: Kemalangan Melibatkan kecederaan Murid (Patah Tangan )
Nama Sekolah
:
Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu
Tarikh Kes/ Kejadian
:
09.04.2014 ( Rabu )
Tempat Kes/Kejadian
: Kawasan Sekolah ( Taman PJK )
Masa Kes/ Kejadian
:
Nama Guru
: Tuan Hj Mohd Yusuf bin Mydin Pitchai
Nama Murid Terlibat
: Kim Ju Jean ( 2 Zuhal )
9.48 pagi ( Waktu Rehat tahap 1 )
Ringkasan Kes Kejadian : Kejadian berlaku pada jam 9.48 pagi semasa rehat tahap 1 dimana peristiwa ini disedari oleh Tuan Hj Mohd Yusuf bin Pitchai Maidin ketika beliau dalam perjalanan ke kantin sekolah. Semasa menuju ke kantin sekolah Tuan Hj Mohd Yusuf telah didatangi oleh Kim Jun Jean murid tahun 2Z bersama kembarnya dan menyatakan kecederaan yang dialaminya. Tanpa berlengah Tuan Hj Mohd Yusuf terus membawa murid yang cedera itu ke pejabat sekolah dan memaklumkan kepada En Rozman bin Mohamad ( PK Kokurikulum ) yang kebetulan berada di pejabat sekolah. En Rozman terus mengarahkan Tuan Hj Mohd Yusuf menghubungi pihak ibubapa murid yang cedera itu memaklumkan kemalangan dan memaklumkan juga pihak sekolah meminta kebenaran untuk menghantar murid tersebut ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Selepas ibubapa murid tersebut dihubungi oleh oleh Tuan Hj Mohd Yusuf memaklumkan kepada En Rozman bahawa Ibubapa murid yang cedera akan hadir ke sekolah dan memaklumkan untuk membawa sendiri anak mereka yang cedera ke hospital. Pihak sekolah akur dengan kemahuan ibubapa murid yang mahu membawa murid yang cedera itu sendiri ke hospital ( Difahamkan ibubapa murid tersebut telah membawa murid yang cedera itu ke hospital swasta ) Sementara menunggu ibubapa murid itu hadir ke sekolah , pihak sekolah telah melakukan bantuan awal. Melihat kepada kecederaan yang dialami oleh murid tersebut berkaitan dengan kecedaran patah tangan pihak sekolah telah memanggil Pn Suraya bt Man Guru PBSM untuk membantu memasang anduh pada kecederaan yang dialami oleh murid. Lebih kurang jam 10.15 pagi ibubapa murid tersebut telah hadir ke Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu dan membawa pulang murid untuk mendapatkan rawatan di hospital pilihannya. Melalui perbualan dengan murid itu oleh Tuan Hj Mohd Yusuf yang bertanya kepada murid tersebut bagaimana kejadian itu terjadi, murid itu menjelaskan bahawa kemalangan itu berlaku ketika dia bermain pada satu tiang di kawasan taman PJK berdekatan kantin sekolah . Tuan Hj Mohd Yusuf juga bertanya adakah murid lain berada semasa kejadian itu. Murid tersebut menyatakan kemalangan itu berlaku tanpa ada tolakan atau rempuhan daripada murid dan tiada murid lain bersamanya . Pihak sekolah tidak dapat penjelasan seterusnya kerana murid tersedut telah ditukarkan ke SK St George Taiping. Tambahan pula tiada murid yang dapat memberi penjelasan kerana semasa kejadian murid tersebut berseorangan tanpa ada murid lain bersamanya. Pihak sekolah cuba mendapatkan
makluman berkaitan peristiwa itu melalui murid tahun 2. Tetapi tiada seorang murid menyedari kemalangan itu kerana semasa itu kebanyakan murid berada dikantin sekolah. Laporan di sediakan : ............................................ ROZMAN BIN MOHAMAD PK KOKURIKULUM SK KAMPUNG JAMBU 34000 TAIPING PERAK
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.