Teori-teori perkembangan sosial-emosi kanak-kanak berdasarkan Erik Erikson Teori perkembangan Psikososial Erik Erikson
Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Dalam teori ini, Erikson memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososial.
Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan kriteria perkembangan dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu.
Teori psikososial Erikson adalah berdasarkan kepada lima prinsip utama:
Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas individu terhadap keperluan-keperluan asasnya. Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu. Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya. Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap berikutnya.
Lapan peringkat perkembangan:
Peringkat
Tahap umur
huraian
1. Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan
Lahir ke 1 tahun
Bayi perlu mempunyai hubungan yang erat, mendapat kasih sayang dan kepercayaan daripada penjaga. Sekiranya gagal, ketidakpercayaan akan timbul.
2. Autonomi lawan keraguan
1 – 3 tahun
Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu
kepada perkembangan fizikal. Sekirannya berjaya dan menerima sokongan menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan diri sekiranya gagal mereka mula ragu-ragu terhadap keupayaan diri.
3. Inisiatif lawan rasa bersalah
4 – 5 tahun
Kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri, sekiranya gagal boleh rasa bersalah
4. Industri lawan rasa rendah diri
6 – 11 tahun
Kanak-kanak perlu menguasaikemahirankemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan akan membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan.
5. Identiti lawan kekeliruan identiti
12 – 18 tahun
Mencari identiti diri bagi golongan remaja dalam perkerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial.
6. Keintiman lawan keasingan
18 – 35 tahun
Mula membentuk keintiman dalam hubungan, menuju ke arah perkhawinan dan membina kerjaya. Kegagalan membawa kepada perasaan terasing dan tersisih.
7. Generativiti lawan kekakuan
35 – 65 tahun
Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik. Kegagalan membawa kepada perasaan
mementingkan diri sendiri.
8. Integriti lawan kekecewaan
65 ke atas
Kejayaan dalam hidup berkeluarga dan kerjaya. Kegagalan membawa kepada kesedihan dan kekecewaan.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.