Folio Geo Tingkatan 3 [Theva]

May 5, 2018 | Author: indhuj_sager2320 | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Folio Geo Tingkatan 3 [Theva]...

Description

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua SMK Taman Hi-Tech, Tuan Encik Ganesan A/L Maniam kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk  menjalankan kerja kursus ini.Tidak lupa juga kepada guru geografi saya,iaitu Pn Maryani yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbangan sepanjang kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada kedua-dua ibu bapa saya,iaitu Encik Sager A/L Krishnen Puan Pongodi A/P Veeran kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.Banyak wang ringgit yang telah dihabiskan oleh mereka demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu, Thevaranjini dan Kokilawani yang telah banyak membantu saya ketika menjalankan proses soal selidik dan temu bual dilakukan. Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada para penjual dan pengunjung pasar malam Taman Selasih yang telah sudi memberi kerjasama yang baik semasa kajian ini dijalankan.

Kajian kerja kursus ini wajib dilaksanakan kerana merupakan syarat untuk persijilan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Saya telah memilih tajuk Perniaga Runcit Pasar malam di Taman Selasih sebagai tajuk kerja kursus geografi saya. Saya memilih Taman Selasih sebagai kawasan kajian saya kerana berdekatan dengan rumah saya. Hal ini membolehkan saya mudah ke tapak pasar malam tersebut untuk  mengumpulkan maklumat bagi menulis laporan kajian KKG. Di samping itu, pasar malam tersebut juga merupakan antara pasar malam yang terbesar di bandar Kulim. Terdapat lebih 100 gerai yang beroperasi setiap kali pasar malam tersebut diadakan iaitu pada hari Selasa dan Jumaat. Gerai-gerai tersebut pula menjula pelbagai jenis barangan seperti barangan dapur, ikan, daging lembu, ayam, sayur-sayuaran,buah-buahan, pakaian, kasut, barang perhiasan, CD dan pelbagai jenis makanan.dan ayam. Oleh itu, tidak  hairanlah, ramai pengunjung yang berkunjung ke pasar malam tersebut untuk membeli-belah dan bersiar-siar terutama pada hari Jumaat yang merupakan cuti hujung minggu. Para pengunjung yang ditemubual ada yang datang dari jauh seperti dari Padang Serai, Sungai Kob, Sungai Lembu dan sebagainya. Masa yang saya ambil untuk menjalankan dan menyiapkan kerja kursus ini adalah kirakira empat bulan iaitu bermula bulan Februari bulan Mei

2

Kajian kerja kursus ini wajib dilaksanakan kerana merupakan syarat untuk persijilan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Saya telah memilih tajuk Perniaga Runcit Pasar malam di Taman Selasih sebagai tajuk kerja kursus geografi saya. Saya memilih Taman Selasih sebagai kawasan kajian saya kerana berdekatan dengan rumah saya. Hal ini membolehkan saya mudah ke tapak pasar malam tersebut untuk  mengumpulkan maklumat bagi menulis laporan kajian KKG. Di samping itu, pasar malam tersebut juga merupakan antara pasar malam yang terbesar di bandar Kulim. Terdapat lebih 100 gerai yang beroperasi setiap kali pasar malam tersebut diadakan iaitu pada hari Selasa dan Jumaat. Gerai-gerai tersebut pula menjula pelbagai jenis barangan seperti barangan dapur, ikan, daging lembu, ayam, sayur-sayuaran,buah-buahan, pakaian, kasut, barang perhiasan, CD dan pelbagai jenis makanan.dan ayam. Oleh itu, tidak  hairanlah, ramai pengunjung yang berkunjung ke pasar malam tersebut untuk membeli-belah dan bersiar-siar terutama pada hari Jumaat yang merupakan cuti hujung minggu. Para pengunjung yang ditemubual ada yang datang dari jauh seperti dari Padang Serai, Sungai Kob, Sungai Lembu dan sebagainya. Masa yang saya ambil untuk menjalankan dan menyiapkan kerja kursus ini adalah kirakira empat bulan iaitu bermula bulan Februari bulan Mei

2

Objektif-objektif kajian peniaga runcit pasar malam di Taman Selasih adalah: 1 Mentakrifkan konsep dan jenis perniagaan runcit iaitu pasar malam dengan jelas.. 2. Mengenal pasti dan menghuraikan kepentingan perniagaan pasar malam di Taman Selasih 3. Menyeneraikan dan menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perniagaan pasar malam di Taman Selasih. 4. Mengenal pasti dan menjelaskan kesan-kesan negatif perniagaan runcit di pasar malam Taman Selasih. 5. Mencadangkan dan menjelaskan langkah-langkah mengurangkan kesan negatif  perniagaan pasar malam di Taman Selasih. 6. Dapat menerapkan

nilai bersyukur dan meningkatkan semangat bekerjasama untuk 

mengatasi kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di Taman Selasih

3

Taman Selasih

terletak dalam mukim Keladi di daerah Kulim Bandar Bahru. Taman

Selasih terletak di barat dayat Bandar Kulim dan di selatan negeri Kedah. Keluasan Taman Selasih ialah sembilan kilometer persegi. Jarak dari bandar Kulim ke Taman Selasih ialah lima kilometer

Tempoh masa yang diambil untuk ke bandar Kulim ialah sepuluh minit dengan

menaiki kereta. Kedudukan Taman Selasih sangat strategik. Taman Selasih seolah-olah merupakan pekan kecil kerana mempunyai penduduk yang ramai dan kemudahan infrastruktur yang lengkap. Taman Selasih dihubungi dengan sistem pengangkutan jalan raya yang baik. Taman Selasih terletak berhampiran dengan taman-taman perumahan yang lain seperti Taman Kemuning, Taman Merawan, Taman Seraya, dan kawasan perkampungan seperti Kampung Keladi dan Kampung Tok Rasol. Taman Selasih bertanah pamah dan beralun. Dahulu Taman Selasih merupakan kawasan getah dan kelapa sawit. Syarikat perumahan iaitu Syarikat Brilliant Sdn, Bhd. telah menebang pokok-pokok getah dan kelapa sawit,

meratakan tanah beralun dan membina kawasan

perumahan dan perniagaan di situ. Tanah pamah memudahkan pembinaan kawasan petempatan, bangunan-bangunan perniagaan, dan jaringan pengangkutan serta kemudahan awam seperti sekolah, hospital, pasar awam, masjid, taman permainan, pondok telefon, dan perhentian

4

bas.Tanah beralun yang ditanami kebun kelapa sawit dan getah telah diratakan untuk dijadikan tapak perumahan dan perniagaan. Taman Selasih merupakan taman perumahan kos rendah dan sederhana yang terbesar di bandar Kulim.Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum dapat hidup bersatu padu dan aman sentosa.

5

6

7

8

KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akandigunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan empat kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah saya gunakan:Pemerhatian Saya dan rakan-rakan telah membuat pemerhatian untuk mengenal pasti jenis-jenis barangan yang dijual di pasar malam Taman Selasih. Di samping itu, kami juga dapat melihat bentuk muka bumi dan kemudahan-kemudahan awam di sekitar kawasan Taman Selasih.

Temu bual Saya dan rakan-rakan telah menemu bual 3 orang iaitu seorang peniaga dan dua orang pengunjung pasar malam Taman Selasih bagi mengetahui pandangan dan pendapat mereka tentang factor-faktor yang mempengaruhi tapak pasar malam di Taman Selasih. Di samping itu, kami juga ber tanyakan kesankesan positif dan negatif pasar malam di Taman Selasih. Kami juga sempat meminta pandangan dan cadangan bagi menangani kesan negatif perniagaan pasar malam di Taman Selasih.

1. Soal selidik 

9

Saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik berhubung dengan kepentingan dan kesan-kesan negatif pasar malam di Taman Selasih. untuk diisi oleh pengunjung-pengunjung pasar malam di Taman Selasih. Data-data dan maklumatmaklumat yang diperoleh ini akan saya pamerkan dalam bentuk jadual, graf dan peta minda supaya senang dilihat dan difahami serta menarik.

2. Rujukan

Saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk  mendapatkanmaklumat peta daerah dan definisi konsep pasar malam serta cadangancadangan bagi mengatasi kesan-kesan negatif pasar malam di Taman Selasih.

8)Dapatan Kajian

10

8.1)Konsep pencemaran alam sekitar Pencemaran mengikut definisi bermaksud: “merosakkan atau tidak bersih atau kotor”.Definisi ini juga perlu dirujuk kepada kes-kes yang berlaku. Pencemaran berlaku apabila sesuatu yang mulia, baik, murni, bersih dan sistematik dicerobohi oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan sistem, moral, tatacara, tabii dan nilai alam.Sikap manusia yang tidak  beretika akhirnya menyebabkan berlakunya perubahan dan kerosakan.

8.2) Jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Taman Nenas Pencemaran alam sekitar terjadi akibat daripada aktiviti manusia dan juga berpunca daripada kilang-kilang di mana masing-masing mahu memenuhi keperluan hidup yang semakin bertambah setiap hari. Aktiviti yang dilakukan tidak mengira tempat di laut,di darat mahupun diudara. Pencemaran alam sekitar bukan sahaja berlaku di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Beban pencemaran juga semakin hari semakin berat termasuk bahan kumbahan daripada kilangkilang yang mengandungi pelbagai bahan kimia. Pencemaran alam sekitar di Taman Nenas boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

A) Pencemaran air

11

Pencemaran air berlaku di parit atau longkang dan Sungai Kulim yang terletak  berhampiran dengan Taman Nenas. Air buangan dari rumah mengalir masuk ke dalam longkang menyebabkan air longkang kotor dan berminyak. Sampah sarap yang dibuang ke dalam longkang menyebabkan airnya kotor dan tercemar di samping menyebabkan mengeluarkan bauyang busuk.Air longkang yang tercemar ini seterusnya akan mengalir masuk kedalam Sungai Kulim lalu menyebabkan berlakunya perubahan dari segi kandungan,keadaan dan warna air sungai sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. B)Pencemaran udara dan bau Pencemaran udara berlaku disebabkan oleh bau busuk daripada tapak longgokan sampah yang tidak diuruskan dengan baik oleh pihak MPKK. Longkang yang tersumbat juga mengeluarkan bau busuk. Pelepasan air kumbahan daripada loji Indah Water bukan sahaja mendatangkan bau busuk tetapi juga mencemarkan air longkang dan seterusnya Sungai Kulim. Selain itu, pencemaran udara juga disebabkan oleh asap daripada pembakaran terbuka di tapak longgokan sampah oleh segelintir penduduk Taman Nenas yang tidak bertanggungjawab. Asap daripada kenderaan yang dimiliki oleh penduduk Taman Nenas dan pengunjungpengunjung Stadium Mini Keladi untuk berjoging juga menyebabkan pencemaran udara.Tambah memburukkan keadaan ialah kedudukan Taman Nenas yang terletak berhampiran Jalan Kelang Lama yang sibuk sepanjang masa menyebabkan asap-asap yang bertoksid daripada kenderaankenderaan yang menggunakan jalan tersebut.

12

8.3)Punca-punca pencemaran alam sekitar A)Sisa domestik  Penduduk Taman Nenas menyalurkan air buangan domestik seperti air mandi,air membasuh pinggan mangkuk dan pakaian ke dalam longkang yang seterusnya akan mengalir masuk ke dalam Sungai Kulim yang berhampiran. Air sisa yang berminyak dan bersabun ini akan mencemarkan air longkang dan sungai. Natijahnya, berlakulah

perubahan dari segi

kandungan,keadaan dan warna Sungai Kulim sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. B)Sampah sarap Ada segelintir penduduk Taman Nenas mengambil jalan mudah membuang sampah-sarap ke dalam longkang. Hal ini menyebabkan laluan air tersekat dan mengelurkan bau yang busuk  apabila laluan air di dalam longkang. tersekat. Tambah memburukkan,longkang yang tersumbat ini menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah sewaktu hujan lebat. Bau busuk dari tapak longgokan sampah mencemarkan udara di sekitar Taman Nenas. Hal ini demikian kerana jadual pengumpulan sampah yang tidak mengikut jadual oleh pekerja kontrak MPKK. Ada kalanya,pekerja-pekerja kontrak MPKK hanya datang mengangkut longgokan sampah -sarap ke tapak pelupusan sampah setelah beberapa hari. Oleh itu,sampah sarap yang terbiar ini akan mereput dan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

13

Longgokan sampah yang busuk turut menarik perhatian anjing dan kucing liar berpesta,mencari sisa-sisa makanan untuk mengisi perut.Serangga perosak seperti lalat dan lipas  juga suka berkerumun di longgokan sampah sarap tersebut. Ada segelintir penduduk Taman Nenas sengaja melakukan pembakaran terbuka di tapak  longgokan sampah-sarap kerana tidak tahan melihat sampah-sarap yang bertimbun dan berbau busuk ini. Perbuatan ini sudah tentu mempengaruhi kualiti udara di sekitar Taman Nenas dan kawasan-kawasan lain yang berhampiran. C) Kenderaan . Pencemaran udara di Taman Nenas berlaku akibat asap ekzos kenderaan pemilik  kenderaan penduduk Taman Nenas dan pengunjung-pengunjung Stadium Mini khususnya pada waktu pagi dan petang untuk berjoging.Kenderaan-kenderaan yang menggunakan Jalan kelang Lama yang melalui Taman Nenas yang saban hari sibuk turut menyumbang kepada pencemaran udara di Taman Nenas.Hal ini demikian kerana Jalan Kelang Lama menghubungkan Bandar Kulim dengan Pekan Kelang Lama dan kawasan perindustrian Hi-Tech.Kesesakan lalu lintas sering kali berlaku pada waktu puncak menyebabkan udara tercemar dan bunyi bising mengganggu kesejahteraan hidup penduduk Taman Nenas.

14

D)Pembakaran terbuka Aktiviti pembakaran terbuka oleh segelintir penduduk Taman Nenas yang tidak  bertanggungjawab kerana tidak tahan melihat sampah-sarap yang bertimbun dan berbau busuk. telah membawa kepada pencemaran udara. Perbuatan ini sudah tentu mempengaruhi kualiti udara di sekitar Taman Nenas dan kawasan-kawasan lain yang berhampiran. Tambah memburukkan keadaan, segelintir penduduk Taman Nenas membakar rumputrumpai setelah berkebun dan sebagainya kerana tidak mahu bersusah payah mengangkut sisasisa kebun tersebut ke tempat longgokan sampah.Asap daripada pembakaran rumput-rampai tersebut mengeluarkan asap yang banyak dan mencemarkan udara. Sisa-sisa rumput-rampai yang terapung di udara turut mengotorkan pakaian di ampaian, tingkap dan lantai rumah pendudukpenduduk di taman Nenas. E) Air kumbahan Air kumbahan dari loji kumbahan Syarikat Indah Water yang dilepaskan ke dalam longkang di kawasan Taman Nenas dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan waktu petang . Walaupun air kumbahan ini telah diproses, tetapi penduduk-penduduk Taman Nenas masih terhidu bau busuk. Air longkang yang dicemari bakteria dan kuman ini seterusnya akan mencemarkan air sungai dan menyebabkan air sungai tidak selamat digunakan. Tambah menyedihkan keadaan, apabila air longkang yang tercemar dengan air kumbahan dan sisa domestik melimpah keluar ketika kejadian banjir kilat sewaktu berlaku hujan lebat kerana longkang terlalu cetek untuk menampung air larian permukaan dan longkang tersumbat. Natijahnya, penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan rendah ini terpaksa bersusah payah membersihkan halaman rumah mereka setiap kali berlakunya banjir kilat. 15

Penduduk Taman Nenas haruslah sentiasa menjaga dan memelihara alam sekitar demi kesejahteraana hidup.Amalan-amalan yang membawa kesan-kesan negatif kepada alam sekitar seperti pembakaran terbuka dan pembuangan sisa domestik yang berminyak serta sampah-sarap ke dalam longkang mestilah dielakkan bagi mengekalkan kualiti alam sekitar yang bersih demi kepentingan bersama.

16

Jadual: Punca-punca pencemaran di Taman Nenas, Kulim Jenis Pencemaran

Bilangan

Sisa domestik

20

Sampah sarap

18

Kenderaan

10

Pembakaran terbuka

8

Air kumbahan

6

Lain-lain

5

Sumber : Soal selidik 

Punca-punca pencemaran di Taman Nenas sisa domestik 20

sampah sarap

15 kenderaan

bilangan 10 respondan

pembakaran terbuka air kumbahan

5 0 20 punca-punca pencemaran

lain-lain

Daripada soal selidik dan temu bual didapati punca pencemaran utama di Taman Nenas ialah sisa domestik dan diikuti dengan sampah sarap. Asap kenderaan juga merupakan punca udara di sekitar Taman Nenas tercemar. Punca seterusnya ialah pembuangan air kumbahan daripada loji kumbahan Indah Water ke dalam longkang-longkang di sekitar TamaN Nenas.

17

Faktor-faktor lain yang turut mencemarkan alam sekitar ialah pembuangan sisa industri dan kedai-kedai makan.

8.4)Kesan pencemaran alam sekitar di Taman Nenas. 1)Air Tercemar Longkang yang tercemar mengalir masuk ke dalam Sungai Kulim.Sungai akan tercemar dengan sampah sarap seperti kertas, plastik, daun dan ranting pokok dan sebagainya.Selain itu,air longkang juga membawa bersama-samanya minyak daripada sisa domestik atau pembungkus makanan dan minyak pelincir daripada kedai mekanik berhampiran akan menyebabkan pencemaran air sungai bertambah serius.Tambahan pula,air kumbahan daripada loji Indah Water turut membawa bakteria dan kuman ke dalam Sungai Kulim lalu mencemarkan air sungai tersebut. Kesannya, air sungai yang tercemar ini tidak sesuai untuk digunakan oleh penduduk untuk pelbagai kegunaan. 2)Hidupan Akuatik terancam Sungai Kulim menjadi habitat hidupan akuatik seperti ikan air tawar dan udang. Contohnya,Ikan Kelabau,Ikan Bulan,Ikan Belida dan sebagainya.Air yang tercemar ini semestinya akan mengancam hidupan akuatik.Hidupan akuatik sukar mendapat bekalan oksigen yang mencukupi jika air sungai tercemar dengan sampah sarap dan tumpahan minyak.Hidupan akuatik diserang oleh bakteria dan virus yang terdapat dalam air tercemar ini.Natijahnya hidupan akuatik seperti ikan dan udang akan mati kerana kesukaran bernafas dan diserang penyakit.

18

3)Penyakit Air Sungai Kulim diempang untuk digunakan sebagai air kegunaan domestik dan air industri.Air yang tercemar ini mengandungi toksik jika digunakan di rumah untuk tujuan domestik akan mengancam kesihatan.Antara penyakit yang dihidapi oleh pengguna air tercemar ini ialah penyakit kulit dan cirit-birit.Tambah memburukkan ada segelintir penduduk yang suka memancing ikan di sungai ini.Jikalau ikan yang diperoleh daripada sungai ini dijadikan makanan sudah pasti diserang kes keracunan makanan berlaku. 4)Bau Busuk  Longkang yang dipenuhi dengan sampah sarap menyebabkan air longkang tersekat lalu tertakung.Akibatnya,terhasil bau busuk yang mengganggu kesejahteraan hidup penduduk Taman Nenas.Air longkang yang berbau busuk ini juga akan melimpah keluar membanjiri kawasan rendah apabila berlaku banjir kilat.Oleh itu,penghuni kawasan banjir kilat ini terpaksa susah payah membersihkan halaman rumah masing-masing setiap kali air banjir kilat surut supaya hilang bau busuk tersebut. Air kumbahan yang dibebaskan ke dalam longkang kawasan perumahan Taman Nenas  juga berbau busuk.Penghuni Taman Nenas terpaksa menghidu bau yang kurang menyenangkan ini setiap hari iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu petang.

19

Sampah sarap yang tidak dikutip oleh pekerja MPKK mengikut jadual telah menghasilnya bau busuk akibat proses pereputan sampah sarap.Penduduk yang tinggal berhampiran tempat longgokan sampah tersebut terpaksa bertahan dengan bau busuk 

tersebut.Tambah memburukkan bau busuk ini menyebabkan tempat ini menjadi tempat pembiakan serangga perosak seperti lalat dan lipas.Binatang liar seperti kucing dan anjing  juga tidak terlepas daripada mengambil peluang daripada sampah sarap yang terlonggok dan berbau busuk ini. 5)Udara Tercemar Aktiviti pembakaran terbuka oleh segelintir penduduk Taman Nenas yang tidak  bertanggungjawab menyebabkan kepulan asap meliputi dan mencemari udara di sekitar Taman Nenas.Golongan ini melakukan pembakaran terbuka kerana malas mengangkut sampah sarap seperti rumput rumpai selepas berkebun mengambil jalan mudah dengan membakarnya.Asap daripada aktiviti pembakaran in sudah tentu membawa masalah kesihatan seperti asma dan gangguan pernafasan kepada penduduk-penduduk Taman Nenas di samping mengotorkan pakaian di ampaian dan rumah.Ada juga penghuni yang tinggal berhampiran dengan tapak  longgokan sampah melakukan pembakaran terbuka untuk menghindari bau busuk sampah sarap yang tidak dikumpul oleh pihak MPKK. Asap daripada kenderaan yang lalu lalang di jalan raya yang berhampiran dengan Taman Nenas juga mencemarkan udara di sini.Kualiti udara menjadi lebih teruk apabila berlaku

20

kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.Udara yang tercemar ini menyebabkan gangguan kesihatan seperti asma,bronchitis dan gangguan penafasan.

Walaupun penduduk Taman Nenas berhadapan dengan pelbagai kesan pencemaran alam sekitar namun kami dapat hidup aman dan bahagia di sini kerana para penduduk di sini beramah mesra dan bersatu padu.

Kesan pencemaran alam sekitar di Taman Nenas

Air tercemar.

Hidupan akuatik terancam.

Contoh : air sisa domestik, restoren

Contoh: ikan dan udang mati

dan industri

Kesihatan terancam.

Bau busuk .

Contoh: penyakit kulit dan taun

Contoh: sampah sarap dan longkang yang tersumbat.

Udara tercemar. Contoh: asma, bronchitis dan gangguan pernafasan 21

Peta minda

menunjukkan kesan-kesan pencemaran alam sekitar terhadap penduduk-

penduduk Taman Nenas.

8.5)Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan Taman Nenas 1)Kempen kitar semula Penduduk Taman Nenas haruslah mengamalkan tabiat kitar semula sampah sarap seperti surat khabar lama,majalah lama,kertas,kain,bahan plastik dan kaca.Amalan ini sudah semestinya sudah dapat mengurangkan longgokan sampah sarap yang tidak terkumpul di tapak pembuangan sampah.Selain itu,sisa-sisa pepejal tersebut juga terelak daripada dibuang ke dalam longkang yang seterusnya melambatkan aliran air longkang atau aliran longkang tersumbat dan tertakung.Jika penduduk Taman Nenas mempraktikkan kempen kitar semula,bukan sahaja masalah bau busuk malah air sungai tercemar dapat diatasi.Pada masa yang sama,penduduk  Taman Nenas juga dapat berjimat cermat dan memperoleh pendapatan tambahan jika menjual bahan kitar semula kepada agen-agen mengumpul bahan kitar semula.

2)Pengunaan petrol tanpa plumbum.

22

Kerajaan mesti menggalakkan pemilik-pemilik kenderaan menggunakan petrol tanpa plumbum sebagai bahan bakar mengerakkan enjin kereta.Petrol jenis ini dapat mengurangkan pencemaran udara.Selain itu,kenderaan-kenderaan mesti menggunakan catalytic converter yang menukarkan asap ekzos yang beracun kepada yang mesra alam.Langkah ini menjamin kualiti udara di Taman Nenas dan kawasan sekitar.

3)Kuat kuasa undang-undang Kerajaan mestilah menguatkuasakan undang-undang memelihara alam sekitar.Dalam hal ini pihak MPKK haruslah rajin membuat rondaan untuk memastikan aktiviti yang mencemarkan alam sekitar seperti pembakaran terbuka tidak berlaku.Tindakan tegas berupa denda dan hukuman penjara haruslah dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melanggar Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

4)Kempen cintai alam sekitar Kempen cintai alam sekitar boleh dianjurkan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk  mempengaruhi orang ramai termasuklah penduduk Taman Nenas supaya mengingatkan orang ramai supaya jangan mencemari alam sekitar.Melalui kempen ini juga orang ramai ditunjukkan cara-cara mengurangkan pencemaran seperti kitar semula.Saluran berkempen ialah melalui radio,televisyen,akhbar,poster,papan kenyataan dan laman web.Sekolah dan pusat pengajian tinggi juga boleh menganjurkan kempen ini supaya generasi muda peka tentang pentingnya menjaga alam sekitar.

23

Penduduk Taman Nenas bersyukur kerana isu pencemaran alam mendapat perhatian semua pihak supaya langkah-langkah proaktif dapat diambil segera demi kesejahteraan dan kebahagiaan hidup penduduk Taman Nenas.

 9)Rumusan Melalui kerja kursus geografi ini, saya dapat mengetahui dan menyatakan konsep pencemaran alam sekitar. Saya dapat mengenal pasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar dan punca-punca yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Saya juga dapat mengenal pasti kesan-kesan serta mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak  untuk menangani isu ini agar tidak membawa kemudaratan kepada penduduk-penduduk di sekitar Taman Nenas dan penduduk di sekitarnya. Kerja kursus geografi telah menanam kesedaran dalam diri saya dan penduduk-penduduk  di Taman Nenas akan pentingnya menjaga alam sekitar kita. Penduduk Taman Nenas dan rakyat Malaysia harus sedar bahawa penjagaan alam sekitar daripada tercemar merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan disemai dari kecil.Oleh itu, penduduk Malaysisa khasnya penduduk  Taman Nenas mestilah bekerjasama bergotong royong membersihkan persekitaran taman perumahan bagi mewujudkan persekitaran yang bersih, ceria dan selamat. Di samping itu, penduduk-penduduk Taman Nenas haruslah menyahut seruan kerajaan agar mempraktikkan

24

kempen kitar semula dan kempen cintai alam sekitar demi memelihara bumi kita daripada terus tercemar. Dengan adanya persefahaman dan perpaduan kaum tanpa mengira bangsa dan agama nescaya kita dapat mewujudkan persekitaran yang ceria

Borang Soal selidik Tajuk Kajian Geografi Tempatan : Pencemaran Alam sekitar di Taman Nenas. Arahan : Tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan. Bahagian A : Maklumat A : Maklumat Asas Responden

1. Nama Responden

:

_________________________

2. Umur

:

_________________________

3. Jantina

:

4. Kaum

:

5. Pekerjaan

:

Lelaki Melayu

Perempuan Cina

India

Lain-lain

__________________________

Bahagian B : Maklumat-maklumat Berkaitan Kajian Jenis Pencemaran

Tandakan ( / ) jika berlaku

Kawasan yang terlibat

1. Pencemaran air 2. Pencemaran udara 3. Pencemaran bau 4. Pencemaran bunyi

25

5. Pencemaran tanih 6. Lain-lain (nyatakan)

Punca-punca pencemaran

(/)

Punca-punca pencemaran

1. Sisa domestik

4. Pembakaran terbuka

2. Sisa industri

5. Perniagaan

3. Sampah sarap

6. Racun serangga / rumpai

(/)

Senarai responden soal selidik Bil

Nama

Umur

Pekerjaan

1

Harun Bin Jasin

43

Peniaga makanan

2

Mohd Syarizal Bin Ishak

38

Pegawai MPKK

3

Sri Ganesh A/L Murugiah

45

Pekerja kilang

4

Vellu A/L Murugan

49

Penoreh Getah

5

Tan Hong Yuan

36

Peniaga Runcit

6

Chong Woon Hock

41

Guru

7

Chan Sau Chan

46

Guru

8

Hasnita Binti Hashim

47

Pekerja Kilang

9

Sofiah Bin Othman

35

Guru

10

Prem A/L Ganesh

39

Penoreh Getah

11

Chin Hong

43

Pegerai

12

Sandthya A/L Murugiah

44

Pekerja Kilang

13

Aw Mei Ying

39

Jurutera

26

14

Chan Mei wei

40

Guru

15

Mahadzir Bin Hanafi

49

Jurutera

16

Hiou Zi Yong

35

Peniaga

17

Chin Zhi Kim

38

Peniaga

18

Norhaya Binti Osman

44

Jurutera

19

Rozita Binti Awang

35

Pekerja Kilang

20

Hasliana Binti Hashim

32

Pegawai MPKK

Soalan Temu bual Bahagian A : Maklumat A : Maklumat Asas Responden

1. Nama Responden

:

_________________________

2. Umur

:

_________________________

3. Jantina

:

4. Kaum

:

5. Pekerjaan

:

Lelaki Melayu

Perempuan Cina

India

Lain-lain

__________________________

Bahagian B 1. Pada pendapat tuan/puan apakah tahap pencemaran alam sekitar di Taman Nenas? ________________________________________________________________________ 2. Bolehkah tuan/puan menyatakan dan menjelaskan kesan-kesan pelbagai jenis pencemaran alam sekitar di taman Nenas? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

27

________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 3. Pada pendapat tuan/puan, apakah langkah-langkah yang mesti diambil untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar di Taman Nenas? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 4. Salah satu punca masalah pencemaran alam sekitar ialah sikap orang ramai yang kurang prihatin. Bagaimanakah caranya untuk menanam sikap cinta akan alam sekitar dalam jiwa penduduk ? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ Terima kasih atas kerjasama tuan/puan.

GAMBAR-GAMBAR PENCEMARAN ALAM SEKITAR

 RUJUKAN  Berikut merupakan rujukan saya: a)Buku Teks 28

Chong Mui Sheng dan rakan(2000) Geografi Tingkatan 1,Kuala Lumpur ,Johor Central Sdn.Bhd. b)Buku Rujukan Piara Singh(2005)Siri Teks Refences SPM Geografi Tingkatan 4 dan 5,Petaling Jaya,pearson Malay Sdn.Bhd. Chong Mui Seng(2008) Fokus PMR Tingkatan 1,2 dan 3,Kuala Lumpur,Sasbadi Sdn.Bhd. c)Internet http://maps.google.com.my/maps?hl=en&q=peta+daerah+kulim+bandar+baharu&ix=seb&ion=1&bav=o n.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.,cf.osb&biw=1024&bih=

http://maps.google.com.my/maps?hl=en&q=peta+daerah+kulim+bandar+baharu&ix=seb&ion=1&bav=o n.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.,cf.osb&biw=1024&bih=643&u

Blog.http//www.google map.com/  d) Orang Sumber Pn Chan Sau Chan,47 tahun,Seorang Guru di SMK Keladi,Kulim.

29

30

SENARAI KANDUNGAN

BIL

ASPEK

MUKA SURAT

1

PENGHARGAAN

1

2

PENDAHULUAN

2

3

OBJEKTIF KAJIAN

3

4

KAWASAN KAJIAN

4-10

5

KAEDAH KAJIAN

11-12

6

DAPATAN KAJIAN

13-25

7

RUMUSAN

26

8

LAMPIRAN

27-30

9

RUJUKAN

31

NAMA CALON:..................................................................................... KELAS

:......................................................................................

NAMA GURU :......................................................................................

__________________________ TANDATANGAN CALON

____________________________ TANDATANGAN GURU

32

33

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF