Fadhilat Al Quran

March 20, 2019 | Author: Abu Harith | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Fadhilat Al Quran...

Description

FADH ADHIL ILA AT AL QURAN QURAN

SYAIKHUL HADITH HAZRAT MAULANA MUHAMMAD ZAKARIYYA



HADITH 1 Orang yang terbaik



HADITH 2 Kelebihan tilawah dan ketinggian kalamullah



HADITH 3 Ganjaran dua, tiga dan empat ayat al-Quran



HADITH 4 Ganjaran bagi pembaca yang lancar dan tidak lancar 



HADITH 5 Hasad hanya dibenarkan dalam dua perkara



HADITH 6 Perbandingan orang yang membaca dan tidak membaca al-Quran



HADITH 7 Mulia dan hina bangsa kerana al-Quran



HADITH 8 Tiga perkara yang akan berada di bawah lindungan 'arash pada hari pengadilan



HADITH 9



HADITH 10 Ganjaran sepuluh pahala bagi setiap huruf 



HADITH 11 Ibubapa pembaca & pengamal al-Quran akan dipakaikan mahkota



HADITH 12 Api tidak dapat membakar al-Quran



HADITH 13 Syafaat orang yang menghafal al-Quran



HADITH 14 Orang yang belajar dan membaca al-Quran seperti bekas berisi kasturi



HADITH 15 Orang yang tidak menghafal al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan

Ketinggian darjat dalam syurga kerana al-Quran

kosong •

HADITH 16 Membaca al-Quran dalam solah adalah yang terafdal



HADITH 17 Ganjaran membaca tiga ayat dalam solah



HADITH 18 Ganjaran bagi bacaan dengan melihat dan bacaan dengan hafalan



HADITH 19 Membaca al-Quran membersihkan karat daripada hati



HADITH 20 Al-Quran adalah kemegahan dan kebanggaan bagi orang Islam



HADITH 21 Bacaan al-Quran adalah nur untuk kehidupan dunia & bekalan akhirat



HADITH 22 Turunnya sakinah dan rahmat ke atas pembaca al-Quran



HADITH 23 Membaca al-Quran adalah cara yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah



HADITH 24 Orang al-Quran adalah ahli Allah



HADITH 25 Perhatian istimewa Allah terhadap bacaan al-Quran oleh seorang nabi



HADITH 26 Perhatian istimewa Allah terhadap bacaan al-Quran oleh seorang qari



HADITH 27 Membaca al-Quran siang dan malam



HADITH 28 AI-Quran mengandungi rumusan semua ajaran kitab-kitab Allah yang terdahulu



HADITH 29 Nabi bersama muhajirin yang miskin



HADITH 30 Ganjaran untuk orang yang membaca dan mendengar bacaan al-Quran



HADITH 31 Ganjaran bagi orang yang membaca dengan suara yang kuat dan perlahan



HADITH 32 AI-Quran sebagai pemberi syafaat



HADITH 33 Puasa dan al-Quran akan memohon syafaat s yafaat



HADITH 34 Al-Quran pemberi syafaat yang tertinggi



HADITH 35 Pernbaca al-Quran menyimpan ilmu kenabian di dada



HADITH 36 Tiga golongan akan berjalan di atas timbunan k asturi



HADITH 37 Belajar satu ayat lebih baik dari seratus rakaat solah sunat



HADITH 38 Orang yang membaca sepuluh ayat waktu malam tidak digolongkan di kalangan orang yang lalai



HADITH 39 Orang yang membaca seratus ayat pada satu malam digolongkan di kalangan 'qaniteen'



HADITH 40 Kitabullah adalah penyelamat daripada fitnah

HADITH 1 Hazrat Uthman r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah)

HADITH 2 Hazrat Abu Said r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “ Allah swt berfirman, “Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKu dan berdoa kepadaKu kerana sibuk dengan al-Quran maka Aku mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaKu”. Ketinggian perkataan Allah swt ke atas segala perkataan adalah a dalah seumpama ketinggian Allah swt ke atas segala makhluk ciptaanNya.” (Riwayat Tirmizi, Darimi dan Baihaqi)

HADITH 3 Hazrat Uqbah bin Amir r.a berkata, “Rasulullah s.a.w datang kepada kami ketika kami sedang duduk di atas suffah dan bertanya, “Siapakah di antara kamu yang suka pergi ke pasar Buthan atau Aqiq setiap hari dan membawa pulang dua ekor unta betina daripada jenis yang terbaik tanpa melakukan satu dosa pun atau memutuskan silaturrahim?” Kami menjawab, “Setiap orang daripada kami akan menyukainya.” menyukainya .” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila seseorang pergi ke masjid dan mengajar atau membaca dua potong ayat daripada al-Quran adalah lebih baik baginya daripada dua ekor unta betina, tiga ayat adalah lebih baik baginya daripada tiga ekor unta betina dan begitu juga empat potong ayat adalah lebih baik baginya daripada empat ekor unta betina mengikut bilangan ayat-ayat yang sama dengan bilangan unta  jantan.” (Riwayat Muslim, Abu Daud)

HADITH 4 Hazrat Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Seseorang yang ahli dalam al-Quran akan berada bersama malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi & Ibnu Majah)

HADITH 5 Hazrat Abdullah Bin Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak dibenarkan sebarang hasad kecuali terhadap dua  jenis orang. Seseorang yang Allah swt telah merahmatinya dengan pembacaan al-Quran maka dia berada dalam d alam keadaan demikian siang dan malam dan seseorang s eseorang yang dikurniakan harta dan dia membelanjakan harta itu (di jalan Allah swt) siang dan malam.” (Riwayat Bukhari, Tirmizi & Nasa’i)

HADITH 6 Hazrat Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Perumpamaan seseorang mukmin yang membaca alQuran adalah seperti limau manis, berbau sedap dan rasa limau itu manis. Perumpamaan seseorang mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah tamar, sungguhpun tidak mempunyai bau namun berasa manis. Perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca alQuran adalah umpama buah peria pahit. Buah ini tidak mempunyai bau dan berasa pahit. Perumpamaan orang munafiq yang membaca al-Quran adalah seperti bunga ‘raihanah’, berbau harum tetapi berasa pahit.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Nasa’I & Ibnu Majah)

HADITH 7 Hazrat Umar r.a meriwayatkan m eriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah Allah swt memuliakan ramai orang melalui kitab ini (al-Quran) dan menghina m enghina ramai orang dengannya.” (Riwayat Muslim)

HADITH 8 Hazrat Abdul Rahman bin Auf r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiga perkara akan berada di bawah naungan Arasy Allah swt pada hari kiamat. Pertama, al-Quran. Al-Quran akan berhujah dengan manusia dan al-Quran ini mempunyai zahir dan batin. Kedua, amanah. Ketiga, tali persaudaraan (silahturrahim) yang akan mengisytiharkan, “Ketahuilah, sesiapa yang menghubungkan aku maka Allah swt akan menghubungkannya (dengan rahmatNya), sesiapa yang memutuskan aku maka Allah swt akan memutuskannya (daripada rahmatNya).” (Diriwayat dalam Kitab Sharhussunnah)

HADITH 9 Hazrat Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Pada hari pengadilan kelak akan dikatakan kepada orang al-Quran, ‘Bacalah al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir  yang kamu baca.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah & Ibnu Hibban)

HADITH 10 Hazrat Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf  itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” (Riwayat Tirmizi)

HADITH 11 Hazrat Mu’az al-Johani r.a meriwayatkan mer iwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkandung dalamnya maka kedua-dua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. Bayangkanlah bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan al-Quran?.” (Riwayat Ahmad & Abu Daud)

HADITH 12 Hazrat Uqbah bin Amir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika al-Quran itu dimasukkan ke dalam kulit dan kemudian dicampakkan ke dalam api nescaya kulit itu tidak akan terbakar.” (Riwayat Darimi)

HADITH 13 Hazrat Ali r.a meriwayatkan m eriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Quran lalu menghafalnya dan meghalalkan apa-apa yang halal dalamnya dan mengharamkan apa-apa yang haram dalamnya akan dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah swt dan Allah swt akan menerima syafaatnya yang diberi kepada sepuluh orang ahli rumahnya yang kesemua mereka telah wajib memasuki neraka.” (Riwayat Tirmizi & Ahmad)

HADITH 14 Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Belajarlah dan bacalah al-Quran kerana sesungguhnya perumpamaan bagi orang yang menpelajari al-Quran kemudian membaca dan terus membaca al-Quran dalam solat tahajud adalah seumpama satu bekas yang penuh dengan kasturi. Bau kasturi yang wangi ini merebak ke setiap penjuru tempat. Sementara seseorang yang belajar  al-Quran kemudian tidur, sedangkan al-Quran berada dalam hatinya adalah seumpama bekas yang penuh dengan kasturi tetapi mulut bekas itu tertutup.” (Riwayat Tirmizi, Nasa’I, Ibnu Majah & Ibnu Hibban)

HADITH 15 Hazrat Abdullah bin Abbas r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Seseorang yang tidak ada sebahagian pun alQuran dalam hatinya adalah seumpama rumah yang telah ditinggalkan kosong.” (Riwayat Tirmizi, Darimi & Hakim)

HADITH 16 Hazrat ‘Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Membaca al-Quran dalam solah adalah lebih afdal afdal daripada membaca al-Quran di luar solah. Membaca alQuran di luar solah lebih afdal daripada tasbih dan takbir  (memuji Allah swt). Tasbih adalah lebih afdal daripada sedekah, sedekah adalah lebih afdal daripada puasa dan puasa adalah penghalang daripada api neraka.” (Riwayat Baihaqi)

HADITH 17 Hazrat Abu Hurairah berkata, “Rasulullah s.a.w bertanya kepada kami, ‘Apabila salah seorang daripada kamu kembali ke rumah, adakah kamu suka jika mendapat tiga ekor unta betina yang bunting dan besar serta gemuk?’ Kami pun menjawab, ‘Ya’. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda, “ Tiga ayat yang kamu baca dalam solah adalah lebih baik daripada unta betina yang bunting dan besar serta gemuk.” (Riwayat Muslim)

HADITH 18 Hazrat Uthman bin Abdullah bin Aus Thaqafi r.a meriwayatkan daripada datuknya bahawa Rasulullah s.a.w besabda, “ Membaca al-Quran tanpa mashaf (yakni bacaan melalui ingatan) mendapat seribu darjat pahala dan membaca alQuran dengan melihat mashaf menggandakan pahala sehingga dua ribu darjat.” (Riwayat Baihaqi)

HADITH 19 Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w besabda, “ Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air”. Baginda ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah s.a.w bersabda, “Banyak ingatkan maut dan membaca al-Quran.” (Riwayat Baihaqi)

HADITH 20 Hazrat ‘Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya setiap sesuatu ada kemuliaan kem uliaan yang manusia berbangga dengan kemuliaan itu. Sesungguhnya Sesungguhny a kebanggaan dan kemuliaan umatku ialah al-Quran.” (Dipetik dari kitab al-Hilyah) a l-Hilyah)

HADITH 21 Hazrat Abu Zar r.a meriwayatkan “Aku telah berkata, wahai Rasulullah, nasihatkanlah saya”. Rasulullah s.a.w bersabda, “Bertakwalah kepada Allah swt kerana takwa adalah asas bagi segala amalan”. Aku berkata lagi, “Tambahkan untuk saya”. Baginda s.a.w pun bersabda, “Ambil beratlah untuk membaca al-Quran kerana al-Quran adalah nur untuk kamu di dunia ini dan bekalan untukmu di langit (pada hari kiamat).”

(Riwayat

Ibnu Hibban)

HADITH 22 Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah berkumpul orang di dalam salah satu rumah-rumah Allah swt (masjid), membaca al-quran dan membaca seorang daripada mereka kepada yang lain melainkan diturunkan ‘sakinah’ ke atas mereka. Rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah swt menyebutmenyebut mereka di kalangan malaikat yang berada di sisiNya.” (Riwayat Muslim & Abu Daud)

HADITH 23 Hazrat Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak ada suatu perkara pun yang dapat mengembalikan (menghampirkan kamu) kepada Allah swt lebih afdal daripada perkara yang telah keluar dariNya sendiri yakni al-Quran.” (Riwayat Hakim disahihkan oleh Abu Daud & Tirmizi daripada Abu Umamah)

HADITH 24 Hazrat Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah swt mempunyai ahli-ahli dari kalangan manusia”. Para sahabat bertanya, “Siapakah mereka ya Rasulullah? Rasulullah?”” Baginda s.a.w menjawab, “Orang al-Quran adalah ahli-ahli Allah swt dan orang Allah swt yang istimewa.” (Riwayat Nasa’I, Ibnu Majah, al-Hakim & Ahmad)

HADITH 25 Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan m eriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah swt tidak pernah memberi perhatian terhadap sesuatu sebagaimana Dia memberi perhatian kepada seorang nabi yang membaca al-Quran dengan suara lunak merdu.” (Riwayat Bukhari)

HADITH 26 Hazrat Fudalah bin Ubaid r.a meriwayatkan mer iwayatkan Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya perhatian Allah swt kepada pembaca al-Quran lebih daripada perhatian seorang tuan yang mendengar hamba perempuannya menyanyi.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Hakim)

HADITH 27 Hazrat ‘Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Wahai ahli-ahli al-Quran, jangan jangan kamu membantalkan alQuran. Hendaklah kamu membaca al-Quran sebagaimana hak pembacaannya, siang dan malam. Sebarkanlah kitab suci itu, bacalah kitab suci itu dengan suara yang merdu dan renungkanlah kandungan-kandungan kitab suci itu. Dengan ini kamu akan mendapat kejayaan. Janganlah kamu menggunakan al-Quran untuk mendapatkan ganjaran yang serta merta (dalam dunia ini) kerana alQuran mempunyai ganjaran yang besar (pada hari akhirat).” (Riwayat Baihaqi)

HADITH 28 Hazrat Wathilah bin al-Asqa r.a meriwayatkan Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Aku telah diberi ‘Sab’a’ sebagai ganti Taurat, ‘Mi’in’ sebagai ganti Zabur, ‘Mathani’ sebagai ganti Injil, dan aku telah dilebihkan dengan ‘Mufassal’.” (Riwayat Ahmad dan al Kabir)

Sab’a

= tujuh surah per ta tam a (tujuh surah terpanjang)

Mi’i Mi ’in n

= se sebe bela las s su sura rah h ber erik ikut utn nya (su sura rah h yan ang g me men nga gan ndun ungi gi se sera ratu tus s ay ayat at))

Math Ma than anii

= du dua a pu pulu luh h su sura rah h be beri rikut kutny nya a (su (sura rahh-su sura rah h ya yang ng be beru rula lang ng-u -ula lang ng))

Mufa Mu fass ssal al

= su sura rah h se selleb ebiihn hny ya (y (yan ang g dije jela lask skan an))

HADITH 29 Hazrat Abu Sa’id al Khudri r.a meriwayatkan , “Pada suatu ketika saya duduk bersama-sama satu kumpulan orang Muhajirin yang miskin. Sebahagian dari mereka berselindung di sebalik yang lain kerana tidak mampu menutup badan dengan sempurna. Seorang qari sedang membaca al-Quran kepada kami. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w datang dan berdiri hampir dengan kami. Apabila Nabi s.a.w sedang berdiri berhampiran kami maka qari itu memberhentikan bacaan. Baginda s.a.w memberi salam kepada kami dan bertanya, “Apakah yang sedang kamu lakukan?” Kami menjawab, “Kami sedang mendengar al-Quran”. Rasulullah s.a.w bersabda, “Segala puji bagi bagi Allah swt yang telah menciptakan di kalangan umatku orang yang daku pun diperintahkan bersabar duduk bersama mereka”. Hazrat Abu Sa’id r.a berkata lagi, lagi, “Rasulullah s.a.w duduk ditengah-tengah kami supaya Baginda s.a.w berada sama jarak dengan kami. Kemudian Baginda s.a.w memanggil kami dengan insyarat tangan lalu para sahabat pun duduk mengelilingi Baginda s.a.w , wajah-wajah mereka menghadap ke arahnya. Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda,“ Wahai kamu orang Muhajirin yang miskin, bergembiralah dengan nur yang sempurna pada hari kiamat , kamu akan memasuki syurga terlebih dahulu daripada orang kaya dengan perbezaan setengah hari dan setengah hari itu itu adalah bersamaan dengan lima ratus tahun.”

(Riwayat Abu Daud)

HADITH 30 Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada al-Quran, akan dituliskan untuknya kebaikan yang digandakan dan sesiapa membaca satu ayat, bacaannya itu akan menjadi nur untuknya pada hari kiamat.” (Riwayat Ahmad)

HADITH 31 Hazrat Uqbah bin Amir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Seseorang yang membaca al-Quran dengan bersuara adalah seumpama seorang yang memberi sedekah secara terang-terangan dan seseorang yang membaca al-Quran secara senyap adalah seumpama seorang yang memberi sedekah secara sembunyi.” (Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Nasa’I dan Hakim)

HADITH 32 Hazrat Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Al-Quran adalah pemberi syafaat yang syafaatnya diterima sebagai pembela yang pembelaannya dibenarkan. Sesiapa yang meletakkan al-Quran di hadapan, al-Quran akan membawanya ke syurga, sesiapa meletakkan alQuran di belakang maka al-Quran akan mencampakkannya ke dalam neraka.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Hakim)

HADITH 33 Hazrat Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa dan al-Quran akan meminta syafaat untuk seseorang. Puasa akan memohon, ‘Ya Allah, aku telah menghalangnya daripada makan dan minum pada siang hari maka Engkau terimalah syafaatku ini untuknya’. AlQuran pula berkata, ‘Ya Allah, aku telah menghalangnya daripada tidur pada waktu malam maka terimalah syafaatku untuknya’. Kedua-dua syafaat itu akan diterima.” (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Dunia, Tbarani dan Hakim)

HADITH 34 Hazrat Sa’id bin Sulaim r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Pada hari kiamat, tidak ada pemberi syafaat lebih tinggi di sisi Allah swt melainkan al-Quran, bukan nabi bukan  juga malaikat dan lain-lain.” (Riwayat Abdul Malik bin Habib demikian dalam syarah Ihya’ Ulumuddin)

HADITH 35 Hazrat Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Quran maka dia menyimpan pengetahuan kenabian di dalam dadanya, cuma tidak diturunkan wahyu kepadanya. Adalah tidak wajar bagi seseorang yang mempunyai (ilmu) al-Quran memarahi orang pemarah dan tidak patut dia bertindak jahil terhadap orang jahil sedangkan al-Quran berada dalam dadanya.” (Riwayat Hakim dengan sanad yang sahih)

HADITH 36 Hazrat Abdullah bin Umar r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiga macam orang yang tidak ada ketakutan pada hari kiamat yang penuh dengan huru-hara dan mereka tidak akan dihisab. Mereka berada di atas timbunan-timbunan kasturi sehinggalah kesemua manusia telah habis dihisab. Pertama, seseorang yang mempelajari al-Quran sematamata kerana Allah swt dan kemudian mengimani orang ramai dalam solah sedangkan mereka menyukainya. Kedua ialah orang yang mengajak oarang lain kepada solah semata-mata kerana Allah swt. Ketiga ialah orang yang berlaku baik antara dirinya dengan tuannya, juga antara dirinya dengan orang bawahannya” (Riwayat Tabarani)

HADITH 37 Hazrat Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Wahai Abu Zar, sesungguhnya pemergianmu pada waktu pagi dan mempelajari satu ayat daripada kitab Allah swt lebih baik bagimu daripada mengerjakan solah sunat seratus rakaat. Pemergiaanmu pada waktu pagi dan mempelajari satu bab daripada ilmu yang (berpeluang) diamalkan atau tidak (berpeluang) diamalkan adalah lebih baik daripada kamu mengerjakan seribu rakaat solah sunat.” (Riwayat Ibnu Majah)

HADITH 38 Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca sepuluh ayat (daripada ( daripada al-Quran) pada satu malam maka dia tidak akan dikira di kalangan orang yang lalai (daripada mengingati Allah swt).” (Riwayat Hakim)

HADITH 39 Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang menjaga solah-solah fardu tidak akan dimasukkan di kalangan orang yang lalai. Sesiapa membaca seratus ayat dalam satu malam akan dikira di kalangan ‘qanitin ‘(orang yang taat).” (Riwayat Hakim)

HADITH 40 Hazrat Abdullah bin Abbas r.anhuma meriwayatkan, “Hazrat Jibril telah turun dan memberitahu Rasulullah s.a.w bahawa banyak fitnah (huru hara) akan pasti berlaku. Rasulullah s.a.w bertanya, “apakah jalan keluar daripada keadaan itu, wahai Jibril?” Jibril a.s menjawab, m enjawab, “Kitab Allah swt.” (Riwayat Ruzain)

PERINGATAN Setiap hadith yang didatangkan, mempunyai huraian dan keterangan yang jelas mengikut kehendak hadith. Keterangan ini boleh didapati di dalam kitab asal hadith-hadi hadith-hadith th ini dipetik.

PETIKAN DARI …

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF