Huraikan Peranan Guru Dalam Menjayakan Transformasi Pendidikan Di Negara Kita

March 10, 2019 | Author: Muhammad Faruq | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Huraikan Peranan Guru Dalam Menjayakan Transformasi Pendidikan Di Negara Kita...

Description

Huraikan peranan guru dalam menjayakan menjayakan transformasi pendidikan di Negara kita. PENGENALAN Peranan guru dalam masyarakat maju begitu mencabar dan sentiasa terbuka kepada pelbagai kritikan. Peranan guru tradisional yang tertumpu kepada menyampaikan maklumat maklumat atau pengetahuan semacam kurang sesuai dalam mendepani arus globalisasi Negara Malaysia yang bercita-cita menjadi Negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 memerlukan modal insan yang benar-benar berkualiti dan kompeten. Oleh itu peranan guru amat vital dan penting dalam mengembleng tenaga untuk membentuk masyarakat yang berilmu, progresif, saintifik, berakhlak dan berdaya saing. Bidang pendidikan sebagai satu rangka dalam membentuk sebuah Negara madani amat perlu dititkberatkan. Baru-baru ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membentang Pelan Pembangunan Pendidikan Kebangsaan yang akan mengubah landskap pendidikan di Negara ini. Golongan G olongan guru perlu meningkatkan karisma masing-masing masing-masing melalui pengetahuan dan keilmuannya yang berkembang pesat, di samping mengangkat martabat dirinya sebagai golongan intelek yang dihormati dalam masyarakat. Peranan guru sebagai golongan pendidik sekali gus menjadikan guru sebagai pendukung obor budaya ilmu yang melayakkan kaum guru sebagai pendukung wawasan pembangunan masyarakat berilmu dalam menjayakan transformasi pendidikan Negara kita. Dengan berlakunya ledakan ilmu pengetahuan yang begitu pesat, disertai dengan perkembangan dunia teknologi maklumat, tuntutan supaya kaum guru melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu amat kritikal. Salah satu cara atau wahana ialah melalui proses membaca. Membaca adalah proses penting yang merangsang pemikiran dan daya intelektual seseorang. Ia mendorong kepada percambahan idea dan perkembangan pemikiran yang diperlukan supaya kita tidak hidup dalam kejahilan, ketandusan pemikiran, tidak peka kepada peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Membaca memberi pelbagai input baru yang mengukuhkan pembangunan personal, sosial dan intelektual, khususnya kaum guru. Membaca perlu dijadikan amalan dan diberi keutamaan sebagai salah satu jalan dalam menjayakan transformasi pendidikan Negara. Guru bukan sahaja perlu membaca dan mengamati bidang yang berkaitan dengan profesion keguruan, tetapi juga dalam pelbagai disiplin lain seperti politik, sejarah, geografi, ekonomi, sosiologi, psikologi, sains dan teknologi iaitu pengetahuan yang relevan dengan dunia pendidikan dan kemasyarakatan. Melalui membaca dan pembinaan budaya ilmu, seseorang guru akan dapat membina kredibiliti keintelektualannya keintelektualannya yang merangsang merangsang kepada perkembangan dan perubahan diri yang positif di samping mampu mendukung dan

merealisasikan transformasi pendidikan Negara. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang dikemaskini dalam bidang pendidikan, khususnya dalam aspek-aspek kaedah mengajar, perancangan penggunaan sumber dan aktiviti murid, menangani kelemahan murid dan meningkatkan kemahiran dan cara belajar, penggunaan teknologi maklumat, pengetahuan dalam pengurusan bilik darjah, pengetahuan mengenai penilaian pembelajaran, pengetahuan mengenai teori-teori terkini dan sebagainya. Pengetahuan dalam bidang ini amat penting bagi meningkatkan kemahiran dan kepakaran guru-guru dalam menangani pelbagai permasalahan dan isu kritikal yang muncul dalam bidang pendidikan, pembelajaran dan persekolahan. Peranan guru sebagai pencelik budaya literasi ilmu memerlukan kepada guru yang berpengetahuan luas dan terkehadapan. Ini selari dengan peranan guru untuk menjayakan transformasi pendidikan. Menjadi guru yang berwibawa menjadi asset penting dalam menjayakan misi nasional dalam transformasi pendidikan Negara. Ini selaras dengan salah satu bahagian dalam pelan awal pembangunan pendidikan iaitu menjadikan profesion perguruan sebagai profesion pilihan. Ini bermaksud calon guru yang dipilih untuk diserap masuk dalam perkhidmatan adalah modal insan yang berketrampilan, berwibawa dan mampu merealisasikan perubahan dan penambaikan dalam sistem pendidikan di Negara ini. Peranan guru sebagai agen perubahan dan penambahbaikan dalam suatu sistem memang tidak dinafikan. Guru sebagai pelaksana dasar yang telah digariskan pihak berwajib seperti Kementerian Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah amat diperlukan bagi memastikan apa-apa yang ingin dilaksanakan dapat dijalankan dengan sempurna. Pelbagai agenda perubahan atau transformasi yang dicanang pihak kementerian seperti meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan kemajuan Negara, dan menepati standard antarabangsa bagi merakyatkan pendidikan memerlukan komitmen guru sebagai golongan yang akan menentukan sama ada sesuatu pembaharuan itu berjaya dilaksanakan atau sebaliknya. Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat, profesion perguruan di Negara ini perlu direformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada budaya berfikir aras tinggi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang berpengetahuan luas dan berfikir secara analitikal serta kreatif. Pendidikan guru perlu direformasikan bagi menyediakan guru-guru yang berwibawa dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap, nilai dan falsafah pendidikan yang progresif, dapat mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk membangunkan generasi muda yang celik budaya, berkualiti dalam sosial dan moral, bersifat futuristik dan positif dalam memacu perubahan dan kemajuan.

Seiring dengan pembangunan pelan transformasi pendidikan yang baru dilaporkan kepada awam, ada subjek yang menyentuh peranan guru untuk menjayakan transformasi pendidikan Negara dalam masa 15 tahun akan datang, selari dengan Wawasan 2020. ISI PENDIDIKAN merupakan wadah utama menentukan kemajuan dan kemakmuran negara, sekali gus menjadi peneraju dalam membangunkan generasi pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkeperibadian mulia. Sehubungan itu, pelbagai dasar dan pembaharuan pendidikan dilaksanakan kerajaan bertujuan memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Sebagai contoh, baru-baru ini, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2020 yang dicanang berdasarkan hasil dapatan dioalog pendidikan yang telah dijalankan seluruh Negara. Matlamat akhirnya sudah tentu untuk menghasilkan anak didik yang mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.  Antara anjakan yang dirangka ialah mentransformasi profesion keguruan sebagai profesion pilihan.pemilihan. Calon guru hanya akan dibuat dalam kalangan 30% graduan terbaik. Guru pelatih akan diterima jika melepasi syarat-syarat kemasukan yang ketat berdasarkan standard yang akan dilaksanakan oleh Kementerian. Bagi memastikan kualiti guru yang dihasilkan bermutu, Kementerian akan bekerjasama dengan Institut Pendidikan Guru dan KPT bagi meningkatkan kualiti kurikulum dan pensyarah. Tanggungjawab guru untuk melakukan transformasi atau perubahan dalam pendidikan negara sangat besar. Ia bermula daripada cara guru mengaplikasikan Dasar Pendidikan Negara secara berkesan. Falsafah pendidikan kebangsaan yang menekankan aspek insani bagi melahirkan warganegara yang boleh bermanfaat kepada masyarakat, Negara dan agama memerlukan pembentuk yang berkualiti iaitu guru yang serba boleh, luwes dan bijaksana. Dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Standard merangkumi tiga aspek berikut: Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru. Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut:

Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan Perguruan Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan.

Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian.

Keperluan 3: Kolaborasi Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur  Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.

Keperluan 5: Jaminan Kualiti

Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.

Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan. Guru sebagai agen utama atau yang berada di barisan hadapan transformasi ini memerlukan ilmu dan kemahiran yang lengkap bagi menjayakan pelan yang dirancang ini berjalan dengan baik dan dapat dilaksanakan sepenuhnya. Mereka mesti memahami agenda transformasi yang dilaksanakan. Justeru, jati diri guru mestilah tinggi supaya mampu mengikuti rentak dirancang kerajaan dalam bidang pendidikan. Guru perlu mempunyai rasa pertanggungjawaban dan akauntabiliti terhadap keberhasilan operasi institusi masing-masing. Penulis yakin guru sekarang memiliki kemampuan dalam semua aspek perguruan sejajar  kehendak negara kerana daripada peringkat pemilihan calon guru, latihan, fasa induksi, pembangunan profesionalisme berterusan sehingga ke peringkat penilaian serta pengurusan prestasi guru itu sendiri, dipastikan sentiasa berada pada tahap tinggi. Dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) adalah rujukan dan panduan untuk memperkasa dan melestarikan guru berkualiti. SGM menggariskan kompetensi profesional perguruan atau piawaian yang patut dicapai guru dan keperluan yang patut disediakan agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu mereka mencapai tahap kompetensi ditetapkan.

Secara ringkasnya, ada tiga peranan utama seorang guru. Pertama, guru hendaklah menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak murid. Kedua, mengajar kemahiran dan ketiga, menerapkan nilai serta akhlak mulia dalam diri pelajar.

Lantaran itu, guru yang hebat semestinya perlu mempunyai kemahiran mengurus dalam segala aspek duniawi serta ukhrawi secara sempurna mengikut sistem pengurusan yang disarankan ajaran Islam.

Ingin saya sebut konsep tawhidik iaitu keyakinan yang sebenar kepada Allah dan mengikut contoh Rasulullah. Konsep rabbaniyyah dan uluhiyyah merujuk kepada iman seseorang Muslim dan melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai ibadah serta bertakwa kepada Allah.

Islam juga membawa nilai itqaan (kesempurnaan) yang menuntut kita bersifat amanah dan mempunyai akauntabiliti dan integriti yang tinggi. Nilai itqaan ini sepatutnya menjadi budaya kerja bermutu tinggi bagi mencapai matlamat atau pelan transformasi diharapkan.

Tugas guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan saja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai ejen perubahan. Selain pendidik, pensyarah dan tutor, guru juga bergelar fasilitator, mentor, murabbi, mursyid, muaddib, musyrif, mudarris dan mualim.

Dalam menjana transformasi pendidikan, tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga berperanan membentuk bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan akhirat.

Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya perumpamaan orang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan.”

Diriwayatkan Imam Malik pernah menolak tawaran untuk mengajar di istana bahkan dengan tegas beliau mengatakan, ilmu itu didatangi bukan mendatangi.

Sikap merendah diri dan rasa hormat seorang imam dan ulama terbilang juga ada pada Imam Syafie. Beliau pernah berkata: “Malik bin Anas adalah guruku. Seandainya tidak ada Imam Malik dan Ibnu Uyainah, hilanglah seluruh ilmu ulama negeri Hijaz ini.”

Pada abad ke-21 ini, antara cabaran terbesar dihadapi guru ialah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan perkembangan semasa memberi kesan kepada proses sahsiah, terutama pelajar.

Kebanyakan pelajar sudah mahir komputer bahkan pemahaman dan keupayaan mereka kadangkala melebihi guru. Disebabkan itulah guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, selain memahami tanggungjawab serta memberi komitmen dengan melaksana pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.

Di negara kita, terdapat 430,000 guru untuk mendidik 5.4 juta pelajar. Betapa besarnya tanggungjawab guru untuk membimbing dan mendidik bilangan anak dan pelajar yang begitu ramai. Pelajar sering melakukan kejutan kepada masyarakat dengan masalah sosial mereka.

 Ada segelintir daripada pelajar yang malas belajar, suka tidur dalam kelas, ponteng atau terbabit kegiatan samseng, membuli, merempit, berzina, buang bayi, merokok, salah guna dadah, mencuri dan gejala lain.

Sesungguhnya, guru berada di saf hadapan untuk membangun bangsa cemerlang yang akan menentukan sebuah negara maju, aman dan dihormati.

Daripada perspektif Islam pun, profesion perguruan adalah suatu pekerjaan yang mulia di sisi Allah dan banyak hadis Rasulullah yang menyarankan manusia menjadi pendidik atau penuntut ilmu yang menabur bakti mengajar orang lain.

Dalam Sirah Nabawiyyah sendiri, baginda menegaskan menuntut ilmu adalah suatu kewajipan bagi setiap individu dan hendaklah diajarkan kepada orang lain walaupun hanya satu ayat.

Tambahan pula ajaran Islam menekankan kelebihan amalan pendidikan dengan meletakkan seseorang berilmu pada darjat yang tinggi dan mulia. Maksud firman Allah dalam Surah AlMujadalah ayat 11 bermaksud:

“Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan imu pengetahuan dengan beberapa darjat (kemuliaan). Dan Allah Maha Mengetahui segala yang kamu kerjakan.”

Bukan setakat itu kelebihannya, jika individu sedang menuntut ilmu pengetahuan tiba-tiba meninggal dunia, beliau dianggap sebagai mati syahid. Betapa besar ganjaran yang diperoleh ketika di dunia, apatah lagi ganjaran yang menanti pada hari akhirat kelak.

Begitulah hebatnya seseorang berilmu dan menyampaikannya kepada masyarakat agar  sesebuah komuniti tidak dibayangi dengan sifat jahiliah atau berada dalam kegelapan.

Transformasi perlu seiring dengan semangat 1Malaysia yang mementingkan perpaduan. Guru daripada pelbagai latar belakang, anutan agama atau bangsa mestilah terbabit dalam proses membentuk perpaduan, sekali gus menjalin hubungan dan kerjasama yang kukuh dan berkekalan.

Maka, dalam menjayakan harapan tinggi bagi menjana transformasi sistem pendidikan negara, guru perlulah banyak berkorban, bekerja kuat dan ikhlas serta bersedia menempuh pelbagai cabaran dan dugaan termasuk perubahan dalam sistem penyampaian serta maklumat supaya selari kehendak diperlukan bagi mencapai aspirasi negara. Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara

ke arah meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan cabaran dunia globalisasi.. Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid yang berlainan bangsa.

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan bahawa untuk melonjak transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan terhadap guru terlebih dahulu. Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan Matematik. Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan negara ini adalah dengan mempersiapkan diri untuk memmbangunkan kemahiran dalam dirimenjadi seorang yang kreatif dan berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang pendidikan yang bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan secara terancang dan sistematik. Sehubungan dengan itu, latihan perguruan yang dipraktkikan di institusi pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga guru yang dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing dalam menempuh dunia moden disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus dilengkapi oleh pakej latihan yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran Negeri atau Jabatan Pelajaran Daerah. Melalui pakej latihan yang dianjurkan ini, guru dapat dilatih untuk mengkaji semula, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran di kelas secara kritis dan kreatif. Pakej latihan dicadangkan menyediakan idea dan aktiviti yang berguna untuk menyokong peningkatan kualiti pembelajaran melalui sumbangan idea daripada guru yang berpengalaman, guru yang berprestasi cemerlang dan guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Selain menyertai pakej latihan, guru yang berinovasi juga perlu menghadiri bengkel mengenai e-pembelajaran yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun swasta. Melalui bengkel ini juga, guru akan didedahkan kepada persepsi umum yang berkaitan dengan kualiti dalam e-pembelajaran. Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menjadi guru yang kreatif dan berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat dimanfaatkan dalam bilik darjah. Pendidikan kini menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat

dalam bilik darjah. Dasar kurikulum baru iaitu kurikulum standard sekolah rendah menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Bahan grafik merupakan bahan yang mudah difahami oleh murid selain alat bantu mengajar  berbentuk visual. Cabaran dan perubahan pendidikan masa kini menuntut guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat mempertingkat mutu dan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan pendidikan masa kini. Bahan inovasi pendidikan pemulihan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini merupakan salah satu contoh bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam bilik darjah.

Hakikatnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan dalam meningkat kualiti pengajaran guru dalam memastikan peranan guru melonjak transformasi pendidikan negara dilaksanakan. Semua pihak harus memberikan jalinan kerjasama dalam memastikan pendidikan yang diberikan dapat menjamin kualiti dan mutu generasi pemimpin kita pada masa akan datang.

bibliografi:

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (Mei, 20120). Peranan Guru dalam Melonjak  Transformasi

Pendidikan Negara. Pelita Bahasa .pp 8-11 Dewan Bahasa dan Pustaka :

Kuala Lumpur.

http://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=326  ARKIB : 14/05/2011

Peranan guru menjana transformasi pendidikan

Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB [email protected] PERANAN guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan.

Oleh yang demikian, pemilihan tema hari guru pada tahun ini iaitu "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" adalah amat bertepatan sekali.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga guru atas jasa bakti tidak kenal erti jemu dalam usaha mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan negara.

"Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang berintelek, berdaya saing, mempunyai jati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Menurut beliau, Kementerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah.

"Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang selepas ini akan diikuti pula oleh Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) juga tidak akan berjaya tanpa komitmen dan sokongan jitu para guru.

"Peranan guru juga besar dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar  Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Satu Murid Satu Sukan (1M1S).

"Semua dasar dan pembaharuan pendidikan ini tidak akan memberi makna tanpa warga pendidik sebagai golongan yang berada di barisan hadapan dalam memacu arus pendidikan agar sentiasa dinamik dan progresif," jelas beliau. Terang beliau lagi, Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi pelan hala tuju Malaysia menjelang 2020 yang dilancarkan pada awal tahun lalu menggariskan beberapa pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan negara. "Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dan bidang yang menjadi tumpuan adalah prasekolah, kemahiran asas literasi dan numerasi(LINUS), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan peningkatan prestasi Pengetua dan Guru Besar. "Namun demikian, tanpa komitmen dan usaha gigih para guru, semua pelan yang direncanakan pasti sukar untuk dijayakan dan ia jelas menunjukkan betapa besar peranan para guru yang berupaya mencorak dan membentuk generasi masa muka," tambahnya.  Abd. Ghafar berkata, transformasi dalam pendidikan akan terus berlaku kerana ia selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dengan acuan tersendiri yang mengambil kira kepercayaan, budaya dan nilai setempat yang terpelihara sekian lama. "Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum, kokurikulum  juga pembinaan sahsiah anak didik. "Justeru, saya menyeru agar warga pendidik sentiasa bersedia untuk menyambut sebarang perubahan pendidikan bagi diterjemahkan semasa proses P&P dalam bilik darjah," ujarnya. Beliau menambah, kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif dan inisiatif bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru t erjamin.

"Keprihatinan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha seperti menubuhkan jawatankuasa mengkaji beban tugas guru, cadangan mewujudkan jawatan pembantu guru, menambah baik infrastruktur sekolah, menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dan menambah kuota pengetua serta guru cemerlang sehingga peringkat JUSA C," terang beliau.  Abd. Ghafar berkata, cadangan penstrukturan semula pemberian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan bagi guru-guru di Sabah dan Sarawak membuktikan bahawa bidang pendidikan, guru-guru dan murid-murid walau di mana sahaja berada menjadi keutamaan dalam agenda semasa kerajaan. "Konsep pendemokrasian pendidikan sentiasa dipraktiskan oleh pihak kementerian bagi memastikan peluang mengikuti pendidikan berkualiti dapat dikecapi secara sama rata di seluruh negara tanpa mengira batas geografi, gender, tahap sosio ekonomi, bangsa dan fahaman politik," jelasnya.

Katanya lagi, pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir  seperti penyediaan Sekolah pendidikan khas dan kelas integrasi pendidikan khas bagi kanak-kanak kelainan upaya.

"Kementerian Pelajaran juga telah mengambil langkah memperkemas dan menambah baik syarat dan kriteria pengambilan guru pelatih bagi kursus pra perkhidmatan.

"Langkah untuk meningkatkan profesionalisme guru akan meningkatkan martabat keguruan untuk terus dihormati, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat," terangnya.

Menurut Abd. Ghafar, usaha memartabatkan profesion keguruan tidak akan mencapai sasaran jika dirancang dan dilaksanakan pada peringkat kerajaan atau kementerian sahaja.

Katanya, warga pendidik sendiri selaku agen perubahan perlu memainkan peranan berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing.

"Guru janganlah jemu berusaha untuk menambah baik amalan pengajaran semasa dan sentiasa berfikiran proaktif, kreatif serta inovatif.

"Guru-guru juga disarankan supaya mengaplikasi dan mengamalkan kaedah P&P terkini seiring dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu," jelasnya.

 Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0514&pub=Utusan_Malaysia&sec=R encana&pg=re_03.htm#ixzz2C6tMIa4h © Utusan Melayu (M) Bhd

PENUTUP Tanggal 16 Mei setiap tahun diangkat sebagai hari penghargaan kepada Guru di Malaysia. Tarikh ini dipilih rentetan dari pengiktirafan dan penerimaan Laporan Razak pada 16 Mei 1956 sebagai Dasar Pelajaran Kebangsaan oleh Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu.

Tema yang dipilih pada tahun 2012 ini adalah ‘Guru Berinovatif Pelonjak Transformasi Pendidikan Negara’ adalah merupakan kesinambungan daripada tema-tema Hari Guru sebelum ini. Selaras dengan agenda transformasi negara, guru diiktiraf sebagai watak utama dalam menjayakan transformasi pendidikan negara ke satu arah yang lebih berwibawa dan efisyen. Pendidik sering menjadi cerminan kepada jatuh bangun sesebuah generasi akan datang dan kerana itu pendidik selau dipandang tinggi oleh masyarakat. Justeru itu, masyarakat menaruh harapan yang besar supaya para pelajar dididik mengikut kesesuaian zaman dan  jantinanya. Ini penting supaya tidak berlaku ‘gender bias’ di dalam pendidikan hingga meyebabkan ketidakseimbangan pencapaian akademik antara pelajar lelaki dan perempuan semakin membarah. Pendidik perlu sentiasa terkehadapan dalam semua aspek intelek, ilmu, emosi positif, adab dan sahsiah diri. Kita tidak mahu golongan pendidik „tangkap muat‟ yang natijahnya melahirkan generasi pewaris yang lesu dan kaku jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Guru sebagai tulang belakang dalam bidang pendidikan perlu memperkasakan Falsafah Pendidikan Negara dengan membangunkan kesemua aspek JERI dalam diri pelajar. Dengan rencam dunia hari ini, guru perlu lebih berinovatif dalam menyampaikan ilmu dengan lebih efisyen supaya para pelajar yang dididik bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi turut kaya dengan adab selain mandiri. Menurut Ahmad dan Eka Setyaningsih (2012) dalam jurnal Sosiahumanika Volum 5 (1) berjudul “Teacher Professionalisme: A Study Teachers Professional and Pedagogic  Competence at Junior, Senior and Vocational High Schools in Banyumas Regency, Central  Java, Indonesia”  menyatakan empat (4) asas pendidikan yang perlu ada dalam diri semua tenaga akademik terutama guru sepertimana digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangasa Bersatu dalam Pendidikan, Sainstifik dan Organisasi Kebudayaan (UNESCO).  Asas pertama ialah belajar untuk mengetahui iaitu pendidik perlu mengetahui dan menguasai ilmu dan maklumat serta tahu bagaimana mahu menyampaikannya kepada pelajar. Kedua ialah belajar untuk melakukan iaitu setiap pendidik perlu membina pelajar  untuk menjadi kreatif dan produktif dalam mendepani apa jua situasi mendatang. Seterusnya, belajar untuk menjadi iaitu pendidik perlu mencungkil kemandirian dan kebijaksanaan para pelajar supaya mereka menjadi manusia yang baik. Asas terakhir  ialah belajar untuk tinggal bersama iaitu pelajar dididik untuk sentiasa menghargai satu

sama lain dan tinggal bersama dalam satu masyarakat dengan harmoni dan saling bekerjasama. Ringkasnya, boleh disimpulkan bahawa pendidik memainkan peranan yang utama sebagai agen pelonjak transformasi masyarakat dan negara. Justeru itu, tema hari guru iaitu ‟ Guru Berinovatif Pelonjak Transformasi Pendidikan Negara’ tahun ini perlu dihadami dengan tuntas oleh semua golongan pendidik. Akhirnya, diucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar pendidik samaada di peringkat rendah, menengah mahupun institusi pendidikan tinggi awam dan swasta. Teruskan mendidik tanpa jemu kerana anda adalah pencipta modal insan yang berkualiti di masa hadapan.

Oleh,

FARIDAH BINTI MOHD TAP Pensyarah Pengajian Malaysia, Fakulti Bahasa dan Pengajian Umum, Kolej UNITI, Negeri Sembilan.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF