteri Jawaharlal Nehru (India ), manakala pemimpin jenis kedua adalah Adolf Hitler (Germany), Presiden Soekarno (Indonesia) dan Presiden Gamal Abdul Naseer (Mesir). Terkadang-kadang pemimpin karismatik boleh dilihat yang lebih berupaya. Satu contoh adalah Hitler (http:en.wikipedia.org/wiki/Nazi_architecture) dalam suasana politik negara Germany dalam tahun-tahun 1880-1910. Dalam tahun awal pembesaran beliau, Hitler bercita-cita untuk menjadi seorang akitek, dan amat cenderung kepada penghayatan seni visual dalam kehidupan. Ketokohannya yang petah berpidato, berani dalam bidang ketenteraan membawa beliau menjadikan seni bina sebagai penghambat minda rakyat Jerman bila beliau berkuasa. Stadiumstadium (lihat Gambar 1), untuk mengadakan rapat umum dibina, bangunan-bangunan rasmi untuk menonjol-nonjol kekuasaan parti sosialistnya dipertontonkan kepada pelawat-pelawat asing.
Sumber: http://www.german-architecture.info/GERMANY/TEN/TEN-NS-02.htm Gambar 1: Mega stadium dengan gaya seni bina agung
Cita-cita Hitler adalah untuk memperkasakan bangsa Aryan-Jerman menjadikan mereka lebih hebat daripada kehebatan empayar klasik Roman sebelumnya. Seni bina, baginya, adalah segala-galanya - seperti agama juga : “ Architecture as religion.” “ A major difference between the neoclassical state architecture of Nazi Germany and neoclassical architecture in other modern countries in Europe and America is that in Germany it was but one facet of a severely authoritarian state. Its dictator aimed to establish architectural order, gridiron town plans, axial symmetry, hierarchical placement 5
of state structure within urban space on a scale intended to reinforce the social and political order desired by the Nazi state …” Istilah `architectural order’ gridiron town plans, axial symmetry dan heirachical placement‟ merupakan satu rupabentuk agung (grand design) yang mencakupi bukan hanya motif, ragam hias, skel, ruang lingkup seni bina bangunan atau kelompok bangunan tetapi seni bandar (townscaping) termasuk panorama arca, tugu, monument, landskap hijau yang sama-sama memain peranan bagi menghidup dan meniupkan semangat. Semangat ini mencakupi semua deria manusia secara total. Di Indonesia (Abidin Kusno, 2000), (http://cungss.wordpress.com/2012/11/01/indonesianarchitecture-cultu...), Presiden Soekarno, dalam tahun-tahun 1960-1959, telah memulakan projek-projek bukan sahaja yang menyuntik semangat kebangsaan rakyat Indonesia. Diantara projek Soekarno adalah arca kebebasan Irian Barat oleh Edhi Sunarso Gambar 2), stadium Asian Games, Masjid Al-Istiqlal, Tugu Monas Jakarta, Hotel Indonesia dan urban design kota Jakarta.
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_West_Papua
Gambar 2 : Arca Pembebasan Irian Barat (Indonesia) oleh Edhi Sunarso
2.3
Identiti Alam Melayu sejak zaman prasejarah manusia
Kehebatan seni visual, teknologi, pertukangan kraf dan seni bina Melayu bertaraf dunia sejak zaman prasejarah lagi. Bila arkeologi dan pertanian barat mulai mengkaji jejak-jejak pertanian 6
padi paling awal didapati kaum Melayu (Pribumi China) adalah peneroka benua China, membawa teknik menanam padi ke Korea dan Jepun sejak 5,000 tahun sebelum Masihi (Fuller, 2007, 2007a, 2011). Mereka sudahpun menghuni dan mencipta bangunan-bangunan awal di persekitaran Lembah Yangzi, Yunnan, pulau Taiwan dan Filipina, meneres bukit dan membuka negeri dan kerajaan dari Afrika Timor, Madagascar ke Hawaii dan New Zealand (Wan Salleh Wan Ibrahim, 2013). Tamadun yang mereka adalah `world class‟ pada suatu ketika dulu. 2.4
Rumah kediaman Austronesia
Benua China dihuni peneroka Melayu kira-kira 7,000-5,000 Sebelum Masihi. Zaman ini zaman penanaman padi paling awal di Asia dan dunia. Budaya penanaman padi awal dikesani sebagai Budaya Daxi, Hemudu dan Dapenken yang bukan budaya China (Fuller, 2007; 2007a, 2011; Wan Salleh Wan Ibrahim, 2011). Seni bina kediaman Melayu Budaya Hemudu, secara ringkas adalah seni bina vernakular Melayu paling awal (Gambar 3).
Sumber: http://www.cultural-china.com/chinaWH/html/en/35History234.html
Gambar 3 : Replika rumah Melayu kira-kira 5,000 Sebelum Masihi di Zhejiang, China
Bentuk seni bina ini, disebabkan teknik penanaman padi Melayu, juga tersebar ke negara Jepun, Korea, Taiwan, Vietnam, Filipina dan Tenggara Asia (Waterson, 1991 :15 : Wan Salleh Wan Ibrahim, 2011). “ Doenig stresses the potential importance of southern China as a source of cultural influence in both Japan and Southeast Asia. We must note that southern China at this period was not culturally “Chinese”; Domenig points out that the origins of “Chinese” (Han) culture are to be sought in the valley of the Huang Ho in northern China, but the Neolithic cultures of southern China, concentrated in the Yangtze River Basin, are better regarded as belonging in character to the South-East Asian world.”
7
Ciri-ciri kediaman kaum etnik Melayu purba dipanggil `Rumah Austronesia‟ oleh seorang pengkaji anthropologi seni bina yang bernama Waterson (1991, 1998). Dua contoh Rumah Austronesia di Vietnam adalah rupa bentuk Nha Rong (Gambar 4a), manakala contoh Malaysia adalah Rumah Terengganu (Gambar 4b) dibawah. Walaupun demikian, seni bina Melayu di Malaysia mempunyai banyak variasi dari pelbagai daerah dan negeri.
Sumber: Gambar 4a: http://www.vietnamradio.info/
Gambar 4b: http://www.thestar.com.my/story/
Gambar 4 : Rumah Nha Rong Vietnam dan Rumah Terenggan
2.5
Perihal identiti
Menurut Kamus, penggunaan istilah `identiti‟ merujuk kepada “ sifat-sifat yang terdapat pada seseorang atau sesuatu yang sebagai keseluruhannya memperkenalkannya dan mengasingnya daripada yang lain. “ Untuk kita mengcamkan seseorang individual, biasanya paras (rauk) muka menjadi pengenalkepastian. Begitulah juga saiz dan paramuka bangunan menjadi identity. Menyentuh tentang identiti seni bina dan semangat kebangsaan, Menteri Petempatan Manusia Filipina pada tahun 1978 dulu telah menyeru (Klassen, 1978: 218): “ May we enjoined architects and builders to evolve designs that will reflect our culture and will utilise our indigenous materials … Architecture is the most social of the arts and should capture therefore the spiritual and cultural identity of the people. Let the spirit of our age be written in our architecture. This is a challenge that will require your creative talents and your national pride. “
Banyak masa dipolemikkan akan perwujudan `bangsa Filipina’ https://www.academia.edu.704910/Modernising _ the_Native_the_Ver..)
(Cabalfin,
361,
“ Being Filipino meant being a distinct and essential national culture differing from other world cultures.” Semangat nasionalisme orang Filipina menyebabkan mereka terasa bahawa mereka amat berbeza dari budaya Tenggara Asia; pada hal ini tidak benar. Negara Filipina juga merupakan satu diantara komponen 8
wilayah Alam Melayu yang luas. Elemen seni bina vernacular mereka pun Melayu disebabkan mereka berasal dan berpindah dari kawasan Malaysia-Indonesia juga suatu ketika dulu.
3.0
SENI BINA VERNAKULAR MELAYU
Gaya rupabentuk seni bina vernakular Melayu adalah unik, cantik serta sukar difahami kerana cara pembinaannya menggunakan bahan kayu dan tidak menggunakan paku. Inilah satu sebab mengapa ia menjadi rekabentuk pilihan hanya kepada mereka dikalangan tukang-tukang rumah tradisional sahaja Cara pemasangan bahagian rumah Austronesia, (Noone, 1948; Sheppard, 1972; Wan Salleh Wan Ibrahim, 2012 : 237) asas adalah ringkas, iaitu yang dirikan atas 8 tiang, berukuran 8 meter serta tinggi 5 meter. Di Filipina (Fernandez, 2001: 119) struktur ini dipanggil bahay-kubo (balai berkotak) yang menggunakanm kayu, rotan dan buluh. Kediaman ini dipanggil juga rumah nipah yang bumbung atau atapnya menggunakan daun nipah untuk meneduh ruang dibawahnya. Rumah yang lebih tinggi kemahiran dan bahan adalah rumah torogan di kawasan Mindanao kepunyaan ketua masyarakat Datu (ibid : 123). Rumah jenis ini mengandungi ibu rumah (bilik-bilik), bahagian dapur, serambi dan anjong. Seni bina rumah ini lebih tinggi kemahiran dan bahan buatannya. Di Malaysia rumah dikira sebagai yang mempunyai bilangan tiang (dengan pelapit) untuk menampung beban berat struktur : dari dinding, bumbung, atap dan perabut rumah pemilik. Ibu rumah mempunyai 12 tiang, dapur dan anjung 6 tiang sahaja. Selain itu dinding juga ada jala dan tebuk-tebuk ukiran sesuai dengan cuaca dan iklim tempatan yang panas. Ciri pengudaraan tebuk dinding ini biasa dihiasi dengan ukiran bunga, yang memerlu pengukir ukiran yang mahir pula. Warisan ukiran yang mempamerkan budaya seni alam tumbuhtumbuhan juga mencipta identiti yang luhur Yang dimaksudkan ukiran yang berseni tempatan adalah (Raja Bahrin Shah Raja Ahmad Shah, 2005: 71) yang : “ Ukiran-ukiran boleh dibuat dalam bentuk tebuk tembus, separuh timbul atau tebuk tembus silap. Motif yang dipilih biasanya tumbuhan tempatan seperti daun kiambang, bunga ketumbit, daun petola dan daun kacang. Seniman selunya menerima ilham dari pada alam tempatan sekelilingnya sebagai asa bahan bentuk dan menjelmakannya ke alam seni ukir yang dihasilkan.”
Umumnya seni bina rumah Melayu berbeza-beza yang diperhatikan dari segi rupa bentuk bumbung, tebar layar serta hiasan dinding, pintu, dapur, anjung dan tangga. Walaupun begitu, kemahiran tukang rumah juga dilihat dari aspek kepandaian pemasangan tiang, pelanchar, rasok serta bahan-bahagian lain. Ini menjadi satu komposisi yang lengkap. Di Malaysia (Gurupiah Mursib & Ra‟alah Mohamad, 1998 :20-21) rumah yang memerlukan sistem pemasangan penyambungan dipanggil `rumah pisang sesikat,‟ (Abdul Halim Nasir & Wan Hashim Wan Teh, 1997 : 36 ). Variasi rumah kediaman di Malaysia berbeza sedikit-sedikit seperti rumah yang terdapat di Songkla (Thailand) dengan rumah di Champa, Kelantan dan Terengganu (Sheppard, 1972; Raja Bahrin, 1988) Wan Salleh Wan Ibrahim, 1997; 2004). Sebagai contoh, tebar layar ekor itik yang sangat ketara terdapat juga di Champa, Kelantan dan Terengganu; manakala bata singgora juga diimpot dari selatan Siam. Juga, dalam sistem pemasungan dan penyambungan bahagian rumah, yang dalam Bahasa Inggeris ia dipanggil `mortise –jointing‟. Dalam sistem ini, ditiang-tiang yang besar lubang-lubang ditebuk agar pelanchar ibu rumah dan rasok serambi menjadi penyambung bila hendak diadakan anjung rumah (annex). 9
Rumah yang paling tinggi hirarki adalah istana yang mempunyai balai rekreasi serta seni taman hiasannya. Lokasi yang dipilih biasanya di kawasan tanah tinggi atau tepi pantai. Tukang-tukang rumah tradisional yang berkebolehan kini amat sukar dicari kerana warisan pembinaan rumah demikian hampir pupus; kecuali sekiranya ada kelayan yang eksklusif – sebagai contoh, pembinaan hotel peranginan seperti Tanjung Jara, Dungun Terengganu. Akitek Melayu yang minat dalam rekabentuk seni bina warisan ini tidak ramai seperti minat yang ditunjjukkan oleh Yang Mulia Datuk Raja Bahrin (Senibahri Arkitek)(2005). Mengapa terjadi demikan? Ini disebabkan profesyen seni bina lambat wujud di Malaya (Malaysia). Warisan seni bina Malaysia adalah warisan amalan British yang menerapkan gaya Neo-Mughal, TudorVictorian, Straits Chinese shophouses dan Gaya Antarabangsa.
Pengadaptasian seni bina Melayu kepada bangunan pasca Merdeka bermula dengan projek Muzium Negara (1963). Projek ini diberi kepada akitek Ho Kok Hoe. Memandang semangat menghidupkan projek identiti Melayu sangat perlu, peluang baik untuk interpretasinya bermula dengan bangunan Ibu Pejabat Bank Bumiputra di Jalan Melaka.
Sumber : https://www.google.com.my
Gambar 5: Contoh Seni bina Melayu di Jalan Melaka, Kuala Lumpur
Projek Bank Bumiputra diusahakan oleh akitek Datuk Mohd Akmal Hisham Albakri dari Kumpulan Arkitek Sdn. Bhd. Manakala itu, ada lagi projek yang mempamer elemen-elemen setempat seperti Perpustakaan Negara (tengkolok), Istana Budaya (payung separa terbuka) Menara Maybank (keris) dan Menara Telekom (pucuk rebung). Projek Menara Maybank dan Menera Telekom diusahakan oleh Hijjas Kasturi dari Hijjas Kasturi Associates. 10
Pengadapatasian yang lebih teliti akan seni bina rumah Melayu tradisi juga terdapat di Muzium Terengganu, Istana Melawati dan Pullman Lakeside Resort di Putrajaya. Inisiatif ini telah dibuat oleh Yang Mulia Datuk Raja Bahrin Raja Ahmad Shah (Senibahri Arkitek).
4.0
PENGHAYATAN SENI BINA MELAYU
Satu contoh yang boleh menjadi penanda aras tahap pengadapatasian seni bina vernakular ke moden telah dimulakan oleh Yang Mulia Datuk Raja Bahrin dari firma Senibahri Arkitek. Projek ini adalah di Pullman Lakeside Resort Hotel, Putrajaya. Berikut adalah gambar 6 A – pandangan rusuk bangunan utama. Pengulangan rupabentuk terdapat dibahagian hadapan bangunan. Di gambar 6B, penggunaan tunjuk langit dan ukiran tebuk tradisional gunungan terdapat di pintu masuk ke tempat letak kereta basemen hotel. Bahan kayu tidak lagi digunakan untuk ukiran tetapi cement fibre (board).
Gambar 6 A – Pandangan Bangunan Pullman Lakeside Hotel
11
Gambar 6 B : Pemeleh gunungan di pintu masuk ke kawasan telak kereta
Gambar 6 C : Perhatikan pemeleh pintu gunungan dengan ukiran sulur bayu
12
Gambar 6 D : Penggunaan Awan Larat dan Ukiran Amat Menakjubkan
Minat dan penghayatan yang ditunjukkan oleh Yang Mulia Raja Bahrin tidak ada tandingan lagi. Mengapa demikian? Berikut adalah beberapa pemerhatian yang boleh kita manfaati.
4.1
Pendidikan arkitek-arkitek Malaysia
Ramai dikalangan para akitek Malaysia telah mendapat pendidikan (Ho Kah Chun, Ahmad Sanusi Hassan & Norizal M. Nordin, 2005) di luar negara, khususnya di United Kingdom dan Australia. Oleh yang demikian, mereka amat terdedah kepada teori dan nilai gaya antarabangsa, seperti adiguru (`master-architect‟) Le Corbusier, Frank Lloyd Wright, Walter Gropius, Mies Van der Rohe, Smithson dan Lasdun, antaranya. Gaya mereka ini dipanggil `Modern Architecture‟ yang cuba mengantarabangsakan semua bangunan baru khususnya pencakar langit (skyscraper) dan menolak ragamhias (ornament) tradisi disetiap bahagian bangunan. `Kegilaan‟ gaya ini juga di panggil `Modern Movement in Architecture‟. Para arkitek golongan ini mempengaruhi professor-profesor yang mengajar di sekolah seni bina di United Kingdom, Eropah dan Amerika, termasuk juga di negara-negara Sosialis Rusia dan satelitnya. 13
Kesannya mereka anjurkan kediaman rumah pangsa, apartmen secara pembinaan massa dan gaya rekabentuk `brutalist „ (kegerutuan simen, bangunan rupa kotak-kotak) seperti rupabentuk Dewan Tunku Canselor (Universiti Malaya) dan Universiti Teknologi MARA (Shah Alam). Pengaruh idea demikian yang dibawa balik dikelolai juga oleh Jabatan Kerja Raya bersama Howard Ashley dan Datuk Baharuddin Abu Kassim; dan ini mempengaruhi juga gaya Datuk Hisham Akmal Al Bakri (di Jabatan Kerja Raya) menghasilkan Masjid Negara dan Pusat Dagangan Dunia Putra (Kuala Lumpur) dalam Gaya Neo-traditionalism.
4.2
Kurangnya penulisan sejarah mengenai seni visual budaya Alam Melayu
Memang terdapat kekurangan amalan dan fahaman seni bina Melayu dikalangan akitek-akitek lulusan luar negara. Usaha untuk membahaskan akan identiti seni bina telah dimulakan sejak 1980-an oleh Prof. Farid Wardi Sudin, Syed Ahmad Jamal dan lain-lain lagi, namun tanpa penyelidikan dan pendokumentasi secara sistematik, usahanya tidak mengambil tempat sebagaimana yang diharapkan. Satu usaha untuk memartabatkan seni-seni tradisi Melayu boleh juga dilihat dalam penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967; dan diadakan Jabatan Seni Bina. Jabatan Senibina ini diketuai oleh Hijjas Kasturi. Namun usaha untuk menambahkan minat dan kefahaman terhadap seni bina warisan tidak cukup dengan mengadakan subjeknya sebagai input kurikulum sahaja. Mengikut pendapat Ar. Zuraina Leily Awalludin (Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Arkitek, Jabatan Kerja Raya) ianya menuntut diadakan kursus yang lebih luas dan menyeluruh. Malah satu fakulti yang khusus perlu diadakan bagi membawa kemahiran pertukangan kayu, teknologi perkayuan, kraf-kraf untuk memperlengkapkan tumpuan kepada seni bina vernakular warisan Malaysia dan kedaerahan Nusantara.
Kelemahan aplikasi Dasar Kebudayaan Kebangsaan
4.3
Setiap negara yang berdaulat perlu mewujudkan satu dasar yang memandu keperluan negara dalam melestarikan seni-seni budaya bangsanya sendiri. Pada tahun 1971, telah diadakan satu Kongres Kebudayaan Kebangsaan dan dasar berikut menekankan akan tiga aspek iaitu:
Budaya Pribumi mestilah diasaskan kepada budaya pribumi setempat Elemen-elemen yang sesuai dari budaya lain juga boleh menjadi sebahagian budaya nasional Islam adalah satu komponen penting dalam pengolahan budaya nasional.
Walaupun ada dasar seperti ini, ramai pegawai-pegawai kerajaan tidak begitu perihatin betapa pentingnya dasar tersebut dalam memandu arah serta menyuntik roh seni bina dalam 14
perlaksanaannya. Pegawai-pegawai di Pihak Berkuasa Tempatan juga tidak mengetahui kesan kelulusan pelan pembangunan yang seharusnya seharmoni dengan bangunan dan tema tempat yang dimaksudkan. Dalam tahun 1998, telah diadakan satu pameran warisan seni bina Malaysia (news.google.com/newspapers?nid=13098). Ramai aktivis budaya telah dijemput hadir. Seorang diantaranya adalah Tuan Syed Ahmad Jamal (kini allahyarham). Beliau telah memberi komen berikut: “ Our buildings will have to be honest, not pretentious. Buildings must be good neighbours. They must blend with one another. A building may be beautiful on its own, but not so when plonked down amongst others.” Apa yang diperkatakan beliau adalah tentang pentingnya kawalan bangunan agar spirit of the place dan kesepadanan rupabentuk, ketinggian bangunan serta integrasi kegunaan yang boleh memanfaat pengguna (end-user) dapat dioptimakan. Kita perlu sedar bahawa setiap inci ruang dan fizikal bangunan atau sekelompok bangunan-bangunan semua menyebar kesan kepuasan atau sebaliknya kepada pengguna. Setiap pengguna atau pelawat adalah kelayan bangunan itu sendiri.
4.4
Dominasi nilai dan teknologi seni bina gaya antarabangsa
Bandar-bandar di Malaysia, sebelum dan selepas tahun 1957 lagi, sudah hilang karekter ke Malaysiaannya disebabkan negara kita telah dijajah oleh Portugis dan Inggeris. Kota Melaka (Vis, 1998 : 62-63), Georgetown (Khoo Salma Nasution, 1998: 64-65), Kuala Lumpur (Gullick, 1998: 74-75) dan Taiping (Barlow,1998 : 72-73) besar yang lain telah dipenuhi oleh seni bina rumah kedai (1998 : 90-91 dari gaya Neo Classical Greek Straits, Belanda, Art Deco hingga ke Moden (1990). Diantara bandar-bandar besar, hanya Kampung Baru (Kuala Lumpur)(Fujita, 2013) dan Kampung Morten (Melaka) yang masih kekal sebagai petempatan beridentiti Melayu. Bandar-bandar Pantai Timur seperti Kota Bharu dan Kuala Terengganu pun beransur-ansur hilang kediaman seni bina Melayu. Di bandar Kota Bharu yang menonjol adalah hanya disekitar Istana Balai Besar, Istana Jahar dan Istana Seri Akar dan ditepi jalan ke Pantai Chahaya Bulan. Namun Pihak Berkuasa Kota Bharu tidak ambil berat akan kepentingan untuk mengazetkan kawasan warisan ini untuk mengekal seni bena lama bagi tujuan pembinaan semula (urban renewal) atau melestarikan untuk kepentingan pelancongan. Bandar Kuala Terengganu juga menerima nasib yang sama tanpa disedari. Hanya Muzium Terengganu, Aryani Resort Hotel dan Hotel Tanjung Jara sahaja yang nampak ada ciri-ciri seni bina Melayu. Walaupun begitu masih ada lagi `pelanggan‟ terhadap seni bina Melayu tradisional. Projek Masjid Ulu Albab di Seberang Jerteh yang telah siap pada 24 Februari 2012 menjadi tarikan pelancong. Projek ini diusahakan oleh pengukir terkenal Terengganu, iaitu Wan Mustafa bin Wan Su, menggunakan sistem teknik tebuk pasak (peg and jointing) dan bahan 80% kayu cengal. Projek ini menelan belanja RM 12 juta.
15
Sumber: http://zainabdullah.wordpress.com/2012/01/08/my-best-12-pictures-of-2011/
Gambar 7: Masjid Ulul Albab, Seberang Jertih, Besut, Terengganu
5.0
PERIHAL AKTA SENI BINA KEBANGSAAN MALAYSIA
Sejak tahun 2009 sudah wujud kesedaran untuk mengekal dan mempromosikan seni bina identiti Melayu sebagai identiti kebangsaan. Majlis Jemaah Menteri pada 29 Julai telah memutuskan bahawa setiap bangunan baru perlu beridentiti kebangsaan. Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) telah diarah untuk menyusul perkara ini dengan segera. Inisiatif awal telah dibuat oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM); yang disertai sama dengan penyediaan kertas kerja Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang bertajuk “ The Case for the Formulation of the Malaysian Architectural Policy.“ Bagi tujuan ini, Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditugaskan untuk menjadi Sekretariat. Satu jawatankuasa bertugas yang di panggil Sekretariat Seni Bina Identiti Kebangsaan di Universiti Kebangsaan Malaysia telah berjaya menghimpunkan ahli akademik dan professional pada 18 Oktober 2013. Kumpulan bertugas ini telah menyediakan satu garispanduan yang dinamakan `Garispanduan Senibina Beridentitikan Kebangsaan‟ (GASIK). Secara ringkas, GASIK telah menerima hakikat peri pentingnya rekabentuk bangunan yang menjanakan kesan berpanjangan kepada manusia. Sebagaimana kata Perdana Menteri Britain (Sir Winston Churchill): “ We shape our buildings, and afterwards our buildings shape us.”
16
Kata-kata diatas amat mendalam serta sepatutnya memberi iktibar kepada semua yang berkepentingan (stakeholders) dalam seluruh industri pembinaan. Industri pembinaan banyak melibatkan pembekal bahan, pemodal, pereka bentuk yang melibat sama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); yang meluluskan pelan-pelan disetiap peringkat. Mereka harus dikawal dan menyesuai (control and regulate) dengan peraturan agar memastikan asas seni bina kebangsaan dipatuhi : iaitu yang beririkan tropis, lestari, kehendak sosial pengguna, bahan binaan, ornament serta mengambilkira elemen seni bina Nusantara Melayu dan tamadun dunia dalam perkiraan keutamaannya. Sekiranya garispanduan GASIK ini didapati menyeluruh dan diberi kuasa undang-undang dan penguatkuasaannya, barulah ia boleh dimajukan kepada menteri berkenaan yang akan bertindak membawa usul ini kepringkat menjadikanya Akta Senibina Kebangsaan.
6.0
RUMUSAN
Kesedaran manusia terhadap betapa pentingnya kita mencorakkan rupabentuk fisikal dan sosial kita pada masa lalu amat kuat, namun kini rakyat Melayu-Malaysia kurang ambilkira hal-hal demikian. Jenerasi baru Malaysia kurang sangat mengambil berat akan perkaitan sejarah budaya di sekitar bumi Malaysia serta peranan mereka (kaum Melayu) yang pernah suatu masa dulu membuka-mencorakkan negeri dan kerajaan di rantau dunia. Walaupun Dasar Kebudaayan Kebangsaan telah diadakan pada tahun 1971, ianya tidak difahami serta dikuatkuasakan oleh pihak-pihak yang berwajib. Kelemahan untuk mempraktikkan prinsip ini boleh dilihat bahawa dalam era globalisai ini elit politik kita tidak lagi yakin (lack of political will) akan semangat kebangsaan yang perlu diperjuangkan. Dengan adanya kesedaran diperingkat kementerian dan juga berberapa garispanduan yang sedang diusahakan, diharap krisis seni bina Malaysia tidak lagi berpanjangan. “ Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih “ : itu pepatah Melayu lama.
RUJUKAN Abdul Halim Nasir & Wan Hashim Wan The (1997). Warisan Seni Bina Melayu. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Abidin Kusno (2000). Behind the Postcolonial : Architecture, Urban Space and Political Cultures in Indonesia. Oxford : Routledge. Barlow, H.S. (1998). Taiping and other early tin mining towns. Dalam The Encyclopedia of Malaysia Architecture (Chen Voon Fee, suntingan m.s.72-73). Singapore : Archipelago Press. Farish A. Noor & Eddin Khoo (2003). Spirit of Wood : The Art of Malay Woodcarving. Singapore : Perplus Editions (HK) Ltd. 17
Fernandez, H. (2001). Philippines Dalam Transforming Traditions : Architecture in the ASEAN Countries. (Suntingan Jon Lim, m.s. 113-160). Singapore : ASEAN Studies Publications Series. Fujita, M. (2013). Global architecture and ethnic enclaves: Reading Kuala Lumpur‟s City Centre. The Emerging Asian City: Concomitant Urbanites and Urbanism. N. York : Routledge. Fuller, D. Lin Qin & Harvey (2007). A critical assessment of early agriculture in East Asia , with emphasis on Lower Yangtze. Dalam Seminar on First Farmers iin Global Perpsective, Uttar Pradesh State Department of Archaeology, Lucknow, India, 18-20 Januari. Fuller, D., Harvey, E. & Lin Qin, (2007a). Presumed domestication? Evidence for wild rice domestication in the fifth millennium BC of the Lower Yangtze Region, Antiquity 81, m.s. 316331. Fuller, D. (2011). Pathways to Asian Civilisations: Tracing the Origins and Spread of Rice and Rice Cultures, Rice, 4, m.s. 76-92. Gullick, J.M. (1998). Early Kuala Lumpur. Dalam The Encyclopedia of Malaysia :Architecture (Chen Voon Fee, suntingan m.s. 74-75). Singapore : Archipelago Press. Gurupiah Mursib & Ra‟alah Mohamad (1998). The Basic Malay House. Dalam The Encyclopedia of Malaysia : Architecture (Chen Voon Fee, suntingan m.s. 20-21). Singapore : Archipelago Press. Hilton, R. N. (1956). The Basic Malay House. JMBRAS, Vol. XXI, Part 3, August, m.s. 134155. Ho Kah Chun, Ahmad Sanusi Hassan & Norizal. M. Nordin (2005). An Influence of Colonial Architecture To Building Styles and Motifs In Colonial Cities in Malaysia. Malaysia Design Archive, USM, Penang, Jenkins, G. (2004). Contested Space Cultural Heritage and Identity Reconstructions. New Brunswick : Transaction Publishers. Khoo Salam Nasution (1998). Early Georgetown, Penang. Dalam The Encyclopedia of Malaysia Architecture (Chen Voon Fee, suntingan, m.s. 64-65). Singapore : The Archipelago Press. Klassen, W. W. (1978). Towards Filipino Architecture. Philippines Quarterly & Culture, 6, 218-227).
18
Mina Najafi & Mustafa Kamal bin Mohd Shariff (2013). Place Attachment to Public-funded Mosques in Malaysia : A Study of People’s Perception. Kuala Lumpur : LAP Lambert Academic Publishing. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (2005). Aspek-aspek Tamadun melayu : Perkembangan dan Perubahan. Dalam Prosiding Warisan Seni Bangsa (Indahshah Sidek, Maimunah Omar & Wan Salleh Wan Ibrahim et al, suntingan, m.s. 1-10). Kuala Lumpur: Percetakan Ampang Press Sdn. Bhd. Raja Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (2005). Pengadaptasian Seni Bina Melayu Untuk Kegunaan Moden. Dalam Prosiding Warisan Seni Bangsa (Indahshah Sidek, Maimunah Omar & Wan Salleh Wan Ibrahim et al, suntingan, m.s. 70-74). Kuala Lumpur: Percetakan Ampang Press Sdn. Bhd. Siong Vui Choong (2006). Multiculturalism : The Roots of Malaysian Architecture and Identity. Unpublished Bachelor of Architecture Thesis, Victoria University of Wellington, New Zealand. Smiers, J. (2003). Arts Under Pressure : promoting cultural diversity in the age of globalization. London : Zed Books. Vis, L. (1998). The colonial legacy in Melaka. Dalam The Encyclopedia of Malaysia Architecture (Chen Voon Fee, suntingan, m.s. 62-63). Singapore : The Archipelago Press. Wan Salleh Wan Ibrahim (1997). The Kelantan House. Dalam Encyclopedia of Vernacular Architecture of the World, Vol. 1, ( Paul Oliver, suntingan,. m.s. 1134-1135). Cambridge : Cambridge University Press. …………………………… (2003) Identiti Melayu Dalam Alam Bina. Kertas kerja Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu 2003: Emosi Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 11-12 Julai. …………………………… (2004). Kelantan Malay Vernacular House-form. Dalam Malaysia Papers on Society and Culture (Yaacob Harun, suntingan, m.s. 100-110). Wellington : Chair of Malay Studies, Victoria University of Wellington. …………………………… (2005). Warisan Seni Bangsa Dalam Era Globalisasi. Dalam Prosiding Seminar Warisan Seni Bangsa (Indahshah Sidek, Maimunah Omar et al.suntingan, m.s. 11-22). Kuala Lumpur : Ampang Press. ………………………… (2009). Rekabentuk Kediaman Melayu Sebagai Adaptasi Luas Alam Melayu. Kertas Kerja Seminar Pengetahuan Tradisi dan Harta Intelek : Peranan Muzium Memartabatkan Warisan seabagai Penghubung Ilmu dan Harta Intelek. Perbadanan Harta Intelek Malaysia/LESTARI, UKM, Dewan Satu, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur. 19
…………………………(2009a). Concept of National Heritage in Historical and Archaeological Perspective. Dalam Proceedings of the Seminar on Intellectual Property and Heritage Issues in the Built-Environment (Wan Salleh, Nik Ismail Azlan & Ezlina Ahnuar, suntingan, m.s. 2749). 20-21 Julai. …………………………(2011). Melayu di Pulau Hainan dan Taiwan. Dalam Alam Melayu: Suatu Pengenalan (Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Zuliskandar Ramli, Muhamad Zain Musa et al, suntingan, m.s. 193-208). Bangi : Penerbit ATMA, Universiti kebangsaan Malaysia. …………………………(2012). Seni Bina Gaya Vernakular Nha Rong di Kalangan Suku-suku Gunung Truoug Son, Vietnam. Dalam Prosiding Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu, Bilik Senat & Bilik Majlis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Suntingan Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Zuliskandar Ramli & M Oktober Mohd Shamsudin, m.s. 231-251), 15-16 Oktober.. …………………………(2013). Tracing Sunda Maritime Culture and the East African Trail to Madagascar. Kertas kerja International Conference on Nusantara Maritime Culture, Hotel Armada, Petaling Jaya, 11-12 September. Wan Salleh Wan Ibrahim & Noor Farhani Othman (2014). Malaysian Art and Craft Education : Identity and Global Focus, Kertas kerja `Seminar Transformasi Pendidikan Nasional (Pertama)’ : Strategi Mentransformasikan Pendidikan Nasional, Auditorium, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, 9-10 Mei. Waterson, R. (1991). The Living House: An Anthropology of Architecture in South-East Asia. Singapore : Oxford University Press. ……………. (1998). The Austronesian house: Ancient antecedents. Dalam The Encyclopedia of Malaysia Architecture (Chen Voon Fee, suntingan m.s. 14-15). Singapore : Archipelago Press. Wilson, R. & Wimal Dissanayake (1996). Global/Local: Cultural Production and the Transnational Imagery. London: Duke University Press.
Sumber Internet `Architecture of Kuala Lumpur‟ (http://en.wikipedia.org/wiki/Architecture_ of_ Kuala Lumpur). Cabalfin, E. “ Modernizing the Native : The Vernacular and the Nation in Philippine Modern Architecture (https://www.academia.edu/704910/Modernizing_the_Native_the_Ver). --------------- “ The Other‟s Other : Self-exoticism and National Identity in Post-colonial Philippine Architecture (Cabalfin_Espayo-2010-libre-pdf). “ Indonesian architecture culture during guided democracy(1959-1965):sukarno and works of fredrich silaban (http://cungss.wordpress.com/2012/11/01/indonesian-architecture-cultu...). 20
`Nazi architecture‟ (http://en.wikipedia.org/wiki/Nazi_architecture). Ooi Kah Chuen “ A walk down the corridors of time” (news.google.com/newspapers?nid=13098). “ Sekretariat Senibina Identiti Kebangsaan, (https://www.facebook.com/sekretariatsenibinaidentitikebangsaan). Wan Sharizatul bt Wan Mohd Rashdi “ Malaysian Architectural Identity”(http:designerspuo.wordpress.com/architectural-writings/teaching-ad…). PENGHARGAAN
UKM”
Penghargaan diberikan kepada Ar. Zuraina Leily Awalludin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Akitek, Jabatan Kerja Raya Malaysia/Ahli Lembaga Akitek Malaysia kerana berkongsi maklumat dan pendapat mengenai identiti seni bina kebangsaan.
21