Gaya Bahasa Dalam Komsas

August 12, 2017 | Author: Tuisyen Dewan Hj Ali | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Nota bimbingan Gaya Bahasa untuk Komponen Sastera Bahasa Malaysia (KOMSAS)...

Description

Gaya Bahasa Dalam Komsas

1

GAYA BAHASA DALAM KOMSAS Gaya bahasa – susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya. Berikut dihimpunkan jenis – jenis gaya bahasa bersama istilah – istilah yang berkaitan dengannya bagi memudahkan pelajar memahami konsep asas gaya bahasa secara menyeluruh.

 aliterasi – pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata – kata yang berturutan  negeri cinta, negeri budaya, negeri perpaduan (pengulangan g) [Negeri Cinta, Nahmar Jamil]  diusung keliling kampung (pengulangan g)[Surat dari Kampus, Nawawee Mohamad]

 anafora – pengulangan sesuatu kata atau frasa di awal baris yang biasanya secara berturutan agar memperoleh kesan tertentu  Sekalipun sehelai kertas kumal Sekalipun isinya hanya berita kecil [Surat dari Kampus, Nawawee Mohamad]  masih di situ masih memandu kereta lama masih menuju sekolah yang sama[Seorang Guru Tua, Gunawan Mahmood]

 analogi – persamaan sebahagian ciri antara dua benda atau hal yang dapat dipakai untuk dasar perbandingan

 antitesis – penggunaan kata atau ungkapan dalam frasa, ayat dan sebagainya untuk mendapatkan kesan perbezaan atau pertentangan yang seimbang

 asonansi – pengulangan bunyi vokal yang sama dalam deretan kata  ini sungai kita, lindungilah dari pembuangan (peulangan u) [Negeri Cinta, Nahmar Jamil]

 sekalipun sehelai kertas kumal (pengulangan e) [Surat dari Kampus, Nawawee Mohamad]

 Bahasa Arab – perkataan – perkataan Arab yang diterapkan ke dalam prosa bagi memberikan kesan yang berbeza. Contohnya: Alhamdulillah, makhdum, narwastu

 bahasa berirama – ungkapan puitis yang dapat menimbulkan kesan yang mendalam tentang sesuatu peristiwa  Tiga bilah lantai terpatah, Tiga gelegar yang patah [Puteri Besar Lahir ke Dunia – Tingkatan 2]

 Bahasa Inggeris – street fighter, superman, street soccer, futsal, supermarket, suspense

 bahasa istana – bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi dengan kerabat diraja

 bahasa kiasan – penggunaan kiasan untuk meningkatkan kesan atau pemerian  bahasa klasik – penggunaan perkataan – perkataan Melayu klasik seperti sebermula, syahadan, kararlah

 diksi – pemilihan dan penggunaan kata, baik dalam cerpen, novel, drama dan puisi.

Gaya Bahasa Dalam Komsas

2

Diksi yang baik terlihat pada a. pemilihan kata yang tepat b. penggunaan kata yang munasabah c. penggunaan kata yang jelas dan khusus. Diksi mempunyai hubungan yang rapat dengan pembinaan ayat.

 epifora – pengulangan kata – kata di akhir baris puisi untuk penegasan  hiperbola – gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara berlebih – lebihan  cinta kepadanya cinta jutaan bunga – bunga [Negeri Cinta, Nahmar Jamil]  rindu mencumbu zaman [Tasik Biru, Bau, Sarawak, Kemala]

 hybrid – penyatuan dua kata menjadi satu kata.  

bertanggungjawab (tanggung + jawab) ketidakpastian (tidak + pasti)

 inversi – pembalikan kata – kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim  kini rambut memutih kepala[Seorang Guru Tua, Gunawan Mahmood]  di kampung surat ini harganya melambung[Surat dari Kampus, Nawawee Mohamad]  aduhai adinda berpesan adik

 istilah sains dan teknologi – virus, skrin LC, karbonit, asid  metafora – pemakaian kata – kata untuk menyatakan erti yang berbeza daripada yang sebenarnya (sebagai kiasan) dengan menggunakan dua kata berunsur konkrit dan abstrak  syurga bumi [Negeri Cinta, Nahmar Jamil] syurga (unsur abstrak) bumi (unsur konkrit)

 Bukit-bukit harapan bukit (unsur konkrit) harapan (unsur abstrak)

 paradoks – penyataan yang kelihatan bertentangan (menggunakan unsur positif dan negatif dalam satu baris) tetapi kenyataannya mengandung kebenaran dengan pendapat umum atau realiti.  menangis dalam kegembiraan menangis (unsur negatif) kegembiraan (unsur positif)  kesepian di tengah ramai

 pengulangan - pengulangan kata, ungkapan, baris atau rangkap  peribahasa / simpulan bahasa / perumpaan – melukut di tepi gantang, darah daging

 personifikasi – pemberian sifat – sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh – tumbuhan, keadaan atau peristiwa  dari buruan kehidupan yang mencekik [Negeri Cinta, Nahmar Jamil]  kebosanan menggigit pangkal rasa

Gaya Bahasa Dalam Komsas

3

 repitisi / repitasi – pengulangan kata pada baris yang sama bagi menunjukkan penegasan yang dikehendaki.  Kita menjadi kita[Bahasa, Rahman Shaari – Tingkatan 3]  Muka mesti manis, mulut mesti ramah, hati mesti baik

 responsi – pengulangan kata di tengah baris  mencipta rumah tempat berlindung, membina bilik tempat berteduh [Burung Tempua, Abdul Hadi Yusoff]

 simile – perumpamaan atau sesuatu perbandingan dengan menggunakan kata ‘seperti’, “bagai”, “umpama”, dan “macam”.  bagaikan mahu diusung keliling kampung [Surat dari Kampus, Nawawee Mohamad]  besarnya seperti perdu nyiur  seperti kolek terdampar di pasir

 simplok – pengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama  Sayang seribu kali sayang  sinkope / sinkof – penggunaan singkatan kata (biasanya dalam cerpen dan novel) seperti tak, nak, ni, dan dah

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF