ETE602 EAS Bil 2 Fire Alarm Penerangan 2

December 2, 2016 | Author: jamil670 | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

ete602...

Description

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG, KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG PERAK DARUL RIDZUAN. TEL: 05 688 1608 FAX: 05 688 6327 KERTAS PENERANGAN 2 PENGENALAN KEPADA SISTEM PENGGERA KEBAKARAN (FIRE ALARM SYSTEM) KURSUS

DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK

SEMESTER / TAHUN

2/2014

NO. DAN TAJUK MODUL

ETE 602 – ELECTRICAL APPLIANCES SERVICING

NO. DAN PERNYATAAN TUGASAN

OBJEKTIF AKHIRAN

PENCAPAIAN

NO. KOD :

ETE 602

1. 2. 3. 4.

Performs maintenance on connection termination. Performs maintenance on machinery load. Performs maintain fire alarm system. Performs maintain air conditioning electrical system.

At the end of the module, students should be able to perform maintenance on connection termination, machinery load, fire alarm system and air conditioning electrical system. TARIKH :

NAMA PELAJAR: KUMPULAN:

Markah:

BIL:

ajmt67

1

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

PENGENALAN Sistem penggera kebakaran ialah suatu pemasangan yang boleh memberi amaran kepada orang ramai mengenai berlakunya kebakaran. Tujuan utama pemasangan: Untuk mengesan kebakaran di peringkat awal supaya tindakan selanjutnya dapat diambil. Biasanya alat pengesan ini di letakkan di bahagian atas tempat yang akan dilindungi. Sebagaimana yang telah diketahui bahawa sesuatu kebakaran akan mengahasilkan haba, asap, api dan bahangan. Oleh sebab itu alat pengesan kebakaran ini direka khas bagi memberitahu penghuni bangunan dengan cepat untuk menyelamatkan diri. -

-

-

Berbagai cara digunakan untuk menyesuaikan penggera kebakaran. Satu cara yang terbaik digunakan ialah dimana alat pengesan disambungkan terus ke panel fire alarm di bangunan kemudiannya disambungkan ke Balai Bomba yang paling hampir. Salah satu cara lain ialah dengan menyambungkan kepada sistem pemadam pemasangan tetap dimana apabila alat pengesan dapat mengesan kebakaran ianya akan menghantar isyarat ke panel fire alarm dan seterusnya membenarkan agen pemadaman dilepaskan bagi memadam kebakaran. Bab ini akan menghuraikan operasi sistem penggera kebakaran beroperasi serta jenisjenis komponen penggera kebakaran. Di akhir latihan pelajar-pelajar dapat membuat penyelenggaraan sistem penggera kebakaran.

-

-

PENGESAN ASAP Pengesan Pengion (Ionization Detector) Pengesan Optikal (Optical Detector)

‘SOUNDERS’ Loceng Siren Horn

‘MANUAL CALL POINT’ - Pecah Kaca (Break Glass)

-

-

-

PENGESAN HABA Pengesan jenis pengukuran kadar kenaikan suhu(Rate of rise detector) Jalur Dwilogam (Bimetal strip) Jenis Penetapan Suhu (Fixed temperature) Pengesan Pneumatik (Pneumatic detector) Lebur atau gabungan logam (Melting or fusion metal) PENGESAN RADIASI (Flame detector) Pengesan Infra-red Pengesan ultra-violet

Rajah 1: Jenis-jenis Alat Penggera Kebakaran

ajmt67

2

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

Keterangan am sistem penggera kebakaran - Panel alat penggera kebakaran adalah satu pemasangan panel yang mengandungi maklumat alat-alat pengesan dan pengawalan kebakaran yang dirancang untuk menunjukkan lokasi kebakaran berlaku dan membunyikan loceng kecemasan. - Sistem ini diperlukan berasaskan kepada jenis penghuni (occupancy) serta ketinggian dan keluasan sesuatu bangunan. - Menentukan keperluan pencegahan kebakaran bagi sesuatu bangunan seperti alat pengesan asap/haba, loceng, alat pecah kaca, sistem CO2 , dan alat penyembur automatik.

Operasi ringkas sistem penggera kebakaran - Panel penggera merupakan pusat pengawalan seluruh sistem penggera kebakaran - Peti ini menunjukkan kedudukan zon alat yang dipasang di pelan mimik. - Peti ini ditempatkan di tingkat bawah atau pondok kawalan - Menyediakan punca bekalan TNB dan bateri - Ia juga penel penunjuk penerima maklumat operasi sistem pemadaman kebakaran seperti pam sistem gelong hos , sprinkler atau CO2 Rekabentuk sistem penggera kebakaran - Pendawaian elektrik (wiring system & circuit design) - Pelan mimik ( mimic panel /zone fire ) - Alat penggera & pengesan kebakaran ( alarm and trigger devices) - Peti penggera kebakaran ( Fire alarm panel ) - Suis kawalan dan penunjuk ( sitting of control & indicating ) - Punca bekalan ( power supply & main indicator switch) - Sistem bekalan DC (Battery charger ,voltmeter, ammeter)

Rajah 2: Rajah skematik Sistem Penggera Kebakaran

ajmt67

3

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

ALAT PENGESAN ASAP Alat ini merupakan satu alat berbentuk bulat dan di bahagian tepinya terdapat lubang-lubang halus untuk membenarkan asap dan udara masuk kedalamnya. Alat ini biasanya di letakkan atas bumbung bangunan atau siling dan jauh daripada lubang angin atau kipas kerana ia boleh mengganggu keberkesanan operasi pengesanan kebakaran. Jenis-jenis alat pengesan asap - Alat Pengesan Pengionan (Ionization detector). - Alat Pengesan Optikal (Optical Detector). Alat Pengesan Pengionan - Binaan badan alat ini dibina seperti tabung bulat yang memanjang dan terdapat jaring dawai halus dibahagian tepi sebelah bawah. - Ini adalah bertujuan untuk membenarkan udara dan asap masuk ke dalam chamber. - Di dalamnya dilengkapkan dengan dua elektrod yang disambungkan dua wayar melalui amplifier dan di pasang ‘radio active source’. - Dalam keadaan biasa ion di - antara dua elektrod menghalang angin dan membenarkan sedikit arus elektrik mengalir dan amplifier dapat mengawal secara normal. - Semasa kebakaran berlaku asap akan masuk dan berkuumpul dalam ‘chamber’ dan ion menyebabkan pergerakan arus terhalang. Keadaan ini akan menyebabkan arus elektrik berkurangan dan ‘amplifier’ akan beroperasi dan membunyikan amaran.

Rajah 3: Pengesan Asap Alat Pengesan Optikal - Alat ini direka dengan menggunakan dua komponen iaitu ‘punca cahaya’ dan ‘photo electric cell’. - Terdapat dua jenis rekabentuk pengesan optikal iaitu: a) Lampu jenis berselerak (The light scatter type) b) Jenis kegelapan/kabur (Obscuration type) -

ajmt67

Dalam keadaan biasa cahaya yang dipancarkan dari punca cahaya akan terus memancar cahaya secara melintang. Apabila berlaku kebakaran, asap akan masuk kedalam perangkap asap dan menyebabkan pancaran cahaya terhalang. Cahaya akan terpesong kearah photo electric cell dan akan menyebabkan loceng amaran berbunyi. 4

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

Rajah 4: Pengesan Asap jenis Optikal ALAT PENGESAN HABA Alat pengesan haba ini direka bagi mengesan api atau kebakaran di peringkat awal. Ini adalah lebih baik kerana ia dapat mengesan semasa haba mula terhasil. Alat ini adalah alat pengesan yang mula-mula sekali di cipta bagi tujuan mengesan kebakaran. Jenis-jenis alat pengesan haba. - Alat pengesan haba jenis penetapan suhu(a fixed temperature). - Alat pengesan haba jenis pengukuran kadar kenaikan suhu(a rate-rise of temperature heat detector / bimetallic type) Alat pengesan haba jenis penetapan suhu Terdapat alat bimetal strip detector dipasang pada alat ini bagi menetepkan tahap suhu kepanasan haba. Jika kebakaran kecil berlaku dalam masa yang lama, alat pengesan ini dapat mengesan haba dan akan membuat sentuhan terus seperti suis Operasi tersebut akan menyebab litar menjadi tersambung ke loceng amaran untuk sistem penggera.

Rajah 5: Alat pengesan haba jenis penetapan suhu ajmt67

5

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

Alat pengesan haba jenis pengukuran kadar kenaikan suhu. (a rate-rise of temperature heat detector / bimetallic type) Prinsip penggunaan alat ini adalah berpandukan kepada prinsip pengembangan logam bila terkena haba atau bahangan. Jenis ini banyak digunakan pada semua alat pengesan haba. Ia merupakan gabungan dua logam yang dikaitkan bersama dan apabila terkena haba, logam ini akan mengembang. Biasanya ia diperbuat dari logam besi dan brass.

Rajah 6: Alat pengesan haba jenis pengukuran kadar kenaikan suhu MANUAL CALL POINT Alat pecah kaca (Smash Glass) Prinsip kendalian pecah kaca merupakan satu sistem penggera secara manual. Ia merupakan satu sistem pemasangan tetap di mana dalam kes kebakaran, cermin akan dipecahkan untuk membunyikan loceng kecemasan apa bila berlaku kebakaran. Dalam masa yang sama, isyarat lokasi kebakaran dapat dikesan pada peti penggera. Contoh –contoh jenis alat pecah kaca: - Plastic cover push to break glass. - Optional Polycarbonate cover - Monitored operation - Optional led indication - Optional key switch

ajmt67

6

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

Rajah 7: Sistem Pecah Kaca Pengesan Bahangan (Radiation/ Flame Detector) Setiap kebakaran akan menghasilkan wap panas dan juga di kenali dengan bahangan. Ia akan terbentuk dalam tiga bentuk: - Sinaran infra-merah (infra-red radiation) - Cahaya yang boleh dilihat (visible light) - Sinaran ultra-ungu (ultra- violet radiation) Kesemua perkara diatas akan bergerak dalam bentuk gelombang bahangan dari tempat punca kebakaran ke tempat-tempat lain. Oleh itu alat pengesan yang paling baik di gunakan untuk mengesan adalah jenis ‘Radiation/ Flame Detector’.

ajmt67

7

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

Rajah 8: Pengesan Jenis Radiasi

ajmt67

8

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

‘FIRE ALARM SOUNDERS’ Alat bunyi penggera kebakaran hendaklah mencukupi bagi menghasilkan sekurang-kurangnya 65 desibel atau 5 desibel di atas mana-mana tahap bunyi ambien yang akan berterusan selama 30 saat atau lebih.. Semua alat pengesan hendaklah diagihkan di tempat-tempat yang sesuai dalam sesebuah bangunan terutamanya di koridor/kaki lima dan bunyi yang dikeluarkan haruslah bunyi yang berbeza yang biasa didengar oleh manusia. - Kedudukannya harus selaras dengan kehendak pihak bomba. - Perlu dicat merah dan bertanda ‘Fire Alarm’.

Loceng

Siren

Rajah 9: Alat Bunyi Penggera Kebakaran

ajmt67

9

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

PANEL SISTEM PENGGERA KEBAKARAN 1. Mengenal Paparan pada Panel Pengesan Kebakaran. a) Mengetahui paparan pada panel pengesan kebakaran adalah penting sebelum memulakan kerja-kerja penyenggaraan. b) Maklumat daripada data pada paparan panel pengesan kebakaran dapat digunakan untuk mengetahui kerosakan dan cara-cara mengatasi kerosakan. c) Jika terdapat alarm, buzzer berbunyi, LED-LED menyala ataupun FAULT, maklumat daripada data pada paparan panel pengesan dapat membantu pengguna membuat penyenggaraan dengan berkesan. Panel Sistem Penggera Kebakaran (Fire Alarm System Panel) Sistem Penggera Kebakaran adalah satu alat yang telah dilengkapkan dengan pengecas automatik untuk mengecas bateri 24V “nickel cadmium” selama 8 jam (cas penuh) dengan kadaran voltan 240V,50Hz. Sistem Penggera Kebakaran di lengkapi dengan beberapa jenis peranti pengesan yang mana ianya akan ditempatkan di zon yang berlainan. Peranti pengesan akan mengaktifkan loceng penggera jika salah satu daripada peranti pengesan diaktifkan.

ajmt67

10

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

ZONE 1

ZONE 2

ZONE 3

ZONE 4

ZONE 5

ZONE 6 0

30 DC VOLTS

FIRE

FIRE

FIRE

FIRE

FIRE

FIRE

FAULT

FAULT

FAULT

FAULT

FAULT

FAULT

ISOLATED

ISOLATED

ISOLATED

ISOLATED

ISOLATED

ISOLATED

VOLTAGE

0

30 DC AMPERES

TEST ALAR FAUL M T

TEST ALAR M

FAUL T

TEST ALAR FAUL M T

TEST ALAR FAUL M T

TEST ALAR FAUL M T

TEST ALAR FAUL M T

CURRENT

AC CHARGER ON ON ON

DC ON

AC CHARGER SYSTEM FAIL FAIL

BUZZER SILENCE

BELL LINE EARTH BATTERY FAULT FAULT

CMS/AUX TRIP ISOLATED

GENERA ALAR

FAUL

ALARM ISOLATED

TEST

TEST LAMP

ALARM RESET

PUMPS STATUS INDICATION

RUN DUTY PUMP TRIP

Co2 SYSTEM GAS DISCHARGED/ AUX STATUS INDICATION Co2 SYSTEM 1 MAIN SWITCH ROOM Co2 SYSTEM 2 TNB SUB STATION

RUN STAND-BY PUMP TRIP RUN JOCKEYPUMP TRIP MAINS FAIL-PUMP PANEL

SPARE SPARE SPARE

HIG H

TANK WATER LEVEL

RUN

Rajah 1: Panel Pengesanan Kebakaran ajmt67

11

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

Zon •

Ialah kawasan yang mana ditempatkan peranti-peranti pengesan. Panel Zon adalah terdiri daripada LED alarm fault, suis pengasing dan 3 “pole” 4 “ways” suis putar. Suis ini terdiri daripada 4 penunjuk iaitu “Isolate”, “Normal”, “Test Fault “ dan “Test Alarm”. Testing Facilities • Untuk memastikan panel Sistem Penggera Kebakaran berfungsi dengan baik, beberapa “test facilities” disediakan seperti berikut: a) Test Alarm Condition - Keadaan penggera dapat diuji dengan menggunakan suis putaran(rotary switch) ataupun punatekan. - Dengan menukarkan “rotary switch” ke “Test Alarm”(T.A), zon penggera LED akan berkelip dan mengaktifkan loceng penggera. b) Test Fault Condition - Kerosakan pada papan kawalan (control panel) dapat diuji dengan mengubah suis putaran pada kedudukan “Test Fault” (T.F) ataupu tekan punatekan “Test Fault”. LED “Fault” akan berkelip dan buzzer akan diaktifkan. Fungsi “Test Fault Condition” ialah untuk menguji kawasan “call point” berfungsi dengan baik. “End of line” atau hujung sambungan pada “manual call point” hendaklah dipasang perintang 8.2 KΩ. c) Isolate Condition - Fungsi “Isolate Condition ialah untuk membezakan di antara keadaan “false alarm” dan “true alarm”. “Rotary switch” diubah pada kedudukan atau punatekan “ISOLATE”, “LED“ isolate akan berkelip dan buzzer akan diaktifkan. Pada keadaan ini penggera akan diaktifkan tetapi LED penggera masih berkelip. Ini akan membolehkan pekerja yang bertugas untuk memeriksa kawasan “zon” tersebut. d) Test lamp - LED pada papan kawalan dapat di uji dengan menekan suis punat tekan pada Panel kawalan. Jika terdapat sebarang LED yang tidak berfungsi, ia hendaklah ditukarkan dengan serta merta untuk mengelakkan sebarang kemungkinan kebakaran yang tidak dapat dikesan. e) Test battery - Bateri pada panel kawalan dapat diuji dengan menekan suis punatekan. Voltmeter akan mengukur voltan pada bateri, jika voltmeter mengukur bacaan 0 volt, maka bateri hendaklah ditukarkan. f) Bell Supervision - Litar “Bell supervision” ialah satu litar yang menguji “bell line feeding” berfungsi dengan baik. Jika terdapat kerosakkan litar atau litar pintas bunyi buzzer dan lampu “supervision” akan berkelip di papan panel utama. Juruteknik hendaklah memeriksa keadaan loceng dengan segera. g) Bell Isolated Switch - Fungsi suis ini adalah untuk menghindari gangguan kepada penghuni jika terdapat kemungkinan kebakaran. Loceng kecemasan boleh dimatikan dengan menekan “bell isolated switch”. Pada keadaan ini buzzer akan berbunyi dan lampu akan berkelip pada papan panel utama. ajmt67

12

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

h) Reset Switch - Untuk mematikan bunyi penggera, reset suis (Reset Switch) diaktifkan. Kawasan zon yang terlibat boleh dipantau dengan melihat lampu yang berkelip pada papan panel utama. Lampu pentunjuk ini akan menyala sepanjang masa apabila ada bekalan DC On kuasa (samada dari TNB atau dari Bateri) Lampu penunjuk “Charger Fail” dan buzzer akan wujud bila tiada bekalan Charger Fail kuasa AU. Lampu penunjuk “ Battery Fail” akan menyala dan buzzer akan berbunyi Battery Fail bila battery fuse dikeluarkan. Lampu penunjuk “ AC Fail ” akan menyala dan buzzer akan berbunyi bila AC Fail tiada bekalan AU dan AT dibawah 18V atau melebihi 30V. Apabila loceng dikeluarkan atau litar terputus maka lampu penunjuk “Bell Bell Line Fault Line Fault” akan menyala dan buzzer akan berbunyi. Suis untuk menghentikan bunyi loceng penggera. Apabila suis ditekan, loceng akan berhenti maka lampu penunjuk “Bell Isolated” akan menyala Bell Isolated dan buzzer akan berbunyi. Buzzer Suis untuk menghentikan bunyi buzzer. Silence/Isolated Push button suis “ALARM RESET” adalah bertujuan untuk mereset alarm Alarm Reset untuk kembali kepada keadaan Normal. Lamp Test

Bertujuan memeriksa LED berada dalam keadaan normal.

Voltage

Bertujuan menunjukan voltan bagi sistem bersamaan 25V+/-1

Current

Ammeter menunjukan arus bagi sistem.

Run Trip AC Fail

Pump Indication Lampu petunjuk dan buzzer akan berbunyi bila pam berfungsi. Ia akan berhenti secara automatic bila pum berhenti Lampu petunjuk akan menyala dan buzzer akan berbunyi apabila pum terpelantik (trip). Ia akan kembali normal bila pum direset Lampu petunjuk akan menyala dan buzzer akan berbunyi apabila tiada bekalan AU pada pam. Ia akan kembali normal bila terdapat bekalan kuasa AU semula

Lift dan AHU Trip Lampu penunjuk bewarna merah akan menyala hanya apabila kondisi alarm (general alarm) menunjukan lif atau AHU telah terpelantik (Trip). Ia akan kembali normal apabila sistem Fire Alarm di RESET. Walaubagaimanapun sistem lif dan AHU juga perlu direset pada panel kawalan masing-masing. Gen Set Indication Run

Lampu penunjuk gen set akan menyalaapabila gen set berfungsi.

Trip

Lampu penunjuk gen set trip akanmenyala bila gen set gagal berfungsi

ajmt67

13

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

Jadual 1: Desrikpsi Tambahan untuk Panel Kawalan AKTIVITI 1 1. Apakah kepentingan memahami paparan pada panel pengesan kebakaran? Kepentingan memahami paparan pada panel pengesan kebakaran

2. Terangkan deskripsi paparan panel pengesan kebakran secara ringkas istilah di bawah: Bil

Istilah

1.

Main Fail (Kegagalan Utama)

2.

Charger Fail (Kegagalan Cas)

3.

Battery Fail (Kegagalan Bateri)

4.

Supply Fail (Kegagalan Bekalan)

5.

Bell Line Open (Laluan Loceng Terbuka)

ajmt67

Penerangan

14

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

MAKLUMBALAS AKTIVITI 1 1. Apakah kepentingan memahami paparan pada panel pengesan kebakaran?

Kepentingan memahami paparan pada panel pengesan kebakaran

Maklumat daripada data pada paparan panel pengesan kebakaran dapat digunakan untuk mengetahui kerosakan dan cara-cara mengatasi kerosakan. Jika terdapat alarm, buzzer berbunyi, LED-LED menyala ataupun FAULT, maklumat daripada data pada paparan panel pengesan dapat membantu pengguna membuat penyenggaraan dengan berkesan.

2. Terangkan deskripsi paparan panel pengesan kebakran secara ringkas istilah di bawah: Bil 1.

2. 3. 4.

5.

ajmt67

Istilah

Penerangan Lampu petunjuk “Main Fail” dan buzzer akan berfungsi Main Fail apabila salah satu keadaan berikut wujud: (Kegagalan Utama) a) Bekalan AU dimatikan. b) Fius AU dikeluarkan. Charger Fail Lampu penunjuk “Charger Fail” dan buzzer akan berfungsi (Kegagalan Cas) bila tiada bekalan kuasa AU. Battery Fail Lampu penunjuk “ Battery Fail” akan menyala dan buzzer (Kegagalan Bateri) akan berbunyi bila fius bateri dikeluarkan. Supply Fail Lampu penunjuk “ Supply Fail ” akan menyala dan buzzer (Kegagalan akan berbunyi bila tiada bekalan AU dan AT di bawah 18V Bekalan) atau melebihi 30V. Bell Line Open Apabila loceng dikeluarkan atau terputus maka lampu (Laluan Loceng penunjuk “Bell Line Open” akan menyala dan buzzer akan Terbuka) berbunyi.

15

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

AKTIVITI PENGAYAAN 1

Merujuk kepada panel kawalan pengesan kebakaran yang terdapat di kolej anda, senaraikan setiap LED penunjuk dan suis yang terdapat pada panel kawalan pengesan kebakaran tersebut.

AKTIVITI AMALI

Lakukan amali yang telah diberikan oleh pensyarah dengan mengisi boring rekod senggaraan pemasangan panel kawalan pengesan kebakaran dalam lampiran lembaran amali.

ajmt67

16

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

PEMERIKSAAN PANEL PENGGERA KEBAKARAN Pengenalan • Tujuan melakukan pemeriksaan dan penyenggaraan terhadap panel kawalan pengesan kebakaran ialah: a) Melakukan Preventive Maintenance kepada panel kawalan Pengesan Kebakaran. b) Untuk memastikan keselamatan pengguna. c) Mengelak dari berlakunya kerosakan yang lebih besar. d) Memastikan panel kawalan pengesan kebakaran dapat berfungsi pada tahap yang memuaskan. • Kekerapan atau tempoh masa untuk melakukan penyenggaraan bagi sesebuah motor adalah bergantung kepada: a) Keadaan persekitaran sesebuah motor itu ditempatkan. b) Tempoh motor dikendalikan Pemeriksaan Visual • Ujian pemeriksaan visual amat penting bagi melihat secara kasar keadaan sambungan litar yang dilakukan. • Selain itu ujian pemeriksaan visual amat penting bagi melihat samada panel pengesan kebakaran berada dalam keadaan yang selamat untuk digunakan. • Berikut adalah 4 jenis deria yang biasa digunakan semasa pemeriksaan visual iaitu: a) LIHAT b) RASA (SENTUHAN) c) DENGAR d) BAU •

Ujian pemeriksaan visual adalah ujian pertama yang dijalankan sebelum menjalankan ujian lain. a) Pemeriksaan melalui penglihatan - Dilakukan dengan memerhatikan keadaan LED pada paparan panel pengesan kebakaran. - Jika terdapat sebarang LED yang menyala sila rujuk pada Jadual 1 dan 2. b) Pemeriksaan melalui sentuhan - Pemeriksaan ini dilakukan dengan menyentuh badan panel pengesan kebakaran sama ada panel pengesan kebakaran dalam keadaan panas ataupun tidak. c) Pemeriksaan melalui pendengaran - Pemeriksaan ini dilakukan dengan mendengar buzzer atau loceng yang berbunyi. - Jika terdapat sebarang buzzer atau loceng yang menyala sila rujuk pada jadual 1 dan 2. d) Pemeriksaan bau - Pemeriksaan ini dilakukan dengan menghidu panel pengesan kebakaran sama komponen-komponen elektronik mengeluarkan bau hangit.

ajmt67

17

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

Pemeriksaan Arus dan Voltan Pemeriksaan arus i. Alat yang digunakan ialah Ammeter ii. Pemeriksaan ini dilakukan semasa panel kawalan pengesan kebakaran. Keadaan normal arus ketika beroperasi adalah 1 Ampere AT. • • •

Jika loceng beroperasi arus akan lebih tinggi daripada 1 Ampere AT. Tolong laporkan pada juruteknik jika arus bagi panel kawalan pengesan kebakaran melebihi 1 Ampere AT. Catatkan bacaan yang diperolehi dalam borang yang disediakan dalam lembaran amali.

DC AMPERE

Rajah 2: Meter Ampere Pemeriksaan voltan • Pemeriksaan voltan pada panel kawalan pengesan kebakaran boleh dilakukan dengan menggunakan voltmeter. • Dalam keadaan normal voltmeter adalah 24 Volt AT +/- 10%. • Pastikan voltan pada panel kawalan pengesan kebakaran tidak melebihi atau kurang 24 Volt AT +/- 10%. • Catatkan bacaan yang diperolehi dalam borang yang disediakan dalam lembaran amali.

DC VOLTS

Rajah 3: Meter Volt Pemeriksaan tamatan kabel Alat yang digunakan untuk melakukan pemeriksaan ini ialah meter pelbagai. Pemeriksaan ini dilakukan dengan meletakkan leads test pada setiap kabel yang telah dipasang pada komponen kawalan samada ada sambungan atau tidak.

ajmt67

18

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

Pemeriksaan Zon-zon Panel Kawalan Pengesan Kebakaran ZONE 1 ZONE 1

ZONE 2 ZONE 2

FIRE

FIRE

FAULT

FAULT

ISOLATED

ISOLATED

TEST

TEST

ALARM FAULT

ALARM FAULT

Rajah 4: Zon Alarm

Fault

Isolate

T/F (Test Fault)

T/A (TestAlarm)

ISO (Isolate)

NOR (Normal)

ajmt67

Apabila isyarat ALARM daripada pengesan (sensor) diterima, keduadua lampu Alarm merah untuk zon tersebut akan berkelip. Untuk menghilangkan kelipan LED ini maka perlu ditekan butang RESET. Apabila pendawaian luaran tidak disambung dengan baik atau end of line resistor dikeluarkan dari sambungan maka LED “Fault” akan menyala dan buzzer akan berbunyi. Petunjuk Fault akan secara automatik akan terpadam bila keadaan pendawaian dan end of line resistor disambungkan semula. Lampu petunjuk akan menyala dan buzzer akan berbunyi jika di setkan pada kedudukan (ISO). Jika diletakkan pada kedudukan ISO maka loceng akan berhenti berbunyi. Apabila suis punat tekan FAULT ditekan maka ia akan serentak menjadi litar buka dan LED penunjuk “FAULT” akan menyala dan buzzer akanberbunyi. LED “FAULT” ini secara automatik akan berhenti berbunyi bila punat tekan suis tersebut dilepaskan. Keadaan loceng dapat diperiksa dengan menekan punatekan bewarna merah. ALARM pada zone terlibat akan menyala selagi tidak ditekan suis “ALARM RESET”. Apabila suis ISO ditekan, LED penunjuk ISOLATE akan menyala dan buzzer akan berbunyi. Loceng Kecemasan tidak akan berbunyi selagi suis terbabit tidak diletakkan pada kedudukan NOR. SuisToggel mesti berada pada kedudukan NOR. Sebarang litar pintas pada external wiring akan menyebabkan alarm berbunyi.

19

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

Pemeriksaan Alat Pengesan Kebakaran Pengesan Haba • Dengan menggunakan penyembur haba, halakan beberapa saat kepada alat pengesan haba tersebut. Jika penggera berbunyi, maka alat pengesan tersebut berfungsi dengan baik. Jika sebaliknya, alat tersebut perlulah diselenggara. • Kemungkinan-kemungkinan yang berlaku adalah seperti, pendawaiannya gagal (kabel terputus) atau alat pengesan mengalami kerosakan. • Cara mengatasi ialah dengan memeriksa pendawaian, baiki alat pengesan atau ganti dengan yang baru. Pengesan Asap • Dengan menggunakan penyembur asap, semburkan kepada alat pengesan haba tersebut. Jika penggera berbunyi, maka alat pengesan tersebut berfungsi dengan baik. Jika sebaliknya, alat tersebut perlulah diselenggara. • Kemungkinan-kemungkinan yang berlaku adalah seperti, pendawaiannya gagal (dapat dikesan pada panel) atau alat pengesan mengalami kerosakan. • Cara mengatasi ialah dengan memeriksa pendawaian, baiki alat pengesan atau ganti dengan yang baru. Suis Pecah Kaca (Manual Call Point) • Seperti yang kita ketahui, suis pecah kaca akan menutupkan litar (ON) apabila kaca dipecahkan. Apabila litar tertutup, penggera akan berbunyi. • Untuk memeriksa suis ini, tidak perlu kita memecahkan kaca tersebut. Kita hanya perlu melonggarkan sekeru penutup kotak suis tersebut. Apabila longgar, permukaan kaca akan melepaskan punatekan berpegas dan litar akan tertutup(ON). Jika penggera berbunyi, maka alat pengesan tersebut berfungsi dengan baik. Jika sebaliknya, alat tersebut perlulah diselenggara. • Kemungkinan-kemungkinan yang berlaku adalah seperti, pendawaiannya gagal (dapat dikesan pada panel) atau alat pengesan mengalami kerosakan. • Cara mengatasi ialah dengan memeriksa pendawaian, baiki alat pengesan atau ganti dengan yang baru.

ajmt67

20

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

AKTIVITI 2 1. Isikan tempat kosong di bawah: Pemeriksaan Visual

2. Lengkapkan jadual di bawah Alarm

Fault

Isolate

T/F (Test Fault) T/A (TestAlarm) ISO (Isolate) NOR (Normal)

ajmt67

21

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

MAKLUMBALAS AKTIVITI 2 1. Isikan tempat kosong di bawah: Pemeriksaan Visual

Melalui penglihatan

Melalui bau

Melalui sentuhan

Melalui pendengaran

2. Lengkapkan jadual di bawah Apabila isyarat ALARM daripada pengesan (sensor) diterima, keduaAlarm dua lampu Alarm merah untuk zon tersebut akan berkelip. Untuk menghilangkan kelipan LED ini maka perlu ditekan butang RESET. Apabila pendawaian luaran tidak disambung dengan baik atau end of Fault line resistor dikeluarkan dari sambungan maka LED “Fault” akan menyala dan buzzer akan berbunyi. Petunjuk Fault akan secara automatik akan terpadam bila keadaan pendawaian dan end of line resistor disambungkan semula. Lampu petunjuk akan menyala dan buzzer akan berbunyi jika di Isolate setkan pada kedudukan (ISO). Jika diletakkan pada kedudukan ISO maka loceng akan berhenti berbunyi. Apabila suis punat tekan FAULT ditekan maka ia akan serentak T/F (Test menjadi litar buka dan LED penunjuk “FAULT” akan menyala dan Fault) buzzer akanberbunyi. LED “FAULT” ini secara automatik akan berhenti berbunyi bila punat tekan suis tersebut dilepaskan. Keadaan loceng dapat diperiksa dengan menekan punatekan T/A (TestAlarm) bewarna merah. ALARM pada zone terlibat akan menyala selagi tidak ditekan suis “ALARM RESET”. Apabila suis ISO ditekan, LED penunjuk ISOLATE akan menyala dan ISO buzzer akan berbunyi. Loceng Kecemasan tidak akan berbunyi selagi (Isolate) suis terbabit tidak diletakkan pada kedudukan NOR. SuisToggel mesti berada pada kedudukan NOR. Sebarang litar pintas NOR pada external wiring akan menyebabkan alarm berbunyi. (Normal)

ajmt67

22

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

AKTIVITI PENGAYAAN 2

Dengan merujuk kepada pensyarah modul dapatkan bantuan beliau mengenai fungsi-fungsi panel kawan dengan lebih jelas. Ini kerana rujukan di internet berkenaan fungsi panel kawalan pengesan kebakaran sukar dijumpai.

AKTIVITI AMALI

Lakukan pemeriksaan di bawah terhadap panel Penggera Kebakaran anda dengan merujuk lembaran amali yang diberikan oleh pensyarah dan lengkapkan data yang anda perolehi dalam lampiran 5 (dalam setiap lembaran projek yang telah dibekalkan oleh pensyarah). a) Pemeriksaan visual b) Pemeriksaan arus c) Pemeriksaan voltan d) Pemeriksaan Break Glass e) Pemeriksaan Smoke Detector f) Pemeriksaan Heat Detector

ajmt67

23

ETE 602 – MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

PENILAIAN KENDIRI

STRUKTUR 1. Nyatakan 2 kepentingan memahami paparan pada panel pengesan kebakaran. ..................................................................................................................................................... ..................................................................................................................................................... 2. Berikan apakah maksud bagi LED yang berikut: i. DC On: ……………………………………………………………………………… ii. Charger Fail: ………………………………………………………………………. iii. BatteryFail: …………………………………………………………………………… iv. AC Fail: ………………………………………………………………………………. v. Bell Line Fault: ………………………………………………………………………… vi. Bell Isolated: …………………………………………………………………………… 3. Berikan 4 jenis pemeriksaan visual i. ………………………………………………………………………………………… ii. …………………………………………………………………………………………

iii. ………………………………………………………………………………………… iv. ………………………………………………………………………………………… 4. Nyatakan alat yang digunakan untuk melakukan pemeriksaan berikut: i. Pemeriksaan arus - .............................................................................................. ii. Pemeriksaan voltan - …………………………………………………………………

ajmt67

24

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF