Identiti Melayu
February 8, 2017 | Author: hafizoro | Category: N/A
Short Description
Download Identiti Melayu...
Description
Identiti Melayu JCEA3303
Persepsi Masa: Manifestasi Identiti Melayu
Pensyarah: Profesor Wan Abdul Kadir Bin Wan Yusoff
Pelajar: Muhammad Hafiz Bin Md Said (JEA 080707)
1
Pengenalan: “ Masa itu Emas.” Ungakapan ini sering diperkatakan oleh orang Melayu dahulu yang mementingakan masa. Kepentingan masa dapat dirasai oleh semua masyarakat manusia sebagai cara pengukur keadaan dan suasana yang berlaku dalam penghidupan seharian mereka. Masyarakat Melayu tidak terlepas daripada keadaan dan suasana kehidupan seharian yang mereka jalankan. Hal ini, dapat diperhatikan dalam ungkapan-ungkapan orang Melayu dahulu yang menerangkan tentang masa. Dalam kajian ringkas ini, pengkaji ingin mengemukakan cara bagaimana orang Melayu dahulu
mengukur
masa
mereka
dan
perubahan-perubahan
ketara
yang
membezakan cara mereka mengukur masa pada zaman sekarang. Cara orang Melayu mengukur masa pada zaman dahulu merupakan satu manifestasi identiti masyarakat Melayu ketika itu. Namun begitu, terdapat banyak pengaruh asing yang diterapkan oleh masyarakat Melayu dalam hal mengukur waktu dan keadaan yang berlaku. Objektif Kajian: Kajian ringkas ini akan memperkatakan tentang ungkapan-ungkapan yang berkaitan dengan cara orang Melayu melihat masa dan mengukur keadaan yang berlaku. Selanjutnya dalam kajian ini akan memperkatakan tentang perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat Melayu yang banyak dipengaruhi oleh budaya asing. Perkara ini dapat dilihat dalam istilah-istilah atau konsep-konsep masa yang dapat menyelinap masuk ke dalam masyarakat Melayu. Akhir sekali, bagaimana orang Melayu menilai masa.
2
Permasalahan Kajian: Permasalahan
kajian
ringkas
ini
akan
membincangkan
beberapa
buah
permasalahan yang berkaitan dengan identiti orang Melayu dengan melihat konsepkonsep masa yang diguna pakai dalam masyarakat Melayu. Cara orang Melayu melihat dan mengukur masa itu merupakan manifestasi identiti mereka dan tidak dapat di mana-mana masyarakat lain. Antara permasalahan kajian yang akan dibincangkan dalam tugasan ini ialah tentang bagaimanakah orang Melayu dahulu mengukur masa mereka, konsep-konsep masa asing yang diterapkan dalam budaya Melayu, konsep Janji Melayu dan penilaian orang Melayu terhadap masa? Identiti Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), identiti ialah sifat-sifat (ciri-ciri dsb) yang terdapat pada seseorang atau sesuatu yang sebagai sesuatu keseluruhan memperkenalkannya atau mengasingkannya daripada yang lain. Identiti Melayu boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri yang terdapat pada orang Melayu yang mengamalkan sikap serta sifatnya yang Melayu itu. Dalam mengukur masa, masyarakat Melayu mempunyai ciri-cirinya tersendiri dan ini merupakan identiti orang Melayu yang tidak terdapat dalam masyarakat lain.
Definisi Masa:
3
Dalam bahasa Melayu tidak ada perkataan yang asli yang boleh merujuk kepada konsep masa. Perkataan ‘masa’ itu sendiri berasal daripada perkataan Sanskrit yang membawa pengertian ‘bulan’. Perkataan lain yang merujuk kepada masa iaitu ‘waktu’ juga tidak berasal daripada perkataan Melayu asli tetapi merupakan kata pinjaman yang berasal daripada perkataan Arab ‘waqt’. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998), masa membawa erti waktu atau ketika. Times Kamus Dwibahasa (2005) memberi pengertian yang lebih luas mengenai perkataan masa dengan memberikan makna leksikalnya sebagai ‘time’ atau ‘era’ atau ‘period’ atau ‘epoch’ (zaman). Asmah Haji Omar membahagikan masa kepada dua iaitu masa statik dan juga masa dinamik. Masa statik ialah masa yang difaham oleh orang Melayu sebagai masa yang singkat seperti satu detik atau kerangka yang lebih luas dan panjang. Masa ini dapat dilihat sekarang sebagai ‘saat’, ‘minit dan ‘jam’. Masa statik juga boleh dikira sebagai masa sesuatu perkara itu berlaku. Menurut Asmah Haji Omar: “With the Malays, static time can exist in a very, very short duration, for example the duration of a second. In this connection, time exists at particular points, which we can call “points of time”. Time can also have a much longer duration or stretch. In this connection, it exists in a frame.”1 Masa dinamik pula menunjukkan pergerakan dalam menerangkan tentang sesuatu konsep masa. Masa yang menerangkan pergerakan waktu ini dikira sebagai masa dinamik. Menurut Asmah Haji Omar: “Dynamic time is seend as an entity that moves from one point or frame to the next. This movement is evidenced by the use of lexical items and grammatical constructions.”2 1
Asmah Haji Omar. (2000). Malay Perception of Time. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu. 2 Ibid, hlm 19.
4
Pergerakan masa misalnya dalam penggunaan perkataan ‘dahulu’, ‘sekarang’ dan ‘kelak’ menunjukkan peredaran masa dari satu titik masa ke titik masa yang lain. Kepentingan Masa Dalam Budaya Orang Melayu: Masyarakat Melayu amat mementingkan sikap kekeluargaan dalam kehidupan mereka. Dengan itu, detik-detik penting sejarah yang berlaku dalam kehidupan mereka amat dipentingkan demi merakamkan kisah-kisah yang berlaku sebagai kenang-kenangan. Orang Melayu lebih mementingkan keluarga dan masyarakat mereka berbanding dengan kerjaya ataupun untuk mengejar keuntungan misalnya. Hal ini kerana masyarakat Melayu menilai sebuah institusi kekeluargaan ini dan juga masyarakat disekelilingnya. Menurut Asmah Haji Omar: “In Malay culture points and frames of time are important considerations for certain actions or happenings to take place. At the same, time-gain holds a special value in social relationship among family and community members.”3 Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu menentukan peredaran masa dengan melihat cahaya matahari. Apabila matahari menerangi bersinar maka dikatakan sebagai ‘hari’ dan apabila matahari terbenam maka dikatakan sebagai ‘malam’. Orang Melayu tidak menghitung ‘hari’ itu sebagai 24 jam. Menurut Asmah Haji Omar: “Konsep “hari” sebagai satuan yang tidak digabungkan dengan “malam” diwujudkan dalam ungkapan-ungkapan seperti “satu hari satu malam”, “40 hari 40 malam”, 3 hari 2 malam” ,dan “2 hari 3 malam”. Ini berbeza dengan konsep day dalam bahasa Inggeris,
3
Asmah Haji Omar, (2000). Malay Perception of Time. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
5
yang boleh bermakna hari siang sahaja, atau juga gabungan siang dan malam.”4 Masyarakat Melayu dahulu juga melihat peredaran masa dengan mengikut masa penanaman padi oleh kerana masyarakat Melayu dahulu lebih bergantung dengan aktiviti pertanian. Masyarakat Melayu dahulu akan menentukan masa dengan melihat menanam padi dan masa menuai padi. Pergantungan kepada cara mengukur masa ketika itu sesuai dengan kehidupan sosial masyarakat Melayu pada zaman itu. Kini, cara pengukuran masa seperti ini sudah tidak diamalkan oleh majoriti masyarakat Melayu yang sudah jauh daripada penghidupan pertanian. Hanya segolongan kecil masyarakat petani yang mungkin masih lagi mengikut cara pengukuran masa sebegini di tempat-tempat pedalaman misalnya. Kedatangan Islam ke dalam masyarakat Melayu telah banyak mempengaruhi cara bagaimana orang Melayu melihat masa. Sebagai penganut Islam, setiap orang Islam diwajibkan untuk menyempurnakan solat lima waktu iaitu solat Subuh, Zohor dan Asar sebagai solat pada waktu siang dan, solat Maghrib dan Isyak untuk solat pada waktu malam. Dalam Islam, hari hijrah bermula selepas masuknya waktu Maghrib berbeza dengan konsep masa yang diguna pakai dalam masyarakat barat misalnya yang menghitung masuknya hari pada jam 12 tengah malam. Menurut Abukhudairi (1992), “The Arabs view sunsets as the beginning of the day because of their notion about stillness, which they relate to night, and motion which they relate to day time. And since stillness for them precedes motions, therfore, they consider night to be prior to daytime.”
4
Asmah Haji Omar, (2001) Konsep Masa Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu. Dlm Kosmologi Melayu.Yaacob Harun (ed). Hlm 188-208. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
6
Oleh kerana masyarakat Melayu secara amnya menganut agama Islam sudah berabad lamanya dan sudah sebati dalam masyarakat orang Melayu maka masyarakat Melayu telah dipengaruhi oleh ajaran-ajaran yang dibawa oleh Islam. Sebelum datangnya pengaruh barat yang membawa masuk jam ke alam Melayu, orang Melayu dahulu bergantung kepada keadaan alam sekitar untuk menentukan masa mereka. Pergantungan ini sudah memadai untuk mereka melaksanakan kerja-kerja harian mereka mengikut ukuran masa yang dipersetujui dan diterima pakai dalam masyarakat Melayu ketika itu. Misalnya, waktu ‘sembahyang lima waktu’ itu ditentukan dengan melihat peredaran matahari serta refleksi cahaya yang terpancar ke muka bumi ini dengan terlukisnya bayanganbayangan oleh alam sekitar. Pancaran cahaya matahari yang terpancar ke arah sebuah pokok akan menghasilkan bayang di atas tanah. Kebijaksanaan orang Melayu ketika itu dapat menentukan masa masuknya waktu solat dengan melihat bayangan itu. Jika matahari betul-betul atas bumbung atap dan tidak menunjukkan bayang-bayang maka telah masuklah waktu zohor dan jika bayang-bayang itu memanjang maka habislah waktu zohor dan masuk pula waktu asar. Apabila ternampak megah-megah kemerah-merahan di langit maka telah masuk pula waktu maghrib dan setelah selesai waktu itu masuk pula waktu isyak. Waktu subuh pula ditentukan dengan terpancarnya cahaya menembusi awan gelap ,dan habisnya waktu subuh itu apabila fajar menyinsing. Pengaruh Islam terhadap masyarakat Melayu dalam hal menentukan masa dan cara pengukur masa amat ketara. Sama halnya dengan melihat anak bulan untuk menandakan telah masuknya bulan hijrah yang baharu. Ungkapan-ungkapan Melayu tentang masa: 7
Sikap orang Melayu yang mementingkan waktu atau masa dapat dillihat dalam ungkapan-ungkapan lama serta pantun-pantun Melayu lama. Ini merupakan satu manifestasi masyarakat Melayu terhadap masa atau waktu. Sikap orang Melayu yang mamandang waktu itu penting dengan cara memanfaatkannya sebaik mungkin dapat disemak dari ungkapan-ungkapan berikut menurut Tenas Effendy dalam bukunya Tunjuk Ajar Melayu: Dalam ungkapan Melayu: apa tanda Melayu jati, terhadap waktu berhati-hati apa tanda Melayu terbilang, terhadap waktu ianya sayang apa tanda Melayu terpandang, pantang baginya waktu terbuang apa tanda Melayu berilmu, memanfaatkan waktu ianya tahu apa tanda Melayu beradat, terhadap waktu ianya ingat apa tanda Melayu beradat, menghabiskan waktu pada yang bermanfaat apa tanda Melayu beradat, menggunakan waktu secara tepat apa tanda Melayu beriman, menghabiskan waktu dengan perhtungan apa tanda Melayu berakala, memanfaatkan waktu mencari berakal apa tanda Melayu berbangsa, 8
hidupnya pantang membuang masa apa tanda Melayu bijak, membuang masa ia tak hendak apa tanda Melayu budiman, memanfaatkan waktu untuk amalan apa tanda Melayu budiman, membuang waktu ia berpantangkan Misalnya dalam ungkapan syair pula: Wahai ananda kekasih ibu, Janganlah engkau membuang waktu Memanfaatkan masa hendaklah tahu Supaya kelak selamat hidupmu
Contoh dalam pantun pula: Petang jumaat duduk mengaji Sesudah azan tegak sembahyang Orang beradat tahukan diri Usia mudanya tidak terbuang5
Sikap masyarakat Melayu terhadap masa dapat dilihat daripada ungkapan-ungkapan di atas yang menjelaskan kepentingan waktu itu terhadap orang Melayu. Sikap mementingkan masa dan waktu telah diajarkan ke dalam budaya Melayu sejak dahulu lagi. Contoh dalam perbualan: Dalam perbualan seharian, masyarakat Melayu seringkali merujuk kepada sesuatu kejadian untuk mengukur masa. Jarak masa itu diukur mengikut panjang atau pun singkatnya sesuatu perkara itu dilakukan. Perbandingan ini seringkali diguna pakai 5
Tenas Effendy (2006). Tunjuk Ajar Melayu. Hlm 394-406. Yogjakarta:Adicita Karya Nusa.
9
dalam perbualan harian masyarakat Melayu dahulu. Sebagai contoh ungkapan: “sepenanak nasi” merujuk kepada panjangnya masa yang diambil untuk menanak nasi. Perumpamaan itu boleh dilihat dalam contoh ayat di bawah ini. “Kalau nak ke rumah Sudin, sepenanak nasi saja engkau akan sampai.” Janji Melayu Janji Melayu merupakan satu istilah yang amat masyhur diungkap oleh bangsa Melayu. Sikap ‘lambat dalam temu janji’ memang sering dikaitkan dengan masyarakat Melayu sehinggakan orang Melayu yang lambat sering disindir mengamalkan ‘Janji Melayu’. Janji Melayu didefinisikan sebagai janji yang ditunaikan lewat iaitu orang Melayu yang suka berjanji, tetapi mengingkari masa. Contoh :sebuah program dirancang untuk bermula pada pukul 8 malam namun acara tersebut terpaksa ditunda gara-gara tetamu jemputan lambat tiba. Malahan, perbuatan melewatkan itu diterima dengan mudah malah menjadi bahan gurauan Di bawah ini menunjukkan kajian ringkas oleh penulis tentang bagaimana orang Melayu mengukur masa dan mengambil berat untuk menepati masa mereka. Data kajian ini menunjukkan perbandingan masyarakat Melayu di Singapura dan di Malaysia. Sebanyak 10 soalan diajukan oleh pengkaji kepada setiap responden.
10
Terdapat 70 peratus responden dari Malaysia dan 80 peratus responden dari Singapura yang menggunakan jam tangan. Hanya terdapat 20-30 peratus sahaja daripada respondan yang tidak menggunakan jam tangan. Soalan ini diajukan kepada responden untuk melihat bagaimana pentingnya masa itu untuk mereka. Jam tangan merupakan alat untuk mereka mengukur masa. Namun disebabkan oleh teknologi terkini, ada sebilangan kecil daripada responden yang melihat masa dengan menggunakan telefon bimbit atau alat elektronik yang lain.
11
Soalan ini diajukan kepada responden untuk tujuan melihat bagaimana masyarakat Melayu ‘mencuri’ masa yang ada. Sekiranya masa yang ditetapkan pada jam tangan mereka itu tidak tepat maka boleh dianggap sebagai ‘mencuri’ masa dan mereka tidak tahu untuk membahagi masa mereka. Terdapat 80 peratus responden daripada Malaysia yang mengaku menetapkan masa yang tepat pada jam mereka. Manakala hanya 50 peratus sahaja daripada masyarakat Melayu Singapura yang menetapkan masa mereka.
12
Soalan ini diajukan kepada responden untuk menunjukkan responden pernah lewat untuk temu janji atau sebagainya. Terdapat 100 peratus responden yang mengaku pernah lewat untuk sebarang temu janji atau sebagainya. Perkara ini dianggap sebagai tidak boleh dielakkan dan diterima sebagai perkara biasa yang berlaku dalam masyarakat Melayu.
13
Soalan 4 ini menunjukkan berapa lama masa kelewatan seseorang itu. Bagi masyarakat Melayu di Singapura kelewatan sehingga 20 atau lebih daripada 30 minit. Bagi masyarakat Malaysia pula didapati lebih menepati masa dan masa kelewatan mereka hanya dalam 10-20 minit sahaja.
14
Soalan ini menunjukkan berapa awal responden tiba pada sesebuah temu janji yang telah ditetapkan. Bagi masyarakat Melayu di Malaysia terdapat 80 peratus yang tiba 5 hingga 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan berbanding 60 peratus dalam masyarakat Melayu Singapura. Terdapat 40 peratus responden Singapura yang datang 10 hingga 20 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan berbanding 20 peratus responden daripada Malaysia.
15
Soalan 6, ini menunjukkan tahap toleransi masyarakat Melayu terhadap orang lain tiba lewat pada sesebuah temu janji yang ditetapkan. Tahap toleransi masyarakat Melayu Singapura lebih rendah jika dibandingkan dengan sebanyak 20 peratus. Hal ini mungkin disebabkan keadaan serta jarak satu tempat ke satu di Malaysia jauh berbanding dengan di Singapura.
16
Soalan ini menunjukkan sikap perihatin terhadap mereka yang tiba lewat pada waktunya. Dalam perangkaan ini terdapat 70 hingga 80 peratus yang akan bertanyakan tentang kelewatan seseorang itu. Hanya 20 hingga 30 peratus yang tidak bertanyakan tentang hal ini.
17
Soalan nombor 8 ini, menanyakan tentang kesanggupan seseorang itu menunggu dan berapa lamakah dia sanggup menunggu. Bagi masyarakat Melayu di Singapura terdapat 50 peratus daripada responden yang sanggup menunggu sehingga lebih 30 minit berbanding dengan hanya 30 peratus responden daripada Malaysia. Secara purata seramai 40 peratus yang sanggup menunggu 20 hingga 30 minit sahaja.
18
Soalan nombor 9 ini menunjukkan julat masa yang diguna pakai oleh masyarakat Melayu. Jika dijemput selepas waktu maghrib misalnya mereka akan tiba di waktu yang berbeza-beza. Bagi responden Malaysia, seramai 80 peratus akan tiba selepas pukul 8.30 malam. Hal ini disebabkan oleh jarak perjalanan ke satu tempat mungkin lebih jauh dari jarak perjalanan di Singapura. Bagi responden di Singapura, seramai 30 peratus yang akan tiba di majlis itu pada jam 7.30 malam. Dan seramai 40 peratus pula akan tiba pada jam 8 malam.
19
Soalan ini menunjukkan bagaimana responden kedua-dua buah negara tiba di sebuah majlis yang dijemput selepas waktu zuhur. Selepas waktu zuhur terdapat ruang masa yang panjang jika dibandingkan selepas waktu maghrib. Terdapat berbezaan yang ketara daripada responden melayu Malaysia dan Singapura. Seramai 70 peratus responden Singapura akan tiba pada jam 2 hingga 3 petang manakala terdapat peratusan besar reponden Malaysia yang akan tiba pada jam 3 hingga 3.30 petang. Hal ini dapat dilihat dalam kajian ringkas ini.
Kesimpulan kajian data: 20
Tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara kedua-dua buah negara untuk soalan 1, 3, 5, 6 dan 7. Manakala terdapat perbezaan dapatan kajian yang ketara pada soalan 2, 4, 8, 9 dan 10. Kajian ini untuk melihat penilaian masyarakat Melayu secara keseluruhan di kedua-dua buah negara tentang masa yang dibuat secara rawak sahaja. Tidak ada sebarang niat untuk memperkecilkan mana-mana pihak dalam kajian ini. Penutup: Setiap masyarakat mempunyai budayanya tersendiri dan pengamalan budaya itu tergantung kepada persetujuan yang ditetapkan oleh sesebuah masyarakat tersebut. Dalam masyarakat Melayu, terdapat cara yang unik seseorang individu itu mengukur dan meniai masa. Cara ini atau penilaian terhadap masa oleh masyarakat Melayu ini tidak terdapat dalam masyarakat lainnya misalnya dalam masyarakat barat, Cina dan Indian. Mereka mempunyai persepsi tersendiri tentang masa dan ianya berbeza dengan persepsi orang Melayu. Hal ini membuktikan bahawa cara orang Melayu menilai waktu atau masa itu merupakan semacam identiti yang hanya tertanam dalam diri orang Melayu.
Cadangan:
21
Pada hemat penulis, orang Melayu sememangnya sudah mempunyai konsep masa yang digunakan dalam penghidupan mereka sejak zaman dahulu lagi. Konsep masa ini telah lama dititikberatkan oleh orang Melayu dahulu. Hal ini, dapat dilihat dalam ungkapan-ungkapan Melayu lama yang menceritakan tentang kepentingan masa dan waktu. Cadangan penulis ialah supaya orang Melayu menepati masa mereka di mana-mana sahaja majlis yang mereka akan hadiri. Orang Melayu harus mengadakan anjakan paradigma dalam hal melihat masa kerana di zaman global ini, masa itu merupakan perkara yang penting dan sangat berharga. Penilaian terhadap masa oleh orang Melayu masih lemah. Namun begitu, terdapat ruang atau julat masa yang disepakati secara tidak langsung oleh orang Melayu merupakan kelonggaran dalam sistem perjanjian orang Melayu. Hal ini, memudahkan urusan dengan masyarakat Melayu yang memahami tentang konsep masa yang sepunya.
Bibliografi: 22
__________(1998). Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ___________(2005).
Times
Kamus
Dwibahasa.Kuala
Lumpur:
Times
Educational Co Sdn Bhd. Asmah Haji Omar. (1988). Bahasa Dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar. (2000). Malay Perception of Time. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Tenas Effendy. (2006). Tunjuk Ajar Melayu. Yogjakarta: Adicita Karya Nusa. Yaacob Harun (ed). (2001). Kosmologi Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Lampiran – Borang soal jawab. 23
Nama: _________________________ Umur : 20-25
26-30
31-35
36-40
40 >
Jantina : Lelaki:
Perempuan:
1) Anda menggunakan jam tangan?
Ya:
Tidak:
2) Adakah masa yang ditetapkan pada jam ada tepat?
Ya:
Tidak:
3) Pernahkah anda lewat untuk sebarang temu janji?
Ya:
Tidak:
4) Jika ya, berapa lamakah kelewatan anda lazimnya?
5-10 Minit:
10-20Minit:
20-30 Minit:
30Minit >
5) Jika tidak, berapa awal anda sampai sebelum masa yang ditetapkan?
5-10 Minit:
10-20Minit:
20-30 Minit:
30Minit >
6) Adakah anda akan berasa marah jika seseorang lewat daripada masa yang dijanjikan? 24
Ya:
Tidak:
7) Adakah anda akan bertanyakan kepada orang itu sebab dia terlewat?
Ya:
Tidak: 8) Berapa lamakah anda akan menunggu untuk seseorang yang tidak menepati masa yang dijanjikan?
5-10 Minit:
10-20Minit:
20-30 Minit:
30Minit >
9) Pukul berapakah anda akan tiba sekiranya anda dijemput ke sebuah majlis kenduri selepas waktu maghrib?
7.30mlm:
7.45mlm
:
8mlm:
8.15mlm:
>8.30 mlm: 10) Pukul berapakah anda akan tiba sekiranya anda dijemput ke sebuah majlis kenduri selepas waktu zuhur?
< 2ptg:
3.30-4ptg:
2-3ptg:
4-4.30ptg
3-3.30ptg:
>4.30ptg:
...Selesai...
25
View more...
Comments