Fungsi Dan Peranan Taman Rekreasi

April 19, 2017 | Author: Nur Fateha | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Fungsi Dan Peranan Taman Rekreasi...

Description

Fungsi dan Peranan Taman Rekreasi 

sebagai tempat untuk beristirahat / menenangkan fikiran- lari dari kesibukan, khususnya di kota



sebagai tempat beriadah / bersenam- ke arah masyarakat yang cergas dan sihat



sebagai tempat beramah mesra antara individu, jiran tetangga serta untuk memupuk kasih sayang ke arah keluarga bahagia



untuk menghijaukan / mengindahkan kawasan sekitar- menimbulkan suasana nyaman

Sambutan Masyarakat terhadap Taman Rekreasi 

amat diperlukan oleh anggota masyarakat hari ini, sama ada di kawasan-kawasan perumahan, pekan, bandar, dan kota



mendapat perhatian pemaju-pemaju perumahan dan kerajaan-kerajaan tempatan lalu menyediakan taman rekreasi



mendapat sambutan hangat daripada anggota masyarakat- dipenuhi oleh mereka yang bersenam atau yang bersiar dengan teman serta anggota keluarga

Penyediaan Kemudahan di Taman Rekreasi (a) Kemudahan yang Disediakan 

alat-alat permainan untuk kanak-kanak



alat-alat untuk senaman ringan



tempat duduk, tandas awam, dan lorong pejalan kaki



bakul sampah, lampu, dna pondok telefon



gerai makanan dan minuman

(b) Keadaan Kemudahan di Taman Rekreasi 

masih tidak dilengkapi dengan kemudahan tertentu



ada yang dalam keadaan kurang sempurna oleh faktor semula jadi dan perlu diganti



ada yang tidak digunakan dengan betul lalu rosak



ada yang tidak diberi penyelenggaraan yang sepatutnya oleh pihak yang berkenaan

Taman rekreasi merupakan satu kawasan lapang yang penting terutama di kawasan perumahan. Usaha kerajaan mewajibkan setiap projek perumahan mempunyai taman rekreasi merupakan satu langkah bijak kerajaan. Tindakan ini sepatutnya dilakukan sejak dahulu kerana kewujudan taman rekreasi memastikan pelbagai impak positif muncul. Sudah pasti kebaikan yang ketara ialah taman ini menjadi tempat permainan kanak-kanak. Kita semua sedia maklum bahawa dalam dunia yang penuh cabaran ini, ibu bapa sibuk bekerja sehingga menyebabkan anak-anak bersendirian di rumah. Jadi, kewujudan taman rekreasi di kawasan perumahan menjadi satu medan untuk golongan kecil ini bergembira dan melepaskan perasaan mereka sebagai kanak-kanak. Hidup kanak-kanak terkongkong di rumah tetapi bebas di taman rekreasi. Malah, kewujudan taman rekreasi ini menjadi tempat berkumpul dan mengeratkan hubungan antara jiran tetangga. Kebiasaannya ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka bermain di taman ini dan sementara menunggu anak-anak bermain, ibu bapa akan berbual dengan jiran-jiran yang turut menunggu anak-anak mereka. Interaksi ini memastikan hubungan antara masyarakat lebih mesra dan terjalin rapat.

Malahan, taman rekreasi boleh dijadikan tempat untuk menjalankan sesuatu majlis yang bercorak kejiranan. Majlis seperti majlis perkahwinan, pesta kejiranan, dan rumah terbuka boleh dijalankan di kawasan taman rekreasi itu. Kawasannya yang luas dan selalunya di tengah-tengah kawasan perumahan memudahkan untuk semua pihak datang dan terlibat dalam majlis itu. Dalam masa yang sama kos majlis mampu dikurangkan berbanding majlis yang diadakan di dewan serba guna atau dewan hotel. Mungkin satu lagi kebaikan taman rekreasi ialah kawasan ini boleh menjadi tempat menghilangkan penat setelah bekerja. Suasananya yang tenang dengan kehijauan dan mungkin ada tasik di sekitarnya memberi satu perasaan hening yang diperlukan oleh manusia setelah penat bekerja di pejabat. Keadaan ini dapat mengurangkan tekanan di pejabat dan memastikan seseorang itu memperoleh tenaga untuk meneruskan kehidupannya.

Jika kita lihat dari sudut sambutan masyarakat terhadap taman rekreasi , statistik yang diperoleh menyatakan kewujudan taman rekreasi member impak yang positif kepada kebanyakan penduduk taman perumahan atau masyarakat di Malaysia umumnya . usaha kerajaan mewujudkan taman rekreasi yang berfungsi untuk mengindahkan dan mewujudkan kawasan hijau di setiap kawasan perumahan mampu menarik perhatian masyarakat yang cintakan alam sekitar . pokok pokok yabng ditanam di sekitar taman rekreasi juga mampu melahirkan suasana yang aman dan damai bagi orang orang yang beristerihat stelah penat bekerja .taman rekreasi juga mendapat sambutan yang baik dikalangan masyarakat yang ingin bersenam , berjoging dan melakukan senaman ringan di waktu pagi dan petang .

Akhir sekali, kawasan rekreasi ini memastikan wujudnya kawasan hijau di sesebuah kawasan perumahan itu. Kawasan hijau ini turut membuktikan kesegaran dan suasana nyaman mastih wujud di kawasan perumahan tersebut. Tambahan pula, kawasan perumahan akan lebih menarik kalau mempunyai taman rekreasi. Habitat serangga yang kecil turut terhasil dengan kewujudan taman ini. Kesimpulannya, kawasan rekreasi bukanlah satu pilihan tetapi wajib dibina oleh pemaju perumahan. Kerajaan harus memantau perkara ini supaya pemaju perumahan tidak berdolak-dalih dalam pembinaannya. Kerajaan perlu bertegas dalam isu ini kerana sudah agak lama isu ini dibiarkan tanpa diberi perhatian oleh kerajaan. Malah, pemaju perumahan seharusnya menggunakan taman rekreasi sebagai unsur penting dalam mengiklankan projek perumahan mereka.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF