How to make money - Hartanah
April 13, 2017 | Author: MohamadNurHidayatMat | Category: N/A
Short Description
Download How to make money - Hartanah...
Description
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
1
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
ISI KANDUNGAN PENGENALAN
4
1. TENTUKAN MATLAMAT PELABURAN
5
2. DALAMI ILMU PELABURAN
7
3. DAMPINGI MENTOR PELABURAN
10
4. PILIH STRATEGI PELABURAN YANG SESUAI
11
5. STABILKAN KEDUDUKAN KEWANGAN ANDA
13
6. BENTUK TIM PELABURAN ANDA
15
7. PILIH LOKASI ‘PANAS’
18
8. MULAKAN DENGAN HARTANAH BERSKALA KECIL
21
9. LINDUNGI PELABURAN ANDA
23
10. BERZAKAT/INFAQKAN KEUNTUNGAN PELABURAN
26
PENUTUP
28
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
2
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
Segala puji ke hadrat Allah yang telah mencetuskan ilham dan idea kepadaku untuk diterjemahkan ke dalam eBuku ini. Secebis kasih saying buat isteri, anak-anakku dan ahli keluargaku yang sanggup berkongsi kasih dan masa dengan minatku di dalam bidang penulisan ini. Setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guruku yang telah mengajarku tentang pentingnya ilmu di dalam mengharungi hidup ini. Ucapan terima kasih buat rakan-rakanku yang sanggup meluangkan masa mendengar dan berkongsi pendapat denganku di dalam aspek pelaburan hartanah ini. Kepada sepupuku, Meor Azhar Che Saffry dan rakan bloggerku, ‘Uzu’ Emas Putih, terima kasih kerana sudi membantuku di dalam penghasilan eBuku ini. Buat pembaca blogku & pengikut FBku, jutaan terima kasih kerana masih sudi melawat dan memberikan pendapat terhadap tulisan-tulisanku ini. Semoga Allah membalas jasa kalian di dalam membantu pengembangan ilmu ini. “Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah & yang buruk itu datangnya dari kelemahan diriku sendiri”
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
3
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
PENGENALAN Terima kasih buat anda, pelabur ‘newbie’ yang telah sudi membuat pembelian dan seterusnya mengakses 10 Tips Pelaburan Hartanah yang saya kumpul ini sebagai panduan untuk anda berjaya. Sebenarnya ramai pelabur ‘newbie’ yang sering bertanyakan saya, baik menerusi e-mel, whatsapp mahu pun menerusi panggilan yang bertanyakan tentang panduan untuk memulakan pelaburan di dalam bidang hartanah ini. Seringkali mereka mengadu yang mereka agak kurang yakin untuk memulakan langkah kerana kurangnya panduan untuk mereka bermula. Bertitik tolak dari keluhan mereka, maka saya datangkan ebuku ini sebagai panduan dalam memastikan yang tips-tips yang saya kongsikan berdasarkan apa yang telah saya praktikkan selama ini mampu untuk membimbing mereka meneruskan langkah dan diharap para pelabur ‘newbie’ ini akan memandang serius setiap tip yang bakal saya kongsikan di mukasurat berikutnya.
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
4
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
1. TENTUKAN MATLAMAT PELABURAN Pelaburan tanpa matlamat adalah ibarat kapal tanpa kemudinya. Sekurang-kurangnya dengan matlamat yang jelas, pasti anda dapat menilai sama ada pelaburan yang anda lakukan berbaloi atau pun tidak. Di dalam pelaburan hartanah, rata-rata penulis buku pelaburan telah menggariskan 2 matlamat utama iaitu : ·
Pulangan Atas Peningkatan Nilai (Kekayaan) Pulangan ini membawa maksud keuntungan yang diperolehi hasil dari peningkatan nilai semasa hartanah yang dibeli. Mengambil contoh Rumah Teres 2 Tingkat di Seksyen 7 Shah Alam yang saya beli pada tahun 2006 pada harga RM255,000 telah pun meningkat nilai pasarannya kepada RM500,000 pada tahun ini (2014) dan sekiranya saya bermatlamatkan jenis ini, maka akan saya jualkan rumah ini dan menikmati lebih keuntungan sebanyak RM245,000 untuk pelaburan seterusnya.
·
Pulangan Menerusi Pendapatan Pasif (Kesenangan) Pulangan ini pula bermaksud keuntungan yang diperolehi adalah dari lebihan sewa yang dipungut setiap bulan dari hartanah yang disewakan. Pulangan ini bersifat tetap setiap bulan selama mana hartanah tersebut tidak dijual dan juga selagi anda masih berupaya mengutip sewa bulanannya secara berhemah. Mengambil contoh, beberapa buah rumah yang saya sewakan selama ini telah mampu menghasilkan lebihan bersih setiap bulan sebanyak RM2,000.
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
5
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
Justeru, terpulanglah kepada anda untuk menetapkan matlamat pelaburan anda kerana kedua-duanya masih mampu memberikan lebih keuntungan yang memuaskan. Apa yang penting, pastikan matlamat yang anda susun begitu jelas dan mampu untuk anda kecapi contohnya seperti matlamat saya di bawah : · Inginkan lebihan sewaan sebanyak RM3,000 setiap bulan. · Menerusi 10 buah rumah sewaan saya.
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
6
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
2. DALAMI ILMU PELABURAN Tiada gunanya menetapkan matlamat seandainya ilmu tidak anda kuasai dan apabila berbicara tentang ilmu pelaburan, ianya mampu dikuasai menerusi beberapa medium seperti : · Buku/eBuku Akhir-akhir ini telah banyak buku-buku/eBuku-eBuku pelaburan yang telah ditulis oleh pelabur tempatan yang berjaya. Tidak seperti di zaman saya memulakan pelaburan 15 tahun dahulu, hanya buku tulisan Azizi Ali sahajalah yang menjadi panduan. eBuku? Jauh sekali untuk dibaca tatkala para pelabur ‘old-timer’ (otai) seperti saya tidak mempunyai akses langsung ke dunia internet pada masa itu. Malah, apa yang lebih menguntungkan para pelabur kini ialah, buku/eBuku pelaburan yang ditulis bukan lagi bersifat am tetapi telah ada tulisan-tulisan yang lebih spesifik tentang subjek-subjek khusus seperti pelaburan rumah lelong, sublet dan sebagainya. · Seminar/Bengkel/Kelas Sama sepertimana poin-poin di atas, khalayak pelabur kini teramat beruntung dengan limpahan seminar/bengkel/kelas pelaburan di mana kebanyakannya dianjurkan oleh para pelabur yang telah berjaya di dalam pelaburan masing-masing. Jika dahulu, hanya nama Azizi Ali, Milan Doshi dan Renesial Leong sahajalah yang sering meniti di bibir para pelabur dan seminar/ bengkel/kelas yang mereka anjurkan pula biasanya ditetapkan
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
7
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
pada amaun 4 angka. Kini, anda bertuah kerana telah ramai pelabur yang sudi menyediakan pakej seminar/bengkel/kelas yang nilainya serendah puluhan ringgit sahaja. Malah ada kelompok yang sudi menginfaqkan ilmu hartanah mereka secara percuma. Alhamdulillah.
· Blog/Laman Sosial Betapa beruntungnya anda, pelabur ‘newbie’ kerana mempunyai akses ilmu dari pelbagai sumber tidak seperti saya beberapa tahun yang lalu. Malah dengan kemunculan platform media sosial seperti Blog dan Facebook telah menambahkan lagi ilmu hartanah yang maha banyak jumlahnya. Tidak cukup dengan itu, melalui medium ini juga anda mampu untuk memilih khalayak pelabur anda sendiri yang pastinya akan memberikan aura positif kepada anda.
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
8
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
9
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
3. DAMPINGI MENTOR PELABURAN Memetik kata-kata Dr Azizan Osman, Jutawan Pemasaran Malaysia yang sering menyebut, dampingi dan bergaullah dengan mentor yang diakui kehebatannya agar kejayaan akan turut mengikuti jejak langkah anda.
“Mengapa saya perlu mendampingi mentor pelaburan ini?” Jawapannya, agar anda dapat mengelak dari melakukan kesilapan yang pernah dilakukan oleh para mentor ini sebelumnya memandangkan mereka ini kaya dengan pengetahuan dan pengalaman yang telah dikutip lebih awal dari anda. Para mentor ini pasti akan menasihati tentang ‘do’ and ‘don’t’ yang perlu kita fahami di dalam selok-belok dunia pelaburan hartanah. Sebagai contoh, para mentor ini biasanya dapat menghidu akan blok-blok pangsapuri yang mempunyai potensi besar di dalam mendapatkan pulangan sewa tinggi dari para penyewa ‘student’ dengan hanya melihat kepada kedudukan satu-satu blok. Ini berdasarkan kepada laluan bas yang akan membawa para penuntut ini ke kolej masingmasing di mana blok yang paling hampir dengan laluan awal bas tersebut pasti akan memudahkan para penuntut tersebut menaikinya walaupun mereka telah terlewat ke kelas jika dibandingkan dengan blok yang di penghujung laluan bas, pasti akan merasa kecewa apabila melihatkan keadaan bas yang telah penuh dinaiki walaupun mereka bersiap lebih awal dari penuntut di blok barisan hadapan. Nah. Anda nampak bukan kepentingan perlunya mendampingi para mentor?
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
10
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
4. PILIH STRATEGI PELABURAN YANG SESUAI Saya pasti yang anda telah pun mengetahui tentang 2 jenis matlamat yang terdapat di dalam pelaburan hartanah dan untuk pengetahuan anda, kedua-dua matlamat tersebut terhasil dari 2 jenis strategi pelaburan yang berbeza. Perbezaan baik dari segi jenis hartanah dan juga risiko yang perlu dihadapi. Bagi merungkaikan strategi tersebut, ingin saya bahagikannya mengikuti 2 jenis matlamat yang saya utarakan sebelum ini iaitu :
· Strategi Pulangan Atas Peningkatan Nilai (Kekayaan) Strategi yang paling sesuai bagi anda yang bermatlamatkan ‘kekayaan’ ini dikenali sebagai strategi ‘flipping’. ‘Flipping’ membawa maksud, anda membeli sebuah hartanah dengan tujuan untuk menjualnya semula dan seterusnya mengaut keuntungan dari peningkatan harga/nilai semasa hartanah tersebut. Strategi ini amat sesuai digunakan untuk hartanahhartanah berbentuk : o Hartanah yang masih dalam pembinaan terutamanya bagi projek yang pembinaannya masih di fasa awal. o Hartanah lelong di mana harga bidaannya lebih rendah dari nilai pasarandan berkondisi memuaskan atau, sekiranya memerlukan pembaikan, nilai selepas ditambah kos pembaikannya itu perlulah lebih rendah dari nilai pasaran.
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
11
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
o Hartanah ‘subsale’ yang berkondisi memuaskan dan sekiranya memerlukan pembaikan, nilai dan kos pembaikannya perlulah lebih rendah dari nilai pasaran.
· Strategi Pulangan Menerusi Pendapatan Pasif (Kesenangan) Bagi anda yang bermatlamatkan kesenangan ini pula, kebiasaannya strategi yang dipraktikkan ialah ‘beli dan sewa’. Ini bermaksud anda membeli sesebuah hartanah dengan tujuan mendapatkan sewa tanpa menghiraukan sebarang kenaikan nilai terhadap hartanah tersebut. Untuk strategi ini suka untuk saya ingatkan yang elemen terpentingnya ialah kadar sewa semasanya perlulah lebih tinggi dari instalment bulanan dan sebarang kos berkaitan antaranya, fi penyelenggaraan, cukai pintu/tanah/taksiran, insurans dan sebagainya, manakala jenis hartanah yang bersesuaian pula ialah hartanah baru, lelong dan subsale yang mana kawasan sekitarnya mempunyai permintaan sewa yang tinggi. Walaubagaimanapun nasihat dari saya, biasanya strategi jenis ini kebiasaannya dipakejkan dengan kerenah penyewa yang mungkin culas, cerewet dan sebagainya.
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
12
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
5. STABILKAN KEDUDUKAN KEWANGAN ANDA Masih ingatkah salah satu #TipHartanah yang saya kongsikan di Facebook saya pertengahan Mac 2014 yang lalu? Antara bunyinya, “Percantikkan rekod kewangan anda dahulu sebelum melabur” dan status tersebut mengundang sejumlah 124 LIKE dari pembaca status tersebut. Saya tidak pasti samaada mereka mengetahui rasional tip yang saya kongsikan itu atau pun tidak, tetapi ianya akan saya huraikan pada perenggan berikutnya. Hampir kebanyakan dari kita (termasuk anda), amat memerlukan pinjaman bank bagi meneruskan kelangsungan pelaburan hartanah anda. Pastinya anda tidak mampu untuk membeli kesemua hartanah anda itu dengan tunai. Jika pun mampu, saya yakin anda pasti pernah mendengar ungkapan keramat Robert T. Kiyosaki yang berbunyi, “Invest with other people money (OPM)” dan OPM yang paling sinonim dengan persekitaran kita pastinya pihak bank. Pihak bank pula tidak akan sewenang-wenangnya memberikan pinjaman kepada pemohon yang tidak mempunyai rekod kewangan yang baik dan salah satu dari ‘benchmark’ mereka adalah menerusi pengiraan Debt Service/Burden Ratio (DSR/DBR) di mana formulanya adalah seperti berikut :
Jumlah Instalment Bulanan (termasuk instalment baru) x 100% DSR/DBR =
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
Jumlah Pendapatan Bersih
13
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
Di sini hanya terdapat 2 sahaja cara bagi memudahkan pinjaman anda diluluskan iaitu : · Kurangkan jumlah instalment anda Ianya bermaksud anda hendaklah melangsaikan baki hutanghutang ‘jahat’ (bad debt) anda secepat mungkin. · Lebihkan kolum pendapatan anda Senaraikan semaksimum mungkin jumlah pendapatan anda samaada ianya pendapatan aktif (gaji & elaun kerja tetap anda), pendapatan sampingan (pendapatan bisnes), pendapatan portfolio (pendapatan dari pelaburan seperti ASB, saham dan sebagainya) dan juga pendapatan pasif (royalti, sewa rumah dan sebagainya). Apabila kedua-dua cara ini dipraktikkan, hasil yang bakal diperolehi ialah kadar DSR/DBR anda akan mengecil dan apabila ianya mengecil, ini bermaksud risiko yang bakal ditanggung oleh pihak bank akan turut mengecil. Jadinya, mudah bagi pihak bank untuk terus memberikan pinjaman kepada anda.
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
14
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
6. BENTUK TIM PELABURAN ANDA Kejayaan tidak akan terhasil hasil usaha berseorangan sebaliknya kejayaan akan terhasil dari gabungan kepakaran dan pengalaman individu-individu yang berkaitan dengan apa yang kita buat. Bertitiktolak dari sinilah, saya telah menyusun Tim Pelaburan saya yang terdiri daripada mereka seperti yang tertera di bawah agar strategi dan sistem pelaburan hartanah yang saya usahakan berjalan dengan lancar. · Banker Ramai yang bertanya saya, “Bank mana yang paling bagus untuk saya mohon pinjaman?” dan pastinya jawapan yang akan saya berikan ialah, “Bank yang awak ada kenalan di dalamnya”. Kenapa? Jawapannya : o Mereka pastinya akan memberikan keutamaan kepada permohonan anda dahului. o Mereka pasti akan memberitahu apa yang perlu di’perbaiki’ di dalam senarai dokumen yang anda lampirkan. o Mereka akan memberikan ‘recommendation pertama’ demi menjaga hubungan anda berdua.
kelas
Dek kerna poin-poin di atas, maka adalah menjadi kewajipan untuk anda dapatkan kenalan dari kalangan para banker bagi memudahkan urusan yang melibatkan pinjaman kelak.
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
15
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
· Peguam Seperti yang diketahui, individu yang bergelar peguam ini adalah nadi kepada perjalanan pemilikan sesebuah hartanah. Bermula dari proses penyediaan Perjanjian Jual Beli (Sale & Purchase Agreement) sehinggalah membawa kepada urusan Penyempurnaan Geran (Perfection of Title), merekalah entiti yang bertanggungjawab untuk menguruskannya. Justeru, bagi melicinkan pergerakan urusan dokumentasi ini, adalah disyorkan untuk anda mendapatkan kenalan dari kalangan peguam ini.
· Ejen Hartanah/Subletter Dalam konteks kejayaan satu-satu pelaburan, ejen hartanah mahu pun subletter amatlah penting baik yang bermatlamatkan kekayaan menerusi strategi ‘beli & jual’ (flipping) mahu pun kesenangan berstrategikan ‘beli & sewa’ (buy & rent). Ini kerana ejen hartanah sememangnya mempunyai kepakaran mencari pembeli bagi anda yang berstrategikan flipping, manakala subletter pula bakal menghilangkan pening kepala anda mencari, menapis dan melayani kerenah penyewa untuk yang berstrategikan buy & rent. · Kontraktor Bagi anda pelabur baru yang ‘teringin’ merasai sendiri pengalaman bergelar ‘landlord’ dan tidak ingin menggunakan khidmat subletter, nasihat saya, berbuat baiklah dengan rakan yang kompeten di dalam urusan membaiki dan menyelenggara segala kerosakan di dalam rumah. Baik dari segi perkakasan
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
16
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
elektrik, pembentungan, paip-paip air, malah sehingga ke urusan mencantikkan rumah, kerana saya yakin yang anda pasti tidak berkemahiran untuk menyempurnakan segala tugas di atas. Jika pun anda minat dan tahu untuk menyelenggarakannya, saya yakin yang anda tidak akan mempunyai cukup masa sekiranya anda mempunyai sejumlah hartanah yang agak banyak seperti yang saya miliki. Percayalah! Inilah antara tip yang pada saya berperanan penting untuk anda mengecapi kejayaan di dalam pelaburan hartanah anda. Pastikan hubungan baik di antara anda dan Tim Pelaburan ini terpelihara dan mampu kekal untuk satu tempoh yang lama demi memastikan kejayaan pelaburan yang berterusan.
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
17
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
7. PILIH LOKASI ‘PANAS’ Pasti anda pernah mendengar mantra pelaburan yang berbunyi, “Kejayaan sesebuah pelaburan bergantung kepada.. lokasi, lokasi dan lokasi”. Justeru, ianya dianggap oleh kebanyakan pelabur baru sebagai isi yang paling penting di dalam pelaburan hartanah. Saya tidak mahu mengiyakan, mahu pun menidakkan mantra tersebut kerana bagi saya ianya turut menjadi salah satu faktor penyumbang kejayaan pelaburan anda nanti. Namun, apa yang ingin saya tekankan di sini ialah, mulakan pencarian hartanah anda di lokasi yang anda telah ‘familiar’. Sekurang-kurangnya anda akan lebih memahami akan kelebihan dan kekurangan di kawasan anda dan seterusnya dapat dijadikan panduan terhadap permintaan dan penawaran di kawasan tersebut. Untuk tidak menghampakan anda, selain daripada lokasi yang berdekatan dengan kediaman anda, pastikan hartanah yang bakal anda beli berada pada salah satu dari lokasi berikut : · Berdekatan Pusat Pengajian Tinggi Permintaan sewaan dari para penuntut pusat pengajian tinggi (terutama pusat pengajian tinggi awam), tidak akan terputus. Ini kerana jumlah pengambilan pelajar/penuntut yang semakin meningkat yang akan membuatkan kemudahan asrama tidak dapat disediakan secukupnya. Justeru, penyelesaian kepada permasalahan ini pastinya akan dipindahkan kepada pemilik rumah-rumah sewa berdekatan.
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
18
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
· Berhampiran Kawasan Perindustrian Kawasan perindustrian biasanya dipenuhi oleh deretan kilangkilang komersial. Setiap kilang pastinya memerlukan para pekerjanya sendiri walaupun nadi utamanya adalah mesin dan setiap pekerja ini pula pastinya memerlukan tempat berteduh. Maka, di sinilah keberuntungannya buat para pemilik rumah di kawasan sekitarnya kerana permintaan dari para pekerjanya yang menginginkan kediaman yang berdekatan dengan tempat kerja. · Berdekatan Pusat Komersial/Kompleks Membeli-Belah Gaya hidup urban sudah menjadi tatacara hidup masyarakat kota. Gaya hidup yang mementingkan masa pasti membuatkan aktiviti kekeluargaan seperti makan luar, berhibur di pusat membelibelah semakin mendapat tempat. Oleh itu, tidak hairanlah para pemaju seakan berlumba-lumba menyediakan kediaman yang berdekatan dengan pusat komersial/kompleks membeli-belah ini bagi menampung perubahan terhadap gaya hidup ini. · Berhampiran Hub Pengangkutan Awam Sepertimana poin di atas, masa memainkan peranan di dalam kehidupan masyarakat kini. Selain daripada itu, penjimatan kos turut membantu menyeimbangkan kehidupan tersebut. Justeru, dengan gabungan keduanya (kos dan masa), maka sudah pasti hub pengangkutan yang memudahkan pergerakan beserta menjimatkan petrol, tol dan ‘parking’ anda menjadi lokasi pilihan dan tidak hairanlah hartanah yang berhampiran dengan hub pengangkutan awam seperti bas, komuter, lrt dan monorel ini sering menjadi hambatan dari kalangan penyewa rumah.
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
19
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
· Di Dalam Kawasan Pelancongan Gaya hidup terkini juga sering dimomokkan dengan kemestian melancong selepas penat bekerja. Lalu, penginapan memainkan peranan penting di dalam aktiviti sebegini. Oleh itu, sekiranya hartanah di kawasan pelancongan menjadi pilihan, pastinya ianya boleh diubahsuai menjadi rumah tamu (guest house) bagi menampung permintaan dari para pelancong ini dan atas faktor inilah, hartanah yang di dalam kawasan pelancongan berpotensi untuk menjana keuntungan yang berbaloi.
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
20
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
8. MULAKAN DENGAN HARTANAH BERSKALA KECIL Saya tahu setiap dari anda mengimpikan kediaman mewah untuk didiami. Paling tidak pun, rumah bertanah menjadi matlamat anda. Lalu, hartanah yang sama juga pasti menjadi tumpuan portfolio pelaburan anda. Justeru, pasti terlalu besar jumlah pelaburan dan liabiliti yang bakal ditanggung oleh anda disebabkan hartanah berstatus sedemikian biasanya hadir dengan tanda harga yang besar. “Tuan, kalau saya tak beli hartanah sebegini, mana mungkin saya mampu mengaut keuntungan yang besar kerana rumah bertanah atau apartmen mewah sahajalah yang mampu menghasilkan pulangan yang berlipat kali ganda” Ya, memang benar apa yang cuba disampaikan oleh pemilik ayat di atas namun terdapat beberapa risiko yang bakal dihadapi sekiranya anda memulakan langkah pelaburan anda dengan hartanah sebesar atau semewah itu antaranya : · Kesukaran Mendapatkan Pinjaman Akan Datang Apabila anda memulakan dengan pembelian hartanah bernilai tinggi, ini bermakna pinjaman yang bakal anda buat turut mengundang satu jumlah yang besar, baik dari segi amaunnya mahu pun ansuran bulanannya. Maka, di sini kelayakan untuk pinjaman berikutnya akan menyukarkan anda untuk mendapatkan margin maksimum. Ini kerana ‘bracket’ jumlah instalment bulanan anda di dalam formula DSR/DBR yang saya terangkan sebelumnya akan mem’besar’kan lagi peratusannya dan seperti yang saya nyatakan pada tip ke-5 di atas, akan membuatkan pinjaman anda agak sukar untuk diluluskan melainkan jumlah
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
21
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
sewaan yang diperolehi (jika hartanah ini disewakan), mampu menjana lebihan sewa yang lebih besar dari ansuran bulanannya. · Kesukaran Mendapatkan Pembeli/Penyewa Elit Apabila anda memulakan pelaburan dengan hartanah berstatus mewah, pastinya jumlah pinjaman dan ansurannya juga agak besar. Malah tanda harga hartanah itu sendiri turut mengundang bilangan digit yang banyak. Justeru, jika anda bermatlamatkan kekayaan dengan kaedah ‘beli & jual’, pasti anda akan berhadapan dengan situasi yang agak sukar kerana pembeli yang berkemampuan agak berhati-hati untuk menjadi pembeli berikutnya dan jika anda berhasrat untuk menyewanya pula, golongan penyewa yang sanggup membayar dengan jumlah sewaan yang lebih besar dari ansuran juga agak terhad. Lalu, ianya mampu memeningkan anda yang mungkin tidak mempunyai sumber kewangan yang stabil untuk menguruskan ansuran bulanan anda sekiranya tidak berpenyewa mahu pun terjual.
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
22
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
9. LINDUNGI PELABURAN ANDA Sepertimana diri anda, hartanah yang anda beli juga patut dilindungi oleh insurans/takaful dari berhadapan satu-satu risiko dan di dalam pelaburan hartanah, terdapat beberapa jenis insurans/takaful yang perlu anda ambil antaranya : · Insurans/Takaful Kebakaran Perkataan ‘Kebakaran’ di atas sudah jelas menunjukkan yang ianya merupakan satu jenis perlindungan dari sebarang risiko kehilangan harta diakibatkan oleh kebakaran. Perlindungan jenis ini lazimnya hanya berkuatkuasa untuk tempoh setahun dan jika ianya telah tamat tempoh, maka anda perlulah memperbaharuinya semula. Insurans/Takaful ini biasanya disediakan oleh pihak bank dan juga pihak pengurusan bangunan (jika anda membeli hartanah kediaman bertingkat). Justeru anda berhak untuk menolak salah satu polisinya bagi mengelakkan anda ‘terlebih lindung’ (over insure) hartanah anda. · Insurans/Takaful Gadai Janji Bertempoh Perlindungan jenis ini kebiasaannya melindungi waris anda dari mewarisi pinjaman anda. Ini berikutan, pemilik kediaman biasanya dinasihatkan untuk mengambil perlindungan jenis ini ketika pinjaman anda diluluskan. Insurans/Takaful Gadai Janji Bertempoh ini biasanya dihadirkan dengan 2 kaedah yang dikenali sebagai Mortgage Reducing Term Assurance/Mortgage Reducing Term Takaful (MRTA/MRTT) yang bersifat pembayaran sekali sahaja (lump sum) oleh peminjam baik secara tunai mahu pun dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
23
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
anda. Sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini seperti kematian dan kehilangan upaya kekal, maka pihak insurans/ takaful akan membantu menyelesaikan hutang pinjaman anda. Walaubagaimanapun jumlah yang bakal dilangsaikan tertakluk kepada jumlah yang dilindung. Sekiranya jumlah dilindung itu lebih kurang dari jumlah hutang, maka anda/waris anda perlulah menanggung jumlah bakinya itu.
Ianya berbeza pula dengan Mortgage Level Term Assurance/ Mortgage Level Term Takaful (MLTA/MLTT). Walaupun anda perlu membayar premiumnya secara ansuran setiap bulan, tetapi anda berhak untuk mendapat penyelesaian penuh ke atas pinjaman anda. Malah, sekiranya anda telah menjual hartanah anda, polisinya ini boleh dipindahkan kepada hartanah baru anda. Menarik bukan?
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
24
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
MAHUKAH ANDA MENGHABISKAN WANG SIMPANAN DAN PELABURAN ANDA UNTUK MEMBIAYAI BIL PERUBATAN? . . . . JIKA JAWAPAN ANDA TIDAK PADA SOALAN DI ATAS, HUBUNGI SAYA SEKARANG
ARIFF SHAH H/P: 0146278868
TAKAFUL & WEALTH ADVISOR
Untuk keterangan lanjut, lawati:
TAKAFULPRUDENTIAL.MY
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
25
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
10. BERZAKAT/INFAQKAN KEUNTUNGAN PELABURAN Pada saya tips terakhir ini adalah tips yang MAHA penting di dalam menentukan kejayaan pelaburan hartanah. Kejayaan yang bukan sahaja berbentuk pulangan material, sebaliknya kejayaan yang paling utama iaitu kejayaan spiritual berbentuk ketenangan jiwa dan kesuburan harta. Sepertimana yang anda dan saya ketahui, zakat berfungsi bagi membersih dan menyuburkan harta yang kita perolehi kerana setiap harta yang dikurniakan kepada kita, ada bahagiannya yang perlu kita zakatkan untuk keperluan para asnaf. Malah, jumlah yang perlu kita zakatkan itu tidaklah terlalu memberatkan, hanya sekadar 2.5% dari pulangan bersih yang kita perolehi. Pada masa yang sama juga, amat perlu untuk kita renungkan ungkapkan, “Apa gunanya limpahan harta yang banyak sekiranya hati tidak tenang”. Oleh itu selain berzakat, amalan bersedekah mampu menenangkan hati kita dan amaunnya adalah mengikut keikhlasan kita. Pernah saya terdengar akan kisah seorang jutawan di negara kita, apabila ditanya apakah rahsia beliau menjadi seorang jutawan, jawapan beliau “Saya akan menyedekahkan note RM yang paling besar amaunnya yang terdapat di dalam wallet saya setiap kali saya selesai bersembahyang di masjid mahu pun surau”. Subhanallah.
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
26
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
Justeru, saya seringkali mengingatkan diri saya bahawa saya tidak akan sekali-kali jatuh miskin (material dan spiritual) dengan mengenepikan sejumlah amaun untuk keperluan berzakat dan berinfaq kerana saya percaya yang bukan kita sebenarnya penentu rezeki, sebaliknya segala rezeki yang bakal kita perolehi nanti adalah ketentuanNya setelah selesai kita berusaha, inshaaAllah.
Dan tidak hanya amalan zakat dan bersedekah ini hanya ditujukan untuk kejayaan pelaburan duniawi sahaja, ianya turut berfungsi sebagai penyambung pahala kita di alam barzakh nanti kerana seperti mafhum hadis Baginda Rasulullah ada menyebut, “Apabila matinya seorang anak Adam, akan terputus segala amalnya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah yang dikeluarkannya, ilmu yang bermanafaat dan anak soleh yang mendoakannya”.
Renung-renungkanlah.
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
27
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
PENUTUP
Begitulah 10 tips hartanah yang pada saya perlu anda jadikan sebagai pedoman di dalam melayari dunia pelaburan anda. InshaaAllah dengan tips-tips tersebut akan mampu menambahkan keyakinan anda di dalam pelaburan hartanah ini.
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
28
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI a.k.a ABANG ENSEM
29
View more...
Comments