Formula Tajwid

July 19, 2018 | Author: aizat_diriku | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

ni ustaz aku bagi. kepade sesape yg nak spm agama A, baca-bacalah sikit....... Doakan kami berjaya dunia akhirat......

Description

FORMULA MUDAH TAJWID UNTUK SPM

Kepada pelajar – pelajar yang ku sayangi dan kasihi, disini ustaz bekalkan “Formula Tajwid” untuk kalian sebagai persediaan untuk menghadapi SPM tidak lama lagi.. Baca satu persatu agar mudah difahami..dan gunakanlah waktu cuti sepenuhnya untuk study.. Jaga Kesihatan baik2 & Selamat berpuasa Ustaz Mohd Muzaidi Mustani

Pendahuluan Bahagian hukum tajwid untuk peperiksaan SPM adalah pada soalan kertas 2. Markah yang diperuntukkan bagi soalan tajwid adalah 10 markah. Ia melibatkan 19 jenis hukum. Soalan seterusnya berbentuk nyatakan hukum dan cara bacaan. Pelajar yang menguasai bahagian tajwid boleh membantunya untuk mendapat cemerlang dalam SPM. Matlamat : Nota ini bertujuan membantu pelajar mampu menjawab dengan baik, khususnya dalam bahagian tajwid. Objektif : 1. Pelajar-pelajar mengenal pasti jenis-jenis hukum tajwid yang disoal dalam SPM. 2. Pelajar-pelajar dapat mengingati formula mudah tajwid. 3. Pelajar-pelajar dapat menerangkan cara bacaan setiap hukum tajwid. 4. Pelajar-pelajar dapat mengenal simbol bacaan dalam al-Quran.

5. Membolehkan pelajar-pelajar mendapat markah penuh bahagian tajwid iaitu 10 markah.

2

Simbol Bacaan Dalam Al-Quran Simbol

‫م‬ ‫ت‬ ‫أت‬ ‫ح‬ ‫أح‬ ‫ج‬ ‫ص‬ ‫صلى‬ ‫ل‬ ‫قلى‬ ‫س‬ ْ  

Maksud Wajib diwakafkan Wakaf yang sempurna (tam) Wakaf yang paling sempurna Wakaf yang baik Wakaf yang lebih baik Wakaf yang diharuskan Lebih baik sambung bacaan Bacaan hendaklah disambungkan Tidak boleh wakaf Diutamakan wakaf Tanda saktah Baris mati Huruf mati Bacaan panjang (4,5,6 harakat)

Huruf-huruf al-Quran yang terlibat secara langsung dengan tajwid ( 30 Huruf)

3

‫ح‬

‫ج‬

‫ث‬

‫ت‬

‫ب‬

‫ا‬

‫ز‬

‫ر‬

‫ز‬

‫ذ‬

‫د‬

‫خ‬

‫ظ‬

‫ط‬

‫ض‬

‫ص‬

‫ش‬

‫س‬

‫ل‬

‫ك‬

‫ق‬

‫ف‬

‫غ‬

‫ع‬

‫ء‬

‫ل‬

‫ھ‬

‫و‬

‫ن‬

‫م‬ ‫ى‬

Formula 1 : Hukum nun mati (‫ن‬ ْ ) dan tanwin (ً ٍ ٌ ) Pada hukum nun mati (‫ن‬ ْ ) dan tanwin (ً ٍ ٌ ), ia mengeluarkan 4 jenis hukum iaitu : 1. Izhar Halqi 4

2. Ikhfa’ Hakiki 3. Iqlab 4. Idgham 1.

Izhar Halqi

- Ia terdiri daripada 6 huruf iaitu ‫ أ ح خ ع غ ھ‬. Izhar Halqi ialah apabila nun mati (‫ن‬ ْ ) atau tanwin tanwin (ً ٍ ٌ ) bertemu dengan salah satu huruf Izhar. Hukum Izhar Halqi hendaklah dibaca dengan JELAS / dibaca TANPA DENGUNG. Contoh : I. Pada nun mati (‫ن‬ ْ) :

i.

‫ينهون‬

ii. ‫ من هو‬/ ‫من غير‬ II. Pada tanwin (ً ٍ ٌ )

i. ‫ل امين‬ ٌ ‫ رسو‬/ ‫ سميٌع عليم‬/ ‫ يواٍد غير‬/ ‫وهنًا على‬

2.

Ikhfa’ Hakiki - Terdiri daripada 15 huruf iaitu ‫ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف‬

‫ق ك‬.

5

- Huruf Ikhfa’ Hakiki ialah apabila nun mati (‫ن‬ ْ ) atau tanwin (ً ٍ ٌ ) bertemu dengan salah satu huruf-huruf ikhfa’. Ikhfa’ Hakiki dibaca dengan DENGUNG.

Contoh :

I.

Pada nun mati(‫ن‬ ْ ): i. ‫ن قبلهم‬ ْ ‫ م‬/ ‫ن تحتهم‬ ْ ‫ م‬/ ‫عْندى‬

II.

Pada tanwin (ً ٍ ٌ ) ii. ‫ علٌم فل تطعهما‬/ ‫ حساًنا ذلك‬/ ‫كمشكوٍة فيها‬

3. -

Iqlab Huruf Iqlab hanya “ " ‫ب‬sahaja. - Hukum Iqlab ialah apabila nun mati (‫ن‬ ْ ) atau tanwin (ً ٍ ٌ ) bertemu dengan “ " ‫ب‬. - hukum Iqlab dibaca dengan DENGUNG.

Contoh :

I.

Pada nun mati(‫ )ْن‬: i.‫ن بعدهم‬ ْ‫م‬

6

II. Pada tanwin (ً ٍ ٌ ) ii. ‫ع بصير‬ ٌ ‫سمي‬

4.

Idgham

- Idgham terbahagi kepada 2 iaitu Idgham Maal Ghunnah dan Idgham Bila Ghunnah.

- Idgham Maal Ghunnah dan hurufnya terdiri daripada ‫م ن و ى‬. - Idgham Bila Ghunnah dan hurufnya ialah ‫ل & ر‬ - Hukum Idgham Maal Ghunnah apabila nun mati (‫ )ْن‬atau tanwin (ً ٍ ٌ ) bertemu dengan salah satu daripada hurufnya. Idgham Maal Ghunnah dibaca dengan DENGUNG. Contoh :

I.

Pada nun mati (‫ )ْن‬: ‫ن يعمل‬ ْ‫م‬

i.

ii.

‫ن وراٮهم‬ ْ‫م‬

II. Pada tanwin (ً ٍ ٌ ) i.

‫حطٌة نغفرلكم‬

ii.

‫ل وكنا‬ ً ‫قلي‬

7

- Idgham Bila Ghunnah apabila nun mati(‫ن‬ ْ ) atau tanwin (ً ٍ ٌ ) bertemu dengan ‫ ل‬atau ‫ ر‬, dan dibaca TANPA DENGUNG. Contoh :

I.

Pada nun mati (‫ )ْن‬: i.

‫ن ربهم‬ ْ‫م‬

II. Pada tanwin (ً ٍ ٌ ) i.

‫عفوٌر رحيم‬

Hukum Mim Mati (‫)ْم‬ Pada hukum mim mati (‫ )ْم‬akan menjadikan : i.

Izhar Syafawi

ii.

Ikhfa’ Syafawi

iii.

Idgham Mislain

1. Izhar Syafawi ialah apabila mim mati (‫ )ْم‬bertemu dengan huruf-huruf berikut :

‫ا ت ث ج ح خ د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ع غ فك ل ن ھ ى‬ Contoh : i.

‫اءلفهْم رحلة‬

ii.

‫لكْم دينكم‬

iii.

‫يبعثكْم فيه‬ 8

- Hukum bacaan Izhar Syafawi ialah JELAS/ NYATA atau TANPA DENGUNG. 2. Ikhfa’ Syafawi apabila mim mati (‫ )ْم‬bertemu dengan "‫ "ب‬sahaja, bacaannya HAMPIR DENGUNG (samar). Contoh : i.

‫وما هْم بمؤمنين‬

3. Idgham Mislain apabila mim mati (‫ )ْم‬bertemu dengan mim (‫ )م‬juga. Bacaannya WAJIB DENGUNG. Contoh : i.

‫ولكْم ما كنتم‬

Bahagian Mad untuk SPM Hukum Mad Mad Wajib Mutassil Mad Jaiz Munfasil

Cara Bacaan Pangjang 5 harakat Panjang 2,4,5 harakat 9

Mad Arid Lissukun Mad Lin Mad Silah Tawilah Mad Silah Qasirah Mas Asli

Panjang 2,4,6 harakat Panjang 2,4,6 harakat Panjang 2,4,6, harakat Panjang 2 harakat Panjang 2 harakat

FORMULA : 1. Mad Wajib Mutassil ialah pertemuan antara huruf mad dengan huruf hamzah berbaris dan berada dalam satu kalimah. Contoh : i.

‫اذا جآء نصر ال‬

2. Mad Jaiz Munfasil ialah pertemuan antara huruf mad dengan hamzah berbaris tetapi pada 2 kalimah

Contoh : i.

‫قوأ أنفسكم‬

ii.

‫في أحسن‬

iii.

‫يآ أيها الذين‬

10

3. Mad Arid Lissukun ialah kalimah yang ada huruf yang dimatikan kerana wakaf. Contoh : i.

‫الحمد ل رب العالمين‬

ii.

‫وانتم ل تظلمون‬

iii.

‫افل تتفكرون‬

4. Mad Lin ialah kalimah yang huruf "‫ "و‬/ "‫ "ى‬berbaris mati (sukun) yang didahului baris atas, dan dibaca lembut dengan kadar 2 harakat .Tetapi dibaca panjang 2,4,6 harakat apabila wakaf. Contoh : i.

‫من خوف‬

ii.

‫عليه‬

5. Mad Silah Qasirah ialah apabila (‫ )ھ‬dhamir dan huruf sebelumnya BERBARIS, dan huruf selepasnya bukan hamzah atau alif.

Mad Silah

Qasirah dibaca panjang 2 harakat. Contoh :

i.

‫عبادته‬

ii.

‫صدره ضيقا‬

11

6. Mad Silah Tawilah ialah apabila selepas (‫ )ھ‬dhamir adalah kalimah yang bermula dengan huruf hamzah, dan kadar bacaannya 4 atau 5 harakat. Contoh :

i.

‫غيبه أحد‬

ii.

‫غذابه وأحد‬

6 Mad Asli ialah apabila huruf alif (‫)ا‬didahului dengan berbaris di atas, atau huruf wau (‫)و‬didahului dengan berbaris depan, atau ya (‫)ى‬didahului dengan berbaris bawah, dan kadar bacaannya ialah 2 harakat. Contoh :

i.

‫)ما تعبدون )ا‬

ii.

‫)عيدون )و‬

iii.

‫)دينكم )ى‬

Qalqalah - Huruf-huruf Qalqalah terdiri daripada 5 huruf iaitu ‫)ق ط ب ج د )قطب جد‬ -Qalqalah terbahagi kepada kepada qalqalah sugra dan qalqalah kubra. - Qalqalah Sugra ialah mana-mana huruf qalqalah berada di tengah-tengah kalimah dan berbaris atau bertanda mati Contoh : i.

‫من قْبلهم‬

ii.

‫فْقطعوا ايديهم‬

iii.

‫يْقطعون‬ 12

- Qalqalah kubra ialah mana-mana huruf qalqalah berada di hujung kalimah dan dimatikan baris kerana wakaf. Contoh : i.

ْ ‫الطلا‬ ‫ب‬

ii.

‫ق‬ ْ ‫الطلا‬

iii.

‫لم يلْد ولم يولْد‬

iv.

‫قل هو أحْد‬

Alif Lam -Hukum alif lam terbahagi kepada Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah. -Alif Lam Qamariah dibaca Izhar (jelas) alif lamnya. -Alif Lam Syamsiah dibaca Idgham (dengung) alif lam dalam huruf berikutnya. -Huruf alif lam Qamariah ialah ‫ ا ب ج ح خ ع غ ف ق ك م و ھ ء ى‬. Alif lam Qamariah ialah mana-mana huruf selepas lam (‫ )ل‬berbaris tetapi tiada tanda tasydid.

Contoh : i.

‫الَقارعة‬

ii.

‫الَواقعة‬

iii.

‫الَبابا‬

13

iv.

‫النسن‬

- Huruf alif lam Syamsiah ialah ‫ت ث د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ل ن‬

- Alif Lam Syamsiah ialah mana-man huruf selepas lam berbaris dan bertanda tasydid. Contoh : i.

‫شمش‬ ّ ‫ال‬

ii.

‫الّتاجر‬

iii.

‫ضلله‬ ّ ‫ال‬

Harapan Saya menyediakan nota ini bertujuan membantu para pelajar yang mahu menguasai bahagian hukum tajwid. Berdasarkan pemerhatian saya, pelajar sukar memahami dan menguasai formula hukum tajwid. Dengan nota 14

ini saya benar-benar mengharapkan pelajar mampu menguasai bahagian hukum tajwid yang berfokuskan soalan-soalan SPM. Pelajar-pelajar perlu mengingati formula dan kaedahnya, tetapi bukan menghafal kalimah bagi sesuatu hukum dan cara bacaan. Di samping menguasai hukum tajwid berfokuskan soalan-soalan SPM, orang-orang Islam disarankan supaya mampu membaca al-Quran dengan tajwid yang betul. Adalah dianggap salah sekiranya tidak mengambil kira kesilapan pada tajwid. “Belajar Kerana Allah” Selamat Maju Jaya Sekian…

Maklumat Tambahan. Adab Membaca al-Quran I. Semasa membaca, hendaklah menghadap kiblat 15

II. Memulakan dengan lafaz ‫اعوذ بال من الشيطان الرجيم‬ III. Wajib dibaca dengan ‫ بسم ال الرحمن الرحيم‬pada setiap kali permulaan

surah kecuali surah al-Baqarah. IV. Membaca al-Quran secara tartil V. Menutup aurat termasuk kepala VI. Menutup semula al-Quran selepas selesai membaca VII. Al-Quran diletak di tempat tinggi VIII. Bersih daripada hadas dan berwuduk IX. Berdoa selepas tamat membaca al-Quran

16

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF