GA Present

March 17, 2019 | Author: Khalil Kazkhusairi | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

GA machine...

Description

Pengenalan

 Anestesia membolehkan

merupakan

seseorang

penggunaan

pesakit

menjalani

ubat

dan

teknik

pembedahan

tanpa

khas

untuk

mengalami

sebarang kesakitan. Terdapat beberapa jenis anestesia yang digunakan dalam pembedahan.  Antara anestesia yang biasa digunakan dalam dewan bedah ialah anestesia Setempat (LA). Dalam Anestesia Setempat (LA), satu agen anestetik mungkin disapu pada permukaan kulit atau membran atau disuntik pada kulit. LA, iaitu satu teknik yang agak selamat dan mudah, tidak perlu diberi oleh seorang pakar anestesia Selain itu, Anestesia Am (GA) juga dapat dapat digunakan iaitu, pesakit akan ‘tidur ‘tidur nyenyak’ akibat penggunaan ubat anestetik yang kuat. Berlainan daripada tidur biasa, pesakit tidak akan terjaga walaupun bila mereka diganggu atau dipanggil. Oleh yang demikian, pesakit tidak akan mengetahui apa yang sedang berlaku dan yang lebih penting lagi, beliau juga tidak akan merasai kesakitan semasa pembedahan. Seorang pakar anestesia akan berada bersama pesakit di sepanjang pembedahan tersebut dan bertanggungjawab untuk memberikan ubat pelega selepas pembedahan. Regional anestesia juga merupakan antara jenis-jenis anestesia yang digunakan. Regional anestesia (RA) melibatkan satu atau lebih suntikan untuk menahan penyaluran isyarat kesakitan melalui saraf ke bahagian-bahagian badan yang tertentu. Akibatnya, sebahagian badan yang telah ditentukan sahaja yang menjadi kebas. Pembedahan boleh dilakukan walaupun pesakit dalam keadaan terjaga. Kawasan pembedahan akan sentiasa dihadang dari pandangan pesakit. Pesakit juga boleh diberi ubat sedatif agar mereka akan tidur semasa tatacara dijalankan.

Regional

anestesia

boleh

digunakan

untuk

pembedahan

yang

melibatkan tangan, kaki, dan punggung. Regional anestesia boleh menyediakan anestesia (ketiadaan perasaan, termasuk sakit) untuk membenarkan pembedahan, atau memberikan kelegaan kesakitan selepas pembedahan. Pelbagai brachial plexus blok wujud untuk prosedur yang melibatkan bahu dan lengan.Semasa bersalin,gabungan epidural

1

atau epidurals tulang belakang memberikan kelegaan kesakitan yang berkesan. Berbeza

dengan anestesia lain, pesakit boleh kekal berjaga semasa prosedur

dijalankan, menyebabkan kesan sampingan dikurangkan dan membolehkan pakar bedah untuk berbual dengan pesakit semasa prosedur. Walau bagaimanapun, ramai pesakit memilih untuk menerima ubat pelali sama ada semasa blok, prosedur, atau kedua-duanya. Terdapat satu spektrum kerumitan antara penyusupan anestetik tempatan mudah dan blok serantau utama, seperti blok pusat neuraxial (tulang belakang dan epidural), dengan blok saraf yang terletak di tengah-tengah. Blok saraf yang menjejaskan saraf periferal utama seperti saraf femoral dan saraf sciatic juga kadang-kadang dilihat sebagai teknik anestetik serantau.  Anestesia Serantau mungkin melibatkan dos besar anestetik setempat, atau pentadbiran anestetik setempat sangat dekat dengan, atau secara langsung ke dalam sistem saraf pusat. Oleh itu, terdapat risiko komplikasi daripada ketoksikan anestetik setempat (seperti sawan dan serangan jantung) dan untuk sindrom serupa dengan kejutan tulang belakang. Anestetik teknik yang serantau, walaupun di tangan pakar, mempunyai kadar kegagalan% 1-10. Oleh itu, ubat bius mungkin menjadi perlu walaupun prosedur yang pada mulanya dirancang untuk dijalankan di bawah teknik serantau.Atas sebab-sebab ini, anestesia serantau hanya dijalankan dalam persekitaran yang dilengkapi kemudahan dan kakitangan yang secukupnya.

2

Pencarian Literatur

Morris Fishbein (1956) menyatakan anestesia mengawal kesakitan semasa pembedahan atau dalam prosedur-prosedur perubatan yang lain. Ia termasuk penggunaan ubat-ubatan, dan pengawasan rapi terhadap pesakit. Ia juga dapat menolong mengawal pernafasan, tekanan darah, aliran darah, kadar dan ritma  jantung.

Robert R. Kirby (2007) pula menyatakan penggunaan anestesia akan menyebabkan kelumpuhan otot buat tempoh tertentu. Di bawah anestesia am, otot pesakit

menjadi

lumpuh

untuk

memudahkan

prosedur

intubasi

tracheal,

pendedahan pembedahan dan pengudaraan mekanikal.

Menurut Lorne G. Eltherington (1983), kesan sampingan utama dan masalah-masalah lain anestesia jarang berlaku, terutamanya dalam kalangan mereka yang berada dalam keadaan yang baik secara menyeluruh. Tetapi semua  jenis anestesia mempunyai risiko. Risiko khusus bergantung kepada jenis anestesia yang diberikan, kesihatan diri, dan bagaimana badan seseorang bertindak balas terhadap ubat-ubatan yang digunakan. Jika terdapat masalah dari segi kesihatan, peluang untuk mendapat masalah daripada penggunaan anestesia akan meningkat.

3

Perbincangan

 Anestesia Am (GA) merupakan sejenis ubatan tahan sakit atau pun dipanggil

sebagai

bius

sepenuhnya

yang

diberikan

kepada

pesakit

untuk

mengelakkan rasa sakit semasa pembedahan dilakukan dan kebiasaanya pesakit akan tidur sedarkan diri dan segala aktiviti badan pesakit seperti pernafasan dikawal oleh mesin yang dipanggil GA MACHINE . Bius ini akan diberikan dengan pelbagai cara seperti melalui inhalasi gas dan juga melalui intravena. Bius juga boleh diberikan kepada pesakit melalui beberapa kaedah seperti Regional Anesthesia iaitu separuh dari paras pinggang hingga

ke

bahagian

kaki.Sebagai

contoh

Spinal

Anesthesia

dan

Epidural

 Anesthesia.  Anestesia Am (GA) menjadikan seorang pesakit berada dalam keadaan tidak sedar sebelum pembedahan dimulakan. Ini bagi memastikan pesakit tidak menyedari apa yang berlaku dan tidak merasa sakit semasa pembedahan. Pembiusan umum dilakukan dengan memasukkan ubat bius ke dalam salur darah atau melalui gas bius yang disedut dari mesin anestesia. Tiub pernafasan akan dimasukkan ke dalam mulut atau hidung pesakit untuk membantu pesakit bernafas. Gas bius yang digunakan di dewan bedah Hospital Sultanah Aminah adalah desflurane dan sevoflurane. Risiko yang biasa terjadi ialah kesan di tempat suntikan atau pemasangan tiub aliran darah, loya dan muntah, sakit t ekak disebabkan oleh gas pembiusan atau tiub pernafasan. Pesakit akan mungkin mengalami kesukaran bercakap tetapi akan pulih seperti sediakala dalam masa beberapa jam. Selain itu terdapat kesakitan otot untuk sementara dan sakit kepala atau kabur penglihatan buat sementara. Risiko yang mungkin terjadi tetapi jarang berlaku ialah menyedari aktiviti yang berlaku di dewan bedah ketika di bawah pembiusan am terutama semasa pembedahan tertentu dan dalam beberapa keadaan situasi kecemasan dan kecederaan kepada gigi, gusi, bibir dan lidah. Risiko yang sangat jarang berlaku tetapi mungkin boleh mengakibatkan kerosakan otak atau kematian. Antaranya ialah saluran pernafasan tersumbat dan tidak dapat dikawal menyebabkan pesakit sukar untuk bernafas. Alahan terhadap ubat yang boleh menyebabkan kesesakan nafas dan ruam dan kadang-kadang 4

bengkak yang teruk, tekanan darah yang menurun dan peredaran darah menjadi lemah. Otot yang sensitif terhadap bius tertentu boleh menyebabkan malignant hypertermia. Ini akan menyebabkan suhu badan, degupan jantung, tekanan darah dan kadar pernafasan meningkat secara mendadak dan otot menjadi kejang. Selain itu pesakit yang mempunyai penyakit salur darah atau paru-paru dan penghisap rokok boleh mendapat serangan jantung, angin ahmar dan jangkitan paru-paru walaupun jarang berlaku.

JENIS-JENIS ANESTHESIA  Anesthesia atau bius terbahagi kepada beberapa jenis. Antara anesthesia yang biasa digunakan di dewan bedah adalah General Anesthesia iaitu sepenuhnya atau Regional Anesthesia iaitu Spinal dan juga Epidural General Anesthesia General anesthesia atau bius sepenuhnya merupakan salah satu pemberian ubat tahan sakit kepada pesakit semasa melakukan sesuatu pembedahan. Biasanya,bius ini akan diberikan bagi pesakit yang akan menjalankan pembedahanpembedahan yang besar dan juga mengambil masa pembedahan yang agak lama. Keadaan pesakit apabila mendapatkan bius ini adalah pesakit akan mula untuk tidak sedarkan diri dan tidur sepanjang pembedahan dilakukan. Hal ini bagi mengelakkan pesakit sedar dan berasa sangat sakit. Dalam pemberian bius ini,pesakit akan diberikan ubat-ubat anesthesia seperti sedatif, analgesik dan “muscle relaxant” dari doktor anesthesia kemudian akan dilakukan prosedur intubasi dan pesakit akan mula bernafas melalui alat bantuan pernafasan yang dikendalikan oleh mesin. General Anesthesia atau bius penuh ini boleh diberikan kepada pesakit melalui dua cara pemberian. Antara cara pemberiannya adalah : a) melalui intravena b) inhalasi gas. 5

A) Intravena Dalam pemberian kaedah intravena,doktor akan memberikan 3 jenis ubat yang berbeza kepada pesakit seperti analgesik, sedatif dan juga “muscle relaxant”. Bagi memulakan pemberian ubatan untuk bius penuh,doktor akan memberikan ubat tahan sakit atau analgesik seperti I/V Fentanyll yang biasa digunakan semasa melakukan pembedahan. Seterusnya, ubat yang akan diberikan adalah ubat untuk sedatif bagi agen induksi iaitu dari kumpulan non barbiturate seperti propofol 2-2.5mg/kg, ketamine, benzodiazepine atau pun dari kumpulan barbiturate seperti Sodium Triopentone (STP)4-4.5mg/kg. Ubat-ubat ini akan digunakan mengikut jenis pembedahan dan juga keadaan pesakit seperti berat, umur dan juga masalah kesihatan pesakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit jantung dan lain-lain. Seter usnya pula doktor akan memberikan ubat “muscle relaxant” seperti Atrachium atau Trachium 0.5mg/kg melalui i/v yang bertindak untuk merelakskan semua pergerakan otot-otot pada pesakit bagi memudahkan pembedahan dilakukan. Selain itu,bagi kes-kes kecemasan doktor akan memberikan ubat dari kumpulan depolarising seperti Suxamethonium atau subsa 1-1.5mg/kg secara i/v bagi merelakskan otot-otot pada pesakit. Walaubagaimanapun, pesakit akan berasa

untuk muntah dan GA Nurse

perlu melakukan “Cricoid Pressure” pada pesakit bagi mengelakkan berlakunya aspiration pneumonia.

6

B) Inhalasi Bagi agent inhalasi pula adalah ubat tahan sakit yang akan diberikan kepada pesakit melalui inhalasi gas Nitrous dan juga gabungan ubat-ubat inhalasi seperti desflurane atau Sevoflurane. Nitrous gas merupakan “laughing gase” dan merupakan agen analgesik yang baik namun kesannya pesakit akan berasa melayang bila sedar.Biasanya inhalasi gas ini akan diberikan selepas pemberian semua ubatan untuk bius penuh seperti sedatif, analgesik dan juga muscle relaxant. Bagi

ubat

inhalasi

gas

seperti

Sevoflurane

atau

desflurane

merupakan analgesik inhalasi yang baik. Bagi ubat Sevoflurane ianya merupakan ubat yang mahal dan kesannya amatlah pantas iaitu pesakit tidak akan sedarkan diri selepas 5 minit pemberian gas berbanding dengan gas desflurane yang mengambil ,masa 10 hingga 15 minit untuk tidak sedarkan pesakit. Tambahan pula, ubat ini mudah menyedarkan pesakit seperti 5 minit untuk Sevoflurane manakala desflurane 15 minit selepas tamat pembedahan. Namun ubat-ubat inhalasi ini bertindak sebagai “maintanaince” pada pesakit.

7

Langkah-Langkah Memberikan General Anesthesia Kepada Pesakit Dan Pengendalian Pesakit Apabila Post Operative Sebaik sahaja pesakit dipanggil dari wad, pesakit akan disambut oleh staff yang bertugas. Pesakit akan di periksa semula di pintu masuk kawasan penerimaan pesakit ke dewan pembedahan seperti borang pengesahan pembedahan,borang pengesahan untuk bius, pengesahan untuk pemindahan darah jika berlaku pendarahan yang banyak semasa pembedahan. Kemudian pesakit akan dimasukkan ke dalam bilik bedah untuk menjalani pembedahan. Pemeriksaan akan dilakukan sekali lagi seperti mengesahkan pesakit yang betul, lokasi pembedahan, jenis pembedahan dan juga jenis bius yang akan diberikan. Semasa pesakit di dalam dewan bedah,pesakit akan diberikan pemberian oksigen 100 % melalui “facemask”.Kemudian doktor akan memberikan pemberian I/V analgesik seperti Fentayll kepada pesakit. Kemudian pemberian I/V propofol atau STP atau Sodium Tyophentom diberikan yang akan bertindak sebagai agen induksi. I/V propofol tidak boleh diberikan kepada pesakit tua kerana kesan ubat ini akan menganggu tekanan darah pesakit seperti Hipotension. Bagi ubat STP pula, boleh diberikan kepada semua pesakit kerana ubat ini bertindak sebagai sedatif dan  juga mampu menstabilkan tekanan darah pesakit semasa pembedahan. Seterusnya pemberiaan ubat untuk merelakskan pergerakan otot-oto akan diberikan bagi memudahkan pembedahan dilakukan. Antara ubat yang biasa digunakan adalah I/V Trachium. Kemudian pemberian oksigen bersama gas Nitrous dengan gabungan ubat dari agen inhalasi seperti Sevoflurane atau Desflurane akan diberikan kepada pesakit. Apabila pesakit tidak sedarkan diri, maka prosedur intubasi akan dilakukan. Kemudian pemeriksaan ETT tube akan dilakukan seperti auskaltasi paru-paru bagi memastikan ETT tersebut masuk ke dalam paru-paru. Kemudian vital sign akan dilakukan.  Apabila pembedahan tamat, doktor akan memberikan ubat yang bertindak sebagai

“reversible”

iaitu

Actropine

bergabung

dengan

Neostigmine

bagi

mengembalikan balik pergerakan otot-otot yang relaks. Hal ini,bertujuan bagi memastikan semula pesakit boleh bernafas secara sendiri.

8

Kemudian pesakit akan dimasukkan ke dalam unit pemulihan. Semua vital sign akan direkodkan. Pesakit boleh kembali ke wad apabila pesakit boleh bernafas secara sendiri dan sedar.

Tanda-Tanda Pesakit Mula Sedar Semasa Pembedahan Sedang Dilakukan 1. Tekanan darah pesakit meningkat 2. Bacaan Carbon Dioksida di monitor meningkat 3. Kadar nadi meningkat 4. Bacaan ECG di monitor meningkat-takikardia 5. Ratio pada Graph akan berubah.

Bacaan normal

Bacaan abnormal (pesakit mula bernafas sendiri)

9

Rujukan

Eltherington,  L. G.

(1983). Anesthesia. Retrieved Oktober 15, 2011, from

http://www.healthgrades.com/physician/dr-lorne-eltherington-3c5wd/awardsand- recognitions

Fishbein, M. (1976). "Anesthesia". The New Illustrated Medical and Health Encyclopedia. (Home Library ed.). New York: H. S. Stuttman Co.

Kirby, R. R. (2007). Complications in anesthesiology (3rd ed.). Washington D.C.: Lippincott Williams & Wilkins

10

Rumusan

Pembiusan memberi kesan terhadap pernafasan dan peredaran darah pesakit manakala pembedahan membawa perubahan kepada tubuh pesakit. Pegawai Perubatan Anestesiologi menggunakan kepakaran dan peralatan khusus untuk memantau dan mengurus pesakit bagi memastikan keselamatan pesakit semasa pembiusan dan pembedahan. Pegawai Perubatan Anestesiologi sentiasa menekankan tentang keselamatan semasa pembiusan. Kematian atau kecederaan kekal amat jarang berlaku jika melibatkan penggunaan anestesia. Untuk pembedahan kecil, pesakit boleh pulang ke rumah pada hari yang sama. Untuk pembedahan yang lebih rumit, pesakit mungkin perlu masuk ke wad hospital untuk meneruskan pemulihan. Jika pesakit tinggal di hospital, doktor atau jururawat akan melawat untuk memastikan pemulihan pesakit seperti yang sepatutnya.

11

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF