electrostatic science form 3 chapter 7

July 17, 2017 | Author: Wanny Syazwani | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download electrostatic science form 3 chapter 7...

Description

CHAPTER 7 - ELECTRIC ELEKTROSTATIK 1. 2. 3.

Elektrostatik ialah kajian tentang cas-cas elektrik static (tidak bergerak). Objek boleh dicaskan melalui geseran. Dua objek yang neutral akan bercas apabila digosok bersama. - pembaris plastik dan belon dicaskan apabila masing-masing digosok dengan sapu tangan dan kain sutera. - Apabila pembaris yang bercas dibawa mendekati aliran air, cas elektrik statik pada pembaris menarik aliran air mendekatinya. - Begitu juga apabila belon yang bercas dibawa mendekati cebisan kertas, cas elektrik statik pada belon menarik cebisan kertas mendekatinya.

4. 5.

Objek-objek boleh kehilangan atau menerima elektron apabila digosok dengan bahan yang berlainan jenis. Objek yang kehilangan electron akan dicaskan positif dan objek yang menerima electron akan dicaskan negatif.

6.

7. 8. 9.

Jenis-jenis cas yang terhasil pada sesuatu objek ditentukan oleh jenis bahan yang bergosok dengannya. Bercas positif

Bercas negatif

Kaca Asetat selulosa Bulu haiwan Wul (bulu biri-biri)

Kain sutera Plastik Poliester Getah

Sifat-sifat cas elektrik static. (a) cas-cas yang sama menolak antara satu sama lain. (b) cas-cas yang bertentangan menarik antara satu sama lain. Apabila objek-objek yang bercas didekatkan, kedua-duanya akan mengalami daya elektrostatik. Untuk mengesan cas elektrik statik, elektrod digunakan.

Fenomena harian yang berkaitan dengan elektrostatik 1.

Pembentukan kilat Apabila awan bergeser dengan udara, awan menjadi bercas. Cas-cas terkumpul pada awan menjadi terlalu banyak sehingga cas-cas ini melompat ke bumi. Ini menyebabkan kejadian kilat.

2.

Tayar kapal terbang Kapal terbang perlu dinyahcas sebelum mendarat. Ini dilakukan dengan mengumpul cas-cas pada bahagian roda. Cas-cas melompat ke bumi apabila kapal terbang dekat dengan permukaan darat semasa mendarat.

3.

Lori tangki petrol Lori minyak yang membawa minyak dan bahan-bahan mudah terbakar mempunyai satu rantai logam yang menyentuh lantai untuk dinyahcas.

4.

Palam pencucuh

Palam pencucuh dalam enjin kereta menghasilkan percikan api apabila kedua-dua terminal dicas penuh. Percikan api menyalakan bahan api untuk menggerakkan enjin.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF