Folio Sejarah Tingkatan 2
September 16, 2017 | Author: Ayem | Category: N/A
Short Description
Folio Sejarah Tingkatan 2 Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan Kedaulatan Bangsa...
Description
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Dol Said ______________________________________
Folio Sejarah ______________________________________
Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan Kedaulatan Bangsa
Nama : Muhammad Ibrahim Fikri bin Rawi Tingkatan : 2 Alfa Guru Pembimbing : En. Mohd Fareed bin Yusof
Isi Kandungan Bil 1 2 3
Perkara Perhargaan Objektif Kajian Dato’ Maharaja Lela Pejuang
Muka Surat 3 4 5-9
4
Kebanggaan Perak Dato’ Bahaman Pahlawan
10 - 13
5 6 7 8
Pahang Mat Salleh Menyanggah SBUB Tok Janggut Pejuang Jihad Rumusan Rujukan
14 - 17 18 - 21 22 - 23 24
Penghargaan Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ibu bapa tersayang 2
yang telah memberi banyak sokongan dan semangat kepada saya bagi menyempurnakan folio ini. Selain itu, ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang memberi
pelbagai
menggunakan
bantuan
kemudahan
serta di
kebenaran
sekolah
untuk
menjalankan Folio Sejarah ini dan guru subjek Sejarah saya, Encik Mohd Fareed bin Yusof yang telah
banyak
memberi
panduan,
nasihat
serta
bimbingan untuk menyiapkan folio ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan kelas saya yang telah memberi kerjasama
serta
sumbangan
semasa
folio
ini
dilalukan.
Objektif Kajian
3
Objektif utama kajian ini adalah untuk memenuhi keperluan sukatan mata pelajaran Sejarah Tingkatan Dua. Antara objektif kajian yang ingin dicapai ialah : • Mengetahui peristiwa-peristiwa penting semasa penjajahan. •
Mengetahui bahawa penjajahan menyebabkan penderitaan dan penghinaan.
• Memahami
dan
menyedari
sebab-sebab
penentangan dan kesan-kesannya. •
Menjadikan
iktibar
dan
pengajaran
sebagai
panduan masa kini dan masa hadapan. •
Mempelajari semangat patriotisme serta bangga akan
negara
sendiri
mereka
yang
mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan negara, pahlawan tanah air telah berjuang bersama
-
sama
rakyat
tempatan
untuk
menentang penjajah.
Dato’ Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak 4
Latar Belakang Dato Maharaja Lala ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak. Pada November 1874 , Perak menerima Residen British iaitu J.W.W. Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor. Pelantikan itu menimbulkan konflik antara Brich , sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.
Faktor Penentangan
5
(a)Mengambil Hak Mengutip Cukai Pada 24 Julai 1875 , Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharkan yang membolehkan British
mengambil
hak
mengutip
cukai.
Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor. (b)Mencabar Ketuanan Melayu Kemarahan sultan dan pemesar Perak memuncak. Pada 2 Oktober 1875 , Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharkan penyerahan kuasa kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen. Residen berkuasa melantik hakim , mengurus
kutipan
cukai
dan
melantik
penghulu.
(c)Memperkenalkan Cukai Baru
6
Birch bertindak sesuka hati. Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi , perahu , atap , senjatah dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin. (d)Mencabuli Adat Resam Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak
apabila
beliau
mengharamkan
amalan
perhambaan yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan di rumahnya.
Peristiwa Penentangan •
7
Raja Abdullah , Raja Ismail dan Dato’Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang. Mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch . Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor , Pandak Indut
Sepuntum
menawarkan
diri
untuk
membunuhnya . Mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak . Pada 2 November 1875 , Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch . Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela dan
Dato’
Sagor
memimpin
perjuangan
mempertahankan Pasir Salak . Pasukan British dikalahkan
dan
Kapten
Innes
terkorban
.
Pertempuran ini dikenali sebagai “Perang Perak” dan berlaku hampir setengah tahun . Pada 7 November 1875 , pertempuran berlaku di Bandar Tua . Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India dan 8
Hong Kong . Kesan Penentangan Pada tahun 1877 , Dato’ Maharaja Lela , Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai mati di Matang , Perak . Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi . Raja Ismail dibuang negeri ke Johor . British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan penjajah.
keangkuhannya
sebagai
kuasa
Dato’ Maharaja Lela menjadi simbol
kepahlawanan orang Melayu.
Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang
9
Latar Belakang Nama sebenarnya Abdul Rahman Bin Imam Noh. Dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor. Dilantik
sebagai
pembesar
Temerloh
setelah
kematian Orang Kaya Indera Segera. Dato’ Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang.
Faktor Penentangan 10
(a) Hilang Hak Mengutip Cukai Dato’ Bahaman menentang tindakan British melantik E.A.Wise sebagai pengawai majistret dan pemungut hasil di daerah Temerloh. Dato’ Bahaman dilarang mengutik cukai di daerah kekuasaannya iaitu di Temerloh. (b) Pembinaan Balai Polis Pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato’Bahaman. Konflik antara kedua-duanya menjadi lebih serius. Dato’ Bahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya. (c) Perlucutan Gelaran Hugh Cliffod menganggap Dato’ Bahaman sebagai penderhaka kerana enggan mematuhi arahan British. British memaksa Sultan Ahmah melucutkan gelaran Dato’Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Tindakan British memalukan Dato’Bahaman dan beliau bersumpah menghalau keluar British dari Pahang. Peristiwa Penentangan 11
Pada 16 Disember 1891 , British menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran . Tindakan British itu menyebabkan Dato’ Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua . Peristiwa ini mencetuskan peperangan. Pada 26 Disember 1891 , Hugh Clifford mengetuai
pasukan
200
orang
tentera
untuk
menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran di Kelubi. Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan daripada Singapura. Pada Januari 1892,
British
memaksa
Sultan
Wan
Ahmad
menamatkan kebangkitan rakyat Pahang. Pasukan tentera dinamakan “Gerakan Sultan” yang disertai oleh J.P.Rodger ditumbuhkan. British membekalkan 200 pucuk senapang dan 1000 butir peluru. Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan 11 kubu Dato’Bahaman di Bentong Pada Mac 1892 , British sekali lagi menyerang Lubuh Terua. Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu . Di Terengganu , Ulama Tok Ku Palah menyemarakkan semagat pejuang Pahang berjihad 12
menentang
British.
Pada
14
Jun
1894,
Dato’
Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai . British bertindak balas menghantar Kolobel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai. Dato’Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang. Kesan Penentangan Dato’ Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang British . Kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme oleh pahlawan
Pahang.
Kebangkitan
ini
berlansung
selama 4 tahun iaitu dari 1891-1894 . British terpaksa menanggung hutang yang banyak. Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.
13
Mat Salleh Menyanggah SBUB
Latar Belakang Nama sebenar Dato Mohammad Salleh Bin Dato Batu. Dilahirkan di Inanam dan menjadi pemerintah Sungai Sugut. Mewarisi berperang.
sifat
Berketurunan kepahlawanan
Kebangkitan
Mat
Bajau
dan
Suluk.
dan
keberanian
Salleh
merupakan
kebangkitan paling besar dalam sejarah penentangan di Sabah.
14
Faktor Penentangan (a) Perjuang Jihad Kebangkitan
berpunca
daripada
semangat
perjuangan jihad orang Sulu menentang Sepanyol di selatan Filipina . (b) Peraturan Yang Membebankan SBUB memperkenalkan peraturan baru di Sabah seperti amalan buruh paksa , cukai beras dan lesen perahu yang membebankan rakyat . (c) Percubaan Berunding Gagal Pada Ogas 1895, Mat Salleh dan pembesar tempatan ke Sandakan
untuk menemui Gabenor Beaufort,
C.V.Creagh. Tujuan untuk berunding tentang masalah cukai dan tindakan terhadap
penduduk
pembesar-pembesar
kekerasan pegawai SBUB tempatan. tidak
Mat
dilayan
Salleh dan
dan
setelah
menunggu selama 10 hari beliau meninggalkan Sandakan.
15
(d) Perkampungan Dibakar Gabenor
Beaufort
mengancam
menganggap
Mat
Salleh
kepentingan SBUB. SBUB bertindak
membakar dan memusnahkan kampung Mat
Salleh
SBUB menawarkan hadiah 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh. Peristiwa Penentangan Pada Julai 1897, Mat Salleh mendirikan kubu di Ranau dan membakar
Pulau Gaya. Pada November
1897, Mat Salleh menyerang Ambong.
William
Cowie, Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan
Mat
Salleh
lalumenawankan
perdamaian dan pengampunan kepadanya. Pada April 1898, rundingan diadakan antara Mat Salleh dengan Cowie di
Menggatal. Mat Salleh dan
pengikut diberi pengampunan.
Penduduk Inanam
yang melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan kembali semula. Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan. Mat Salleh diminta melaporkan pengerakannya
kepada
SBUB.
SBUB
tidak
menepati janji sebaliknya pada tahun 1899 SBUB 16
mengambil
alih pentadbiran di Tambunan . Mat
Salleh berasa tertipu dan meneruskan penentangan dengan
menbina
kubu
di
Kampung
Teboh,
Tambunan. SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran. Pada Januari 1900, SBUB berjaya
menewaskan
Mat
Salleh.
Mat
Salleh
terkorban. Kesan Penentangan Perjuang diteruskan oleh pengikut Mat Salleh seperti Mat Setor dan
Kamunta. Pada Julai 1902, British
berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh di Sabah sepenuhnya.
17
Tok Janggut Pejuang Jihad Latar Belakang Nama
sebenar
Dikenali
sebagai
menyimpan
Haji
Mat
Tok
janggut
Hassan
Janggut
hingga
ke
Bin
Munas.
kerana
beliau
paras
dada.
Dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan.
Mendapat pendidikan pondok di
Kelantan dan Makkah.
Mahir dalam ilmu persilatan.
Menetap di Kampung Nering, Kelantan.
Bekerja
sebagai petani dan peniaga. Faktor Penentangan (a)Peraturan Tanah Tok Janggut menentang peraturan cukai pada tahun 1915 yang
mewajibkan petani membayar cukai
tanah. (b)Pengenalan Cukai Yang Membebankan Petani dikehendaki membayar cukai seperti : • Cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen sepokok • Pokok pinang 1 sen sepokok 18
• Sirih 5 sen sejunjung •
Kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor
Peraturan ini membebankan rakyat. (c)Perasaan anti-British Sentimen anti - British meningkat apabila Britain menyerang Kerajaan Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia Pertama pada tahun 1914. Kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia berjihad menentang
penjajah
barat.
Tok
Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh. (d)Pembayaran Cukai Yang Menyusuhkan Penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di bandar. Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar cukai tetapi gagal. Mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda. Penduduk tempatan marah kepada British kerana sikap biadab pegawai British .
19
Peristiwa Penentangan Pada
28
April
1915,
Pegawai
Daerah
Puteh
menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut kerana gagal membayar cukai. Perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok Janggut. Pada 29 April 1915, Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol mengetuai angkatan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh. Mereka menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas daripada ancaman British. Engku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh. Tok Janggut sebagai Perdana Menteri. Pada 9 Mei 1915, British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya. Pada 23 Mei 1915, British
membakar
rumah
Tok
Janggut
dan
pengikutnya kerana enggan menyerah diri. Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh. Pada 24 Mei 1915, British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh, Saring. Tok 20
Janggut terkorban. Mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama 4 jam. Kemudian beliau dikebumikan di Pasir Puteh. Kesan Penentangan Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yang menentang kuasa penjajahan Barat. Semangat perjuangan mereka membanggakan kita walaupun tewas di tangan British.
21
Rumusan Dalam bab ini , saya telah mengetahui bahawa penjajahan
menyebabkan
penderitaan
dan
penghinaan. Kekayaan tanah air telah dibolot oleh penjajah dan penduduknya pula ditindas. Demi mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan negara, pahlawan tanah air telah berjuang bersama -sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah, tetapi British telah menggunakan tipu helah, kekuatan tentera dan menguatkuasakan undang-undang untuk melumpuhkan perjuangan mereka. Pejuang-pejuang negara dijatuhi hukuman mati, dibuang negara, dipenjara, harta benda dirampas dan perkampungan mereka dibakar. British juga mengisytiharkan pejuang tanah air sebagai pemberontak dan penderhaka. Walaupun mereka gagal, namun semangat dan keberanian mereka amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada pejuang seterusnya. Penjajahan British telah meninggalkan kesan yang pahit kepada seluruh rakyat. 22
Belajarlah daripada sejarah, jika kita lupa dan leka kita akan dijajah semula. Oleh itu, untuk kekal menjadi bangsa yang bermaruah dan negara yang berdaulat adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membina jati diri serta memperkasa bangsa dan negara.
23
Rujukan • Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 • Buku Rujukan Sejarah • Internet
24
View more...
Comments