Hikayat Abdullah

March 21, 2018 | Author: irfanbasiuni | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Sejarah...

Description

(

Hikayat Abdullah BAB 1 Pada 25 Syaaban bersamaan 22 Oktober 1840, seorang sahabatnya yang berbangsa Inggeris memintanya untuk menulis sebuah kitab dalam Bahasa Melayu mengenai asal-usulnya. Abdullah berasa berat untuk menunaikan hasrat sahabatnya itu kerana perkara itu sudah lama berlaku disamping beliau kurang ilmu dan faham dalam ilmu bahasa serta tidak pandai dalam mengarang dan juga sibuk dengan pekerjaan hariannya. Abdullah sentiasa berasa dirinya lemah dan serba kekurangan. Kemudian beliau mengarang kisah tentang hidupnya yang dinamakan ‘Hikayat Abdullah’ yang mengisahkan hidupnya dari zaman moyangnya sehinggalah beliau dilahirkan oleh ibunya di Melaka. BAB 2 (KELUARGA) Moyangnya, Syeikh Abdul Kadir berbangsa Arab daripada keluarga Uthmani yang berasal dari Yaman bekerja sebagai guru agama dan guru bahasa. Dari Yaman beliau berhijrah ke Tanah Keling di negeri Nagore dan mengajar di situ. Kemudian beliau berkahwin dengan wanita tempatan dan mendapat empat orang anak lelaki iaitu Muhammad Ibrahim, Muhammad Desa, Nur Muhammad dan Zainal Abidin. Beliau meninggal dunia di Nagore. Setelah Syeikh Abdul Kadir meninggal dunia, anak-anaknya berhijrah ke negeri bawah angin. Muhammad Ibrahim berhijrah ke Melaka dan berkahwin dengan Peryaci anak Syeikh Mira Lebai. Kemudian lahirnya Syeikh Abdul Kadir, mengambil berkat daripada nama datuknya merupakan ayah kepada Abdullah. Tiga orang anaknya yang lain berhijrah ke Tanah Jawa. Muhammad Desa ke Ambon, Nur Muhammad ke Sedayu dan Zainal Abidin ke Semarang. Semuanya menetap dan berkeluarga di sana. Bapa kepada Abdullah, Syeikh Abdul Kadir dibesarkan di negeri Melaka. Setelah khatam mengaji Al-Quran, Syeikh Abdul Kadir belajar ilmu bahasa dan matematik. Setelah tamat belajar, beliau pergi berniaga ke Hulu Melaka. Disamping berniaga, beliau juga mengajar orang mengaji, sembahyang dan ilmu agama Islam. Beliau kemudiannya berkahwin dengan wanita tempatan dan dilantik menjadi khatib di Kampung Lubuk Kepung. Kemudian mereka berpindah ke Sungai Baru dan memperoleh dua orang anak bernama Muhammad Ali dan Syarifah. Beliau pandai menulis dan mengira dalam bahasa Hindu. Namun kepandaian beliau yang istimewa ialah, menguasai ilmu mengarang dan membuat surat kiriman kepada raja-raja Melayu dalam bahasa Melayu. Beliau juga menjadi guru kepada Tuan Marsden merupakan pengarang kamus bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Beliau belajar selama setahun lapan bulan di Melaka. Setelah beberapa lama beliau

(

tinggal di Sungai Baru, adik-beradiknya berhasrat untuk mengahwinkannya dengan perempuan di Melaka. Kemudian beliau mendapat sakit yang kuat dan dibawa pulang oleh keluarganya di Melaka. Kemudian beliau menceraikan isterinya di Sungai Baru. Tidak lama kemudian, beliau berkahwin dengan Salmah pada 1200 Hijrah, ibu kepada Abdullah. Emak Salmah merupakan orang Hindu yang berasal dari Kedah. Setelah berpindah ke Melaka, beliau memeluk Islam. Pada zaman Belanda menguasai Melaka, bapa Abdullah bekerja sebagai Syahbandar Belanda,hidupnya sangat mewah. Ibunya melahirkan empat anak lelaki namun semuanya meninggal dunia. Ketika Inggeris mengambil Melaka dari Belanda, bapanya menjadi saudagar yang berulang-alik ke Siak. Kemudian bapanya bekerja dengan Tuan Adrian Koek, Timbalan Gabenor Melaka sebagai nakhoda sebuah kapal besar yang dinamakan Layar Seret, yang belayar ke Kedah. Pada tahun 1231 Hijrah, ibunya meninggal dunia dan pada tahun yang sama, bapanya pula meninggal dunia. Ketika itu, Abdullah berada di Singapura sedang mengajar bahasa Melayu kepada saudagar-saudagar Inggeris. BAB 3 ( ABDULLAH DILAHIRKAN) Abdullah dilahirkan pada 7 Safar 1211 Hijrah bersamaan 15 Ogos 1759, iaitu setelah lapan bulan Inggeris mengambil Melaka daripada Belanda. Komandernya bernama Mejar Cook dan juriteranya bernama Tuan Farquhar. Tempat lahir beliau ialah di Kampung Pali, dalam bahasa Keling bermaksud Kampung Masjid. Abdullah anak bongsu daripada empat orang adik-beradik yang kesemuanya meninggal sejak kecil lagi. Kematian kesemua abangnya mengakibatkan ibunya seperti gila, sentiasa menangis dan berdukacita. Kemudian datanglah seorang Arab daripada keturunan Hadad bernama Habib Abdullah. Ramai pergi belajar ilmu agama Islam dengan Habib Abdullah. Namun ibunya tidak pergi belajar kerana sentiasa mengenangkan anak-anaknya yang meninggal dunia. Rumah bapanya berhadapan dengan rumah Habib Abdullah dan Habib mendengar ibunya menangis setiap hari dan bertanyakan hal itu kepada bapanya. Setelah diceritakan hal yang berlaku, Habib berpesan agar jangan bersedih lagi kerana insyaallah mereka akan dikurniakan seorang anak lelaki dan apabila lahir nanti namakan anak tersebut dengan namanya. Tidak lama kemudian, ibunya mengandungkannya. Setelah ibunya selamat melahirkannya, diberinya nama Abdullah, mengambil berkat nama guru Habib Abdullah. Ibunya

menjaganya

sehingga

besar

walaupun

ketika

kecilnya

sentiasa

sakit

mengakibatkan ibu dan bapanya bersusah payah untuk sembuhkannya dengan pelbagai cara. Pada zaman itu, nenek sebelah bapanya menjadi guru besar di Kampung Pali. Ibunya tinggal serumah dengan neneknya kerana bapanya pergi belayar dan berniaga di Siak dan Pekan Baru. Abdullah sangat manja dengan neneknya dan selalu berada di tepi

(

neneknya ketika neneknya mengajar. Ketika berumur 6 tahun, Abdullah ditimpa penyakit berak berdarah hampir setahun. Kemudian dia sembuh seperti biasa. Dia menerima barang mainan daripada neneknya iaitu sebatang kalam resam, papan loh dan dakwat beras kerana neneknya melarang dia daripada bermain tanah ataupun di tengah panas tetapi disuruhnya menconteng papan tersebut sebelum dia mengenal huruf. BAB 4 (BELAJAR MENGAJI) Pada suatu hari, neneknya melihat contengannya bentuknya seperti huruf, barulah disuruhnya mengaji. Namun Abdullah hanya mengaji ketika dia mahu sahaja, sehingga berumur 7 tahun. Sekembalinya bapanya daripada Siak, dia bertanyakan tentang pelajaran Abdullah dan neneknya memberitahu bahawa Abdullah selalu sakit dan jangan terlalu gertaknya untuk mengaji. Beberapa hari kemudian, bapanya berpindah tidak jauh daripada Kampung Pali. Setiap hari Abdullah akan pergi mengaji di tempat belajar dan pada sebelah malamnya akan diajar oleh ayahnya. Abdullah selalu dipukul dan ditampar apabila belajar kerana salah tulis. Pada ketika itu, Abdullah rasa benci dan marah pada ayahnya dan berdoa agar ayahnya cepat-cepat mati supaya dia tidak perlu belajar lagi dan boleh bermain sesuka hatinya. Setelah ayahnya sakit, dia tidak lagi mengajar Abdullah. Setelah itu barulah Abdullah sedar dan dia terus belajar dan berusaha sehinggalah dia dapat menulis dengan baik. Diceritakan juga sembilan alat dan cara hukuman kepada budak-budak di tempat mengaji. Setelah beberapa bulan kemudian, ibu bapanya bermuafakat dengan adik-beradiknya untuk mengadakan majlis khatam AlQuran dan sunat untuknya. Majlis yang diadakan untuknya besar-besaran mungkin kerana Abdullah adalah satu-satunya anak mereka. Setelah sembuh daripada bersunat, bapanya menyerahkannya kepada guru bahasa Keling, iaitu bahasa Hindu. Dia belajar menulis bahasa Keling selama dua tahun enam bulan. Setelah belajar bahasa Keling, dia diajar oleh bapanya menulis dan disuruhnya menulis al-Quran, kemudian disuruhnya menyalin kitab bahasa Melayu dan bahasa Arab. Abdullah menyalinnya sehingga selesai. Dia juga menolong bapa saudaranya mengambil upah menulis al-Quran. Tidak lama kemudian, Abdullah meminta izin untuk belajar bahasa Hindustan kerana pengalamannya berurusan menjual al-Quran yang ditulisnya dalam bahasa Hindustan menyukarkannya yang terpaksa menggunakan bahasa isyarat sahaja. Setelah hampir empat tahun tinggal dalam kota di rumah bapa saudaranya untuk belajar bahasa Hindustan, Abdullah sudah fasih berbahasa Hindustan. Mereka menggelarkan Abdullah sebagai ‘Munsyi’ iaitu guru bahasa. Setelah itu bapanya memanggilnya pulang ke rumah. Ayahnya memberikannya kitab-kitab dalam bahasa Melayu untuk dibacanya dan tidak membenarkannya untuk keluar bermain. Setiap tiga hari sekali, bapanya akan

(

datang ke tempatnya belajar dan akan menanyakan soalan daripada hal agama dan bahasa. Mana-mana perkara yang tidak diketahuinya akan diberi penjelasan oleh bapanya. Namun, Abdullah menangis kerana hidupnya terkongkong dan tidak dapat hidup macam kanak-kanak lain. Kemudian ibunya bertanyakan hal tersebut dan menjelaskan kepadanya tentang pentingnya ilmu pengetahuan kepadanya. Pada suatu hari, Abdullah sudah pandai menulis surat perjanjian kepada seorang nakhoda tanpa pengetahuan bapanya. Setelah bapanya tahu, dia tersenyum kerana anaknya sudah pandai menulis surat dan membantu kerjanya. Namun dia tidak pernah memuji anaknya itu. Sejak dari itu juga, bapanya mengajar cara menulis surat dengan betul kerana pada ketika itu tidak ramai orang yang tahu menulis dan mengarang di Melaka. Daripada itu juga, Abdullah bersungguh-sungguh belajar bahasa Melayu. Bagi perkataan-perkataan baru yang dijumpai dalam kitab mahupun hikayat yang belum pernah didengar, dia akan bertanyakan kepada Dato’ Sulaiman setelah bertanyakan kepada guru-guruku yang lain. Selepas belajar dengan gurunya selama setahun Sembilan bulan, gurunya itu telah meninggal dunia dan mengakibatkan dia telah tawar hati untuk belajar. Dia menulis surat-surat dengan perasaan yang susah kerana tiada bimbingan. Namun, pada suatu hari datang seorang Arab, Sheikh dari Yaman yang bernama Mualim Muhyiddin merupakan seorang yang ahli dalam pengajian Al-Quran. Aku bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang belajarlah mengaji. Selain itu, dia juga belajar dengan Sayid Sheikh bin Alwi yang alim dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. BAB 5 ( ROBOHNYA KOTA MELAKA) Tersebarlah berita di Melaka bahawa Inggeris hendak meroboh Kota Melaka. Diceritakan juga perihal Kota Melaka iaitu jambatan-jambatan akan diangkat pada waktu malam, kota yang dikelilingi dengan kubu daripada tanah dan di dalam kota juga terdapat gereja yang terletak di kemuncak bukit. Tuan Farquhar hendak merobohkan Kota Melaka dan memanggil semua kuli pelbagai bangsa untuk merobohkannya namun tidak Berjaya kerana mereka bekerja dalam ketakutan. Mereka percaya banyak hantu di kota itu. Upah merobohkan kota itu semakin naik. Tuan Farquhar juga mengarahkan agar digali pada kaki kota itu namun tidak ketemu kaki kota tersebut. Telah banyak cara yang dilakukan oleh Tuan Farquhar untuk merobohkan Kota Melaka namun tidak berhasil. Selama 3 bulan keadaan itu berterusan dan ramai yang patah kaki dan tangan dan ada juga yang mati. Kemudian Tuan Farquhar memasang bedil untuk merobohkan kota tersebut dan barulah penduduk di situ percaya bahawa Inggeris dapat merobohkan kota tersebut. BAB 6 (TUAN FARQUHAR)

(

Semua bangsa di Melaka sangat menyayangi Tuan Farquhar. Tuan Farquhar kemudian naik pangkat menjadi Kolonel Farquhar. Di rumahnya dipelihara seekor harimau yang sangat besar yang asalnya ditemui orang di celah batang pokok di hutan Naning yang dulunya sebesar seekor kucing. Orang yang menemuinya membawanya ke Melaka dan menghadiahkannya kepada Tuan Farquhar. Tuan Farquhar seorang yang pendiam dan penyabar terhadap kesalahan orang. Dia memandang orang sama rata, sama ada kaya mahupun miskin. Jika ada orang miskin yang datang mengadu kepadanya, segera dia mendengarnya dan diberi nasihat serta tunjuk ajar sehingga hati orang tersebut menjadi sejuk dan pulang dengan sukacita. Bab 7 (Tuan Raffles) Tidak berapa lama kemudian, kedengaran berita bahawa Inggeris ingin menyerang Pulau Jawa. Dua tiga bulan selepas itu Tuan Raffles dan isterinya datang ke Melaka. Beliau turut membawa jurutulisnya yang berbangsa Inggeris, bernama Tuan Merlin dan juga seorang jurutulis berbangsa Melayu bernama Ibrahim, iaitu peranakan Keling dari Pulau Pinang. Tuan Raffles menetap di kampung Bandar Hilir. Beliau membawa bersamanya barangbarang mewah buatan Eropah seperti pistol, kain atlas yang mahal, jam-jam yang cantik, kertas untuk membuat surat kepada Raja-Rajan Melayu yang telah tertulis dengan bunga emas dan perak dan beberapa perkakas yang akan dijadikan hadiah kepada Raja-Raja Melayu. Pada suatu hari, Ibrahim jurutulis Tuan Raffles datang ke rumah Abdullah mengatakan hasrat Tuan Raffles yang hendak mencari jurutulis Melayu yang pakar dan hendak membeli surat-surat Melayu serta hikayat-hikayat. Bapa saudaranya, Ismail Lebai dan adiknya, Muhammad Latif diambil sebagai jurutulisnya. Mereka diarahkan menulis pelbagai jenis tulisan seperti, surat kiriman, syair dan sebagainya. Setiap jurutulis mempunyai tugas masing-masing. Penulis menceritakan tentang fizikal Tuan Raffles yang tubuhnya sederhana, dahinya luas menandakan orang yang bijak, rambutnya perang tanda orang berani, telinganya lebar menandakan banyak mendengar, dadanya bidang, pinggangnya ramping, dan apabila berjalan bongkok sedikit. Penulis juga mengatakan Tuan Raffles ini seorang yang suka berfikir, berbudi bahasa, bersifat pengasih kepada orang lain tanpa mengira darjat. Tuan Raffles juga seorang yang suka membaca dan menulis. Apabila dia sedang membuat kerja dia tidak suka diganggu sehingga kerjanya selesai. Tuan Raffles telah menggaji empat orang pekerja yang mempunyai tugas mereka masing-masing. Orang pertama diarahkan pergi ke hutan dan mencari daun, cendawan dan tumbuhan lain. Seorang lagi diarahkan mencari serangga dan diberi jarum peniti untuk mencucuk serangga-serangga tersebut, seperti kala jengking, kupu-kupu dan sebagainya. Orang ketiga disuruh mencari kerang-kerangan seperti kepah, lokam, tiram dan sebagainya. Orang ini juga disuruh mencari ikan-ikan. Orang yang keempat pula

(

disuruh mencari haiwan liar seperti burung-burung, ayam hutan dan sebagainya. Kesemua yang dicari oleh pekerja Tuan Raffles ini dijadikan koleksi beliau. Tumbuhtumbuhan dibukukan dan serangga diawet. Orang Melaka kehairanan melihat kerja Tuan Raffles. Maka pada masa itu ramailah orang Melaka mendapat upah kerana mencari segala hidupan darat, air, bumi, udara dan di hutan. Orang Melayu pada masa itu mula menjual kitab-kitab dan hikayat Melayu peninggalan nenek moyang kepada Tuan Raffles. Dari pelbagai ceruk mereka datang semata-mata ingin menjual kepada Tuan Raffles. Mereka tidak sedar perbuatan mereka itu akan menyebabkan warisan itu akan hilang kerana semuanya adalah tulisan tangan bukannya dari mesin cetak yang boleh diperbanyakkan jumlahnya. Tuan Raffles seorang yang suka mengkaji asal-usul negeri dan istiadat zaman dahulu di samping mencari dan bertanyakan tentang perkara ajaib. Beliau juga gemar belajar bahasa Melayu dan suka menggunakan bahasa Melayu seperti orang Melayu. Tuan Raffles juga gemar mengirim surat kepada raja-raja Melayu dengan kata-kata yang manis demi mengambil hati mereka, juga disertakan dengan hadiah-hadiah kepada raja-raja. Surat- surat beliau disenangi oleh raja-raja dan raja-raja membalas dengan diiringi hadiahhadiah termasuk kitab-kitab dan hikayat bahasa Melayu. Tuan Raffles gemar bergaul dengan orang Melayu. Malah orang miskin juga boleh bersembang dengannya. Pada suatu petang, Tuan Raffles telah mengajak Abdullah pergi ke tempat orang Melayu belajar kerana dia ingin mengetahui cara orang Melayu belajar. Apabila sampai ke tempat pengajian tersebut beliau berasa terkejut melihat terdapat 3 orang kanak-kanak sedang dihukum. Lalu dia bertanyakan kepada tuan guru tempat pengajian tersebut mengapa kanak-kanak itu dihukum. Kemudian tuan guru itu menceritakan apa sebab mereka dihukum dan barulah Tuan Raffles faham bahawa itu memang sudah menjadi adat orang Melayu dalam mengajar. Tuan Raffles juga hairan mengapa tidak diajar kepada kanak-kanak tersebut bahasa Melayu dan mengapa hanya diajar AQ. Hal ini demikian kerana pada masa itu sesiapa yang sudah pandai membaca AQ barulah boleh belajar bahasa Melayu lagipun di negeri Melaka ketika itu tiada tempat mengajar bahasa Melayu. Kemudian Tuan Raffles berkata disebabkan kecintaannya yang begitu mendalam terhadap bahasa Melayu dia berjanji jika umurnya panjang beliau ingin menyediakan tempat pengajian bahasa Melayu. Tuan Raffles juga rajin bertanya tentang kesukaan dan adat orang Melayu. Beliau juga suka bertanya tentang hal ehwal negeri, hal pembesar dan bagaimana pentadbirannya. Dia juga ingin mengetahui pandangan orang Melayu terhadap pemerintahan Belanda dan Inggeris. Isteri Tuan Raffles mempunyai budi pekerti yang luhur, beliau amat ramah dengan semua orang tidak kira kaya dan miskin. Beliau mempunyai minat yang sama seperti suaminya. Beliau juga bertindak sebagai penolong suaminya. Beliau suka mempelajari bahasa Melayu seperti suaminya. Isteri Tuan Raffles juga merupakan seorang yang rajin. Walaupun bersuamikan dengan orang kaya beliau sangat mahir melakukan semua kerja. Beliau tidak kekok dalam melakukan sebarang kerja. Tidak seperti isteri bangsawan Melayu yang tidak mahu melakukan kerja rumah kerana menganggap kerja rumah itu hina dilakukan dan hanya hamba yang layak melakukannya.

(

Setelah empat bulan tinggal di Melaka, Tuan Raffles telah menghantar surat-surat kepada semua raja Melayu di sebelah timur dan barat. Sebulan dua selepas itu datanglah Tuan Pangeran Raja Siak ke Melaka. Kedatangannya ke Melaka sama ada dijemput oleh Tuan Raffles atau ingin berjumpa Tuan Raffles, tidak dapat dikenal pasti. Dia disambut penuh hormat oleh Tuan Raffles, disediakan rumah di Bandar Hilir dengan kebun dan penjaganya. Pada ketika itu juga terdapat banyak kapal Inggeris datang ke Tanah Jawa. Perahu, keci ataupun kapal yang memakai bendera Belanda di tangkap, dan di bawa ke Melaka. Orang Melaka mendapat kepastian bahawa Inggeris bermusuhan dengan Belanda. Inggeris hendak berperang dengan Belanda. Kapal perang dan kelengkapan perang telah sampai ke Melaka. Tetapi Tuan Raffles inginkan kepastian daripada orang Susunan di Bantaram yang terletak di tanah Jawa sama ada mereka menyokong Inggeris ataupun Belanda dengan menghantar surat kepada mereka. Kemudian Tuan Pangeran Raja Siak menyanggupi untuk menghantar surat itu. Tuan Pangeran atau nama lainnya Tengku Panglima Besar sanggup bergadai nyawa demi Tuan Raffles. Tuan Raffles berjanji kompeni Inggeris akan membalas jasa Tengku tersebut. Seorang anak orang besar Jawa yang tinggal di Kampung Hujung Pasir, Melaka akan menunjukkan jalan ke Susunan Bantaram. Tuan Raffles telah memberi satu surat supaya apabila mereka melintasi kapal Inggeris mereka boleh melintas dengan selamat. Tugas Pangeran itu hanya menunjukkan jalan ke darat dan surat kepada orang Susunan akan di hantar sendiri oleh Tengku. Surat itu telah dikarang oleh Pangeran di dalam bahasa Jawa dan diletakkan cap oleh Tuan Raffles. Keesokannya mereka pergilah berlayar dengan mendapat perbelanjaan dan bekalan makanan yang cukup dari Tuan Raffles. Tiap-tiap hari kapal-kapal Inggeris yang hendak berperang ke Tanah Jawa datang ke Melaka. Jumlah kapal yang datang bertambah setiap hari. Kapal-kapal itu membawa lasykar(askar) dan supai orang Benggali. Mereka mendirikan khemah di tempat bernama Limbungan hingga sampai ke Tanjung Keling. Mereka masing-masing dengan kumpulan mereka sendiri yang terdiri daripada pelbagai bangsa, Hindu dan Islam. Mereka mempunyai perangai yang pelbagai di mana mereka yang beragama Hindu menyembah matahari, orang Inggeris pula berpakaian yang pelik-pelik ada yang pakaiannya daripada kulit harimau, bajunya penuh dengan bulu ayam yang dicelup merah putih dan hitam dan ada juga pakaiannya belang-belang seperti harimau. Setiap hari mereka diajar berkawat. Ada pasukan yang diajar menembak dan mereka melakukan latihan berperang. Tidak berapa lama selepas itu datang pula sebuah kapal yang besar membawa orang supai, terup(pasukan berkuda) namanya. Mereka semua ini adalah orang Islam dan diketuai oleh 3 orang Inggeris. Mereka disuruh tinggal di Bandar Hilir di kebun Tuan Adrian Koek. Mereka mempunyai wajah yang tampan dan berjambang. Pakaian mereka semuanya kelabu termasuklah kopiahnya. Mereka ini sangat mahir berkuda dan kuda mereka juga semuanya datang dari Arab. Kuda mereka memahami setiap arahan yang diberikan dan kuda-kuda mereka sangat terlatih. Askar ini pandai mengaji dan tahu bahasa Arab dan bahasa Hindustan. Kebanyakan mereka itu adalah peranakan Arab, daripada bangsa Sayid. Mereka berasal daripada Delhi dikenali sebagai orang nabob. Orang Inggeris telah meminta bantuan mereka dan janji Inggeris jika mereka berjaya menawan Tanah Jawa mereka akan diberi hadiah yang lumayan. Kemudian datanglah Jeneral-jeneral seperti Jeneral Madras dan Jeneral Bombay bersama mereka beberapa buah kapal besar yang lain. Mereka disambut dengan penuh hormat

(

oleh tentera-tenteranya. Semakin hari semakin banyak kapal yang datang ke Melaka hingga penuh kota Melaka. Kejadian ini membuatkan barang-barang di kota Melaka naik harganya. Orang perempuan pula tidak berani keluar rumah kerana sepanjang jalan ada orang Inggeris mabuk yang akan mengganggu mereka. Bab 8 (Lord Minto) Kapal Lord Minto datang ke Melaka. Kota Melaka pada ketika itu dihias dengan begitu cantik sempena menyambut kedatangan beliau. Kesemua tentera Inggeris berkumpul ke Kota Melaka bagi meraikan kedatangan beliau. Orang-orang Melaka juga turut berkumpul demi menyaksikan Lord Minto yang begitu gah diperkatakan. Tentera-tentera memakai pakaian baru belaka, diadakan perbarisan panjangnya sehingga satu jam tidak habis. Diadakan perbarisan dari tepi laut hingga ke rumah raja. Tuan Raffles dan Tuan Farquhar menjemput kedatangan Lord Minto. Maka apabila turun Lord Minto dari kapal meriam ditembak dari segenap penjuru demi menyambut kedatangannya. Apabila dilihat wajahnya sangatlah terkejut kerana sangka orang Melaka Lord Minto adalah seorang yang tampan dan tinggi. Hakikatnya orangnya telah separuh umur, tubuhnya kurus, air mukanya manis dan kelakuannya sungguh lembut. Maka orang sekeliling memberi tabik hormat kepadanya. Ketika berjalan menuju ke rumah raja orang memberi tabik hormat kepadanya, dan beliau membalasnya dengan menundukkan kepalanya. Apabila sampai ke rumah raja maka naiklah beliau sambil di iringi pembesar-pembesar Inggeris. Tetapi hanya Tuan Raffles yang berani menghampiri beliau. Apabila mereka telah bertemu Lord Minto maka pulanglah mereka ke tempat mereka masing-masing. Keesokan harinya, Lord Minto pergi melawat penjara yang menetapkan orang yang bersalah dan berhutang. Apabila beliau masuk ke penjara tersebut maka datanglah banduan-banduan itu kepadanya sambil mengadukan hal mereka. Maka pengawal penjara itu menghalang perbuatan banduan-banduan tersebut akan tetapi Tuan Minto sedih melihat nasib mereka dan berjanji akan membebaskan mereka semua. Selepas itu datanglah Tuan Raja Faquhar yang menjaga istana itu membawa kunci dan melepaskan mereka semua. Banduan-banduan itu gembira tidak terkira kerana akhirnya mereka dibebaskan. Hari yang berikutnya pula Lord Minto pergi pula melawat terongko gelap, iaitu penjara yang amat gelap. Di situ terdapat pelbagai jenis perkakas menyeksa orang, ada tempat memasung orang, tempat menggantung dan pelbagai lagi alat untuk menyeksa. Semua alatan ini digunakan ketika zaman Holanda(Belanda). Apabila melihat alatan tersebut beliau berasa sangat dukacita dan mengarahkan orang membakar kesemua alatan tersebut. Apabila beliau naik ke atas penjara itu ada dua tiga orang yang telah diseksa, maka mereka itu dilepaskan. Beliau mengarahkan penjara itu dipecahkan dan dibaiki. Suatu petang Tuan Minto datang ke rumah Tuan Raffles berjalan-jalan hendak melihat kampung. Kedatangannya disambut dengan baik oleh Tuan Raffles. Apabila beliau memasuki tempat jurutulis-jurutulis bekerja semuanya berdiri dan memberikan tabik hormat. Beliau bersalam dengan Abdullah Munsyi dan merasakan tangannya yang begitu lembut seperti tangan kanak-kanak. Beliau menyuruh Abdullah Munsyi mempelajari

(

bahasa Inggeris dan Abdullah berkata memang dia berminat untuk mempelajarinya. Semenjak Tuan Minto datang ke Melaka beliau sering berjalan-jalan melihat Melaka. Beliau melawat masjid, berhala cina, berhala hindu dan berhala Nasrani. Setiap orang yang berselisih dengannya tidak kira kaya atau miskin akan memberi tabik hormat kepadanya. Beliau membalasnya dengan ramah dan tidak sesekali beliau menunjukkan keangkuhannya. Bab 9 (Tengku Panglima Besar) Setelah tiga bulan lamanya utusan ke Tanah Jawa yang diketuai Tuan Panglima Besar pulang ke Melaka. Utusan ini diarahkan oleh Tuan Raffles untuk membawa surat ke Tanah Jawa bagi memastikan orang tempatan di sana menyokong Inggeris ataupun Belanda. Mengetahui kepulangan mereka membuatkan Tuan Raffles berasa begitu gembira kerana se-jumaat lagi semua kapalnya akan belayar. Apabila sampai saja ke Melaka Tengku Panglima Besar terus pergi ke rumah Tuan Raffles serta membawa surat yang bersampul dengan kain kuning. Tuan Raffles begitu gembira dengan kepulangan mereka. Tengku telah menceritakan segala yang terjadi sepanjang perjalanan mereka menghantar surat itu kepada wakil Tanah Jawa. Dia mengatakan orangnya 2 orang yang mati ketika naik ke darat membawa surat itu. Maka Tuan Raffles berkata janganlah risau kerana kompeni akan membalas segala pengorbanan beliau dengan memberikan kuasa kepada Tengku untuk memerintah kawasan yang di suka apabila mereka berjaya menawan Tanah Jawa. Diserahkan surat balasan itu kepada Tuan Raffles dan beliau bertanyakan adakah Tengku bertemu sendiri dengan orang susunan dan katanya mereka bertemu sendiri tetapi hanya sebentar kerana takut ditangkap orang Holand yang mengawal di situ. Setelah menyerahkan surat itu maka Tengku dan Pangeran pulanglah ke rumah masing-masing. Pada petang hari itu, Pangeran dipanggil untuk membacakan isi kandungan surat itu kerana ia berbahasa Jawa. Isi kandungan itu mengatakan apabila Inggeris datang ke Tanah Jawa mereka akan memberi bantuan daripada darat. Setelah mendengar isi kandungan surat itu Tuan Raffles terdiam dan berfikir panjang. Surat itu sering ditenung dan dibelek oleh Tuan Raffles seperti ada yang tidak kena pada surat itu. Setiap masa surat itu berada di tangannya. Kemudian sesudah beberapa lama menilik surat itu beliau dengan tiba-tiba mengarahkan Ibrahim mengambil kertas simpanannya dan membezakannya dengan kertas surat itu. Hasilnya ia merupakan jenis kertas yang sama. Pada ketika itu juga Pangeran telah dipanggil oleh Tuan Raffles. Pangeran telah disoal sama ada surat yang mereka bawa itu betulkah daripada Tuan Susunan Bantaram sendiri. Apabila disoal terus muka Pangeran menjadi pusat lesi. Pangeran tidak menjawab soalannya kerana ketakutan. Apabila diugut untuk dihukum gantung barulah Pangeran menceritakan perkara yang sebenar. Pangeran mengatakan selepas 12 belas hari mereka belayar berlaku ribut yang kuat ketika mereka berada di laut Palembang. Maka Tengku mengarahkan mereka singgah di Jambi. Pada mulanya Pangeran menolak kerana pesan Tuan Raffles mereka tidak boleh singgah di mana-mana tempat. Namun apabila Tengku berkeras Pangeran akur kerana segala keputusan memang selayaknya ditentukan oleh Tengku. Apabila sampai ke Jambi Tengku bersama anaknya dan beberapa orang turunlah ke darat. Maka tinggallah Pangeran dan kelasi yang lain dia atas kapal. Selama 15 hari Tengku di darat

(

meninggalkan mereka di dalam kapal. Selepas 15 hari itu Tengku pulang dengan muka masam dan marah-marah. Selepas itu, mereka diarahkan melabuhkan layar hingga sampai ke anak-anak sungai. Mereka tinggal di sana lebih kurang enam tujuh hari. Apabila melintas sebuah tob mereka menembaknya dan dibalas pula oleh orang tob itu. Mereka membalas-balas tembakan hinggalah ke petang dan telah mengorbankan dua orang kelasi. Kemudian dirompak pula 3 buah perahu dan dirampas semua hartanya. Selepas 15 hari mereka masih tidak belayar dan pada ketika ini Tengku sudah tidak mahu meneruskan perjalanannya hingga ke Tanah Jawa. Kemudian Tengku telah memaksa semua yang berada di kapal itu untuk merahsiakan perkara yang telah terjadi, kerana takut dibunuh oleh Tengku mereka semua bersetuju untuk merahsiakan perkara tersebut. Selepas itu, Tengku telah mengarahkan Pangeran membuat surat palsu yang kononnya surat itu daripada susunan Bantaram yang sanggup membantu pihak Inggeris menentang Belanda. Mendengar penjelasan itu membuatkan Tuan Raffles semakin marah. Pada petang itu telah datang orang-orang besar ke rumah Tuan Raffles kerana mereka ingin melihat surat yang di bawak dari Tanah Jawa itu. Maka malu besarlah Tuan Raffles kerana mereka masing-masing ingin mendengar khabar berita surat itu. Selepas itu, Tuan Raffles telah mengarahkan mata-mata memanggil Tengku. Beberapa kali dipanggil tidak datang juga. Namun akhirnya Tengku datang juga tapi ditemani oleh beberapa kawannya. Akan tetapi kawan-kawannya tidak dibenarkan masuk bersamanya, hanya dia seorang yang dibenarkan berjumpa dengan Tuan Raffles. Maka Tuan Raffles dengan marahnya telah bertanyakan kepada Tengku atas perbuatannya itu. Kemudian Tuan Raffles telah menghalau Tengku kerana begitu kecewanya dia dikhianati dengan orang yang paling dipercayainya. Ketika Tuan Raffles ingin berlayar meninggalkan Melaka beliau telah mengajak Abdullah mengikutnya, akan tetapi bonda Abdullah tidak mengizinkannya kerana Abdullahlah satu-satunya anak yang dia ada. Sebagai pengganti Ismail Lebai bapa saudara kepada Abdullah yang telah mengikut Tuan Raffles. Selepas Inggeris telah mendapat Tanah Jawa nenek Abdullah telah mendapat surat yang mengatakan Ismail Lebai telah mati di Betawi. Bab 10 (Anglo College) Tarikh 1238 hijrah bersamaan 1823 Masihi Melaka mula didatangi oleh paderi Inggeris. Tuan Milne bersama keluarganya telah datang ke Melaka. Paderi ini telah mengajar budakbudak bahasa Inggeris serta disediakan segala peralatan untuk menulis. Apabila mengetahui perkara ini Abdullah sangat gembira kerana dia mengingati pesanan Tuan Lord Minto yang menyuruhnya belajar bahasa Inggeris. Pada ketika itu begitu susah untuk belajar bahasa Inggeris kerana tiadanya guru yang mahir melainkan hanya orang Nasrani yang berasal dari Madras dan Holand yang hanya belajar sedikit bahasa Inggeris. Abdullah pergi berjumpa dengan Tuan Milne kerana dia ingin mempelajari bahasa Inggeris. Tetapi paderi itu pula ingin Abdullah mengajarnya bahasa Melayu kerana menurutnya sebelum ini ada datang beberapa orang tempatan yang ingin mengajarnya bahasa Melayu tetapi mereka semua tidak begitu mahir dan Tuan Milne menolak tawaran mereka itu. Pada mulanya Abdullah menolak untuk menjadi guru kepada Tuan Milne kerana menurutnya dia hanyalah orang biasa yang tidak layak untuk menjadi guru.

(

Menurut Abdullah untuk menjadi guru seseorang itu perlu mempunyai 5 perkara iaitu, berpengetahuan, jangan bongkak dengan ilmu yang ada, sabar dengan kerenah anak murid, menguasai ilmu yang akan diajar, dan yang kelima rajin serta usaha. Namun setelah diuji oleh Tuan Milne untuk mengetahui layak atau tidak Abdullah menjadi gurunya ternyata Abdullah sememangnya mahir dalam bidang bahasa Melayu. Akhirnya, Abdullah bersetuju untuk menjadi guru kepada Tuan Milne kerana paderi itu telah berjanji untuk mengajarnya bahasa Inggeris. Ternyata Tuan Milne sememangnya pelajar yang bijak kerana apabila diajukan tentang pelajaran yang lepas beliau dapat menjawabnya. Selepas itu, ada pula seorang paderi bernama Tuan Thomsen datang dari Betawi ke Melaka. Beliau tinggal di belakang rumah Tuan Milne. Tuan Thomsen juga berminat untuk belajar bahasa Melayu. Maka Abdullah telah mengajarnya. Tetapi sedikit susah untuk mengajar Tuan Thomsen kerana pelatnya terlalu pekat kerana dia berbangsa Jerman. Tambahan pula apabila Abdullah mengajar dia selalu membantah mengatakan perkataan yang Abdullah ajar salah dan apa yang dia ajar betul. Sedangkan dia tidak mahir dalam bahasa Melayu. Tuan Thomsen juga mendakwa kamus yang digunakan Abdullah semuanya salah. Paderi itu menyuruh Abdullah menukar perkataan dan ejaan mengikut pandainya. Namun Abdullah tolak kerana apa yang diajarnya kepada Tuan Thomsen itu betul mengikut lunas bahasa Melayu sebaliknya apa yang paderi itu katakan sama sekali salah. Abdullah mengibaratkan Tuan Thomsen seperti hujan berbalik ke langit bermaksud orang bodoh ingin mengajar orang yang pandai. Mereka sering berbalah kerana Tuan Thomsen tidak ingin mendengar ajaran Abdullah dan akhir sekali Abdullah tidak sanggup lagi mengajar Tuan Thomsen. Selepas Abdullah berhenti menjadi guru kepada Tuan Thomsen ada pula empat lima orang yang menggantikannya namun mereka semua tidak sanggup juga mengajar Tuan Thomsen. Tuan Milne telah mendapat satu tanah yang sekarangnya adalah Anglo College di Melaka. Pada mulanya tanah itu adalah milik syahbandar di Melaka yang bernama Mister Alam. Sepeninggalannya tanah itu diberi kepada Tambi Ahmad Sab dan apabila Tuan Milne membeli tanah di Hujung Pasir maka ditukarnya dengan Tambi Ahmad Sab. Pada suatu hari Tuan Milne telah mendengar cerita tentang pocong dan puntianak daripada orang gajinya yang berbangsa cina. Namun Tuan Milne tidak begitu faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan puntianak dan pocong. Maka dia bertanya kepada Abdullah. Pada asalnya Abdullah tidak mahu menceritakannya kerana menurutnya semua itu adalah tahyul dan perkara sia-sia sahaja untuk menceritakannya. Namun paderi itu ingin sangat mengetahui tentangnya maka Abdullah menceritakan kepadanya. Setelah beberapa lama Tuan Thomsen datang semula mencari Abdullah untuk belajar bahasa Melayu. Tetapi ketika ini Tuan Thomsen sudah boleh menerima ajaran Abdullah dan dia tidak lagi menentang Abdullah kerana telah begitu ramai guru yang mengajarnya tetapi semuanya berhenti kerana tidak sanggup melayan perangainya yang sentiasa ingin menang. Maka Tuan Thomsen telah mengarahkan Abdullah menyenaraikan perkataan bahasa Melayu dalam satu kitab agar dia boleh terjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris. Abdullah mengambil kesempatan ini untuk belajar bahasa Inggeris. Tuan Thomsen memanggilnya sebagai vocabulary.

(

Maka selepas itu, datang pula beberapa orang paderi yang lain ada yang doktor dan ada juga tukang membuat cap. Abdullah juga telah diajar untuk membuat cap. Paderipaderi ini juga belajar bahasa Melayu daripada Abdullah. Abdullah bersama-sama dengan Tuan Thomsen telah menterjemahkan buku kira-kira(matematik) ke dalam bahasa Melayu agar senang budak-budak untuk mempelajarinya. Abdullah juga telah menterjemahkan kitab-kitab Inggeris yang lain ke dalam bahasa Melayu agar mudah difahami oleh kanakkanak. Terlalu banyak pekerjaan yanh perlu dibuat oleh Abdullah di mana ingin terjemah dan di mana ingin di cap, maka Abdullah telah meminta untuk dicarikan pembantu agar dapat menolongnya. Sebermula dengan itu, Tuan Milne telah mendapat perintah untuk mendirikan sebuah kolej. Maka di binalah satu kolej yang diberi nama Anglo Chinese College. Selepas itu, ramailah yang mempelajari bahasa Inggeris dan ramai juga yang pandai bertutur dan menulis bahasa Inggeris. Tetapi malangnya sangat sedikit anak Melayu yang belajar di situ kerana anggapnya bodoh mempelajari bahasa. Perkara ini kerana mereka masih tidak sedar kepentingan ilmu pada masa depan mereka. Abdullah telah beberapa kali mengajak tetapi mereka tetap tidak mahu. Sehinggakan ada yang cemburu dengan Abdullah dan menghasut bapa Abdullah agar dilarang mempelajari bahasa Inggeris kerana menurutnya imannya boleh rosak. Abdullah berasa sangat sedih kerana bapanya terhasut dengan kata-kata mereka yang cemburu akan dirinya. Maka Abdullah telah menceritakan kepada Tuan Milne bahawa ayahnya telah melarangnya belajar bahasa Inggeris. Kemudian Tuan Milne telah pergi berjumpa dengan ayah Abdullah dan akhirnya ayahnya berlembut hati juga untuk membiarkan anaknya belajar. Tetapi masih ramai yang berdengki dengan Abdullah sehingga digelarnya Abdullah Paderi kerana suka sangat mengajar paderi-paderi itu bahasa Melayu. Kemudian Abdullah telah dikahwinkan setelah mendapat perbelanjaan daripada Tuan Milne untuk membaiki rumah dan majlis perkahwinannya. Maka makin ramailah yang cemburu dengan Abdullah kerana paderi sendiri datang ke rumah Abdullah. Setelah berkahwin Tuan Milne telah memberi Abdullah rehat daripada belajar dan mengajar. Isterinya juga rapat dengan Tuan Milne. Tuan Milne telah menjadi ketua di kolej tersebut. Tidak berapa lama kemudian Tuan Milne telah mendapat seorang anak lelaki dan dinamakan oleh Tuan Raja Farquhar akan budak itu Farquhar juga. Selepas beberapa ketika isteri Tuan Milne pula mati. Selepas kematian isterinya dia menjadi seorang yang tidak minat belajar dan lama-kelamaan dia menjadi sakit dan akhirnya mati disebabkan terlalu kecewa atas kematian isterinya. Maka selepas itu kolej dipegang pula oleh Tuan Themson. Tetapi tidak lama kerana Tuan Themson ingin membawa isterinya pulang ke England kerana isterinya sentiasa sakit. Kemudian ditinggalkan koleh di bawah pemerhatian Abdullah. Tetapi selepas beberapa bulan Tuan Thomsen kembali semula ke Melaka kerana menurutnya isterinya mati sebelum mereka sempat sampai ke England lagi. Tuan Thomsen telah meminta Abdullah menterjemahkan kitab Injil Matius yang berbahasa Melayu Tanah Jawa itu kepada Melayu yang betul. Namun setiap kali Abdullah ingin menterjemahkan kepada bahasa Melayu yang betul dia sering membangkangnya. Tetapi Abdullah tidak mengikut telunjuk Tuan Themson kerana ianya hanya merosakkan bahasa Melayu.

(

Bab 11 (Negeri Singapura) Kernel Farquhar telah berlayar untuk mencari sebuah tempat yang sesuai dibuat negeri. Maka Raja Farquhar telah berlayar ke Singapura untuk membuka negeri di sana. Tetapi pada masa itu Singapura dipegang oleh Temenggung. Pada asalnya ia hak milik Sultan Mahmud. Temenggung menetap di Singapura kerana tidak tahan dengan perbalahan putera Sultan Mahmud yang berebut takhta. Maka Raja Farquhar menginginkan supaya Pulau Singapura itu dijadikan negeri. Maka satu perjanjian yang menyatakan persahabatan Temenggung dengan kompeni Inggeris bahawa dia akan suka relanya Tengku Long memberikan Pulau Singapura kepada kompeni Inggeris dan Raja Farquhar akan membuatkannya menjadi negeri. Raja Farquhar mencari negeri lain kerana Melaka telah diambil oleh orang Holand. Pada ketika itu orang tidak berani lalu-lalang di laut Singapura kerana disitulah tempat perompak tidur dan membahagikan harta rompakan mereka. Disebabkan perkara itu orang laut di situ sangat takut apabila bertembung dengan orang ramai. Apabila didarat mereka lari menyelamatkan diri apabila di laut pula mereka akan mendayung sampan sejauh-jauhnya dan apabila tidak sempat mereka akan terjun laut dan menyelam sejauh mungkin kemudian barulah timbul. Pada setiap pagi Raja Farquhar akan berjalan-jalan tapi semua kawasannya hanya dipenuhi dengan belukar sahaja. Maka Raja Farquhar telah membuat keputusan untuk naik ke Bukit Larangan tetapi telah dilarang oleh orang tempatan kerana katanya bukit itu berhantu. Namun Raja Farquhar tidak mempercayainya dan dia telah mengarakan orang suruhannya membawa naik meriam ke atas bukit itu. Kemudian merian-merian itu diletakkan di keliling bukit itu. Maka disurunya orang menebas semak-semak agar boleh membuat jalan untuk naik ke bukit. Selepas ditebas maka tikus-tikus sebesar kucing telah keluar dan pergi ke penempatan manusia. Terlalu banyak tikus ini sehinggakan tempat Raja Farquhar juga diserang tikus. Maka Raja Farquhar telah menawarkan bagi sesiapa yang menangkap tikus akan diberi wang. Maka ramailah yang menangkap tikus sehingga masalah tikus itu tiada lagi. Selepas itu masalah lipan pula muncul. Terlalu banyak lipan hingga jatuh-jatuh dari atap. Maka ramailah yang disengat oleh lipan. Apabila Raja Farquhar mengetahuinya dia telah menawarkan bagi sesiapa yang berjaya menangkap lipan akan diberikan wang. Maka ramailah yang berjaya menangkap lipan hingga masalah lipan itu selesai. Bab 12 (Holand dalam Melaka) Apabila Melaka diserahkan kepada Holand rakyat Melaka begitu sengsara. Perkara ini kerana Holand telah mengenakan pelbagai cukai dan denda kepada rakyat. Semua perkara hendak dicukainya sehinggakan hendak membuat perigi juga dikenakan cukai. Ada seorang pegawai Holand yang bernama Bamggor yang sangat tidak adil kepada rakyat. Beliau sesuka hati mengenakan denda terhadapa rakyat walaupun sekecil perkara sehingga orang kampung menggelarnya Tuan Penyapu. Apabila dia mati legalah dan bersyukurlah rakyat. Namun mereka masih tidak gembira kerana masih ada Raja Holand.

(

Kemudian ada penghabaran mengatakan Inggeris telah membuka negeri di selat Melaka. Sesiapa yang menghantar barang keperluan ke Selat tersebut akan diberikan wang yang lumayan. Namun pada awalnya mereka tidak percaya. Tetapi akhirnya mereka percaya juga. Maka ramailah yang pergi menghantar barang keperluan ke sana demi mendapatkan imbuhan yang lumayan. Apabila rahsia ini diketahui oleh Raja Holand dia sangat marah dan tidak membenarkan memberi bantuan kepada Inggeris di Selat Melaka. Namun mereka beri juga kerana menginginkan imbuhan yang dijanjikan. Maka ramailah orang Melaka pergi ke Selat ada yang mencari kerja ada yang membawa bekalan. Akan tetapi kehidupan di Singapura sangat susah kerana barang-barang sangat mahal harganya. Maka dengan takdir Allah Raja Holand di Melaka pon matilah. Maka bergembiralah orang Melaka kerana hukum dan denda yang dikenakan pon redalah sikit. Namun Raja Holand telah meninggalkan hutang yang banyak sehingga membuatkan kehidupan orang Melaka melarat. BAB 13 (Darihal Tengku Long) Bab ini menceritakan tentang hal negeri Singapura. Tuan Farquhar ingin menjemput Tengku Long, putera Sultan Mahmud dari Riau ke Singapura. Namun Tuan Farquhar tidak berani untuk menjemput Tengku Long tanpa persetujuan Tuan Raffles yang ketika itu berada di Benggala. Empat hari kemudian Tuan Raffles pulang semula ke Singapura. Dia pun lantas menyuruh Tuan Farquhar menjemput Tengku Long. Tuan Farquhar pun berjumpa dengan Raja Embung yang merupakan saudara kepada Tengku Long kerana ia juga saudara Sultan Mahmud. Hal ini dibiarkan rahsia kerana Tuan Raffles tidak mahu perkara ini dibesar-besarkan. Maka pergilah mereka berlayar ke Riau untuk berjumpa dengan Tengku Long. Sesampainya di Riau, rombongan Tuan Farquhar terus bertemu Tengku Long dan memberitahukan hasrat Tuan Raffles untuk mengangkat Tengku Long menjadi sultan. Tengku Long lantas memanggil orang kepercayaannya iaitu Encik Abu kerana Tengku tidak sedap hati, risau sekiranya dia hendak ditipu oleh Tuan Raffles. Setelah mendapat nasihat daripada orang kepercayaannya itu, Tengku Long pun bersetuju berlayar ke Singapura berjumpa dengan Tuan Raffles. Kedatangan Tengku Long disambut dengan meriah oleh Tuan Raffles sehingga menghilangkan syak wasangka yang tidak baik di hati Tengku Long. Setelah perbincangan Tengku Long pun memakai pakaian kerajaan dan diiring sebuah khemah dan seterusnya diumumkan sebagai sultan Singapura serta teluk rantau jajahannya yang diberikan gelaran Sultan Husin Syah ibni Almarhum Sultan Mahmud Syah. Setelah dilantik menjadi sultan, Sultan Husin meminta didirikan sebuah istana kerana baginda hendak menjemput isterinya dan segala isi istananya dari Riau ke Singapura. Adik ipar Tuan Raffles iaitu Kapten Flint dilantik sebagai syahbandar. Taun Raffles memberikan hadiah wang seribu ringgit serta kain sakhlat hitam sekayu dan sakhlat kuning sekayu serta ditentukan sebulan empat ratus enam belas ringgit dan gaji Temenggung separuh daripadanya. Pada hari itu juga dibuat perjanjian antara pihak Inggeris dan Sultan Husin. Dalam perjanjian tersebut mengatakan orang Keling dan orang

(

Benggali, berada di bawah pemerintahan Inggeris, manakala orang Cina dan orang Melayu di bawah pemerinntahan Sultan. Selain itu disebut juga dalam perjanjian itu, segala hasil Singapura akan dibahagikan kepada dua iaitu antara Inggeris dan Sultan Husin. Setelah itu, Tuan Raffles pergilah belayar ke Benggala meninggalkan Tuan Farquhar sebagai raja, Tuan Flint sebagai syahbandar dan Tuan Bernard, menantu Tuan Farquhar menjadi majistret Singapura. Diceritakan juga Singapura sebagai sebuah negeri baru yang menjadi tumpuan para pedagang dan saudagar yang datang dari pelbagai negeri termasuk pedagang dari Eropah. Pada masa itu juga terkenal dengan adat melelong barang. Dengan kedatangan pedagang telah menjadikan pelabuhan Singapura menjadi sesak. Setelah empat bulan negeri Singapura, penulis iaitu Abdullah pun datang ke Singapura bersama Paderi Thomsen dari Melaka. Setelah sampai, penulis memerhatikan bahawa negeri Singapura itu belum lagi terdapat rumah melainkan sekaliannya itu dipenuhi dengan hutan bakau dan api-api. Sultan Husin Syah pula baru hendak memulai membina istana di Kampung Gelam, tetapi masih lagi hutan semuanya dan belum ada jalan darat. Tuan Farquhar pun mengupah kuli yang ramai iaitu orang Melayu Melaka untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di hutan tersebut. Tempat ini berdekatan dengan kampung Temenggung iaitu bersebelahan Pagar Nibung. Mereka pun membina sebuah madrasah dan dikelilingi dengan pondok-pondok tempat orang Melaka itu tinggal. Paling tua dalam kalangan mereka adalah Encik Yahya atau digelar juga Encik Siang. Kira-kira 8 bulan umur Singapura, datang perahu-perahu pengail dari Melaka mengail di Singapura. Orang Melaka mendapat keuntungan yang banyak daripada usaha mengail ikan ini, kerana banyaknya ikan di perairan Singapura. Maka orang Singapura pun turut juga mengail ikan. Pada ketika itu, mereka mengail dengan hanya menikam ikan. Setelah setahun umur Singapura, datanglah orang Melaka iaitu Haji Mata-mata membuat kelong dan belat, orang lain datang membuat jermal. Orang Melaka yang datang ke Singapura maka tidak tahu menggunakan dayung di perahu, melainkan ia berkayuh dan mengumpil dan memakai kolek sahaja. Setelah sampai di Singapura barulah mereka membuat dayung. Orang Melaka pada ketika itu jugak masih tidak tahu berbaju, melainkan sekeping kain yang dipakai di badan. Selain itu, mereka juga masih tidak pandai hidup di darat. Segala urusan kehidupan, seperti kahwin, beranak hanya di perahu sahaja, termasuklak mati. Mereka juga tidak hidup berdasarkan hukum Islam walaupun mereka ternyata adalah Orang Melayu dan Islam. Setelah Tuan Raffles pergi berlayar, setiap bulan wang belanja akan diberikan oleh Tuan Farquhar kepada Sultan Husin dan Temenggung seperti yang telah ditetapkan pada awalnya. Namun bagi Sultan Husin, wang yang diberikan itu tidak cukup kerana terlalu ramai orang yang berada di bawah tanggungannya. Setelah memberitahu kepada Tuan Farquhar tentang hal itu, Tuan Farquhar menyuruh sultan mengambil duit pajakan candu untuk menambah pendapatannya. Maka jadilah pendapatan sultan sebanyak lapan ratus rial. Hal itu menjadi tetap hingga kembalinya Tuan Raffles dari Benggala. Singapura menjadi semakin masyur kerana pedagang yang masuk berdagang. Orangorang dari negeri lain pun masuk berpindah sehingga Singapura penuh dengan pelbagai bangsa

(

dengan pekerjaan masing-masing. Setelah kembalinya Tuan Raffles, Sultan Husin mengadukan kepadanya tentang wang pendapatannya yang masih tidak cukup. Tuan Raffles mencadangkan agar Sultan Husin berniaga, malah dia sanggup menyediakan modal dan rumah kedai sekiranya Sultan mahu mengikuti cadangannya itu. Namun, Sultan Husin menolak kerana baginya bukan adat sultan untuk berniaga dan sekiranya dilakukan juga akan menjadi aib bagi raja-raja lain. Tuan Raffles tidak memaksa. Dia bertanya kepada sultan berapa yang diperlukan oleh sultan untuk mencukupi wang belanjanya. Setelah lama berfikir sultan menyatakan dia memerlukan kira-kira tiga ribu ringgit. Namun tidak dipersetujui oleh Tuan Raffles. Sultan diberi masa lagi untuk berfikir tentang wang yang cukup sebagai duit belanjanya. Taktala Tuan Raffles balik dari Benggala diberikannya satu kereta bugi dengan kuda besar sebagai hadiah kepada sultan. Setelah tiga hari kemudian ditentukan wang belanja yang akan diberikan kepada sultan adalah sebanyak seribu ringgit dan Temenggung sebanyak tujuh ratus ringgit. Gaji tersebut kekal sehingga Tuan Crawfurd datang memerintah negeri Singapura. Seterusnya Tuan Raffles dan Tuan Farquhar berhasrat untuk meluaskan negeri Singapura. Kampung Gelam hendak dijadikan kampung saudagar iaitu tempat orang berniaga. Namun kudua-duanya tidak mendapat suatu kata putus yang sesuai. Setelah tiga hari masing-masing berfikir, akhirnya mereka mendapat jalan penyelesaian yang sesuai. Mereka bersetuju untuk memecahkan bukit yang berhampiran dengan Tanjung Singapura itu. Keesokkan harinya, datanglah buruh yang terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India yang datang untuk memecahkan tanah. Suatu hari, Tuan Farquhar ingin memberikan tanah kepada Abdullah di Kampung Gelam. Penulis pun mengambil tanah tersebut dan mendirikan sebuah rumah atap. Kira-kira empat bulan, bukit yang tadi dipecahkan akhirnya rata. Pada masa itu dijumpai sebuah batu yang terdampar di dalam semak di hujung kampung. Batu tersebut mempunyai tulisan yang dipahat, namun tulisan tersebut tidak dapat dibaca. Penulis berpendapat tulisan pada batu tersebut adalah huruf-huruf Arab, namun tidak dapat dia membacanya. Akhirnya, Tuan Raffles pun menetapkan bahawa tulisan tersebut adalah tulisan Hindu, kerana orang-orang Hindu yang paling awal sekali bertapak di negeri bawah angin. Namun setelah Tuan Bonham menjadi gabenor, tiga buah negeri (Singapura, Melaka, Pulau Pinang) batu tersebut telah dipecahkan. Setelah ditambak sekalian lembah dan paya, lekuk-lekuk serta lumpur telah dibersihkan kemudian tanah tersebut telah disekat-sekat dan dilelongkan. Tempat tersebut dibuat kebun, ditanam segala jenis pohon dan bunga-bungaan. Pada taktala tempat tersebut dilelong, Tuan Raffles menyuruh Abdullah untuk mengambil tanah-tanah tersebut kerana potensinya untuk menjadi tempat tumpuan pedagang. Namun, Abdullah menolak kerana harga tanah tersebut agak mahal. Walaupun, Tuan Raffles bersedia untuk memberi tanah tersebut secara hutang, Abdullah tetap menolak kerana pada pandangannya sekiranya dia berhutang dengan, orang-orang di Singapura, maka akan sukar baginya

(

untuk kembali lagi ke Melaka. Tanah tersebut dilelong dengan mahal, kerana Tuan Raffles hanya mahu orang kaya yang membelinya, supaya dapat dibangunkan kawasan tersebut dengan modal yang dimiliki orang kaya. Diceritakan juga, bahawa suatu pagi, Tuan Farquhar berjalan di sebelah Sungai Rocah bersama anjingnya. Anjingnya itu hendak mencari air di sungai, lalu tiba-tiba disambar buaya. Maka Tuan Farquhar pun memanggil orang untuk membuat empangan di sungai tersebut. Apabila sudah terkepung buaya itu, maka dibunuh oleh orang kampung. Barulah diketahui di Singapura ada buaya yang panjangnya tiga depa. Bangkai buaya itu digantungkan ditepi pohon jawi-jawi di tepi Sungai Beras Basah.

BAB 14 (Darihal Kernel Farquhar Kena Tikam) Bab ini menceritakan tentang bagaimana Tuan Farquhar dibunuh. Sayid Yasin peranakan Pahang datang berniaga di Singapura. Sayid Yasin berhutang dengan Pangeran Syarif Omar peranakan dari Palembang, sahabat Sayid Muhammad Junid. Hutang Sayid Yasin ada kira-kira empat ratus ringgit lagi. Pangeran Syarif Omar kemudiannya menyaman Sayid Yasin kerana hutangnya itu, lalu dibicarakan oleh Tuan Farquhar. Pada pembicaraan itu, Tuan Farquhar meminta Sayid Yasin untuk menjelaskan hutangnya, namun Sayid Yasin minta diberi penanggguhan kerana tiada wang. Pangeran Syarif Omar menolak untuk memberi penangguhan kerana dia juga perlu menyerahkan duit tersebut kepada sahabatnya Sayid Muhammad Junid. Tuan Farquhar meminta penjamin, namun tidak juga dapat ditunaikan oleh Sayid Yasin. Pangeran Syarif Omar menuduh Sayid Yasin sengaja tidak mahu membayar hutangnya. Akhirnya Sayid Yasin dipenjarakan. Semasa dimasukkan ke dalam penjara, Sayid Yasin menyembunyikan keris di dalam bajunya. Kira-kira pukul lima, Sayid Yasin mendapatkan Tuan Bernard dan meminta kebenaran untuk keluar bertemu Pangeran Syarif Omar untuk mendapatkan penangguhan bayaran hutangnya. Pergilah Sayid Omar ditemani seorang mata-mata ke rumah Pangeran Syarif Omar. Hari hampir senja ketika itu. Sampai di rumah Pangeran Syarif Omar, Sayid Omar pun segera masuk ke rumahnya. Mata-mata yang bersamanya tadi diminta tunggu diluar pagar. Niatnya adalah untuk membunuh Pangeran Syarif Omar. Apabila menyedari Sayid Yasin datang ke rumah, Pangeran Syarif Omar segera melarikan diri melalui pintu belakang. Dia terus ke rumah Tuan Farquhar untuk menceritakan tentang kedatangan Sayid Yasin ke rumahnya dengan muka yang bengis dan keris di tangan. Sayid Yasin masih lagi menanti kedatangan Syarif Pangeran Omar. Hari sudah semakin gelap dan mata-mata tadi mengajak Sayid Yasin pulang. Sayid Yasin berasa merah lalu dibunuhnya matamata itu. Pada ketika itu, Abdullah berjalan hendak pergi mengajar Bahasa Melayu kepada Tuan John Morgan. Dalam perjalanan ke rumah Tuan Morgan, Abdullah bertemu dengan Tuan Farquhar, bersama

(

anaknya iaitu Andrew Farquhar dan Kapitan Davies yang diiringi empat orang pengawal yang membawa senapang. Lantas Tuan Farquhar melarang Abdullah ke rumah Tuan Morgan kerana ada orang mengamuk. Setelah itu, mereka bersama-sama pergi ke rumah Pangeran Syarif Omar. Sesampainya di rumah, mereka masuk dan mencari Sayid Yasin, namun tidak kelihatan. Sayid Yasin ketika itu sedang bersembunyi di bawah balai. Tuan Farquhar mencari hingga ke luar halaman, namun Sayid Yasin tidak juga kelihatan. Mereka masuk ke dalam rumah semula. Tiba-tiba dari bawah balai itu keluar tangan yang kemudiannya terus menikam tepat di paru-paru Tuan Farquhar. Abdullah mendekati Tuan Farquhar dan bajunya juga turur dibasahi dengan darah. Tuan Andrew Farquhar ketika itu memegang pedang, lantas dibunuhnya Sayid Yasin. Tuan Farquhar pula sangat lemah sehingga tidak dapat bangun, lalu dipapah ke rumah Tuan Guthrie. Beberapa ketika, doktor pun datang. Menurut doktor, luka yang dialami oleh Tuan Farquhar tidak dalam. Mayat Sayid Yasin pula dikerumuni oleh sebilangan orang-orang putih dan mereka menikam dan mencincang mayat Sayid Yasin sehingga hancur. Suasana menjadi haru biru. Orang-orang dari seberang turut datang untuk meyaksikan kejadian tersebut. Pada masa itu orang Melayu langsung tiada kelihatan kerana habis diburu oleh supai. Kemudian, Tuan Raffles pun datang untuk mengetahui keadaan Tuan Farquhar. Keadaan dalam rumah Tuan Pangeran Syarif agak gelap. Lalu masuklah orang ramai dengan membawa api. Tiba-tiba terlanggar mayat mata-mata yang telah dibunuh oleh Sayid Yasin. Tuan Raffles bertanya kepada Abdullah tentang mayat-mayat itu, sama ada Abdullah mengenalinya atau tidak. Abdullah memberitahu bahawa dia tidak mengenalinya. Tuan bernard datang dari seberang. Apabila dilihatnya mata-mata itu mati, baru dia teringat akan Sayid Yasin yang telah meminta kebenaran daripadanya untuk ke rumah Pangeran Syarif Omar meminta penangguhan bayaran hutang. Tuan Raffles merasa sangat marah apabila mendapat tahu tentang hal itu. Dia mengugut akan mengantung Tuan Bernard sekiranya kejadian tersebut menyebabkan Tuan Farquhar mati. Pada malam itu juga Tuan Farquhar dipindahkan ke rumahnya. Keesokan harinya, Tuan Raffles datang melawat, dilihatnya Tuan Farquhar sudah boleh duduk. Sultan Husin Syah dan semua menterinya turut datang melawat. Orang-orang kampung berkumpul. Tuan Raffles duduk di tempat bicara. Dia bertanya kepada Sultan Husin, apakah hukuman bagi rakyat yang menderhaka kepada sultan. Sultan menjawab, dalam undang-undang Melayu orang yang menderhaka akan dibunuh termasuk anak dan isterinya. Bagi Tuan Raffles hukuman tersebut tidak adil kerana ia melibatkan anak isteri yang dihukum, walaupun mereka tidak bersalah. Dalam undang-undang Inggeris, orang yang melakukan kesalahn sahaja yang akan dijatuhkan hukuman. Sekiranya dia mempunyai isteri maka isteri itu akan diberi gaji sehingga dia bertemu dengan lelaki lain. Mayat Sayid Husin kemudian dikeluarkan, diarak di seluruh negeri. Kemudian, di bawa ke Tanjung Malang iaitu di hujung Teluk Air didirikan sebatang kayu. Digantung mayat tersebut hingga lima belas hari. Kemudian Sultan Huisn meminta kepada Tuan Raffles, barulah mayat itu dimandikan dan dikebumikan.

(

Suatu

hari

bergaduh

anak-anak

Melaka

dengan

Temenggung.

Orang

Temenggung

mengeluarkan keris untuk menikam, namun dapat dielak oleh orang Melaka yang bernama Syeikh Ali, seorang peranakan Arab. Maka dengan itu keluar beratus orang anak Temenggung ingin membunuh anak Melaka tersebut. Apabila sampai ke pengetahuan Tuan Farquhar, dia cuba unutk menghentikan perbalahan tersebut. Apabila orang-orang Tuan Farquhar membawa senapang, anak Temenggung dan anak Melaka tadi ketakutan. Namun masih ada dendam dalam hati mereka. Akibatnya, hampir setiap hari mereka bergaduh. Oleh kerana orang-orang Temenggung asyik mendatangkan masalah, Tuan Raffles berbincang dengan Tuan Farquhar untuk mengundurkan Temenggung. Tuan Raffles kemudian pergi menemui Temenggung dan menyuruhnya untuk mencari sebuah tempat yang jauh agar tidak bercampur dengan masyarakat lain. Tuan Raffles bersedia menyediakan wang untuk membersihkan kawasan tersebut. Temenggung pun bersetuju untuk berpindah. Pada pandangan Temenggung, tempat yang paling sesuai adalah di Teluk Belanga. Disebutkan juga dalam bab ini, tentang sebuah kawasan yang ingin dibangunkan oleh Tuan Raffles. Namun tempat ini adalah tanah perkubuaran. Maka Tuan Raffles meminta Temenggung untuk memindahkan tulang-tulang mayat ke tempat lain, supaya dapat diratakan kawasan tersebut. Temenggung pun menyuruh orang untuk mengumpul tulang tersebut, dimasukkan ke dalam guni, kemudiannya di buang ke laut. Dalam pada itu, Tuan Raffles menanti-nanti saat Temenggung hendak berpindah. Dia pun bertanya kepada Temenggung tentang kesediaanya berpindah. Temenggung memberitahu kepada Tuan Raffles, bahawa dia belum diberikan sebarang belanja untuk berpindah. Tuan Raffles memberikan seribu ringgit kepada Temenggung. Setelah mendapat wang tersebut, Temenggung terus berpindah ke Teluk Bengala. Semenjak Temenggung berpindah pergaduhan pun dapat diredakan. Akan tetapi orang-orang Sultan semuanya bersenjata. Tuan Raffles berpendapat adat menggunakan senjata itu tidak baik. Sultan tidak dapat menerima teguran Tuan Raffles. Sultan diberi masa berfikir. Setelah beberapa hari kemudian, Tuan Raffles mengumumkan undang-undang baru iaitu senjata akan dirampas daripada pemiliknya. Hal ini memberi sedikit kesusahan kepada penduduk. Suatu hari Tuan Raffles membuat jamuan untuk orang-orang besar, saudagar, kapten kapal, Sultan dan Temenggung. Setelah makan, Tuan Raffles datang duduk bersebelahan dengan Sultan dan Temenggung. Tuan Raffles mencadangkan kepada Sultan dan Temenggung menghantar anak-anak mereka ke Belangga untuk belajar bahasa Inggeris, membaca, mengira, dan belajar pelbagai jenis ilmu. Segala perbelanjaan akan ditanggung oleh Tuan Raffles. Sultan bersetuju untuk mempertimbangkan hal tersebut. Setelah lama berfikir, sultan datang semula menemui Tuan Raffles dan memberitahu hasil pertimbangannya. Sultan menolak cadangan tersebut kerana isterinya yang tidak mahu berpisah dengan anak-anak. Sultan berpendapat sekiranya terdapat satu tempat belajar di dalam negeri, sudah pasti boleh dilepaskan anak-anaknya. Mendengar keputusan sultan itu Tuan Raffles menjadi marah. Segalanya usahanya untuk memberi kebajikan kepada orang Melayu seolah-olah sia-sia. Pada

(

pandangan Abdullah tindakan Sultan itu adalah perkara yang tidak bijak. Tuan Raffles ingin mengajar anak-anak tersebut supaya kelak pandai dan tidak mudah diperlekehkan. Apatah lagi segala belanja akan ditanggung oleh Tuan Raffles, namun Sultan masih menolak tawaran tersebut. BAB 15 (Darihal Tempat Belajar Tuan Raffles) Bab ini menceritakan tentang tempat belajar yang ingin ditubuhkan oleh Tuan Raffles. Pada suatu hari Tuan Raffles menjemput Sultan, Temenggung dan semua orang-orang putih ke rumah Tuan Farquhar. Setelah berkumpul orang ramai di rumah Tuan Farquhar, Tuan Raffles menyatakan suatu perkara penting iaitu hasratnya untuk menubuhkan sebuah tempat belajar untuk kegunaan anak-anak mereka. Masing-masing dengan bahasa dan gurunya. Pelajaran yang diberikan bukan mengenai agama, tetapi yang diajar adalah ilmu bahasa, menulis, dan pelbagai ilmu yang mendatangkan kebajikan. Pelajaran tersebut diberikan secara percuma kepada penduduk negeri, kerana apabila adanya tempat seperti ini, maka akan mudah bagi pelbagai bangsa untuk datang belajar. Apabila Tuan Raffles meminta pendapat semua yang hadir pada hari itu, mereka turut bersetuju kerana ia adalah untuk kebajikan anak-anak. Mereka pun menentukan pemberian wang masing-masing untuk menubuhkan tempat belajar itu berdasarkan kemampuan diri sendiri. Apabila sudah dikumpulkan wang tersebut, maka Tuan Raffles pun berfikir tempat yang paling sesuai untuk dibina sekolah. Suatu petang, Tuan Raffles berjalan-jalan dengan Tuan Farquhar sehingga sampai di Sungai Beras. Mereka pun bersetuju untuk membina tempat belajar di situ. Pada tahun 1823, pukul 6 pagi penduduk kampung berkumpul bersama-sama orang putih, Sultan dan Temenggung. Tempat belajar itu diberi nama Institution oleh Tuan Raffles. Pada suatu hari, ketika musim Bugis datang ke Singapura, Abdullah melihat lima enam puluh hamba lelaki dan perempuan. Orang Bugis itu memberitahu, jika Abdullah turun ke laut, ada satu perahu yang dipenuhi hamba yang berharga tiga hingga empat puluh. Keesokkan harinya, Abdullah turun ke laut untuk menyaksikan perahu tersebut, ternyata benarlah seperti yang dinyatakan oleh Orang Bugis itu. Sememangnya ramai yang berada di dalam perahu itu; lelaki, perempuan, kanakkanak, termasuk ibu yang mengandung. Sebentar kemudian datang beratus-ratus orang Cina untuk membeli hamba-hamba itu. Lahir belas kasihan dalam hati Abdullah kerana hamba-hamba itu dilayan dengan teruk sekali. Makanan yang diberikan kepada mereka diletakkan di dalam tempurung manakala air pula di dalam bambu. Empunya hamba-hamba itu pula berkelakuan sangat memalukan kepada hamba perempuan yang muda. Hamba perempuan muda ini akan dibuka bajunya dan melakukan sesuatu yang tidak baik. Kanak-kanak pula akan ditendang dan dipukul sekiranya menangis. Hamba yang muda-muda akan diberikan sepotong kain, sebaliknya yang tua tidak dipedulikan. Lelaki pula diikat punggungnya dan ditambat di tepi perahu hingga tidak boleh pergi ke mana-mana. Ada yang lebih teruk lagi apabila ada anak dan ibu yang dipisahkan sehingga menangis berteriak-teriak ibu dan anak tadi. Kebanyakan hamba perempuan datang daripada Bali dan Bugis. Pelbagai bangsa yang membeli hamba-hamba ini,

(

antaranya Cina, Melayu dan Keling dan hamba perempuan ini akan diperisterikan. Keesokkan harinya Abdullah pergi menemui Tuan Raffles dan memberitahu tentang hal itu. Tuan Raffles memberitahu pekerjaan seperti itu akan ditamatkan tidak lama lagi kerana dia juga ingin melihat hamba-hamba itu bebas merdeka. BAB 16 (Darihal Surat Raja Siam) Bab ini menceritakan tentang surat daripada Raja Siam kepada Tuan Raffles. Isi surat itu menunjukkan Raja Siam ingin berbaik-baik dengan pihak Inggeris. Dalam surat-surat itu terdapat sepucuk surat yang mempunyai tiga penjuru sahaja. Apabila Tuan Raffles bertanya tentang maksud surat tersebut. Namun Abdullah juga tidak mengetahuinya, kerana belum pernah lagi dia berjumpa dengan surat seperti itu. Tuan Raffles sebenarnya telah tahu dari awal lagi maksud surat yang dikoyakkan di penjurunya itu. Satu penjuru yang dikoyakkan itu membawa maksud negeri-negeri lain selain Siam. Raja Siam mahu menunjukkan betapa besarnya Siam ketika itu. Apabila Abdullah mendengar penerangan ini, maka sedarlah ia bahawa Tuan Raffles segai seorang bijaksana. Tuan Raffles menyuruh Abdullah mengarang sepucuk surat sebagai balasan kepada Raja Siam. Tuan Raffles ingin menyedarkan Raja Siam yang sombong itu kerana berasa negeri mereka terlalu besar dan hebat. Tuan Raffles menggunakan analogi seorang budak yang dilahirkan hanya sempat melihat anak ayam sahaja. Setelah anak itu melihat ayam jantan itu, dia pun menjadi buta. Segala perkara yang ditanya kepada budak itu berkaitan kerajaan Inggeris, semuanya akan dibandingkannya dengan ayam jantan, kerana hanya ayam jantan yang pernah dilihatnya. Begitulah juga Siam, kerana Raja itu, tidak memandang kepada negeri-negeri lain yang lebih hebat dan banyak senjata, maka dia pun beranggapan bahawa negeri Siam sahaja yang hebat. Jika Raja Siam melihat negeri-negeri Inggeris, barulah Raja Siam akan sedar, betapa kecilnya negaranya Setelah Tuan Raffles siap memberitahu isi kandungan surat yang dikehendakinya itu, Abdullah diminta untuk menulis surat tersebut.

Fikiran Abdullah pun memikirkan bagaimana dia hendak

mengarangkan surat itu. Dengan pertolongan Allah menjelang pukul dua belas malam, siaplah surat tersebut. Keesokkanya, pukul 10 pagi Abdullah membawa surat itu ke atas bukit untuk ditunjukkan kepada Tuan Raffles. Surat itu pun diperhatikan dan dibaca oleh Tuan Raffles. Setelah berpuas hati, surat itu dilipat dan dimasukkan ke dalam balut kain kuning, dan dituliskan alamat. BAB 17 (Darihal Tuan Raffles Membuat Undang-Undang Negeri Singapura,) Adanya bab ini mengisahkan tentang undang-undang negeri Singapura. Oleh kerana telah ramai orang di Singapura, maka Tuan Raffles pun mengarang undang-undang untuk digunakan oleh penduduk. Undang-undang ini ditulis dalam Bahasa Inggeris, kemudian disalin dalam Bahasa Melayu dan disahkan oleh Paderi Thomsen. Setelah siap undang—undang tersebut, maka ditampal di segenap kampung dan seterusnya menjadikan undang-undang negeri Singapura menjadi tetap

(

mengikut apa yang telah digubal. Semua punduduk gembira dengan undang-undang tersebut kecuali orang Cina kerana undang-undang tersebut melarang Orang Cina bermain judi. Namun bagi Abdullah, tindakan Tuan Raffles melarang judi adalah sangat baik kerana ia akan memelihara manusia daripada kebinasaan. Judi adalah permulaan kepada bohong, curi dan bunuh. Tuan Raffles boleh tidak melarang judi sebaliknya, dia akan mengambil cukai hasil daripada perjudian itu, seperti yang telah dilakukan oleh raja-raja Melayu. Namun, dia tidak berbuat demikian kerana pada pandangan Abdullah Tuan Raffles terlalu baik dan tidak mahu mengaut keuntungan. Bagi Abdullah sepanjang Tuan Raffles berada di Singapura, hidupnya menjadi senang kerana Tuan

Raffles

memberinya

peluang

menggunakan

segala

pengetahuannya.

Abdullah

juga

deperkenalkan kepada orang-orang putih dan disuruh mengajarkan Bahasa Melayu kepada orang orang putih dengan gaji sepuluh ringgit sebulan. Abdullah juga mendapat pendapatan daripada hasil menulis surat kepada raja-raja Melayu daripada saudagar-saudagar Inggeris, surat orang yang berhutang dan surat lelong. Pada masa itu, semua surat-surat ini Abdullah yang mengarangnya, sehingga dia dipanggil jurubahasa. Sembilan bulan kemudian, maka pulanglah penulis ke Melaka selama tiga bulan. Segala pendapatan yang diperoleh di Singapura terhenti dan dan yang ada pula telah habis dibelanjakan. Setelah wang itu habis, maka Abdullah mahu membawa anak isterinya ke Singapura untuk menetap di sana. Dua hari sebelum mereka sekeluarga keluar belayar, datang orangorang kampung memberikan nasihat sehingga berbolak balik hati isteri Abdullah. Maka tidak jadilah belayar ke Singapura sekeluarga, sebaliknya hanya seorang diri Abdullah. Apabila sampai di Selat, rumah Abdullah dijual kepada Tuan Hay. Abdullah berasa menyesal sekali kerana tidak dari awal dia hidup menetap di Singapura kerana pasti akan lebih baik kehidupannya. Pada ketika itu, menjadi pantang larang apabila membawa perempuan yang baik-baik keluar dari negerinya, atau juga disebut melangkah lautan. Namun adat ini tiada dalam hukum Islam. Pada pandangan Islam, isteri perlu ikut ke mana sahaja suami pergi kerana tempat isteriadalah di sisi suami, malah terjaga segala makan, minum, pakaian, sakit dan sebagainya. Inilah yang disesalkan Abdiullah. Sekiranya, dia membawa isterinya ke Singapura, tentu akan menjadi ikutan orang lain. Suatu masa dahulu, perempuan Cina Melaka juga tidak mahu keluar daripada negeri itu. Namun apabila,suami mereka pergi ke Singapura, mereka terpaksa ikut sama dan hal ini menjadi ikutan orang lain. Sehingga menjadi adat, perempuan Cina itu, sekejap di Melaka, sekejap di Singapura. Abdullah ketika itu seperti orang yang baru dikejutkan tidur. Bak kata pepatah, apabila ada hujan tidak ditdah, namun setelah habis hujan barulah hendak menadah. Walaubagaimanapun, Abdullah tetap berharap pada Allah agar menurunkan rezeki kepadanya. Dia percaya rezeki telah ditentukan oleh Allah, tidak lebih dan tidak kurang. Jadi dia sentiasa bersyukur. BAB 18 (Darihal Tuan Raffles Hendak Pulang)

(

Bab ini mengisahkan tentang Tuan Raffles yang hendak pulang ke Eropah. Suatu hari, Tuan Raffles memberitahu Abdullah bahawa tiga hari lagi dia akan pergi berlaya. Maka disuruhnya Abdullah mengemas segala kitab-kitab Melayu yang ada. Apabila Abdullah bertanya kepadanya ke mana dia akan berlayar, dia pun memberitahu bahawa dia akan pulang ke Eropah. Apabila Abdullah mendengar hal itu, hatinya sedih sekali sehingga berlinangan air matanya jatuh. Tuan Raffles pun menyapu air mata Abdullah dengan muka yang turut merasa kesedihan. Tuan Raffles berkata kepada Abdullah bahawa dia akan kembali lagi ke Singapura sekiranya, umurnya panjang dan mereka pasti berjumpa lagi. Tuan Raffles akan menulis satu surat pengesahan yang akan diberikan kepada Abdullah. Dengan surat itu, walau siapa pun orang Inggeris yang memerintah Singapura atau Melaka, Abdullah pasti akan mendapat pekerjaaan. Tuan Raffles juga mencadangkan agar Abdullah terus bekerja sebagai jurutulis dan mengajar bahasa Melayu kepada orang Inggeris. Abdullah pun mengemaskan barang-barang untuk Tuan Raffles bawa berlayar. Antaranya yang dikemasnya adalah kitab-kitab Melayu, perkakasan Jawa, hikayat-hikayat, syair, diletakkan dalam peti yang sama;penuh tiga peti. Kitab-kitab yang belum berjilid, surat-surat dari Jawa dan Bugis, berjenisjenis patung, gambar, perkakasan dan permainan semuanya enam peti. Terdapat juga beribu-ribu binatang yang telah dibuang isi dan tulangnya, burung yang pelbagai jenis, beberapa juga botol yang berisi ular, lipan, kala, ulat dan sebagainya. Segala benda yang tersebut itu sangat disayanginya terlebih daripada intan dan permata. Setelah siap semuanya maka dimuatkan dalam kapal. Esoknya, Abdullah dipanggil ke dalam bilik Tuan Raffles, dan diberikan surat yang akan menjamin pekerjaan Abdullah sepanjang ketiadaan Tuan Raffles. Dengan surat itu, Abdullah boleh dapat gaji yang lebih daripada orang Melayu. Tuan Raffles berjanji akan datang semula ke Singapura, namun sekiranya dia ditakdirkan untuk mati, dia berpesan kepada Abdullah untuk tinggallah di Singapura baik-baik dan belajar Bahasa Inggeris. Dia juga berpesan kepada Abdullah untuk berjumpa dengan Tuan Queiros, dan mengambil wang sebanyak dua ratus ringgit untuk digunakan sebagai belanja keperluan dirinya. Sekiranya kembali ke Singapura, Tuan Raffles berhasrat untuk menulis kitab tentang negerinegeri yang terdapat di sini. Nama Abdullah akan tersenarai di dalam kitabnya itu sebagai seorang yang banyak membantu Tuan Raffles, mengajar Bahasa Melayu sehingga dia fasih, serta semua kebolehan yang ada pada diri Abdullah. Abdullah pun menyambut surat itu dengan linangan air mata. Sedihnya ketika itu seolah-olah kehilangan ibu dan ayahnya, kerana budi pekerti Tuan Raffles maka sangat sayang dia pada Tuan Raffles. Tuan Raffles tidak pernah membesarkan dirinya sendiri dan menghina orang lain. Budinya itu tidak ada pada orang-orang kaya yang Abdullah kenal. Kerana kasihnya kepada Tuan Raffles maka dia mengarangkan pantun untuknya. Maka Tuan Raffles dan isterinya pun turun ke laut untuk menaiki kapal, diiringi oleh orang pelbagai bangsa yang tak diketahui berapa ramainya. Sebelum kapal itu bergerak, Tuan Raffles sekali lagi memanggil Abdullah masuk ke dalam biliknya. Muka Tuan Raffles ketika itu merah dan dia

(

menyapu air matanya. Dengan linangan air mata itu, Tuan Raffles menyuruh Abdullah pulang, dan tidak bersusah hati dengan pemergiannya itu. Isteri Tuan Raffles memberikan dua puluh lima ringgit kepada Abdullah untuk anak-anaknya yang berada di Melaka. Bertambahlah perasaan sedih di hati Abdullah kerana baik budi suami isteri itu. Setelah itu turunlah Abdullah meninggalkan kapal Tuan Raffles, apabila ditolehnya ke belakang, kelihatan Tuan Raffles memandang dari jendela. Abdullah memberi tabik kepada Tuan Raffles. Keesokkan harinya, Abdullah menemui Tuan Queiros dan menunjukkan surat yang telah ditulis oleh Tuan Raffles. Tuan Queiros menyuruh Abdullah menulis resit sebagai bukti pemberian wang dua ratus ringgit itu. Semenjak pemergian Tuan Raffles, Abdullah berasa dukacita sahaja. Setelah peninggalan Tuan Raffles, maka yang berkuasa di Singapura ketika itu adalah Tuan Farquhar. Tuan Farquhar melakukan apa yang biasa dilakukan oleh Tuan Raffles. Tidak ada yang berubah termasuk undang-undang yang telah ditetapkan. Abdullah kemudiannya pulang ke Melaka. Dua bulan kemudian, Abdullah kembali semula ke Singapura. Dia mendapat khabar daripada Tuan Farquhar, kapal layar yang dinaiki oleh Tuan Raffles telah sampai di Bangkahulu, namun terbakar sehingga habis segala barang yang ada di dalamnya kecuali Tuan Raffles dan isterinya sehelai sepinggang. Apabila Abdullah mendengar khabar itu, dia terkejut sekali. Terkenang segala kitab-kitab Melayu yang dibawa oleh Tuan Raffles. Kitab-kitab itu sangat berharga kerana ianya salinan asal yang ditulis menggunakan tulisan tangan. Terkenang juga hasrat Tuan Raffles untuk mengarang satu kitab tentang negeri-negeri di sini serta janjinya untuk memasukkan namanya dalam kitab tersebut. Semakin dikenang hal-hal tersebut, maka semakin susah hati Abdullah. Malah juga kerugian yang sangat besar bagi oarng Eropah. Hasrat Tuan Rafflles itu adalah menulis hikayat tentang Tanah Bugis, Pulau Berunai dan Pulau Singapura. Malangnya, kitab-kitab itu telah hilang. Walaubagaimanapun tetap bersyukur Abdullah, kerana sekurang-kurangnya nyawa Tuan Raffles dan isterinya terselamat daripada musibah itu. Bab 19 – Perselisihan antara Tuan Crawfurd dan Sultan Husin Syah negeri Singapura. Semasa Tuan Raffles menjadi Raja Singapura, Yamtuan mendapat seribu ringgit dan Temenggung mendapat tujuh ratus ringgit sebagai wang belanja setiap bulan. Ketika Tuan Crawfurd menjadi raja di Singapura, seperti biasa, orang-orang Yamtuan hendak mengambil wang belanja daripada Tuan Crawfurd. Malangnya, Tuan Crawfurd enggan memberi wang tersebut kepada orang-orang tersebut dengan alasan Kompeni kekurangan wang. Begitu juga dengan bulan-bulan berikutnya. Pada bulan yang ketiga, Sultan sudah tidak sabar kerana baginda juga telah banyak berhutang dan berada dalam kesesakan. Pada suatu hari, Sultan dan Temenggung pun pergilah kepada Tuan Crawfurd ke bukit. Sultan bertanyalah kepada Tuan Crawfurd perihal duit tersebut. Tuan Crawfurd pun menjawab bahawa dia tidak mendapat perintah untuk memberikan wang tersebut kepada Sultan. Tetapi dia mendapat perintah untuk menyuruh segala perintah negeri Singapura diberikan kepada Kompeni Inggeris.

(

Kompeni akan memberikan belanja kepada Sultan sebanyak seribu tiga ratus ringgit dan Temenggung tujuh ratus ringgit. Jika Sultan sanggup untuk berpindah ke negeri lain, kompeni akan menambah wang sebanyak tiga puluh ribu ringgit lagi. Setelah berfikir, Sultan dan Temenggung akhirnya bersetuju untuk menerima tawaran tersebut. Sultan dan Temenggung akhirnya pergi untuk bertemu Tuan Crawfurd untuk menandatangani perjanjian tersebut. Keesokannya, orang suruhan sultan datang untuk mengambil wang seperti yang dijanjikan. Malangnya, setelah dikira hutang Sultan dengan Tuan Raffles, maka tinggallah wang Sultan sebanyak dua puluh ribu ringgit. Setelah itu, barulah sultan menyesali tindakannya memberikan Singapura kepada Kompeni. Sebulan kemudian, pada suatu pagi, iaitu pada jam enam setengah pagi, seramai dua puluh tujuh orang budak perempuan ke polis untuk mengadukan hal masing-masing mengenai sultan mereka. Ada di antara mereka yang didera, tidak diberi makan dan ada juga yang dibunuh. Maka, Tuan Crawfurd melepaskan mereka untuk membawa diri. Pada pukul dua setengah petang hari yang sama, Sultan bertemu dengan Tuan Crawfurd untuk menyatakan rasa tidak puas hati baginda terhadap apa yang dilakukan oleh Tuan Crawfurd tersebut. Tuan Crawfurd tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Sultan kerana negeri Inggeris tidak boleh menyimpan hamba, tidak boleh membeli dan menjual hamba, tidak boleh menyeksakan manusia dan tidak boleh membunuh. Akhirnya, Sultan berlalu dari balai polis tersebut dengan rasa kecewa. Sebulan kemudian, datang perintah dari Benggala yang menyuruh untuk membetulkan segala lorong dan membaiki jalan di Singapura termasuklah di Kampung Gelam iaitu tempat tinggal Sultan. Selepas Sultan mendengar perintah tersebut, Sultan menjadi murka dan enggan untuk memberi kerjasama kepada Tuan Crawfurd. Melihat kepada kedegilan Sultan, Tuan Crawfurd telah mengarahkan orang-orangnya untuk merobohkan tembok Sultan itu. Maka tembok Sultan itu pun dirobohkan, diratakan dan diperbuatnya jalan. Sultan hanya mendiamkan diri selepas melihat tembok kampungnya yang telah dirobohkan. Pada zaman Tuan Crawfurd, segala lorong-lorong di Singapura diratakan dan di setiap lorong itu diletakkan papan tanda yang berhuruf Inggeris. Tuan Crawfurd ialah seorang yang tidak sabar dan fikirannya tertumpu ke arah kekayaan dunia. Tuan Crawfurd telah membawa masuk saudagar-saudagar muda Inggeris datang ke Singapura iaitu seramai lima belas orang . Abdullah

telah ditugaskan untuk mengajar mereka bahasa Melayu

sehingga mereka boleh berniaga dan menjual beli. Seorang anak murid Abdullah iaitu Mister Dougall, merupakan seorang yang pandai kerana dalam masa tiga bulan sahaja, dia boleh membaca segala jenis surat, hikayat atau surat kiriman yang datang dari negeri-negeri lain. Abdullah berasa kagum akan kebolehan Dougall lalu bertanya kepada Tuan Morgan, iaitu tuan kepada Dougall perihal Dougall tersebut. Tuan Morgan lalu menceritakan kepada Abdullah bahawa ibu bapa Dougall miskin dan Tuan Morgan mengambil dia untuk belajar. Dia juga menghormati Abdullah, pandai mengambil hati dan menurut segala perintah Abdullah dengan takutnya. Jika dia terlihat Abdullah datang, maka dia akan

(

bangun mendapatkan Abdullah dengan muka yang manis. Jika ada perkataan yang salah sebutannya, dia akan menangis malu apabila ditegur dan terus membetulkan ejaannya. Apabila Abdullah ingin pulang semula ke Melaka, Dougall pun menghantar Abdullah dengan rasa sedih dan berpesan kepada Abdullah supaya pulang ke Singapura dengan cepat. Selepas dua bulan, Abdullah kembali semula ke Singapura lalu terus pergi ke rumah Tuan Morgan untuk menanyakan Dougall. Malangnya, Dougall telah meninggal dunia sepuluh hari yang lalu akibat terlalu berfikir. Abdullah berasa sangat sedih seperti kehilangan anak sendiri. Abdullah menjelaskan bahawa Dougall boleh membaca bahasa Melayu dalam tempoh tiga bulan bukan bermakna bahasa Melayu itu mudah. Dougall hanya menyalin surat itu daripada Abdullah setelah Abdullah menerangkan maksud perkataan itu satu persatu. Setelah Dougall faham, dia menyalinnya ke dalam bahasa Inggeris. Dougall hanya boleh membaca surat hikayat dan surat kiriman itu tanpa mengetahui maknanya. Abdullah juga ada menekankan jangan percaya kepada perkataan orang yang mengatakan bahawa dirinya pandai bahasa Melayu kerana bahasa Melayu bukannya mudah. Bahasa Melayu telah banyak mengalami perubahan dengan meminjam perkataan bahasa lain dan dijadikannya bahasanya sendiri. Abdullah mengajar bahasa Melayu kepada saudagar-saudagar Inggeris yang datang ke Singapura selama tiga tahun. Saudagar-saudagar itu hendak bertutur dalam bahasa Melayu supaya dapat menjalankan perniagaan dan membaca surat sahaja. Ketika Abdullah mengajar di Singapura, sampailah surat daripada Paderi Humphreys, Paderi Kidd dan Paderi Collie di Melaka memanggil Abdullah pulang ke Kolej Melaka kerana tiada seorang pun guru yang mengerti bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Tetapi, Abdullah menolak untuk pulang ke Melaka buat masa ini. Tiga empat bulan kemudian, datang lagi surat dari Melaka menyuruh Abdullah pulang. Sebab mengenangkan kebaikan Tuan Morrison dan Tuan Milne, maka Abdullah pun meminta kebenaran daripada tuan-tuan di Singapura hendak ke Melaka. Setibanya Abdullah di Melaka, beliau telah membongkarkan segala surat-surat Melayu yang ada di dalam tempat perhimpunan kitab-kitab zaman Tuan Milne dan kitabkitab Melayu yang telah dihimpunkan daripada zaman dahulu di Melaka. Tuan Humphreys pun hendak belajar bahasa Melayu. Setelah setahun belajar, Tuan Humphreys sudah boleh membaca dan bertutur dalam bahasa Melayu walaupun hanya sedikit. Kemudian, Tuan Humphreys berhenti dari belajar bahasa Melayu dan mula mempelajari bahasa Cina. Tuan Kidd pula mengambil alih mempelajari bahasa Melayu hanya Tuan Paderi Collie sahaja yang tidak mempelajari bahasa Melayu melainkan bahasa Cina sahaja. Abdullah tidak boleh bergerak ke mana-mana melainkan hanya duduk di Melaka walaupun banyak surat dari Singapura yang menyuruh beliau kembali semula ke sana. Tambahan pula, Tuan Humphreys tidak bersetuju beliau kembali ke Singapura kerana berpendapat orang Singapura kaya dan boleh mencari guru pandai yang lain. Maka, tinggallah Abdullah di Melaka sebagai penterjemah bahasa Inggeris ke bahasa Melayu serta pengajar. Bab 20 – Chapel atau Tempat Sembahyang Orang Putih di Melaka.

(

Tanah tempat chapel itu didirikan bernama Kebun Ketek. Kebun tersebut bersebelahan dengan rumah Abdullah. Tempat itu sebenarnya milik orang Melayu yang bernama Encik Tahir. Kemudian dia telah menjualkannya kepada Tambi Muhammad Said kemudian dijual kepada seorang Arab iaitu Syeikh Ali yang juga khatib Masjid Keling. Pada suatu hari, Syeikh Ali ingin menjual tanah itu. Maka, hal itu telah sampai kepada Tuan Paderi Humphreys. Tuan Paderi Humphreys ingin membeli tanah tersebut dengan harga empat ratus rial Melaka. Orang Cina di Melaka menghendaki tanah tersebut untuk dimasukkan ke dalam tempat berhalanya. Jika mereka mengetahui akan hal tanah tersebut akan dijual, mereka pasti akan berebut-rebut untuk membeli tanah tersebut. Sebenarnya, tanah tersebut berhadapan dengan rumah tempat berhala orang-orang Cina maka sebab itulah mereka sangat menghendaki tanah itu. Maka dalam sehari dua itu juga disediakan perkakasnya hendak membuat chapel itu. Maka datanglah sekalian orang Cina yang hendak memberi sekali ganda daripada harga tanah itu. Maka tiadalah diberi oleh Tuan Humphreys. Maka dukacitalah sangat hati mereka itu kerana tempat itu berhadapan betul dengan rumah berhalanya. Maka menjadi kesusahan besarlah buat mereka kerana sehari-hari mereka itu memalu bunyi-bunyian dan memasang mercun terlalu banyak. Syahadan lagi, adapun adatnya orang Cina itu menaruh berhalanya pada tempat yang baik, semuanya mengadap ke negara China. Maka jikalau dibuatnya rumah atau didindingkan barang apa-apa di hadapannya, nescaya terlindunglah pemandangan, iaitu satu celaka. Kemudian, maka kebun itu pun diterangkanlah segala pohonpohonnya. Maka dibangunkanlah sebuah rumah, bangunannya empat persegi memanjang. Maka tatkala hendak mendirikan pintunya itu, maka dijemputkannya segala orang besar yang di Melaka. Maka, masing-masing mereka itu membubuh wang di bawah pintu itu. Maka, dinamai oleh Tuan Humphreys akan nama rumah itu Malacca Chapel. Maka adapun tatkala sebelum chapel itu diperbuat, maka tiadalah pernah kereta-kereta orang putih lalu di kampung itu. Maka semenjak ada chapel itu, maka penuh sesak berpuluh-puluh kereta di tengah jalan tersebut. maka tidak bolehlah budak-budak bermain-main di jalan itu. Hatta maka dengan hal yang demikian, dalam sedikit hari maka, Paderi Humphreys pun pulang ke Eropah, maka tinggallah Tuan Kidd dan Tuan Collie di Melaka. Maka pekerjaan Melayu dalam Kolej semakin berkurangan. Maka, pada ketika itu, Abdullah pun meminta izin kepada tuan-tuan untuk belayar ke Selat. Tatkala Abdullah datang dari Melaka ke Singapura duduk mengajar bahasa Melayu kepada tuan-tuan saudagar Inggeris. Maka pada masa itu, datanglah seorang saudagar Inggeris yang bernama Tuan Maxwell. Maka beliau pun mengajarlah Tuan Maxwell bahasa Melayu. Maka pada tahun itulah juga kedengaran khabar ada kapal asap hendak datang ke Singapura. Akan tetapi orangorang tidak percaya akan hal tersebut. sebermula maka datanglah surat dari Melaka daripada Tuan Paderi Collie menyuruh Abdullah pulang semula ke Melaka. Maka bermula pada tahun itu, di Melaka budak-budak terlalu ramai yang meninggal daripada pelbagai bangsa sebab penyakit ketumbuhan, hampir-hampir beribu yang mati. Maka orang putih memberi perintah menyuruh rakyat membiarkan

(

sahaja penyakitnya, maka ada juga banyak orang membuat. Maka sebab tiada betul perbuatannya itu, kemudian, bertumbuh pula terlebih beratnya, habislah mati. Maka masing-masing manusia dengan fikiran masing-masing, tetapi pada fikiran Abdullah, kerana Allah ada memberi ikhtiar kepada kita, maka sekali-kali tiada patut kita meninggalkan ikhtiar. Kerana pada setiap-tiap sesuatu dijadikan-Nya penyakit, maka disebabkan-Nya dengan ubat membaiki akan dia. Maka pada tahun itu, datanglah sebuah kapal Eropah ke Singapura, maka kira-kira empat bulan lamanya ia tinggal. Maka adalah pekerjaannya kapal itu mengelilingi lautan yang dekat-dekat Singapura itu. Maka singgahlah ia pada segenap pulau-pulau itu, tinggal sehari dua di pulau itu. Suatu hari, Abdullah bertanya kepada seorang mualim kapal tersebut, perihal pekerjaan kapal itu. Maka katanya, kapal itu Kompeni yang punya, maka disuruhnya sekalian datang ke Singapura untuk memeriksa jalan-jalan lautdan pulau-pulau serta pelbagai lagi. Maka, mereka ada membuat chartnya di kapal. Kemudian, akan dijual kepada orang-orang yang datang ke mari. Setelah berapa lama Abdullah menetap di Singapura, kemudian beliau mendengar khabar bahawa Tuan Paderi Collie sudah mati, tambahan pula beliau mendapat surat dari Melaka memanggilnya untuk mengajar di Kolej maka beliau berkira-kiralah hendak pulang ke Melaka. Maka dengan takdir Allah, kenalah beliau demam kepialu, terlalu keras sehingga tiadalah boleh beliau mencium bau nasi. Maka kepalanya pun tidak boleh diangkatkan, tetapi sekalian barang-barang dan perkakasan sedia, hanya menanti perahu tumpangan sahaja. Pada waktu itu, beliau menumpang di rumah saudagar. Maka pada bulan itu Tahun Baru Cina, maka ramailah budak-budak bermain kuda api, bunyinya sangat riuh. Pada pukul lapan, orang berlarilari sambil berteriak “Api!”. Maka, beliau pun berlari pergi ke jendela lalu terjun menyelamatkan diri. Akibat rasa takut yang amat sangat, maka jatuhlah beliau ke bawah dengan tiada berasa sakit mahupun letih. Apabila beliau melihat ke atas, api itu telah sampai ke rumahnya. Barulah beliau teringat akan surat-suratnya, peti-peti pakaiannya dan sebagainya. Beliau berasa sangat berdukacita apabila mengenangkan nasibnya itu. Maka ketika itu rabalah dia akan saku bajunya, maka terdapat sekeping biskut dan sebatang pensel. Biskut itulah yang dimakan Abdullah kerana beberapa hari beliau tidak makan sebab demam itu. Dengan tolong Allah, demam dan penyakitnya pun hilang akibat terkejut. Barang yang dilihat, didengar, dapati dan dirasai oleh Abdullah sekaliannya ditulis dalam syair dari permulaan Tahun Baru Cina sehinggalah penghabisan api itu. Selepas dua bulan, maka pulanglah Abdullah ke Melaka sebab berpuluh-puluh surat datang daripada isterinya. Setelah sebulan berada di Melaka, tiba-tiba datanglah pula Inggeris mengambil negeri Melaka dari Holanda, iaitu pada tahun1823 kerana sudah ditukar oleh Inggeris dengan negeri Bangkahulu. Orang-orang Melaka berasa sukacitalah selepas merasai pahit maung kehidupan di bawah pemerintahan Holanda. Bermula semenjak Inggeris mengambil Melaka, maka disuruhkannya membuat lading dan sawah dan bertanam serta disuruhkannya terangkan segala hutan-hutan supaya boleh senang mereka bertanam-tanam.

(

Maka kemudian dari itu, Abdullah pun kembalilah ke Singapura. Tuan Murchison menggantikan pekerjaan Tuan Prince menjadi raja Singapura. Pada ketika itulah dimulainya membaiki jambatan di Singapura, dibubuhnya batu. Dan lagi pada waktu itu, datang tuan hakim, iaitu recorder, memerintahkan tiga buah negeri. Maka barulah orang mendengar perkataan grand jury dan petty jury, iaitu orang dua puluh empat. Dua belas orang duduk di sebelah kanan hakim dan dua belas orang duduk di sebelah kiri hakim. Setelah Sembilan bulan Abdullah berada di Singapura, maka datanglah surat daripada Tuan Paderi Hughes dari Melaka memanggil Abdullah ke Melaka. Abdullah melihat Tuan Hughes tiadalah tampan menjadi paderi, iaitu perjalanannya dan kelakuannyadan kekasarannya tiada dengan lemah lembut. Akan tetapi hatinya terlalu baik bahasanya dan mukanya manis. Abdullah pun sehari-hari belajar nahu bahasa Inggeris sebab pada fikirannya, hendak dijadikan dia ke dalam bahasa Melayu. kira-kira dua tahun kemudian, Paderi Evans pun belajar. Kemudian, Tuan Evans menyuruh Abdullah mengajar anaknya seorang, namanya Edwin. Sebermula setelah berhentilah Tuan Hughes dan Tuan Evans itu daripada belajar, maka Abdullah pun bersiap-siap untuk pulang ke Singapura. Maka tiba-tiba pada suatu pagi datanglah seorang Benggala membawa surat Inggeris kepadanya. Tuan Newbold menjemput Abdullah ke rumahnya pada jam sebelas. Ketika di rumahnya, dia telah mengeluarkan kitab-kitab, hikayat-hikayat, syair-syair Melayu serta dengan beberapa surat kiriman dari zaman dahulu kala, semuanya diunjukkan kepada Abdullah untuk diterjemahkan kepada bahasa Inggeris. Tuan Newbold menyuruh Abdullah untuk datang ke rumahnya sehari dua jam untuk menterjemahkan kitab Melayu tersebut. Abdullah pun meminta masa untuk berfikir memandangkan dua hari lagi, beliau akan belayar ke Singapura. Akhirnya, beliau pun bersetuju untuk menterjemah kitab tersebut. Tiap-tiap pagi, Abdullah akan pergi ke rumah Tuan Newbold itu, berjenis-jenis perkara yang dituliskan. Tuan Newbold ingin mengadakan suatu kitab bahasa Inggeris mengenai orang Melayu dan asal orang Melayu, adat-adat, keturunan dan perkakasan Melayu. maka pada suatu hari, diajaknya Abdullah ke tempat berhala Cina hendak melihat dan menanyakan perihal berhala-berhala, hikayat-hikayat dan adat-adat mereka, sekalian beliau tuliskan. Pekerjaan Tuan Newbold sehari-hari menyelidik daripada rahsia-rahsia ilmu. Hampir tiga tahun lamanya, Abdullah bersama-sama dengan Tuan Newbold perihal mengajar surat-surat Melayu dan salin-menyalin. Maka, tiba-tiba datanglah perintah Kompeni kepada Tuan Newbold menyuruhkan ia belayar. Maka dengan hal itu terlalu dukacita hatinya sebab hendak meninggalkan Melaka. Maka dilepaskannya tangan Abdullah sambil disapu air matanya. Tuan Fryer pula memanggil Abdullah untuk mengajarnya bahasa Melayu. Syahadan adalah kira-kira dua tahun lamanya Abdullah mengajar Tuan Fryer, maka bolehlah ia menyalinkan sedikit bahasa Melayu. Hatta, Abdullah meminta izin kepadanya untuk belayar ke Selat, sebab beberapa sahabatsahabatnya orang putih dan orang Cina memanggil Abdullah. Maka adalah kira-kira empat bulan lamanya Abdullah berada di Singapura, maka gemparlah khabar ke Singapura mengatakan Inggeris

(

hendak berperang dengan Penghulu Naning. Maka segala orang Melaka yang ada di Selat semuanya gempar hendak pulang melihat hal rumah tangga masing-masing. Maka apabila sampai di Melaka, Abdullah mendapati negeri Melaka berada dalam gempar besar, masing-masing berjaga dengan senjata. Syahadan adapun kepada masa Abdullah sampai di Melaka, Tuan Lewis, majistret serta beberapa orang opsir dan supai pergi melanggar Naning. Hatta setelah tiga hari lamanya angkatan itu pergi, maka Melaka pun terlalulah gemparnya. Maka pada esoknya Tuan Lewis pun larilah pulang ke Melaka berlepas nyawanya sebab dikepung oleh orang hulu akan mereka itu dengan tiada berdaya lagi, sampai habislah meriam dan senapang dan khemah Kompeni semuanya ditinggalkan. Bab 21 : Salasilah Asal Penghulu Naning. Pada tahun 1502, Belanda telah mengambil negeri Melaka daripada Feringgi. Pada masa itu, tiada lagi penghulu di Tanah Naning itu, selain daripada Orang Empat Suku yang memerintah pada zaman Feringgi. Pada tahun 1503, Melaka diperintah oleh Pantos dan Pantos telah memerintahkan orang besarnya termasuklah Tuan Souza, Tuan Mendes dan Tuan Fransisco Pingero untuk ke Naning bagi memilih penghulu di sana. Apabila mereka sampai di Naning, mereka telah mengarahkan penduduk Naning untuk memilih orang yang mereka sukai untuk menjadi penghulu Naning. Mereka akhirnya sepakat untuk memilih Dato’ Seraja Merah dari golongan biduanda untuk menjadi penghulu. Selepas beberapa tahun memerintah, akhirnya Dato’ Seraja Merah pun meninggal dunia dan diganti dengan anak saudaranya sebelah perempuan yang digelar Seraja Merah dari golongan biduanda juga. Ada seorang yang bernama Genta di Langit telah melarikan gundik sultan Johor ke Muar. Sultan Johor meminta bantuan daripada Kapitan Dato’ Arum di Melaka untuk membunuh Genta di Langit. Kapitan Dato’ Arum mengarahkan Juara Megat untuk membunuh Genta dengan syarat Kapitan Dato’ Arum memberinya senjata untuk digunakan bagi tujuan tersebut. Kapitan Dato’ Anum akhirnya bersetuju dengan syarat tersebut dan seterusnya memberikan sebilah keris kepada Juara Megat. Setelah Genta mati, maka perempuan itu dihantarkan semula kepada sultan Johor. Sebagai balasannya, sultan Johor telah menghadiahkan sehelai baju, sebilah pedang, seorang isteri dan Tanah Gemenceh kepada Juara Megat. Penghulu Naning pula sudah semakin tuan dan kurang daya ingatannya, maka Dato’ Kapitan Arum pun pergilah mengadap Tuan Raja Melaka, Willem Pasham pada tahun 1118. Dato’ Kapitan Arum mencadangkan agar Juara Megat dilantik menjadi pembesar di Naning. Willem Pasham dengan sukacitanya menerima cadangan tersebut dan Juara Megat pun menjadi pembesar Naning dengan gelaran Seraja Merah. Beliau merupakan penghulu yang ketiga dari suku Semelenggang. Setelah bertahun memerintah Naning, Seraja Merah pun meninggal dunia dan diganti dengan anak saudaranya sebelah perempuan yang bernama Gegah. Setelah Gegah meninggal, tempatnya digantikan dengan anak saudaranya sebelah perempuan yang bernama Maulana Garang iaitu penghulu kelima memerintah Naning dan suku Semelenggang yang ketiga.

(

Selepas Maulana meninggal dunia, jawatan beliau digantikan dengan anak saudaranya sebelah perempuan yang bernama Janggut, iaitu penghulu yang keenam dari suku Semelenggang yang keempat, kemudian diganti dengan Timba, Anjak dan seterusnya Dol Said. Beliau merupakan penghulu yang kesembilan suku Semelenggang yang ketujuh yang memerintah sehinggalah tahun 1247. Beliau tidak mahu mengikut perintah Syarikat Inggeris iaitu berkenaan dengan hasil Tanah Naning. Mengikut adat Tanah Naning sejak zaman dahulu lagi, Naning perlu membayar hasil kepada Melaka termasuklah padi, ayam, itik, buah-buahan dan sebagainya dengan menghantar hasil tersebut ke rumah raja Melaka. Pada tahun itu, syarikat Inggeris mahukan satu persepuluh dari hasil Naning dan segala takluknya. Penghulu Naning membantah kehendak Inggeris tersebut dan telah berperang dengan Inggeris. Setelah berperang selama lebih kurang setahun lebih, akhirnya Penghulu Naning mengaku kalah dan melarikan diri ke Mekah. Pada masa itu, raja yang memerintah Melaka ialah Tuan Samuel Garling. Manakala, raja yang memerintah tiga buah negeri, iaitu Pulau Pinang, Singapura dan Melaka iaitu Tuan Ibbetson. Tuan Ibbetson pun pergilah ke Naning dan melantik lima belas penghulu di Naning. Tuan Ibbetson juga telah memecat Dato’ Empat Suku yang telah menderhaka termasuklah Dato’ Membangun, Andika Maharaja, Raja Nangkaya dan Orang Kaya Kecik. Pada bulan November 1832, Tuan Ibbetson dan Tuan Samuel telah menyerahkan Tanah Naning kepada Tuan Barchi Westerhout. Pada 4 Februari, Dol Said menyerah diri kepada Tuan Barchi dan dihantar kepada Tuan Samuel Garling di Melaka. Dol Said akhirnya disuruh untuk berdiam diri dari melakukan pemberontakan dan diberi duit belanja sebanyak tiga puluh rupia Siak. Dol Said membeli sebuah kebun di Melaka, iaitu di Kampung Gajah Berang. Abdullah tidak bercadang untuk menceritakan perihal Perang Naning ini, melainkan sekadar untuk menceritakan asal-usul dan sebab terjadinya perang itu.

Bab 22: Perihal Sultan Husin Syah Singapura Setelah Abdullah kembali semula ke Singapura, beliau telah mendengar khabar yang tidak enak didengar dari istana bahawa sultan Singapura mengasihi seorang peranakan India yang bernama Abdul Kadir bin Ahmad Sahib dan menjadi orang yang paling dipercayai oleh sultan sehinggakan dibawanya Abdul Kadir untuk tinggal sekali di istana. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan kaum keluarga dan pembesar-pembesar yang lain. Sultan menyerahkan segala urusan sama ada baik atau buruknya kepada Abdul Kadir. Khabar mengenai Abdul Kadir telah tersebar ke pelosok Singapura dan Melaka sehingga menyebabkan orang-orang sultan ingin membunuh Abdul Kadir. Mereka kemudiannya berpakat untuk mengadukan hal tersebut kepada Tuan

(

Bonham. Mereka menyuruh sultan mengundurkan Abdul Kadir dari istana. Tuan Borham dan Tuan Wingrove menyampaikan pesanan mereka kepada sultan. Malangnya, Sultan tidak bersetuju untuk dengan pandangan daripada orang-orangnya kerana baginda berpendapat bahawa Abdul Kadir telah banyak membantu dalam membangunkan negeri mereka. Pada suatu malam, seramai seratus orang termasuklah orang-orang besar bermuafakat untuk menjejaki Abdul Kadir di istana. Perkara tersebut akhirnya diketahui oleh Sultan. Yamtuan berfikir bagaimana untuk melepaskan Abdul Kadir daripada cengkaman mereka. Akhirnya Abdul Kadir disuruh memakai persalinan perempuan. Yamtuan pun turunlah dari istana dengan membawa keris. Apabila terlihatkan Yamtuan dengan kerisnya itu, mereka pun berundur. Sebentar itu jugalah turunnya dua orang perempuan iaitu, Abdul Kadir dan seorang isteri Yamtuan ke dalam kereta lalu lari. Mereka terkeliru dengan identiti Abdul Kadir. Ketika mereka membuat keputusan untuk mengejar Abdul Kadir, kereta itu sudah jauh meninggalkan mereka. Mereka berasa sangat menyesal. Ketika tiba di Singapura, Abdul Kadir pun diberhentikan di sebuah rumah kenalannya. Setelah dua hari menetap di rumah kenalannya, dia pun menumpang dalam tob Baba Hok Guan. Dia masih berpakaian seperti perempuan kerana sudah tersebar berita mengatakan Abdul Kadir sudah lari. Maka, menumpanglah dia dalam tob itu sehinggalah sampai ke Melaka. Sejak Abdul Kadir itu belayar, Yamtuan belakuan seperti ayam hilang anak. Akhirnya, Sultan Husin Syah pun berangkatlah dari Singapura dengan membawa isterinya serta dua orang putera dan empat orang puteri dalam keci raja Kedah yang bernama Julia. Setelah lima hari di laut, akhirnya sampai juga mereka di Melaka dan bersemayam di Bandar Hilir. Pada masa itu, Abdul Kadir berperanan seperti Yamtuan. Segala keputusan yang dilakukan oleh Sultan semuanya adalah berdasarkan Abdul Kadir. Wang yang diperoleh Yamtuan sebanyak seribu tiga ratus ringgit sebulan, semuanya diambil Abdul Kadir malahan wang yang diberikan tidak mencukupi dan berhutang pula. Emas dan intan yang banyak semuanya digadai oleh Abdul Kadir. Maka pada ketika itu, sesiapa yang ingin bertemu dengan Abdul Kadir adalah seperti mengadap Sultan juga, masing-masing menhyembah dan duduk serta mengadap dia. Dia tidak pernah berjalan melainkan dengan menaiki kereta dan berkuda pada waktu siang dan juga malam. Semasa Sultan datang dari Singapura, baginda membawa bersama sepuluh orang lelaki dan dua puluh orang perempuan. Mereka sungguh tidak berkenan akan sikap Abdul Kadir tersebut. Pada suatu malam, kira-kira pukul lapan malam, ketika Abdul Kadir ingin menuruni tangga, dia ditikam oleh seorang budak Melayu dengan keris di perutnya hingga ke dadanya. Orang yang menikam itu pun lari melepaskan diri. Ketika Yamtuan mendapatkan Abdul Kadir, dia didapati tidak boleh bercakap. Darah pun membuak-buak keluar seperti orang menyembelih kerbau. Selepas itu, Yamtuan menyuruh orangnya memanggil doktor Inggeris dari Melaka. Doktor tersebut mengatakan luka itu tidak parah tetapi jika tikamannya sampai ke hati boleh membawa maut. Kemudian, doktor

(

membubuh ubat ke luka tersebut. setelah Abdul Kadir sedar, dia memberitahu bahawa Si Bancul yang telah mencuba untuk membunuh dia. Yamtuan bertanya perihal Si Bancul. Tetapi masing-masing buatbuat tidak tahu. Selang tiga hingga empat hari kemudian, Abdul Kadir sudah sembuh. Yamtuan menghalau semua orang Melayu dari rumahnya kecuali orang gajinya, penjaga kuda dan sebagainya semua orang Keling belaka. Yamtuan menggelar Abdul Kadir sebagai Tengku Muda Abdul Kadir. Dia akhirnya berpindah masuk ke dalam Melaka di Kampung Holanda dan menyewa di rumah Adrian Minjoor. Yamtuan menikahkan puterinya, Tengku Andak dengan Abdul Kadir. Akan tetapi, Abdul Kadir sudah mempunyai isteri dan ada tujuh orang anak. Khabar ini telah menyebabkan sekalian orang di Melaka berasa hairan. Perkara tersebut perlu dijadikan ingatan dan tauladan kepada kita kerana kudrat Tuhan yang telah dilakukan-Nya adalah berdasarkan kehendaknya. Hairan apabila seorang sultan yang berasal dari turun-temurun, mendapat gaji dalam seribu tiga ratus ringgit sebulan, mempunyai istana, mahligai dan rakyat, sanggup meninggalkannya. Dia membawa diri dari sebuah negeri ke negeri yang lain, maka anaknya pula dibuat bini oleh seorang Keling kebanyakan yang mempunyai isteri dan anak. Dalam undang-undang raja-raja Melayu sekali-kali tiada layak dan bukannya jodoh orang kebanyakan itu dengan darah raja-raja. Raja-raja Melayu kejamnya bukan sedikit, mereka mengambil anak bini yang disukainya, merasakan membunuh orang seperti membunuh semut sahaja, merompak harta orang dan orangnya pula akan dibunuh, berjudi dan menyabung, meminum madat dan menaruh hamba raja terlalu banyak. Maka segala pekerjaan yang dilakukan bersandarkan hawa nafsu semata-mata dan bukannya berdasarkan hukum Islam dan bukannya dengan ikhtiar dan buah fikiran orang lain. Dan lagi, anak yang dilahirkan pula ada bersikap seperti syaitan dan binatang, sebab tidak diajar oleh ibu bapa perkara yang baik sejak kecil lagi. Maka apabila sudah besar, anak-anak itu akan mengikut sikap ibu bapa mereka. Bagi hamba Allah yang merasai kejahatan itu, mereka hanya berserah kepada Allah. Maka sekianlah terangnya balasan Allah itu ke atasnya. Lihatlah olehmu dalam beberapa hikayat dan sejarah Melayu menyebutkan perihal raja-raja Melayu yang dahulu kala bagaimana kebesarannya dan kekuasaannya dan bijaksananya telah dirampas oleh Allah. Bermula pada zaman Abdullah ini juga telah melihatkan negeri-negeri Melayu itu telah binasa dan telah menjadi hutan tempat gajah dan harimau oleh sebab zalimnya dan aniaya raja-raja dan anak-anak raja. Contohnya seperti Selangor, Perak, Kedah, Padang, Muar dan Batu Pahat, pada zaman dahulu semuanya kaya dan elok orangnya. Maka sekarang ini semuanya tinggal nama sahaja. Maka sekalian bala dan celaka itu telah datang sebab zalim raja-rajanya dan aniaya anak-anak rajanya. Negeri-negeri tersebut kaya dengan hasil buah-buahan seperti buah manggis, duku, durian dan sebagainya. Beberapa saudagar di Melaka menjadi kaya sebab berniaga dagangan yang keluar dari Padang itu. Maka beberapa ribu ringgit diperoleh oleh negeri itu dalam setahun. Demikianlah kesenangan dan

(

sentosanya tatkala di zaman Sultan Mahmud menjadi raja dalam Lingga, Riau, Pahang, Padang, Muar dan juga Batu Pahat. Setelah Sultan Mahmud mangkat, singgahlah dua tiga orang anak raja yang mengaku anak raja Padang itu, untuk mengambil hasil daripada empunya harta yang dirampasnya. Empunya harta tersebut tidak berani untuk melawan memandangkan mereka merupakan anak raja. Mereka bertindak kejam dengan mengejar dan merosakkan anak-anak perempuan mereka. Kemudian, datang pula yang lain. Jika barang yang dikehendakinya itu tidak dapat, dibunuh dan dibakarnya rumah sehingga habislah pohon nyiur dan diambilnya umbut. Begitu juga perihal Abdul Kadir yang telah bergelar Tengku Muda itu. Begitu mudahnya orang kecil menjadi raja. Maka terkelip-keliplah mata orang Melaka melihat cara pemakaian Abdul Kadir itu. Kadang-kadang dia memakai cara Melayu dan anak-anak Yamtuan keduanya dipakaikan cara Keling. Maka adalah Yamtuan itu punya nama sahaja manakala Abdul Kadir punya negeri dalam semua hal. Pada suatu hari, Abdul Kadir menjemput Abdullah ke rumahnya. Setelah sampai di rumahnya, maka disambutnya Abdullah dengan hormat serta duduk bersama-sama. Dia ingin meminta tolong daripada Abdullah untuk membuatkannya cap. Abdullah akhirnya bersetuju dengan permintaan Abdul Kadir. Cap itu perlulah ditulis dengan Al-wathik billah Tengku Muda Abdul Kadir bin al-Sultan Husin Syah. Selepas melihat perkataan cap itu, Abdullah tersenyum sambil memikirkan lain orang yang memperanakkannya, lain pula yang dipanggil bapa. Maka, diperbuatkanlah cap itu oleh tukang emas sebesar seringgit. Namun begitu, Abdul Kadir sangat pandai mengambil hati orang dan memberi hormat akan orang serta menundukkan diri. Maka sebab itulah ramai orang memuji akan dia. Pada suatu hari, datanglah Tengku Sayid dari Muar ke Melaka sebab bapanya, Temenggung Muar telah mangkat. Maka, Tengku Sayid meminta Yamtuan untuk upacara pelantikan tersebut. Tengku Sayid akhirnya digelar Temenggung Seri Maharaja. Yamtuan pun pindahlah ke hadapan rumahnya, disewanya rumah kepada bini Kraal. Tidak lama kemudian, Sultan pun gering dan selepas lima hingga enam hari kemudian, Sultan pun mangkat. Bermula dari jenazah itu diangkat, di kota pun berlaku upacara menembak, tiap-tiap lima minit sekali hinggalah ke kubur sehingga lima puluh sembilan pucuk mengikut bilangan umur Sultan iaitu lima puluh sembilan tahun. Orang yang membaca talkin di kubur Yamtuan iaitu Khatib Mahmud bin Khatib Musa, iaitu khatib sebelah pihak Keling Islam. Jika ada pekerjaan yang sesuai di rumahnya, khatib itulah dipanggilnya. Maka sungguhpun ada di Melaka khatib Melayu dan masjid Melayu, tetapi tidak pernah Yamtuan pergi sembahyang ke sana. Ada seorang adik Khatib Mahmud yang bernama Haji Abdullah itu lah yang menjadi guru anak-anak Yamtuan. Setelah dikuburkan itu, maka diperbuatlah adat raja-raja orang duduk mengaji di makamnya serta diperbuatkan sebuah rumah atap di atas makamnya. Tidak berapa lama selepas kematian Yamtuan itu, kedengaran khabar ke Melaka mengatakan Tengku Abdul Jalil, iaitu putera Yamtuan di Pahang dan Tengku Chi’ putera Temenggung di Singapura, dan raja-raja dari Riau hendak datang ke

(

Melaka mengambil jenazah Yamtuan untuk berpindah ke Riau. Mereka pun mendapatkan Tuan Garling serta menyatakan kehendaknya untuk mengambil jenazah tersebut. tetapi isteri Yamtuan serta anak-anaknya tidak membenarkan kehendak raja-raja itu. Abdul Kadir pula bermusuh dengan mereka. Setelah melihat hasil mereka tidak berhasil, kembalilah mereka ke Selat dan Riau. Isteri Yamtuan dan Abdul Kadir akhirnya berpindah ke Liri berhampiran dengan Tanjung Keling. Abdul Kadir juga mati di sana. Setelah Abdullah selesai menterjemahkan kitab Galila Damina ke dalam bahasa Melayu, beliau pun datang ke Singapura. Kira-kira sebulan kemudian, datang pula Tuan Bosteud membawa satu surat daripada saudagar dari negeri Singapura, segala bangsa empunya muafakat. Maka adalah namanya ialah Perhimpunan Saudagar-saudagar. Muafakat tersebut terdapat sebanyak dua puluh enam fasal banyaknya. Tuan Bostead meminta Abdullah untuk menterjemahkan surat itu ke dalam bahasa Melayu. Ada pula lagi satu muafakat dalam negeri Singapura, akan tetapi saudagar-saudagar orang Cina sahaja. Namanya ialah Keng Tek Kongsi. Seramai tiga puluh enam orang yang menyertai muafakat tersebut. tiap-tiap orang perlu membayar seratus ringgit ke dalam muafakat itu. Mereka juga melantik seorang datuk. Jika seorang ahlinya berada dalam kesusahan maka bolehlah dikeluarkan bunganya. Semakin lama semakin ramai yang menyertai muafakat tersebut. bermula dari itulah, ramai saudagar Cina melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Bab 23: Gereja Inggeris di Singapura Tempat terletaknya gereja Inggeris tersebut sebenarnya terletak di tengah-tengah padang yang pada zaman Raja Crawfurd menjadi tempat orang berlumba kuda dan tempat orang putih mengambil angin. Pada tahun 1838, iaitu pada zaman Tuan Bonham menjadi raja dalam negeri Singapura, dan Tuan Wingrove memerintah polis Singapura, maka waktu ketika itulah semua tuan-tuan Inggeris dalam Singapura hendak membuat gereja besar kerana dulu, Tuan Paderi Thomson ada membina sebuah gereja kecil. Kepala tukang membuat gereja itu ialah Tuan Coleman. Setelah siapnya gereja tersebut, maka adalah bebereapa orang hamba Kompeni yang menjaga barang-barang di situ. Kompeni memberi arahan untuk melarang orang-orang berjalan dekat dengan gereja kerana sudah diperbuatkan empat buah pintu serta ditanamkan buluh. Tetapi orang tidak mengendahkan arahan walaupun sudah dilarang oleh hamba Kompeni tersebut. hamba itu pun mengejar mereka dengan membawa kayu, maka larilah orang itu kerana menganggap hamba Kompeni ingin membunuh mereka. Dalam sehari dua, tersebarlah pelbagai jenis khabar. Kata sesetengah orang, “Raja menyuruh membunuh orang dan mengambil kepalanya, sebab hendak memberi makan hantu dalam gereja, kerana kononnya raja bermimpi datang hantu meminta kepala orang. Maka jikalau tidak diberi, nescaya dibunuh dia dan orang besar-besarnya.” Ada pula yang mengatakan, “ada sebuah lubang dalam gereja itu. Maka di situlah tempat dia memasukkan kepala orang.” Ada juga, “ ada beberapa orang yang kehilangan anaknya, telah dibunuh oleh hamba Kompeni.” Ada seorang dua yang telah

(

mengadu kepada polis, tetapi tidak diendahkannya. Maka kata sesetengah orang, “orang besar-besar semuanya sepakat dalam pekerjaan itu, maka sebab itu tidak dilayannya.” Khabar itu akhirnya tersebarlah ke seluruh negeri. Masing-masing pun hidup dalam ketakutanlah serta tidak melepaskan anak-anak mereka berjalan-jalan. Pada tiap-tiap rumah yang Abdullah masuki, inilah sahajanya yang ditanyakan, “ Iakah sungguh atau tidak?” Abdullah hanya ketawa sambil memberitahu “ini khabar bohong. Sekali-kali tiada adat orang Inggeris dan hukumnya dan undangnya meluluskan perkara yang demikian dan sekali-kali ia tidak mempercayai hantu dan juga mimpi.” Maka itu, ada seorang yang sudah putih rambutnya berkata, “Itu khabar benar, kerana kelmarin orang bertemu hamba Kompeni itu mengendap dalam gelap di Kampung Gelam.” Maka, jawab Abdullah, “Kalau demikian, barangkali hamba Kompeni hendak mencuri atau hendak lari, siapa tau?” Maka jawabnya lagi, “Semalam di Teluk Air, ada pukul satu malam, hamba Kompeni mengejar orang Cina hendak dibunuhnya. Maka besarlah gempar sampai orang mengeluarkan senjata seperti orang perang lakunya.” Maka, Abdullah pun tercengang mendengar khabar itu dan terdiam, tidak mahu berbantah lagi. Pada waktu petang, Abdullah jadikan kerja berjalan-jalan ke Teluk Air sebab hendak diperiksa hal itu. Maka didapatinya indah khabar dari rupa, bahawa semuanya bohong belaka. Maka kata orang Cina, bukannya hamba Kompeni, ia itu merinyu memukul orang Cina, sebab ia menjaja berteriak, gaduh mulutnya tengah malam, maka disebat oleh merinyu dengan rotan, lalu larilah ia berteriak-teriak. Maka orang menyangkakan hamba Kompeni. Pada suatu malam, menjadi terlalu besar gaduhnya di Kampung Saudagar, kerana pada keliling kampung itu pada malam hari penuh orang Keling tidur di luar sampai ke tepi pantai. Kira-kira jam dua tengah malam, maka bangun seorang Keling ini hndak pergi buang air kecil. Maka terlanggarlah ia dalam gelap itu kaki kawannya yang tidur itu. Maka terkejutlah orang yang tidur itu. Berteriaklah ia dengan suara yang besar mengatakan hamba Kompeni datang hendak memotong kepalanya. Maka orang lain pun menjadi gempar, masing-masing bangun berlari dalam gelap, satu jatuh atas satu, tunggang balik. Yang ada pecah muka terhempas dan terantuk di batu dan empat orang jatuh ke dalam sungai. Maka sampai keluarlah orang-orang putih memeriksai hal itu. Orang yang mula-mula hendak pergi buang air kecil itu ada juga lagi terdiri sambil berteriak-teriak mengatakan, “ Bukan hamba Kompeni. Ini aku, jangan takut.” Maka tiada juga diendahkan orang, sebab sangat riuh itu. Maka, sebentar kemudian, datanglah orang putih memeriksa. Maka dapatlah semuanya itu bohong. Pada satu Jumaat, Abdullah menerima sepucuk surat dari Melaka, iaitu dari isterinya. Demi beliau membaca surat tersebut, lalu tertawalah beliau gelak-gelak kerana isterinya itu duduk dalam ketakutan dan dukacita. Siang malam dikuncikan sahaja pintu, sebab di Melaka orang mendengar khabar hamba Kompeni hendak datang ke Melaka mengambil kepala orang. Sekarang di Melaka masing-masing duduk berjaga sahaja. Tiada seorang pun yang berani berjalan malam. Isterinya seboleh-bolehnya meminta Abdullah tidak berjalan malam-malam di Singapura dan jaga baik-baik kerana belum cukup dapat kepala yang hendak diberikan di gereja itu.

(

Kemudian, Abdullah pun membalas surat tersebut dengan menceritakan asalnya pekerjaan dan beliau tegah, “jangan sekali-kali adinda percaya khabar itu, semuanya bohong, kerana kakanda ketahui dari mulanya pekerjaan ini. maka di Singapura pun demikian juga semuanya orang menjadi gila.” Dan lagi beliau menyatakan peri hukum dan adat undang-undang orang Inggeris, sekali-kali tiada boleh demikian, dan tiada ia percaya akan hantu dan mimpi. “unjukkanlah suratku ini kepada segala adik kakak yang dalam kampung supaya jangan membuat susah dirinya.” Maka, satu hari, kembalila beliau ke Melaka sebab mendengar anaknya, Siti Lela itu sedang sakit. Setelah sampai di Melaka, maka dalam dua tiga hari lamanya, maka ia pun kembali ke rahmat Allah. Maka terlalu besar dukacitanya. Beliau sangat kasih akan anaknya yang baru lapan tahun umurnya, banyaklah sudah pengajiannya serta dengan terang hatinya serta ingatannya, maka tambahan pula pandai mengambil hati ibu bapa. Setelah sudah ditanamkan orang di Masjod Keling, maka beliau sering berulang-alik ke kuburnya. Hatta, pada suatu malam, kira-kira pukul lapan setengah, pergilah beliau seorang diri duduk di kuburnya dengan air mata. Tiba-tiba beliau melihat anaknya seperti bermain diatas pasir itu. Maka segeralah beliau mendapatkan anaknya itu, tetapi rupa-rupanya hanyalah pasir sahaja. Maka, ketahuilah beliau bahawa iblis rupanya hendak merosakkannya. Maka pada saat itu juga, Abdullah bertaubatlah kepada Allah dengan tidak mahu lagi menaruh rasa cinta dan percaya kepada anaknya itu. Maka pulanglah Abdullah ke rumahnya serta menegah isterinya daripada menangis dan menaruh percintaan. Maka memintalah isterinya akan sesuatu perkataan dan nasihat yang sahih, supaya mengambil insaf akan dia. Maka, beliau memperkenankanlah kehendaknya itu serta Abdullah mulai berjinak-jinakkan diri dengan segala kitab-kitab yang tersebut namanya dalam risalatnya itu. Maka, beliau usahakanlah dirinya mengarangkan satu kitab yang ringkas, maka dinamainya dengan bahasa Arab, Dawa’ al-Qulub, yang beerti Ubat Hati. Dalam kitab itu, diceritakan peri kemuliannya kepada ibu bapa yang mati anaknya sebelum baligh, dan peri nikmat yang diperolehi ibu bapa kepada Hari Kiamat dan perihal bagaimana besar dosanya bagi ibu bapa yang meratap dan dukacita dan ada pula berlaku dengan berbagai-bagai kelakuan yang menyalahi syarak dan sebagainya. Sesudah kitab itu dikarang, maka dibacakanlah kepada isterinya. Maka dengan pertolongan Allah baharulah ia sukacita serta dilupakannyalah akan percintaan anaknya itu. Maka pada masa itu, kedengaranlah khabar ke Melaka mengatakan ada di Singapura banyak paderi-paderi orang Amerikan datang hendak belajar bahasa Melayu. Maka hati Abdullah pun tergerak hendak pergi ke Singapura sebab hendak melihat bagaiman rupa orang Amerikan itu seperti Inggeris jugakah? Dalam masa empat lima hari itu juga, beliau belayarlah ke Singapura. Setelah sampai, maka pada suatu hari pergilah Abdullah bertemu dengan paderi-paderi orang Amerikan yang bernama Tuan Tracy. Maka dilihatnya akan Abdullah sekali-kali tiada bersalahan rupanya dan bahasanya dan kulitnya dan adat rumah tangganya dan pakaiannya. Maka pada masa itu, ia tinggal di rumah Paderi Thomsen. Maka Abdullah melihat kelakuannya terlalu lembut lagi dengan baik bahasanya. Paderi Thomsen

(

memberitahu bahawa ada seorang sahabatnya Tuan North sangat hendak belajar bahasa Melayu. Tidak lama kemudian, datanglah Tuan North ke Singapura. Maka duduklah Abdullah bercakap dengan Tuan North. Maka datanglah isteri Tuan Tracy dan isteri Tuan North, Abdullah melihat rupa mereka seperti rupa perempuan Inggeris. Abdullah mengajar Tuan North dan isterinya serta isteri Tuan Tracy itu pada tiap-tiap hari. Maka paderi Inggeris yang bernama Tuan John Stronach datang ke negeri Singapura. Pada tahun 1839, maka datang pula Tuan Benjamin Peach Keasberry dari negeri Amerikan serta membawa isterinya. Kedatangannya ingin membuat baik iaitu seperti mengajar orang-orang Melayu dan sebagainya. Apabila dilihat oleh Tuan John Stronach akan kelakuan dan usaha dan rajin tabiat Tuan Keasberry itu maka dipintanya supaya Tuan Keasberry itu masuk ke dalam muafakatnya bersama-sama. Maka Tuan Keasberrylah menjadi pengajar Melayu dan Tuan Stronach mengajar bahasa Cina. Maka banyaklah Tuan Keasberry itu membuat kitab-kitab, disalinnya daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu serta mengajar anak-anak orang Melayu sampai sekarang. Maka sedikit hari lagi, datanglah beberapa orang paderi Amerikan, itu pun diajar oleh Abdullah. Kemudian, datang pula Tuan Thomson dan Tuan Youngblood. Beliau jugalah yang mengajar mereka dengan suruhan Tuan North juga. Kemudian, datang pula Tuan Travelli, maka itu pun Abdullah ajar sampai boleh ia bertutur Melayu dan membaca kitab bahasa Melayu dan menyalin sedikit-sedikit daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Tuan North dikehendakinya perkara jalan bahasa Melayu dan bunyi bahasa Melayu dan umpamaan dan ibarat dan missal dan kias yang dipakai oleh orang Melayu. Dan lagi, dihimpunkannya segala kitab-kitab dan hikayat dan syair dan pantun-pantun Melayu. Banyaklah karangannya yang disalinkannya dalam bahasa Melayu daripada ilmu-ilmu orang Eropah dan cerita mengenai kepandaian dan usaha orang Eropah menegenai tabiat alam, bagaimana asalnya telah mendapat ilmu kapal dan kereta serta mengenai orang Eropah menangkap ikan paus dan juga menunjukkan beberapa jalan supaya orang Melayu pun boleh mendapat dan membuat akan segala perkara itu. Abdullah beberapa kali pulang balik ke Melaka sejak berada dalam pekerjaan Tuan North dan Tuan Travelli hingga sampailah beliau ke Pahang, Terenganu dan juga Kelantan membawa surat daripada Tuan Bonham kepada raja Kelantan dalam dua buah sekoci, sebuah sekoci Tuan Scott yang bernama Maggie Lauder dan sebuah sekoci lagi Tuan Boustead yang bernama Waterwitch. Maka barangsiapa yang ingin mengetahui mengenai kisah pelayarannya itu, sudah dikarangnya hikayat daripada sepeninggalannya dari Singapura sehingga beliau kembali dengan selamatnya. Kitab tersebut bernama Kisah Pelayaran Abdullah. Jika membaca kitab tersebut, nescaya orang boleh mengetahui adat-adat dan peraturan raja-raja Melayu dan bagaimana hal negerinya dan peri kedudukannya mereka itu sekaliannya. Maka, beliau mendapat surat dari negeri Perancis, ada seorang tuan telah menyalin pelayarannya itu ke dalam bahasa Perancis. Maka apabila terdengar oleh isterinya perkataan orang Abdullah ditangkap perompak, ada sesetengah orang berkata sudah mati dalam Perang Kelantan, sekalian duduk dalam kesedihan. Hatta, setelah Abdullah pulang, maka

(

datanglah sekalian sekampung dan sahabat handai melawat akannya serta bertanyakan khabar perihal pemergiannya. Maka, Abdullah membacakan kepada mereka itu akan hikayatnya belayar itu. Masing-masing berasa hairan mendengar adat-adat, kelakuan, hukuman dan undang-undang raja-raja Melayu yang sangat jauh bezanya jika dibandingkan dengan hukuman dan undang-undang orang putih. Setelah berada di Melaka selama beberapa hari, maka pulanglah Abdullah ke Singapura. Maka didapatinya Tuan North sudah berpindah ke Kampung Boyan. Maka di situlah Abdullah dan Tuan North membaiki Injil Yahya itu dalam bahasa Melayu. Pekerjaannya pula mengecapkan kitab Sejarah Melayu. Dengan kuasa Allah, pada suatu hari, beliau jatuh sakit iaitu terkena demam kepialu. Hari makin hari, sakitnya bertambah teruk sehinggakan tidak boleh makan dan tidur. Maka, beliau terfikir, jika beliau meninggal dunia biarlah di hadapan anak dan isterinya. Maka, beliau pun meminta izin kepada Tuan North, dan dengan terpaksa Tuan North membenarkan Abdullah untuk pulang ke Melaka. Pada hari itu juga, beliau telah belayar dalam perahu sekoci lalu terkena hujan dan angin maka semakin bertambahlah sakitnya. Setelah sampai, maka Abdullah pengsan dan gemparlah orang di rumahnya. Sebentar itu jugalah, semua orang berkerumun ke arah Abdullah. Beliau menyangkakan beliau sudah meninggal. Disebabkan sakit yang melampau, kadang-kadang beliau tidak ingat. Pada pukul tiga satu malam, beliau meminta dakwat dan kertas. Maka menangislah isterinya yang menyangkakan beliau hendak mati. Maka dengan gementar tangannya, beliau menulis wasiat mengenai hutang-hutang, dua orang anaknya akan menjalankan barang suatu harta bendanya. Setelah itu, surat itu diserahkan kepada isterinya. Maka, hari pun sianglah, maka beliau merasa badannya terlalu panas, sebab rambutnya yang panjang, dari Singapura sampai ke Melaka tidak dipotong. Maka dengan hal yang demikian, lalu beliau memotong rambutnya itu. Beliau berasa senang sikit tubuhnya. Maka dengan kasihan Allah serta belum ajalnya, akhirnya beliau pun menjadi sihat. Selepas empat bulan, akhirnya tubuh badannya semakin sihat dan bertambah kuat. Maka, pada suatu malam Jumaat isterinya sakit hendak bersalin. Hatta, sampailah kepada pagi hari Jumaat pukul enam setengah, maka lahirlah seorang anak laki-laki tetapi dengan kehendak Allah juga, isterinya telah kembali ke negeri yang baqa’ dengan pahala syahid. Maka pada masa itu tidak dapatlah beliau menggambarkan perasaan dukacitanya seolah-olah seperti kaca terhempas ke batu. Bertambah-tambah dukacitanya setelah melihat anaknya yang baharu itu menangis akibat lapar susu. Maka miskinnya pun baharulah terbuka dan cahaya rumahnya pun hilanglah. Maka, pada pukul tiga petang, dikuburkanlah isterinya dalam Masjid Keling di balik mihrab. Beliau memohon doa kepada Allah semoga menyapukan ingatan dan percintaan yang besar itu. Tetapi sungguhpun luka itu sembuh tetapi parutnya tetap tinggal juga. Sepuluh hari kemudian, tubuh beliau rasa layu, dan fikirannya tiada berketahuan. Maka, beliau bercadang untuk menjualkan segala barangbarang dan perkakas rumah supaya senang untuk membawa pindah anak-anaknya ke Selat. Keesokannya, berkemaslah segala barang-barang. Maka pada suatu hari, beliau melelong segala

(

barang dalam rumah tersebut, kemudian menjualkan rumah itu dengan harga yang murah sebab beliau tidak boleh memandang rumah tersebut. kemudian, belayarlah Abdullah ke Singapura mencari ikhtiar rumah hendak tinggal. Kemudian, maka adalah seorang sahabatnya memberi tumpangan iaitu di Kampung Melaka. Abdullah pun membuat rumah di situ. Maka tetaplah pekerjaannya di situ dengan pekerjaan menulis dan mengajar tuan-tuan Inggeris dan Tuan North itu. Maka pada suatu hari, Abdullah pergi mengajar Tuan Keasberry, maka diunjukkannya satu perbuatan hikmat iaitu sekeping tembaga yang dalamnya terdapat gambar atau peta negeri Singapura lengkap tetapi bayangnya itu timbul tenggelam. Beliau berasa kagum dengan ciptaan tersebut lalu bertanyakan perkara tersebut kepada Tuan North. Tuan North memberitahu ada seorang doktor dalam kapal perang Amerikan membawa perkakasnya membuat pekerjaan ini. tetapi tuan itu ada berjanji dengan Tuan North untuk menunjukkan pekerjaan itu pada hari Isnin. Pada hari Isnin tersebut, doktor itu mengajak Abdullah pergi ke atas bukit Tuan Bonham kerana di sanalah ada perkakasnya itu. Maka, berjalanlah Abdullah ke atas bukit. Doktor itu masuk ke dalam bilik dan mengeluarkan satu peti, maka peti itu ada berteropong, cermin teropongnya itu terkeluar sebesar satu duit. Cermin itu pula ada berlapis dua, sebelah dalamnya besar. Adapun cermin besar itu membesarkan barang sesuatu yang kelihatan di hadapnnya. Sebelah peti itu pula boleh dibuka tutup. Maka pergilah pula ia mengambil sekeping tembaga, nipis lagi berkilat. Maka digosoknya tembaga itu dengan satu jenis habu, kemerah-merahan rupa, sehingga tembaga itu menjadi seperti cermin cahaya. Setelah sudah, ada pula suatu bekas yang telah berisi dengan satu jenis habu berwarna hitam, diletakkan tembaga itu ke dalamnya. Setelah sepuluh minit lamanya, maka diangkatnya tembaga itu lalu dimasukkan ke sebelah peti yang ada teropong itu lalu dihadapkannya ke sebelah mana yang hendak diambilnya petanya itu. Maka bayangnya dari tempat itu masuklah ke dalam teropong itu memukul kepada tembaga itu. Setelah itu, maka dikeluarkannya tembaga itu, suatu pun tidak kelihatan. Tembaga itu diambil lalu dibawanya ke tempat teduh dan disapunya dengan satu jenis ubat. Tembaga dimasukkan di atas tempat raksa, maka dibubuhnya pelita di bawah raksa itu. Setelah berapa lama, maka diangkatlah tembaga itu dan kelihatanlah segala peta gambar negeri Singapura melekat di tembaga itu. Pada tahun 1841, Abdullah dipanggil oleh beberapa tuan-tuan Inggeris yang baik-baik dan budiman hendak pergi melihat ada sebuah kapal asap yang terlalu besar baharu sampai yang bernama Sesostris, ia membawa seorang orang besar, panapatensyari namanya, akan pergi menggantikan pekerjaan Kapitan Elliott, kapitan di negeri China. Maka setelah dilihat Abdullah akan rupa kapal itu, maka beliau berasa hairan, sebab melihat hikmat dan kepandaian yang telah dikurniakan Allah kepada manusia, sebab perhatiannya dan usahanya. Maka tiba-tiba berserulah seorang tuan, katanya, “ Encik karangkan akan segala penglihatan kita tadi dengan bahasa Melayu supaya boleh diketahui oleh orang-orang Melayu.” Maka, kata Abdullah, “Insya-Allah bahawa bolehlah sahaya karangkan.” Maka dengan pertolongan Allah, beliau

(

mengarang akan segala perkara penglihatan, pendengarannya dan perasaannya dari permulaan sampailah kesudahannya perihal kapal asap itu. Kitab itu telah dicapkan oleh Tuan Alfred North, menjadi satu kitab seibu jari tebalnya. Maka pada suatu hari, Tengku Chi’ yang tersebut Daeng Ganggek dilantik oleh Dato’ Bendahara Pahang dalam negeri Singapura menjadi Temenggung Abdul Rahman iaitu di hadapan Tuan Bonham, Gabenor yang memerintah tiga buah negeri, Singapura, Pulau Pinang dan Melaka. Bab 24 : Tuan Gabenor Butterworth. Pada tahun 1843, dua puluh lapan hari bulan August, maka bahawa datanglah Tuan Gabenor Butterworth dan isteri ke Singapura. Dia menjadi pemerintah tiga buah negeri, Singapura, Pulau Pinang dan Melaka. Kedengaran khabar, Tuan Blundell konon hendak menjadi gabenor di Singapura . ia datang ke singapura empat lima hari lamanya, kemudian datang tuan gabenor butterworth pula menjadi gabenor. Tinggallah ia di rumah sewahan San Jose. Suatu hari dipanggilnya aku, katanya hendak belajar bahasa Melayu. Seharian beliau mengajar akan dia. Setelah lamanya, bolehlah dia membaca surat huruf melayu. Tabiat tuan iu terlalu baik bahasanya dan tegur sapanya, dan kulihat tingkah lakunya tuan itu orang yang bijaksana dan berilmu. Tabiat isterinya dan kelakuan serta dengan lemah lembut budi bahasanya serta kepandaiannya. Maka berfikir dalam hatinya bahawa besarlah untungnya orang Singapura ini mendapat raja yang baik dan pandai mengambil hati segala rakyatnya. Tabiatnya yang baik yang dapat beliau katakana itu pertama-tama pandai dia mengambil hati orang dalam negeri, seperti hendak bermain wayang atau tahun baharu disertainya supaya menyukakan hati orang. Kedua, dia pandai membaiki negeri seperti lorong-lorong dan jalan-jalan dan membaiki perigi pada tiap-tiap simpang supaya dengan segeranya boleh menolong memadam api dalam negerinya. Ketiga, tatkala api besar di Kampung Gelam itu, bersama-sama menarik bomba dan berlumur dengan arang segala pakaiannya, berlari ke sana ke mari, mencari air untuk memadam api. Dia menolong orang-orang dirompak orang dihantarkannya ke Singapura. Maka tuan itu membaiki hatinya dengan memberi wang dan hadiah supaya menyukakan hatinya. Tiada seorang pun segala raja-raja dan gabenor yang datang ke Singapura ini daripada zaman Tuan Raffles sampai ini yang menyucikan lautlaut yang di sebelah sini iaitu dekat-dekat Singapura, Melaka dan Pulau Pinang melainkan Tuan Gabenor Butterworth yang telah membuangkan bala yang amat besar itu. Maka dahulu, di tiga-tiga negeri itu terdapat banyak perompak yang merampas segala harta benda perahu yang singgah di pelabuhan. Tuan Gabenor Butterworth sahaja yang sanggup mendengar ratap tangis dan dukacita orang-orang yang teraniaya. Oleh sebab segala perkara dan tabiatnya yang baik itu, beramahramahlah Tuan Gabenor itu dengan Temenggung Seri Maharaja, sampailah bersahabat mereka dengan setiawannya, iaitu berkasih-kasihan seorang dengan seorang sampailah Temenggung itu pun menyerahkan dirinya ke bawah perintahnya.

(

Temenggung itu pun menjalankan kesukaan seperti yang dikehendaki oleh tuan itu. Maka sebab itu barang di mana tempat sulit-sulit perompak itu bersembunyi yang susah didapati oleh kapal perang dan kapal asap, Temenggunglah disuruhkan. Maka demikianlah halnya Tuan Gabenor itu menghabiskan celaka perompak itu. Jikalau barang siapa membawa khabar perompak ada barang di mana, maka orang itu nanti diberi upah. Adapun kepala-kepala perompak yang terbilang dan termashyur, sudah ditangkap oleh Temenggung, dan dibinasakan oleh kaapl-kapal perang negerinya. Maka separuh mereka telah digantung dan separuh telah dibuang ke negeri Bombay. Tuan Besar yang di Benggala pun sukalah dengan keredhaannya akan pekerjaan Temenggung itu, maka dihantarkannya suatu alamatulhayat daripada Kompeni Inggeris kepada Tuan Gabenor Butterworth pinta sampaikan kepada Temenggung Seri Maharaja. Maka banyaklah orang yang ternanti-nanti hendak melihat bagaimanakah adatnya tatkala itu. Di atas Bukit Gobermen di rumah Gabenor, maka pada hari itusegala bangsa orang pun beribu-ribu berhimpunlah di sana. Maka di atas bukit itu adapun telah dibubuh beberapa khemah. Maka adalah jenis-jenis permainan di sana. Maka, sebentar kemudian, datanglah Tengku Temenggung dalam sebuah kereta yang besar, ia ditarik oleh dua ekor kuda besar bersama-sama Yang Dipertuan Lingga serta Tengku Ali, putera Sultan Husin Syah Almarhum. Berdirilah sekalian tuan-tuan di hadapan gambar Queen Victoria, serta dibawalah oleh empat orang akan peti yang berisi pedang. Kemudian dibuka Tuan Gabenor , gilang gemilanglah memancar cahayanya, oleh sebab terkena matahari itu. Kemudian maka datanglah Tuan Henry Josin menjadi jurubahasa Melayu. Sebab hendak mengertikan sekalian perkataan Tuan Gabenor Butterworth kepada Temenggung dan kepada segala orang-orang yang hadir di situ. Setelah habis ucapan Tuan Gabenor, maka disambutlah oleh Temenggung Seri Maharaja akan hadiah itu dengan beberapa hormat mulianya, serta dengan terima kasih yang amat banyak.setelah Temenggung menerima kebesaran dan hadiah pedang itu, maka makinlah bertambah-tambah kasih saying dan tulus ikhlas serta menyerahkan dirinya kepada Tuan Gabenor serta menjunjung segala perintah gobermen. Maka sebab sangat kasih hati Tuan Gabenor akan dia, maka diambilnyalah anak laki-laki Temenggung itu dua orang dimasukkannya ke dalam tempat belajar Tuan Paderi Keasberry supaya ia boleh membaca bahasanya sendiri, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta menulis. Maka kedengaranlah khabar ke Singapura mengatakan Inggeris hendak pergi perang ke negeri China, iaitu oleh sebab diperbuat oleh orang Cina akan Inggeris itu dalam negerinya terlalulah aniaya, beberapa kali didengarnya orang Inggeris dibunuh, dipotong telinganya dan dirompongkan hidungnya maka tiada diberi izinnya menjual apapun dalam negeri itu. Adapun segala bangsa yang di sebelah sini seorang pun tiada percaya yang Inggeris dapat melawan negeri China itu. Tatkala mendengar Inggeris hendak memukul China itu, maka masing-masing pun tertawalah gelak-gelak, katanya Inggeris gila, tiada boleh ia menang. Tak usahlah China melawan, jikalau semuanya Cina itu duduk diam-diam sahaja diberinya Inggeris membunuh dia, sampai sepuluh tahun pun belum habis. Datanglah berpuluhpuluh kapal pada tiap-tiap hari, semuanya pergi ke negeri China. Hatta, maka dalam dua Jumaat lagi

(

kedengaran khabar mengatakan Inggeris sudah melanggar negeri Kanton. Kemudian, lain kapal pula membawa khabar sudah kalah negeri Kanton, maka kapal-kapal Inggeris sudah pergi memukul negerinegeri yang di atas-atas. Maka sedikit hari kemudian, dengarlah semua negeri-negeri sudah dapat maka sekarang ada membuat perjanjian antara Raja China dengan raja Inggeris. Maka orang-orang Cina dalam negeri Melaka dan Singapura yang duduk seperti katak dibawah tempurung itu seorang pun tidak percaya. Maka adalah kira-kira tengah bulan, maka datanglah surat dan kertas khabar dari negeri China, mengatakan sudah berhenti perang, oleh sebab orang Cina mahu menurut bagaimana kehendak gobermen Inggeris, ia takluk serta dibayarnya akan belanja gobermen oleh sebab perang itu, dua puluh juta satu ringgit. Maka lima hari kemudian, datanglah khabar yang mengatakan sudahlah dibuat surat perjanjian oleh Sir Henry Pottinger dalam negeri Nanking, iaitu dalam kapal admiral yang bernama Cornwalls, iaitu kepada dua puluh sembilan hari bulan lapan 184, iaitu antara raja Inggeris dan raja China. Maka tatkala itu, adalah hadir wakil raja China tiga orang, seorang bernama Kiying, kedua bernama Ee Li Po, ketiga bernama Niu Kin. Pertama, hendaklah sentiasa bersahabat dan berkasih-kasihan antara raja Inggeris dengan raja China selama-lamanya. Kedua, hendaklah raja China membayar kepada raja Inggeris dua puluh satu juta ringgit dalam tahun ini dan tiga tahun datang sampai habis. Ketiga, hendaklah dibukakan negeri Kanton dan Amoy dan Fucaufo dan Ningpo dan Shanghai serta dibebaskan kepada bangsa Inggeris. Keempat, adapun pulau Hong Kong itu diserahkan ke bawah Duli Seri Maharaja Inggeris, iaitu Queen Victoria sampai selama-lamanya. Kelima, maka segala Inggeris atau bangsa-bangsa lain yang di bawah perintah Inggeris hendaklah dilepaskan oleh orang-orang Cina. Keenam, raja sendiri surat tanda tangan serta dengan capnya, iaitu mengampuni akan segala rakyatnya yang ada bersama-sama dan berkerja kepada Inggeris. Ketujuh, maka jikalau bertulis-tulisan surat antara orang-orang besar China dan orang-orang besar Inggeris hendaklah bersamaan. Kelapan, maka hendaklah raja China membayar wang yang tersebut itu enam juta ringgit, supaya kelengkapan perang itu boleh dikeluarkan dari Shanghai dan Nanking.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF