Format Kawalan Kehormatan

February 9, 2017 | Author: Mokhtar Abdullah | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Format Kawalan Kehormatan...

Description

PAKEJ LATIHAN RANCANGAN SESI PEMBELAJARAN TAJUK: FORMAT KAWAT PERBARISAN (KAWALAN KEHORMATAN)

DISEDIAKAN OLEH: SM MOKHTAR B. ABDULLAH CAWANGAN LATIHAN LUAR PULAPOL KUALA LUMPUR.

PAKEJ LATIHAN SESI TAJUK

: :

MASA OBJEKTIF

: :

BIL 1.

RANCANGAN SESI PEMBELAJARAN PERBARISAN ( Kawalan Kehormatan Penuh dengan Panji-Panji / Kawalan Kehormatan Separuh ) 45 MINIT Diakhir sesi ini peserta akan dapat : 1. Pengetahuan jenis-jenis Kawalan Kehormatan. 2. Menambah kemahiran dalam pengendalian Kawalan Kehormatan.

MASA 10 Minit

KANDUNGAN Pengenalan a. Jenis-jenis Kawalan Kehormatan b. Keanggotaan / Pakaian

2.

30 Minit

a. Cara- cara Perlaksanaan - Kumpulan Pegawai - Kumpulan Panji-Panji - Kumpulan Kawalan Kehormatan - Peserta Perbarisan

3.

5 Minit

RUMUSAN :Mengujudkan keseragaman dalam perlaksanaan pergerakan kawat, pakaian dan menanamkan semangat kerja secara berpasukan.

PROSES

ABM

Penerangan/Syarahan

Bendera, Tiang Bendera, Selepang, Senjata M 16, Benet

PENGENALAN: KAWALAN KEHORMATAN • KAWALAN KEHORMATAN PENUH DENGAN PANJI UTAMA KELAYAKAN MENERIMA TABIK HORMAT DAN PEMERIKSAAN BARIS. 1. YDH KETUA POLIS NEGARA 2. YAB PERDANA MENTERI 3. DYMM RAJA-RAJA ATAU TUAN YANG TERUTAMA (TYT). • KAWALAN KEHORMATAN DGN BENDERA SANG SAKA BIRU (TANPA PANJI UTAMA) KELAYAKAN MENERIMA TABIK HORMAT DAN PEMERIKSAAN BARIS. 1. YDH TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA 2. PENGARAH 3. PESURUHJAYA POLIS 4. KETUA POLIS 5. KOMANDER BRIGED PGA 6. KOMANDAN PUSAT LATIHAN NOTA: - RUJUKAN : KPN 17 / 16 / 1 / 15 BERTARIKH 15 SEPTEMBER 2005. (DALAM ARAHAN INI TIADA PULA MENYATAKAN KAWALAN KEHORMATAN PENUH ATAU KAWALAN KEHORMATAN SEPARUH). - PTKPN A109.

PENGENDALIAN PERBARISAN NO. 1.

TAJUK Jenis Kawalan

KATA PERINTAH / PERGERAKAN Bahagian ini hendaklah dibaca bersama Perintah Tetap Ketua Polis Negara A 109 Kawalan Kehormatan Kehormatan ( Guard of Honour ). Kawalan Kehormatan biasanya ditubuhkan dengan arahan pucuk pimpinan / Pegawai Pemerintah bagi pelaksanaan satusatu Upacara Rasmi seperti dinyatakan dalam HTKPN bahagian A 109. Terdapat 2 jenis atau bentuk Kawalan Kehormatan yang biasa ditubuhkan. Jenis / bentuk Kawalan Kehormatan adalah seperti berikut :-

1.1.

a.

Kawalan Kehormatan penuh dengan Panji Utama.

b.

Kawalan Kehormatan separuh tanpa Panji Utama.

Keanggotaan :a.

Kawalan Kehormatan penuh dengan Panji Utama. Terdiri dari 105 orang Pegawai Kanan, PRP dan APR seperti berikut :i ) PP. Baris ii) Pen. PP. Baris iii) Pembawa Panji Utama iv) S.I. Baris v) SM Pengiring Panji Utama vi) Pengiring Panji Utama vii) Penanda Kanan / Kiri viii) Anggota K. Kehormatan -

1 Pegawai berpangkat Supt/DSP 1 Pegawai berpangkat DSP/ASP 1 Pegawai berpangkat Inspektor 1 PRP berpangkat S. Inspektor 1 PRP berpangkat Sarjan Major 2 PRP berpangkat Sarjan 2 PRP berpangkat Sarjan 96 PRP/APR berpangkat Koperal/ Konstabel.

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN b.

Kawalan Kehormatan separuh tanpa Panji Utama. Terdiri dari 53 orang Pegawai Kanan, PRP dan APR seperti berikut :i ) PP. Baris ii) Pen. PP. Baris iii) SM Baris vi) Penanda Kanan / Kiri v) Anggota K. Kehormatan

1.2.

-

1 Pegawai berpangkat DSP/ASP 1 Pegawai berpangkat ASP/Insp 1 PRP berpangkat Sarjan Major 2 PRP berpangkat Sarjan 48 PRP/APR berpangkat Koperal/ Konstabel.

Pakaian. Pakaian bagi Pegawai dan Anggota Kawalan Kehormatan adalah seperti berikut :a.

Pakaian Istiadat No. 2 ( Special Ceremonial ) – Dipakai ketika Upacara Perbarisan yang dihadiri oleh DYMM SPB YDP Agong / Raja-Raja.

b.

Pakaian Istiadat No. 1 – Dipakai ketika Upacara Perbarisan yang dihadiri lain-lain pembesar negara.

c.

Pakaian seragam Unit ( Drill Order )

d.

Anggota Kawalan Kehormatan menggunakan senjatapi M.16 lengkap dengan benet.

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN 1.3.

Cara Perlaksanaan. Cara perlaksanaan Kawalan Kehormatan dilaksanakan dengan 3 cara seperti berikut :-

1.4.

a.

Panji Utama diarak masuk serentak/bersama Kawalan Kehormatan ke Medan Perbarisan.

b.

Panji Utama diarak masuk ke Medan Perbarisan setelah Kawalan Kehormatan mengambil tempat.

c.

Kawalan Kehormatan separuh tanpa Panji Utama masuk ke Medan Perbarisan.

Susuncara Perbarisan. 7.30 – 8.15 pagi - Ketibaan Pegawai Kanan dan Tetamu Jemputan. 8.05 pagi

- Pancaragam Pusat PDRM mengambil tempat.

8.10 pagi

- Anggota Perbarisan dan Kawalan Kehormatan mengambil Tempat.

8.15 pagi

- Panji Utama diarak masuk ke Medan Perbarisan ( Semua Pegawai Kanan & Anggota memberi tabik hormat )

8.20 pagi

- Ketibaan Pengarah-Pengarah PDRM.

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN 8.25 pagi

- Ketibaan YDH DIG Dato’ Sri Musa B. Dato’ Hj. Hassan, Timbalan Ketua Polis Negara ( Hormat Panglima )

8.30 pagi

- Ketibaan YDH IG Tan Sri Mohd Bakri B. Hj. Omar, Ketua Polis Negara ( Hormat Panglima ) - PP Baris melaporkan perbarisan. - Pemeriksaan Perbarisan dengan kenderaan oleh YDH Ketua Polis Negara diiringi Komandan PULAPOL, Kuala Lumpur. - Bacaan doa selamat. - Nyanyian lagu „ Negara Ku ‟ dan „ Sang Saka Biru ‟ - Perbarisan lintas hormat dalam perlahan dan cepat masa. - Penyampaian hadiah kepada peserta-peserta terbaik. - Ucapan Ketua Polis Negara. - Ikrar Taat Setia. - Tiga kali sorak „ Khidmat Mesra ‟ - Nyanyian lagu „ Amalan Kita ‟ dan „ Sedia Berkhidmat ‟ - Perbarisan mara untuk diperhati semula.

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN - Hormat Panglima – Hormat Senjata oleh Perbarisan. - PP Baris lapor mohon Panji Utama diarak keluar. - Panji Utama diarak keluar dari Medan Perbarisan ( Semua Pegawai Kanan & Anggota memberi tabik hormat ) - Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara, diiringi Komandan PULAPOL, Kuala Lumpur dan tetamu-tetamu jemputan beredar ke Dewan Pengaman untuk majlis jamuan ringan sambil beramah mesra dengan peserta perbarisan serta keluarga. - Bersurai.

1.5.

Perlaksanaan Perbarisan. a.

Panji Utama diarak masuk ke Medan Perbarisan setelah Kawalan Kehormatan mengambil tempat.

i)

Pasukan Pancaragam PDRM mengambil tempat. Pasukan Pancaragam PDRM masuk mengambil tempat 15 minit sebelum masa ketibaan yang pertama. Pancaragam PDRM berjalan masuk ke Medan Perbarisan (tempat yang telah ditetapkan). Pegawai Pemerintah Pancaragam mengatur dan menyusun kedudukan. Buble di bunyikan sebagai tanda pancaragam sudah siap sedia dan menandakan perbarisan bermula.

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN ii)

Panggilan penanda untuk masuk ambil tempat. Penanda, termasuk semua penanda detachment dan penanda kanan Kawalan Kehormatan yang diatur di sebelah kanan dan kiri tepi Medan Perbarisan. S.I. Baris – “ Tanda, Tanda – Sdia ” Anggota penanda buat pergerakan sedia dan jika bersenjata buat pergerakan rusuk senjata. S.I. Baris – “ Dari kiri, Cepat – Jalan ” Anggota penanda berjalan dalam cepat masa masuk ke Medan Perbarisan menuju tanda yang ditetapkan dan berhenti ditanda masing-masing. S.I. Baris – “ Menghadap ke hadapan, Kan dan Kiri – Sing ” Anggota penanda akan menghadap kehadapan ( ke kanan/kiri pusing ) dan diam dalam kedudukan sedia, rusuk senjata.

iii) Detachment masuk Medan Perbarisan. Detachment dan Kawalan Kehormatan ditempatkan di satu tempat yang bersesuaian di luar Medan Perbarisan. Penyelia Baris – “ Baris, Baris – Sdia ”

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN Semua anggota detachment dan Kawalan Kehormatan buat pergerakan sedia. Penyelia Baris – “ Rusuk – Ta ” Semua anggota detachment dan Kawalan Kehormatan buat pergerakan rusuk senjata. Penyelia Baris – “ Dari kiri, Cepat – Jalan ” Semua anggota detachment sahaja berjalan dalam cepat masa dibawa masuk ke Medan Perbarisan oleh SM/Sjn detachment menuju ke penanda masingmasing diiringi oleh Pancaragam PDRM. Apabila sampai dipenanda, SM/Sjn akan beri kata perintah berhenti dan diam menunggu perintah dari SI. Baris. S.I. Baris – “ Menghadap ke hadapan, Kanan/Kiri – Sing ” Semua detachment akan berpusing ke kanan/kiri menghadap kehadapan. Pada masa yang sama semua SM/Sjn berpusing ke belakang dan berjalan mengambil kedudukan di belakang platun detachment masing-masing. Semua detachment diam dalam kedudukan sedia/rusuk senjata. Setelah semua detachment siap menghadap kehadapan dan SM/Sjn detachment siap mengambil tempat masing-masing serta detachment dalam kedudukan sedia/rusuk senjata. Kawalan Kehormatan akan berjalan masuk mengambil tempat. Ketika Kawalan Kehormatan masuk mengambil tempat di Medan Perbarisan yang ditetapkan, kata perintah akan diberi oleh penanda kiri kawalan.

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN iv)

Kawalan Kehormatan masuk mengambil tempat di Medan Perbarisan. Sjn Penanda Kiri – “ Bergerak ke kanan/kiri, kanan/kiri – Sing ” Anggota Kawalan buat pergerakan kanan/kiri pusing. Sjn Penanda Kiri – “ Dari kanan/kiri, Cepat – Jalan ” Anggota Kawalan berjalan masuk ke Medan Perbarisan menuju penanda kanan yang berada ditempat yang telah ditetapkan dibawah kawalan penanda kiri dengan diiringi oleh pancaragam. Sjn Penanda Kiri – “ Kawalan – Ti ” Anggota Kawalan Kehormatan berhenti di tempat yang di tetapkan. Sjn Penanda Kiri – “ Menghadap ke hadapan, Kanan/Kiri – Sing ” Anggota Kawalan buat pergerakan ke kanan/kiri pusing untuk menghadap kehadapan dan diam dalam kedudukan sedia/rusuk senjata. Pada masa yang sama Penanda Kiri buat pergerakan pusing ke belakang dan ambil tempat sebagai penanda kiri. Setelah Kawalan siap mengambil tempat kedudukan dan menghadap ke hadapan S.I. Baris akan beri perintah selanjutnya. S.I. Baris – “ Baris, Turun – Ta ”

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN Semu anggota detachment/kawalan buat pergerakan turun senjata. SI Baris – “ Kawalan Kehormatn………,Jadikan Dua…. Barisan ” Anggota Kawalan Kehormatan buat pergerakan jadikan dua barisan. SI Baris – “ Buka Barisan…….. Gerak ”. Anggota barisan belakang Kawalan Kehormatan buat pergerakan buka barisan. SI Baris – “ Baris Ke Kanan……. Lurus ”. Semua anggota Kawalan dan anggota perbarisn buat pergerakan ke kanan lurus. (Pada masa ini penanda kanan akan berpusing kekanan dan ambil empat langkah dan berpusing kebelakng dan memberi arahn untuk meluruskan barisn hadapan dan belakng. Setelah itu penanda kanan balik ambil kedudukan jarak 4 langkah dari barisan hadapan dan pusing ke kiri tunggu perintah seterusnya. SI Baris – “ Baris…… Pandang Depan ”. Semu nggota Detachment dan kawakn kehormatn pandang depan. Pada masa yang sama penanda kanan kawalan kehormatan balik ambil kedudukan asal se bagai penanda kanan. SI Baris – “ Baris…… Senang Diri ”. Semua anggota Kawalan dan detachment buat pergerakan senang diri.

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN Kemudian SI Baris akan ambil tempat dihadapan kawalan kehormatan untuk serah baris kepada Pegawai Pemerintah Baris. (PP Baris). Pad msa ini juga Penolong PP Baris dan Pegawai-Pegawai Platun detachment ambil tempat yang ditetapkan sebelum masuk mengambil tempat yang sebenanya dalam kedudukan senang diri. v) Penyerahan bari oleh SI Baris kepada PP Baris. PP Baris mengambil tempat untuk menerima baris dari SI Baris. SI Baris – “ Baris - Baris, Sedia ”. Semua anggota perbarisn buat pergerakan sedia. SI Baris – “ Rusuk - Ta ” Semua anggota Kawalan Kehormatan dan detachment buat pergerakan rusuk senjata. SI Baris mara kehadapan melapor dan serah baris. Selesai melapor dan menyerah baris kepada PP Baris, SI Baris pusing separuh kanan dan berjalan, berhenti ditempat yang ditetapkan dan menghadap kehadapan. vi) Pen P.P. Baris dan Pegawai Detachment ambil tempat. P.P. Baris – “ Baris, Turun – Ta ” Semua anggota Kawalan Kehormatan dan detachment buat pergerakan turun senjata. PP Baris – “ Pegawai - Ambil Tempat ” Penolong PP Baris dan Pegawai detachment buat pergerakan sedia dan berjalan untuk ambil tempat yang disediakan dihadapan platun detachment.

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN Pen P.P. Baris dan pegawai detachment berhenti dan berpusing menghadap ke hadapan dan diam. PP Baris – “ Pegawai, Hunus – Pedang ” PP Baris, Pen. PP Baris serta Pegawai detachment buat pergerakan serentak hunus pedang.

PP Baris – “ Baris - Senang Dri ” Pen. PP Baris, Pegawai detachment dan anggta perbarisan buat pergerakan senang diri. Kemudian PP Baris berjalan mengambil tempat yang ditetapkan dan berhenti menghadap kehadapan dan senang diri ( bahagian kanan Kawalan Kehormatan). vii) Panji Utama diarak masuk. ( Sebaik saja PP Baris mengambil tempat dan senang diri, Pengacara akan mengumumkan Panji Utama akan diarak masuk ke Medan Perbarisan, PP Baris akan beri perintah seterusnya. PP Baris – “ Baris - Baris, Sdia ” Semua angguta perbarisan membuat pergerakan sedia. PP Baris – “ Rusuk – Ta ” Semua angguta perbarisan buat pergerakan rusuk senjata. PP Baris – “ Kepada Panji Utama, Hormat - Ta ” Semua anggota Kawalan dan detachment yang membawa senjata buat

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN buat pergerakan hormat senjata dan yang tidak membawa senjata buat pergerakan hormat tangan. PP Baris, Pen PP Baris dan pegawai-pegawai detachment buat pergerakan hormat pedang. Peg. Pembawa Panji Utama – “ Panji-Panji – Ti ” Kumpulan Panji Utama buat pergerakan berhenti kecuali SM Pengiring berjalan terus mengambil tempat di hadapan SI Baris. Kumpulan tambor berjalan terus mengambil tempat bersama-sama pancaragam. Peg. Pembawa Panji Utama – “ Menghadap ke hadapan, Belakang – Sing ” Peg. Pembawa Panji Utama buat pergerakan ke belakang pusing. Peg. Pembawa Panji Utama – “ Pengiring, Hormat – Ta ”

Pengiring Panji Utama buat pergerakan hormat senjata dan SM Pengiring hormat tangan. Kemudian kata perintah seterusnya akan diberi oleh PP Baris. PP Baris – “ Baris, Rusuk – Ta ” Semua anggota Kawalan Kehormatan dan detachment buat pergerakan rusuk senjata dan turun tangan. PP Baris – “ Baris, Turun – Ta ” Semua anggota Kawalan Kehormatan dan detachment buat pergerakan turun senjata. PP Baris – “ Baris, Senang – Dri ” Semua anggota perbarisan buat pergerakan senang diri dan diam menanti ketibaan.

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN Pada masa yang sama PP Baris, Pen. PP Baris dan Pegawai detachment buat pergerakan senang diri dengan pedang. Pegawai Panji Utama buat pergerakan senang diri dengan membawa turun Panji Utama ke tepi/rusuk badan disebelah kanan. ( Pada masa ini perbarisan sudah siap menanti ketibaan penerima tabek hormat ). viii) Ketibaan penerima tabek hormat.

Pengacara majlis mengumumkan ketibaan penerima tabek hormat. Sebaik sahaja pengumuman dibuat oleh pengacara, PP Baris akan beri perintah baris sedia. PP Baris – “ Baris, Baris - Sdia ” Semua anggota perbarisan buat pergerakan sedia.

PP Baris – “ Kawalan Kehormatan, Rusuk – Ta ” Semua anggota Kawalan Kehormatan buat pergerakan rusuk senjata. Lain-lain anggota detachment diam dalam kedudukan sedia. PP Baris – “ Hormat Di Raja, Hormat - Ta ” Semasa hormat Di Raja, lagu Negara Ku akan dimainkan oleh pancaragam PDRM. Semua anggota Kawalan Kehormatan buat pergerakan hormat senjata. PP Baris, Pen. PP Baris dan Pegawai-pegawai detachment buat pergerakan hormat pedang. Pegawai Pembawa Panji Utama buat pergerakan tundukkan Panji ( Dip ) mengikut lagu Negara Ku. Selesai pergerakan tundukkan Panji, dengar isyarat dari pancaragam PP Baris akan buat pergerakan jajar dan tegak pedang serentak dengan itu Pegawai Pembawa Panji Utama akan buat pergerakan sedia Panji. ( angkat Panji masuk ke dalam selepang dan balek ke kedudukan sedia ).

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN ix) PP Baris melapor perbarisan dan pemeriksaan baris. Pada masa ini kedudukan anggota Kawalan Kehormatan adalah dalam kedudu kan hormat senjata. PP Baris berjalan ke hadapan untuk melapor perbarisan kepada penerima tabik hormat. PP Baris akan mengiringi penerima tabik hormat bagi memeriksa Kawalan Kehormatan ( dengan berjalan kaki ). Apabila Pegawai Pemeriksa menghampiri sebelah kanan barisan hadapan ( jarak 8 langkah ), Sjn Pengiring Panji akan bagi perintah “ Up ” dan anggota barisan hadapan Kawalan Kehormatan buat pergerakan pandang kanan. Kemudian apabila Pemeriksa Baris melintasi anggota Kawalan, anggota Kawalan tersebut dikehendaki memandang mengikuti pergerakan Pemeriksa Baris sehingga muka berpaling ke kiri berturut-turut dan diam ( dalam keadaan muka berpaling ke kiri ) Apabila Pegawai Pemeriksa sampai kepada anggota ke 5 terakhir Kawalan barisan hadapan, anggota no 24 barisan belakang akan beri perintah “ Up ” dan semua anggota Kawalan barisan belakang memandang ke kiri. Perbuatan yang sama dilakukan semasa Pemeriksa Baris melintasi anggota Kawalan barisan belakang. Bagi barisan hadapan Kawalan ( dalam kedudukan pandang kiri ). Apabila Pegawai Pemeriksa habir memeriksa barisan hadapan dan membelok ke kiri untuk pemeriksaan barisan belakang, Sjn Pengiring bagi perintah “Up” dan semua anggota barisan hadapan buat pergerakan pandang ke hadapan. Apabila Pegawai Pemeriksa Baris selesai memeriksa barisan belakang Kawalan dan semasa membelok ke kiri untuk balek ke Pentas Hormat, anggota no 24 barisan belakang Kawalan beri perintah “ Up ” dan semua anggota barisan belakang buat pergerakan pandang ke hadapan. PP Baris ambil tempat asal sebagai PP Baris. Apabila Pegawai Pemeriksa Baris berada di pentas hormat, PP Baris akan beri perintah seterusnya.

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN PP Baris – “ Kawalan Kehormatan, Rusuk – Ta ” Anggota Kawalan Kehormatan buat pergerakan rusuk senjata. PP Baris – “ Turun – Ta ” Anggota Kawalan Kehormatan buat pergerakan turun senjata.

PP Baris – “ Baris, Senang – Dri ” Semua anggota perbarisan membuat pergerakan senang diri. x) Bacaan Doa Selamat. Pengacara Majlis mengumumkan upacara bacaan doa selamat. Sebelum beri kata perintah PP Baris buat pergerakan sedia terlebih dahulu. PP Baris – “ Baris, Baris – Sdia ” Semua anggota perbarisan membuat pergerakan sedia. Pegawai Pembawa Panji buat pergerakan sedia Panji. PP Baris – “ Kalih – Ta ” PP Baris, Pen PP Baris dan Pegawai detachment buat pergerakan kalih pedang ke tangan kiri, anggota perbarisan buat pergerakan kalih senjata dan balek ke kedudukan sedia. Angkat tangan kanan 45 darjah dan tapak tangan menghala ke atas mengikut Drum Roll dari pancaragam hujung jari separas bahu kanan. Semua anggota perbarisan menyebut perkataan “Amin” dipermulaan dan di akhir bacaan doa. Selesai bacaan doa turun tangan kanan balek ke kedudukan sedia mengikut Drum Roll. Setelah itu PP Baris memberi kata perintah “ Baris, Baris – Sdia ”. PP Baris, Pen PP Baris dan Pegawai detachment buat pergerakan kalih pedang ke tangan kanan. Semua anggota

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN buat pergerakan kalih senjata dari tengah badan ke tangan kanan balek ke kedudukan sedia. xi) Nyanyian lagu Negara Ku dan Sang Saka Biru. Pengacara Majlis mengumumkan upacara Nyanyian lagu Negara Ku dan Sang Saka Biru. Semua anggota perbarisan akan menyanyi dengan iringan dari pancaragam PDRM. xii) Baris berjalan lalu ( Lintas Hormat ) Pengacara Majlis mengumumkan Upacara Berjalan lalu dalam perlahan dan cepat masa. PP Baris akan memeberi kata perintah seterusnya :PP Baris – “ Baris, Rusuk - Ta ”

Semua anggota perbarisan membuat pergerakan rusuk senjata dari turun senjata. PP Baris – “ Baris akan berjalan lalu, dalam perlahan dan cepat masa, Kawalan Kehormatan dahulu, Baris, bergerak ke kanan, Kanan – Sing ” Semua anggota perbarisan berpusing ke kanan. PP Baris – “ Kawalan Kehormatan, dari kiri perlahan – Jalan ” Anggota Kawalan Kehormatan buat pergerakan berjalan perlahan mulai dengan kaki kanan dengan iringan pancaragam. Setelah berjalan dan sampai ditempat yang ditetapkan belok ke kiri dan berjalan terus. PP Baris – “ Kawalan Kehormatan, menghadap ke hadapan, Kiri – Sing ” Anggota Kawalan Kehormatan membuat pergerakan berpusing ke kiri dan

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN terus berjalan menghadap ke hadapan dalam keadaan melintang, jarak di antara anggota adalah satu siku. Apabila sampai ke suatu tanda yang telah ditetapkan PP Baris beri perintah pandang kanan. PP Baris – “ Kawalan Kehormatan, Dari Kanan, Pandang – Kanan ” PP Baris dan Pen PP Baris membuat pergerakan hormat pedang samasa jalan perlahan. Pegawai Pembawa Panji akan buat pergerakan tunduk ( Dip ) Panji. Semua anggota Kawalan Kehormatan buat pergerakan pandang kanan kecuali penanda kanan. Apabila sampai ke suatu tempat yang telah ditetapkan PP Baris akan beri kata perintah seterusnya :PP Baris – “ Kawalan Kehormatan, Pandang – Depan ” PP Baris dan Pen PP Baris akan membuat pergerakan jajar dan tegak pedang. Pegawai Pembawa Panji Utama buat pergerakan angkat panji dan masuk ke dalam selepang balek kedudukan asal. Anggota Kawalan buat pergerakan pandang hadapan. Kawalan terus berjalan perlahan sehingga ke suatu tempat untuk berpusing ke kanan. PP Baris – “ Kawalan Kehormatan, Bergerak ke Kanan, Kanan – Sing ” Anggota Kawalan buat pergerakan pusing kanan, belok ke kiri berjalan terus sampai di suatu tempat ditetapkan belok ke kiri berjalan terus sampai di suatu tempat ditetapkan sekali lagi belok ke kiri masuk balek ke laluan asal. Terus berjalan sehingga dapat isyarat dari pancaragam untuk langkah perlahan kepada cepat jalan. Semasa berjalan cepat kata perintah yang diberi adalah sama. Semasa padang kanan PP Baris dan Pen PP Baris tidak membuat pergerakan hormat pedang hanya memandang ke kanan. Pegawai Pembawa Panji tidak membuat pergerakan tunduk ( Dip ) Panji hanya melepaskan pegangan kain panji, lainlain pergerakan adalah sama.

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN Setelah selesai lintas hormat dalam cepat jalan dan balik ke laluan asal dan berhenti ditempat permulaan dengan kata perintah dari PP Baris. PP Baris – “ Kawalan Kehormatan, Kawalan Ti ” Semua anggota Kawalan membuat pergerakan berhenti. PP Baris – “ Menghadap Ke Hadapan, Kiri - Sing ” Anggota kawalan buat pergerakan ke kiri pusing, menghadap ke hadapan dan diam. Bagi detachment-detachment berjalan cepat dalam jarak yang ditetapkan dan berhenti berturut-turut ditempat permulaan serta menghadap ke hadapan PP Baris akan memberi kata perintah seterusnya. PP Baris – “ Baris, Turun – Ta ”

Semua anggota Kawalan dan Detachment buat pergerakan turun senjata. PP Baris – “ Baris, Ke Tengah – Lurus ” Semua anggota Kawalan Kehormatan dan Detachment buat pergerakan ke Tengah Lurus, pandang kanan dan kiri dan ambil lurus dari tengah. PP Baris, Pen PP Baris dan Pegawai detachment buat pergerakan pusing belakang menghadap perbarisan dan ambil kedudukan. Pegawai Pembawa Panji ambil kedudukan asal dan diam. Pergerakan ini hendaklah dilakukan seberapa cepat yang boleh. PP Baris – “ Pandang – Depan ” PP Baris, Pen PP Baris dan Pegawai detachment buat pergerakan belakang pusing menghadap ke hadapan semula. Semua anggota perbarisan membuat pergerakan pandang depan ( pusingkan muka ke kanan/kiri ).

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN PP Baris – “ Baris, Senang - Dri ” Semua anggota perbarisan membuat pergerakan senang diri dan diam. PP Baris, Pen PP Baris dan Pegawai Detachment buat pergerakan senang diri dan pedang disendingkan ke bahu kanan. Pegawai Pembawa Panji Utama buat pergerakan bawa Panji keluar dari selepang dan bawa turun ke sisi sebelah kanan badan.

xiii) Penyampaian sijil/hadiah. Upacara ini akan diumumkan oleh pengacara majlis, kata perintah akan diberi oleh PP Baris. Sebelum kata perintah diberi, PP Baris buat pergerakan sedia terlebih dahulu. Anggota perbarisan dalam kedudukan senang diri. PP Baris – “ Penerima sijil/hadial, ambil – Tempat ”

Setelah memberi kata perintah, PP Baris balik ke kedudukan senang diri. Penerima-penerima sijil/hadiah buat pergerakan sedia, baring senjata dan mara kehadapan menuju ke tempat yang telah ditetapkan. Setelah menerima sijil/hadiah, penerima balek ke tempat asal, buat pergerakan berhenti, angkat senjata dan senang diri. Setelah selesai upacara penerimaan sijil/hadiah, pengacara majlis mengumumkan upacara ucapan Penerima Tabek Hormat. xiv) Ucapan Penerima Tabek Hormat. Semua anggota perbarisan dalam kedudukan senang diri. Selesai ucapan, pengacara majlis seterusnya mengumumkan upacara Ikrar Taat Setia. xv) Ikrar Taat Setia PP Baris buat pergerakan sedia bersendirian dan beri kata perintah :PP Baris – “ Baris, Baris – Sdia ”

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN Semua anggota perbarisan buat pergerakan sedia. Pegawai Pembawa Panji buat pergerakan sedia Panji. PP Baris – “ Baris, Kalih – Ta ” PP Baris, Pen PP Baris dan Pegawai detachment buat pergerakan kalih pedang ke tangan kiri, anggota perbarisan buat pergerakan kalih senjata dan balek ke kedudukan sedia. Angkat tangan kanan di sebelah bahu kanan, siku rapat ke rusuk dan tapak tangan menghala ke hadapan mengikut Drum Roll dari pancaragam, jari rapat menghala ke atas. Upacara Ikrar akan di ketuai oleh PP Baris. Selesai upacara ikrar semua anggota perbarisan turun tangan balek ke kedudukan sedia mengikut Drum Roll dari pancaragam. xvi) Tiga kali sorak “ Khidmat Mesra ” Upacara ini akan diumumkan oleh pengacara majlis, kata perintah akan diberi oleh PP Baris. PP Baris – “ Tiga kali sorak Khidmat Mesra untuk masyarakat dan negara, - Khidmat ” Anggota Perbarisan – “ Mesra ” Setelah selesai tiga kali sorakan, PP Baris memberi kata perintah seterusnya. PP Baris - “ Baris, Baris – Sdia ” PP Baris, Pen PP Baris dan Pegawai detachment buat pergerakan kalih pedang ke tangan kanan. Semua anggota buat pergerakan kalih senjata dari tengah badan ke tangan kanan balek ke kedudukan sedia. Setelah itu Pengacara majlis mengumumkan Upacara Nyanyian lagu “ Amalan Kita ” dan “ Sedia Berkhidmat ”

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN xvii) Nyanyian lagu “ Amalan Kita ” dan “ Sedia Berkhidmat ” Semua anggota perbarisan akan menyanyikan kedua-dua lagu tersebut dengan iringan pancaragam PDRM. Selesai nyanyian pengacara akan mengumumkan perbarisan mara untuk diperhati semula. Kata perintah dari PP Baris. xviii) Perbarisan mara untuk diperhati semula. PP Baris – “ Baris, Rusuk – Ta ” Semua anggota perbarisan membuat pergerakan rusuk senjata. PP Baris – “ Baris akan mara ke hadapan untuk diperhati semula, Dari tengah, cepat – Jalan ”

Semua anggota perbarisan akan berjalan ( mara ) kehadapan dimulai kaki kanan dengan kiraan 14 langkah dan berhenti. PP Baris – “ Hormat Di Raja, Hormat – Ta ” Semasa Hormat Di Raja, lagu Negara Ku akan dimainkan oleh pancaragam PDRM. Semua anggota perbarisan akan membuat pergerakan hormat senjata. PP Baris, Pen. PP Baris dan Pegawai-pegawai detachment buat pergerakan hormat pedang. Pegawai Pembawa Panji Utama buat pergerakan tundukkan Panji ( Dip ) mengikut lagu Negara Ku. PP Baris – “ Baris, Rusuk – Ta ” PP Baris, Pen PP Baris dan Pegawai detachment buat pergerakan jajar dan tegak pedang dan balek ke kedudukan sedia. Pegawai Pembawa Panji angkat Panji tegak dan masuk ke dalam selepang dan balek dalam kedudukan sedia Panji. Semua anggota perbarisan buat pergerakan rusuk senjata.

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN xix) Melapor perbarisan tamat dan mohon izin untuk mengeluarkan Panji Utama. PP Baris mara mohon izin untuk mengeluarkan Panji Utama dari Medan Perbarisan. Tindakan/perbuatan PP Baris adalah seperti berikut :a. b. c. d.

Mara ke hadapan dan berhenti Buat pergerakan Hormat Pedang. Melapor perbarisan tamat dan mohon izin Mengarak keluar Panji Utama Buat pergerakan Hormat Pedang dan pusing separuh kanan balek ke tempat asal sebagai PP Baris.

Apabila PP Baris siap mengambil tempat, Pengacara majlis mengumumkan Panji Utama akan di arak keluar medan. Selesai pengumuman Kumpulan Bag Pipe akan mara masuk di belakang kumpulan Panji.

xx) Mengarak keluar Panji Utama dari Medan Perbarisan. PP Baris – “ Baris, kepada Panji Utama, Hormat – Ta ” PP Baris, Pen PP Baris dan Pegawai detachment akan buat pergerakan hormat pedang. Semua anggota perbarisan buat pergerakan hormat senjata, kecuali Kumpulan Panji. Kata perintah seterusnya dari Pegawai Pembawa Panji Utama. Pegawai Pembawa Panji - “ Panji-Panji, Dari tengah, Cepat – Jalan ” Kumpulan Panji-Panji berjalan ke hadapan, belok kiri/kanan dan berjalan keluar dari Medan Perbarisan dengan diiringi muzik dari kumpulan bag pipe dan berhenti di satu tempat ditetapkan. Sebaik sahaja kumpulan Panji keluar dari Medan Perbarisan dan berhenti,PP baris akan beri kata perintah seterusnya. PP Baris – “ Baris, Rusuk – Ta ”

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN Semua anggota perbarisan buat pergerakan rusuk senjata dan diam. PP Baris, Pen PP Baris dan Pegawai detachment buat pergerakan jajar dan tegak pedang. Selepas pergerakan ini pengacara mengumumkan upacara perbarisan tamat dan menjemput para tetamu ke majlis jamuan. Apabila penerima tabek hormat beredar dari Pentas Hormat, PP Baris mara kehadapan, berhenti dan pusing ke belakang menghadap perbarisan dan beri perintah seterusnya. PP Baris – “ Baris, Turun – Ta ” Semua anggota perbarisan buat pergerakan turun senjata. PP Baris – “ Pegawai, Sarongkan – Pedang ” PP Baris, Pen PP Baris dan Pegawai detachment buat pergerakan sarongkan pedang.

PP Baris - “ Ke Kanan – Sing ” Pen PP Baris dan Pegawai detachment buat pergerakan ke kanan pusing. PP Baris – “ Cepat – Jalan ” Pen PP Baris dan Pegawai detachment berjalan menuju kepada PP Baris dan berhenti dalam satu barisan melintang di hadapan PP Baris. Kata perintah seterusnya diberi oleh Pen. PP Baris. Pen PP Baris – “ Pegawai kehadapan – Hormat ” Semua pegawai buat pergerakan tabek hormat kepada PP Baris. Setelah itu berjalan kehadapan berhenti satu barisan di belakang PP Baris, ke belakang pusing menghadap perbarisan dan diam. Setelah siap Pen PP Baris dan Pegawai detachment ambil tempat PP Baris akan beri perintah seterusnya.

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN xxi) Penyerahan perbarisan kepada S.I. Baris. PP Baris – “ S.I. Baris ” S.I. Baris menyahut panggilan PP Baris dengan perkataan “ Tuan ”. S.I. Baris akan mara kehadapan dan berhenti di hadapan PP Baris, beri hormat dan tunggu arahan daripada PP Baris. PP Baris beri arahan bawa keluar anggota perbarisan dari Medan Perbarisan. S.I. Baris beri hormat sekali lagi dan diam. Selesai serah baris PP Baris beri perintah berikut kepada pegawai-pegawai untuk keluar Medan Perbarisan. PP Baris – “ Pegawai, bergerak ke kanan/kiri dalam satu barisan, kanan/kiri – Sing ” PP Baris dan pegawai-pegawai buat pergerakan ke kanan/kiri pusing.

PP Baris – “ Jadikan 2 barisan, dari kan/kiri, Cepat – Jalan ” PP Baris dan pegawai-pegawai sambil berjalan buat 2 barisan di bawa oleh PP Baris keluar dari Medan Perbarisan. Sebaik sahaja pegawai berjalan keluar Medan Perbarisan, S.I. Baris buat pergerakan pusing ke belakang menghadap kepada perbarisan dan beri perintah seterusnya. S.I. Baris – “ Baris, Senang – Diri ” Semua anggota perbarisan buat pergerakan senang diri. Pada masa ini S.I. Baris sampaikan arahan. Setelah selesai, beri perintah seterusnya. S.I. Baris – “ Baris, Baris – Sdia ” Semua anggota perbarisan buat pergerakan sedia.

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN S.I. Baris – “ Kawalan Kehormatan, Tutup barisan – Grak ” Anggota Kawalan Kehormatan sahaja buat pergerakan tutup barisan. S.I. Baris – “ Kawalan Kehormatan, Jadikan Tiga – Barisan ” Anggota Kawalan Kehormatan buat pergerakan jadikan tiga barisan.

S.I. Baris – “ Kawalan Kehormatan, Ke Kanan – Lurus ” Anggota Kawalan Kehormatan buat pergerakan ke Kanan Lurus. S.I. Baris – “ Pandang – Depan ” Anggota Kawalan Kehormatan buat pergerakan pandang depan.

S.I. Baris – “ Baris akan menanggal benet – Tanggal ” Semua anggota perbarisan buat pergerakan tanggal benet dalam kedudukan tangan kanan pegang pada hulu benet dan tangan kiri memegang laras senjata dalam kedudukan senjata dikepit dengan kedua-dua lutut bengkok sedikit. S.I. Baris – “ Baris – Benet ” Semua anggota perbarisan membuat pergerakan sarungkan benet dengan tangan kanan, tangan kiri pegang sarung benet dan senjata masih dikepit dengan kedua-dua lutut. S.I. Baris – “ Baris, Baris – Sdia ” Semua anggota perbarisan buat pergerakan balek kepada kedudukan sedia. S.I. Baris – “ Baris, Rusuk – Ta ”

NO.

TAJUK

KATA PERINTAH / PERGERAKAN Semua anggota perbarisan membuat pergerakan rusuk senjata. S.I. Baris – “ Bergerak ke kanan/kiri, kanan/kiri – Sing “ Semua anggota perbarisan buat pergerakan pusing ke kanan/kiri. S.I. Baris – “ Dari kanan/kiri, Cepat – Jalan ”

Semua anggota perbarisan berjalan keluar Medan Perbarisan dengan diiringi lagu dari pancaragam PDRM menuju ke tempat yang ditetapkan dan bersurai. Setelah semua anggota perbarisan berjalan keluar dari Medan Perbarisan, berhenti dan bersurai anggota pancaragam PDRM pusing kanan/kiri, berjalan keluar dari Medan Perbarisan menuju ke tempat yang telah ditetapkan dan bersurai. UPACARA PERBARISAN TAMAT.

CONTOH KAWAT PERBARISAN

CONTOH KAWAT PERBARISAN 2

CONTOH KAWAT PERBARISAN 3 – KAWAL BERJALAN LALU / MELINTAS HORMAT

KUMPULAN PLATUN BERJALAN LALU / MELINTAS HORMAT

MENERIMA / MEMBALAS TABEK HORMAT

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF