Guru, Keluarga Dan Komuniti

September 21, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Guru, Keluarga Dan Komuniti...

Description

 

1.0 Penulisan akademik

1.1 Pengenalan Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam PAKK merupakan satu konsep complimentary learning  bagi   bagi membantu mencapai segala keperluan dan kejayaan kanak-kanak (Zulkifli et. al. , 2015). Guru, ibu bapa dan komuniti berperanan utama sebagai rakan kongsi aktif dalam proses membantu dan meningkatkan tahap perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak secara menyeluruh dan seimbang. Proses ini memerlukan pembinaan repo dan hubungan positif antara guru dengan keluarga dan komuniti agar kerjasama dapat diberikan semaksimanya. Ia adalah satu pendekatan terbaik yang mengintegrasikan sekolah dan sokongan bukan sekolah dalam memastikan semua kanak-kanak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk berjaya (Fauziah et. al., 2015).

1.2 Sejarah Sejarah penglibatan ibu bapa di luar negara dapat dilihat melalui Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) seperti Head-Start di di   Amerika Syarikat, Sure-Start di Pen Green  Green  dan Model Reggio Emilia yang digunakan di banyak negara. negara. Ketiga-tiga program ini  ini  mempunyai persamaan iaitu ibu bapa dilibatkan secara aktif dengan program sekolah. Ibu bapa digalakkan untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan program, pengurusan sekolah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak (Zainon & Ahmad, 2008). Lawatan ke rumah juga dilakukan pada hujung minggu untuk berbincang mengenai prestasi perkembangan dan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan pada kanakkanak. Di Malaysia, Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 sehingga 2025 menjadi garis panduan kepada pihak sekolah untuk melibatkan ibu bapa dalam aktiviti yang dianjurkan. Peranan ibu bapa diperluaskan sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan kanak-kanak. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa penglibatan ibu bapa amat ditekankan sejak dari dahulu lagi untuk membina repo dan hubungan positif antara guru dengan ibu bapa dan komuniti.

1

 

1.3 Model Dalam Model Penglibatan NNPS (National ( National Network Of Partnership School ) menggariskan enam elemen utama seperti keibubapaan, komunikasi, kesukarelawan, pembelajaran di rumah, membuat keputusan dan berkolaborasi dengan komuniti. Elemen-elemen tersebut amat bergantung antara satu sama lain. Sebagai contoh, ibu bapa perlu menjadi sukarelawan kepada pihak sekolah dan berkolaborasi dengan komuniti untuk meningkatkan tahap pendidikan kanakkanak. Di rumah pula, ibu bapa berperanan utama untuk membantu kanak-kanak membuat keputusan,

mewujudkan

persekitaran

pembelajaran

di

rumah

dan

mengambil

tahu

perkembangan kanak-kanak melalui komunikasi sekolah ke rumah dan rumah ke sekolah. Hal ini demikian kerana sebahagian besar masa kanak-kanak adalah bersama ibu bapa (Anuar & Norhaidawati, 2016). Oleh itu, elemen-elemen ini amat penting untuk mewujudkan hubungan positif antara guru dengan keluarga dan komuniti.

1.4 Faedah  Antara faedah penglibatan penglibatan guru dengan ibu bapa dan komuniti adalah tahap perkembangan perkembangan kanak-kanak dapat dipertingkatkan secara menyeluruh. Menurut Hountenville (2015), ibu bapa akan memantau pembelajaran kanak-kanak di dalam bilik darjah dan melaksanakan tindakan susulan yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak serta tidak mengharapkan 100% usaha daripada pihak sekolah sahaja. Faedah lain yang dapat diperolehi adalah guru dapat merancang dan melaksanakan P&P yang berkesan, menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak. Ibu bapa digalakkan untuk memberi cadangan idea dan membantu guru menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik dan dapat membentuk pengalaman sebenar kepada kanak-kanak. Menurut Paezah & Faridah (2016), penyediaan BBM yang sesuai dapat meningkatkan kemampuan belajar sendiri dalam kalangan kanak-kanak. Jadinya, perkara ini memerlukan hubungan yang positif antara guru dengan ibu bapa dan komuniti agar kerjasama dan komitmen dapat diberikan sepenuhnya.

1.5 Sekatan penglibatan Dari aspek sekatan penglibatan pula, komunikasi menjadi masalah utama kerana guru tidak berkemahiran mengaplikasikan komunikasi berkesan semasa berbincang dengan ibu bapa. 2

 

Kesannya, ibu bapa tidak dapat memahami hasil perbincangan dengan jelas dan tidak dapat memberikan kerjasama yang baik terhadap program dan aktiviti sekolah yang dianjurkan (Halimah et. al., 2017). Oleh itu, guru digalakkan untuk mengikuti bengkel komunikasi berkesan agar hubungan positif antara guru dengan ibu bapa dapat diperkukuh. Selain komunikasi kurang berkesan, perbezaan latar belakang, kewangan dan sosiobudaya ibu bapa juga menjadi penghalang untuk mewujudkan hubungan positif antara guru dengan ibu bapa. Guru digalakkan mengetahui dan menganalisis latar belakang ibu bapa agar hubungan kemesraan dapat dibina antara guru dengan ibu bapa (Che Hasniza, 2017). Faktor luaran seperti usia guru yang lebih muda dan pengalaman guru yang kurang dalam bidang PAKK turut menjadi sekatan kerana ibu bapa tidak mempercayai kredibiliti guru tersebut.

1.6 Teknik membina perkongsian Teknik membina perkongsian memerlukan hubungan awal antara guru, ibu bapa dan kanakkanak melalui perjumpaan/perbincangan awal bersama ibu bapa. Guru dan ibu bapa perlu menyatakan hasrat dan harapan serta tindakan yang perlu dilaksanakan agar memenuhi keperluan dan perkembangan kanak-kanak. Antara perkongsian yang boleh meningkatkan hubungan antara guru dengan ibu bapa adalah perkongsian pengetahuan, kemahiran, bakat dan pengalaman. Secara umumnya, guru amat memerlukan kepercayaan daripada ibu bapa untuk menggalas tanggungjawabnya sebagai pendidik di sekolah. Ibu bapa juga mengharapkan guru untuk mendidik kanak-kanak dengan pendidikan berkualiti. Tindakan awal yang ibu bapa boleh laksanakan adalah mengurus pengalaman pemisahan kanak-kanak Oleh itu, kedua-dua pihak iaitu guru dan ibu bapa perlulah berkerjasama untuk mencapai hasrat yang diinginkan dan secara tidak langsung, perkara ini memerlukan pembinaan repo dan hubungan positif antara guru dengan ibu bapa.

1.7 Teknik komunikasi Menurut Norzila & Mohd Noor (2018), kemahiran komunikasi yang baik adalah kunci kepada perhubungan yang baik antara guru, ibu bapa dan kanak-kanak. Oleh itu, guru memerlukan medium komunikasi untuk menyampaikan info semasa dan hal penting yang berlaku di sekolah kepada ibu bapa seperti kemalangan dan kecederaan. Antara medium yang boleh digunakan adalah aplikasi Whatsapp, Telegram, Facebook   dan surat rasmi. Ibu bapa perlulah cakna dan 3

 

memberi maklum balas dengan segera terhadap sebarang maklumat yang diterima. Medium ini  juga dapat memberi peluang peluang dan ruang untuk ibu bapa dan guru berkongsi berkongsi pendapat atau idea masing-masing bergantung kepada topik yang mahu dibincangkan dan secara tidak langsung hubungan positif dapat dikekalkan (James Ang, 2015).

1.8 Lawatan ke rumah Lawatan ke rumah iaitu Home Visit bertujuan untuk mendekatkan lagi hubungan antara guru dengan ibu bapa dan komuniti. Guru boleh mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai latar belakang keluarga, tahap sosiobudaya dan persekitaran pembelajaran di rumah apabila melawat ke rumah kanak-kanak. Walaubagaimanapun, guru perlu mendapatkan kelulusan dan persetujuan daripada ibu bapa untuk melaksanakan lawatan ke rumah agar segala isu atau masalah dapat dielakkan. Aspek keselamatan juga perlu dititikberatkan lebih-lebih lagi guru perempuan dan jarak dan lokasi perumahan sekiranya berada di pedalaman. Menurut Nurzaimah et. al, (2012), guru perlulah menjaga kata-kata dan menggunakan komunikasi yang berkesan semasa berbincang dengan ibu bapa agar tidak mengguris hati ibu bapa dengan isuisu sensitif. Masa melawat juga perlu dijaga agar ibu bapa selesa untuk menerima kunjungan guru ke rumah.

1.9 Penutup Secara kesimpulannya, pembinaan repo dan hubungan positif antara guru dengan ibu bapa dan komuniti amat penting untuk melancarkan pengurusan PAKK dan meningkatkan tahap perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Guru perlu mengetahui sejarah dan model penglibatan ibu bapa untuk dijadikan garis panduan. Guru juga perlu sentiasa melibatkan ibu bapa dengan program dan aktiviti PAKK agar wujud kemesraan dan “chemistry”.  

4

 

Rujukan

 Anuar Ahmad Ahmad & Norhaidawat Norhaidawatii Mohd Noor. (2016). Persekitaran Persekitaran Keluarga Dan KesannyaTerhadap Pendidikan Anak-Anak Jalanan Di Chow Kit, Kuala Lumpur. Jurnal Pendidikan,, 20. Pendidikan Che Hasniza Che Noh. (2017). Hubungan Keluarga Dari Aspek Komunikasi Dan Gaya Keibubapaan. Jurnal Bahasa, Bahasa, 4. Fauziah Hanim Jalal, Fairuz 'Ain Harun, Noraini Ismail & Nazariah Abd Samad. (2015). Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Pusat Anak PERMATA Negara. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, Kebangsaan, 3. Halimah Abdul Majid, Eow Yee Leng & Chuah Beng Ean. (2017). Penglibatan Ibu Bapa Dan Komuniti Dalam Memperkasakan Sekolah. Jurnal Pendidikan, Pendidikan, 5. Houtenville, A., & Conway, K. (2015). Parental Effort, School Resouces And Student  Achievement.  Achieve ment. Journal of Human Resources, Resources, 437-453. James Ang Jit Eng . (2015). Pengurusan Darjah: Strategi-Strategi Mewujudkan Komuniti Pmebelajaran Berkesan. Berkesan. Selangor:  Selangor:Bilik PTS Akademia. Norzila Zakaria & Mohd Noor Mamat. (2018). 7 Tip Komunikasi Dengan Kanak-Kanak. Kedah: Kanak-Kanak. Kedah: Universiti Sains Malaysia. Nurzaimah Asalal, Ezarina Zakaria & Haris Abd Wahab. (2012). Tahap Pengetahuan Guru Dan Pelajar Terhadap Intervensi Kerja Sosial Sekolah Dalam Menangani Masalah Sosial Pelajar. Jurnal Pendidikan, Pendidikan, 4-7. Paezah Abd Halim & Faridah Yunus. (2016). Kepentingan Penglibatan Ibu Bapa Dalam Aktiviti Pembelajaran Kanak-Kanak Di Prasekolah. Jurnal Pendidikan, Pendidikan, 9. Zainon binti Omar & Ahmad bin Esa. (2008). Persepsi Guru Terhadap Hubungan Pihak Sekolah Dengan Ibu Bapa. Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB (p. PKPGB  (p. 4). Johor : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Zulkifli Abd. Hamid, Jamilah Othman, Aminah Ahmad & Ismi Arif ismail. (2015). Hubungan  Antara Penglibatan Penglibatan Ibu Bapa Bapa Dan Pencapaian Pencapaian Akademik Akademik Pelajar Pelajar Miskin Di Di Negeri Selangor. Jurnal Pendidikan Islam dan Arab, Arab, 5.

5

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF