February 28, 2017 | Author: Ilyana Hani | Category: N/A
HALANGAN KOMUNIKASI
http://www.scribd.com/doc/2525408/halangan-komunikasi HALANGAN KOMUNIKASI
1. Perbezaan latarbelakang dan pengalaman 2. Repons yang merencatkan hubungan Contoh : mengutuk, mengancam, mengarah, mengejek, mengelak…… 3. Prejudis/prasangka Contoh : memberi label tertentu 4. Komunikasi lisan dan bukan lisan yang bercanggah Contoh : cakap tak serupa bikin 5. Tidak mendengar dengan baik 6. Faktor situasi Contoh : bising, panas, emosional
http://www.scribd.com/doc/19188764/halangan-komunikasi-berkesan HALANGAN DALAM KOMUNIKASI BERKESAN DAN KAEDAH MENGATASINYA. Sejak dilahirkan manusia mempelajari cara-cara untuk berkomunikasi dengan persekitarannya. Pelbagai cara digunakan bagi memastikan proses komunikasi dapat dilakukan. Komunikasi adalah proses dimana manusia menghantar dan menerima mesej, proses dimana manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea, maklumat dan perasaan, proses interaksi antara manusia , dimana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol, dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental mereka. Menurut Howard H. Dean, komunikasi adalah pelbagai cara untuk menyampaikan fikiran dan perasaan kepada khalayak ramai dan juga penerimaan fikiran dan perasaan dari orang lain.Satu proses untuk menyampaikan dan menerima idea-idea dan perasaan dengan tujuan untuk menukar perilaku orang ramai (Everett M. Rogers). Komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat atau pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut supaya bahan yang dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat(Sillars ). Komunikasi adalah kata-kata yang mempunyai kuasa „magic‟ atau sakti. Ia boleh membawa kegembiraan yang agung atau keputusan yang mendalam. Ia berupaya menimbulkan emosi yang mendalam dan menggerakkan tindakan manusia. (Sigmund Freud). Terdapat tiga elemen komunikasi iaitu penghantar, penerima dan saluran atau medium. Komunikasi berkesan apabila mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima, makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima, perubahan yang berlaku (sekiranya dikehendaki) akibat mesej adalah seperti perubahan yang dikehendaki pengguna dan mesej yang disampaikan mempunyai unsur kos-efektif. Selain itu, komunikasi dikatakan berkesan apabila dapat menimbulkan minat orang yang mendengar.
Beberapa kemahiran dalam komunikasi adalah seperti kemahiran menimbulkan minat orang, melibatkan pendengar, menghiburkan, mengenalpasti keistimewaan orang lain, membawa topik perbualan yang anda mahir. Manakala kemahiran bagi seorang pendengar pula adalah kemahiran memberi perhatian, mendengar dengan aktif, tumpu sepenuh perhatian dengan pertembungan mata, duduk ke hadapan sedikit menghadap orang yang bercakap, memberi maklumbalas lisan/bukan lisan yang positif dan bertanya soalan untuk penjelasan. Selain itu pendengar perlu memberi peluang orang lain bercakap, pertembungan mata yang wajar, sentiasa sabar, tidak menyampuk, berfikiran terbuka dan mengenalpasti maklumat bukan lisan seperti mimik muka, air muka, pertembungan mata, gambaran perasaan dari suara dan nada suara, gaya duduk atau berdiri
Halangan Komunikasi Berkesan Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan komunikasi tersebut kurang berkesan. Antaranya adalah pemahaman yang berbeza, maklumat yang tidak mencukupi, semantik - perkataan yang berlapis/ berbagai makna (selalunya kiasan), punca yang diragukan (gosip), keadaan sekeliling yang tidak sesuai seperti bising dan sebagainya, leka memikirkan sesuatu, sekatan emosi (tidak mampu meluahkan apa yang difikirkan), kejadian yang baru berlaku (trauma), kurang minat dan prasangka. Kesemua halangan ini boleh dikelaskan kepada 5 katogori iaitu halangan fizikal, halangan bahasa, halangan sikap penghantar, halangan sikap penerima dan halangan alam sekitar. Halangan fizikal Halangan fizikal merupakan satu jenis halangan yang melibatkan kedua-dua belah pihak. Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan penerima dari sudut pendidikan, latar belakang, pemahaman, tahap intelektual dan sebagainya merupakan halangan yang sangat ketara dalam komikasi. Ada orang yang biasa menggunakan cara komunikasi yang agak kasar dan ada juga yang lemah lembut. Justeru ianya menjadi halangan fizikal yang ketara apabila kedua-dua golongan ini berkomunikasi. Ada juga individu yang kurang kemahiran komunikasi sejak kecil.
Halangan Bahasa Perbezaan asal usul dan keturunan menyebabkan bahasa menjadi salah satu halangan komunikasi berkesan. Penggunaan dialek yang kurang jelas, laras bahasa yang berbeza, panjang ayat yang digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran perkataan yang digunakan dan nada suara. Kadang kala penggunaan bahasa yang tidak jelas seperti menggunakan perkataan yang susah disebut dan difahami juga menjadi penyebab maklumat yang ingin disampaikan tidak tepat. Sesuatu perkataan mungkin membawa erti yang berbeza antara individu dengan individu yang lain Halangan Sikap Penghantar Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah, mengancam, memberi amaran dan menghakimi menyebabkan kesan kepada penerima dimana mereka akan menjadi pasif, tidak kreatif, takut dan terkongkong. Ini juga menjadi halangan yang besar kerana komunikasi akan didorong dengan emosi dan pemikiran yang negative. Penampilan orang yang ingin menyampaikan sesuatu juga dilihat sangat penting dalam memberi keyakinan penerima untuk mendengar apa yang ingin disampaikan. Sikap penghantar yang kerap menasihat atau menyiasat dan bertanya secara terperinci akan menjadikan penerima merasa tidak selesa dan seolah-olah telah melakukan kesalahan yang besar. Ini juga akan menjadi penghalang kepada komunikasi Halangan Sikap Penerima Sikap prejudis, konflik antara penerima dan pengirim, persepsi terhadap mesej yang hendak disampaikan. Ada penerima yang telah mengetahui maklumat yang ingin disampaikan oleh penghantar akan menganggap komunikasi itu membosankan dan mula memberi perhatian terhadap perkara lain. Sesetengah penerima tidak dapat menerima maklumat baru kerana menganggapnya tidak perlu. Manusia mendengar dan melihat apa yang mereka mahu dengar dan lihat sahaja. Pekerja yang sering ditegur tentang kerja, sesuatu hari mendapat pujian tentang kerja akan sukar mempercayai apa yang didengar
dan menganggap ada mesej yang tersirat. Sekiranya kenyataan atau maklumat yang diterima bercanggah dengan apa yang disangka lebih awal akan menghalang individu untuk terus mendengar dan menerima mesej
Halangan Alam Sekitar Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap atau kotor turut mempengaruhi keberkesan satu proses komunikasi. Dalam situasi ini manusia akan mudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga yang ingin disampaikan. Komunikasi tidak akan dapat mencapai matlamatnya dalam keadaan persekitaran yang tegang. Alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang kepada gangguan yang jelas dalam komunikasi misalnya sewaktu rebut petit dan banjir. Proses kominikasi sering terjejas kerana medium yang menghantar maklumat terputus atau terjejas akibat bencana alam. Halangan alam sekitar berkait rapat dengan masalah persekitaran yang menyebabkan proses komunikasi tidak efektif. Mengatasi halangan komunikasi • Faham • Jadi pendengar yang baik • Teliti maklumat • Galakkan orang lain memberi pendapat • Hargai pendapat dan maklumat orang lain • Bersemuka • Bahasa yang sesuai • Beri maklumbalas • Cari masa yang sesuai Gunakan „subconscious mind‟ anda
• Berhenti bercakap semasa penyampai maklumat sedang bercakap • Beri tumpuan kepada penyampai • Tunjukkan anda minat mendengar • Bersabar • Kawal perasaan • Bertanya dengan jelas dan tepat Setiap perkataan yang diucapkan hendaklah selari/sejajar dengan pergerakan anggota badan, memek muka dan gerak mata. • Jujur kepada diri sendiri - Jika tidak faham,terus terang dengan pelanggan • Sentiasa kemas • Wujud suasana mesra • Kawal perilaku, kesopanan dan kehalusan budi pekerti • Gunakan perkataan tepat , ringkas dan tekanan suara yang lembut dan jelas • Mengawal mimik muka dan pergerakan diri • Bersedia untuk berkhidmat dan beri kerjasama • Cuba fahami masalah orang lain • Elak perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang • Sentiasa insaf dan berfikiran terbuka • Amal “seni” percakapan (The art of Talking) - “Volume” - Tekanan Suara - Alunan Suara - Kecepatan
http://angrianiworld.com/ubk/index.php?option=com_content&task=view&id=77&Itemid=70 Halangan Komunikasi Written by Angriani Halangan komunikasi berlaku akibat daripada perbezaan latar belakang, kepercayaan nilai & sebagainya. Punca Halangan Komunikasi : 1.
Salah faham interpretasi bahasa badan dalam persekitaran silang budaya.
2.
Sematik
3.
Perkataan berbeza pengertian jikalau terdapat perbezaan bahasa. Cth: Perkataan “Hai” bagi orang Jepun bermaksud “Ya” tetapi erti tambahan mungkin “ya saya bersetuju”.
Perbezaan Nada Suara
5.
Kata-kata atau perkataan yang mempunyai makna yang berbeza-beza terhadap sesuatu perkara bagi orang yang berlainan budaya. Setengah-setengah perkataan mempunyai maksud yang berbeza kepada individu yang berbeza budaya. Maksudnya positif pada setengah budaya namun pada masa yang sama negatif kepada pengamal budaya yang lain. Cth : Bahasa melayu “Lawa” : cantik - Bahasa Sarawak “Lawa” : sombong
Konotasi Perkataan
4.
Bahasa badan atau isyarat anggota badan merupakan bahasa yang tidak mengeluarkan bunyi atau tindakan yang tidak mengeluarkan perkataan atau suara. Cth: Sentuhan, memek muka, cara berpakaian warna merupakan sesuatu yang simbolik & mempunyai perbezaan makna di kalangan berbagai budaya.
Bagi sesetengah budaya nada bertukar mengikut situasi. Cth : Status yang merujuk kepada tahap seseorang dalam organisasi. Simbol status ialah seperti mempunyai pemandu peribadi. Berkait rapat dengan jawatan yang mencerminkan kedudukan.
Emosi & sikap
Merupakan tindakbalas yang berasaskan perasaan yang mempengaruhi tindakan individu. Cth : Orang yang marah, pendiam tetapi menyimpan kemarahannya, orang yang bermulut
murai, orang yang kurang sopan, sentiasa mendesak lain-lain. Langkah-langkah mengatasi halangan komunikasi 1.
Permudahkan bahasa yang digunakan
2.
Dengar dengan aktif
3.
Mengaku bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara yang tidak diingini Memohon maaf ke atas kesilapan yang dilakukan.
Jangan Membuat Serangan Peribadi
8.
Mengkritik kerja orang lain kecuali anda menberi cadangan yang praktikal bagaimana hendak memperbaikinya
Bersedia Bertanggungjawab
7.
Contoh : Ekspresi wajah dapat menerangkan erti maklumat yang ingin disampaikan
Jangan mengkritik
6.
Semasa berkomunikasi, emosi negatif boleh menjejaskan isi kandungan maklumat.
Gunakan tanda-tanda bukan lisan terutama pada bahagian penting maklumat.
5.
Kedua-dua pihak perlu menjadi pendengar yang berkesan Kurangkan gangguan bunyi.
Kawal emosi negatif
4.
Pilih perkataan & bahasa yang senang difahami oleh penerima maklumat.
Mengumpat seseorang dibelakangnya
Elak daripada wujudnya klick
Mereka merasakan mereka yang lebih penting & pihak lain perlu diperlekehkan.
http://www.mail-archive.com/
[email protected]/msg03528.html 7 Halangan Komunikasi Komunikasi sering dikatakan sebagai masalah utama dalam suatu hubungan. Jika dua orang memahaminya, dan berusaha untuk memiliki komunikasi yang baik, tetapi bagaimana mereka masih memiliki masalah? Alasannya, banyak faktor yang tidak diketahui menyebabkan hubungan mengalami kematian diantaranya: Bahasa Jika Anda dan pasangan Anda berbicara dengan bahasa yang berbeda, ada banyak salah pengertian semanti yang tidak jelas. Jika Anda merasa Anda tidak mengerti, sisihkan waktu untuk menjelaskan apa yang Anda coba untuk bicarakan. Budaya Hanya karena Anda tumbuh dengan filosofi sesuatu, tidak menjamin pasangan Anda melakukan hal yang sama. Jangan asumsikan apa yang pasangan Anda pikirkan atau rasakan tentang suatu masaalah. Jika Anda menemukan perbedaan, ambil waktu mengapa mereka memandangnya berbeda. Hormati pilihan mereka dan temukan beberapa dasar umum yang dapat Anda berdua kerjakan. Kejujuran dan kebenaran Halangan utama komunikasi adalah kurangnya kebenaran dan kejujuran. Komunikasi baik dapat dilakukan jika kedua pihak menyadari segala sesuatu yang relevan, jika tidak salah seorang selalu akan terhalangi. Harapan Apa harapan Anda masing-masing? Beraapa kali Anda memiliki tida setuju apa yang masing-masing harapkan dari yang lain? Jika Anda tidak jelas meletakkan apa yang diharapkan dalam peran yang Anda mainkan. Anda akan sering bertemu
dengan ketidasetujuan tersebut. Salah pengertian Ketidaksetujuan berasal dari satu hal, yaitu salah pengertian. Seseorang mengintrpretasikan sesuatu berbeda-beda. Jika Anda berada dalam ketidaksetujuan cari segera mungkin apa yang menjadikan salah pengertian. Pengalaman masa lalu Sebagian besar orang menerapkan filosofi masa lalu sebagai petunjuk. Ini baik jika masa lalu Anda tidak diliputi dengan salah percaya, penyelewengan dan pengalaman negatif lain. Ingat pasangan Anda adalah seseorang yang baru, jangan bandingkan dia dengan pengalaman masa lalu. Orang ke tiga Bagaimana Anda dapat dengan efektif berkomunkasi dengan seseorang jika Anda harus berbicara dengan dua atau lebih orang? Ini adalah masalah seseorang yang menjadi orang ke tiga. Hubungan yang paling sukses terjadi ketika pasangan membuat komitmen kuat untuk tidak membiarkan orang lain memasukan dampak negatif dalam hubungan.
http://www.scribd.com/doc/2525408/halangan-komunikasi
HALANGAN KOMUNIKASI
1. Perbezaan latarbelakang dan pengalaman 2. Repons yang merencatkan hubungan Contoh : mengutuk, mengancam, mengarah, mengejek, mengelak…… 3. Prejudis/prasangka
Contoh : memberi label tertentu 4. Komunikasi lisan dan bukan lisan yang bercanggah Contoh : cakap tak serupa bikin 5. Tidak mendengar dengan baik 6. Faktor situasi Contoh : bising, panas, emosional
\
http://angrianiworld.com/ubk/index.php?option=com_content&task=view&id=77&Itemid= 70
Halangan Komunikasi Written by Angriani Halangan komunikasi berlaku akibat daripada perbezaan latar belakang, kepercayaan nilai & sebagainya. Punca Halangan Komunikasi : 1.
Salah faham interpretasi bahasa badan dalam persekitaran silang budaya.
2.
Sematik
3.
Perkataan berbeza pengertian jikalau terdapat perbezaan bahasa. Cth: Perkataan “Hai” bagi orang Jepun bermaksud “Ya” tetapi erti tambahan mungkin “ya saya bersetuju”.
Perbezaan Nada Suara
5.
Kata-kata atau perkataan yang mempunyai makna yang berbeza-beza terhadap sesuatu perkara bagi orang yang berlainan budaya. Setengah-setengah perkataan mempunyai maksud yang berbeza kepada individu yang berbeza budaya. Maksudnya positif pada setengah budaya namun pada masa yang sama negatif kepada pengamal budaya yang lain. Cth : Bahasa melayu “Lawa” : cantik - Bahasa Sarawak “Lawa” : sombong
Konotasi Perkataan
4.
Bahasa badan atau isyarat anggota badan merupakan bahasa yang tidak mengeluarkan bunyi atau tindakan yang tidak mengeluarkan perkataan atau suara. Cth: Sentuhan, memek muka, cara berpakaian warna merupakan sesuatu yang simbolik & mempunyai perbezaan makna di kalangan berbagai budaya.
Bagi sesetengah budaya nada bertukar mengikut situasi. Cth : Status yang merujuk kepada tahap seseorang dalam organisasi. Simbol status ialah seperti mempunyai pemandu peribadi. Berkait rapat dengan jawatan yang mencerminkan kedudukan.
Emosi & sikap
Merupakan tindakbalas yang berasaskan perasaan yang mempengaruhi tindakan individu.
Cth : Orang yang marah, pendiam tetapi menyimpan kemarahannya, orang yang bermulut murai, orang yang kurang sopan, sentiasa mendesak lain-lain.
Langkah-langkah mengatasi halangan komunikasi 1.
Permudahkan bahasa yang digunakan
2.
Dengar dengan aktif
3.
Mengaku bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara yang tidak diingini Memohon maaf ke atas kesilapan yang dilakukan.
Jangan Membuat Serangan Peribadi
8.
Mengkritik kerja orang lain kecuali anda menberi cadangan yang praktikal bagaimana hendak memperbaikinya
Bersedia Bertanggungjawab
7.
Contoh : Ekspresi wajah dapat menerangkan erti maklumat yang ingin disampaikan
Jangan mengkritik
6.
Semasa berkomunikasi, emosi negatif boleh menjejaskan isi kandungan maklumat.
Gunakan tanda-tanda bukan lisan terutama pada bahagian penting maklumat.
5.
Kedua-dua pihak perlu menjadi pendengar yang berkesan Kurangkan gangguan bunyi.
Kawal emosi negatif
4.
Pilih perkataan & bahasa yang senang difahami oleh penerima maklumat.
Mengumpat seseorang dibelakangnya
Elak daripada wujudnya klick
Mereka merasakan mereka yang lebih penting & pihak lain perlu diperlekehkan.