Gestational Diabetes Mellitus
August 26, 2017 | Author: ayuni | Category: N/A
Short Description
Download Gestational Diabetes Mellitus...
Description
KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN
______________________________________________________ CASE STUDY KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK MACH 2212
________________________________________________ TAJUK GESTASI DIABETES MELLITUS KETIKA HAMIL
NAMA : NUR AYUNI ATIRAH BINTI HASMAT NO KP : 941130-12-6686 NO MATRIK : BPP2013-7059 AMBILAN : JULAI 2013 SEMESTER : TAHUN 2 SEMESTER 2 PENEMPATAN : KLINIK KESIHATAN TELIPOK
1
Isi Kandungan Bil
Perkara
Muka Surat
1.
Pengenalan
3
2.
Penyataan Masalah
4
3.
Pencarian Literature
5
4.
Penemuan
6
5. 6. 7.
Perbincangan Penyelesaian Rumusan
7 8-9 10
8.
Rujukan
11
PENGENALAN 2
Diabetes mellitus semasa kehamilan ialah diabetes semasa hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus ( GDM ) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak mengetahui dirinya penghidap diabetes tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal. Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat. Keadaan ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan menggangu pengeluaran insulin. Plasenta akan membesar pada trimester kedua dan ketiga dimana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin. Semakin membesar plasenta semakin banyak hormon- hormon ini dihasilkan dan semakin tingg rintangan insulin yang terjadi. Lazimnya, organ pankreas akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Jika gagal maka GDM akan berlaku kepada ibu tersebut. Biasanya ibu akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun ibu tersebut menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes di luar kehamilan.
PENYATAAN MASALAH 3
Sepanjang tempoh klinikal di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Telipok, saya ditempatkan di bilik 5 atau dikenali juga sebagai kawasan C di Pekan Telipok. Semasa melakukan pemeriksaan fizikal am untuk pranatal, saya menemui seorang ibu mengandung yang mempunyai risiko GDM. Butiran Pesakit Aana Binti Ladjah ialah seorang ibu hamil dalam minggu ke 26 dan berumur 46 tahun, beliau mempunyai berat 82.5 kg dan BMI 33.7. Ibu ini mempunyai sejarah melahirkan bayi yang lebih daripada 4 kilogram, pernah menghidapi GDM ketika kehamilan lalu dan mengandung gravida 16. Beliau juga pernah keguguran dua kali apabila mengandung anak ke 7 dan 14. Ibu tersebut mengadu merasa dahaga yang berlebihan, kerap kencing malam dan jumlah air kencing yang berlebihan daripada biasa.
PENCARIAN LITERATURE 4
GDM biasanya dikesan selepas minggu ke 24 kelahiran dan berlaku kepada 1- 14% wanita hamil setiap tahun. ( Dr. Mastura, MyHealth for life, 2012)
Placenta produce the Human Placental Lactogen (HPL) which are resistant towards insulin in body tissue. (David Zieve, Normal and Problem In Pregnancies, 2012)
PENEMUAN 5
Investigasi Bagi mengesahkan samada ibu tersebut menghidap GDM, saya diarahkan untuk merujuk pesakit kepada doktor dan doktor mengarahkan agar ibu tersebut menjalani ujian darah Oral Glucose Tolerance Test ( OGTT ). Ujian ini dilakukan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10 malam sebelumnya. Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum glukosa ( 75 gm glukosa di larutkan dalam 250 ml air ). Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya. Ujian kedua yang diarahkan doktor ialah ujian Hemoglobin A1c dengan mengambil sampel darah ibu dari urat lengan dan mesin khas akan membaca tahap glukos dalam badan. Ujian ketiga ialah ujian Fasting Blood sugar dengan berpuasa makan dan minum selama 8 jam kecuali minum air biasa atau air suam dan ujian ini juga memerlukan darah sebagai spesimen ujian. Ujian keempat ialah Blood Sugar Profile yang hanya memerlukan bebeapa titik darah dari jari dan di masukkan dalam strip kecil untuk dibaca oleh mesin digital. Ujian kelima urin sugar yang memerlukan sampel urin ibu untuk mengesan samada kehadiran glukos dalam urin ada atau tidak. Berikut ialah keputusan ujian bagi Puan Aana: 1. 2. 3. 4. 5.
MOGTT- 9.9 mmol HbA1c – 5.9 mmol Fasting Blood Sugar – 6.8 mmol BSP – 7.6 mmol Urin sugar – 4+
PERBINCANGAN
6
GDM yang dikenali sebagai kencing manis ketika hamil bermaksud tahap glukosa yang tinggi dalam darah ibu yang sedang hamil ketika 24 hingga 28 minggu. Etiologi kepada penyakit ini ialah mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi diabetes, wanita yang mempunyai BMI > 30 dan berumur >35 tahun, Faktor risiko pula ialah keguguran berulang, gdm pada kehamilan lalu, glikosuria berterusan dan pernah melahirkan bayi 4 kg keatas. Patofisiologi GDM Fetus mendapat bekalan glukosa dari ibu menerusi plasenta, unit feto plasenta mengubah metabolism karbohidrat ibu supaya membolehkan glukosa lebih mudah didapati. Plasenta menghasilkan Human Placenta Lactogen (HPL). HPL adalah resistan terhadap insulin dalam tisu ibu akibatkan tahap glukos tinggi dalam darah. Intoleransi glukos berlaku akibat permintaan tinggi terhadap sel-sel beta untuk menghasilkan insulin. Kesan GDM terhadap kehamilan 1. 2. 3. 4.
Kesan minima jika dikawal Hemoglobin glikosulated Meningkatkan risiko keguguran, kelahiran tersekat dan keabnormalan fetus Meningkatkan risiko polihidromnios
Kesan GDM terhadap fetus 1. 2. 3. 4.
Keabnormalan kongenital Kematian dalam uterus Kerencatan pembesaran dalam uterus akibat hemoglobin glikosulated Jaundis neonatal akibat polisitemia fetus ( terlalu banyak sel darah merah
dimusnahkan) 5. Bayi besar ( makrosomik )
PENYELESAIAN Puan Aana dinasihatkan oleh doktor untuk mengawal pemakanan nya atau ‘on diet control’ seperti: 7
1. mengambil karbohidrat kompleks seperti bijirin, kekacang, peas, sayuran dan makanan berkanji 2. mengambil makanan yang kaya serat seperti buah-buahan, sayur, roti gandum tulen 3. memastikan diet yang rendah lemak terutama lemak tepu ( mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain ), jika makan daging, hanya ambil beberapa hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit 4. elakkan makanan bergoreng
Selain pemakanan, beliau disyorkan melakukan senaman sederhana, seperti berjalan, meregangkan badan dan mengangkat pemberat ringan agar dapat mengeluarkan peluh semasa kehamilan tetapi hanya yang ibu mampu sahaja selama 15 minit, 3 kali seminggu. Namun, sekiranya kedua-dua cara di atas tidak berkesan bagi mengawal dan menurunkan glukosa dalam darah, maka ibu memerlukan suntikan insulin yang di suntik di bahagian tisu subkutaneus pada bahagian paha atas ataupun abdomen ibu. Ubat oral anti diabetik adalah tidak disyorkan kepada ibu mengandung.
RUMUSAN Bagi kes Puan Aana, GDM yang dialaminya masih dapat dikawal melalui pemakanan namun setiap kali lawatan ke klinik, kadar glukos beliau akan sentiasa di pantau. Lazimnya GDM akan sembuh selepas kelahiran bayi, namun paras glukosa ibu masih dalam pemantauan selepas melahirkan. 8
Peranan penolong pegawai perubatan dalam mengendalikan kes GDM ialah: 1. melakukan pemeriksaan ‘head to toe’ untuk mengesan keabnormalan kepada ibu, seperti mengesan pallor di konjuktiva,mengesan kerapuhan gigi tanda kekurangan kalsium ibu, mengesan kebengkakan pada tiroid, memastikan payudara sesuai untuk penyusuan bayi dan tiada ketulan, memastikan ketinggian fundus bersesuian dengan minggu kehamilan ibu, memastikan tiada lelehan darah atau cecair keluar dari vagina, memastikan tiada edema dan varikos vein pada kaki ibu. 2. Bagi booking atau new case untuk antenatal seperti Puan Aana yang mempunyai risiko untuk GDM, PPP akan melakukan ujian MOGTT, HbA1c, FBS, Urin test,BSP bagi mengesahkan jika ibu itu menghidap GDM. 3. Jika ibu tersebut menghidap GDM, maka PPP akan menasihati agar ibu tersebut mengawal cara pemakanan nya seperti mengurangkan makanan karbohirat, banyakkan makanan tinggi serat, minum air bagi mencegah dihidrasi. 4. Memastikan ibu melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 15 minit. 5. Pantau bacaan glukosa ibu setiap kali datang ke klinik jika masih tidak dapat dikawal maka syorkan ibu untuk mengambil suntikan insulin dan beri tunjuk ajar cara suntikan yang betul dan cara penyimpanan insulin di rumah. 6. Maklumkan kepada ibu mengenai ‘safe delivery inforce’ yang bermaksud ibu tidak akan bersalin mengikut due date, tetapi akan diarahkan bersalin awal mengikut arahan doktor untuk mengelakkan sebarang komplikasi kepada bayi dalam kandungan 7. Beritahu ibu mengenai post partum hemorrhage yang mungkin dialaminya selepas melahirkan kerana Puan Aana mempunyai banyak risiko, seperti polihidromnios, pernah melahirkan bayi makrosomik, wanita >40 tahun dan sebagainya.
9
RUJUKAN MyHEALTH for life, Diabetes semasa Hamil, 2012 April 16 www.myhealth.gov.my/index.php.html MedlinePlus, glucose screening and tolerance test during pregnancy. 2013 September 9 www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article.html
10
Dr. Smith Brown .(2008). Gestational Diabetes During Pregnancy And After Pregnancy (p.178). Chicago Zed Books Ltd. Kneen.B. (2009) Keton in your urin during pregnancy. Gabriola Isand B. C, News For Health David Zieve. (2012). Normal and Problem In Pregnancies. 6th ed. Philadelphia, PA Saunders; 2012 chap 39.
11
View more...
Comments