F4 Kertas 3 BAB 3 2017
April 29, 2019 | Author: Christopher Au | Category: N/A
Short Description
ffff...
Description
Sejarah Kertas 3 Bab 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA SOALAN:Huraikan perkembangan perkembangan kerajaan awal di Asia Tenggara dan menghubungkaitkan dengan kejayaan Malaysia memajukan sektor pertanian.
PENGENALAN : Jelaskan latar belakang kemunculan kerajaan kerajaan awal di asia tengara. (5 markah)
Latar belakang kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara Tenggara dapat kita lihat daripada kewujudan dan kemunculannya yang dibuktikan berdasarkan sumber dari China dan artifak. Berdasarkan catatan China, Funan merupakan kerajaan terawal yang muncul di Asia Tenggara pada abad ke-3 Masihi berdasarkan jumpaan patung Hindu dan Buddha yang serupa dengan dengan apa yang terdapat di India. Seni patung tersebut dipercayaai wujud antara abad ke-3 – ke-3 – 5 5 dipengaruhi oleh langgam seni arca Amaravati dari india. Amaravati merupakan pusat seni pahatan yang tertumpu kepada arca agama Buddha yang terletak di tepi Sungai Kistna, iaitu 128 km dari pantai timur India. Berdasarkan kedudukan strategik Asia Tenggara, Asia Tenggara telah mengadakan hubungan diplomatik dengan China. Asia Tenggara juga menjalinkan hubungan kebudayaan dan keagamaan dengan India. Malahan, hubungan perdagangan antara Asia Tenggara dengan India dan China sudah wujud sejak Zaman Logam lagi. Bukti hubungan antara kerajaan Asia tenggara dengan China dan India ialah jumpaan dan penemuan gendang gangsa gangsa yang dikenali sebagai Gendang Dongson Dongson di Vietnam Utara. Ia juga dapat ditemui di Sungai Tembeling (Pahang), Sungai Klang (Selangor), Batu Buruk, Besut (Terengganu), Thailand, Myanmar, dan Indonesia. Hubungan kerajaan awal Asia Tenggara bukan bukan setakat dengan China dan India saja, malahan hubungan perdagangan juga dilakukan dengan tamadun Rom. Sebagai Sebagai bukti, banyak banyak manik-manik dari tamadun Rom dan India dijumpai di pantai barat dan selatan Thailand, di Kota Tinggi dan Muar (Johor) serta di Kuala Selinsing (Perak). Kewujudan dan kemajuan petempatan di atas menunjukkan kawasan tersebut merupakan petempatan awal manusia di Asia Tenggara yang yang kemudiannya berkembang menjadi pelabuhan utama dalam kerajaan Asia Tenggara. Perkembangan petempatan tersebut disebabkan terdapatnya hasil barang dagangan yang yang diperlukan oleh pedaganga singgah di pelabuhan tersebut, di samping mempunyai kemudahan pelabuhan yang baik. Berdasarkan perkembangan dan kemajuan pelabuhan pelabuhan di Asia Tenggara, dapat dikatakan kemunculn tamadun tamadun awal di Asia Tenggara dapat dihubungkaitkan dengan perkembangan perdagangan maritim. Berdasarkan kajian arkeologi, perdagangan perdagangan maritim di Asia Tenggara Tenggara telah bermula sejak abad ke-5 manakala pembentukan tamadun awal Asia Tenggara bermula sejak abad ke-3. Proses pembentukan tamadun awal Asia Tenggara memakan masa antara 600-700 tahun semenjak pembentukan tamadun awal Asia Tenggara bermula sejak abad ke-3. Antara kerajaan awal muncul di Asia Tenggara adalah seperti berikut : a)
Abad ke-2 – ke-2 – 5 5 M.
Funan, Langkasuka, dan Champa. b)
Abad ke-6 M
Tan Tan, Chieh-cha (Kedah Tua), Molo-yu (Jambi Sumatera0, Kutei (Borneo), Po-ni (Kalimantan), Kantoli (Sumatera Selatan), dan Taruma (Jawa Tengah). c)
Abad ke-7 M
Tun Sun (Selatan Thailand), Chih-Tu (Kelantan), Srivijaya (Palembang,Sumatera), Dvaravati (Selatan Thailand), dan Sailendra (Jawa Tengah).
d)
Selepas abad ke-7 M.
Gabgga Negara, Fo-lo-an (Kuala Berang), Peng-keng (Pahang), Teng-ya-nung (Terengganu), dan Temasik (Singapura). Pembentukan kerajaan awal di Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua dua kumpulan utama, iaitu kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Walaupun demikian, kedua-dua bentuk kerajaan ini saling bergantung antara satu sama lain.
ISI DAN HURAIAN : Ciri-ciri dan kegiatan ekonomi kerajaan awal di Asia Tenggara. Huraikan ciri-ciri dan kegiatan ekonomi kerajaan awal di Asia Tenggara:
-
Kerajan agraria
-
Kerajan maritim (30 markah)
Kerajaan Agraria.
Kerajan agraria terletak di kawasan lembah sungai yang subur untuk aktiviti pertanian dan perternakan, di kawasan pedalaman, lereng gunung berapi dan berbukit. Kegiatan utama masyarakat agraria ialah menanam padi sawah di kawasan rendah dan rata, menanam padi huma di kawasan tanah tinggi dan berbukit, serta mengumpul hasil hutan. Tanaman Tanaman sampingan yang diusahakan ialah seperti pisang, keledek, jagung dan sayur-sayuran. Menghasilkan tanaman rempah seperti bunga cengkih,lada hitam dan mengumpul hasil hutan seperi damar, kayu kayu cendana, kayu gaharu, tanduk, gading, kapur barus, buah buahan hutan,sarang burung dan kulit kura-kura. Menjalankan penternakan binatang seperti lembu, kerbau, ayam serta penangkapan ikan di sawah,paya,sungai dan sarang burung dari gua untung tujuan perdagangan. Tanaman makanan dan dan penternakan pada tahap awal hanya untuk sara diri saja. Tetapi, lebihan pengeluaran dipasarkan untuk memenuhi keperluan mereka yang tidak terlibat dalam sektor pertanian khususnya bagi masyarakat Bandar dan kerajan maritim. Sungai merupakan alat perhubungan perhubungan dan pengangkutan utama. Perhubungan melalui sungai menggalakkan aktiviti perdagangan. Sistem pengairan yang sistematik mempengaruhi perkembangan ekonomi pertanian yang pesat. Sebagai contoh, si stem pengairan di Angkor berasaskan Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap. Kemahiran yang tinggi dalam pembinaan terusan, monimen dan mempunyai tukang yang mahir dan cekap. Wujud hubungan perdagangan antara mas yarakat pedalaman dengan masyarakat lain secara bertukar barang.
Kerajaan maritim.
Kerajaan maritime ialah kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasakan perdagangan dan kelautan, serta mempunyai pelabuhan utama. Kerajaan ini terletak di di kawasan persisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan. Pelabuhan dalam kerajaan maritim menyediakan segala kemudahan untuk pedagang seperti bekalan makanan, minuman, gudang, tempat berniaga, tempat membaiki kapal dan lain-lain. Kemajuan sesebuah kerajaan maritim bergantung kepada perkembangan perdagangan dan peranan yang dimainkan oleh Orang Laut untuk mengawasi keselamatan pedagang-pedagang yang berkunjung ke pelabuhan. Kerajaan maritim mempunyai pelabuhan utama untuk tempat berdagang dan sebagai pelabuhan pembekal, iaitu membekalkan barangan hasil tempatan seperti emas, perak, timah serta bekalan keperluan makanan, dan rempah kepada pedagang-pedagang. Antara pelabuhan pembekal termasuk Kuala Berang (Kuala Terengganu) dan Kuala Selinsing (Perak). Sesebuah pelabuhan pembekal akan berkembang maju dan akhirnya menjadi pelabuhan apabila wujudnya kerajaan di situ. Antaranya, pelabuhan Srivijaya,
pelabuhan Kedah Tua, Langkasuka, dan lain-lain. Pelabuhan kerajaan menjalankan peranan sebagai pelabuhan yang menghubungkan sesebuah kerajaan dengan kerajaan berhampiran. Misalnya, kerajaan Srivijaya dengan kerajaan Champa. Perkembangan pelabuhan kerajaan sekali gus menarik pedagang padagang asing untuk berkunjung dan berdagang di sana, seperti pedagang dari China dan India. Perkembangan dan kemajuan pelabuhan kerajan wujud melalui hubungan dengan kerajaan-kerajaan besar seperti China dan India yang telah mengubah kedudukan pelabuhan kepada pelabuhan entrepot. Pelabuhan kerajaan menjadi pelabuhan entrepot yang berperanan membekalkan keperluan pedagang pedang asing yang memerlukan barang-barang tempatan seperti rempah ratus, kayu wangian, di samping mengumpulkan barangan dari pedagang-pedagang antarabangsa dan mengedarkannya kepada pedagang padagang tempatan atau yang lain yang singgah di perlabuhan tersebut.
Perkembangan pelabuhan
Kegiatan lain masyarakat selain daripada aktiviti perdagangan adalah menangkap ikan, memungut hasilhasil laut, mengeluarkan logam emas dan timah. Wujud kepelbagaian penduduk yang terdiri daripada orang tempatan, Orang Laut dan pedagang asing. Pengunaan lebih daripada satu bahasa, tetapi bahasa perhubungan dan perdagangan adalah bahasa Melayu yang mejadi bahasa lingua-franca yang utama di Asia Tenggara. Mahir dalam soal-soal kelautan sehingga menjadi pelaut, pelayar, peneroka dan pedagang yang gigih. Kemahiran membuat perahu dan perahu layar untuk pelayaran jarak jauh. Berkeupayaan untuk belayar di laut berpandukan petunjuk dari bintang, bulan, angina dan ombak untuk menuju ke sesuatu tempat dan berkebolehan meramal sesuatu kejadian di laut seperti hujan, rebut, taufan dan angin berdasarkan pemerhatian kepada bintang, alam sekeliling dan lain-lain. Mudah menerima pengaruh luar dan disesuaikan dengan keadaan masyarakat setempat sama ada d ari aspek bahasa, kebudayaan, kesenian dan lain-lain.
Faktor-faktor perkembangan kerajaan awl di Asia Tenggara. Bandingkan faktor-faktor perkembangan kerajaan agraria dengan maritim dalam tamadun awal di Asia Tenggara. (15 markah)
Sebelum kita membandingkan faktor-faktor perkembangan kedua-dua kerajaan, kerajaan maritim dan agraria. Faktor-faktor perkembangan kerajaan agraria adalah kedudukan yang strategik, kaedah pengairan yang sistematik, kemampuan untuk menyediakan bekalan makanan, mempunyai ban yak hasil-hasil hutan, kemudahan pengangkutan dan perhubungan, peranan raja atau pemerintah, kemudahan dan sumber bekalan dari sungai, hasil sampingan, kepergantungan daripada kerajaan maritim dan berupaya untuk mengawal banjir. Faktor-faktor perkembangan kerajaan maritim pula adalah lokasi dan kedudukan yang stratigik, kemudahan di pelabuhan, laluan perdaga ngan yang selamat, pusat pengumpulan dan pelabuhan serta kemahiran membina kapal dan ahli pelayaran. Dari segi persamaan faktor perkembangan, kerajaan agraria dan maritim memiliki lokasi dan kedudukan yang strategik. Kerajaan agraria berkedudukan di lembah sungai yang subur, keradaan geografi yang rendah dan rata sesuai untuk pertanian. Tambahan pula iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun sesuai untuk kegiatan pertaniaan. Manakala pula, kerajaan maritim muncul dengan pelabuhan yang dikaitkan dengan kedudukan geografi yang terletak di kawasan persisiran pantai atau kawasan-kawasan sungai yang berhampiran dengan laluan pedagang sama ada Laut China Selatan, Selat Melaka, Selat Sunda, Laut Jawa atau Laut Sulawesi. Kedua-dua kerajaan pula mengunakan peranan golongan-golongan tertentu. Hal ini sangat membantu kedua-dua kerajaan ini untuk berkembang maju. Misalnya, kerajaan agraria mengunakan peranan pentadbir atau raja manakala pula kerajaan maritim pula mengunakan peranan orang laut. Oleh yang demikian, kerajaan agraria mengunakan peranan pentadbiran atau raja untuk bertanggungjawab kepada kemajuaan sektor pertanian. Sebagai contoh, pembinaan sistem pengairan, kawalan keatas pengeluar
hasil, permasaran dan kawalan ke atas tanah pertanian. Kerajaan maritim pula mengunakan peranan orang laut untuk menjaga keselamatan para pedagang dan perlabuhan daripada ancaman lanun. Dari segi keistimewaan pula, kita lihat dari sudut kebergangtungan kedua-dua kerajaan. Kerajaan agraria bergangtung kepada hutan dan sungai. Dalam pada itu, kerajaan maritime bergantung kepada persisiran pantai atau kawasan-kawasan sungai yang berhampiran dengan laluan pedagang. Karajaan agrarian mengunakan keistimewaan sungai tersebut untuk kemudahan dan sumber bekalan dari sungai serta kemudahan pengangkutan dan perhubungan air. Seterusnya kerja an maritime mempergunakan kawasan persisiran pantai atau kawasan-kawasan sungai yang berhampiran dengan laluan pedagang sebagai laluan perdagang yang selamat. Tambahan pula dengan bantuan orang laut. Di samping itu, kemahiran yang terdapat dalam kedua-dua kerajaan tidak dipersiakan. Kerajaan agraria memiliki kemahiran kaedah pengairan yang sistematik dan berkeupayaan untuk mengawal banjir. Antaranya adalah seperti penciptaan takungan air pada musim hujan dapat membekalkan keperluan air sepanjang tahun untuk tanaman padi dan minuman terutama pada musim kemarau. Tanaman padi dapat diusahakan sepanjang tahun. Kerajaan maritim pula memiliki kemahiran membina kapal dan ahli pelayaran. Mereka mampu membina kapal dagang dan kapal perang. Hal ini membolehkan mereka belayar ke wilayah-wilayah yang lebih jauh untuk berdagang. Kapal-kapal yang dibina amat kukuh dan tahan daripada pukulan ombak kerana kayu yang digunakan adalah dibekalkan oleh kerajaan yang berhampiran kerajaan agraria. Sejarah membuktikan orang-orang Melayu sudah memjadi peneroka laut, pelayar dan pedagang yang mahir tentang selok-belok kelautan. Mereka mahir dalam menentukan kejadian alam berdasarkan pemerhatian bintang di langit seperti rebut taufan dan puting beliung. Akhir sekali, perkembangan kedua-dua kerajaan adalah daripada kesepakatan mereka untuk saling memerlukan. Ini bermaksud kemajuaan dan perkembangan kerajaan maritim amat bergantung kepada sokongan dan bantuan daaripada kerajaan agraria dan begitu juga sebaliknya. Kerajaan maritim bergantung kepada kerajaan agraria untuk memperoleh barang dagangan terutama beras sebagai eksport utama, hasil hutan dan hasil pertanian. Kerajaan a graria bergantung kepada kerajaan maritim untuk mendapatkan barang mewah daripada pedagang India, China dan Arab seperti tembikar, barang kaca, tekstil dan senjata. Kerajaan maritim bergantung kepada agraria untuk mendaptkan bekalan kayu yang baik untuk membina kapal-kapal dagang, tukang mahir serta kenderaan seperti gajah.
Pembentukan kerajaan agraria yang agung di Asia Tenggara. Andaikan anda sebagai seorang pemerintah kerajaan agraria dalam tamadun awal di Asia Tenggara, bagaimanakah anda dapat membentuk sebuah kerajaan yang agung? (15 markah)
Seandainya saya sebagai seorang pemerintah kerajaan agraria dalam tamadun awal di Asia Tenggara, saya akan membentuk kerajaan yang hebat dang t eragung. Antara cara yang saya akan gunakan untuk membentuk kerajaan agraria yang agung adalah mewujudkan sistem saliran yang lebih sistemati k. Saliran air yang sistematik yang lebih teratur dan dalam. Hal ini kerana kepentingannya untuk pertanian dan perternakan. Dalam pertanian dan perternakan air amat diperlukan. Air disalirkan dari tasik dan sungai berdekatan. Sebagai contoh, tasik tonle sap. Air ini juga digunakan untuk pemindahan tanaman dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Air ini juga boleh digunakan untuk mencipta teknologi. Sebagai contoh, kincir air. Seterusnya, kepentingannya adalah sebagai pengangkutan. Hal ini kerana, ini boleh menjadi sistem penghubungan dari satu tempat ke tempat lain. Tambahan pula, boleh mempercepatkan perjalanan dengan pengunaan perahu. Sebagai contoh, sungai Mekong. Selain itu, air juga menjadi sumber kehidupan seharian masyarakat saya. Dengan adanya system ini rakyat boleh mendapat air dengan mudah. Seperti, memasak dan mandi. Tidak perlulah mereka pergi ke tasi k atau sungai yang jauh. Seterusnya, saya akan melakukan perubahan dasar-dasar ekonomi yang lebih maju dan sistematik terhadap kerajaan saya. Antaranya. Saya akan melaksanakan pengunaan mata wang. Maka, system barter yang diamalkan selama ini ditukarkan dangan system mata wang. Kebaikannya adalah memudahkan urusan pedagangan dari dalam dan luar Negara. Mata wang menjadi pengukuran nilai barang dagangan
dan pengiraan hasil Negara yang lebih tepat. Malahan, sa ya akan menukarkan sara diri kepada komesial. Ia dapat memberi kebaikan dari segi meningkatkan ekonomi kerajaan serta mempertingkatkan dan memperbesarkan kawasan pedagang serta pertanian dan perternakan. Lain daripada itu, saya akan menjalankan hubungan diplomatik untuk membangunkan kerajaan saya yang agung. Antaranya adalah, kerajaan saya perlu menjalankan hubungan dari segi politik supaya menjamin keselamatan & keamanan negara. Selain itu, kerajaan agrarian yang saya miliki perlu menjalankan hubungan diplomatic dari segi ekonomi. Terutama sekali dangan kerajaan terdekat, kerajaan maritime. Hal ini kerana kerajaan maritime dan agrarian saling memerlukan sumber dari satu sama l ain. Ini juga mampu meningkatkan hasil Negara. Kadar kebajikan rakyat akan meningkat. Tambahan pula , kerajaan maritime boleh dan akan membina lebih banyak pertempatan-pertempatan dikawasan kerajaan saya. Secara tidak langsung hubungan sebegini akan memajukan kawasan setempat kerajaan saya.
Kejayaan Negara Malaysia sebagai sebuah Negara yang maju dalam sektor pertanian. Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan kejayaan Malaysia sebagai Negara maju dalam sektor pertanian. (10 markah)
Berdasarkan pengetahuan sejarah saya, kejayaan Malaysia sebagai Negara yang maju dalam sektor pertanian didorong oleh pengurusan sektor pertanian yang teratur. Menyedari peluang dan potensi untuk membangunkan sektor ini, Kerajaan telah membangunkan sektor pengeluaran makanan atau sektor agromakanan agar ia berdaya saing dan boleh menyumbang kepada pendapatan negara. Usaha untuk mentransformasikan sektor ini merupakan satu cabaran yang amat besar memandangkan ia bukan sahaja melibatkan perubahan gaya pelaksanaan aktiviti pertanian daripada pendekatan tradisional kepada pengaplikasian teknologi terkini, malahan ia turut memerlukan anjakan minda masyarakat untuk meninggalkan stigma bahawa pertanian merupakan aktiviti yang mundur dan tidak membawa keuntungan Kementrian perusahaan perladangan dan komoditi dan kementerian pertanian dan asas tani diberi amanah bagi mempergiatkan kegiatan pertanian & penternakan di Malaysia. Kementerian perusahaa n perladangan dan komoditi adalah bertanggungjawab terhadap pembangunan sektor komoditi utama negara. Sektor perusahaan perladangan dan komoditi merangkumi penanaman dan penghasilan minyak sawit, getah, kayu, koko lada dan tembakau. Pada tahun 2006, nilai eksport bagi komoditi dan produk berasaskan komoditi adalah RM76.50 billion, menyumbang 12.91 peratus kepada jumlah eksport Malaysia bagi tahun berkenaan. Sektor ini telah menyumbang lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Sektor perusahaan perladangan dan komoditi terus berkembang menjadi sektor yang dinamik, kukuh dan menjadi sektor asas kepada kekukuhan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ia turut menyumbang kepada Produk Berasaskan Domestik (GDP), sektor pekerjaan dan pendapatan eksport serta meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Selain daripada itu, sektor ini juga memberikan banyak peluang dan telah berkembang bermula daripada proses pengeksportan bahan mentah kepada penghasilan barangan separuh siap, barang telah diproses dan barang siap, di samping menghasilkan lebih produk nilai tambah bagi meningkatkan pasaran. Kementerian Pertanian wujud sebagai sebuah Kementerian yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pertanian (termasuk perikanan dan ternakan) pada tahun 1978. Terdahulunya semua urusan atau aktiviti pertanian dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Pertanian seja k tahun 1905. Selepas pembentukan kabinet pada 27 Mac 2004, Kementerian Pertanian telah bertukar kepada Kementerian Pert anian dan Industri Asas Tani (MOA). Dengan struktur organisasi yang mantap, MOA bersama sebelas (11) Jabatan dan agensi di bawahnya menggembleng seluruh pemikiran dan tenaga organisasinya secara terancang dan bersepadu untuk merealisasikan visi nya sebagai “Peneraju Transformasi Pertanian’ dan ke arah pencapaian matlamat utama Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dan Rancangan Malaysia ke Sembilan. Antaranya adalah MARDI. MARDI ditubuhkan dengan matlamat memaj ukan dan mengiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri pertanian di Malaysia. Teknologi ini bertujuan meningkatkan penghasilan dan keberkesanan, dengan itu memodenkan sektor pertanian selain meningkatkan pulangan petani. Seterusnya, RISDA. Dengan pelancaran R ISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor
pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara. Kemudian, FELDA. FELDA adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasankawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Skim-skim FELDA hanya dikhaskan untuk orang Melayu yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Selain itu, FELCA. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Di samping itu, MPOB juga agensi yang membantu. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) adalah sebuah agensi utama kerajaan yang dipertanggunjawabkan meneraju dan membangunkan industri sawit negara. MPOB berperanan penting dala m mewujudkan objektif, polisi dan keutamaan negara bagi memastikan perkembangan industri ini dengan sempurna dan teratur.
Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam sektor pertanian. a) Jelaskan cabaran yang dihadapi dalam menjadikan Malaysia sebagai Negara yang maju dalam sektor pertanian. (5m) b)
Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5m) (10 markah)
(a) Negara kita amat berpotensi tinggi untuk menjadi Negara yang maju dalam sektor pertaniaan. Namun, masih terdapat beberapa cabaran yang harus dihadapi dalam menjadikan Malaysia sebagai Negara yang maju dalam sektor pertaniaan. Antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia adalah kekurangan tenaga buruh. Pembangunan sektor pertaniaan semakin sukar dijalankan kerana Negara menghadapi kekurangan tenaga buruh. Hal ini kerana ramai golongan belia kurang berminat bekerja di sektor pertanian dan peladangan.mereka labih terarah kepada perkerjaan yang terdapat di Bandar-bandar. Kebanyakan tenaga buruh pula sudah tua. Seterusnya, cabaran Malaysia menjadi Negara maju dalam sektor pertaniaan adalah kekurangan pengetahuan dan pengalaman. Kebanyakan pertani di Negara ini kurang berpengetahuan dan pengalaman terutamanya tentang teknik-teknik pertanian secara moden dan komesial. Di samping itu, cabaran bagi Malaysia untuk menjadi Negara maju dalam sektor pertanian adalah kurangnya teknologi yang lebih maju dan berkualiti. Masih banyak lagi masyarakat kita mengunakan pertanian secara tradisional. Ini kerana pertani tempatan atau secara kecil-kecilan tidak mampu membeli jentera atau mesin yang lebih berteknologi. (b) Antara langkah bagi mengatasi cabaran Negara kita untuk menjadi Negara maju dalam sektor pertaniaan adalah dengan mengunakan teknologi bagi mengurangkan masalah kekurangan tenaga buruh. Kekurangan tenaga buruh ini juga boleh dikurangkan dengan mengambil penganggur-penganggur Negara kita untuk berkerja. Seterusnya, cabaran dalam kekurangan pengetahuan dan pengalaman petani boleh dibantu dengan menghantar anak bangsa kita belajar kemahiran pengetahuan tentang cara dan teknik yang terbaik untuk memajukan tanaman dan perladangan. Anak bangsa yang dihantar belajar didalam mahupun diluar Negara harus pulang ke Negara kita semula dan memberi idea pertanian terbaik kepada masyarakat kita. Cabaran ini juga boleh diselesaikan dengan menghantar mereka yang pakar tentang pertanian dan perladangan ke kawasan-kawasan yang aktif dalam sektor pertanian. Mereka yang pakar ini perlu memberi ceramah dan perkongsian tentang cara-cara memajukan pertanian dan perladangan. Disamping itu, kekurangan teknologi dapat dielakan dengan mengadakan program yang berasaskan inovasi. Hal ini dapat membuka pemikiran rakyat kita untuk berfikiran luar dari kotak.
Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotism daripada kerajaan awal demi memajulan Negara kita. Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotism daripada kemajuan kerjaan awal yang boleh diterapkan demi memajukan Negara kita dalam sektor pertanian. (10 markah)
Melalui apa yang saya dapat dalam melihat kemajuan kerajaan awal, nilai-nilai murni/iktibar/patriotism yang boleh diterapkan demi memajukan Negara kita dalam sektor pertanian adalah nilai saling membantu dan berkerjasama. Seperti yang kita ketahui, kerajaan awal, a graria dan maritim saling memerlukan untuk kemajuan kerajaan mereka. Kerajaan awal juga saling berkerjasama untuk memajukan dan kelancaran pentabiran kerajaan mereka. Sebagai contoh, orang laut berkerja dan memberi kerjasama dengan pentabir mereka untuk menjaga keselamatan laluan pedagangan. Begitu juga Negara kita Malaysia, Negara kita melakukan hubungan diplomatik dengan Negara luar bagi meningkatkan ekonomi mahupun pertanian Negara kita begitu juga sebaliknya Negara luar. Rakyat Malaysia juga memberi kerjasama dengan kerajaan Malaysia bagi memajukan Negara. Sebagai contoh, memajukan pertanian yang boleh dijadikan perniagaan dan secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi Negara. Seterusnya, kita juga perlu memiliki kretif dan inovatif bagi memajukan diri dan lebih lagi sebuah keraj aan yang besar. Kerajaan awal, kerajaan maritim dan agraria, kedua-duanya memiliki kretiviti dan inovasi. Misalnya, kerajaan agraria dengan kretiviti dan inovasi mereka, mereka dapat mencipta saliran yang baik. Kerajaan maritim dengan kretiviti dan inovasi mereka, mereka dapat kepakaran laut dan perkapalan juga memiliki tempat penyimpanan barang dagang. Kerajaan Malaysia juga harus mempergiatkan kretiviti dan inovasi bagi mengasah para pertani dan pengusaha untuk maju. Sebagai contoh, Malaysia perlu mempergiatkan program inovasi kepada rakyat terutama pertanian. Disamping itu, kerajaan awal mengamalkan sifat yang gigih berusaha. Kerajaan awal menggunakan kedudukan geografi, kepakaran dan kemahiran setiap rakyatnya untuk memajukan kerajaan mereka. Malaysia juga boleh mengambir iktibar ini bahawa Negara kita berada dikedudukan geografi yang baik, tanah yang subur dengan cuaca yang panas dan lembab sepanjang tahun untuk memajukan sektor pertanian. Nilai murni, iktibar dan patriotism yang terdapat pada kerajaan awal yang berguna kepada Malaysia bagi memajukan sektor pertanian. Rumusan. ·
Pengetahuan yang diperoleh.
·
Iktibar kepada diri,bangsa dan Negara.
·
Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang. (5 markah)
Pengetahuan yang saya perolehi adalah kemajuan Malaysia dalam sektor pertanian dan perte rnakan. Kerajaan Malaysia memiliki pentadbiran yang baik dalam pengurusan sektor pertanian Negara yang membantu memajukan sektor tersebut.negara kita juga berpeluang cerah untuk lebih maju dalam sektor terbabit. Iktibar kepada diri, Negara dan bangsa adalah kita perlu mengambil peluang yang ada untuk memajukan sector pertanian Negara kita. Dengan keistimewaan Mala ysia yang pelbagai, kita perlu lebih berdaya saing agar peluang yang tersedia didepan mata perlu dire but. Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang adalah kerajaan Mala ysia perlu memberi peruntukkan kepada rakyat untuk membantu memajukan ekonomi Negara. Ini dapat memberi peluang yang jelas untuk rakyat membuka medan baru dalam sektor tertentu. Sebagai contoh, sektor pertanian dan perniagaan. Saya juga berharap rakyat Malaysia bangkit dan memajukan diri dengan pemikiran yang positif dan inovatif kearah kejayaan diri sendiri, Negara dan bangsa untuk melihat masa depan ekonomi Negara yang cerah. Saya juga berharap hubungn diplomatik Negara kita dengan rantau dunia baik. Hubungan yang baik ini dapat membawa lebih banyak pelabur-pelabur luar/asing ke Negara kita dan akan memajukan ekonomi Negara.
SKEMA JAWAPAN Peraturan pemarkahan Tingkatan 4 -Bab 3 Cadangan Soalan Kertas 1249/3 Soalan: Huraikan pengaruh Hindu-Buddha dalam kerajaan awal menghubungkaitkannya dengan kemajuan negara kita pada hari ini . Soalan Isi dan Huraian 1 Pengenalan
di
Asia
Jelaskan cara-cara kedatangan pengaruh Agama Hindu-Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara
Tenggara
Markah
5
F1-Golongan Ksyatria atau tentera F2-Golongan penakluk dari India F3-Golongan pedagang atau Vaisya F4- Golongan Brahmin atau pendeta F5-Pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik F6-Disesuaikan dengan budaya tempatan 2
Aspek-aspek yang menerima pengaruh Hindu-Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara. Terangkan aspek-aspek yang menerima pengaruh Hindu-Buddha di Asia Tenggara i Sistem pemerintahan (20M) F1-kerajaan awal di Asia Tenggara mengamalkan system pemerintahan yang di ketuai oleh seorang ketua/gelaran Raja digunakan . F2-sistem pemerintahan beraja kerajaan awal di pengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. F3-raja menjadi ketua kerajaan/kuasa mutlak F4-raja dibantu oleh kerabat diraja F5-pembesar F6-ahli agama F7-golongan Brahmin F8-raja mempunyai kuasa dalam aspek pentadbiran/ hubungan luar/ketenteraan/ khazaman harta. F9-raja berkuasa membuat undang-undang untuk mengukuhkan kedudukannya. F10-rakyat tidak berhak mempertikaikan setiap undang-undang dan perlu mematuhi undang-undang tersebut. F11-raja dikehendaki menjalankan pemerintahan yang adil untuk rakyatnya. F12-rakyat takut untuk menderhaka walaupun raja tidak berlaku adil F13-rakyat percaya raja adalah bayangan tuhan mengikut konsep dewa raja F14-raja dikatakan mempunyai kuasa kesaktian yang menyebabkan lahirnya unsur mitos /lagenda tentang asal usul raja. F15-pelbagai adat istiadat telah diwujudkan F16-adat istiadat dijalankan oleh golongan brahmin F17-membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah F18-raja di Asia Tenggara bercita-cita untuk menjadi r aja yang terulung F19-raja mendirikan kompleks kota
30 Markah
dan
F20-konsep alam semester atau orde kosmos F21-mengikut konsep orde kosmos negara di anggap sebagai suatu alam semester/raja dan ibu kota di anggap pusat alam/pemerintahan. F22-raja bertanggungjawap mengatur kesejahteraan negara dan rakyat/selaras dengan darma ii Bahasa (10M) F1-Bahasa Sanskrit adalah bahasa sarjana/terdapat pada buku-buku agama/batu bersurat F2-digunakan untuk mencatat keagungan kerajaan F3-salasilah raja /batu bersurat kerajan kutei di Kalimantan F4-sebahagian besar inskripsi di Palembang adalah ditulis dalam bahasa melayu kuno berkaitan dengan pemerintahan. F5-dipahat pada batu yang memerlukan kemahiran yang tinggi/disamping kemampuan menguasai bahasa Sanskrit. F6-telah di buktikan penduduknya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam seni memahat tulisan pada batu agar ia tidak pecah dan dapat di baca. F7-bahasa Sanskrit menambahkan perkembagan kesusateraan di Asia Tenggara melalui epic Ramayana/Mahabrata/Puranas F8-ia menyumbangkan kepada unsur mitos yang terdapat dala m kesusateraan klasik Asia Tenggara. F9-Bahasa Sanskrit telah digunakan bagi tujuan arahan dan pemberitahuan ditujukan kepada rakyat. F10-merupakan bahasa keagamaan seperti yang terdapat dalam kitabkitab berkaitan keagamaan F11-pengaruh epik ini dapat dikesan dalam kesusateraan jawa kuno iaitu dalam bentuk puisi /prosa F12-cerita-cerita lisan dan teater seperti Wayang kulit banyak di pengaruhi oleh cerita yang terdapat dalam epik Ramayana / mahabrata.
pengaruh Hindu-Buddha dalam binaan Candi Angkor Wat dan Borobudur 3 Sejauh manakah binaan Angkor Wat dan Borobudur melambangkan pengaruh Hindu-Buddha Angkor Wat F1-dibina untuk agama hindu F2-dibina ke utara Siem Reap dan melambangkan orde kosmos F3- mempunyai tempat pemujaan dibahagian tengah F4-binaan teres bertingkat empat / setiap sudut mempunyai menara F5-bahagian luar terdapat tembok batu laterit dan batu pasir F6-tembok mempunyai ukiran yang menggambarkan epik Ramayana dan mahabratha. F7-merupakan monument keagamaan terbesar di dunia. F8- melambangkan ketinggian nilai seni dan kepakaran pengukirnya. F9-pintu besar Angkor wat mengarah ke barat di kaitkan dengan tuhan Vishnu F10-dianggap sebagai Candi dan juga kubur Candi Borobudur F11-dibina pada zaman kerajaan sailendra di jawa F12-mewakili agama Buddha Mahayana F13- terbahagi kepada 3 tingkat
15 Markah
F14-setiap tingkat mewakili 1 tahap kehidupan yang diwakili oleh patung dan stupa F15-pada tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha. F16- tiga tingkat itu melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu Sila,Samadhi dan Panna seperti ajaran Buddha. F17-nama candi ini berasal daripada nama Bsumisambarabhudana F18-nama ini bermaksud “Gunung timbunan kebaikan di atas sepuluh peringkat Bodhisattva” F19-candi terdiri daripada 9 tingkat dengan pagar langkah relief lukisan Buddha. F20-bahagian atas di anggap tertinggi dan lambang pencapaian nirwana. F21-Panna – aspek kebijaksanaan F22-Samadhi-aspek penumpuan F23-Sila- aspek moral 4
Kemasukan ilmu dan teknologi dari negara luar dapat memajukan negara
15 Markah
F1 Melahirkan insan yang kreatif F2 Melahirkan insan yang berdaya saing F3 Melahirkan insan yang inovatif F4 Melahirkan insan yang berfikiran terbuka F5 Meningkatkan pemikiran F6 Meningkatkan kemahiran F7 Menambah ilmu yang sedia ada F8 Meneroka bidang baru F9 Mempunyai kebolehan menjangka perubahan baru F10 Penciptaan dan penemuan baru/ pertanian / perindustrian / Pembuatan F11 Bangunan Menara Berkembar Petronas F12 Kelahiran kereta nasional F13 Kemajuan system pengangkutan sepert LRT F14 Melahirkan ahli sukan cemerlang cth : Datu Lee Chong Wei F15 Melahirkan angkasawan Negara yang pertama (Mana-mana jawapan yang munasabah) 5
Kejayaan yang dicapai oleh negara hasil daripada sifat keterbukaan pengaruh luar. F1 Pertukaran teknologi F2 Peningkatan ilmu F3 Kelahiran Negara demokrasi F4 Kepelbagaian senibina F5 Kepelbagaaian budaya F6 Memperkayakan bahasa F7 Memperkayakan kesusasteraan F8 Kepelbagaian makanan F9 Kecemerlangan dalam sukan F10 Mengendalikan pelbagai bentuk perniagaan ke peringkat antara Bangsa (Mana-mana jawapan yang munasabah)
6
Generasi hari ini dapat mempertahankan warisan bangsa dalam aspek kesenian dan kebudayaan: F1 Memelihara bangunan bersejarah
10 Markah
F2 Memulihara bangunan bersejarah F3 Menjaga bangunan antik F4 Mempromosi tempat-tempat bersejarah pada pelancong F5 Mempromosi kebudayaan bangsa F6 Menyertai pertandingan kebudayaan di peringkat luar Negara F7 Memperagakan pakaian tradisional kepada pelancong luar F8 Menaik taraf muzium Negara F9 Mengadakan program citra warna F10 Menubuhkan kelab warisan di sekolah F11 Mewujudkan sudut / galeri / bilik warisan di sekolah (Mana-mana jawapan yang munasabah)
7
10 Markah
Nilai-nilai murni / iktibar yang diperoleh dari sifat keterbukaan masyarakat Malaysia F1 Kerjasama F2 Inovatif F3 Kreatif F4 Berdaya saing F5 Positif F6 Optimis F7 Berani F8 Gigih F9 Yakin diri F10 bangga sebagai rakyat Malaysia (Mana-mana jawapan yang munasabah) 8
Iktibar Mempunyai sifat keterbukaan Pengetahuan yang diperoleh Kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia Harapan Memilih pengaruh luar yang positif Mempertahankan warisan bangsa Mempunyai jati diri
10 Markah
5 Markah
Soalan: Huraikan sejarah kerajaan awal di Asia Tenggara dan menghubungkaitkannya dengan kegemilangan negara kita pada hari ini. Soalan Kod Isi dan Huraian Markah 1 Pengenalan/Latar belakang pengaruh Hindu-Buddha
1 2 3 4 5 6 7 8 9
Berkembang sejak zaman logam Bentuk amalan/animisme Wujud hubungan dengan India Menerima aspek kebudayaan/amalkan aspek kebudayaan Kepercayaan agama Pemerintahan beraja Kesenian Kesusasteraan Masih diamalkan di Myanmar/Thailand/Laos/Kemboja/Vietnam
5
Huraikan cara-cara kedatangan Hindu-Buddha dan pengaruh dalam sistem pemerintahan di Asia Tenggara.
2
cara-cara kedatangan Hindu-Buddha (10m) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
dibawa oleh golongan Ksytria atau tentera pengaruh dibawa dan disebarkan oleh golongan penakluk dari India membentuk tanah jajahan takluk di Asia Tenggara dibawa oleh golongan pedagang atau Vaisya dibawa oleh golongan brahmin atau pendeta proses berlaku melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja disesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan berdasarkan jumpaan seni arca yang kasar mempunyai langgam bercirikan Asia Tenggara arca dengan ikatan tali kulit harimau yang hanya ditemui di Srivijaya aspek amalan kepercayaan contoh di Buddha di Kedah Tua/Hindu di Dieng, Indonesia keagamaan dan sistem beraja juga didorong oleh faktor perdagangan perdagangan dua hala berkembang apabila India sendiri berusaha mendapatkan logam emas dari Asia Tenggara
pengaruh Hindu-Buddha dalam kesenian (20m) Patung agama Hindu-Buddha Gaya menggabungkan antara elemen India dengan tempatan Gaya India mempengaruhi gaya patung gaya patung bergantung pada masa patung itu dibuat Angkor Wat di Kemboja Dibina untuk agama Hindu Terletak 6 km ke utara Siem Reap Melambangkan orde kosmos Ketinggian 213m dan keluasan kawasan 208 hektar Mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah
30
Soalan
Kod
16 17
Isi dan Huraian Ketinggiannya sekitar 39m dengan teres bertingkat empat Setiap sudut mempunyai menara Bahagian luarnya terdapat tembok Dibina daripada batuan laterit dan batu pasir dengan ukuran 850m lebar dan 1000m panjang Terdapat ukiran menggambarkan antara lain epik Ramayana dan Mahabharata
18
Candi Borobudur
19
Terbahagi 3 tingkat Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan yang diwakili patung stupa dan patung Buddha Di tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha Tiga tingkat melambangkan tiga tahap kehidupan, iaitu sila, samadhi dan panna Dibina dalam masa 75 tahun
14 15
20 21 22 23 24 25 26
Markah
Candi Lembah Bujang Kesemua candi yang dijumpai tingal bahagian tapak sahaja Candi agama Hindu terbahagi lepada dua bahagian utama, iaitu vimana dan mandapa Vimana ahíla bahagian suci tempat arca diletakkan Mandapa ahíla bahagian luar candi Candi berunsur Buda pula memiliki pelan jenis cruciform
3
Jelaskan Pengaruh Hindu Buddha di Asia Tenggara dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
-Raja berkuasa mutlak -dalam pentadbiran/ hubungan luar/ ketenteraan / khazanah Negara -Perintah raja wajib / dilaksanakan/ undang-undang -langgar perintah menderhaka / tidak diampunkan -raja adil -rakyat takut menderhaka walau tidak adil -bayangan tuhan -konsep dewaraja -kesaktian -unsur mitos/ lagenda tentang asal usul raja - pelbagai adat istiadat / pertabalan raja -tujuan bezakan kedudukan raja -mendirikan kompleks kota/ konsep alam semesta / Orde Kosmos Pentadbiran Angkor
16 17 18 19
-Raja / Suryavarman 11 bina Angkor Wat -raja dewa / kedudukan puncak pemerintahan -dibantu pembesar/ gabenor / pegawai tentera/ hakim -Brahmin upacara keagamaan
15
Soalan
Kod
Isi dan Huraian
Markah
Pentadbiran Srivijaya 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29
4
-pentadbiran pusat/ daerah -kumpulan anak raja -raja putra tidak boleh ganti raja -parvanda/ senapati/ ketua pentadbiran pusat -bawahnya pegawai hakim / temenggung/ penghulu / Hamba -daerah datu / parvanda(berketurunan raja) / bhupati (orangorang kaya) -upacara angkat sumpah di Telaga Batu -tujuan supaya pembesar taatsetia -diketuai Brahmin -bencana menimpa kalau khianati sumpah
Bagaimanakah kita memanfaatkan perkembangan keseniaan di Asia Tenggara bagi kemajuan Negara 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23
5
-mengekalkan warisan monumen/ bangunan bersejarah -memelihara bangunan / tempat bersejarah ada nilai seni dan estetika -daya tarikan pelancong -peranan pihak berkuasa -mencerminkan budaya setempat -identiti dan kedudukan bangsa / Negara -mampu mendalami sejarah Negara -melawat ke tempat bersejarah -mampu menjana ekonomi Negara -kempen melawat Malaysia/ Cuti-cuti Malaysia/ Tahun Melawat Malaysia -sumber pendapatan Negara daripada sector pelancongan -rakyat berpeluang menambah sumber pendapatan 15 -aktiviti perniagaan di kawasan terbabit -tanggungjawab rakyat -peluang pekerjaan -lahir sikap inovatif -bersikap terbuka/ toleransi -meningkatkan kemahiran / ilmu -promosi besar-besaran -peranan media masa -peranan media cetak -peranan media masa
Kejayaan negara setelah memanfaatkan kesenian di Asia Tenggara Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan negara setelah memanfaatkan kesenian di Asia Tenggara? 1
Kemajuan ekonomi
10
Soalan
Kod 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
6
Isi dan Huraian Perindustrian berkembang Pelaksanaan k-ekonomi Tumpuan pelancong asing Hubungan antarabangsa berkembang Menjadi terkenal Kemajuan pembinaan Perkembangan arkeologi Kemajuan sistem pengangkutan Penambahbaikan infrastruktur Peluang pekerjaan Menganjurkan persidangan antarabangsa Menggalakkan pelaburan asing Pemuliharaan
9 10 11 12 13 14 15 16
Cabaran mengekalkan institusi beraja di Malaysia. Jelaskan cabaran mengekalkan insitusi beraja. (5m) Politik perkauman Isu perkauman Idea pemikiran/liberalisme Globalisasi Jati diri Tiada semangat patriotisme Perbezaan cara berfikir Perbezaan ideologi Langkah-langkah mengekalkan institusi beraja. (5m) Menanam semangat patriotisme Meningkatkan mutu pendidikan Memperkukuh perpaduan rakyat Peranan media Jati diri Konsep 1 Malaysia Bersikap terbuka Memegang/menghayati prinsip Rukun Negara
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18
7. Penerapan nilai-nilai murni ikhtibar / patriotisme daripada kerajaan awal demi memajukan negara kita Berdikari Memanfaatkan kurniaan tuhan Tidak putus asa Rajin berusaha Mengekalkan tradisi Berani menghadapi cabaran Semangat meneroka Bercita-cita tinggi/Berwawasan Bersifat inovatif dan reaktif Memiliki sikap bertoleransi Sikap sedia menerima perubahan Kepentingan memelihara perpaduan Kepentingan ilmu pengetahuan Mengekalkan keamanan Bersikap kreatif Bekerjasama Cekal
1 2 3 4 5 6 7 8
7
Markah
10
10
Soalan
Kod 19 20 21 22
8 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
Isi dan Huraian Pentadbiran teratur Bercita-cita Berani Menghayati Bersungguh-sungguh
8 Rumusan Pengetahuan yang diperoleh Ikhtiar kepada diri, bangsa dan negara Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang Faktor perdagangan Persahabatan Menerajui kehidupan Kemerdekaan Pelbagai kebudayaan Memanfaatkan Mencapai hasrat wawasan 2020 Keharmonian Inovatif
Markah
5
Soalan: Huraikan sejarah kerajaan awal di Asia Tenggara dan menghubungkaitkannya dengan kegemilangan negara kita pada hari ini. Soalan 1
Isi dan Huraian Pengenalan/ Latar Belakang Kerajaan Awal di Asia Tenggara
-Lokasi kewujudan -Bentuk / Jenis -Contoh Kerajaan Awal -Bukti kewujudan -Jangkamasa -Maksud -Proses pembentukan -Peranan
2
Markah
5m
Ciri-ciri Kerajaan Awal: Agraria a) Lokasi: -terletak di lembah / lembangan sungai -Sungai Irrawady/ Menam/ Mekong/ Sg. Merah -kawasan pedalaman -lereng gunung berapi -kawasan pertanian subur -kawasan berbukit
b) Kegiatan: -penanaman padi huma/ sawah -tanaman sampingan/ sayur/ buah-buahan/jagung/pisang -penternakan -memungut hasil sungai -menghasilkan rempah ratus -mengutip sarang burung -perdagangan -mengutip kulit kura-kura -menangkap ikan
c) Teknologi: -mahir membina sistem pengairan/ baray/ relung/ teres -peranan sebagai pembekal Faktor perkembangan kerajaan Agraria: -tanah yang subur/ lanar/ mendap/ luas -iklim yang sesuai / panas dan lembab sepanjang tahun -berdekatan sumber air/ tasik/ sungai -peranan pemerintah terlibat mengurus/ membina sistem pengairan -kemajuan sistem pengairan/ baray/ relung -kekayaan sumber alam/ hasil hutan/ sumber protein -kemahiran penduduk/ tukang kayu/ tukang batu -penduduk ramai
15m
-hubungan luar dengan kerajaan maritime/ pembekal -kestabilan politik/ keamanan/ pentadbiran -beras sebagai dagangan utama -bekalan makanan yang mencukupi
Maritim:
Lokasi -pesisiran pantai/ kepulauan/ lembah sungai/ strategik Kegiatan: -berasaskan kelautan/ perdagangan -menangkap ikan/ memungut hasil laut -perlombongan / pengeluar bijih logam -membekal hasil tempatan / logam Membina: -Membina / membaiki kapal -belayar berpandukan bintang -meneroka laut -berbahasa/ menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Lingua Franca Penduduk: -orang tempatan/ pedagang luar Pelabuhan: Lengkap dengan kemudahan/ strategik
Faktor perkembangan Kerajaan Maritim -kedudukan strategik / laluan perdagangan -terlindung daripada angin monsun / selamat -pelabuhan lengkap/ kemudahan / barang dagangan/ pembekal/ kerajaan/entreport -kemahiran membina kapal/ baiki kapal/ semangat meneroka/ berpandukan bintang di langit -mempunyai bala tentera, mengawal perairan -bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca -mempunyai panduan semula jadi kepada pedagang -mempunyai hubungan luar dengan India/ China/ Agraria -berperanan sebagai pusat penyebaran Hindu-Budhha -pemerintah cekap -keamanan/ sikap terbuka -kekayaan hasil hutan/ sumber ekonomi
3
Aspek Saling Bergantung:
15m
-makanan/ beras - membekalkan barang dagangan utama -tukang kayu/ batu -bahan mentah/ kayu/ buat kapal -binatang kenderaan/ gajah -barangan mewah diraja/ tekstil/ gelas/ manik -hasil hutan/ kayu gaharu/ rotan/ damar/ hasil lain -keamanan - hubungan baik/ diplomatik -kemajuan ekonomi - hubungan perdagangan -pasaran - kemudahan pelabuhan -Bahan galian/timah/ emas
4
5
Kedudukan Strategik Dimanfaatkan demi Kemajuan Negara -menyediakan kemudahan pelabuhan -pengurusan pelabuhan yang cekap -menyediakan jalinan pengangkutan/ perhubungan -sistem cukai yang berpatutan -kawalan kawasan perairan -memajukan industria perkapalan -menubuhkan akademi pelaut/ maritim -tenaga kerja mahir -menggunakan teknologi moden -menambahkan bilangan pelabuhan bertaraf antarabangsa -pelbagaikan fungsi pelabuhan -penambahbaikan infrastruktur -memajukan kawasan persisir pantai -pemuliharaan khazanak laut/ flora dan fauna -menggalakkan pelaburan asing -menjalin hubungan baik dengan semua negara -menganggotai pertubuhan antarabangsa -menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau -mengekalkan keamanan serantau -mengekalkan perpaduan kaum -kestabilan politik/ zon aman/ bebas/ berkecuali -memajukan ekonomi -memajukan hub halal
Kejayaan Negara Setelah Memanfaatkan kedudukan Strategik -kemajuan ekonomi -kegiatan maritim berkembang -pemodenan pertanian -perindustrian berkembang -perkembangan teknologi -pelaksanaan k-ekonomi -tumpuan pelancong asing -hubungan antarabangsa berkembang -pusat kewangan pesisir pantai -kemajuan sistem pengangkutan -kemajuan sistem komunikasi (mana-mana jawapan yg munasabah)
15m
15m
10m
6
Cabaran menjadikan Malaysia sebuah negara maju: -pencemaran -tekanan daripada negara maju -persaingan ekonomi dunia -kenaikan harga barangan -kekurangan tenaga mahir -masalah perpaduan kaum -teknologi rendah -kadar pengangguran tinggi -masalah kemiskinan -gejala sosial -globalisasi (mana-mana jawapan yg muinasabah)
Langkah untuk mengatasi cabaran tersebut: -memperkukuh perpaduan rakyat -meneroka teknologi baru -meningkatkan R&D -memastikan Wawasan 2020 tercapai -Konsep 1 Malaysia -meneruskan Dasar Ekonomi Baru -meningkatkan mutu pendidikan -memperkukuh peranan negara sebagai hub halal -meneroka pasaran baru -membentuk minda rakyat kelas pertama -menjadi pusat kecemerlangan ilmu (mana-mana jawapan yg munasabah)
7
5m
5m
Nilai murni / Iktibar/ Unsur Patriotisme
-berdikari -memanfaatkan kurnian tuhan -tidak putus asa -rajin berusaha -mengekalkan tradisi -berani menghadapi cabaran -semangat meneroka -bercita-cita tinggi / berwawasan -bersifat inovatif dan reaktif -memiliki sikap bertoleransi -sikap sedia menerima perubahan -kepentingan memelihara perpaduan -kepentingan ilmu pengetahuan -mengekalkan keamanan -bersifat kreatif (mana-mana jawapan yg munasabah)
10m
8
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara (I)/ Pengetahuan yg diperoleh (P)/ Harapan untuk masa depan negara (H)
- masyarakat Melayu merupakan ahli pelayaran yg hebat(P) -Bangsa Melayu harus berani meneroka bidang berkaitan perdagangan dan Kelautan (I) -Malaysia mampu melahirkan ahli-ahli pelayaran yg hebat (H) -Kelahiran kerajaan awal adalah disebabkan oleh faktor perdagangan (P) -Telah wujud persahabatan antara kerajaan awal dengan kuasa luar (P) -Kepelbagaian budaya telah terbentuk di negara kita dari dahulu hingga sekarang (P) (mana-mana jawapan yg munasabah diterima)
View more...
Comments