Formula Kimia tingkatan 4

March 12, 2017 | Author: Wenn Winnona | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

kimia tingkatan 4...

Description

FORMULA KIMIA DAPAT MENUNJUKKAN.. • JENIS-JENIS UNSUR DALAM BAHAN ITU

• BILANGAN ATOM BAGI SETIAP UNSUR YANG WUJUD DALAM BAHAN ITU

CONTOH.. Bahan

Formula Kimia

Komposisi

Karbon dioksida

CO2

1 atom karbon 2 atom oksigen

Natrium karbonat

Na2CO3

2 atom natrium 1 atom karbon 3 atom oksigen

Formula empirik

Jenis formula kimia

Formula molekul

FORMULA EMPIRIK

•MENUNJUKKAN NISBAH PALING RINGKAS ATOM-ATOM DALAM SEBATIAN

CONTOH 1 1.95g magnesium apabila dioksidakan menghasilkan 3.25g magnesium oksida. Hitungkan formula empirik magnesium oksida. [JAR: Mg:24, O: 16]

PENYELESAIAN Unsur

Mg

O

Jisim (g)

1.95

3.25

Bil.mol

1.95 24

= 0.0813

1.30 = 16

0.0183

Nisbah

0.0813

0.0813

Nisbah ringkas

1

1

Formula empirik: MgO

CONTOH 2

Satu eksperimen dijalankan untuk menentukan formula empirik kuprum oksida. Keputusan eksperimen ditunjukkan di bawah ini: • Jisim tabung pembakaran + mangkuk asbestos = 27.50g • Jisim tabung pembakaran + mangkuk asbestos + kuprum oksida = 27.70g • Jisim tabung pembakaran + mangkuk asbestos + kuprum = 27.66g Hitung formula empirik kuprum oksida.

PENYELESAIAN Unsur

Cu

O

Jisim (g)

22.66- 22.50 = 0.16

27.70- 27.66= 0.04

Bil.mol

0.16 64

= 0.0025

0.04 16

= 0.0025

Nisbah

0.0025

0.0025

Nisah paling ringkas

1

1

Oleh itu, formula empirik kuprum oksida = Cu1O1 = CuO

• Formula empirik bagi oksida logam yang kurang reaktif seperti besi oksida, stanum oksida, plumbum oksida  ditentukan secara penurunan oleh gas hidrogen

• Pengoksidaan atau pembakaran logam dalam udara  digunakan untuk menentukan formula empiric oksida logam yang lebih reaktif seperti magnesium oksida dan zink oksida

FORMULA MOLEKUL •FORMULA MOLEKUL SESUATU SEBATIAN MENUNJUKKAN BILANGAN SEBENAR SETIAP ATOM YANG HADIR Formula molekul = ( Formula empirik)n n = 1, 2, 3 ……

Dengan mengetahui jisim molar sesuatu sebatian, dapat menentukan nilai n dan seterusnya menentukan formula molekul sebatian itu. ( Formula empirik)n = Jisim Molar

CONTOH 1 Suatu sebatian mempunyai formula empirik CH2 . Jisim molekul sebatian tersebut ialah 56. Apakah formula molekul sebatian berikut? [ JAR: H=1, C=12]

PENYELESAIAN (CH2)n = Jisim molar (CH2)n = Jisim atom relatif n(12+2) = 56 14n = 56 n=4 Formula molekul : (CH2)n = (CH2)4 = C4H8

CONTOH 2 0.36g unsur karbon berpadu dengan 0.06g unsur hidrogen untuk membentuk hidrokarbon. jisim molekul relatif bagi hidrokarbon ini ialah 42. Hitung

(a)Formula empirik bagi hidrokarbon ini (b)Formula molekul bagi hidrokarbon ini [ JAR : C=12, O=16]

FORMULA ION

•Formula kimia suatu sebatian ion yang boleh

ditentukan sekiranya cas-cas kation (+ve) dan anion (-ve) diketahui.

•Formula kimia sebatian ion ditentukan dengan menyimbangkan cas-cas pada setiap ion.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF