Faktor-Faktor Kemalangan Jalan Raya

May 11, 2018 | Author: Hariyaran Bhaskar | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Faktor-Faktor Kemalangan Jalan Raya...

Description

Faktor-faktor kemalangan jalan raya. Sejak akhir-akhir ini, kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat setiap tahun. Kemalangan jalan raya berlaku di mana-mana sahaja. Kebiasaannya kemalangan kerap  berlaku pada musim-musim perayaan. Kemalangan jalan raya merupakan salah satu tragedi dahsyat yang acap kali membawa kematian dan kecacatan kepada sebilangan pengguna jalan raya di negara kita. Tragedi ini berpunca daripada beberapa faktor. Faktor utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pengguna jalan raya itu sendiri. Kebanyakan pengguna jalan raya tidak mematuhi peraturan jalan raya walaupun undang-undang ditetapkan. Sebagai contoh,  penggguna jalan raya tidak mematuhi peraturan had laju. Selain itu, sesetengah pengguna jalan raya tidak mematuhi lampu isyarat kerana mereka ingin cepat sampai ke destinasi de stinasi masingmasing. Seterusnya, sikap pengguna yang tidak berhati-hati juga menjadi faktor berlakunya kemalangan  jalan raya. Pemandu seharusnya menumpukan sepenuh perhatian semasa memandu. Malangnya, terdapat ramai pemandu yang tidak menumpukan perhatian samasa memandu. Contohnya, ada antara mereka yang menggunakan telefon bimbit atau berbual-bual semasa memandu dan kebanyakan mereka juga tidak mematuhi papan tanda. Mereka juga tidak berfikir bahawa  pengubalan peraturan dan undang-undang jalan raya adalah untuk k eselama tan mereka. Selain itu, hampir semua pengguna jalan raya pada masa kini mementingkan diri sendiri. Mereka tidak memikirkan keselama tan pengguna jalan raya yang lain semasa memandu. Mereka memandu dengan laju dan memotong sesuka hati tanpa memirkirkan akibatnya. Contohnya, semasa kesesakan jalan raya ada pengguna yang memotong barisan kenderaan lain yang telah lama beratur panjang. Kesannya, kesesakan jalan raya semakin bertambah dan perselisihan faham antara penggguna jalan raya akan berlaku. Pengguna yang menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan juga menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Sebagai contoh, kebanyakan remaja yang melakukan aktiviti berlumba haram. Golongan ini tidak menghargai nyawa sendiri dan boleh mengancam nyawa orang lain. Seterusnya, sikap pengguna jalan raya yang tidak bertimbang rasa juga turut menyumbang  berlakunya kemalangan jalan raya. Lumrahnya, pemandu kendaraan aw am dan pemandu kenderaan berat seperti bas dan lori akan bersikap sedemikian. Terdapat pemandu yang menukar  laluan sesuka hati, memotong dan menghimpit kenderaan lain. sikap kasar dan tidak bertimbang rasa ini perlu dihindar untuk mengelakkan kemalangan berlaku. Oleh itu, semua pengguna perlulah mengubah sikap mereka untuk menjamin keselama tan diri sendiri dan orang lain. Akhir sekali , pengguna pen gguna diseru agar sentiasa berhati-hati semasa memandu di jalan raya bak kata pepatah "biar lambat asal selamat"

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF