Gagak Yang Haus

July 25, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Gagak Yang Haus...

Description

 

Gagak yang Haus Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati guru-guru, barisan hakim dan rakan-rakan sekalian. Pada hari ini, saya akan bercerita tentang sebuah kisah tauladan yang bertajuk “Gagak yang Haus”.   Haus”. Pada zaman dahulu, tinggal seekor gagak di dalam sebuah hutan. Kawasan tersebut telah mengalami musim kemarau. Gagak berasa sangat haus. Ia terbang ke sana dan ke sini untuk mencari air. Namun, semua air di dalam kolam, sungai dan tasik sudah kering. Tiba-tiba, gagak terjumpa sebuah takar yang berisi air. Malangnya, air di dalam tembikar itu hanya separuh. Gagak tidak dapat minum air tersebut

 

kerana paruhnya pendek. Mulut takar itu pula kecil. Gagak pun berfikir sebentar. Tidak lama kemudian, gagak mendapat satu idea. Gagak pun segera mengutip dan mengumpul batu-batu yang ada berhampirannya. Kemudian, gagak mengisi batu-batu itu ke dalam takar tersebut. Lama-kelamaan, air di dalam takar itu pun semakin banyak. Gagak berasa sangat gembira kerana dapat minum air itu sepuas-puasnya. Kesimpulannya, pengajaran dari cerita ini ialah, jika kita rajin berusaha, pasti kita akan menemui kejayaan. Sampai di sini sahaja cerita saya. Sekian, terima kasih.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF