FB Ads Marketing

July 27, 2017 | Author: Mahadir Milaham | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

FB Ads...

Description

FB Ads Marketing Oleh: JaMaL Sifu FB Ads www.sifufbads.com https://www.facebook.com/sifufesbukads

As salammualaikum dan salam sejahtera pembaca semua. Ebook tak seberapa ini disediakan khas buat anda yang telah menjadi fans di fanpage sifufbads di https://www.facebook.com/sifufesbuka s://www.facebook.com/sifufesbukads. Sebagai tanda penghargaan buat anda yang sudi LIKE LIK fanpage ini semata--mata mata untuk belajar ilmu FB Ads Marketing dari sifufbads, inilah HADIAH buat anda. Anda juga boleh ikuti tips tips-tips tips terkini FB Ads dari sifufbads dengan layari web http:// http://www.sifufbads.com dan juga page di https://www.facebook.com/sifufesbuka s://www.facebook.com/sifufesbukads ds. Semoga ianya bermanfaat buat anda, walaupun sedikit. Ilmu yang anda pelajari, diamalkan, insyallah akan memberi hasilnya. Sekian.

JaMaL - sifufbads

Pengenalan FB Ads

Pasti anda biasa dengar? Tapi adakah anda tahu apakah “FB Ads” ini? Jika tahu, bagus,Tak tahu? Pun bagus! Ini kerana saya akan terangkan apa itu FB Ads. FB Ads adalah singkatan bagi Facebook Advertising..dalam Bahasa Melayu, Pengiklanan Facebook! Facebook menyediakan ruang untuk pengiklan untuk mengiklankan produk, servis, komuniti mereka dan sebagainya kepada jutaan pengguna Facebook berdasarkan;    

data geografi (di mana pengguna FB berada), data demografi (umur, jantina dan status pengguna FB) , data sosiografi (apa yang pengguna FB suka), dan juga data sosiografi (hubungan antara seorang pengguna FB dengan pengguna FB yang lain yang telah sertai mana-mana fanpage atau group).

Di mana iklan dipaparkan? Dan bagaimana ianya dipaparkan? Iklan FB ini dipaparkan di beberapa ruang pengiklanan FB mengikut ‘gajet’ yang digunakan oleh pengguna untuk melayari Facebook. Paparan Iklan Buat Pengguna desktop, laptop & tab Sekiranya pengguna menggunakan laptop/desktop/tab, paparan iklan dapat dilihat di: 1) Sidebar Akaun Facebook Audien. Jika anda buka akaun FB anda, samada anda sedang layari newsfeed, mahupun sertai mana-mana group, anda akan jumpa iklan-iklan ini.

2) Newsfeed Audien. Sekiranya audien sasaran anda membuka paparan newsfeed mereka, mereka akan jumpa iklan ini di kedudukan teratas. Anda boleh lihat perkataan “sponsored” pada iklan tersebut.

Paparan Iklan Buat Pengguna Smartphone Sekiranya pengguna smartphone seperti iphone, android, dan lain-lain melayari FB, paparan iklan hanya dapat dilihat pada newsfeed sahaja. Lihat paparan di bawah; -

Iklan sponsored post – Anda boleh iklankan post yang anda dibina di fanpage anda. Ianya dipaparkan seperti di bawah.

2) Iklan sponsored page. Jika anda promosikan fanpage anda untuk mendapatkan LIKE, ianya dipaparkan seperti di bawah.

Begitulah paparan iklan FB yang bakal dilihat oleh audien samada mereka menggunakan laptop, desktop, tab ataupun menggunakan smartphone. FAKTA: Lebih dari 50% pengguna FB melayari FB melalui smartphone mereka pada setiap hari. Dari fakta ini, iklan anda bukan saja dilihat dari dekstop, tab, laptop, tapi ianya dilihat melalui smartphone pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Bayaran FB Ads Pengiklan dikenakan bayaran melalui kad kredit/kad debit ataupun paypal. Seperti saya, saya gunakan kad debit Public Bank dan juga paypal (saya ada 2 akaun FB). Iklan FB ini dikenakan bayaran melalui 3 cara, iaitu; 1) CPC – cost per click Iklan anda hanya dikenakan bayaran apabila iklan yang dipaparkan diklik oleh audien sasaran. Ada orang klik, baru kena bayar! Tiada klik, tak payah bayar! Kadar bayaran adalah berdasarkan nilai bid yang pengiklan letakkan. Jika nilai bid CPC yang diletakkan adalah USD0.09, maka kos CPC yang dikenakan mungkin USD0.09 ataupun lebih rendah (jika iklan kita bagus, FB biasanya akan beri diskaun). Contoh: Anda boleh lihat paparan di bawah

2) CPM – cost per 1000 impression/view CPM adalah kos yang dikenakan berdasarkan 1000 kali iklan anda dipaparkan. Ianya berbeza dengan CPC yang mana CPC dikenakan bayaran hanya apabila ada audien klik pada iklan anda. Dengan menggunakan CPM, anda dikenakan bayaran setiap 1000 kali iklan anda dipaparkan di FB. Apabila iklan anda dipaparkan, anda tetap dikenakan bayaran tak kira terdapat klik atau tidak. Bayaran yang

dikenakan adalah serendah USD0.01 – USD0.05 bagi 1000 kali iklan anda dipaparkan (impression). Anda boleh letakkan nilai bid yang dimahukan. Lihat contoh di bawah:

3) AutoCPM Untuk memudahkan pemahaman anda, saya namakan 2 jenis AutoCPM. Terdapat 2 jenis autoCPM, iaitu AutoCPM promote post dan AutoCPM sidebar. a) AutoCPM (Boost post) – cost per reach Ini agak berbeza dari CPC dan CPM sebelum ini. AutoCPM ini secara automatik akan digunakan sekiranya anda menggunakan iklan jenis Sponsored Post. (anda gunakan button ‘promote’ pada post di fanpage anda). Kos yang dikenakan adalah berdasarkan reach (sasaran audien yang dicadangkan oleh FB).

b) AutoCPM sidebar/Power Editor Iklan jenis ini akan digunakan sekiranya anda memilih setting seperti gambarajah di bawah ketika membina iklan anda. Anda hanya letakkan bajet untuk iklan anda, dan pihak pengiklanan FB akan jalankan iklan anda secara automatik. Iklan anda dijalankan tanpa merujuk bid CPC, tanpa merujuk bid CPM, tanpa merujuk jumlah reach sasaran. Iklan anda dijalankan oleh FB berdasarkan bajet yang anda letakkan. (Walaupun agak berisiko menggunakan AutoCPM sidebar ni, ianya boleh dikawal dengan meletakkan nilai bajet yang rendah)

Itulah jenis-jenis kos dikenakan FB bagi tujuan iklan Facebook. Dan seterusnya.. Anda boleh ketahui prestasi semasa iklan Facebook anda melalui FB Ads Management di https://www.facebook.com/ads/manage

FB Ads Management

Penerangan tentang Ads Management -

Campaign Reach – Jumlah individu yang telah melihat iklan anda sepanjang tempoh iklan dijalankan.

-

Frequency – kekerapan iklan anda dilihat oleh audien tadi. (Seorang audien lihat berapa kali iklan?)

-

Social Reach – Jumlah individu yang telah melihat iklan anda dengan nama rakan mereka dipaparkan (social connections). Data ini hanya diperolehi jika anda mempromosikan fanpage.

-

Post engagement (ACTIONS) – Jumlah data tindakan yang diambil oleh audien selepas klik iklan yang dipaparkan. Jumlah ini meliputi page photo views, page post likes, comments, link clicks, page likes dll. (kalau nak tahu orang LIKE, kat sini membantu )

-

Clicks – jumlah iklan anda diklik oleh audien. Jika anda memilih CPC (cost per click), jumlah bayaran dikenakan FB Ads adalah berdasarkan jumlah klik ini.

-

CTR – Click Through Rate, di mana jumlah klik dibahagikan dengan jumlah impression (datai mpression anda boleh lihat dengan klik butang “full report“). CTR menentukan keberkesanan iklan anda dalam menarik perhatian audiens. CTR yang tinggi mampu membantu iklan anda lebih dipaparkan dengan kerap, mendapat klik yang tinggi, dan juga mampu dapatkan kos CPC atau kos CPM yang rendah.

-

Spent – Kos iklan atau kos yang akan dikenakan oleh FB dari akaun pengiklan.

-

Name – nama iklan anda. Anda boleh namakan iklan anda sesuka hati.

-

Status – status iklan anda samada pending review (sedang menunggu kelulusan dari FB),active (iklan anda diluluskan dan sedang berjalan), paused (iklan anda dihentikan) atau delete(iklan anda dibuang).

-

Max Bid – nilai maksimum bid yang kita sudi letakkan.Itulah serba sedikit tentang pengiklanan Facebook atau nama mudahnya, FB Ads.

-

Average Price – Nilai CPC sebenar yang dikenakan oleh FB. Mungkin ianya sama dengan nilai bid, atau lebih murah.

-

Cost Per Engagement – Kos bagi setiap tindakan yang dibuat oleh audiens selepas klik iklan anda. Biasanya mereka yang berpengalaman lama dalam FB ads akan lihat data ni. Jika anda masih baru, boleh abaikan (hanya untuk pengetahuan saja)

Page Post Ads Terdapat 5 jenis Page Post Ads dalam pengiklanan FB yang patut anda ketahui. Anda tahu ke? Tak tahu? Don’t worry..Ya, memang ramai yang tak tahu sebenarnya (kecuali anda yang dah baca post ni, bukan). Nota: Page Post Ads adalah iklan yang dibina dari post yang telah ditulis di fanpage. Anda tulis post di fanpage anda, dan jadikannya iklan!

Iklan jenis ini sememangnya sangat efektif bagi mendapatkan perhatian khusus dari audien sasaran anda. Iklan jenis ini berikan; 

Page post Likes (post anda di “Like” oleh audien)

 

Page post view (post anda dilihat oleh audien) Page post share (post anda dikongsikan)



Page post comment (post anda dikomen)

Menarik bukan.. Dengan kesan yang dihasilkan ini, fanpage anda akan lebih “dekat di hati” audien. Dan sudah pasti, mereka berpotensi menjadi “loyal fans”. Kenali 5 jenis page post ini.. #1: Page Post Ads – Text

Iklan ini memaparkan teks yang dipaparkan di post di fanpage anda. Ianya biasanya memaparkan 90 huruf terawal pada post. #2: Page Post Ads – Image

Paparan iklan beserta dengan gambar yang di post kan di fanpage. Iklan jenis ini antara yang paling efektif dalam menarik perhatian audien. (hasilkan CTR (click through rate) yang tinggi)

#3: Page Post Ads – Video

Iklan dengan paparan imej dengan “play button” di bawah, di sisi kiri. Iklan ini memang menarik, di mana boleh menarik perhatian audien untuk klik pada “play button” tersebut. Sangat sesuai digunakan bagi pelancaran video teaser pelancaran produk, video demo produk ataupun video “product presentation”. #4: Page Post Ads – URL

Anda boleh iklankan website anda melalui page post ads. Anda boleh hilangkan url website yang dipromosikan dengan tekan “BACK SPACE” selepas gambar/info dari web dipaparkan. Apabila audien klik pada “kotak” iklan di bawah ayat iklan, mereka akan terus dibawa ke website. Dan jika audien klik pada ayat iklan (luar kotak iklan), mereka akan dibawa ke post di fanpage anda. Pemasar affiliate juga sangat sesuai gunakan iklan jenis ini.

#5: Page Post Ads – Survey

Anda juga boleh iklankan survey/poll yang anda buat di post fanpage. Kelebihan melalui iklan jenis ini – anda boleh dapatkan data survey yang besar dalam masa yang singkat. Page Post Ads mana satu pilihan anda? Pemilihan page post ads bergantung objektif iklan anda. Dari pengalaman saya, untuk tujuan mendapatkan jualan dari FB Ads, page post jenis image adalah yang paling sesuai berbanding yang lain. Untuk mendapatkan LIKE, page post ads tidak sesuai digunakan!

Cara Setting Ads

Di bawah, saya tunjukkan panduan langkah demi langkah bagaimana untuk buat iklan facebook. Dalam contoh di bawah, saya tunjukkan panduan promosikan fanpage.

Langkah 1: Klik pada “home“, pilih “Advertise on Facebook”

Langkah 2: Klik “create ad Ad”

Langkah 3: Pilih fanpage yang anda ingin promosikan.

Langkah 4: Ada 3 objektif yang anda boleh pilih. Sebagai orang baru, saya syorkan anda pilih “See Advanced Option” supaya bayaran secara CPC dapat dipilih.

Anda ada 2 pilihan, samada nak buat iklan untuk; a) Page Post (anda boleh iklan post yang telah dibuat dalam fanpage anda) b) New Ads (anda buat iklan untuk tarik trafik atau untuk tarik LIKE ke page anda)

Page Post Ads

New Ads

Langkah 5: Untuk sponsored Stories, terpulang pada anda samada mahu gunakannya atau tidak. Jika tidak mahu, klik “remove“. (sebagai orang baru, better remove saja)

Langkah 6: Pilih audien anda. (kepada siapa anda ingin iklankan )

Langkah 7: Pilih connections

Langkah 8: Isikan maklumat Campaign, Pricing and Schedule

Langkah 9: Pilih jenis pricing yang anda mahukan.

Nota: CPC – kos iklan anda adalah berdasarkan klik yang diperolehi. CPM – kos iklan berdasarkan setiap 1000 kali iklan anda dipaparkan AutoCPM (sponsored story) – kos iklan berdasarkan jumlah reach(audien) yang anda mahukan

Langkah 10: Isikan maklumat bid anda.(orang baru disyorkan guna CPC dulu)

Langkah 11: Klik “review ad”

Langkah 12: Review ads anda dahulu dan namakan ads anda.

Langkah 13: Anda diminta isikan maklumat kad kredit/kad debit anda. (kad debit anda yang ada logo Mastercard atau VISA boleh digunakan sebagai pengganti kad kredit)

Langkah 14: Isikan maklumat kad debit/kad kredit anda seperti ini.

Langkah 15: Seterusnya, klik “skip”

Langkah 16: Masukkan password akaun FB anda.

Langkah 17: Anda diminta isikan informasi akaun anda.

Langkah 18: Ads @ iklan pertama anda berjaya dibuat. Dan anda perlu tunggu kelulusan dari pihak FB.

Langkah 19: Ads anda akan dihantar ke pihak FB untuk kelulusan. Biasanya ianya mengambil masa paling cepat 2 minit, dan paling lambat 3 hari. (iklan yang diluluskan juga akan dimaklumkan melalui emel anda oleh FB)

Bagaimana? Boleh ikutinya? Tahniah..

Cara Bina Landing Tab Di Fanpage Anda

Jangan malas! Sila tonton video ini☺ https://www.youtube.com/watch?v=DDKR4CYS47s

Cara Buat Like Marketing Ads

Jangan malas! Sila tonton video ini☺

https://www.youtube.com/watch?v=ygOGb9MI6-k

Cara Buat Boost/Promote Post

Promote/boost post juga dikenali sebagai sponsored ads dalam pengiklanan Facebook. Fungsi ini terdapat di bahagian bawah post di fanpage anda.

Fungsi “boost” pada post timeline Fungsi ini diperkenalkan oleh Facebook pada pertengahan tahun 2012 ini, untuk membantu pemilik fanpage untuk meningkatkan kadar reach sesuatu post kepada fans mereka.

Sebelum ini..

Sememangnya kalau kita buat post di wall page kita, biasanya bawah 10- 20% saja reach yang kita terima.10- 20% je akan lihat post kita di newsfeed mereka. Itupun jika mereka memang buka newsfeed ketika itu. Untuk dapatkan atas 20% reach, memang agak sukar. Kerana..



Bukan semua fans kita online FB mereka di kala kita buat post. Katakanla kita buat post pagi ini, mereka pula login FB jam 9 malam. Mereka berpotensi untuk tak terima post kita di newsfeed mereka.



Mereka sudah tentu LIKE banyak fanpage, subscribe banyak friends, sudah tentunewsfeed mereka sentiasa menerima update yang begitu pantas, sehinggakan mereka tak sempat melihat post kita.



Satu lagi, penglibatan fans kita dengan post kita (samada LIKE, komen, Share) juga memainkan peranan..



FB newsfeed ni ada algorithm nya sendiri,..

Sebab itu fungsi PROMOTE (button promot di ruangan action post) disediakan oleh FB. Ini bukan

bertujuan untuk mengaut untung semata-mata, tapi membantu pengiklan FB beriklan dengan lebih berkesan. Post kita akan muncul di kedudukan PERTAMA newsfeed fans/audien yang kita sasarkan. Kelebihannya 

Post iklan anda lebih besar, jelas berbanding iklan tepi tu..



Setiap audien yang berjaya dicapai, akan melihat post kita di awal newsfeed..Sebab itu CTR hasil ads ini mampu capai 5-20%.



Anda boleh dapat CPC bawah USD0.03 jika CTR tinggi..(biasanya mudah saja)..Walaupun ianya OPTIMIZED CPM, tapi kita boleh jimat banyak guna cara ni..



Sangat sesuai buat fanpage yang dah memiliki kredibiliti, TAT (Talking About This), dan jumlah LIKE melebihi 1000 LIKE,



Conversion juga boleh dapat tinggi jika tahu teknik PUSH MARKETING..

Ikuti Langkah-Langkah Buat Iklan Promote Post.. 1. Bina post anda terlebih dahulu.

2. Lihat button “Boost” di bawah post yang telah dibina tadi.

Button Boost/promote

3. Klik dan paparan ruang setting iklan akan anda lihat seperti di bawah.

Panduan Isi maklumat ini:

Audience – Anda boleh iklankan post anda kepada fans dan rakan mereka atau audiens yang anda ingin sasarkan (targetteing)

Maximum Budget – Anda pilih budget yang anda mahukan. Budget ini adalah berdasarkan slot sasaran Reach yang anda ingin sasarkan. Lebih tinggi reach, lebih tinggi kosnya. (Apapun, anda boleh PAUSE iklan ini selepas ianya dijalankan)

4. Anda akan diminta isikan maklumat kad kredit/kad debit bagi tujuan billing. (jika pertama kali membuat iklan FB)

5. Klik butang “Boost Post” untuk pastikan iklan anda berjalan.

Mula Promot 6. Button boost bertukar kepada Promoted jika iklan “post promote” telah dibuat.

Sudah promote Begitulah langkah-langkah untuk anda gunakan fungsi “boost” pada fanpage anda.

Apabila iklan anda telah diluluskan oleh pihak FB (biasanya sekejap saja), iklan anda mula dipaparkan di awal newsfeed audien anda. Contoh paparan adalah seperti berikut. (Anda dapat lihat perkataan sponsored pada post tersebut. Tiada waktu dipaparkan)

Paparan iklan sponsored post (boost post) Anda dah faham? Saya harap begitulah! Ini lah kaedah pengiklanan FB ads paling mudah untuk dijalankan, terutamanya buat mereka yang baru.

Tapi perlu ingat..

Setiap teknik pasti ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.

Kelebihan iklan ini – mampu hasilkan CTR yang tinggi di mana paparannya adalah lebih besar, lebih jelas dari paparan iklan biasa (iklan di sidebar tepi FB). Paling efektif jika post anda adalah post promosi produk. Yang menarik lagi, iklan ini berpotensi untuk berikan anda kos iklan yang rendah (bawah USD0.05).

Kelemahan iklan ini – Ianya hanya sesuai apabila anda memiliki fans yang ramai (atas 1000). Jika bawah dari itu, agak kurang efektif. Selain itu juga, iklan ini berpotensi untuk sampai kepada audien bukan sasaran anda (bila anda memilih freinds of fans).

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF