HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

September 7, 2017 | Author: aal_tahani | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU...

Description

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

1

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

BIL Soalan Tugasan

Pengenalan, genre-genre 1.0

tokoh, teori-teori dan krit 1.1

Pengenalan

1.2

Genre-Genre Ke

1.2.1

Sastera Naratif

1.2.3

Sastera Non Na

1.2.4

Sastera Undang-

1.2.5

Sastera Moden 2

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

KENYATAAN PENGAKUAN

3

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Saya, AMINUDIN BIN MAT LUDIN Nombor Kad Pengenalan 690101-08-6925, pelajar kohort 4, SMP-OUM (Ambilan Khas Oktober 2007) membuat pengakuan bahawa segala tugasan untuk subjek HBML4303 Kurikulum dan Pengkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu adalah hasil kerja saya dan tiada perbuatan plagiat melainkan penyediaan asli hasil air tangan saya sendiri.

Adalah dimaklumkan bahawa saya; Item

Pernyataan

Semakan

1.

Telah membuat rujukan dan bacaan luas tantang topik yang

/

diambil daripada modul, bahan bercetak dan eletronik. 2.

Tidak memplagiat atau meniru daripada mana-mana sumber

/

atau pelajar lain. 3.

Tidak membenarkan pelajar lain meniru tugasan ini melainkan

/

hanya menerangkan dan membantu kefahaman rakan-rakan berkaitan tugasan. 4.

Mengikut prosedur tugasan dan mengahantar tugasan sebelum

/

tarikh akhir yang ditetapkan.

Dengan yang demikian, saya faham bahawa jika terdapat apa-apa perkara di atas didapati tidak benar, maka pihak Pengurusan OUM berhak untuk mengambil apa-apa sahaja tindakan disiplin terhadapan salah laku tersebut.

4

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

NAMA

AMINUDIN BIN MAT LUDIN MATRIK KAD

690101086925002

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

PENSYARAH PN NORMAH BT KAMARODZAN PUSAT PEMBELAJARAN

INSTITUT PERGURUAN IPOH PERAK SEMESTER MAY 2010

5

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini. Kesibukan dengan tugas seharian sebagai pendidik tidak menganggu saya bagi menyelesaikan amanah yang diberikan . Inilah satu cabaran yang amat getir dalam melakukan dua kerja dalam satu masa. Namun semangat dan kecekalan telah menghilangkan semuanya itu. Demi menyahut cabaran dan mengimarahkan dunia pendidikan dengan ilmu yang bakal memertabatkan anak didik ,saya menyahut cabaran ini.Sejunjung kasih dan penghormatan kepada Pn NORMAH BT KAMARODZAN selaku tutor bagi kursus HBML4203SMP Kesusasteraan Melayu ini. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar serta komen beliau yang bernas lagi jitu tidak mungkin dapat saya melaksanakan satu tugasan yang begitu berat untuk dilakukan. Kata-kata semangat beliau telah membuatkan saya begitu terangsang untuk melakukan yang terbaik daripada yang terbaik. Tidak lupa juga bantuan daripada keluarga dan sahabat yang sentiasa berada di samping untuk membantu saya.

Semoga jasa-jasa kalian ini mendapat rahmah dan kurniaan daripada Illahi.

Terima kasih untuk semua.

Ilmu adalah sesuatu yang bersifat rohani dan mempunyai kekuatan. Aliran kekuatan tersebut bertali arus dan mengalir ke dalam jiwa penerima seterusnya, apabila punca aliran (Guru) memiliki kekuatan ilmu. Inilah yang disebut oleh sesetengah pihak sebagai ‘Guru Mursyid’. Mursyid’.

SOALAN TUGASAN Berdasarkan Modul Kesusasteraan Melayu (HBML4203), kesusasteraan merupakan kesemua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ditujukan kepada khalayak. Khalayak bermaksud pembaca bagi karya yang bertulis atau penonton drama. Oleh sebab itu, istilah Kesusasteraan Melayu merujuk kepada karya-karya kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa Melayu. 6

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Sejarah perkembangan genre Kesusasteraan Melayu melibatkan Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kesusasteraan Melayu Moden. Masyarakat akan lebih terdedah dan tertarik dengan perkembangan Kesusasteraan Melayu jika sejarahnya dapat dianalisis serta digarab secara bersepadu. Anda sebagai seorang pendidik kesusasteraan perlu menghayati sejarah perkembangannya dari beberapa sudut tertentu. Justeru, anda diminta menyediakan laporan khusus tentang Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu di Malaysia berdasarkan kajian perpustakaan. Laporan sejarah perkembangan berkenaan hendaklah memuatkan bahan-bahan berikut: 1.

Pengenalan, genre-genre, ciri-ciri, peneraju-peneraju atau tokoh-tokoh, teori-teori dan kritikan-kritikan kesusasteraan.

2.

Unsur-unsur intrinsik dalam karya kesusasteraan, kefahaman teks komponen sastera, KOMSAS dan pelaksanaannya di sekolah menengah, rujukan yang sesuai dan penutup.

SOALAN 1 Pengenalan, genre-genre, ciri-ciri, peneraju-peneraju atau tokoh-tokoh, teori-teori dan kritikankritikan kesusasteraan.

7

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

1.1

PENGENALAN KESUSASTERAAN Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susastera yang

bermaksud kata yang membawa maksud khusus dimana su bermaksud indah, baik atau lebih berfaedah. Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak. Manakala menurut Zalila Sharif dan Jamilah Hj, Ahmad (1993: 2), Kesusasteraan berkembang daripada dua suku kata iaitu sas´ dan tra. Kata ‘sas´ bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk. Manakala tra´ pula menunjukkan alat atau sarana Kesusasteraan adalah suatu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada bahasa sanskrit µsusastera yang bermaksud huruf atau buku yang indah. Menurut M.K Danziger dan W.S Johnson (1983:2), mereka berpendapat bahawa Kesusasteraan merupakan seni yang menggunakan kata-kata tanpa memperhitungkan persoalan sama ada kata-kata itu tertulis(tulisan) atau sekadar diucapkan (lisan). Oleh itu, sastera boleh diertikan sebagai alat untuk mengajar atau panduan untuk memberi arahan. Untuk

mengatakan bahawa kusasteraan mempunyai tempat yang istimewa dalam

perkembangan kehidupan seorang kanak-kanak atau pelajar adalah suatu pernyataan yang tidak menerangkan sesuatu dengan sewajarnya. Sedangkan kesusasteraan itu jika dibaca beramai-ramai dengan suara yang kuat dalam suatu suasana yang meriah dan kena pada masanya dapat menjadi suatu cara yang membolehkan seorang pembaca itu mempelajari dunia mereka sendiri.

Kesusteraan dapat mengisi banyak keperluan dan menyebarkan berbagai-bagai nilai yang mungkin tidak dapat ditanggap dengan serta-merta. Ia juga tidak sama menarik dengan suatu permainan komputer atau program televisyen, tetapi kesusteraan dapat memberikan suatu yang berbeza. Ciptaan kesusasteraan berbeza dengan ciptaan-ciptaan seni yang lain. Ia menggunakan 8

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

bahasa sebagai alat penyampaian. Melalui bahasa, keindahan kesusteraan dapat dirasakan oleh setiap pembacanya. Dengan bahasa juga mereka dapat menggarap isi dan tujuan sambil menghayati segala pengalaman dan perasaan yang tercurah. Sesebuah hasil kesusasteraan yang bermutu tidak mempamerkan bahan atau menggunakan bahasa dan olahan yang indah sahaja tetapi seharusnya memiliki unsur-unsur intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan, penuh dengan ekspresi dan imaginasi serta kaya dengan sifat-sifat kreatif.Dengan cara inilah kesusteraan dapat memikat hati pembaca. Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan Sementara Stainer (1972) pula mengatakan sastera itu adalah bahasa tetapi bahasa dalam penggunaan yang khusus. Keadaan ini adalah yang benar-benar beerti, yang beerti itu pula bergantung hanya kepada penulis sastera menyampaikan ideanya. Ballmer (1976) pula mendefinisikan komunikasi bahasa ; puisi ,drama ,teks bahasa kolokial.

M.K Danziger dan W.s

Johnson pula mendefinisi sebagai suatu seni lisan, iaitu kesusasteraan secara tradisi tergolong ke dalam golongan sastera, tidak ke dalam golongan sastera, tidak ke dalam kajian sains atau pengetahuan teknik dan medianya ialah perkataan dan bukan tanda-tanda visual seperti lukisan dan seni muzik.

1.2

GENRE-GENRE SASTERA

Berdasarkan kepelbagaian karya, maka Kesusasteraan Melayu dapat dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu kesusasteraan lisan dan tulisan. Kesusasteraan lisan berlegar dalam kalangan rakyat yang 9

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

disampaikan menerusi cara pertuturan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain, dikenali sebagai sastera rakyat. Sebaliknya, kesusasteraan tulisan disampaikan melalui tulisan yang pada peringkat awalnya menggunakan tulisan kawi dan rencong. Selain itu, setiap jenis kesusasteraan terdiri daripada genre-genre yang tertentu.

1.2.1

Sastera Lisan (Rakyat) Sastera lisan ialah hasil-hasil sastera Melayu lama yang disampaikan secara lisan iaitu

dipertuturkan. Sastera lisan merupakan hasil sastera yang dimiliki oleh masyarakat Melayu, disebarkan dan dituturkan daripada satu generasi ke satu generasi secara lisan. Masyarakat Melayu yang menghasilkan sastera lisan masih bersifat tradisional, ketinggalan dari segi teknologi, masyarakat yang masih mengamalkan sistem sosial yang terikat dengan semangat kerjasama dan kolektif, masyarakat yang masih statik serta tidak banyak hubungan dengan masyarakat luar. Sastera lisan merupakan hak milik bersama (kepunyaan) Bangsa Melayu. Ia hidup dalam masyarakat Melayu tradisional secara lisan atau secara dituturkan. Sebab itulah sastera lisan ini tidak diketahui nama pengarang atau penulisnya. Juga tidak diketahui bilakah ia dicipta. Sebagai sastera yang tersebar secara lisan sastera banyak mengalami perubahan dan tokok-tambah serta penyesuaian. Tokok-tambah dan penyesuaian dilakukan bagi menyesuaikan cerita tersebut dengan situasi setempat.

Perubahan masa dan zaman membawa perubahan kepada corak penyebaran secara lisan. Pada masa kini, hasil-hasil sastera lisan telah dibukukan, yakni ditulis. Tradisi lisan yang mencirikan karya-karya sastera lisan telah menerima perubahan kepada bentuk bertulis. 10

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Sungguhpun, masyarakat telah mengamalkan sistem tulisan, namun tradisi lisan tetap hidup didalamnya. Sastera lisan tetap merupakan sastera lisan sekalipun telah menjadi bahan tertulis. Karya-karya sastera lisan yang telah dibukukan masih mengekalkan ciri-ciri kelisannannya, malah mempunyai ciri-ciri tersendiri. Pada masa kini, kita boleh membaca ceritacerita rakyat ini melalui buku-buku yang dihasilkan dari kemajuan media cetak. . 1.2.3

Fungsi Sastera Lisan (RAKYAT)

“Alat” Mengajar dan Mendidik. Hasil-hasil sastera lisan adalah bersifat didaktif iaitu mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan moral kepada masyarakat tradisi.Cerita-cerita lisan ini terselit nasihat, pengajaran, teladan, yang sangat bergunasebagai panduan ke arah kesejahteraan hidup masyarakat. Misalnya anak-anak dinasihati agar tidak mengamalkan sifat tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti mana yang terdapat pada sifat-sifat tertentu binatang dalam cerita-cerita Binatang. Melalui cerita-cerita seperti “Si Tanggang” anak-anak dididik agar tidak derhaka kepada kedua orang tua kerana anak yang derhaka tidak akan selamat hidup di dunia dan akhirat. Begitu juga dalam cerita-cerita roman,ditonjolkan sifat kesetiaan kepada pemimpin, sikap dan amalan gotongroyong,kerjasama dan tolong menolong yang banyak membawa manfaat dan keberkatan terutama dalam mengujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

“Alat” Mengkritik. Cerita-cerita lisan juga digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan atau sindiran terhadap raja atau orang-orang bangsawan. Misalnya melalui cerita-cerita jenaka seperti cerita Pak 11

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Kaduk,jelas menyindirkan golongan berkuasa (raja) yang bersikap zalim, tamak, pentingkan kuasa dengan mengenepikan kesejahteraan hidup rakyat jelata.Juga melalui cerita Pak Pandir,Lebai Malang, terselit unsur-unsur sindiran terhadap orang yang tamak,kedekut,gilakan kuasa dan orang-orang yang sering mengambil kesempatan atas diri orang yang lemah sematamata untuk kepentingan nafsu dan kekayaan diri sendiri. “Alat” Perhubungan atau Komunikasi. Sastera lisan,terutamanya hasil-hasil karya yang berbentuk puisi menjadi alat perhubungan yang paling istimewa untuk menyampaikan hajat. Misalnya dalam adat perkahwinan, orang-orang Melayu menggunakan pantun sewaktu berkomunikasi, antara wakil pihak pengantin lelaki dengan pihak pengantin perempuan. Pantun digunakan sewaktu adat merisik berlangsung adat meminang dan ketika majlis persandingan. “Adat, Peraturan dan Pantang larang”. Setengah kata-kata adat dan bidalan dianggap sebagai satu kemestian undang-undang atau peraturan masyarakat yang perlu dipatuhi. Malah kata-kata tersebut menjadi “pantang larang” dalam masyarakat.

1.2.3

JENIS SASTERA LISAN (Rakyat)

12

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Sastera Rakyat merupakan sastera yang tertua, masih disampaikan secara lisan. Ianya merupakan hasil gubahan masyarakat Melayu lama., menjadi milik bersama. Sastera Rakyat dapat digolongkan kepada dua glongan.

a) Sastera Lisan Berbentuk Cerita (kisah atau naratif)

Sastera ini berbentuk cerita yang mengandungi unsur-unsur keindahan seperti jalan cerita, perkembanagn watak, bahasa yang ndah, isikandungan yang tinggi, didikan moral dan juga sebagai alat hibran. Ianya disebarkan secara meluas daam masyarakat. Sastera yang tergolong dalam sastera naratif seperti cerita asal-usul, mitos, lagenda, cerita-cerita binatang, cerita-cerita jenaka dan cerita penglipur lara. sastera lisan berbentuk naratif terbahagi kepada tiga iaitu mitos, legenda dan cerita rakyat. Kini, mitos berfungsi sebagai cerita yang menerangkan asal usul kejadian alam, manusia, haiwan, benda dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kehidupan. Sebaliknya, legenda pula cerita yang berkisar tentang sejarah sesuatu tempat atau peristiwa zaman silam. Legenda tempatan dan legenda yang menjelajah merupakan jenis-jenis dalam legenda.

Contoh: Jenis

Pengertian

Karya dan Contoh 13

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Cerita Binatang

Dikenali

juga

sebagai

mergastua.

Cerita

mengambil

binatang

ceritaFungsi berhibur kerana mempunyai yangunsur-unsur

lucu,

pengajaran

sebagaidankritikan sosial. Cerita terkenal

pelaku. Binatang diberikan sifatialah jenis ‘epik binatang’ iaitu manusia biasa, boleh bertindak,Hikayat Sang Kancil. Mempunyai bertutur, bertingkah laku danperanan hidup bermasyarakat.

tertentu

dalam

cerita

binatang Melayu.

Contohnya Kancil sebagai lambang dan kias rakyat supaya menggunakan otak, kepintaran. Sang Kancil yang kecil dapat menewaskan binatang yang besar seperti harimau, gajah dan buaya. Kepintaran sang kancil dapat juga dikalahkan oleh binatang kecil iaitu siput dan agas. Ini memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu supaya tidak sombong, angkuh dan tolongmenolong antara satu sama lain. Cerita Sang Kancil dengan Sang Buaya . Ini menunjukkan Sang Kancil boleh menggunakan otaknya untuk melepaskan diri dari ancaman binatang-binatang besar. Watak Kancil ini lambang dan kiasan kepada rakyat jelata supaya menggunakan otak, fikiran dan kepintaran apabila membuat sesuatu. Jika dilihat dari segi fizikal, manalah Kancil yang kecil dapat mengalahkan binatang besar. Ini dapat menunjukkan betapa pintarnya Sang Kancil jika dibandingkan manusia. Dalam bahagian ini bentuk kritikan dan kias yang digunakan berdasarkan perbuatan binatang. Tujuannya memberi kritikan kepada manusia supaya sedar akan kelemahan yang sebenarnya. Mengapa pula binatang yang kecil dapat mengatasi perbalahan manusia sedangkan manusia adalah kejadian yang paling istimewa daripada yang lain.

b) Sastera Lisan Berbentuk Bukan Cerita (Bukan Kisah atau Bukan Naratif)

14

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Sastera lisan bukan naratif terdiri daripada tiga jenis utama; peribahasa, teka-teki dan puisi rakyat. Teka-teki terbentuk dalam susunan kata-kata yang padat dan berirama yang mengandungi sesuatu pertanyaan adalah sangat bererti dengan kanak-kanak. Seterusnya, pantun, jampi dan mantera terangkum dalam puisi rakyat. Lazimnya, pawang, bomoh atau bidan yang mengaplikasikan jampi dan mantera ketika menjalankan upacara adat resam dan dalam perubatan. Jenis yang berikutnya ialah peribahasa iaitu sering diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Dalam hal ini, simpulan bahasa, pepatah atau bidalan, perbilangan, perumpamaan dan kiasan dijeniskan sebagai peribahasa Penghasilan kesusasteraan tradisional jenis bukan naratif berpaksikan fakta. Genre-genre utama kesusasteraan ini ialah sastera sejarah, sastera undang-undang, sastera agama dan puisi klasik. Merujuk Dr. Ismail Hamid, 1987, Perkembangan Kesusasteraan Melayu lama. Petaling Jaya: Longman, sejarah

diambil daripada perkataan Arab iaitu “syajaratun” yang bermaksud

pohon atau pokok. “Syajaratun” juga membawa maksud salasilah, riwayat, keturunan, dan asal usul. Konklusinya, sejarah memperkatakan perkara yang telah berlaku. Contoh hasil sastera adalah seperti Sejarah Melayu, Hikayat Aceh dan Hkayat Raja-raja Pasai. Genre sastera undang-undang ialah penulisan yang berkisar dalam ruang lingkup adat resam kehidupan masyarakat Melayu. Taj al-Salatin, Bustan al-Salatin dan Hukum Kanun Melaka antara contoh hasil sastera tersebut. Sastera agama pastinya bersangkutan segala penulisan bersumberkan pengetahuan agama. Bahagian bagi genre ini ialah bidang-bidang fiqah, tasawuf dan usuluddin; contohnya Sirat al-Mustaqim, Kitab Seribu Masa’il dan Syarab al-Asyikin. Berikutnya ialah genre puisi klasik adalah seperti syair, gurindam dan seloka yang mencakupi unsur-unsur kiasan

1.2.4

Sastera Moden 15

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Jenis sastera bertulis bentuk kesusasteraan moden merangkumi bentuk naratif mengandungi tiga genre utama iaitu novel, cerpen dan drama. Novel merupakan prosa naratif panjang yang menceritakan kehidupan manusia berlatarkan sesuatu tempat dan masa yang tertentu. Setiap novel yang dihasilkan berpaksikan persoalan menarik tentang kehidupan manusia. Lazimnya, genre cerpen atau cerita pendek mengetengahkan satu persoalan dan watak yang tidak banyak dalam penceritaan kisah yang pendek. Genre sastera baharu dalam kesusasteraan moden ialah drama. Keunikan genre ini adalah bukan sahaja untuk dibaca, bahkan dapat dipentaskan kerana ia merupakan cereka yang berbentuk lakonan. Seterusnya, dalam bentuk bukan naratif kesusasteraan moden merangkumi tiga jenis iaitu esei, kritikan sastera dan sajak. Esei merupakan sejenis karangan prosa yang padat. Selain itu, kritikan sastera merujuk kepada penulisan yang membuat penilaian dan pertimbangan terhadap karya-karya sastera yang tertentu. Akhirnya, ialah sajak iaitu merupakan sejenis puisi moden yang mempunyai perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan pantun, syair, gurindam atau seloka. Tidak dapat dinafikan perbincangan tentang ciri-ciri kesusasteraan cukup sinonim dengan genre-genre kesusasteraan yang telah dibincangkan sebelum ini iaitu kesusasteraan lisan dan tulisan. Selain itu, ciri-ciri kesusasteraan bererti dengan pembahagian kesusasteraan mengikut zaman seperti kesusasteraan Melayu klasik bermula dari zaman purba sehingga zaman Islam. Manakala kesusasteraan Melayu moden bertitik tolak dari zaman Abdullah Munsyi sehingga zaman kemerdekaan.

1.3

CIRI-CIRI SASTERA

16

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Tidak dapat dinafikan perbincangan tentang ciri-ciri kesusasteraan cukup sinonim dengan genregenre kesusasteraan yang telah dibincangkan sebelum ini iaitu kesusasteraan lisan dan tulisan. Selain itu, ciri-ciri kesusasteraan bererti dengan pembahagian kesusasteraan mengikut zaman seperti kesusasteraan Melayu klasik bermula dari zaman purba sehingga zaman Islam. Manakala kesusasteraan Melayu moden bertitik tolak dari zaman Abdullah Munsyi sehingga zaman kemerdekaan.

1.3.1

Ciri-ciri Sastera Rakyat Penyebaran dan pewarisnya dilakukan secara lisan walaupun ada sesetengah bahan

kesusasteraan rakyat telah diterbitkan dalam bentuk tulisan, namun asal bahan tersebut tersebar dikalangan masyarakat menerusi lisan dan masih mengekalkan ciri kelisanannya. Ada juga hasil yang masih lagi tersebar secara lisan hingga kini walaupun sebahagian ceritanya telah dibukukan. Untuk mendapat bentuk yang mantap, kesusasteraan rakyat mesti hidup dalam masyarakatnya tidak kurang daripada dua generasi. Wujud dalam pelbagai versi. Oleh sebab disebarkan secara lisan, unsur tokok-tambah tidak dapat dielakkan , sehinggakan apa-apa yang dituturkan itu sudah menjadi satu versi yang tersendiri. Perbezaan versi ini hanya berlaku pada bahagian luarannya sahaja, namun inti patinya tetap kekal. Penciptanya tidak diketahui penyebaran kesusasteraan rakyat boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Tidak ada halangan dan had untuk dituturkan. Penutur kesusasteraan juga bebas melakukan penambahan dan pengurangan atau melakukan penyesuaian jika mereka mahu. Kewujudan karya yang sentiasa berubah itu menyebabkan sudaj tidak diketahui siapa penciptanya yang sebenar.

Oleh sebab kesusasteraan rakyat wujud dan berkembang melalui media lisan, penutur biasanya tidak berkesempatan menapis apa-apa yang dituturkan ketika berhadapan dengan 17

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

pendengar atau khalayak. Oleh itu, sifatnya cukup sederhana dan seadanya,terlalu spontan dan kadangkala kelihatan kasar. Kesusasteraan rakyat juga wujud dalam bentuk tradisi tekal. Misalnya, cerita Lipur Lara mempunyai struktur plot yang sudah tetap seperti plot sebelum mengembara, semasa mengembara, sesudah mengembaradan pengakhiran yang mengembirakan. Demikian juga cerita Sang Kancil, biasanya mengandungi empat motifeme dalam struktur plot ceritanya. Cerita mitos pula merupakan cerita tentang asal usul kepercayaan sesuatu masyarakat. Dengan itu, klasifikasi kesusasteraan rakyat adalah berdasarkan formula dan pola yang tertentu. Kesusasteraan rakyat juga bersifat pralogis, iaitu mempunyai logika yang tersendiri yang mungkin tidak sesuai dengan logika umum. Oleh itu, pandangan dan tanggapan masyarakat lain tidak penting kepada pertumbuhan dan perkembangan kesusasteraan rakyat sesuatu masyarakat. Hasil-hasil karya sastera sejarah ini mempunyai tujuan dan ciri-cirinya yang tertentu. Karya sastera sejarah yang menepati ciri-ciri yang berikut merupakan hasil karya yang berjaya dan sampai kepada siapa yang ditujukan. Karya sastera sejarah ini memerlukan usaha pengkarya bagi meninggikan kedudukan raja-raja dengan menghiasi watak-watak mereka dengan unsurunsur keghaiban dan kekuasaan. Sampaikan hal-hal moral dan tatasusila

Ciri seterusnya adalah pengarang juga mesti menyampaikan kepada khalayak tentang hal-hal berkenaan dengan moral dan tatasusila. Cenderung kepada sifat-sifat kesusasteraan rakyat

Selain itu, pengarang karya sastera sejarah biasanya perlu lebih cenderung kepada sifat-sifat kesusasteraan rakyat dengan mementingkan soal-soal mitos dan dynastic myth lebih dari sejarah dalam pengertian terkini.

1.3.2

Ciri-ciri Sastera Moden 18

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Berdasarkan Hashim Awang (et. al), 1985, Mendekati Kesusasteraan Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, terdapat enam ciri utama bagi kesusasteraan Melayu natijah daripada keistimewaan dan keunikan sifat masyarakat Melayu itu sendiri. Merujuk pada bentuk sastera lama dan moden sebelum Perang Dunia II, ciri didaktik atau unsur pengajaran amat ketara. Justeru, kesusasteraan mempunyai kegunaan dalam kehidupan bersama untuk membimbing sesuatu masyarakat. Pada era penjajahan Jepun, ciri propaganda diaplikasi bagi mengagung-agungkan kehebatan ketenteraan Jepun. Hal ini bertitik tolak dalam kesusasteraan lama Melayu yang mengagungkan taraf dan jurai keturunan raja-raja Melayu. Selain itu, ciri yang ketiga ialah kewujudan kesusasteraan yang bercirikan aliran tertentu iaitu “seni untuk masyarakat”. Aliran ini telah dipelopori oleh pengarang-pengarang daripada Angkatan Sasterawan ’50 atau ASAS ’50. Sehubungan itu, kesusasteraan ini menjadi milik bersama masyarakat secara tidak langsung juga menterjemahkan segala pemikiran, perasaan, nilai dan falsafah hidup masyarakatnya. Hal tersebut mungkin dilahirkan secara terus terang atau secara tersirat Lanjutannya, pada era prakemerdekaan dan tahun 60-an telah muncul kesusasteraan bersifat protes terhadap golongan-golongan tertentu dalam masyarakat. Nada protes tersebut disasarkan terhadap golongan yang tidak bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan seperti untuk memimpin dan memajukan rakyat. Pengarang akan memperindahkan karyanya sehingga hasilan mereka lebih berupa hasil seni daripada sejarah.

Pengarang tidak mementingkan kronologi. Iaitu tiada tarikh yang tepat dan

kejadian-kejadian yang berlaku sering dicampuradukan sehingga peristiwa itu hilang unsur-unsur sejarahnya.

Ciri terakhir sastera sejarah adalah sebahagian besar hasil sastera ini membawa gelaran ‘Hikayat’. Namun begitu, tidaklah bermakna bahawa semua karya yang membawa gelaran 19

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

hikayat itu boleh digolong sebagai sastera sejarah. Cerita-cerita seperti Hikayat Terung Pipit, Hikayat Malim Dewa, dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda tidak merupakan hasil sastera sejarah kerana kandungan ceritanya bukan mengenai hal-hal yang pernah berlaku

. 1.4

PENERAJU DAN TOKOH SASTERA

20

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Kelaziman dalam penulisan sastera Melayu lama, nama pengarang sesuatu karya sastera tidak dicatat. Sebaliknya, karya-karya kesusasteraan moden dimuatkan nama-nama pengarangnya. Tokoh-tokoh kesusasteraan Melayu terkenal disebabkan sumbangan mereka dalam penghasilan karya-karya. Berdasarkan Yahaya Ismail, 1981, Sejarah Sastra Melayu Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, kesusasteraan moden dipelopori oleh Abdullah Munshi serta Sayyid Sheikh Al-Hadi seterusnya berkembang ke era sastera tahun 30-an, zaman Jepun dan ASAS ’50. Perkembangan kesusasteraan Melayu disusuli era sastera tahun 60-an dan hingga sekarang.

1.4.1

Tokoh Kesusasteraan Melayu Lama

HAMZAH FANSURI

Latarbelakang Hamzah Fansuri adalah tokoh agama yang menggegarkan dunia melalui puisipuisi sufinya. Menurut sasterawan Abdul Hadi MW, Hamzah Fansuri merupakan pencipta "syair Melayu" yang bercirikan puisi empat baris dengan pola sajak akhir "a-a- a-a". Bakatnya sebagai sasterawan besar terserlah dalam kemampuan dan kreativitinya merubah bahasa lama menjadi bahasa baru dengan cara memasukkan ratusan kata Arab, istilah konseptual dari Al Quran dan falsafah Islam. Bahasa ini kemudiannya menjadi sebagai bahasa intelektual yang dihormati sebab dapat menampung gagasan baru yang diperlukan pada zaman itu.

Peranan penting Hamzah al Fansuri dalam sejarah pemikiran dunia Melayu Nusantara bukan saja karena gagasan tasawufnya, tetapi puisinya yang mencerminkan pergelutan penyair menghadapi realiti zaman dan pengembaraan spiritualnya. Salah satu karya penting dari Hamzah Fansuri adalah Zinat Al-Wahidin yang ditulis pada akhir abad ke-16 ketika perdebatan sengit tentang fahaman wahdat al- wujud sedang berlangsung dengan tegang di Sumatera. Teks ini diyakini oleh para peneliti sebagai kitab keilmuan pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu.

21

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Hamzah Fansuri juga dikenal sebagai seorang pelopor dan pembaru melalui karya-karyaRubba al Muhakkikina, Syair Perahu, dan Syair Dagang. Kritiknya yang tajam terhadap perilaku politik dan moral raja-raja, para bangsawan, dan orang-orang kaya, menempatkannya sebagai seorang intelektual yang berani pada zamannya.

Karya-karya Zinat Al-Wahidin - ditulis pada akhir abad ke-16, kitab keilmuan pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu, Syair Perahu ,Syair Dagang ‡Rubba al Muhakkiki

RAJA ALI HAJI

Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad Raja Ali Haji selain terkenal dengan karyanya Tuhfat al Nafis (sejarah Melayu) juga terkenal dengan berbagai karya lain samada dalam politik, hukum mahupun bahasa Tiga karya besar beliau dalam bidang bahasa menobatkan beliau sebagai Bapa Bahasa Indonesia iaituGurindam Dua Belas (1847), Bustam al-Katibin (tata bahasa Melayu) dan Kitab Pengetahuan Bahasa (1851).

Kitab Pengetahuan Bahasa merupakan wujud konstribusi pentingRaja Ali Haji dalam bidang bahasa kerana (Gurindam Dua belas dan Bustam al-Katibin) ia lebih terfokkepada keupayaan mengetengahkan keprihatinan dan gagasanawal untuk memperbaiki beberapa konsep dan tata bahasa Melayu.

Latarbelakang Raja Ali Haji lahir di Pulau Penyengat, pusat Kerajaan Riau Lingga, Johor dan Pahangpada 1808 anak dari pasanganRaja Ahmad binRaja Haji Fisabilillah dan Encik Hamidah binti Panglima Malik Selangor. Ia merupakan anak bungsu dari tujuh bersaudara dan ayahnyaRaja Ahmad merupakan tokoh penting dalam kerajaanRiau Lingga. DatuknyaRaja Haji 22

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Fisabilillah adalah "Yang Dipertuan IV" KerajaanRiau Lingga dan seorang pahlawan yang termasyur keberaniannya dalam melawan Belanda sehingga tewas dalam peperangan di Teluk Ketapang pada 1874.Gelar "Raja" pada namanya diperoleh dari nama keturunan keluarga karena "Yang Dipertuan IV" merupakan kerabat SultanRiau Lingga

Hasil karya Raja Ai Haji seperti Tuhfat al Nafis, Bustam al-Katibin (tata bahasa Melayu), Kitab Pengetahuan Bahasa (1851) dan Gurindam dua belas

ABDULLAH MUNSYI ABDULLAH ABDUL KADIR MUNSHI

Abdullah Munsyi Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi (1796- 1854 M) dianggap sebagai bapa penulisan Melayu moden. Abdullah Munshi telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 M bertajuk Syair Singapura Terbakar.

Beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusasteraan malahan juga ia menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu. Baginya, nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus peratus masalah bahasa. Hal ini lebih nyata lagi apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu dan tujuan membuat kajian tersebut bukanlah berdasarkan kajian ilmiah melainkan kerana kepentingan tertentu.

Beliau melihat bahawa nahubahasa Melayuyang ditulis oleh orang asing itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam bahasa Melayu. Kita 23

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

terpaksa akui Abdulah sebagai seorang tokoh yang agung di dalam sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu. Dia lah yang mula-mula membayangkan gejala- gejala kemodenan di dalam masyarakat sewaktu masyarakat seluruhnya masih jauh daripada hakikat kemodenan ini.

Dia menggunakan perkataan ³aku´ bila menceritakan kenangan-kenangan pengalamanpengalaman hidupnya iaitu ³aku´ sebagai manusia biasa yang telah pun mencapai martabat kedaulatan yang sama tinggi dan sama rendah dengan manusia lainnya. Dia tidak lagi mengakui hak-hak atau kelebihan-kelebihan istimewa kaum bangsawan dan kaum di-raja di atas segala rakyat jelata.

Di sinilah terletak keagungan Abdullah sebagai seorang pengarang dan di sinillah juga terletak sumbangannya terhadap perkembangan kesusasteraan Melayu. Kesusasteraan Melayu diangkat dari darjat feudal Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu ke darjat yang lebih tinggi. Karyakarya Syair Singapura Terbakar (1830) Hikayat Kalilah wa Daminah ( Terjemahan Tamil ± 1835) Kitab Adat SegalaRaja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837) Dawai Kulub (1838) Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838) Hikayat Abdullah (1843) Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854)

TUN SRI LANANG 24

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Tun Sri Lanang yang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Tun Seri Lanang ialah Bendahara PadukaRaja, Johor antara tahun 1580 dan 1615 , serta penyunting Sejarah Melayu (buku, 1612) yang merupakan moyang kepada Sultan Johor dan Sultan Terengganu .

Salasilah kesultanan Terengganu yang terdapat dalam Sejarah Terengganu (buku) karya Haji Buyong Adil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974 ada menyatakan bahawa Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Seri Maharaja, Johor - Marhum Padang Saujana - Bendahara Johor 1688-1697) yang menjadi Bendahara Johor dari 1688 hingga 1697 adalah bapa kepada Sultan Zainal Abidin I (Sultan Terengganu Pertama) dan kepada Sultan Abdul Jalil IV (Sultan Johor dari 1699 hingga 1719 ). Selanjutnya dipaparkan bahawa Tun Habib Abdul Majid adalah anak kepada Tun Mat Ali (Bendahara Paduka Maharaja, Johor), iaitu anak kepada Tun Seri Lanang (Bendahara PadukaRaja, Johor 1580-1615).

Dalam pengetahuan orang-orang Melayu , nama Tun Seri Lanang lebih dikenali sebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf dengan Munshi Abdullah (Pengarang Hikayat Abdullah). v. Nuruddin al Raniri Nama lengkapnya, Nuruddin Muhammad bin Ali bin Hasanji Al-Hamid (atau Al- Syafi¶i Al-Asyary Al-Aydarusi Al-Raniri (untuk berikutnya disebut Al-Raniri).

la dilahirkan diRanir (Randir), sebuah kota pelabuhan tua di PantaiGujarat, sekitar pertengahan kedua abad XVI M. Ibunya seorang keturunan Melayu, sementara ayahnya berasal 25

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

dari keluarga imigran Hadhramaut (Al-Attas: 1199 M). Al-Raniri sendiri memulai perjalanan intelektualnya dengan belajar ilmu agama di tanah kelahirannya (Ranir), sebelum merantau ke Tarim, Hadramaut, Arab Selatan, yang ketika itu menjadi pusat pembelajaran agama Islam.

Pada tahun 1621 M, Nuruddin mengunjungi Makkah dan Madinah untuk menunaikan ibadah haji dan berziarah ke makam Nabi. Di tanah haram inilah Al-Raniri menjalin hubungan dengan para jamaah haji dan orang-orang yang sudah menetap dan belajar di Arab, yang kebetulan berasal dari wilayah Nusantara. Nuruddin al-Raniri adalah seorang ulama, sejarawan, sasterawan dan ahli tasawuf terkemuka abad ke-17 M yang pernah hidup di Aceh Darussalam.

Namanya juga masyhur ke seluruh negeri sebagai ulama madzab Syafii, penulis kitab fiqih pertama yang komprehensif dalam bahasa Melayu. Salah satu cabang ilmu fiqih yang sangat dikuasai olehnya bukan hanya fiqih ibadah, tetapi juga fiqih duali yang berkaitan dengan selukbeluk pemerintahan, undang-undang negeri, dan adab secara umum.

Karyanya yang terkenal ialah Bustan al-Salatin (TamanRaja-raja). Kitab ini lebih dikenal sebagai karya ketatanegaraan. Atau lebih tepat disebut sebagai karya adab, kerana yang dibahas adalah masalah yang berhubungan adab dalam pengertian luas bukan semata-mata adab pemerintahan atau kenegaraan. Kerana mengandung unsur sejarah dalam banyak bagiannya, tidak menghairankan jika sarjana seperti Winstedt dan Hussein Djajadiningrat menjadikan Bustanus Salatin sebagai sumber penulisan sejarah Aceh.

SYED SYEIKH AL-HADI

26

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Syed Syeikh Al-Hadi Syed Syeikh bin Syed Ahmad Al-Hadi telah dihantar keRiau ketika berusia empat belas tahun untuk mengaji agama dan bahasa Arab dengan seorang pengarang dan juga agamawan iaituRaja Ali Haji. Pada penghujung abad ke-19 Syed Sheikh telah pergi ke Mekah dan juga Beirut serta Kaherah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama.

Syed Sheikh Al-Hadi merupakan anak murid kepada reformis terkenal di Kaherah iaitu Sheikh Muhammad Abduh. Sekembalinya dari Mesir, Syed Sheikh Al-Hadi telah mendirikan Madrasah Al- Iqbal pada tahun 1907 di Singapura. Dua tahun kemudiannya dia menjadi pendakwa di mahkamah Syariah Johor Baharu sehingga 1915. Dia meninggalkan kerjaya tersebut kerana minatnya dalam bidang perguruan, kewartawanan dan penulisan. Dia nampak hanya melalui penulisan dia boleh mengembangkan fikrahnya dan menaikkan semangat Islam di kalangan orang Melayu.

Dia kemudiannya mendirikan dua buah lagisekolah iaitu Madrasah Al-Hadi (1915) di Melaka dan Madrasah Al-Mashur (1926) di Pulau Pinang dan beliau menjadi Mudir kepada dua buah madrasah tersebut.Rakan seperjuangannya yang turut mempunyai aspirasi yang sama adalah Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin Al-Azhari, Sheikh Mohammd bin Salim Al-Kalali dan Haji Abbas bin Mohd. Tahar bergabung tenang untuk mengembangkan fikrah Islam dengan menerbitkan majalah Al-Imam(1906).

Di Pulau Pinang di samping menulis, Syed Sheikh menerbitkan majalah Al-Ikhwan (1927) dan akhbar Saudara (1928). Peranan yang dimainkan oleh Syed Sheikh Al-Hadi dalam dunia kesusasteraan Melayu bukan hanya setakat melahirkan Hikayat Faridah Hanum bahkan dia turut mencernakan pemikiran dan menyedarkan bangsa Melayu kepada isu ekonomi dan pejuangan anak watan. Sebagai reformis dia mengketengahkan fahaman Islam yang diwar-warkan oleh Sheikh Muhammad Abduh.

27

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Karya Hikayat Setia Asyik Kepada Maksyuknya atau terkenal sebagai Hikayat Faridah Hanum (1925-1926) Siri CeritaRokamlbul (karya adaptasi) Tafsir Juz Amma (1927) Taman Cinta Berahi (1928) Tafsir Al-Fatihah (1928) Hikayat Cermin Kehidupan (1929) Hikayat Puteri Nurul Ain (1929) Kitab Agama Islam Dan Akal (1931)

28

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

1.4.2

Tokoh Kesusasteraan Melayu Moden

ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZAABA)

Zainal

Abidin

Ahmad (16

September 1895 - 23

Oktober 1973),

juga

dikenali

sebagaiZaaba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah

29

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia.

Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan,Maktab Perguruan Sultan Idris. Dilahirkan di Bukit Kampung Kerdas, Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Zaaba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi

St.

Paul Seremban dan

merupakan

orang Melayu pertama

menduduki

peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.

Zaaba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916, dan kemudiannya bertukar ke: 

1918: Kolej Melayu Kuala Kangsar



1923: Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur



1924: Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim



1939: Jabatan Maklumat, Singapura sehingga 1942



1942: Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London sehingga 1951



1954: Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959.



Zaaba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang penulisan. Kebanyakan

hasil

penulisannya

muncul

dalam

akhbar-akhbar tempatan

dan

majalah30

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk Cerita-cerita Shakespeare yang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura. Untuk menghargai jasa beliau, Zaaba telah dianugerahkan: 

1956: Gelaran Pendeta di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga



1959: Ijazah Kehormat dan Persuratan dari Universiti Malaya



1973: Ijazah Kehormat dan Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia



1962: Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri

OTHMAN KELANTAN Syed Othman bin Syed Omar (al-Yahya) dilahirkan pada 13 November 1938, di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan. Beliau memperoleh Sarjana Muda Sastera (1979) dan Sarjana Sastera (1982/83) dari Universiti Sains Malaysia. Kemudian pada tahun 1994/95 beliau memperoleh Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 31

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Setelah lulus Ijazah Sarjana, S Othman berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia selama dua tahun. Mulai tahun 1983, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah di fakulti Pendidikan/ATMA. Jawatan terakhirnya yang disandang ialah Profesor Madya hingga beliau bersara pada tahun 1997. Kemudian beliau berkhidmat sebagai karyawan tamu di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (1997-1999). Kini beliau menjadi pensyarah sambilan di Pujangga Management Institute (Francais UUM). S .Othman Kelantan aktif menulis puisi, cerpen, novel serta esei/kritikan. Sehingga kini S Othman telah menghasilkan lebih 182 buah cerpen. Beliau gemar meneroka persoalan yang mencakupi soal-soal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah. Novel yang dihasilkannya ialah 12 buah novel dewasa dan empat buah novel remaja.

Antara novel beliau yang terkenal ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Perjudian (1973), Juara (1973), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan Orang Kota Bharu (2003. Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian. Cerpen dan

novel beliau

pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun,

Inggeris, Rusia, Thai, Vietnam dan Cina. Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan. Selain menulis cerpen dan novel, S Othman Kelantan turut menghasilkan esei dan kertas-kertas kerja untuk beberapa pertemuan penulis baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan sebanyak 364 buah esei/kritikan. 32

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Di samping berkecimpung dalam dunia penulisan sastera, beliau turut terlibat dalam kegiatan persatuan penulis. Beliau pernah menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK) (1973-1976), Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa). Kesungguhannya

menghasilkan

karya

dan

mengabdikan

dirinya

dalam

dunia

kesusasteraan mewajarkan beliau dipilih untuk menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi (sagu hati), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 (cerpen) dan 1984 (esei), S.E.A. Write Awards (1990), Pingat Bakti (PB) oleh DYMM Sultan Kelantan (1973), Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong (1974), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan (2003), dan Anugerah Sastera Negara (2003)

DATO SHAHNON AHMAD Beliau (lahir 1933 di Sik, Kedah) adalah seorang penulis Malaysia, mendapat gelaran Sasterawan Negara, serta bekas Ahli Parlimen. Beliau dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1982. Beliau juga merupakan seorang Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Shahnon telah menulis beberapa buah buku, di mana yang paling terkenal ialah novel Shit @ PukiMak @ PM (1999), sebuah satira politik kontroversi. Buku tersebut sering merujuk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), parti komponen utamanya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), serta bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Terdapat beberapa cubaan oleh kerajaan untuk mengharamkan buku tersebut serta menarik balik gelaran Sasterawan Negara daripada Shahnon.[1]

33

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Beberapa novel lain karangan Shahnon termasuklah Ranjau Sepanjang Jalan (1966)—yang telah diadaptasi semula ke filem yang dipanggil Rice People arahan pengarah filem Kemboja, Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973)—yang telah memenangi anugerah Novel Tahunan Malaysia pada tahun 1970, serta Terdedah (1965). Shahnon juga merupakan ahli parti pembangkang PAS. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1999, beliau bertanding di kerusi parlimen Sik (P.13) dan menang. Beliau tidak bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2004 yang menyaksikan PAS kehilangan kerusi tersebut kepada BN. Karya Anjing-anjing, 1964 Debu merah, 1965 Rentong ,1965 Terdedah (1965) Ranjau Sepanjang Jalan ,1966 Protes, 1967 Perdana, 1969 Srengenge (1973)

Sampah, 1974 Menteri, 1976 Kemelut, 1977 Selasai sudah, 1977 Seluang menolak Baung, 1978 Penglibatan dalam puisi, 1978 Gubahan novel, 1979 Kesusasteraan dan etika Islam, 1981 Al-syiqaq, 1985 Tok Guru, 1988 Sutan Baginda (1989) Ummi dan Abang Syeikhul, 1992 Pongang sastera: gema karya kreatif dan kesannya terhadap khalayak, 1995 34

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Shit@Pukimak (April 1999) Maha Maha (1999) Nurul Anak Papaku (1999) Muntah (Jun 2000) Lamunan Puitis Sebuah Trilogi, 2003 Revolusi Yang Ditangguhkan (2009)

KAMALUDIN BIN MUHAMAD ( KERIS MAS) Keris Mas atau nama penuhnya Kamaluddin Muhamad adalah merupakan seorang tokoh dalam bidang penulisan/kesusateraan yang pertama kalinya dianugerahkan gelaran ‘Sasterawan Negara’. Beliau menerima anugerah tersebut pada 26 April 1981 di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen. Beliau telah dipilih oleh Urusetia Panel Anugerah Sastera Negara berdasarkan kepada kewibawaan beliau dalam bidang kesusasteraan tanah air terutama dalam bidang penulisan cerpen. Melalui karya-karya seni cerpennya jelas memperlihatkan kegigihan beliau sebagai seorang nasionalis yang berwawasan, pejuang keadilan sosial, pengawal dan pengukir bahasa dan sastera bermutu serta pemikir kesusasteraan yang tajam. Sebelum itu beliau juga pernah dianugerahi ‘Anugerah Pejuang Sastera’ pada tahun 1976 oleh pemerintah kerajaan Malaysia. 35

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

KarierKerjaya

Kamaludin Muhammad (Keris Mas) telah dilahirkan pada 10 Jun 1922, di Kampung Ketari,Bentong Pahang. . Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Penerangan bagi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Pengarang Penerbitan Utusan Melayu di Singapura. Beliau banyak berjasa dan memberi sumbangan dalam memajukan majalah Mastika dan akhbar Utusan Zaman. Selepas itu beliau berkhidmat dengan Warta Negara sehingga tahun 1956. Beliau adalah salah seorang tokoh ASAS 50 yang cukup aktif dan terkenal dan pernah berkhidmat sebagai Pengarang Umum di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956. Sebelum bersara pada 10 Jun 1977 beliau memegang jawatan Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Selepas bersara, beliau menjadi ‘Penulis Tamu’ di Universiti Malaya dan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumbangan

Sumbangan utama beliau ialah dalam lapangan cerpen. Karya pertama beliau berjudul ‘Wasiat Orang Bangsawan’, tersiar dalam Suluh Malaya, 1 Jun 1946. Sehingga akhir tahun 1960, sebanyak 60 buah cerpen telah dihasilkan. Cerpen-cerpennya itu kini telah dimuatkan dalam beberapa buah antologi iaitu; Mekar dan Segar (1959), Dua zaman (1963), Patah Tumbuh (1963), Pertentangan (1968) Keris Mas juga turut menghasilkan novel. Antaranya ; Pahlawan Rimba Malaya (1946), Korban Kesuciannya (1949), Anak Titiwangsa (1967), Saudagar Besar dari Kuala Lumpur (1983), Rimba Harapan (1985) . Beliau muncul sebagai tokoh penulis cerpen dari ASAS 50 yang mempunyai pengaruh begitu kuat dalam perkembangan cerpen, terutama sehingga tahuntahun 1960-an. Karya-karya beliau begitu jelas dan kuat kesan penyuaraan keadilan sosial dengan watak-watak manusia yang hidup. Dengan begitu beliau dapat dianggap penulis yang berjaya mematangkan

genre

cerpen

dan

mengukuhkantradisinya. 36

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Bagi menghargai jasa dan sumbangan Keris Mas dalam bidang penulisan dan kesusasteraan tanah air, beliau telah dianugerahkan Anugerah Pejuang sastera (1976) dan Anugerah Sastera Negara pada 26 April 1981. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1992.

ISHAK HAJI M UHAMMAD PAK SAKO

Ishak Haji Muhammad (14 November 1909 - 7 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Pak Sakomerupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1930-an sehingga 1950-an. Ishak Haji Muhammad adalah seorang nasionalis negara. Kelibatnya bermula pada era sebelum kemerderkaan dan pascamerdeka. Gagasan yang ingin diperjuangkan oleh Pak Sako ialah penyatuan Melayu

Raya yang

mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan

dalam

satu

serumpun.

Nama Pak Sako bukanlah satu nama asing bagi negara kita terutama dalam bidang kesusasteraan. Pak Sako sebenarnya adalah jolokan kepada nama Isako-san yang dipanggil orangorang Jepun. Nama sebenar Pak Sako adalah Ishak Hj. Muhammad. Pak Sako juga dikenali juga dengan nama samaran seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pandir Moden. 37

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Pak Sako lahir pada tahun 1909 di Kampung Bukit Seguntang, Temerloh, Pahang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kg. Tengah, Temerloh pada tahun 1919 dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Lipispada tahun 1924 hingga 1928. Pak Sako lulus sijil persekolahan dari Sekolah Inggeris Raub pada tahun 1929. Pada tahun 1930, beliau melanjutkan pelajaran ke MCKK (Maktab Melayu Kuala Kangsar) untuk berlatih sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu (Malayan Civil Service). Beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah, Majistret Kelas III dan guru bahasa sebelum menyertai dunia penulisan Pak Sako bosan dengan kerja sebagai pentadbir British dan mendapati hidup sebagai pentadbir British penuh dengan kepura-puraan, pilih kasih dan tidak mempertahankan kepentingan orang-orang Melayu yang dikatakan hendak diberikan perlindungan oleh pihak British. Dalam tahun 1934 Pak Sako meletakkan jawatan beliau dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu dan menjelajah Semenanjung Tanah Melayu.

Pak Sako kemudiannya menumpukan usaha kepada penulisan, politik nasionalis. Pak Sako Judi karam. Singapura: Geliga, 1958. dipenjarakan sebanyak dua kali (1948 -1953) dan (1965-1966). Pak Sako banyak menghasilkan novel, cerpen, esei dan memoir serta turut menulis rencana untuk akhbar Kumpulan Utusan Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia memperolehi lebih dari 1,000 naskhah koleksi kesusasteraan hasilan beliau. Di samping itu, beliau juga telah menghasilkan 2 buah karya yang terkenal iaitu Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila yang mencerminkan pandangan dan cita-cita beliau sebagai patriot dan sasterawan. Beliau juga bergiat cergas untuk menulis cerpen. Nukilan tersohor Pak Sako, Putera Gunung Tahan danAnak Mat Lela Gila merupakan novel satira yang ditujukan kepada orang-orang British dan juga sebagai kritikan kepada orang-orang British. Pak Sako memberatkan kebudayaan Melayu dalam penulisannya, dan mengagungkan budaya Melayu dengan membandingkannya dengan budaya Inggeris yang kurang kualiti dan terlalu agresif.

38

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau, Universiti Malaya telah menganugerahkan kepadanya Ijazah Kehormat Doktor Persuratanpada 29 Jun 1973. Pada 29 Mei 1976, Pak Sako telah menerima anugerah "Pejuang Sastera" daripada Perdana Menteri. Hasil penulisannya termasuk:1.

Budak beca. Marang: Mohamad bin A. Rahman, 1957.

2.

Pengantin baru. Singapura: Geliga.

3.

Putera Gunung Tahan. Singapura: Geliga, 1937.

MOHD ANWAR RIDWAN Mohd Anwar Ridhwan (5 Ogos 1949 - ) merupakan Sasterawan Negara Malaysia ke-10 dan juga merupakan seorang penulis novel Malaysia. Beliau dilahirkan pada 5 Ogos 1949 dalam keluarga petani yang berasal dari Perak yang kemudiannya menetap di Sungai Besar, Selangor. Pada 11 Ogos 2009, beliau diumumkan sebagai Sasterawan Negara Malaysia ke-10 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabatnya di Putrajay

Anwar Ridhwan adalah seorang sasterawan yang terkemuka dari Malaysia. Nama sebenarnya Dato' Dr. Anuar bin Haji Rethwan dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos 1949. Lulusan Sarjana Muda Sastera (1973)dari Universiti Malaya, beliau kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)(1998) kesemuanya dari Universiti Malaya. Beliau menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehinggalah bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah PenerbitanDBP. 39

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Dalam dunia penulisan beliau terkenal sebagai seorang novelis dan penulis cerpen. Novelnya yang pertama ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman yang memenangi Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah, 1979. Sebuah lagi novelnya Arus (1985) memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985.Antara cerpen karyanya ialah Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976)dan Dari Kiev ke Moskova (1992). Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul Naratif Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001. Novel itu dengan judul "Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto" diterbitkan dalam bahasa Rusia (penterjemah Victor Pogadaev) pada tahun 2006 di Sanct-Petersburg (penerbit Paideia).

Pencapaian 1.

Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen "Perjalanan Terakhir (1971)

2

.Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Dunia Adalah Sebuah Apartmen (1973)

3

.Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sesudah Perang (1976)

4.

Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sasaran,

5.

Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sahabat (1982)

6.

Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Menjadi Tua (1983)

7.

Hadiah Pertama peraduan mengarang novel anjuran Yayasan Sabah dan GAPENA Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979)

8.

Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985 dengan novel Arus

9.

Anugerah Sasterawan Negara ke-10 pada 20 Ogos 2009 oleh Tengku Mizan.

40

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

1.5

TEORI –TEORI DAN KRITIKAN SASTERA Secara mudah teori sastera dapat difahami sebagai gagasan idea tentang sesuatu fenomena

kesusasteraan. Teori sastera wujud sebagai landasan atau gagasan untuk memahami fenomena kesusasteraan. Contohnya teori Peniruan Plato. Teori sastera yang digunakan dalam amalan kritikan dinamakan sebagai teori kritikan sastera, kerana teori ini bukan sahaja menerangkan prinsip-prinsip tentang sesuatu fenomena kesusasteraan, tetapi juga digunakan atau diaplikasikan dalam kerja mengkritik teks. Menurut Kerlinger, teori bermaksud himpunan sesuatu konsep, definisi dan saranan yang berkaitan antara satu sama lain. Ia memberi gambaran teratur tentang sesuatu fenomena dengan menyatakan hubungan antara angkubah untuk menerangkan dan meramalkan fenomena tersebut.´ (HBML4203: 98) Teori kesusasteraan muncul daripada pemerhatian yang umum terhadap fenomena sastera tanpa menekankan persoalan-persoalan kebudayaan atau sejarah pada peringkat awalnya. Ahliahli kesusasteraan berminat mengkaji karya sastera secara menyeluruh dan cuba merangka 41

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

pendekatan dan prinsip kajian kesusasteraan, meneliti secara halus ciri-ciri yang terdapat dalam segala ilmu samada tentang Sains, Sains Kemasyarakatan atau Sains Kemasyarakatan. Menurut Ali Hj Ahmad (1994:14) adalah berkaitan dengan pengajian tentang prinsipprinsip kesusasteraan, pengkelasannya atau dengan kata lain, pandangan bahawa kesusasteraan itu mempunyai susunan dan untuk memahami susunannya, ia memerlukan peraturan-peraturan yang digubal setelah melihat ciri-ciri yang umum, yang khusus dan tersendiri.Ringkasnya teori melihat fenomena sastera dan unsur- unsur berkaitan seperti sifat dan tujuan penghasilan sastera, hubungan antara karya dengan unsur luar seperti biografi penulis dan psikologinya serta yang ketiga melihat aspek-aspek strukturnya. Apa yang jelas teori membuat generalisasi yang ilmiah dengan bukti dan hujahan yang kukuh.

Teori sastera terbahagi kepada dua iaitu Teori Klasik Kesusasteraan dan Teori Moden Kesusasteraan.Rujuk rajah 3. Rajah 3 5.1 Teori Klasik Kesusasteraan

42

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

1.5.1

Teori Klasik Kesusasteraan

Secara dasarnya ditemui empat teori klasik kesusasteraan dalam pengajian kesusasteraan. Empat teori utama dalam teori klasik kesusasteraan boleh dilihat melalui rajah 4 di bawah

Teori Peniruan (Plato)

43

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Teori terawal dikemukakan oleh Plato melalui bukunya yang berjudulRepublic. Plato menyatakan bahawa karya sastera sebagai suatu peniruan yakni proses yang melalupenapisan dua kali daripada bentuk ideal atau hakikat. Teori ini dianggap sebagai teori kesusasteraan tertua yang berusaha untuk menghuraikan karya kreatif. Plato melihat apa yang terhasil melalui proses peniruan terhadap benda yang benar akan menghasilkan sesuatu yang palsu

Teori Mimesis Namun pandangan Plato ditentang oleh anak muridnya iaitu Aristotle. Kepada Aristotle dalam bukunyaPoetic, beliau melihat representasi adalah bentuk µmimesis yang membawa maksud penyalinan semula ke arah yang lebih positif. Aristotle mempunyai perspektif yang lebih ke hadapan daripada Plato, kerana beliau melihat representasi yang ditiru semula perlu bermoral ke arah nilai baik yang boleh mengangkat sesuatu karya. Contohnya kesan µkatharsis daripada peniruan itu boleh meninggalkan rasa puas audiens, rasa kekaguman dan insaf akan kebesaran Ilahi. Teori Moral Teori ini diutarakan oleh Horace melalui bukunya yang berjudulPoetica, menjelaskan bahawa karya sastera sewajarnya meninggalkan kesan pengajaran dan pendidikan. Tanggapan teori moralialah, teks kesusasteraan bukan sahaja sebagai satu hasil seni tetapi yang lebih besarnya ialah bagaimana sastera itu melalui isi dan matlamatnya boleh menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang baik dan sempurna. Kesusasteraan daripada sudut ini dilihat sebagai unsur yang bersifat didaktivisme. Yakni, yang mempunyai idealogi ke arah menyampaikan pengajaran, didikan dan pembentukan akhlak yang baik. Horace menitikberatkan unsur didaktif sebagai keperluan yang perlu ada dalam karya di samping untuk tujuan hiburan. Melakukan kritikan berasaskan teori moral bermakna pengkritik 44

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

berusaha mengkaji dan menganalisis isi teks serta menilai sesuatu teks kesusasteraan dengan memberi penekanan kepada nilai-nilai moral dan kesannya didaktivismenya kepada masyarakat. Dalam hal ini tentunya teks-teks kesusasteraan yang baik dan sarat dengan persoalan perilaku masyarakat sangat sesuai dikaji menggunakan pendekatan ini. Fokus pengkritik tentunya berusaha menimba dan menggali nilai-nilai murni, mesej dan pengajaran yang mengandungi unsur pendidikan. Pengkritik juga akan menghubung isi teks dengan realiti di luar teks untuk mengukuhkan signifikasi moral yang dikritik. Teori Pragmatik Teori ini diasaskan oleh Quintilian. Menerangkan karya memberikan kesan katharsis iaitu rasa puas dalam kalangan pembaca dan penonton (drama/teater).

1.5.2

Teori Kesusasteraan Moden Teori moden merujuk kepada penggunaan teori yang muncul di dalam era pembaharuan

atau selepasnya sehingga tahun akhir abad ke-20.Rene Descartes (1596-1650) dianggap sebagai pelopor pemikiran moden dengan dua ciri asas yang mendominasi modenisme iaitu rasionalisme dan empirisme. Beberapa teori moden kesusasteraan akan dipilih sebagai contoh untuk dibincangkan seperti dalam rajah 5 di bawah.

45

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Pendekatan Intertekstualiti Diperkenalkan oleh Mikhail Bakhtin pada tahun 1926. Menurut Bakhtin, semua karya sastera dihasilkan berdasarkan kepada dialog antara teks dengan teks-teks lain. Jelasnya teori ini memperlihatkan hubungan antara teks dengan teks yang lain. Maksud teks-teks yang lain adalah unsur-unsur luar dalam sesebuah karya sastera iaitu apa sahaja yang dapat memberikan sumbangan terhadap pembinaan sesebuah karya sastera. Contohnya jika penulis ingin menulis sebuah drama tentang perang. Selain ceritanya berkisar dari sudut peperangan yang dipenuhi dengan peristiwa tembak menembak, unsur-unsur lain juga perlu dimasukkan seperti latar belakang, sebab musabab dan hal-hal lain yang menjadi punca kepada peristiwa perang tersebut. Mungkin juga penulis dipengaruhi oleh peristiwa perang yang sebenar daripada buku sejarah. Sumber-sumber seperti pengamatan, pembacaan dan peristiwa-peristiwa sebenar dalam sejarah adalah penting sebagai unsur luar yang turut membantu penciptaan sesebuah hasil karya sastera. Teori ini kemudiannya dikembangkan oleh Julia Kristeva. Kristeva berpendapat bahawa setiap teks terbina hasil daripa kutipan, peresapan dan transformasi teks-teks lain. Kebanyakkan teks mempunyai hubungan, ikatan dan jalinan dengan teks-teks lain. Kajian Intertekstualiti cuba mengimbangi di antara teks dalaman dengan teks luaran. Oleh itu pendekatan ini tidak sahaja tertumpu kepada soal pengaruh dalam penciptaan karya tetapi ia juga menitikberatkan komponen-komponen yang membina sesebuah teks seperti melihat perubahan atau penentangan satu atau lebih sistem yang ada dalam sesebuah karya sastera termasuk dari sudut pengertiannya, simbolnya dan bentuknya. Sebagai rumusan, teori atau 46

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

pendekatan intertekstualiti melihat sesebuah hasil sastera yang dihubungkan dengan teks-teks lain yang mempelbagaikannya.

Teori Resepsi Teori ini dipelopori oleh Leo Lowenthal setelah beliau meneliti karya-karya Rostoyerski yang ditulis antara tahun 1880 hingga 1920. Teori resepsi melihat bagaimana pembaca memberikan makna terhadap karya sastera yang dibaca sehingga dapat memberikan reaksi atau tanggapan terhadapnya. Tanggapan ini boleh pula bersifat pasif dan juga aktif. Tanggapan pasif adalah bagaimana seseorang pembaca dapat memahami karya sastera atau dapat melihat hakikat estetika yang ada di dalamnya. Manakala tanggapan negatif pula bermaksud bagaimana pembaca merealisasikannya. Pada dasarnya teori ini mengakui hakikat polisemi (pelbagai makna) pada sesebuah karya sastera dan bukannya bersifat monosemi ( satu makna sahaja). Secara umum, prinsip teori resepsi dapat dilihat sebagai : Bertolak daripada satu pembicaraan samada penerimaan atau penolakan yang melihat fungsi dan hubungan antara karya dengan pembaca. Seterusnya meneliti reaksi pembaca terhadap makna yang terkandung dalam teks. Setiap hasil karya atau teks mengandungi fenomena makna. Pembaca akan mencari rangka atau skema untuk mencari jawapan kepada fenomena tersebut. Terdapat dua peringkat yang terjadi kepada pengarang sewaktu membaca sesebuah karya iaitu cuba melakukan konkritisasi dan cuba membina semula karya tersebut. Dalam hubungan antara karya dengan pembaca ialah bahawa penerimaan pembaca selalunya berhubung dengan pekerjaan, sosialisasi, persekitarannya dan kepercayaan. Selain itu nilai atau sikap pada diri pembaca untuk menilai sesebuah karya atau suasana dan keadaan penerimaan pembaca terhadap karya yang dibaca. 47

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Teori Kebahasaan (Pendekatan Semiotik) Diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure dan Charles Sanders Pierce. Saussure menggunakan istilah semiologi manakala Pierce menggunakan istilah semiotik. Pierce mendefinisikan semiotik sebagai teori umum untuk tanda dalam bidang yang lebih luas sehingga menjangkau simbol-simbol, gambar dan angka. De Saussure meletakkan semiologi sebagai satu sistem konvensi untuk berkomunikasi dan boleh diaplikasi untuk kajian linguistik. Apa yang jelas pendekatan ini melihat karya sastera sebagai hasil kreativiti yang mempunyai sistem tersendiri. Sistem ini dapat dikenali melalui penggunaan tanda atau kod yang dijelmakan dalam sesebuah karya. Ringkasnya teori kebahasaan atau semiotik melihat sistem perlambangan dan pertandaan yang terdapat dalam sesebuah teks sastera.

Teori Strukturalisme Bermula di Perancis dan pada tahun 1970-an berpindah ke Eropah, Amerika dan negara Dunia Ketiga. Menurut sejarah, ia lahir daripada aliran formalisme diRussia pada tahun 1915. Tokoh yang mempelopori aliran ini ialah Jakobson, Suklovsky, Eichenbaum dan Tynjanor. Strukturalisme mengambil berat fungsi atau peranan yang dimainkan oleh individu jika peranan itu mengambil hubungan dengan peraturan atau undang-undang yang mengawal kehidupan secara menyeluruh. Tegasnya ia memberi tumpuan di dalam sesebuah karya tanpa mengaitkannya dengan unsur-unsur di luar karya yang membantu penciptaannya.

48

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Ditemui tiga gagasan penting berhubung teori ini. Iaitu prinsip kaitan, prinsip keseluruhan dan analisis secara sinkronik. Prinsip kaitan bererti hubungan di antara setiap unsur dalam sesebuah karya sastera yang membangunkannya seperti antara plot, tema, watak dan perwatakan, latar dan gaya bahasa. Manakala prinsip keseluruhan bermaksud melihat keseluruhan bahagian sastera sebagai objek kajian. Ini bererti tidak timbul penelitian bahagian-bahagian sastera secara terpisah antara satu sama lain.Gagasan secara sinkronik pula bererti perhatian dipusatkan kapada hubungan-hubungan yang ada pada suatu masa tertentu. Ini bererti penciptaan sesebuah karya sastera yang menggunakan teori ini tidak ditentukan oleh proses sejarah tetapi oleh jaringan struktural.

Teori Sosiologi Sastera Salah satunya ialah teori Taine. Teori ini menganggap bahawa karya sastera dapat dikesan daripada dasar material sesebuah masyarakat iaitu ras, waktu dan lingkungan. Ras dihubungkan dengan hal kejiwaan, perasaan, bentuk tubuh dan sebagainya. Waktu pula dihubungkan dengan jiwa sesuatu zaman. Lingkungan difokuskan kepada keadaan cuaca dan geografi. Berdasarkan beberapa faktor yang dimaksudkan itu, teori ini ternyata tidak sistematik. Teoriini juga tidak menghubungkan sastera dengan sosiobudaya tetapi dengan faktor alam yang dikatakan mempengaruhi manusia. Oleh yang demikian tidak berlaku di dalam sosiologi sastera. Sosiologi sastera menghubungkan sastera dengan sosiobudaya, bukannya alam. Oleh itu tumpuan diberikan kepada hubungan antara manusia. Oleh yang demikian teori Taine tidak diterima pakai pada masa ini. .

49

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Kritikan Sastera Di Malaysia, Kritikan sastera sudah diterima sebagai satu sains atau disiplin ilmu. Kritikan sastera yang dihantar dalam bentuk tulisan merupakan usaha mencari dan menentukan nilai karya sastera secara jujur.Tugasan ini dilaksanakan dengan kaedah yang bersistematik, sama ada secara kritikan impresionistik mahupun secara serius. Kritikan ini sering pula mendapat wadah di akhbar, lalu dikenali sebagai kritikan jurnalistik.Sementara itu tulisan kritikan yang serius, dilaksanakan dengan penelitian bersandarkan pelbagai disiplin ilmu, dikenali sebagai kritikan ilmiah. Kritikan ilmiah banyak dilaksanakan pada peringkat pengajian tinggi dan diterbitkan dalam jurnal atau buku. Dalam usaha menentukan nilai sesebuah karya sastera, pengkritik harus memanfaatkan ilmu pengetahuannya sesuai dengan pendekatan yang dipilihnya. Lebih daripada itu, pengkritik harus menurunkan hujahnya yang relevan dan munasabah bagi memperkukuhkan apa yang dikritiknya. Kritikan sastera adalah disiplin ilmu.Sebagai disiplin ilmu, aktiviti kritikan sastera ada matlamat.Yang ketara, antara pencipta (pengarang) karya sastera dengan pengkritik (dikenali juga sebagai kritikus atau kritikawan) sastera, wujud situasi yang tidak seimbang, malah semacam wujud jurang. Bagaimanapun, kritikan sastera memiliki tujuan yang pelbagai dalam usaha memajukan kesusasteraan. Kritikan sastera membantu khalayak pembaca memahami sesuatu karya sastera, di samping mentafsirkan dan menilai karya.Penilaian tentang berjaya atau tidak karya sastera harus dibuktikan secara objektif -- di mana dan mengapa karya itu kuat atau gagal. Dengan hujah yang tepat dan konkrit, maka pembaca akan maklum kebaikan atau kekurangan karya itu. Sasaran 50

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

kritikan sastera bukan sahaja pembaca tertentu malah pengarang (lebih-lebih lagi pengarang baru) dan masyarakat/peminat sastera Dengan adanya kritikan sastera, maka terhindar jurang pemisah antara teks sastera dengan pembaca, atau antara penikmat sastera dengan pengarang.Kesemua ini berfungsi mengelakkan kerancuan dan memungkinkan karya sastera lebih mudah dimasyarakatkan.Jelaslah, betapa kritikan sastera amat diperlukan dan mempunyai signifikan bagi menentukan kelangsungan jalur perkembangan sastera

Untuk lebih terperinci, Hashim Awang (1984: 80) menyenaraikan sembilan fungsi kritikan sastera seperti yang berikut ini: 1. Menyumbang dan mengembangkan pengetahuan. 2. Memberi bantuan besar kepada pembaca menikmati karya sastera dengan menerangkan tentang teks sastera dan pengarangnya dengan jelas. 3. Membezakan antara teks sastera yang baik dengan teks sastera yang tidak baik. 4. Menolong pengarang mendidik masyarakat setelah pengarang mengetahui kegemaran dan kemahuan pembaca, iaitu jenis atau bentuk karya sastera yang mereka minati dan ingin. 5. Memberi keterangan kepada pengarang cara menyesuaikan karya sasteranya dengan pembaca . 6. Memberi perangsang di samping mendidik orang ramai supaya giat membaca. 7. Menghapuskan prasangka buruk terhadap karya sastera dan juga kesusasteraan. 8. Memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat membaca. 9. Memperbetul salah faham yang timbul antara pengarang dengan pembaca dan menjadi seperti pihak yang menyelesaikan masalah.

51

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Untuk lebih memahami fungsi atau matlamat kritikan sastera itu, dapat kita telusuri beberapa buah buku yang berkaitan: Novel-novel Malaysia dalam Kritikan (DBP: 1982) selenggaraan Hamzah Hamdani, termuat 28 tulisan kritikan sastera, menganalisis, mentafsir dan menilai novel Melayu yang terpenting dengan menelitinya daripada multiaspek dan memanfaatkan multipendekatan antara lainnya seperti formalistik, sosiologi, psikologi, tipainduk, dan perlembagaan.

Riak dan Gelombang Sastera Melayu:Kumpulan Esei/Kritikan Ramli Isin (DBP: 1987) selenggaraan Othman Puteh yang memuatkan enam kritikan sastera yang dilihat daripada perspektif sosiologi terhadap antologi cerpen Destini, novel Ombak Bukan Biru, Seluang Menodak Baung dan puisi Warna Maya. Penciptaan dan Kemanusiaan dalam Cerpen dan Novel (PFB: 1998) karya Hashim Awang yang membicarakan karya Shaharom Hussain, Abdullah Hussain, A. Samad Ismail, Arena Wati, dan Usman Awang daripada pelbagai aspek dan pendekatan. Pengisian Dunia Sastera (DBP: 1995) oleh Othman Puteh yang menelaah genre cerpen dan novel, antaranya Langit Petang A. Samad Said, Saga dan Warisan karya Abdul Talib Mohd. Hassan, Warna Sebuah Lembah karya Osman Ayub, Empangan karya Zakaria Ali, TikusRahmat karya Hassan Ibrahim, dan Perlumbaan Kedua karya Marwilis Haji Yusoff. Secara tidak formal dikatakan kritikan sastera bermula pada tahun 1930-an.Menurut kajian Hashim Awang (1988: 102-103) ini tahap pertama bagi mengisi era dari tahun 1930-an hingga tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, dikenal sebagai Era Sebelum Perang Dunia II. Pada era ini, kritikan sastera dikatakan baru membentuk tradisinya sejajar dengan perkembangan cerpen yang pesat dalam media cetak. Sesuai dengan bentuknya yang baru lahir dan terlaksana tidak secara serius, maka kritikan itu dipenuhi penilaian yang dangkal, agak emosional (tanpa pendekatan yang tertentu), dan agak subjektif.Antara tulisan kritikan sastera itu ialah "Tun Seri Lanang dan Munsyi Abdullah" oleh 52

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Keris Melayu (MajalahGuru, 1 Julai 1935); "Kita dengan Munsyi Abdullah," oleh Mohd. Yusof Ahmad (Majlis, 22 Ogos 1935) dan "Anak Negeri dengan Musnyi Abdullah" oleh Kabha (Majlis, 2 September 1935).

2.0 Unsur-unsur intrinsik dalam karya kesusasteraan, kefahaman teks komponen sastera, KOMSAS dan pelaksanaannya di sekolah menengah, rujukan yang sesuai dan penutup.

2.1

UNSUR-UNSUR INTRINSIK DALAM KESUSASTERAAN Unsur-unsur intrinsik adalah unsur-unsur pembangun karya sastera yang dapat ditemui di

dalam teks karya sastera itu sendiri. Sedangkan yang dimaksudkan dengananalisis intrinsik adalah cuba memahami suatu karya sastera berdasarkan informasi-informasi yang dapat ditemui di dalam karya sastera tersebut atau secara eksplisit terdapat dalam sesebuah karya sastera. Hal ini berdasarkan kepada pandangan bahwa suatu karya sastera mencipta dunianya sendiri yang berbeza dari dunia nyata. Segala sesuatu yang terdapat dalam dunia karya sastera merupakan fiksyen yang tidak berhubungan dengan dunia nyata. Secara umumnya unsur intrinsik terdiri dari : i.

Tema dan persoalan

ii.

Struktur cereka

Ii

Pot

Iv

Watak dan perwatakan

v.

Latar 53

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

vi

Sudut pandangan

vii.

Stail

viii. Bahasa ix.

Puisi

Tema dan Persoalan Berbagai-bagai definisi tema dikemukakan. Pokok persoalan atau makna yang terpenting di dalam karya adalah di antara pengertian yang sangat popular. Bagaimanapun tema ialah pusat penceritaan. Tema juga jawapan kepada aspirasi dan hasrat si pengarang. Kadang-kadang tema muncul secara jelas, tetapi ada masanya ia tersembunyi dalam cerita.

Tema sangat dekat dengan premis. Maksud premis di sini adalah pemikiran atau motivasi yang berada di belakang penciptaan, seperti tubuh badan manusia, yang menjadi premis tubuhnya ialah tulang belakangnya. Jadi, tulang belakang kepada karya ialah premis. Ada sesuatu pemikiran, desakan, sandaran, falsafah atau apa sahaja yang mendorong sesebuah karya itu diciptakan.

Tema mempuyai dua bahagian iaitu tema besar dan tema kecil. Tema besar ialah yang pusat penceritaan dan tema kecil atau sampingan ialah persoalan-persoalan yang berlaku yang turut membantu menguatkan tema besarnya. Ada juga yang berpendapat, sebuah novel itu banyak mengandungi persoalan. Misalnya dalam Novel SAGA ini mengandungi empat persoalan iaitu perjuangan, pengorbanan, cinta dan pembangunan.

54

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Tema ada hubungannya dengan soal mesej dan falsafah. Setiap novel harus ada keduakeduanya sekali, sekurang-kurangnya pemikiran. Yang dimaksudkan dengan mesej ialah perutusan, ajaran, amanat atau apa juga penyampaian buah fikiran yang bersifat positif. Ia mempunyai kaitan dengan aspek moral dan didaktisme . Setelah membaca sesebuah novel, akhirnya kita akan terasa pengalaman-pengalaman yang disampaikan sama ada melalui watak, dialog dan sebagai adasesuatu yang telah disampaikan oleh novelis.

Struktur Cereka Sehubungan itu, Hashim Awang mendenisikan struktur sebagai penyusunan daripada pelbagai elemen di dalam sesebuah cereka sehingga berhasil melahirkan kesan keindahan seni. Beberapa elemen dalaman yang dimaksudkan itu ialah plot, perwatakan, latar, sudut pandangan, stail dan gaya bahasa. Kesemua elemen-elemen penting itu perlu disusun serapi mungkin untuk melahirkan karya yang tinggi nilai seninya. Oleh itu, ketika struktur masih berada pada tahap perancangan, pengarang terlebih dahulu memilih atau merangka persoalan pokok yang hendak diolahnya.

Plot Plot ialah rentetan peristiwa yang sambung-sinambung atas dasar sebab musabab. Tegasnya ialah jalan cerita. Perkembangan cerita dari awal hingga ke akhir di mana di dalamnya berbagai-bagai unsur seperti konflik, ironi, kejutan, suspen, ketergantungan, tensyen, dilemma dan sebagainya yang menjadikan karya itu menarik adalah unsur-unsur plot dalam novel. Kadang-kadang ada masanya, plot sangat dikaitkan dengan konflik, konflik sama seperti di dalam drama dijadikan elemen penting yang bakal menegang dan mengukuhkan pergerakan cerita.

55

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Novel yang besar ia mengandungi satu jalur besar dan dibantu oleh beberapa jalur yang lain. Ertinya ada suatu peristiwa besar di samping wujud peristiwa-peristiwa lain yang menguatkan cerita besar. Istilah untuk itu dinamakan sebagai plot utama atau plot pokok dan plot sampingan atau anak plot.

Watak dan Perwatakan Perwatakkan ialah orang-orang atau pelaku-pelaku yang menggerakkan plot. Ia disebut juga tokoh. Wataklah yang beraksi, bercakap, bertindak, berfikir, berkonflik dan menggerakkan perjalanan sesebuah novel. Ia terdiri daripada watak utama atau protagonist atau watak bulat yang mengalami perubahan dan perkembangan. Watak yang menentang watak protagonist disebut antagonis, ada masanya antagonis tidak manusia, boleh jadi anasir alam atau pemikiran.

Watak yang baik adalah menggambarkan kegiatan manusia. Watak itu bulat, penuh dan manyakinkan. Apa yang dilakukannya adalah besesuaian dengan manusia, tindakan dan gerakannya adalah dalam lingkungan kemanusiaan. Dan jika ia menjadi manusia luar biasa, telah diterangkan atau disediakan unsur-unsur bagaimana ia boleh menjadi luar biasa. Bagaimanapun suatu hal yang penting, watak dalam novel adalah manusia konkrit, manusia yang boleh ditemui sehari-hari, ia berfikir seperti orang lain berfikir dan bukanlah manusia yang aneh atau superman.

Bagaimanapun sebagai unsur fiksyen, imaginasi dan khayalan novelis haruslah dimasukkan ke dalam perwatakan. Jika tidak watak itu akan kering perwatakannya. Watak-watak itu juga akan bergerak cergas, sesuai dengan peranannya sebagai watak dinamis, ia akan mengalami dan 56

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

menempuh berbagai peristiwa. Di samping watak yang giat, kita akan dapati pula watak tambahan, watak statik dan watak-watak yang muncul untuk menyokong dan mengukuhkan watak dinamik itu.

Latar Tempat dan Latar Masa Latar dalam novel dimaksudkan ialah latar belakang bagi tempat dan masa. Tegasnya, penelitian dari aspek latar ini untuk memperlihatkan sesuatu peristiwa yang terjadi dalam novel itu tidak berlaku dalam suatu keadaan yang kekosongan: kosong dari segi tempat dan masa. Seperti dalam setiap novel, pengarangnya selalunya menggunakan latar tempat yang wujud di dunia sebagai contoh dalam Novel SAGA, pengarangnya menggunakan tempat Kampung Batu Ragi dan latar-latar tempat yang terkandung dalam kawasan Kampung tersebut. Tetapi ada juga setengah pengarang menggunakan latar tempat illusi iaitu tempat yang hanya direka-reka.

Latar masa pula berkaitan dengan bilakah berlakunya sesuatu peristiwa tersebut sebagai contoh siang, malam, pagi, petang, selepas isyak dan lain-lain lagi.

Sudut Pandangan Ianya ialah suatu unsur struktur yang penting. Kewujudannya dapat menjelaskan siapa yang mengisahkan sesuatu cerita, menjadi pusat pengisahan dan berhubung rapat dengan watak. Secara umumnya, sudut pandangan terbahagi kepada tiga kategori, iaitu sudut pandangan orang pertama, sudut pandangan orang ketiga dan sudut pandangan aliran kesedaran. Sudut pandangan 57

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

orang pertama ialah pengemukaan cerita oleh salah seorang watak atau oleh pengarang sendiri. Pengarang mungkin turut terlibat atau meresapkan dirinya ke dalam salah satu watak yang mengisahkan cerita. Pengarang berselindung di sebalik watak itu. Kata ganti nama yang biasa digunakan ialah aku atau µsaya. Dalambentuk yang pertama, pencerita ialah watak utama atau pengarang sendiri. Watak utama menggunakan kata ganti nama aku. Pengarang menggunakan kata ganti nama saya. Dalambentuk yang kedua, pengarang meresapkan dirinya di dalam watak sampingan untuk menceritakan apa yang dilihat dan didengarnya sahaja secara lurus dan benar. Manakala dalam bentuk yang ketiga, pencerita mengisahkan apa-apa yang dilihatnya sahaja tanpa memberi sebarang reaksi kepada apa-apa yang dilihatnya itu.

Dalam sudut pandangan orang ketiga, pengarang berada di luar cerita. Kata ganti nama yang digunakan ialah µdia¶ dan µmereka¶. Pencerita tidak terlibat dalam cerita dan namanya pun tidak diberikan.

Stail atau gaya Ianya membawa maksud cara yang digunakan oleh pengarang untuk mengemukakan kisahnya berdasarkan sesuatu tema yang menjadi pemikirannya dan mengungkapkan kembali cerita itu dengan menggunakan media bahasa. Berlainan dengan teknik, stail memberi perhatian khusus kepada jalinan cerita yang berdasarkan: (i)

Diksi

(ii)

(ii) Imej

(iii)

(iii) Imejan. Stail merupakan penyataan identiti kepengarangan seseorang dan cara mempersembahkan

idea. Dengan demikian, plot berhubung rapat dengan stail yang merupakan gaulan antara idea

58

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

yang ingin diketengahkan dengan kata-kata untuk melahirkan karya yang mencapai kesatuan, yakni bertepatan dengan penyataan sikap pengarang dan sesuatu penceritaan.

Gaya Bahasa Gaya bahasa bermaksud pemindahan semua unsur bahasa yang dimiliki pengarang untuk menerang semua idea dan pemikirannya tentang persoalan dan permasalahan yang menjadi renungannya. Aspek bahasa yang penting ialah pemilihan kata, penyusunan ayat, bahasa kiasan, perlambangan dan sebagainya.

Puisi Puisi bukan naratif mempunyai unsur tersendiri yang berbeza dengan prosa dan puisi naratif. Antaranya ialah rima, jeda dan irama. Kesemua unsur ini mempunyai fungsi. Rima Rima ialah skema bunyi di dalam baris-baris puisi. Rima akhir baris ialah susunan bunyi tertentu pada akhir setiap baris bagi serangkap puisi.Rima akhir

2.2

Kefahaman Teks Komponen Ssatera (KOMSAS) Komsas ialah akronim bagi perkataan-perkataan ‘komponen’ dan ‘kesusasteraan Melayu’.

Komsas ialah komponen penting dalam subjek Bahasa Melayu. Bagi pengajaran dan pembelajaran komsas dalam subjek Bahasa Melayu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan I hingga V pascatahun 2003 telah memperuntukkan dua waktu dalam seminggu. Sebelum Komsas dilaksanakan, pelajar sudah didedahkan dengan unsur atau bahan sastera dalam pendidikan bahasa. Namun keberkesanannya dalam aspek penghayatan nilai tidak 59

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

membanggakan. Hal

demikian, pengajaran dan pembelajaran menjurus kepada aspek input

bahasa semata-semata. Aspek nilai estetik, keindahan bahasa, dan sosio budaya yang tergarap dalam karya yang digunakan itu tidak diberikan tumpuan. Sebaliknya, melalui Komsas, aspekaspek tersebut diberikan penekanan di samping untuk meningkatkan keupayaan pelajar berbahasa. Dalam pengajaran Bahasa Melayu. KOMSAS telah dimasukkan di dalam hasil pembelajaran

estetik.

Secara

umumnya

diharapkan

melalui

pengajaran

ini

dapat

mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa.Terdapat senarai karya yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Gerne sastera yang dimaksudkan adalah novel, cerpen, drama, sajak, puisi tradisional dan prosa tradisional.

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa bahasa dan sastera tidak dapat dipisahkan kerana kedua-dua aspek ini lahir daripada sosio budaya masyarakatnya. Tumpuan kepada pembelajaran bahasa semata-mata tidak memadai kerana pelajar mungkin dapat menguasai bahasa dengan baik dari aspek tatabahasanya, tetapi dalam aspek keindahan bahasa, diksi, daya intelek, daya kreatif dan seumpamanya dapat dikuasai melalui ilmu sastera. Atas dasar itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah tidak memisahkan pengajaran dan pembelajaran bahasa dan sastera. Hal ini harus disedari bukan sahaja oleh guru, tetapi juga oleh pelajar bagi mengikis sikap penguasaan ilmu bahasa dan sastera hanya untuk peperiksaan. Tetapi sebaliknya, penguasan ilmu bahasa dan sastera untuk membina dan meningkatkan jati diri pelajar. Hal ini jelas tergambar dalam matlamat pengajaran Komsas

2.3

KOMSAS dan Pelaksanaannya Di Sekolah Menengah Selaras dengan itu juga, Komponen Sastera (KOMSAS) telah diperkenalkan pada tahun

2000 dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu telah melengkapkan program pendidikan Bahasa 60

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Melayu yang merupakan bahasa pengantar dan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat pendidikan kebangsaan. Berdasarkan aspek kemahiran atau hasil pembelajaran yang harus diperoleh dalam pembelajaran Bahasa Melayu iaitu aspek kemahiran maklumat, interpersonal dan estetik, bahan sastera didapati sesuai digunakan untuk pengajaran aspek kemahiran bahasa yang meliputi mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Bahan sastera yang digunakan dalam pendidikan Bahasa Melayu KBSM ini juga dapat mengayakan dan mengukuhkan bahasa pelajar, di samping menimbulkan kesedaran pelajar terhadap unsur nilai kemanusiaan secara menyeluruh melalui pembacaan bahan dan hasil kesusasteraan. Oleh yang demikian, dalam usaha menjadikan Bahasa Melayu sebagai antara mata pelajaran yang penting dalam mencapai matlamat FPK, pemilihan bahan yang sesuai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah perlu agar pelajar dapat dibentuk sempurna dalam semua segi dan mampu keluar sebagai seorang individu yang mampu menongkah arus globalisasi apabila berada dalam pasaran kerja kelak.

Menurut Napie Mat dan Noraini Abdullah (1988), penggunaan bahan sastera yang penuh dengan ilmu pengetahuan dan keindahan dari segi persembahan dan bahasanya bukan sahaja dapat memperkaya para relajar dengan ilmu pengetahuan tentang hal-hal kemasyarakatan dan kebudayaan, tetapi juga dapat menolong mengembangkan daya pemikiran pelajar ke tahap yang kritis dan analitis. Bidang Estetik dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (semakan 2003), berfokus pada keupayaan murid menguasai aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Bidang estetik juga mementingkan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan, membuat apresiasi dan penghayatan. Hasil pembelajaran yang perlu dikuasai dalam bidang ini ialah memahami, menguasai dan menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.

61

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Kesimpulan Sastera Melayu hari ini memerlukan anjakan paradigma terutama sekali diperingkat tingginya khususnya di IPTA. Sastera Melayu harus, malah wajib dinobatkan sebagai matapelajaran yang canggih. Hari ini masyarakat kagum dengan matapelajaran sains, teknologi, ekonomidan matematik, tetapi tidak kagum dengan sastera disebabkan sastera masih berlegarlegar dalam bentuk kajian deskriptif dan analisisnya masih terikat kuat dengan teori struktur, khususnya disekolah menengah. Dalam usaha menghidupkan kembali minat masyarakat kepada kesusasteraan, sokongan daripada semua pihak sangat diperlukan agar usaha ini lebihberhasil.Dalam hal ini, kepakaran dalam bidang teknologi juga diperlukan.Bersesuaian dengan eraTeknologi maklumat (IT), pengajian kesusasteraan perlu dilengkapkan dengan kursusTeknologi khususnya teknologi komputer memandangkan graduanGraduan yangMemperoleh pekerjaan yang baik terdiri daripada mereka yang mempunyai kemahiran IT Dan komunikasi. Secara kesimpulannya, suatu falsafah, perancangan, kaedah atau pendekatan yang betapa unggul puntidak akan memberikan hasil sekiranya tiada siapa pun memperdulikan kedudukan 62

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

sastera di tanah air kita sendiri. Dalam pada itu, Kementerian Pelajaran Malaysia memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya selain daripada kerjasama pihak sekolah dan masyarakat dan tokoh-tokoh serta karyawan sastera tanah air.

BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Rukaini, Sejarah Melayu- Ulasan dan Kajian STPM, Kuala Lumpur: Amal Enterprise., 1994. Abu Hassan Sham, Perbandingan Sejarah Melayu Dengan Hikayat Hang Tuah, Kuala Lumpur Masa Enterprise., 1994.

Abdul Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Ali Ahmad, Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka., 1987.

63

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Ahmad Kamal Abdullah, Mohd Thani Ahmad, Sofian Hussain, Suhaimi Hj. Muhamad (Penyelenggara).1988. Glosari Istilah Kesusasteraan,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Ali Ahmad. 1997, Pengantar Kesusasteraan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Had Salleh. Okt. 1990. Sastera dalam Pendidikan. Dewan Sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1992).Teknik Pengajaran Bahasa Malaysia II KBSM,Kuala Lumpur:Zizi Press sdn.Bhd.

Hamid Abdullah, "Karya Ali Haji Sebagai Sumber Sejarah", dlm Jazamuddin Baharuddin (Penyelenggara, Sastera dan Sasterawan, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia., 1980.

Hashim Awang. 1998.Kritikan Kesusasteraan, Teori dalam Penulisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Harun Jaafar.(2004). Ikhtisar Kebudayaan dan budaya prosa Melayu Klasik. Hasyim Awang, Kesusasteraan Melayu Dalam Krritikan dan Sejarah, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd., 1984. Ishak Ramly. (2003). Teknik Mengajar Sastera. Bentong: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd. Kamaruddin Sulaiman. Feb. 2004. Penggunaan Prosa Klasik dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Dewan Bahasa.Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Komponen Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah Anak Laut,Tingkatan Empat Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka ; Aspirasi Teras Sdn.Bhd Lim Swee Tin,Safiah Abdul Hamid,Selina S.F.Lee (2000).Analisis Komprehensif Anak Laut Tingkatan Empat Kuala Lumpur: Percetakan Rina Sdn.Bhd. 64

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Mohamad Daud Mohammad (Penyelenggara), Tokoh-Tokoh Sastera Melayu Klasik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka., 1987. Mohd Taib Osman, Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997. Muhammad Yusoff Hashim, Persejarahan Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn Bhd., 1888. Naffi Mat. (2006). Teknik Mengajar KOMSAS. Kuala Lumpur: PTS Profesional. Naapie Mat. Okt. 2003. Proses Pengajaran dalam Komponen Sastera, Pelita Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Shellabear, W.G, (Penyelenggara) Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd., 1983. Shaharuddin bin Abdullah, "Nilai-Nilai Wira Feudal dan Pengaruhnya dalam Sejarah", dlm Kesusasteraan Melayu, Mitos dan Realiti, Esei/Kritikan Hadiah Sastera Malaysia 1988/ 1989, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka., 1994.

Virginia Matheson,(ed),Tuhfat Al Nafis, ................. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. http://jurnal/peradabanipm.blogspot.com/2008/08jurnal-peradaban-melayu-04.html. http://www.pnm.my/yangpertama/Tokoh_Sasterawan1.htm

65

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF