Folio Geografi Tingkatan 2 (2011) - Petempatan
September 1, 2017 | Author: Farid Danial | Category: N/A
Short Description
KAJIAN LUAR GEOGRAFI TINGKATAN 2 Tajuk: Petempatan dan Perkembangan di Kampung Kastam, Butterworth, Pulau Pinang. Nama T...
Description
KAJIAN LUAR GEOGRAFI TINGKATAN 2 Tajuk: Petempatan dan Perkembangan di Kampung Kastam, Butterworth, Pulau Pinang. Nama
: Farid Danial Mohd Zaini
Tingkatan
: 2 Alpha
Guru Penilai : Cik Nor Syidawati binti Mat Kamil
Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Aspek Tajuk kajian Senarai kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Dapatan kajian Rumusan Lampiran Rujukan Penilaian umum Jumlah Markah
Markah
Markah
Penuh
Diperoleh
1 1 2 2 2 8 2 25 2 2 2 1 50
Kod Tahap Pencapaian ………………………. (Tandatangan Guru)
1
2.0 Senarai Kandungan Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
Isi kandungan Tajuk Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan
Muka surat 1 2 3 4 5 6 9 10 15 16 21
2
3.0 Penghargaan Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya,
maka saya telah dapat
menyiapkan folio Kajian Luar
Geografi Tingkatan 2 dengan jayanya. InsyaAllah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada Puan Pengetua iaitu Pn. Hjh. Calsom bt. Ibrahim dan guru pembimbing saya iaitu Cik Nor Syidawati bt. Mat Kamil dan En. Zainol Ibrahim kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu ayahanda Mohd Zaini b. Jaafar dan bonda Faridah bt. Mohd yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit. Terima kasih juga diucapkan kepada adik saya serta rakan-rakan saya yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan
semangat,
cadangan serta rujukan di beberapa kawasan kajian. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penduduk di Kampung Kastam kerana banyak membantu saya dengan memberi pelbagai maklumat terkini tentang keadaan petempatan di kawasan ini. Sekian, terima kasih. Salam hormat dari saya,
FARID DANIAL B. MOHD ZAINI
3
4.0 Pendahuluan i)
Nama Kawasan Kajian Saya membuat kajian di kawasan Kampung Kastam, Butterworth, Pulau Pinang.
ii)
Mengapa Kawasan Kajian Ini Dipilih Kawasan kajian ini dipilih oleh saya atas sebab-sebab berikut: a)
Kawasan Kampung Kastam dipilih kerana terdapat pelbagai perkembangan dan masalah petempatan.
b)
Kawasan ini berhampiran dengan tempat saya tinggal bagi memudahkan kerja-kerja kajian yang perlu saya buat.
c)
Kos kajian murah kerana saya tidak perlu menaiki bas atau teksi untuk pergi ke kawasan kajian. Sebaliknya, saya cuma pergi menaiki basikal atau berjalan kaki
d)
Keluasan kawasan Kampung Kastam yang kecil turut memudahkan kerja-kerja kajian.
iii)
Tempoh Masa Kajian Dijalankan Tempoh masa yang diberikan oleh guru ialah selama 1 bulan 1 minggu iaitu dari 23/9/2011 hingga 30/9/2011.
4
5.0 Objektif Kajian Objektif utama kajian ialah: i)
Untuk mengenal pasti jenis dan pola
petempatan. ii)
Fungsi-fungsi petempatan.
iii)
Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan.
iv)
Masalah petempatan
v)
Langkah mengurangkan masalah petempatan.
5
6.0 Kawasan Kajian i)
Latar belakang kawasan kajian:-
Kampung Kastam terletak kira-kira 5 Kilometer ke utara pusat bandar Butterworth. Kawasan ini juga terletak kira-kira 500 meter dari Mahkamah Butterworth. Di Kampung Kastam terdapat sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Kastam. ii)
Lokasi kawasan kajian:-
Disekitar Kampung Kastam kerana berada berdekatan dengan rumah. Saya boleh berjalan kaki atau menaiki basikal. iii) Jarak dari bandar/pekan:Kira-kira 5 km dari Bandar Butterworth, Pulau Pinang.
6
6.1 Peta kajian:i)
Peta daerah:Peta Daerah-Daerah Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan
7
ii)
Peta kawasan kajian:Peta Kawasan Petempatan Kampung Kastam
8
7.0 Kaedah Kajian Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian berikut : a)
Pemerhatian: -
Meninjau dan memerhati masalah petempatan.
-
Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti masalah-masalah petempatan. Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian.
b)
Rujukan: -
Internet untuk mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan seperti peta daerah dan peta kajian.
-
Kaedah rujukan ialah dengan melayari Internet untuk mencari maklumat tentang kawasan petempatan.
-
Buku teks digunakan untuk rujukan untuk membuat folio ini melalui contoh-contoh yang diberi.
c)
Temubual: -
Kaedah temubual digunakan untuk berbincang mengenai hal-hal petempatan dengan penduduk sekitar Kampung Kastam.
-
Borang temubual dijadikan sebagai panduan perjalanan temubual.
9
8.0 Dapatan Kajian i)
Jenis dan pola petempatan:-
Petempatan di kawasan Kampung Kastam terletak di bandar.
-
Pola petempatan di kawasan Kampung Kastam ialah berpusat. Di petempatan berpusat, susun atur rumah-rumah bertumpu di sekeliling pusat tumpuan penduduk. Pusat Perniagaan dan sekolah menjadi tumpuan kepada petempatan Kampung Kastam.
ii)
Faktor yang mempengaruhi petempatan:-
Kegiatan ekonomi:-
Petempatan dipengaruhi oleh kegiatan ekonomi. Antara kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan petempatan ini ialah:a)
Perkhidmatan Perkhidmatan Kastam dan perkhidmatan bekalan elektrik sangat penting di daerah-daerah Seberang Perai. Ini ialah kerana di sini terdapat pelabuhan dan pelbagai jenis industri. Jabatan Kastam dan Tenaga Nasional Berhad membina kawasan perumahan di Kampung Kastam untuk menempatkan pekerja mereka.
b)
Perniagaan Petempatan ini juga mempunyai taman-taman perumahan awam seperti Taman Riang. Oleh kerana petempatan ini padat dengan penduduk, terdapat pusat komersil untuk menjalankan pelbagai jenis perniagaan di petempatan ini. Perniagaan-perniagaan yang di jalankan termasuk restoran, kedai runcit, worksyop kenderaan, kedai pakaian dan sebagainya.
-
Bentuk muka bumi:10
Petempatan juga dipengaruhi oleh bentuk muka bumi. Bentuk muka bumi di kawasan petempatan Kampung Kastam ialah tanah pamah yang berhampiran dengan laut. Petempatan boleh dibangunkan dengan mudah. -
Sosial/budaya:Sosial/budaya juga mempengaruhi petempatan. Kebanyakan penduduk di Kuarters Jabatan Kastam dan Tenaga Nasioanl Berhad adalah kakitangan jabatan kerajaan yang berbangsa Melayu. Majoriti penduduk Taman Riang pula berbangsa Cina dan India. Kebanyakan mereka adalah ahli perniagaan. Petempatan ini mempunyai penduduk pelbagai bangsa yang mengamalkan pelbagai kegiatan sosial dan budaya berasaskan kepada keturunan mereka.
iv)
Fungsi petempatan:-
Tempat Kediaman:Perumahan untuk kakitangan perkhidmatan dan perniagaan dan keluarga mereka
-
Pendidikan:Terdapat sebuah sekolah di Kampung Kastam iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Kastam.
-
Pengangkutan dan Perhubungan Terdapat perhentian bas berdekatan iaitu di hadapan Jabatan Pertahanan Awam.
- Perniagaan:Terdapat beberapa kedai, gerai dan restoran berdekatan petempatan Kampung Kastam. Contohnya:a)
Big A (kedai runcit) 11
-
b)
Mini Market (kedai runcit)
c)
Restoran Zamruud (restoran)
d)
Big A café (restoran)
e)
Mamee Tom Yam (restoran)
f)
Delima (kedai serbaneka)
g)
Aireel burger (gerai) dan lain-lain.
Perkhidmatan:Terdapat sebuah mahkamah berdekatan dengan Kampung Kastam.
iv)
Masalah petempatan:-
-
Pencemaran:Kawasan petempatan Kampung Kastam mempunyai masalah pencemaran udara. Contohnya, pencemaran bau yang dihasilkan daripada asap kilang kelapa sawit berdekatan.
-
Kekurangan infrastuktur:Kawasan petempatan Kampung Kastam mempunyai masalah kekurangan infrastruktur.Contohnya, tiada telefon awam disediakan untuk pelbagai tujuan atau semasa kecemasan seperti kes pecah rumah dan lain-lain.
-
Masalah keselamatan:Masalah keselamatan merupakan salah satu masalah yang dihadapi di petempatan ini. Contohnya, banyak kes pecah rumah kerana tiada pengawal untuk menjaga dan meronda.
-
Masalah social:Masalah sosial juga merupakan masalah yang dihadapi di petempatan ini. Terdapat segelintir murid-murid sekolah yang sudah terlibat dengan gejala merokok dan gejala buli. 12
v)
Langkah mengurangkan masalah petempatan:-
-
Pencemaran:Menasihati pekerja kilang tersebut supaya meletakkan alat penapis cerobong asap kilang tersebut. Penapis tersebut akan menapis asap tersebut dan seterusnya dapat mengurangkan bau.
-
Kekurangan infrastruktur:Meletakkan telefon awam di beberapa kawasan. Telefon awam tersebut boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti semasa kecemasan.
-
Masalah keselamatan:Mengupah pengawal-pengawal yang bertanggungjawab untuk menjaga dan mengawal. Masalah keselamatan akan berkurangan dengan adanya pengawal-pengawal keselamatan ini.
-
Masalah sosial:-
Menasihati atau mengambil tindakan terhadap murid sekolah yang terlibat dalam gejala merokok dan buli. Oleh itu, masalah ini akan berkurangan.
13
8.1 Bahan Grafik
Perniagaa n
Kegiatan ekonomi
Perkhidmatan
Faktor-faktor yang mempengaruhi Sosial/budaya
Melayu, Cina dan India
petempatan
Bentuk muka bumi
Tanah pamah
14
9.0 Rumusan Kajian yang telah dijalankan di Petempatan Kampung Kastam, Butterworth, Pulau Pinang ini telah memberi pengalaman yang sangat berguna kepada saya. Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan kajian saya. Selain daripada itu, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian seperti bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi dan sosial/budaya. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas beberapa fungsi petempatan di kawasan kajian seperti pola petempatan mereka, fungsi petempatan mereka dan lain-lain lagi. Sebagai cadangan, sediakanlah pengawal untuk mengurangkan kes pecah rumah.
15
10.0 Lampiran Lampiran 1: Pandangan atas sekitar Petempatan Kampung Kastam
16
Lampiran 2: Surat kebenaran guru SMK Dato’ Onn Butterworth, 13000 Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang. ___ KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN
29 SEPTEMBER 2011.
Tuan, Kajian Luar Geografi Tempatan Tingkatan Dua Perkara di atas adalah dirujuk. 2.
Adalah dimaklumkan bahawa Farid Danial b. Mohd Zaini (No. K/P
970707-11-5045) adalah murid SMK Dato’ Onn Butterworth, Pulau Pinang. Murid ini dikehendaki menjalankan kajian untuk memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran Geografi KBSM di Tingkatan 2. 3.
Pihak sekolah ingin meminta jasa baik tuan untuk membenarkan murid
ini menjalankan kajian yang berkenaan daripada pihak tuan. Sekian terima kasih. Yang benar,
(Nor Syidawati bt. Mat Kamil) Guru Matapelajaran Geografi, SMK Dato’ Onn Butterworth 13000 Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang. 17
Lampiran 3: Surat kebenaran Ibu Bapa Mohd Zaini b. Jaafar, 4913, Jalan Kampung Kastam, 12300 Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang. Pengetua, SMK Dato’ Onn Butterworth, 13000 Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang.
29 SEPTEMBER 2011.
Tuan, Menjalankan Kerja-kerja Kajian Merujuk perkara di atas, saya Mohd Zaini b. Jaafar, membenarkan anak saya Farid Danial daripada tingkatan 2 Alpha, untuk menjalankan kerja-kerja kajian bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Dua. 2.
Saya faham semasa menjalankan kerja-kerja kajian ini, saya tidak akan
mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah. Sekian terima kasih. Yang benar,
(Mohd Zaini b. Jaafar)
18
Lampiran 4: Borang temu bual penduduk Petempatan Kampung Kastam Tujuan Kajian
:
Nama Responden
:
Jantina
: Lelaki
Tempat bekerja
:
Tempat tinggal
:
Jenis tempat tinggal : Rumah sendiri
Perempuan
Kuarters
Umur:
tahun
Sewa
Sebab utama memilih petempatan:Murah Keselamatan Berdekatan dengan tempat kerja Keselesaan
19
Lampiran 5: Surat Penghargaan SMK Dato’ Onn Butterworth, 13000 Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang. _____________________________________________________________________ Pengerusi, Jawatankuasa Persatuan Penduduk Kampung Kastam, Jalan Kampung Kastam, 12300 Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang
29 SEPTEMBER 2011.
Penghargaan Keatas Kerjasama Semasa Program Temu Bual Saya merujuk kepada perkara diatas dan program temu bual yang telah saya jalankan tempoh hari. 2.
Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan para
penduduk Kampung Kastam yang telah memberikan kerjasama kepada saya semasa saya menjalankan program temubual tersebut. Sekian terima kasih, Yang benar,
(Farid Danial b. Mohd Zaini)
20
11.0 Rujukan i)
Laman web:maps.google.com.my www.scribd.com/doc/3878177/kerja-kursus-Geografi-2008 http://www.scribd.com/doc/17890378/kerja-khusus-aku http://spu.penang.gov.my/images/stories/peta/petalokasi.jpg http://www.scribd.com/doc/17890378/kerja-khusus-aku http://ppkljpbd.tripod.com/petempatan.html
ii)
Buku Teks Geografi Tingkatan 2:Haji Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon, Ratnam Karuppiah Servai. 2003. Buku Teks Tingkatan 2. Kuala Lumpur. Pencetakan Rina Sdn. Bhd.
21
View more...
Comments