Folio Biologi Tingkatan 4 2012

July 27, 2017 | Author: Sainah Manigoth | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

sample folio...

Description

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAK LAGAM

FOLIO BIOLOGI 2012

TAJUK FOLIO

: EKOSISTEM TERANCAM

GURU PEMBIMBING

: NOR LELAWATI BINTI

DISEDIAKAN OLEH

: AMIN ASYRAF BIN ABD RAHMAN

KELAS

: 4 IRSYAD

MOHAMMAD

ISI KANDUNGA N

Bil. 1. 2.

Isi kandungan Penghargaan - Pernyataan masalah - Tujuan - Alat dan radas - Teknik

3. 4. 5. 6.

- Prosedur Penyampaian isi kandungan Kesimpulan Rujukan Lampiran

Muka surat

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya telah berjaya melaksanakan kerja folio biologi ini dalam masa yang telah ditetapkan. Di sini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada beberapa individu yang telah membantu saya untuk menyiapkan kerja biologi ini secara tidak langsung dan langsung. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua sekolah saya, Tuan Haji Md Idris bin Che Man kerana telah memberi kebenaran untuk melakukan kajian ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada guru biologi saya iaitu Puan Nor Lelawati yang telah memberi banyak tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang saya melakukan kerja ini. Seterusnya, saya juga amat berterima kasih kepada kedua orang tua saya yang telah memberi dorongan dan semangat sepanjang saya melakukan kajian ini. Mereka juga telah menghantar saya ke tempat kajian dan memberi bantuan dari segi kewangan untuk menyiapkan kerja ini.

Pernyataan masalah 1. Apakah aktiviti manusia yang mengancam alam sekitar serta kesannya ke atas

ekosistem?

2. Apakah jenis-jenis pencemaran, punca dan kesannya ke atas alam sekitar? 3. Apakah strategi untuk mengatasi masalah berkaitan pencemaran air dan udara? 4. Apakah fenomena kesan rumah hijau, punca, kesan dan cara mengatasinya? 5. Apakah fenomena penipisan lapisan ozon, punca, kesan dan cara mengatasinya? 6. Apakah makna dan matlamat pembangunan mampan serta usaha-usaha yang boleh dijalankan untuk menguruskan aktiviti pemangunan dan ekosistem bagi memastikan keseimbangan alam dikekalkan? Tujuan 1. Menilai aktiviti manusia yang mengancam ekosistem. 2. Memahami kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. 3. Menyedari kepentingan pengurusan terancang aktiviti pemangunan dan ekosistem. Alat dan radas Kamera, pensil warna, kertas warna.

Teknik Mencatat maklumat daripada Internet, mencatat maklumat daripada buku teks Biologi Tingkatan 4, mencatat maklumat daripada modul PESAT, mencatat maklumat daripada buku rujukan Oxford Fajar Biologi Tingkatan 4. Prosedur Tarikh 23 Mei 2012

Aktiviti Taklimat penarafan PEKA oleh guru-guru Biologi tingkatan 4 di Dewan Terbuka SMK

24 Mei 2012

Mak Lagam. Membentuk

26 Mei 2012 27 Mei 2012

daripada 4 orang. Ahli-ahli mengumpul maklumat. Ahli-ahli berkumpul untuk menggabungkan

13 Jun 2012

maklumat di tempat yang telah ditetapkan. Laporan siap untuk dihantar.

kumpulan

yang

terdiri

EKOSISTEM TERANCAM Aktiviti manusia yang membahayakan sesuatu ekosistem. Penduduk dunia mungkin mencapai 10 bilion dalam tempoh lima puluh tahun akan datang. Oleh itu, apabila terdapat kenaikan dalam bilangan penduduk dunia, ia secara amnya bermaksud bahawa terdapat peningkatan permintaan terhadap tempat tinggal, makanan, perubatan, dan bahan mentah. Hari ini, kerana jangkaan hidup moden dan revolusi industri telah menyebabkan dunia menghadapi pemusnahan hutan untuk membina lebih banyak rumah, penggunaan kawasan lading dan pasir untuk membina jalan raya hanya untuk memenuhi keperluan hidup manusia. Pengurusan ekosistem yang tidak teratur menimbulkan krisis alam sekitar yang luas. Antaranya ialah kesan rumah hijau, pemanasan global, pencemaran, hakisan tanah, tanah runtuh, banjir kilat dan penipisan lapisan ozon. Impak aktiviti manusia pada aktiviti ekosistem adalah sangat ketara dan memberi keburukkan kepada alam sekitar. Sama ada kita suka atau tidak, kontra aktiviti manusia ini telah membuat kita semua kini dalam kesukaran.

Aktiviti manusia yang menganca

m alam sekitar

PENEBANGAN HUTAN

Hutan boleh didefinisikan sebagai suatu formasi yang dikuasai oleh pokok.Perkataan hutan biasanya merujuk kepada tiga konsep yang berlainan. Konsep yang pertama ialah hutan merujuk kepada dirian pokok atau tumbuh-tumbuhan yang menyerupai pokok. Konsep kedua pula menyatakan hutan merujuk kepada seluruh komuniti tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai oleh pokok. Menurut konsep ketiga,hutan merupakan seluruh sistem komuniti yang dikuasai oleh pokok yang berfungsi,termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosferanya. Hutan hujan adalah komuniti tumbuhan yang padat dengan pokok-pokok yang mempumyai adaptasi terhadap kelembapan di mana ia mempunyai daun-daun yang lebar walaupun saiz daun bukanlah ciri utama dalam pembentukan jenis hutan hujan.Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penebangan hutan dan membawa kepada kesan-kesan buruk.Pelbagai langkah yang efektif telah pun diambil untuk mengatasi masalah ini.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada penebangan hutan ialah aktiviti pembangunan. Pembinaan kawasan perumahan dan bangunan-bangunan yang tinggi menyebabkan banyak kawasan hutan terpaksa ditebang. Kepesatan industri pelancongan turut menyumbang kepada kemusnahan hutan. Pembukaan tempat pelancongan baru memerlukan banyak bangunan didirikan. Ini termasuklah pembinaan prasarana seperti jalan raya untuk menghubungkan tempat pelancongan dengan kawasan bandar. Pembangunan yang terlalu mendadak dan tidak terancang di kawasan pelancongan akan memusnahkan ekosistem kawasam tersebut. Aktiviti pembalakan haram juga semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Aktiviti ini dijalankan secara tidak terancang dan salah di sisi undang-undang sematamata untuk mendapatkan sumber kayu-kayan untuk mengaut keuntungan dengan jalan mudah. Hal-hal sebeginilah yang akan menyebabkan kepupusan flora dan haiwan-haiwan kehilangan habitat mereka. Contohnya,aktiviti pembalakan yang berlaku di Pulau Redang dan Kuala Terengganu.

Faktor lain yang menjadi penyumbang kepada penebangan hutan ialah aktiviti pembinaan jalan raya. Aktiviti ini memerlukan proses penerokaan hutan dan sudah tentu akan melibatkan aktiviti penebangan hutan. Hal inilah yang akan menyebabkan kejadian tanah runtuh. Kejadian ini berlaku kerana struktur tanah longgar dan tidak stabil ekoran daripada kehilangan cengkaman akar pokok. Fungsi akar pokok adalah untuk meneguhkan kestabilan struktur tanah. Oleh itu,apabila banyak pokok yang ditebang, struktur tanah menjadi tidak stabil dan akan membawa kepada kejadian tanah runtuh. Terdapat banyak kejadian tanah runtuh yang telah berlaku di Malaysia seperti kejadian di Bukit Antarabangasa, Kuala Lumpur dan Bukit Canada di Miri, Sarawak. Pemusnahan yang berlarutan terhadap hutan akan menyebabkan berkurangnya penukaran karbon dioksida kepada organik karbon di udara. Hal ini akan menyebabkan kawasan tadahan hujan dan tempat menyerap serta menapis air hujan sebelum disalurkan ke sungai musnah. Akibatnya, bekalan air di negara ini akan terputus.

AKTIVITI PEMBANGUNAN DAN PERINDUSTRIAN

Di Malaysia, pembangunan fizikal adalah tuntutan semasa. Kita memerlukan

pelbagai projek besar-besaran sama ada untuk membina prasarana atau kawasan perumahan. Namun, semua ini memerlukan perancangan rapi, bukan sekadar menebang tebas hutan dan menggondolkan bukit sesuka hati. Menggondolkan semua kawasan dengan matlamat menanamnya semula, bukanlah cara yang bijak. Adalah lebih baik syarikat atau pemaju menarah kawasan yang perlu saja. Kawasan yang perlu dikekalkan dengan kehijauan, perlu dijaga rapi. Sejak isu alam sekitar menjadi tumpuan kita dalam abad ke-20 yang lepas, perbandingan sering dibuat di antara persekitaraan yang teruk tercemar di kota-kota besar dengan kawasan desa atau luar bandar yang dikatakan masih terpelihara. Pada hari ini, banyak kota besar di seluruh dunia bergelut dengan masalah berkaitan pencemaran alam sekitar, sementara masih banyak kawasan desa yang memelihara keindahan alam semula jadi.

Di kawasan luar bandar, yakni di pekan kecil, perkampungan dan petempatan yang kecil dan terpencil, impak jumlah dan kepadatanpenduduk terhadap alam sekitar adalah jauh lebih rendah berbanding bandar-bandarbesar. Tidak ramai penduduk bermakna tidak banyak kenderaan bermotor, serta tidaktinggi penggunaan air dan tenaga. Namun, di desa kesan kerja tangan manusia boleh jadicukup jelas dan luas akibat beberapa aktiviti yang mungkin kurang sesuai dijalankan dikawasan bandar, iaitu pertanian, perlombongan dan pembalakan. Pertanian adalah satu aktiviti penting demi menghasilkan makanan yang mencukupi untuk semua orang, sertamengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan dalam sesetengah industri lain. Teknologipertanian di sesetengah negara adalah cukup maju, tetapi kita masih memerlukankawasan yang luas untuk bercucuk-tanam dan menternak. Pertambahan penduduk

dibandar memberi kesan langsung terhadap perkembangan sektor pertanian di luar bandar.Keperluan makanan dan bahan mentah industri yang berasaskan hasil pertanianmemerlukan pertambahan kawasan perladangan dan penternakan. Akibatnya, lebihbanyak tanah harus diteroka. Amalan pertanian yang tidak mesra alam menyumbangterhadap pencemaran udara, air dan tanah. Demi memastikan tanaman subur dan terlindung dari serangan penyakit serta makhluk perosak, baja dan racun digunakan.

PEMBAKARAN TERBUKA

Pembakaran terbuka secara besar-besaran, sama ada untuk meneroka kawasan pertanian baru atau memusnahkan sisa ladang menghasilkan banyak asap dan boleh mencetuskan bencana pencemaran udara serius. Buktinya, dalam tahun 1997 jerebu teruk telah melanda Asia Tenggara akibat pembakaran terbuka yang berleluasa di rantau itu. Pada tahun 2005 pula, sebahagian besar Lembah Klang di Malaysia sekali lagi menghadapi masalah jerebu akibat pembakaran terbuka di Indonesia. Sistem pengairan yang digunakan dalam sektor pertanian juga boleh memberi kesan terhadap alam semula jadi. Di utara India, kawasan-kawasan yang dahulunya subur dengan tanaman telah mula diancam kekeringan akibat habisnya sumber air galian. Terlalu banyak air bawah tanah telah disedut keluar untuk mengairi tanaman pada kadar yang lebih cepat daripada kadar hujan menggantikan air bawah tanah tersebut. Akibatnya, telaga terpaksa digali semakin dalam, sementara tanah yang menjadi kering turut mengalami masalah kemasinan akibat pengumpulan garam. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk mengendalikan situasi ini, contohnya membina empangan-empangan kecil supaya air hujan dapat dikumpulkan dan meresap ke dalam tanah. Biarpun usaha sebegini sedikit-sebanyak berjaya menyelamatkan keadaan, amalan pertanian juga harus diubah supaya air dapat digunakan secara berkesan

jenis jenis pencemaran,

punca dan kesannya ke atas alam sekitar JENIS – JENIS PENCEMARAN DAN PUNCANYA Pencemaran Udara

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan moden telah banyak membawa perubahan dan kebaikkan pada taraf kehidupan masyarakat Malaysia. Sistem jalanraya yang baik, kemudahan sistem penerbangan yang cemerlang, dan adanya pelabuhan yang bertaraf antarabangsa sememangnya telah dapat membawa negara dan rakyat ke era kemajuan dan pemodenan. Kini setelah Malaysia merdeka, boleh dikatakan 90%-95% kawasan desa yang jauh dari bandar dan kota telah dapat menikmati kemudahan jalan raya yang telah mengubah keadaan dan rezeki penduduk desa. Walaubagaimanapun, perubahan dan kebaikan ini tidak mungkin berlaku tanpa membebankan alam sekitar. Lazimnya, setiap perbuatan dan perubahan itu membawa bersamanya kebaikan dan keburukan. Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat. Ahli sains telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan menghasilkan 64% gas Nitrogen Oksida (unsur utama yang menyebabkan terjadinya hujan asid), 42% Hidrokarbon, 66% Karbon Monoksida, 32% Plumbum, 30% Karbon Dioksida, 74% Benzena (merupakan bahan beracun), serta Toluena, Xilena, dan Etilena yang tidak diketahui jumlah peratusannya.

Sekiranya dikaji jenis sistem pengangkutan (pengangkutan darat, laut dan udara) maka jelaslah bahawa kenderaan bermotor seperti kereta, lori, motorsikal dan bas merupakan punca utama pencemaran berbanding dengan kapal laut dan kapal terbang. Analisis yang dibuat di

Switzerland menunjukkan sistem pengangkutan darat, kecuali kereta api, menggunakan sebanyak tiga kali ganda keluasan tanah. Ini melibatkan penggunaan tenaga sebanyak 3.5 kali ganda bagi kereta dan 8.7 kali ganda bagi lori dan trak yang menghasilkan 9 kali ganda pencemaran. Sekiranya analisis yang dibuat di Malaysia, berkemungkinan statistik yang sama akan di dapati dan barang kali juga lebih tinggi daripada hasil kajian di Switzerland memandangkan kepada pertambahan penggunaan kenderaan bermotor ( terutamanya kereta ) di Malaysia akhir-akhir ini.

Pencemaran Darat

Manusia mengguna dan menyesuaikan diri dengan unsur-unsur alam semulajadi seperti hutan, bahan galian, air, udara, tanah, sumber-sumber laut dan bahan api, mengindahkannya menerusi proses-proses pengeluaran kepada bentuk barangan dan perkhidmatan . Proses-proses pengeluaran ini berkait rapat dengan sistem ekonomi serta perkembangan dan pertumbuhannya . Sikap memandang sesuatu dari perspektif keuntungan menimbulkan sifat mengeksploitasi alam sekitar tanpa memperkirakan kepupusan sumbersumber alam semula jadi . Hutan memang mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara . Hutan didapati membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber penting bagi pendapatan matawang asing . Di kawasan tropika, rotan dianggarkan menyumbangkan nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta setahun dalam perdagangan dunia . Akan tetapi eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan, pertanian, ternakan dan sebagainya telah mengakibatkan pencemaran alam yang sangat dahsyat .

Umpamanya, banjir yang melanda beberapa kawasan seperti India, Bangladesh dan kawasan-kawasan Asia yang lain telah mengurangkan sumber air sungai yang bersih untuk kegunaan sehari-hari . Hasil tanaman padi, tebu dan sebagainya juga terjejas . Di sebaliknya kerajaan negara-negara tersebut terpaksa membelanjakan kira-kira RM 140 juta hingga RM 750 juta sebagai perbelanjaan banjir . Kadar pemendakan yang tinggi akibat penusnahan hutan yang tidak terkawal juga telah mengurangkan jangka penggunaan air kolam di Utara Pulau Luzon, Filipina, di kolam Air Nizamzagar, India dan lain-lain. Beberapa peristiwa yang boleh dianggap sebagai tragedi hitam, seperti tragedi Pos Dipang di Kampar, Perak, tanah runtuh di Genting Highlands dan beberapa lagi peristiwa yang telah mengorbankan banyak nyawa didapati berpunca daripada kealpaan manusia dalam menjaga alam sekitar , disebabkan terlalu mementingkan keuntungan melalui cara meminimumkan kos ataupun disebabkan kejahilan mereka dalam pengurusan alam sekitar .

Pencemaran Laut

Malaysia dikelilingi oleh laut di mana terdapat pelbagai aktiviti seperti carigali minyak dan pengangkutan air . Justeru itu Malaysia juga adalah terdedah kepada risiko tumpahan minyak yang besar . Perangkaan menunjukkan bahawa lebih dari 165 pelantar minyak telah menjalankan usaha carigali dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut Cina Selatan dan Selat Melaka pula adalah laluan perkapalan yang antaranya paling tersibuk di dunia . Dalam tahun 1995 terdapat lebih kurang 30251 buah kapal yang telah melalui Selat Melaka yang mana hampir 30% adalah merupakan kapal-kapal tangki. (Sumber : Perangkaan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia ) Kini, laut semakin terancam oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar materialistik tanpa menghiraukan implikasi kepada alam sekitar . Pencemaran di Asia Tenggara adalah berpunca daripada pelbagai faktor . Kepelbagaian faktor ini menyebabkan kualiti dan kuantiti air laut tercemar dengan begitu teruk tanpa ada satu vaksin yang mujarap untuk memulihkannya . Lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor perkapalan . (Persatuan Pencinta Alam, Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan Malaysia, Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55)

Kesan-kesan Pencemaran

Mengancam Kesihatan Manusia Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu . Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi . Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak . Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . Ia dikenali sebagai penyakit Minamata .

Mengancam tumbuhan dan binatang Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton . Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada penggunaan sumber air tersebut . Sebagai contoh yang lain kesan daripada keracun raksa, kejadian yang aneh berlaku di Teluk Minamata, Jepun, yang mana burung-burung yang sedang terbang tiba-tiba menjunam dari angkasa . Kucing berjalan terhoyong-hayang dengan mulut yang berbuih, kemudian berlari tidak menentu lalu mati . Kapal Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di kepulauan Riau dalam tahun 1975, menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia . Walaupun selepas empat tahun kejadian tersebut berlaku, kesan saki-baki minyak masih kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang terkenal sebagai akuakultur .

Kerosakan Harta Benda Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada kerosakan harta benda . Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda . Ini disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut . Antara kerosakan harta benda yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan yang terlibat .

Strategi untuk mengatasi masalah berkaitan pencemaran air dan udara di lokasi tertentu dalam tempoh sepuluh tahun akan datang. Pencemaran air Sektor pertanian 

Menggunakan baja mengikut sukatan yang betul.



Tidak menyembur baja pada musin hujan.



Menggunakan racun perosak yang terbiodegradasikan.



Menggunakan kaedah kawalan biologi.



Menanam tanaman yang diubah suai secara genetik dan tahan serangan haiwan perosak. Ini dapat mengurangkan keperluan untuk menggunakan bahan kimia bagi mengawal serangga perosak.

Kumbahan yang tidak dirawat 

Merawat kumbahan sebelum dialirkan ke dalam sungai.



Mengelakkan sisa baja dan racun serangga cecair dari ladang ternakan mengalir ke dalam sungai.

Bahan buangan domestik 

Gunakan racun terbiodegradasikan.



Bahan buangan dari lading ternakan



Minum air yang telah dirawat dan dididihkan.

Efluen dari industri 

Merawat efluen sebelum dibuang ke dalam sumber air.



Mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang membuang bahan buangan toksik ke dalam sumber air.

Paip bawah tanah



Gunakan paip yang diperbuat daripada kuprum dan bukan paip yang diperbuat daripada plumbum.

Pencemaran udara Bahaya pencemaran akibat penggunaan kenderaan bermotor telah lama diberi perhatian serius oleh negara-negara maju. Di Amerika misalnya, satu Akta Udara Bersih (Clean Air Act) telah diwujudkan untuk mengurangkan penghasilan Hidro Karbon, Karbon Monoksida dan oksida-oksida Nitrogen tertentu. Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsurunsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor. Kesan Plumbum terhadap kesihatan juga boleh dielakkan sekiranya kita menggunakan minyak tanpa plumbum (unleaded). Tindakan tegas kerajaan Malaysia adalah perlu untuk mengurangkan penggunaan dan penjualan minyak berplumbum demi menjamin kesihatan masyarakat umum, terutamanya penghuni kota. Mencari alternatif selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli (natural gas) dan Propana. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa bahan-bahan yang mengandungi kandungan oktana yang tinggi tidak menghasilkan plumbum dan boleh mengurangkan sehingga 90% pengeluaran Karbon Monoksida dan Hidrokarbon . Kecekapan enjin juga meningkat daripada 6% kepada 15% apabila menggunakan bahan-bahan ini sebagai bahan pembakar. Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli sains telah pun menemui sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan sama ada ia praktikal atau pun tidak, ia patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembanguna berterusan yang perihatin terhadap persekitaran. Di negara-negara barat, penggunaan kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik juga sedang dikaji secara giat. Kenderaan jenis ini tidak menghasilkan pencemaran bunyi dan udara. Namun demikian, tenaga elektrik adalah mahal dan

kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan. Kenderaan bermotor, sama ada buruk ataupun baru, hanya bertanggungjawab kepada separuh daripada persoalan dan alam sekitar. Separuh lagi tanggungjawab tersebut terletak dibahu kita sebagai pengguna. Sekiranya kita ingin mengurangkan kesan negatif penggunaan kenderaan bermotor terhadap alam sekitar, maka sikap perihatin terhadap cara kita menggunakan kenderaan adalah amat penting. Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan penyaman udara dalam kenderaan bermotor kecuali jika benar-benar diperlukan. Penggunaan alat penyaman udara boleh menghasilkan gas Klorofluorokarbon (CFC) dan menambahkan penggunaan minyak hingga 12 % terutamanya sewaktu kesesakkan lalu lintas. Penggunaan alat penyaman udara boleh digantikan dengan penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap sewaktu memandu. Menggunakan kadbod penghalang cahaya di cermin hadapan dan belakang ketika meletakkan kenderaan bermotor ditengah panas juga boleh mengurangkan kepanasan dalam kenderaan bermotor. Dengan ini kita dapat mengurangkan penggunaan alat penyaman udara sewaktu memandu kenderaan seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat tertentu bukan sahaja menjimatkan tenaga dan wang, malahan adalah satu cara yang lebih bersih dan bijak dalam memulihara alam sekitar daripada tercemar. Selain itu, menyelesaikan seberapa banyak tugas dalam satu perjalanan juga boleh menjimatkan penggunaan minyak. Akhir sekali kita seharusnya mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor bagi perjalanan jarak dekat. Penggunaan basikal, kenderaan awan ataupun berjalan kaki adalah lebih baik untuk alam sekitar disamping memberi kesan yang positif terhadap kesihatan kita. Justeru itu, kempen Masyarakat Penyayang sepatutnya diperluaskan bagi merangkumi hubungan manusia dengan alam sekitar agar masyarakat Malaysia lebih prihatin dan bertangungjawab terhadap persekitarannya. Pengguna kenderaan haruslah menggunakan kenderaan mereka dengan bijak agar dapat memulihara kesejahteraan alam sekitar di samping mengurang dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan sistem pengangkutan.

Fenomena kesan rumah hijau, punca, kesan dan cara mengatasinya.

Kesan rumah hijau merupakan fenomena yang sangat berkait rapat dengan pemanasan global.Pemanasan global sendiri sebenarnya merupakan fenomena pemanasan bumi secara makro akibat pelbagai faktor terutamanya akibat pencemaran udara yang begitu hebat.dengan kata lain suhu dunia semakin meningkat dan memberi kesan terhadap benua di seluruh dunia termasuklah benua artik yang mengalami kesusutan ketebalan ais yang semakin ketara.Pencemaran dengan terbebasnya gas karbon dioksida dikatakan sebagai punca utama berlakunya kesan rumah hijau.Cahaya matahari membawa sinaran ultraunggu ke bumi tetapi haba yang sampai ke permukaan bumi tidak dapat dibebaskan akibat disekat oleh gas karbon dioksida yang melitupi atmosfera.Akibatnya suhu bumi semakin panas. Proses kesan rumah hijau Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Secara amnya, di dalam atmosfera sesuatu ruang tertutup, komposisi gas ini tidak akan melebihi 0.03%. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.

Faktor-Faktor yang Menyebabkan Kesan Rumah Hijau

1. Merupakan satu lapisan gas beracun yang terdiri daripada karon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dan hidrokarbon yang menghalang pembalikan haba ke atmosfera suhu meningkat. 2. Aktiviti perindustrian atau pengangkutan - pelepasan gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida yang terhasil daripada pembakaran bahan api fosil. 3. Pembalakan yang berterusan rneningkatkan kandungan karbon dioksida. 4. Pembakaran atau kebakaran hutan yang menghasilkan kabon dioksida. 5. Pertanian pindah yang menyebabkan kemusnahan atau kebakaran hutan. 6. Urbanisasi yang menghasilkan banyak karbon dioksida atau habuk

Kesan - Kesan Rumah Hijau

1. Kenaikan suhu bumi 2. Perubahan cuaca yang melampau (taufan, banjir, tanah runtuh, dll.) 3. Peningkatan aras laut akibat pencairan glasier, akibat pemanasan global 4. Kemarau 5. Kandungan CO2 yang tinggi dalam atmosfera 6. Peningkatan emisi gas-gas rumah hijau di negara-negara yang sedang membangun 7. Penipisan lapisan ozon

Teknologi Hijau Merupakan Alternatif Untuk Mengurangkan Kesan Rumah Hijau

Sejarah dunia beberapa tahun kebelakangan ini telah mencatatkan satu perkembangan yang pelik. Pelik dengan bahang panas melampau di Amerika Syarikat dan Eropah tetapi keadaan sebaliknya di negara panas, Afrika Selatan yang dilitupi salji. Tidak ketinggalan beberapa siri taufan yang semakin kerap dan ganas, termasuk berstatus taufan raksasa menggegarkan China ketika banjir terus menelan korbannya dari Pakistan, Habsyah, Korea sehinggalah ke India Keadaan cuaca tidak menentu itu menyaksikan beratus-ratus kematian dalam sekelip mata manakala lebih sejuta lain hilang tempat tinggal. Nilai kerugian akibat kehilangan jiwa dan kemusnahan harta benda mencecah berbilion dolar. Inilah senario terkini keadaan cuaca dunia yang lebih banyak pelik daripada kebiasaannya. Catatan rekod daripada panas dan sejuk melampau selain rentetan satu demi satu taufan ganas yang seakan-akan tidak memberi ruang bagi negara mangsa untuk bernafas. Keadaan diburukkan lagi dengan ancaman gempa bumi kian kerap dengan catatan skala Richter lebih daripada sederhana sehingga menyebabkan amaran ombak besar atau tsunami yang amat asing bagi rantau Asia Pasifik, kini berlaku hampir setiap bulan. Pendek kata, bukan saja perkembangan politik dunia diselubungi pelbagai kekacauan, tetapi rekod

alam sekitar juga tidak terkecuali kelam-kabutnya sebagaimana yang ketara di beberapa buah negara.

Namun, antara contoh ketara adalah membabitkan kejutan perbezaan cuaca ketara benua Eropah dan Amerika dengan Afrika. Apa tidaknya, Eropah dan Amerika yang lebih diketahui menikmati cuaca sejuk sebaliknya diselubungi panas melampau dengan paparan rakyatnya kepanasan terpampang di kebanyakan media utama dunia baru-baru ini. Keadaan sebaliknya berlaku di bahagian selatan dua benua itu apabila Afrika Selatan yang sudah sinonim dengan cuaca panas, menyaksikan kehadiran salji buat kali pertama sejak 1981. Ramai kalangan saintis mengaitkan keadaan pelik itu sebagai kesan pemanasan global - satu keadaan yang dijangka berlarutan akibat pencemaran gas rumah hijau hasil pembakaran bahan fosil yang terperangkap dalam atmosfera. Biarpun sukar membuktikannya, seperti diakui Asher Timms, pegawai Pusat Penyelidikan Perubahan Cuaca Tyndall di Britain, corak cuaca bumi kini berubah. Akibatnya paras air laut semakin meningkat yang berkait rapat dengan salji yang semakin berkurangan atau cair di kebanyakan kawasan pergunungan serta bungkah ais Greenland yang mencair. Ini menyebabkan air laut semakin panas dan menyebabkan taufan makin ganas berlaku dengan kerap. Lantaran itu penekanan terhadap ‘teknologi hijau’ adalah altenatif yang tepat dalam menangani masalah kesan rumah hijau tersebut. Ia juga selaras dengan agenda utama kerajaan di seluruh dunia pada masa kini yang memberi keutamaan kepada isu-isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca dunia. Kita sebagai penduduk dunia perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menjadikan dunia ini “a better place to live in”.

Sebagaimana yang kita tahu, teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif akitiviti manusia seperti pengeluaran asap hitam yang membahayakan oleh kilang, penggunaan bahan bakar kenderaan bermotor, pemusnahan alam semulajadi, pencemaran sungai, pelepasan karbon ke udara dan sebagainya. Teknologi hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding teknologi sedia ada. Aplikasi Teknologi Hijau adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) di mana pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air, dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Produk itu akan selamat digunakan dan menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih baik untuk semua hidupan. Ia juga menjimatkan tenaga dan sumber asli serta menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Objektifnya termasuklah mengurangkan kadar penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi.

Fenomena Penipisan Lapisan Ozon, Punca, Kesan dan Cara Mengatasinya

Lapisan Ozon merupakan satu lapisan gas yang terbentuk disekeliling bumi. Lapisan ini terbentuk di atmosfera kira-kira 20 hingga 26 km dari permukaan bumi. Lapisan ini bertindak sebagai penapis sinaran ultraungu cahaya matahari sebelum sampai ke permukaan bumi. Lapisan ozon berfungsi melindungi bumi daripada sinaran ultraungu daripada matahari dan bertindak dengan cara menyerap dan membalikkan sinaran ultraungu yang berbahaya ke angkasa. Kloroflourokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama dalam penipisan ozon. Ia terdiri daripada klorin, flourin dan karbon. Gas (CFC) daripada alat-alat seperti penyaman udara, peti sejuk dan bahan aerosol akan bertindak balas dengan ozon untuk membentuk oksigen. Secara tidak langsung menyebabkan penipisan lapisan ozon. Penipisan lapisan ozon ini akan menyebabkan sinaran ultraungu akan sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi kesan negatif kepada manusia seperti penyakit kanser kulit dan katarak mata.

Penipisan lapisan ozon turut mendatangkan masalah kesan sehingga mewujudkan permasalahan yang besar iaitu kerap berlakunya kemarau.Aktiviti-aktiviti tidak bertanggungjawab manusia telah menipiskan lapisan ozon.Keadaan dunia yang semakin maju telah memungkinkan manusia mereka cipta pelbagai peralatan canggih untuk digunakan agar hidup mereka lebih baik lagi tanpa mempedulikan kesan-kesan buruk pada masa yang akan darang.Manusia telah berjaya mencipta alat penghawa dingin.Alat ini menggunakan gas cluroflurokarbon(cfc).Gas ini dibebaskan ke udara secara terus dan telah menipiskan lapisan ozon.Pembebasan gas monoksida daripada asap-asap kenderaan dan pembebasan gas-gas daripada kilang telah menyumbang kepada masalah ini.Semakin maju dunia semakin banyak masalah yang bakal muncul.Lapisan ozon yang menipis telah mewujudkan kemarau.Kemarau bakal menyusahkan manusia itu sendiri.Mereka tidak dapat melaksanakan aktiviti seharian dengan selesa dan sempurna.

Penipisan lapisan ozon yang berlaku akan memberikan masalah yang lebih besar iaitu kecairan aisberg di kutub selatan.Lapisan ozon yang menipis telah membolehkan cahaya matahari disampaikan terus ke bumi.Keadaan ini telah mengundang keadaan yang panas sehingga aisberg di kutub selatan mencair.Aisberg yang mencair menaikkan paras air laut.Paras air laut yang meningkat lama-kelamaan akan menggelamkan kawasan daratan sehingga kawasan penempatan manusia turut sama ditenggelami air.Hal ini telah menyebabkan manusia kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Kesan lain akibat daripada penipisan lapisan ozon adalah kepupusan habitat liar.Hidupan liar tidak mampu hidup dengan keadaan cuaca yang terlampau panas.Mereka tiidak dapat makan dengan sempurna.Haiwan-haiwan yang memakan haiwan terutamanya akan kehilangan sumber makanan apabila banyak haiwan yang merupakan makanannya mati.Apabila keadaan ini berlaku haiwan-haiwan liar akan mengalami kepupusan.Lamakelamaan tidak akan wujud lagi haiwan di muka bumi ini.Manusia sepatutnya rasa bersalah dengan wujudnya masalah ini.Manusia akan dianggap telah merampas hak hidupan lain.Bayangkan yang bakal berlaku sekiranya keadaan ini berterusan dan bagaimana pula dengan generasi akan datang.Generasi akan datang tidak akan mampu mengenali haiwan yang ada sekarang ini apabila haiwan ini mengalami kepupusan.Generasi sekaranglah harus dipersalahkan berkenaan situasi ini.

Punca berlakunya penipisan lapisan ozon 1. Perindustrian- industri yang membebaskan kloroflorokarbon dan halon seperti industri pendingin hawa, industri keluaran foam, industri aerosol, industri kimia dan lain-lain. 2. Ujian nuklear 3. Penggunaan kenderaan bermotor 4. Penyahutanan 5. kebakaran hutan

Kesan penipisan lapisan ozon 1. Gangguan kesihatan seperti strok haba, penyakit kulit. mudah demam, ketarak mata, kehilangan air dalam badan dan lain-lain yang berkaitan dengan cuauca panas. 2. Menjejaskan bekalan air kepada penduduk - Cuaca panas melampau/kemarau menyebabkan sumber-sumber air khususnya sungai dan tasik dan empangan akan terjejas seterusnya bekalan air bersih kepada penduduk juga terjejas. 3. Cepat merebaknya penyakit seperti taun dan malaria yang amat merbahaya kepada manusia dan boleh membawa maut. 4. Menjejaskan persekitaran sosial penduduk seperti riadah kerana cuaca terlalu panas. 5. Risiko banjir laut dan penenggelaman kawasan daratan pantai yang munkin menjadi petempatan manusia akibat pencairan ais benua yang terjadi apabila suhu dunia meningkat.

Cara menangani penipisan lapisan ozon 1. Penguatkuasaan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. 

Denda, kompaun, menarik lesen ke atas penyumbang masalah/punca penipisan ozon.



Laporan EIA bagi projek pembangunan kepada Pengarah JAS

2. Pengurusan strategik 

Guna Tenaga alternatif



Mengurangkan ujian tenaga nuklear



Mengurangkan pembakaran terbuka



Sektor pertanian menggunakan kaedah tebang reput, guna baja organik dan teknik kawalan biologi



Melakukan penghutanan semula/perladangan hutan

3. Pendidikan 

kempen, forum, seminar kepentingan menjaga alam sekitar.



pendidikan melalui subjek di sekolah.

Definisi Pembangunan Mampan Mengikut laporan Our Common Future yang diterbitkan oleh The World Commission on Environment and Development (WCED), 1987,pembangunan mampan adalah : “ Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan dating untuk memenuhi keperluan mereka “ Satu penekanan utama yang disarankan dalam dasar pembangunan mampan ini ialah masyarakat dunia mestilah hidup dalam had daya tampung (carrying capacity) planet bumi. Walaupun terdapat beberapa definisi yang berbeza tetapi dalam kesemua definisi ini terdapat satu tema yang dikongsi bersama iaitu alam sekitar (environment), masa depan (futuristic) dan kesaksamaan (equity) Aspek-aspek kemampanan untuk tujuan perancangan : 

Kemampanan Ekologi;



Kemampanan Ekonomi;



Kemampanan Sosial;



Kemampanan Budaya;



Kemampanan Pertanian;



Kemampanan Alam Sekitar; dan



Kemampanan Bandar

Matlamat Pembangunan Mampan 

Ketelusan dan Kerjasama Masyarakat diberi peluang sepenuhnya dan digalakkan untuk melibatkan diri secara

aktif dalam proses membuat keputusanmengenai pembangunan pada pelbagai peringkat perancangan, pengurusan dan pelaksanaan;Proses membuat keputusan yang berkaitan perlu dilakukan secara tulus dan telus; dan Matlamat akhir ialah untuk mengukuhkan penglibatan, tanggungjawab dan peranan pelbagai kelompok dari pelbagai peraingkat masyarakat berasaskan kepada proses perancangan, pelaksanaan, pengurusan dan keputusan 

Perkongsian Pintar

Perkongsian pintar antara Kerajaan Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan semua pihak masyarakat dalam seluruh aspek; dan Asas untuk mengeratkan integrasi pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan dalam menjurus kepada pola pembangunan mampan 

Tanggungjawab Bersama

Kerajaan Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan semua pihak masyarakat berperanan dan berkongsi tanggungjawab merancang, mengurus, melaksana dan memantau pembangunan mampan; dan Berdasarkan pada matlamat, objektif dan aspirasi yang jelas untuk manfaat dan kesejahteraan bersama 

Pendekatan Menyeluruh

Perkara ini perlu dilihat dan dikekati sebagai suatu kerangka yang berdasarkan proses masalah tersebut dan bukan pada kesan masalah 

Kesatuan Ekosistem

Alam sekitar dilihat sebagai suatu ekosistem yang mengandungi unsur-unsur warisan tabii, sistem sokongan hidup dan sumber asli; dan Jika digunakan dengan bijaksana akan menjamin dan meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan sosial



Keharmonian Masyarakat

Sentiasa mengutamakan keharmonian dan toleransi antara kaum, prihatin terhadap golongan warga tua, remaja, kanakkanak dan masyarakat kurang upaya; dan Tanpa membezakan jantina, taraf sosio-ikonomi dan penduduk antara bandar dan luar bandar 

Mengambil Berat Terhadap Masa Depan

Merangkumi pendapat bahawa generasi semasa mengurus sumber-sumber semasa dengan cara yang memungkinkan pengekalan pilihan-pilihan pengurusannya oleh generasi akan datang di masa hadapan; dan Pembangunan yang menekankan penggunaan sumber asli secara mampan dan menitikberatkan langkah-langkah perlindungan alam sekitar.

Usaha-usaha Pembangunan Mampan 1. Meningkatkan kualiti dan keselesaan hidup semua lapisan masyarakat melaui kerjasama dalam menjaga kebersihan persekitaran bandar anda . 2. Penyertaan aktif masyarakat tempatan untuk berbincang dan menyumbang idea secara muafakat . 3. Penglibatan awam dalam rancangan pemajuan (rancangan struktur dan rancangan tempatan). 4. Perkongsian tanggungjawab menjaga kampung halaman, seperti kata pepatah Melayu ” di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung “. 5. Saling tegur menegur secara membina di antara masyarakat berbilang kaum. 6. Mengamalkan nilai-nilai yang sihat dalam hidup misalnya mencintai alam sekitar dan menggunakan sumber alam dengan bijak . 7. Peka dan prihatin kepada isu-isu alam sekitar di sekeliling anda. 8. Bertindak secara tepat dan bijak dalam pengurusan alam sekitar. 9. Mengamalkan kitar semula bagi mengurangkan penghasilan sampah dan seterusnya mengurangkan pencemaran alam sekitar. 10. Menanam perasaan sayang terhadap alam sekitar di dalam hati masing-masing.

KESIMPULAN

1. Saya telah dapat mengenalpasti aktiviti manusia yang mengancam alam sekitar serta kesannya ke atas ekosistem. 2. Saya telah dapat menerangkan jenis-jenis pencemaran, punca dan kesannya ke atas alam sekitar. 3. Saya telah dapat mencadangkan strategi untuk mengatasi masalah berkaitan pencemaran air dan udara di lokasi tertentu dalam tempoh sepuluh tahun akan dating. 4. Saya telah dapat menerangkan fenomena kesan rumah hijau, punca, kesan dan cara mengatasinya. 5. Saya telah dapat menerangkan fenomena panipisan lapisan ozon, punca, kesan dan cara mengatasinya. 6. Saya telah dapat memahami makna dan maklumat pembngunan mampan serta usaha-usaha yang boleh dijalankan untuk menguruskan aktiviti pembangunan dan ekosistem bagi memastikan keseimbangan alam dikekalkan.

RUJUKAN

1. Internet 

www.jpbdjohor.gov.my



www.stag3072.bravehost.com



www.slideshare.net



http://www.scribd.com/adefuwa/d/40235988-Folio-Biologi-Tingkatan-4Pollution



http://www.scribd.com/doc/8463724/Biology-Paperwork



http://www.scribd.com/doc/58806746/folio-biology-tingkatan-4



http://www.scribd.com/doc/34218857/Biology-Form-4-by-CHONG-JIA-PING



http://www.scribd.com/doc/41409428/Folio-Bio-Form-4-Yay

2. Buku Teks Biologi Tingkatan 4 3. Modul PESAT 4. Buku rujukan Oxford Fajar Biologi Tingkatan 4

LAMPIRAN

Eutrofikasi merupakan proses semula jadi di mana satu ekosistem akuatik menjadi kaya dengan nutrien dan mengakibatkan pertumbuhan tumbuhan akuatik yang berlebihan. Nutrien – nutrien ini berasal daripada sumber seperti baja nitrat dan fosfat dari kawasan pertanian, bahan buangan domestik dari kilang, dan bangkai haiwan yang mati. Eutrofikasi meningkatkan kadar keperluan oksigen biokimia (B.O.D.). Penggunaan baja bahan kimia

semakin meningkat dalam bidang pertanian. Air hujan mengalirkan baja bahan kimia ini ke dalam tasik,sungai atau kolam. Bahan kimia ini mengandungi garam nitrat dan fosfat yang menggalakkan pembiakan alga. Apbila alga mati, tindakan pereputan oleh bakteria saprofit akan menggunakan oksigen. Oksigen terlarut akan semakin berkurang. B.O.D. meningkat. Haiwan akuatik akan mati apabila kekurangan oksigen dalam air.

FENOMENA KESAN RUMAH HIJAU, PUNCA, KESAN DAN CARA MENGATASINYA.

Kesan rumah hijau merupakan fenomena yang sangat berkait rapat dengan pemanasan global. Pemanasan global sendiri sebenarnya merupakan fenomena pemanasan bumi secara makro akibat pelbagai faktor terutamanya akibat pencemaran udara yang begitu hebat.dengan kata lain suhu dunia semakin meningkat dan memberi kesan terhadap benua di seluruh dunia termasuklah benua artik yang mengalami kesusutan ketebalan ais yang semakin ketara. Pencemaran dengan terbebasnya gas karbon dioksida dikatakan sebagai punca utama

berlakunya kesan rumah hijau. Cahaya matahari membawa sinaran ultraunggu ke bumi tetapi haba yang sampai ke permukaan bumi tidak dapat dibebaskan akibat disekat oleh gas karbon dioksida yang melitupi atmosfera. Akibatnya suhu bumi semakin panas.

Pencemaran darat

Pencemaran udara

Pencemaran air

Pencemaran udara

Mencari data di bilik exces

Proses pencatuman maklumat

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF