Galakan bersedekah

August 27, 2017 | Author: Dora the Doraemon | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

bersedekahla yeeekkk....

Description

Galakan bersedekah (Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat @ berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: Orang kaya- oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing. Mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya. (al-Baqarah: 273) HuraianAmalan bersedekah adalah satu amalan yang sangat mulia yang lahir dari hati yang suci dan bersih. Bersedekah digalakkan diberikan kepada orang miskin yang dikenalpasti memang miskin tetapi tidak mempunyai sifat meminta. Seharusnya orang yang mempunyai harta yang lebih menjadikan amalan bersedekah untuk menyuburkan sifat kemanusiaan iaitu untuk membersihkan hati dan akhlak. Selain dari itu amalan sedekah juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama manusia. Bagi melahirkan akhlak yang indah dalam amalan bersedekah, pemberi haruslah ikhlas dan tidak mengungkit-mengungkit pemberian yang telah diberikan. Hasil perbuatan mengungkit boleh mengundang perasaan dendam dan menjatuhkan maruah orang yang menerima sedekah tersebut. Pemberian sedekah yang diiringi dengan kata-kata yang baik sama ada berbentuk motivasi atau perangsang dapat mengubati hati yang dilanda duka dan membawa sinar kegembiraan kepada penerima. PenutupAllah itu Maha Kaya, Allah menggalakkan manusia bersedekah dengan ganjaran yang besar kerana amalan bersedekah diumpamakan seperti sebuah kebun yang teduh, rimbun, subur dan berbuah. Amalan bersedekah menarik rahmat, berkat dan kasih sayang Allah SWT kepada hambanya yang ikhlas. Disediakan oleh: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF