Faktor-faktor Yang Menghalang Perpaduan Di Malaysia Sebelum Tahun

August 27, 2017 | Author: mc_dee882850 | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Faktor-faktor Yang Menghalang Perpaduan Di Malaysia Sebelum Tahun...

Description

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM TAHUN 1970 DISEDIAKAN OLEH: HAFIFI BIN ABU HASAN MOHD ZAHER BIN ISMAIL MOHD SAFUAN BIN ASHARI MASYITHOH BINTI MOHD ZUBER

PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL DAN PENEMPATAN 

Berlaku akibat dasar ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh penjajah British.

 

Penjajahan British telah membawa masuk ramai buruh Cina dan India ke Tanah Melayu.

 

 

Kerajaan British telah menetapkan setiap kaum membuat petempatan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan ekonomi masing-masing.

PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL DAN PENEMPATAN 

Kerajaan British telah meletakkan kaum Melayu di kawasan kampung, kaum Cina di bandar dan pekan menjalankan perniagaan manakala kaum India pula di ladang-ladang getah.

 

Perbezaan petempatan telah menyebabkan mereka sukar untuk berinteraksi.

 

Hal ini menyebabkan proses mencapai perpaduan menjadi sukar.

PERBEZAAN TUMPUAN SEKTOR EKONOMI 

Akibat daripada proses ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan, orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan.

 

Orang Cina digalakkan bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan

 

Kaum India pula kekal di estet-estet.

 

Aktiviti ekonomi yang berbeza hampir tidak memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan bergaul.

PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN 

Sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British telah menimbulkan masalah perpaduan antara kaum.



Bagi pelajar Melayu hanya terdapat dua jenis sistem pendidikan yang dibenarkan iaitu:  Sekolah vernakular Melayu Sekolah aliran Inggeris



Namun, sekolah aliran Inggeris hanyalah untuk anakanak bangsawan manakala di sekolah Melayu pula pelajaran hanyalah berbentuk pendidikan asas.





PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN 

Bagi masyarakat India pula, sekolah Tamil dibuka di estetestet. Kurikulum sekolah Tamil dan guru dibawa dari India dan mengikut sistem pendidikan di India.

 

Bagi kaum Cina, sistem pendidikan yang dijalankan adalah berbeza. Guru- guru dan buku teks dibawa khas dari China yang mementingkan pergolakan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di China berbanding Tanah Melayu.

 

Ini jelas menunjukkan bahawa sistem pendidikan yang berbeza telah memisahkan pandangan antara kaum. Di Sabah dan Sarawak pula, pendidikan tidak diberikan.

FAHAMAN DAN PENGARUH POLITIK YANG BERBEZA 

Fahaman dan pengaruh politik setiap kaum adalah berbeza.

 

Bagi kaum India dan Cina, perkembangan yang berlaku di negara asal mereka adalah lebih penting.

 

Setiap kaum berusahan untuk memastikan pengekalan identiti kaum, bahasa dan budaya masing-masing.

 

Bagi orang Melayu pula, mereka sentiasa memastikan hak dan kepentingan mereka di Tanah Melayu sentiasa terpelihara.

 

Fahaman politik yang berbeza juga telah menyukarkan Parti Perikatan untuk memenangi majoriti 2/3 dalam Pilihanraya 1969.

MASALAH EKONOMI 

Dalam bidang ekonomi, orang Melayu dan penduduk asli yang lain menguasai bidang yang mundur.

 

Orang Melayu lebih menguasai sektor primer manakala kaum Cina menguasai sektor yang lebih maju dan berteknologi moden.

 

Ketidakseimbangan ini telah menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain.

PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA 

Setiap kaum menganut agama yang berbeza contohnya kaum Melayu menganut agama Islam, kaum India beragama Hindu dan kaum Cina beragama Buddha.

 

Pegangan dan ideologi setiap agama adalah berbeza.

 

Oleh itu, sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya setiap kaum sukar untuk bertolak-ansur.

PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU 

Tanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun dari tahun 1942 hingga 1945.

 

Semasa penjajahan Jepun, mereka mengamalkan sikap berat sebelah dengan anti-Cina dan memberi msayarakat Melayu terlibat dalam sektor pentadbiran.

 

Fenomena ini menimbulkan kemarahan orang Cina dan menyemarakkan lagi sentimen perkauman.

 

Apabila Jepun menyerah kalah, kaum Cina yang menganggotai MPAJA @ Bintang Tiga telah keluar dari hutan dan membalas dendam terhadap orang Melayu.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF