Ebook Spiritual Marketing (ESM) - 50 Pages PERCUMA
September 27, 2017 | Author: Supersonic | Category: N/A
Short Description
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Keusahawanan Siapa berminat untuk tahu mengapa ramai usahawan baru gagal? Sia...
Description
Ebook Spiritual Marketing My Business My System
Free Report By Supersonic | Inche Hujan
Penulis Ebook Sistem Menjemput Rezeki Ebook 70 Lessons
Disclaimer (Penafian)
Every effort has been made to accurately represent this product and it‟s potential. Even though this industry one of the few where one can write their own check in term of earning, there is no guarantee that you will earn any money using the technique and ideas in these material. Examples in these materials are not to be interpreted as a promise or guarantee of earning. Earning potential is entirely dependent on the person using our product, idea and technique.
We do not purport this as a "get rich scheme". Any claims made of actual earning or example of actual result can be verified upon request. Your level of success in attaining the result claimed in our material depends on time you devote to the program, ideas and technique mentioned your finance, knowledge and various skills. Since these factors differ according to individual, we cannot guarantee your success or income level. Nor are we responsible for any of your actions.
Material on our product and our websites may contain information that includes or is based upon forward-looking statements within the meaning of the Securities Litigation Reform Act of 1995. Forward-looking statement gives our expectation or forecast of future events.
You can identify these statements by the fact that they do not relate strictly to historical or current events. They use words such as 'anticipate', 'estimate', 'expect', 'project', 'intend', 'plan', 'believe', and other words and term of similar meaning in connection with a description of potential earning or financial performance.
Any and all forward looking statement here or on any of our sales material are intended to express our opinion of earning potential. Many factors will be important in determining your actual result and no guarantees are made that you will achieve result similar to ours or anybody else's. In fact, no guarantees are made that you will achieve any result from our ideas and technique in our material.
Hak Cipta Terpelihara
(Sindiket cetak rompak dengan menyebarkan ebook ini tanpa kebenaran penulis, adalah salah dan haram dalam mahkamah dunia dan Akhirat. Ia dilindungi dengan hak cipta terpelihara yang membenarkan ebook ini digunakan untuk bacaan peribadi sahaja.
Isi Kandungan Pembuka Kata Bab 1: Ubah Cara Berfikir Atau Anda Akan Kekal Hidup Miskin Bab 2: Bagaimana Mendapatkan Niat Yang Padu Untuk Berjaya? Bab 3: Teknik Membina Keyakinan Diri (Untuk Hidup Kaya Dan Berjaya) 3.3 - Dress For Success 3.4 - Don‟t Dream But Be It 3.11 - Impak Minda Melalui Repetition – Repetition – Repetition Bab 8: Kes Kajian Perihal Minda Infiniti 8.1 - Meneroka Ruang Minda Infiniti Bab 11: Money Magnet 11.2 - Meditasi Zero Energy 11.5 - Meditasi Victory Thinking Bab 12: 13 Paip Wang 12.8 - Authority Blog Bab 13: Mengapa Masih Gagal? 13.5 - Tidak Sabar Dalam Membina Database 13.6 - Tidak Mempunyai Perancangan Kewangan Yang Jelas 3-5-7-10 Tahun Akan Datang 13.7 - Tidak Ambil Berat Perihal Parameter Perniagaan Bab 14: Database Merupakan Rahsia Sesuatu Bisnes Menjadi Dan Kekal Lama 14.1 - Business Backbone 14.5 - 3 Soalan 1 Jawapan Bab 15: Pesanan Penting 15.3 - Perjalanan 1,000 Langkah Penutup
Pembuka Kata Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah SWT, Dialah Tuhan Sekalian Alam, Tuhan yang mencipta, memelihara, memberi rezeki, memberi perlindungan dan memberi kejayaan kepada manusia yang mempunyai KEINGINAN dan USAHA melalui cara yang betul (halal). Allah SWT juga yang memberi segala nikmat kepada kita, dan dengan sifat kemurahan (AR-RAHMAN) memberi nikmat yang khusus, dengan sifatNya yang penyayang (AR-RAHIM) telah memberi nikmat yang umum kepada semua manusia. Nikmat rezeki yang banyak itu diperolehi oleh mereka yang BERUSAHA SUNGGUH-SUNGGUH tidak kira apa agama, bangsa, keturunan, latar belakang pendidikan dan sebagainya. Man Jadda Wa jadda. Sesungguhnya nikmat yang banyak itu seringkali membuatkan manusia alpa, mungkin kerana ianya percuma, mungkin kerana mata hati tidak terbuka, dan pelbagai lagi kemungkinan-kemungkinan yang lain. Melalui amalan Meditasi Zero Energy yang akan kami kongsikan dalam Ebook Spiritual Marketing ini mudah-mudahan ia menjadi „asbab‟ kita dapat melihat sekian banyak rezeki kurniaan Allah SWT. Selagi kita tidak menghargai, selagi kita tidak mensyukuri nikmat yang ada, selagi tidak berfikir dengan cara yang betul, selagi itu kita akan terpedaya dengan imaginasi palsu ciptaan diri sendiri. Imaginasi palsu negatif yang sering kita ulang-ulang sebut, ulang-ulang fikir bertahun-tahun lamanya secara tidak langsung menjadi doa yang kita lakukan secara berterusan, maka tidak hairanlah kita melihat kehidupan manusia kekal begitu (negatif) dan tidak berubah, malah menjadi semakin teruk dan semakin teruk. Tidak mereka sedar kesilapan diri sendiri (berfikir berulang-ulang) perkara-perkara yang tidak baik, hasil dari perkara ini rungutan demi rungutan (rungutan juga merupakan doa). Semakin banyak mereka berkata, semakin banyak mereka berperspektif, maka semakin banyak mereka menarik perkara negatif tersebut. Syukur kepada Allah SWT yang memberi kita kesedaran, tahniah juga kepada anda yang membuat keputusan untuk memiliki Ebook Spiritual Marketing ini. Kami berpesan kepada anda dan diri kami sendiri agar berterusan (USAHA + DOA) melakukan perkaraperkara yang positif (segala amalan), dengan ini segala yang kita lakukan mudah-mudahan dilipat gandakan ganjaran 10x, 100x, atau sehingga 700x (Bergantung kepada keikhlasan niat). Juga kami berharap segala yang baik, kita kongsikan kepada manusia-manusia lain (pada kadar tertentu) terutama kepada ahli keluarga terdekat (relatives), nescaya sedekah dari segi berkongsi ilmu yang bermanafaat itu merebak keseluruh keluarga dan sehingga akhir hayat mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Melalui kita berterusan memperbaiki diri dalam masa yang sama menyampaikan pengetahuan yang positif, maka positif itu akan berkembang keseluruh alam, maka terjadilah amalan yang tidak putus (viral pahala), berbahagialah mereka yang mempunyai kesedaran membina saham akhirat yang tidak terputus itu disamping membina kehidupan dunia yang kaya-raya seiring dengan keberkatan hidup. Selawat dan Salam kita sampaikan kepada Rasululah SAW, Orang-orang yang benar (Siddiqin), mereka yang berjuang atas urusan keselamatan, ilmu, kenegaraan, etc.. (Syuhada), dan orang-orang soleh (Solihin) sepanjang peradapan manusia sejak dari Adam as sehingga bayi yang terakhir lahir di bumi ini.
Asbab mereka menyebarkan risalah kebaikan dengan kesungguhan dan amanah, sehingga hari ini kita dapat merasai nikmat hidup, nikmat keyakinan (iman) , nikmat sejahtera, nikmat ilmu, nikmat kemanisan amalan dan pelbagai nikmat-nikmat yang lain. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka semua, termasuk ibu-bapa, ibu-bapa kepada ibu bapa kita, guru-guru kita dan mereka, ahli keluarga kita dan mereka, jiran-jiran kita dan mereka, sahabat-sahabat yang mereka sayangi, semua mukminin dan mukminat di seluruh alam. Pesanan kami sebelum memulakan Al-Fatihah hendaklah kita berada dalam keadaan yang tenang, tarik nafas dalam-dalam, tahan seketika, dan hembus dari mulut secara perlahan, lakukan sebanyak 3x-7x atau sehingga kita berada dalam Zone Ketenangan Tinggi. Al-fatihah ini juga bertujuan membuka minda + hati, sudah lama kita tahu tetapi kita tidak pernah lakukan dengan tenang, dengan tertib, dengan adab-adab yang sepatutnya, selama ini kita hanya lakukan amalan Al-Fatihah itu sepintas lalu sahaja. Adakalanya ini mungkin asbab kita masih tidak mencapai Zon Kejayaan yang tinggi dalam hidup. Marilah kita berdoa agar pada kali ini supaya dapat membaca Al-Fatihah dengan tenang, dalam keadaan diri tenang, mudahmudahan amalan ini menjadi satu asbab kita dapat faham ilmu yang kami kongsikan, asbab kita merasa ringan untuk amalkan, asbab kita dapat amalkan dengan cara terbaik (tepat dan professional), seiring dengan kesungguhan usaha dan doa yang berterusan. Berbahagialah manusia itu apabila mempunyai point permulaan yang berkat, ia menjadi asbab seluruh kehidupan mereka berubah sama sekali, sedikit keberkatan menarik kepada keberkatan-keberkatan yang lain, semakin banyak, semakin banyak, dan semakin banyak keberkatan dalam hidup. Pesanan kami, bukan pada ketika anda membaca Ebook Spiritual Marketing ini sahaja, iaitu membaca Al-Fatihah dengan tenang, tetapi pada mana-mana majlis ilmu yang kita hadiri pada masa akan datang juga. Dengan sangkaan apabila kita melakukan amalan secara yang terbaik, ia menjadi asbab kita dapat hasil yang terbaik. (Bacalah AL-Fatihah). Sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih, segala yang baik itu dari Allah SWT, segala yang tidak baik juga dari Allah SWT (asbab tangan (kelemahan) diri sendiri) agar kita sedar pentingnya sentiasa hidup dalam kebaikan. Segala kebaikan dan keberkatan yang datang itu adalah dari kasih sayangNya. Segala ujian itu juga adalah kasih sayangNya juga, agar manusia sedar mereka telah melakukan kesilapan, perlu kembali menjadi baik, supaya tidak terlambat sehingga masa akhir telah tiba. Kembali diri kita kepada fitrah, sebelum diri kita pulang bertemu dengan Tuhan sekalian alam. Marilah kita berazam supaya menjalani kehidupan yang penuh makna melalui memberi dan menerima serta menggunakan rezeki wang, kebahagiaan, kesihatan, keberkatan hidup dengan baik, apalah erti hidup jika tidak memberi, sesungguhnya memberi itu membawa kepada kesedaran hidup yang tinggi. Oleh itu marilah kita ambil mutiara-mutiara yang terkandung dalam Ebook Spiritual Marketing ini, amalkan perkara yang baik agar kehidupan kita mendapat REDHA dari Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya orang yang banyak memberi manafaat kepada manusia itu adalah orang yang berjaya, bukan sahaja di akhirat bahkan di dunia ini lagi mereka „telah‟ mendapat kejayaan. Sudahkah anda bersedia? Mari kita mulakan perjalanan yang menarik ini……
BAB 1: Ubah Cara Berfikir Atau Anda Akan Kekal Hidup Miskin
Bab 1: Ubah Cara Berfikir Atau Anda Akan Kekal Hidup Miskin
Jika mempunyai keyakinan yang padu, kehidupan akan berubah selama-lamanya. Adakah anda ingin tahu mengapa ada manusia yang “nak jadi kaya” sudah lama, sudah berusaha macam-macam perkara, selama tertahun-tahun lamanya, tetapi masih belum menjadi kaya? Jawapannya ialah…………………………. „Cara Berfikir‟. Ya, cara berfikir, sesungguhnya fikiran itu mempunyai frequency yang tertentu, dan semakin lama mereka “kekal berfikir” seperti itu, semakin kuat pula gelombang yang dipancarkan. Mereka akan kekal begitu selama-lamanya. Tahukah anda, mereka sentiasa berfikir “Aku belum kaya, aku nak jadi kaya”. Selama bertahun-tahun mereka KEKAL berfikir begini, secara tidak langsung fikir itu doa, dan mereka berdoa „aku belum kaya‟ dan „aku ingin mencari kekayaan‟. Mereka rasa, mereka fikir, mereka berdoa tanpa mereka sedar („aku belum kaya‟). Jika mereka kekal berfikir „aku ingin‟, mereka akan kekal dalam zone „AKU INGIN‟ selama-lamanya. Jangan hairan mengapa setelah bertahun-tahun mereka masih berpusing-pusing mengejar kekayaan, dan akan terus menerus mengejar kekayaan untuk kemungkinan 10 tahun, 30 tahun, 50 tahun, atau sehingga 70 tahun lagi. Alangkah baiknya mereka ambil inisiatif belajar sedikit cara berfikir. Alangkah baiknya jika mereka berfikir “AKU KAYA, KEKAYAAN AKU MENINGKAT SETIAP HARI”… “SETIAP APA YANG AKU LAKUKAN ADALAH UNTUK MENAMBAH KEKAYAAN SEDIA ADA”. Hasilnya frequency kekayaan itu akan meningkat setiap hari. Ya, walaupun anda mempunyai RM10 sahaja, walaupun anda berhutang keliling pinggang, anda WAJIB (hukum bisnes) berfikir “AKU KAYA”…. Dan “Segala Apa Yang Aku Buat Adalah Untuk Menambah Kekayaan”…. Tahukah anda apabila anda tukar cara berfikir, anda telah mula menukar dan memancarkan aura kekayaan, semakin lama, semakin kuat, semakin besar, maka berlakulah perkataan „Dunia Dalaman Membentuk Dunia Luaran‟ .
Ya, itulah masalah utama. Mereka kekal fikir begitu. Dan hidup mereka „akan‟ kekal begitu. Jika mereka tahu, mereka akan tukar kepada cara berfikir yang lebih positif (anda mesti tukar pemikiran daripada “Aku nak jadi kaya” kepada “Aku kaya”). Mereka akan kekal dengan cara berfikir yang positif itu. Hasilnya ialah kehidupan mereka akan kekal menjadi positif selama-lamanya.
Fahamilah „Bab 1‟ ini sedalam-dalamnya sebelum memulakaan bacaan berikutnya.
Case Sturdy: Cara Berfikir Kes 1: Saving 10% Ada seorang kawan yang berusaha menyimpan 10% setiap pendapatan, tetapi setelah berbulan-bulan menyimpan, ada sahaja alasan yang menyebabkan dia perlu mengeluarkan keseluruhan wang simpanan itu semula. Beberapa bulan menyimpan, wang itu lenyap semula. Sehinggalah suatu masa kami melakukan kajian terhadap cara beliau berfikir. Rupa-rupanya beliau masih kekal berperang (fight) dengan diri sendiri "Aku perlu menyimpan 10% kerana ianya penting". Tahukah anda, selagi beliau fight masalah tidak akan settle, dan beliau akan kekal fight selama-lamanya. Selagi beliau tidak tukar corak berfikir, selagi itu akan kekal begitu. Oleh itu, kami sarankan beliau berfikir, "Saya boleh menyimpan 10% dengan mudah”. Kami juga mencadangkan pemikiran seperti “Wang yang ada ini (saving 10%) sentiasa bertambah, dan terus bertambah setiap hari (day by day)". Masalah dia ialah bukan tak mampu menyimpan 10%, tetapi cara berfikir. Dia berfikir "Aku tidak mampu saving 10%". “Aku sedang berusaha untuk saving 10%”. Bila dia fikir macam itu, dia akan kekal „berusaha‟ macam itu selama-lamanya. Dia sepatutnya berfikir,
"I'M Genious Money Manager". "Saya Boleh Menyimpan (saving 10%) Dengan Mudah".
Bila dia berfikir dengan cara itu, perkara itulah yang akan berkembang. Bila dia fight untuk saving 10%, dia akan kekal fight untuk selamalamanya. Oleh itu lupakan semua kesilapan, dan berfikirlah "Saya boleh menyimpan 10% dengan mudah”. Bila dia kekal dengan perkara positif ini, dia akan kekal dengan perkara positif ini selama-lamanya. Oleh itu jangan langsung sebut, tulis, fikir perkataan yang lama (negatif). Bila kekal dengan perkataan yang lama seperti, “Aku tidak mampu saving 10%”, “Aku masih mencuba saving 10%”, “Aku mesti berdisiplin saving 10%”. Dia akan kekal begitu selama-lamanya. Oleh itu, apabila cara berfikir berubah, kehidupan akan berubah selama-lamanya. Kes 2: Pemikiran “Aku Nak Jadi Kaya” vs “Aku Kaya”. Pemikiran begini juga sama, jika beliau kekal berfikir “Aku belum kaya”, “Aku nak jadi kaya”, “Aku perlu berusaha untuk menjadi kaya”. Selagi beliau tidak menukar corak berfikir, beliau akan kekal begitu selama-lamanya. (Iaitu tidak akan jadi kaya sampai bila-bila). Oleh itu kami cadangkan supaya beliau menukar corak berfikir kepada.
"Aku Kaya”. “Setiap apa yang aku lakukan sekarang adalah untuk menambah kekayaan sedia ada”.
Walaupun anda belum kaya, anda mesti berfikir “Aku Kaya” (baca: “Aku Telah Kaya”). Kerana fikir merupakan doa, apabila anda berterusan berdoa (berfikir) begitu (“Aku Kaya”), kehidupan anda akan berubah selama-lamanya. Fahamilah perkara ini (Cara berfikir) sedalam-dalamnya.
BAB 2: Bagaimana Mendapatkan Niat Yang Padu Untuk Berjaya
Bab 2: Bagaimana Mendapatkan Niat Yang Padu Untuk Berjaya?
Gambarajah: Kes Kajian - Bagaimana Mendapat Niat Yang Padu Dipetik daripada Case Sturdy Ebook 70 Lessons. Semua orang inginkan kekayaan. Tetapi mengapa mereka ingin jadi kaya? Apabila soalan ditanya, mereka menjawap begini, begini, begini, dan begini. (Segala sebab adalah tidak kuat, tidak padu, tiada tenaga, tiada kesungguhan, sangat lemah). Selepas 3 tahun. Kita tanya lagi soalan yang sama, “Mengapa saudara ingin jadi kaya?”. Sekali lagi mereka akan menjawap lebih kurang maksud yang sama, “Nak sedekah”, “Pergi umrah”, “Bantu orang miskin”. Alasan yang samar-samar dan tidak kuat. Dengan niat yang „tidak jelas‟ begini, tidak hairanlah mereka kekal hidup miskin, dan kekal begitu. Jika kita lihat sikap (momentum melakukan kerja) mereka pula, seolah-olah bertentangan dengan mulut mereka.
Mulut kata: “Aku nak jadi kaya”. Hati: Apabila ada halangan akan mengeluh, putus asa dan sebagainya. Tindakan: Malas menuntut ilmu, malas membuat uji-kaji, malas bertanya, malas berusaha dan doa. Minda: Nak cepat jadi kaya, kalau boleh next 3 bulan dah dapat RM1 Juta, bila ada halangan beri 101 alasan.
Inilah keadaan ramai orang pada hari ini, maka tidak hairanlah, mereka kekal hidup miskin, kekal hidup menderita, kekal memberi alasan, dan kekal dengan segala pemikiran negatif, Manakala orang yang berjaya, mereka juga berkata „aku inginkan kekayaan‟, mereka juga menghadapi perasaan takut rugi, takut risiko, tetapi mereka bangkit melawan perasaan itu, mereka habiskan duit untuk belajar, mereka habiskan masa untuk membuat uji-kaji, mereka gagal, mereka putus asa, kemudian mereka bangkit kembali, mereka melawan emosi negatif, mereka gagal lagi, mereka lawan, mereka lawan, mereka lawan, dengan harapan suatu hari nanti mereka akan berjaya. Ada yang telah berjaya apabila mempunyai ILMU + MENTOR + SISTEM, ada pula yang masih berjuang, dan terus berjuang, untuk menjadi kaya-raya. Persoalan penting, mengapa mereka terus berjuang, dan terus berjuang? Ini adalah kerana dalam hati yang paling dalam, mereka sangat yakin, dan ada suara hati yang sentiasa beribisk, “Suatu hari nanti aku pasti berjaya”. Oleh itu mereka berjuang dan terus berjuang, kerana mereka tahu, kerana mereka faham, kerana mereka yakin, suatu hari nanti impian untuk hidup kaya-raya pasti akan diperoleh. Jika mereka berputus asa, segalanya akan terhenti. Oleh itu mereka berterusan, bermati-matian, cuba, cuba, cuba dan terus mencuba. Anda sendiri teka dengan kecekalan hati, dengan berfikir positif, dengan tindakan bersungguh-sungguh, dengan doa, adakah mereka akan berjaya? Daripada gambar di atas, En. Danial telah mendapat niat yang cukup jelas, mengapa beliau mesti hidup kaya.
Lain orang lain niat, lain orang lain reason (alasan) mengapa perlu hidup kaya, ini bergantung kepada faktor pendidikan, keluarga, pengalaman, latar belakang, persekitaran dan sebagainya.
Perhatikan Masa, „selepas menulis‟ 70 sebab, masih tidak ada apa-apa yang berlaku. Perhatikan „Ilham datang pada malam hari‟. Perhatikan „Kesan‟ selepas mendapat niat yang padu. (Bersyukur, Menangis, Bertenaga).
Soalan: Adakah anda pernah menghadapi keadaan seperti En. Danial? (Tidak mempunyai sebab yang kuat untuk hidup kaya-raya). Kami sarankan anda juga melakukan perkara yang sama. (Menulis 70 sebab dan cari apakah sebab yang paling kuat).
Q: Persoalan penting, selepas mendapat niat yang padu apa yang perlu dilakukan? A: Cari Idea (Business) Marketing (Database) Soft Selling Wang Investment Financial Freedom
*Perkara ini akan dibincangkan lebih mendalam pada topik-topik akan datang. Pada kesempatan ini kami berharap anda faham dua perkara seperti di bawah:Perkara #1 Jika anda kekal berfikir „Aku nak jadi kaya‟ = Anda akan kekal hidup miskin. (Akan kekal „nak‟ selama-lamanya). Jika anda kekal berfikir „Aku kaya‟ = Anda telah mula memancarkan gelombang-gelombang kekayaan. Perkara #2 Anda mesti mempunyai niat yang padu, yang mampu mengeluarkan tenaga seperti keadaan En. Danial. Selepas itu dapatkan satu lagi niat yang padu, “Mengapa saya perlu ada aset RM7 Juta”.
Gambarajah di atas pula bermaksud, untuk menjadi kaya seseorang perlu melalui zaman-zaman kesusahan selama beberapa tahun, rahsia untuk lepas dari „zaman kesusahan‟ adalah ILMU + MENTOR + SYSTEM. Banyak orang gagal kerana bodoh sombong, suka ikut kepala otak sendiri, berlagak pandai, main redah buat perniagaan ikut sesuka hati. Apa yang penting anda tidak sombong, teruskan sikap rendah diri dan berterusan belajar. Setelah anda „selesai menulis‟, beri ruang (beberapa ketika) untuk minda memahami segala sebab „mengapa‟ perlu jadi kaya.
BAB 3: Teknik Membina Keyakinan Diri (Untuk Hidup Kaya Dan Berjaya)
Bab 3: Teknik Membina Keyakinan Diri (Untuk Hidup Kaya Dan Berjaya) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.
xxx xxx Dress For Success xxx Don‟t Dream But Be It xxx xxx xxx xxx xxx Impak Minda Melalui Repitition – Repitition – Repitition
Pada Ketika Anda Hilang Keyakinan Diri
Lakukan Solat Taubat 2 Rakaat Lakukan Meditasi Selama 20 Minit Kemudian Susun Semula Kerja (Bisnes) Secara Sistematik
3.3: Dress For Success Pernahkah anda mendengar perkataan “Beli baju dan barang yang mahal adalah membazir” sebelum ini? Fikir dan fikirkan semula. Perhatikan gaya hidup mereka yang sering berkata begitu. Adakah positif? Adakah berjaya? Adakah kaya? Atau mereka sering merungut, sering berkata negatif, bertahun-tahun sikap dan kehidupan mereka kekal begitu. Satu lagi faktor besar kejayaan adalah pakaian, cara kita berpakaian. Jangan ambil mudah perihal pakaian, jangan sesekali memakai pakaian yang biasa-biasa. Anda mesti pakai pakaian yang berkualiti dan mahal sepanjang masa. Adakah terdapat perbezaan ketika anda memakai pakaian yang cantik, mahal, berkualiti dengan pakaian biasa-biasa?
Bagaimana dengan perbezaan emosi? Bagaimana dengan perbezaan keyakinan diri?
Perkara yang tidak diambil berat oleh orang yang belum berjaya ialah cara berpakaian, mungkin mereka terlepas pandang, mungkin kerana mereka tidak tahu, mungkin merasakan ia (pakaian berkualiti dan mahal) tidak penting. Ya, kami faham, pakaian yang mahal itu harganya mahal, ini faktor utama mengapa ramai yang berpakaian biasa-biasa sahaja. Kami ingin anda fikirkan semula faktor berikut,
Dunia dalaman, perasaan anda ketika memakai pakaian yang mahal dan berkualiti. Tahap keyakinan, perasaan yang anda rasa ketika memakai pakaian itu. Tahap semangat ketika berbual dengan teman-teman.
Bukankah ianya sesuatu yang hebat, menarik, dan apa yang pasti ialah ia „memberi rasa‟ kepada seluruh kulit anda sesuatu yang berharga, mahal, dan berkualiti. Seluruh kulit anda mempunyai deria rasa, dan ia akan rekod rasa kualiti, hebat, bersemangat itu, selama-lamanya. Pastinya ini, memberi impact kedalam minda anda, tahap keyakinan, anda mula selesa dengan kualiti, anda gembira dengan kualiti, anda suka dengan perasaan yang hebat itu. Anda tidak lagi memikirkan sesuatu yang remeh-temeh, sesuatu yang negatif. Ketika anda mula memakai pakaian yang mahal dan berkualiti, cara berfikir, perasaan, dan internal dialogue anda akan mula menjadi lebih berkualiti juga. Seterusnya segala kelakuaan anda, cara kerja anda, cara berfikir anda, segalanya berkualiti. Hasil dari segala tindakan (cara kerja), fikir, cakap, rasa yang berkualiti ini ialah pendapatan yang lumayan. Bermula hari ini:1. Pastikan anda ada sepasang pakaian yang berkualiti, kemudian tambah dari masa ke masa. 2. Buat survey pakaian-pakaian yang mahal untuk anda beli lagi pada masa hadapan. 3. Berterusan dengan pakaian yang berkualiti. Ketika kerja, bersukan, majlis, dan sebagainya. Lama-kelamaan anda akan terkejut, segala pakaian kualiti ini, menghasilkan diri yang berkualiti, dan seluruh hidup yang berkualiti. Adalah hebat melalui 50 tahun akan datang dalam keadaan, success, kaya, dan segala yang terbaik.
3.5: Don’t Dream but Be It Tujuan anda memiliki Ebook Spiritual Marketing ini antaranya ialah supaya mencapai lebih dari segi kewangan, dan kami pula bercerita perihal body language, pakaian, motivate people, meditasi dan sebagainya. Mengapa kami ceritakan perkara ini terlebih dahulu kemudian barulah berkaitan teknikal marketing? Tahukah anda 10% manusia memegang 90% kekayaan di seluruh dunia, dan 10% kekayaan dikongsi oleh 90% manusia. Kami juga pasti anda melihat begitu sedikit orang yang berjaya, dan ramai orang masih bergelut dengan kewangan dan berusaha malam dan siang untuk hidup. Kami pasti anda pernah melihat, ramai orang belajar dari banyak guru, mentor, buku, seminar dan sebagainya berkaitan teknikal marketing, perniagaan, kewangan dan pelbagai perkara lagi untuk merubah hidup menjadi lebih baik. Setelah bertahun-tahun, seperti biasa sedikit dari mereka yang berjaya, dan selebihnya masih lagi berusaha mencapai matlamat. Dan ada juga dari kawan-kawan kita 90% darinya berimpian ingin kehidupan yang kaya raya, bebas kewangan, setelah bertahuntahun apa yang kita lihat mereka masih lagi berusaha dan belum mencapai financial freedom.
Mengapa ini berlaku? Dimanakah missing chapter?
Dalam kajian yang kami lakukan, menjadi kaya adalah berkaitan “state of mind” atau kondisi pemikiran. Ramai manusia terlepas pandang berkaitan perkara yang tidak nampak (dunia dalaman), dan berterusan fokus kepada teknikal perniagaan (dunia luaran).
Kita lihat ada orang buat sedikit dapat banyak. Kita lihat ada orang buat banyak dapat sedikit. Kita lihat ada orang bertahun-tahun buat tetapi masih tiada hasil.
Q: Mengapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa ini berlaku? A: Ini adalah kerana mereka hanya berimpian dan harap suatu hari nanti akan hidup berjaya, dalam masa yang sama mereka bertumpu kepada teknikal perniagaan semata-mata (dunia luaran).
Tahukah Anda Faktor Kejayaan 90% (Dalaman) + 10% Teknikal (Luaran). Tahukah Anda Faktor Kegagalan Tumpuan 90% (Luaran) + 10% Minda “Wishfull Thinking” (Dalaman).
Begitulah juga apa yang berlaku, apabila kebanyakan manusia telah berjaya tetapi jatuh, kemudian berjaya balik kemudian jatuh, dan perkara ini berulang-ulang. Sampai satu tahap baru mereka sedar (faktor pengalaman) dari segala keadaan ini (dunia dalaman) amat penting seperti pemikiran positif, perasaan positif, dan sikap yang positif. Setelah mereka memberi tumpuan kepada dunia dalaman, barulah hidup mereka konsisten, tidak terburu-buru, dan sentiasa berfikir panjang. Diharap anda sedar dari sekarang betapa pentingnya dunia dalaman, dan beri perhatian lebih kepada membina dunia dalaman melalui sentiasa mengkaji, tambah ilmu, seminar, buku dan sebagainya.
Pernahkah anda perhatikan satu orang yang ingin belajar berniaga dengan orang yang telah tua, dan orang yang tua itu sering berpesan berkaitan “falsafah”. Mereka akan cerita begini, begini, begini, (90% internal), dan last sekali amat sedikit (10%) barulah mereka berkongsi berkaitan teknikal perniagaan. Maksud dari segala ini adalah anda jangan lagi „hanya berimpian‟ untuk menjadi seorang yang berjaya, dengan belajar segala teknikal, buat projek itu, projek ini semata-mata, dengan harapan anda akan hidup berjaya pada satu hari nanti. Pesanan kami adalah anda MESTI jadi orang yang berjaya SEKARANG juga, iaitu ber-personality seperti orang yang berjaya berkaitan pemikiran (mind), keinginan (heart), sikap (tingkah laku) seperti orang yang berjaya. Anda mesti berkeadaan seperti orang yang telah berjaya terlebih dahulu, dan buat segala „projek/ kerja‟ tidak kira apa sahaja seperti orang yang telah berjaya (dengan sikap (fikiran + hati + tindakan) seolah-olah anda telah berjaya). Apabila anda kekal dengan sikap seperti orang yang telah berjaya, walaupun anda belum berjaya, anda tetap berfikir, berkeyakinan, dan bertindak seperti orang yang telah berjaya. Anda pasti akan mendapat kejayaan dan kekayaan. Kejayaan itu akan mula nampak sedikit demi sedikit (walau bukan dalam jangka masa singkat), dan seterusnya segala itu (kejayaan dan kekayaan) akan berkembang, berkembang, dan terus berkembang. Ingat ya, segala mind (minda) + heart (hati) + action (tindakan) = Doa. Jika anda berterusan berkeadaan seperti orang yang telah berjaya, anda pasti akan berjaya. (Kerana dalam kata lain anda sedang berterusan berdoa untuk mendapat kekayaan dan kejayaan secara berterusan). Tetapi jika mind (minda) + heart (keyakinan) + action (buat kerja) segala ini anda iring dengan „harapan suatu hari nanti‟ anda akan hidup berjaya, anda akan terperangkap dengan „harapan‟ itu untuk selama-lamanya. Amat malang untuk habiskan hidup selama 50 tahun lagi dengan „harapan‟ (dream) untuk jadi kaya semata-mata. Bukankah best jika anda „switching‟ (menukar) sedikit minda anda dengan menyatakan “Aku Seorang Yang Kaya & Berjaya”…. Inilah yang dipanggil 90% dunia dalaman dan 10% dunia luaran (kerja/ bisnes)… Latihan ringkas, Keadaan 1:
Anggap diri anda sebagai Orang Biasa Tulis di facebook 300 patah perkataan berkaitan pengalaman hidup.
Keadaan 2:
Anggap diri anda sebagai Orang Berjaya Tulis di facebook perkara yang sama (Pengalaman hidup).
Hasil yang anda dapat lihat ialah „emosi‟ daripada karangan tersebut dan ayat (idea) yang ditulis amat berlainan sama sekali. Begitu juga untuk hidup kaya + berjaya, don‟t dream it (jangan hanya berharap), but be it (jadilah orang itu sekarang juga).
3.11: Impak Minda Melalui Repitition – Repitition – Repitition Bicara yang sangat memberi inspirasi ini mendapat sebanyak 2,651,921 penonton di Youtube.com. Apakah rahsia Dr. Ivan Joseph mencapai kejayaan yang luar biasa dalam kehidupan dan kerjaya?
Gambarajah: The Skill Of Self Confidence - Dr. Ivan Joseph. Ted.com Renungkan persoalan di bawah, Q: Apakah rahsia membina keyakinan diri? A: Repetition, repetition, repetition… Renungkan juga persoalan di bawah, Adakah anda berminat membina aset sehingga RM7 Juta? Adakah anda berminat membina empayar perniagaan berjumlah RM70k sebulan? Kata pepatah, “Anda perlu menjadi orang yang berjaya dahulu, sebelum anda akan menjadi orang yang berjaya”…. Antara cara yang dicadangkan oleh pakar sains kejayaan ialah “perubahan fisiologi”….
Apabila tindakan (action/ body language) berubah Emosi (perasaan/ tahap keyakinan) akan berubah.
Bayangkan begini, anda telah mempunyai aset bernilai RM7 juta serta perniagaan berjumlah RM70k sebulan, anda dijemput untuk memberi nasihat dan pandangan perihal dunia perniagaan. Apakah yang anda akan kongsikan kepada mereka? Latihan yang sangat menarik, 1. Tulis karangan sebanyak 25 muka surat. 2. Print out dan letak dalam file kemas-kemas. 3. Berdiri dihadapan cermin yang besar dengan pakaian kemas. 4. Dan bercakap seolah-olah anda berada di hadapan 3,000 orang ahli perniagaan. Kaedah ini mungkin nampak seperti orang gila dan tidak masuk akal, tetapi tahukah anda Dr. Ivan Joseph seperti di atas telah mendapat kejayaan yang luar biasa. Rahsianya ialah dia berlatih, berlatih, berlatih di hadapan cermin berulang-ulang kali. Ini adalah kaedah sains kejayaan, semakin banyak anda lakukan, semakin kuat keyakinan diri dan tarikan kejayaan.
BAB 8: Kajian Kes Meneroka Ruang Minda Infiniti
Bab 8: Kes Kajian Perihal Minda Infiniti
8.1 – Meneroka Ruang Minda Infiniti
Untuk Bahagian Ini Sila Lihat Pada Bog ESM…
BAB 11: Money Magnet
MONEY MAGNET 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.
xxx Meditasi – ZERO Energy xxx Meditasi – Victory Thinking xxx xxx xxx xxx xxx xxx xxx xxx xxx
Pada Ketika Anda Merasakan Seluruh Dunia Tidak Menolong Dalam Kerja (Perniagaan)
Lakukan Solat Taubat 2 Rakaat Lakukan Meditasi Selama 20 Minit Kemudian Susun Semula Kerja (Bisnes) Secara Sistematik
11.2: Meditasi – ZERO Energy Ketika medan seseorang mencapai keadaan getaran yang lebih tinggi, ia tidak lagi mengalami keadaan material seperti keadaan raga dan ego, atau dunia fizikal. Ia mengalami keadaan "mengetahui", maklumat yang lebih tinggi, gagasan yang melampaui kebiasaan, wawasan mengenai sumber kenyataan paling tinggi dan kreativiti dalam bentuk yang murni. Fikirannya lebih bersifat mulia, tajam dan global (universal). -Dr. Valerie Hunt Kami telah berkongsi perihal bisnes, dan amalan-amalan spiritual. Anda pula telah lama melakukan bisness dan investment, Setelah lama masa berlalu, boleh kami bertanya bilakah masanya anda benar-benar berada dalam keadaan rehat dan tenang? Ketika tidur malam? Hari Minggu? Ketika bercuti? Adakah anda benar-benar berehat? Bilakah masanya anda benar-benar merehatkan diri? Maksud kami ialah rehat yang berkualiti dari segi minda, jiwa, dan keseluruhan badan (fizikal). Adakah anda mahu berehat, benar-benar berehat setelah lama kita menjalani kehidupan ini mungkin umur kita telah menjejak 20 tahun atau 30 tahun atau 40 tahun bahkan 50 tahun sekalipun. Mahukah anda merehatkan minda, merehatkan jiwa, merehatkan kepala, merehatkan mata, leher, mulut, telinga, bahu, tangan, dada, perut, bahagian bawah perut, peha, kaki, jari-jari, dan seluruh sel-sel kulit?
10 Kelebihan Meditasi
Stress Relife Offers Greater Contentment With Life
Gives You Greater Clarity Of Thought
Better Sleep
Improves Your Outlook On Life
10 Benefits of Meditation
Helps You Focus On The Present Moment
Gives You A Sense of Purpose
Improves Focus And Alertness
Enhances Relationship Increases Happiness
Gambarajah: Kajian Oleh Worldlifestyle
Untuk ini kami mencadangkan anda melakukan Meditasi – Zero Energy. 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Duduk bersila, luruskan tulang belakang. (Sebaiknya selepas solat sunat 2 rakaat, dalam keadaan bersih). Tutup mulut, bernafas melalui hidung sahaja secara tenang. (Tidak perlu control pernafasan). Pejam mata, kosongkan fikiran, (Berehat, anda tidak perlu memikirkan apa-apa). Sebut hanya 1 perkataan berulang kali “tenang, tenang, tenang”. (Boleh juga berzikir). Lakukan seminggu atau sebulan 1x. selama 20 minit setiap sesi. Sehingga anda dapat merasai perubahan diri, selepas itu terus beralih kepada Meditasi – Smile Energy.
Selama ini kita telah banyak melakukan kerja, sejak dari kecil kita bersekolah tanpa henti, dengan fikiran bila dah besar akan hidup senang, selepas itu sambung diperingkat yang lebih tinggi, dengan fikiran hidup akan senang, selepas itu kita bekerja dengan impian untuk hidup senang, selepas itu berniaga bagi memperoleh lebih wang, dengan fikiran untuk dapat hidup senang, tenang, bahagia. Malam dan siang kita berusaha berpuluh-puluh tahun lamanya, dan kita ada planning untuk bekerja / berniaga / buat investment berpuluh-puluh tahun lagi. Ada yang berjaya, ada yang masih terkandas, dan ada pula mendapat kehidupan blessing, ada pula yang menjadi semakin rakus dalam hidup. 1 tahun 365 hari, 10 tahun 3,650 hari, 20 tahun 7,300 hari, 30 tahun 10,950 hari, 50 tahun 18,250 hari, 90 tahun 32,850 hari telah berlalu dan akan berlalu. Malam dan siang silih berganti, sedar-sedar umur anda sudah mencecah ‟60-70‟ tahun. Soalan penting yang kami ingin tanyakan ialah, bilakah masanya kita benar-benar berehat? Semasa solat 5 waktu? Adakah kita mendapat khusyuk yang sebenar-benarnya? Amat jarang bukan? Oleh itu kami cadangkan Meditasi – Zero Energy (rehatkan seluruh badan dan kosongkan minda), ambil sedikit masa (20 minit sahaja), bertenang dan berehat dengan sebenar-benarnya. Mahaguru kura-kura di dalam cerita Kungfu Panda 1 berkata, “Apabila air tenang, kita akan melihat JELAS pada permukaan air”. Di mana apabila kita melatih diri bertenang dengan kerap kita kosongkan minda, kita akan melihat dengan jelas selama ini perihal.
Apa perkara yang telah kita lakukan. (Masa Lepas) Apa perkara yang kita lakukan sekarang. (Masa Sekarang) Adakah perkara ini berteraskan ilmu kewangan (Kumpul Modal (Bisnes) > Investment > Financial Freedom)
Atau selama ini kita hanya kayuh tanpa ilmu? Kata bijaksana, “Apa yang paling ditakuti ialah manusia itu tidak berilmu, tetapi dia berperasaan mempunyai ilmu (illusi sahaja), dan dia meneruskan kesilapan aktiviti (bisnes) itu bertahun-tahun lamanya”. Pastikan setelah melakukan Meditasi ZE ini anda dapat melihat dengan sejelas-jelasnya perihal target perniagaan 3-5-7-10 tahun akan datang. 5 perkara yang penting ini perlu diberi perhatian. 1. 2. 3. 4. 5.
Adakah anda berterusan (setiap hari) melakukan pemasaran (marketing) dengan sempurna? Adakah anda fokus kepada penambahan database pelanggan daripada 3k > 5k > 7k > 15k > seterusnya? Adakah anda fokus kepada penambahan database agent daripada 3 orang > 5 orang > 10 > 30 > 50? Adakah anda mempunyai produk-produk atau perkhidmatan (service) yang berkualiti. Adakah anda mempunyai ilmu Psikologi Menjual (Soft selling) yang benar-benar tajam? (Brian Tracy).
Atau selama ini anda hanya kayuh ikut sesuka hati? Tiada perancangan yang kemas dan sistematik, tiada DATA atas kertas, tidak menulis pada „whiteboard‟ target jualan bulan ini xx unit, tiga bulan lepas xx unit, dan target seterusnya xx unit.
Bahagian R&D dalam management adalah sangat penting, perlu dilakukan dengan kemas dan betul-betul sistematik. Dengan ini barulah kita layak mendapat jualan yang besar atau wang yang banyak mengalir masuk kedalam akaun ATM. Ketenangan pemikiran, ketenangan jiwa, pemikiran yang jelas, nampak keseluruhan proses kejayaan (bisnes > investment > financial freedom) serta nampak dengan jelas proses demi proses, dari segi pelaburan masa dan kewangan adalah sangat penting dalam urusan bisnes dan kehidupan. Adalah diharapkan selepas ini kita tidak lagi menjadi manusia yang buta mata hati, buta peluang, buta ruang, buta segala aktiviti perniagaan dan pelaburan.
Wang suka kepada orang yang tenang. Wang suka kepada orang yang nampak dengan jelas. Wang suka kepada orang yang tahu money manager. Wang suka kepada orang yang ada ilmu investment. Wang suka kepada orang yang sering bersedekah. Wang suka kepada orang yang menghargainya dengan melakukan perkara yang baik sahaja. Wang suka kepada orang yang sering bercuti, meraikan kejayaan (celebrate) dan berterusan tambah ilmu. Wang suka kepada orang yang ada banyak kawan-kawan positif, ada ilmu kewangan, sering berbincang perihal wang, mendapatkan lebih banyak wang, (Jumpa orang dari seminar > berkawan > berkongsi idea > buat lebih banyak wang > sedekah > beli pakaian yang mahal-mahal > rumah yang mahal-mahal > kenderaan yang mahal-mahal (tanda bersyukur) > dalam masa yang sama menolong lebih banyak orang lain serta tambah nilai dalam hidup.
Jika ada masih lagi tidak nampak dengan jelas impian hidup, bagaimana mendapatkan kekayaan wang dan kekayaan jiwa, kami cadangkan anda berhenti melakukan bisnes. Option 1: Cari ilmu sehingga anda nampak jelas, Option 2: Dapatkan mentor yang boleh tunjuk jalan. (Anda sendiri perlu berjalan / melakukan tidakan).
Mendapatkan ketenangan tanpa syarat. Mendapatkan kekayaan dengan mudah (dengan syarat ilmu). Membina paip wang, dan membina lebih banyak paip wang (Baca semua buku Robert. T. Kiyosaki) Menjalani kehidupan dengan tenang, kaya, blessing, dan menjadi baik dari hari ke hari.
Adalah sesuatu yang bagus dalam kehidupan yang terlalu singkat ini kita dapat lifestyle yang menarik beserta blessing. Jangan bazirkan terlalu banyak masa berperang dengan kegagalan dan melakukan bisnes atau pelaburan tanpa ilmu. Release Meditation Technique - Instruction by Founder Brendon
http://www.youtube.com/watch?v=v2mY36Ho1Sk
Dalam hidup kita mesti bertenang, dan mesti mendapat ketenangan yang tinggi. Asbab meditasi (latihan ketenangan) yang anda lakukan setiap hari akan menjadikan MIND + BODY + SPIRIT (Dalaman) anda betul-betul bertenang. Pada ketika anda mendapat ketenangan itulah, anda akan faham di mana ketenangan fikiran adalah sangat-sangat-sangat penting dalam hidup. Pada masa itu perspektif anda akan berubah sama sekali dan lebih jelas perihal kehidupan dan kerjaya. Baca semula apa yang dikongsikan oleh Dr. Valerie Hunt dan 10 Kelebihan Meditasi, kajian oleh Worldlifestyle. Lakukan Meditasi ZE. Dapatkan Ketenangan Tinggi. Hiduplah Dengan Sesungguhnya. Its Amazing Life!
11.4: MONEY MAGNET – Meditasi Victory Thinking Melihat nikmat yang telah berlaku (kerana ia mempunyai rasa), sebuah perkongsian di Blog SMR … … terbukti berkesan dengan izin Tuhan. Allah Ta‟ala ada khazanah. “Dalam khazanah (gudang / tempat simpanan) itu ada macam-macam benda. Termasuk harta kekayaan, kesihatan, ketenangan fikiran, kebahagiaan hati, ilmu, dan macam-macam lagi.” Disebabkan kita orang yang melakukan bisnes, kita cerita fasal bisnes. Kita mulai,
“Untuk jadi kaya, you kena jadi kaya sebelum kekayaan itu menjadi kenyataan.”
Ini bermaksud, you kena menjadi kaya secara dalaman dahulu sebelum kekayaan luaran itu berlaku, dan semakin meningkat. Last 3 weeks, kami share kepada Insyirah salah satu teknik yang ada dalam ebook Spiritual Marketing (Ebook bakal terbit – insyaAllah). Alhamdulillah, kelihatan jumlah jualan meningkat dari 2 minggu yang lepas, dan ia „akan‟ berterusan meningkat pada masa hadapan dengan izin Allah.
*Kenapa „akan‟? Very simple, „Aku menurut sangkaan hamba-Ku.‟
“Apakah cara itu?” 1. Sedekah – Ini sudah biasa dengar. 2. Sempurnakan Kapasiti – Ini berkaitan usaha yang mesti dilakukan. 3. Victory Thinking (Menulis 20-70 Kejayaan Bisnes Yang Telah Kita Capai).
Gambarajah: Poster Positive Thoughts
Money Magnet – Victory Thinking 1. Manusia terlalu sibuk dengan 101 impian (benda yang belum ada) 2. Manusia terlalu sibuk dengan kerja-kerja masa sekarang (daily task) 3. Kejayaan yang telah dicapai – Perkara ini manusia terlupa / terlepas pandang Your new task … 1. Ambil pen dan kertas A4 (1 helai sahaja) 2. Tulis 20-70 kejayaan yang you telah capai dalam bisnes / financial Sebagai contoh:-
Saya telah berjaya launching ebook SMR Saya telah berjaya launching ebook 70 Lessons Saya telah berjaya launching ebook bla, bla, bla, bla.. Saya telah berjaya launching blog SMR, visitor kian meningkat day by day Saya telah berjaya mempunyai 3,000 database … kian meningkat day by day Saya telah berjaya membuat jualan secara konsisten setiap bulan Saya telah berjaya membina satu lagi aset iaitu online bisnes (digital) Saya telah berjaya mempunyai ilmu 13 paip wang Saya telah berjaya saving 10% sejak 3-5 tahun yang lepas, kelihatan wang semakin meningkat, magnet diri semakin kuat, dan aktiviti buat wang (money making) semakin senang dan mudah Saya telah berjaya mempunyai xxx keping dinar emas Saya telah berjaya membina corak pemikiran automatik yang membawa kepada perasaan paling dalam 15 ebook + 25 ebook + 125 ebook yang power dan berhasil dan mendapat jualan setiap hari ke arah setiap jam ke arah setiap 5 minit *Setiap 5 minit / 1 sale … Saya telah berjaya mempunyai ilmu AMP / MMM Saya telah berjaya mempunyai ilmu IMKK Saya telah berjaya mempunyai semua ilmu PLATINUM Saya telah berjaya sedekah RM1 / day sejak beberapa tahun yang lepas Saya telah berjaya sedekah RM10 / jumaat sejak beberapa tahun yang lepas Kejayaan membantu parent, relatives, kawan-kawan make money … (tulis 1 persatu) Kejayaan mempunyai testimonial perubahan hidup manusia hasil dari ebook yang you keluarkan / consultant bisnes yang you jalankan … tulis 1 per 1 Kejayaan selama ini saya gigih mencari ilmu, simpan file yang kemas, menulis itu, menulis ini, dan upgrade dari semasa ke semasa … (tulis secara detail) Kejayaan mempunyai mastermind group, team yang bagus, recruit yang bagus, aff yang bagus, follower yang bagus, dan semua yang bagus …
Ini semua kejayaan- sedia ada yang you patut tulis. - Etc ….. Lagi banyak you tulis kejayaan sedia ada lagi kuat emosi / perasaan dan semakin jelas you rasa diri you seorang yang berjaya. Setiap satu point you tambahkan lagi tenaga, tulis dengan perasaan yang mendalam, jangan buat ayat macam orang yang tiada perasaan, rasa itu penting (dekat atas kami cuma bagi contoh point berkaitan).
Apabila dah tulis, rasakan lagi emosi kejayaan itu secara mendalam, tambahkan lagi, tambahkan lagi, dan tambahkan lagi.
Ini bukan impian Ini bukan keadaan sekarang Ini adalah kejayaan realiti yang you TELAH capai ….
Frekuensi Betul, Siaran Radio Betul Apabila set tuning radio ke frequency tertentu maka kita akan dapat siaran radio tertentu. Sesekali berlaku kita begitu cemas akan sesuatu, kita jangkakan akan sesuatu, perkara itu akhirnya benar-benar berlaku. Hal ini berlaku apabila ada pancaran (fikiran) dan penerimaan (keserasian) peristiwa / frequency radio selari. Apa sahaja yang kita „pancarkan‟ kita akan dapat balik. Semakin banyak kita pancarkan, semakin laju/ cepat situasi itu berlaku. Kata bijaksana, “Orang yang berjaya, dia belajar sungguh-sungguh, dia apply dia gagal, dia buat lagi yang lain sampai menjadi, dan dia berterusan kembangkan bisnes.” Dalam dunia yang lain kesungguhan, fokus, usaha keras yang dilakukan secara tepat itu dia sedang memancarkan tuning kejayaan ke frequency tertentu, the best part dia maintain dengan usaha keras itu. The best part, dia dapat kejayaan sedikit demi sedikit, dan semakin meningkat. Dalam dunia yang lain, minda dia semakin berubah, sebelum tidur malam, dia berfikir hari aku telah berjaya ini, ini, ini, ini, semua ini telah berhasil, dan esok aku akan lakukan ini, ini, ini, dan seterusnya. Secara mendalam dia percaya kejayaan yang besar sedang menunggu.
Perihal Mengubah Corak Pemikiran Lama Kepada Corak Pemikiran Baru Corak Pemikiran Lama
Anda selalu berfikir perihal kegagalan yang telah berlaku. Anda selalu fikirkan apa perkara yang terlepas daripada genggaman. Anda selalu fikir apa perkara yang menyebabkan hidup gagal dan menjadi teruk.
Corak Pemikiran Baru
Untuk berjaya anda mesti selalu berhubung dengan kejayaan yang banyak walau sekecil mana sekalipun. Untuk berjaya anda mesti fikirkan perihal kejayaan yang telah anda capai sebelum ini walaupun ianya kecil. Semakin banyak anda berhubung dengan kejayaan, semakin banyak tenaga akan mengalir. Untuk berjaya anda perlu penuhkan minda dengan fikiran-fikiran perihal kejayaan.
Apabila anda selalu berhubung dengan kejayaan melalui menulis, menampal, melihat setiap hari, perkara itulah yang akan berkembang. What you focus on expend. Fikirkan lebih banyak kejayaan dan lakukan usaha lebih keras selepas itu. Dengan selalu memikirkan perkara yang positif, kehidupan kita akan menjadi positif. Jika sebelum ini anda selalu memikirkan perkara yang negatif (kegagalan), anda mesti berhenti melakukannya.
Gambarajah: Bersyukur Dengan Sebenar-Benar Syukur
Gambarajah: Contoh Poster Syukur
Kami namakan Meditasi Victory Thinking iaitu memikirkan dan bersyukur perihal kejayaan-kejayaan yang kita telah capai sebelum ini dan sedang menikmatinya pada masa sekarang. Ya, sebelum ini kita terlalu sibuk berfikir perihal apa yang kita perlu buat masa sekarang, dan segala „things to do‟, juga perkaraperkara yang kita inginkan pada masa hadapan. Kita habiskan begitu banyak tenaga dan masa untuk ini. Jarang sekali kita merenung, berfikir, bersyukur perihal perkara-perkara yang kita telah capai. Untuk ini kami cadangkan:1. 2. 3. 4. 5.
Ambil sehelai kertas dan pen. Buat jadual seperti gambarajah di atas dan tulis perkara-perkara yang telah anda capai. Print out dan tampal pada cermin (Tempat yang anda boleh lihat setiap pagi). Ambil masa setiap pagi sekitar 2-3 minit, bertenang, lihat, dan bersyukurlah secara mendalam. Hayati segala kejayaan yang telah anda capai itu sedalam-dalamnya dengan ketenangan tinggi.
Melalui pengalaman sendiri, semakin lama merenung dan melihat kejayaan-kejayaan yang telah dicapai, perasaan gembira, lebih bersemangat, lebih positif, lebih jelas, lebih berkeyakinan, lebih cerah perasaan berjaya itu wujud. Ini adalah teknik yang sangat amazing, sangat memberi kesan kepada minda dan jiwa. Kita patut bersyukur dan selalu melihat kejayaan yang telah kita capai sebelum ini setiap hari. Adalah sangat bagus kerap memasukkan perkara-perkara yang positif, memikirkan kejayaan, memikirkan kebaikan daripada memikirkan sesuatu yang negatif. Kata pepatah,
“Hidup adalah terlalu singkat untuk selalu memikirkan masalah, kesusahan, kegagalan masa lalu”… “Hiduplah saat ini, hargailah segala apa yang anda ada, tiada gunanya hanya menyesal setelah nikmat itu hilang”
Gambarajah: Learn To Appreciate What You Have
BAB 12: 13 Paip Wang Aset Kekayaan Manusia
13 Paip Wang (Aset Kekayaan Manusia) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.
xxx xxx xxx xxx xxx xxx xxx Authority Blog xxx xxx xxx xxx xxx
Pada Ketika Anda Merasakan Segala Jalan, Ruang Dan Peluang Tertutup
Lakukan Solat Taubat 2 Rakaat Lakukan Meditasi Selama 20 Minit Kemudian Susun Semula Kerja / Bisnes Secara Sistematik
13.8: Authority Blog Kisah blog perihal kucing Satu orang sangat berminat dengan kucing dan membina satu blog percuma sekadar suka-suka, pelbagai informasi diberikan berkaitan jenis, penjagaan, makanan, penyakit, kebersihan dan sebagainya. Beliau juga sering „upload‟ gambar-gambar kucing. Dari pembaca yang sedikit, ada yang bertanyakan soalan, dan beliau membuat sedikit research dan berkongsi kepada para pembaca. Dari sehari ke sehari pengunjung semakin bertambah, blog itu menjadi bualan peminat kucing. Ada yang berminat untuk mengiklankan barangan kucing, ada yang berminat menjual kucing, ada yang berminat mengiklankan barangan. Ada pula yang meminta beliau menjualkan seekor kucing yang berharga beribu-ribu ringgit, Peminat kucing ini membeli pelbagai jenis buku perihal kucing, dan memberikan fakta-fakta yang sangat menarik. Daripada kekerapan soalan beliau hasilkan ebook, dan kemudian beliau hantar manuskrip itu kepada penerbit untuk dijadikan buku fizikal. Kadang kala beliau dipanggil untuk memberi talk perihal kucing dengan bayaran tertentu. Daripada satu blog ini beliau generate banyak wang secara berterusan. Kisah blog perihal ahli silap mata (magician) Bermula daripada minat beliau membuka sebuah blogspot percuma, dari sehari ke sehari beliau berkongsi trick-trick silap mata, beliau rajin melawat persembahan dan memberi ulasan di blognya, sering juga beliau menghadiri seminar perihal silap mata. Dari situ pengetahuan bertambah, informasi yang ditulis kian bertambah. Trick-trick rahsia beliau kumpulkan dan jadikan ebook. Beliau juga menjual kaedah trick silap mata melalui VCD, beliau menyelam sambil minum air, menjual barang-barang silap mata, dan sebagainya. Disebabkan terlalu minat beliau membuka keahlian dengan bayaran tertentu seperti gold membership, silver membership, bronze membership. Beliau juga mengajar silap mata tahap asas, tahap advance, dan tahap elite kepada manamana peserta yang berminat. Daripada satu blog ini beliau generate banyak wang secara berterusan. Kisah blog perihal hubungan suami isteri Beliau membuat kajian, pertanyaan, survey berkaitan hubungan suami isteri, beliau kongsikan masalah-masalah yang dihadapi, cara mengelak segala masalah itu. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun beliau kongsikan informasi yang bagus. Hasil dari „research‟ itu beliau juga tahu manusia begitu terdesak untuk menjalani kehidupan yang memuaskan. Beliau bekalkan produk-produk yang mendapat kelulusan, beliau juga menulis tip-tip rahsia dan menjualnya dalam bentuk ebook. Beliau beli borong barang-barang yang berkenaan, dan mengiklankan sesiapa yang berminat menjadi agent. Daripada blog ini, beliau menjana duit secara berterusan. Kisah blog perihal pakar tackle wanita / lelaki Beliau buat blog, beliau kongsikan tip-tip yang menarik, beliau kongsikan berkaitan masalah kurang keyakinan diri bagi mendapatkan perhubungan, beliau kongsikan bagaimana menjernihkan hubungan yang dingin, beliau jual ebook, ada pula yang berminat mengiklankan produk mereka, beliau buat mini seminar perihal trick-trick tackle pasangan, membantu menambah keutuhan hubungan yang sedia ada, Daripada blog ini beliau menjana wang secara berterusan.
Jadikan Minat Anda Mendatangkan Hasil Berterusan
Pandang 3-5-7-10 tahun kehadapan Niche besar ialah, Health, Wealth, Happiness
This question will change your life forever…
Di mana blog perihal Emas? Di mana blog perihal Saham? Di mana blog perihal Akaun? Di mana blog perihal Kosmetik? Di mana blog perihal Ayam kampung? Di mana blog perihal Online bisness? Di mana blog perihal Mendapatkan loan perniagaan? Di mana blog perihal Perihal kereta? Di mana blog perihal Barang hiasan dalaman rumah? Di mana blog perihal Novel? Di mana blog perihal Buku-buku motivasi? Di mana blog perihal Masakan? Di mana blog perihal Memulakan perniagaan? Di mana blog perihal Makanan tambahan kesihatan? Di mana blog perihal Travel dengan harga yang murah? Di mana blog perihal Pengalaman mengerjakan umrah? Di mana blog perihal Spa atau gym untuk lelaki dan wanita? Di mana blog perihal Cup cake / kuih yang lazat? Di mana blog perihal Penjagaan akuarium dalam rumah? Di mana blog perihal Kasut wanita? Di mana blog perihal Beg tangan wanita? Di mana blog perihal Bekam? Di mana blog perihal Urut saraf? Di mana blog perihal Penjagaan kanak-kanak? Di mana blog perihal Penjagaan baby untuk ibu muda? Di mana blog perihal Keusahawanan? Di mana blog perihal Barangan bundle? Di mana blog perihal Gaya tudung terkini? ….dan lain-lain lagi.
Begitu banyak niche yang tidak ada lagi di pasaran Malaysia. Ada yang kata “kami tidak minat menulis”, ya kami faham, kami bukan minta anda gunakan bahasa skema semasa menulis blog, tetapi lebih kepada gaya santai, bersahaja, ringan dan menarik perhatian. Setelah bertahun-tahun anda ber-facebook, anda menulis itu dan ini, anda share itu dan ini, what if masa itu anda gunakan untuk mengkaji sesuatu yang anda minat, sedikit demi sedikit. Selepas itu pertimbangkan menghasikan ebook, buku fizikal, banner ads, produk fizikal, group coaching, mini seminar, dan seminar. Untuk jangka masa yang panjang 3-5-7-10 tahun akan datang, anda juga mampu hasilkan wang yang berterusan. Followers blog adalah sebahagian daripada database. Daripada 300 orang, 30 orang permulaan berminat menjadi agent adalah sesuatu yang sangat bagus. Upgrade sedikit demi sedikit. Think blog, think money (paip wang). Perkongsian Ringkas: Menukar Pembaca Kepada Pelanggan | 10 Tips Membina Blog Berduit | Cara Cari Minat Dan Idea
BAB 13: Mengapa Masih Gagal
Bab 13: Mengapa Masih Gagal? 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
xxx xxx xxx xxx Tidak Sabar Dalam Membina Database Tidak Mempunyai Perancangan Kewangan Yang Jelas Sehingga 3-5-7-10 Tahun Akan Datang Tidak Ambil Berat Perihal Parameter Perniagaan xxx
Pada Ketika Anda Merasakan Segala-Galanya Susah
Lakukan Solat Taubat 2 Rakaat Lakukan Meditasi Selama 20 Minit Kemudian Susun Semula Kerja (Bisnes) Secara Sistematik
13.5: Tidak Sabar Dalam Membina Database Kini anda telah faham betapa pentingnya database dalam perniagaan. Ianya sangat penting untuk berjaya dalam perniagaan, mengembangkan perniagaan dan mengekalkan perniagaan yang menguntungkan. Anda juga telah faham betapa pentingnya membuat database kenal, suka, dan percaya kepada perniagaan, produk, nama, syarikat atau jenama (branding). Seth Godin dalam bukunya yang bertajuk Permission Marketing menyatakan,
“Jika mempunyai 1,000 tribe (database), anda sudah boleh hidup senang”….
Antara faktor ramai orang gagal adalah tidak sabar dalam membina database. Bagaimana untuk membina database? 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Tidak perlu fikir perihal 300 atau 3,000 database buat permulaan. Jumlah ini adalah terlalu besar dan minda akan tersangat letih akibat overload kerana terlalu memikirkan sesuatu yang banyak. Mulakan dari sesuatu yang kecil, mudah dan senang. Kami cadangkan 5-10 orang sahaja buat permulaan. Setelah berjaya, jangan terus buat kerja, anda perlu celebrate, reward, diri anda terlebih dahulu setelah mendapat kejayaan permulaan ini. Lakukan sesuatu yang menyeronokkan supaya anda ceria, rasa segar dan bersemangat. Fikirkan perkara berikut, “Saya telah berjaya mendapat 5-10 orang (database), perkara ini tidaklah terlalu sukar, jika saya berjaya buat sebanyak ini, saya pasti BOLEH mendapatkan database sehingga 30 orang”. Selepas itu usahakan sehingga mendapat 30 orang, kemudian celebrate dan reward diri anda sekali lagi. Fikirkan pula “Kini aku telah berjaya mendapat 30 orang, apa yang ingin saya capai ialah sebanyak 50 orang pula”.
Fikirkan perkara di bawah,
Usahakan daripada 5 > 10 > 30 > 50 > 70 > dan seterusnya secara berkala. Pastikan anda celebrate + reward diri secara berkala.
Fikirkan juga, 3,000 database ini bukanlah untuk kegunaan masa sekarang sahaja, ia adalah untuk kegunaan 3-5-7-10 tahun akan datang (dan seterusnya sampai bila-bila). Amatlah berbaloi, buat kerja satu kali, bersusah payah satu kali, selepas itu kongsikan maklumat yang berharga (value) atau produk serta buat soft selling berkali-kali. Matematik Mengumpul Database. Bulan Bulan 1 Bulan 2 Bulan 3 Bulan 4
Target Database 10 – 30 0rang 30 – 50 Orang 50 – 70 Orang 70 – 90 Orang
Tidak perlu tergesa-gesa buat permulaan, tidak perlu attack terlalu banyak buat permulaan, sehinggalah anda dapat cara (tune) bagaimana untuk mengumpul database. Pada masa itulah anda boleh bergerak pantas (speed) untuk mencapai 3,000 orang. Mulakan dari kecil iaitu 5 > 10 > 20 > 30 > 50 > 70> 90 > 100 > 200 > 300 > 3,000 > dan seterusnya…. Kata bijaksana,
“Bersusah payah 1 kali (kumpul 300 - 3,000 orang), kemudian anda boleh makan berkali-kali-kali-kali”….
Database adalah antara kunci yang penting dalam membina kekayaan dan dan kejayaan sesuatu perniagaan.
13.6: Tidak Mempunyai Perancangan Kewangan Yang Jelas Sehingga 3-5-7-10 Tahun Akan Datang Kata bijaksana,
“If you fail to plan you plan to fail”….
Antara sebab terbesar mengapa manusia masih hidup dalam kegagalan dan merangkak ialah mereka tidak mempunyai matlamat secara bertulis yang jelas di atas kertas. Bahagian Buat Duit (Bisnes)
Mereka tidak pentingkan kualiti Mereka tidak melakukan pemasaran berterusan Mereka tidak mengembangkan database secara konsisten Mereka tidak pentingkan perlunya menjual produk berkali-kali Mereka tidak tahu cara menjual dan menambah penjualan produk
Mereka tidak ada „data‟, mereka tidak bekerja berdasarkan data yang jelas. Setiap hari mereka kayuh tanpa sesuatu kepastian. Apa yang mereka fikirkan bila aku buat banyak kerja, aku akan dapat untung yang besar. Hasilnya mereka akan kayuh berharihari, berbulan-bulan, bertahun-tahun tanpa kepastian. Mereka langsung tidak fikir, adakah bulan ini berkembang, adakah cara ini meningkatkan kepercayaan, adakah cara ini membuatkan agen mendapat jualan lebih banyak. Tahukah anda syarikat-syarikat yang besar mempunyai GAGASAN secara bertulis sehingga 15 tahun kehadapan. Perkara yang penting ialah “Bukanlah di mana anda sekarang, akan tetapi apa yang anda ingin capai”. Orang yang bijaksana selalu bertanya, “Apa yang aku ingin capai 3-5-7-10 tahun akan datang?” Kemudian mereka mengukur usaha yang sesuai untuk mencapai tujuan itu. Mereka membangunkan kapasiti baru, kemahiran baru bukan untuk masa sekarang sahaja, tetapi juga bagi tujuan masa akan datang. Mereka juga mempunyai pemikiran yang berbeza,
Mereka tidak hanya berfikir “Ah! Saya mahu itu, saya mahu ini”. Mereka berfikiran “Inilah perkara yang akan saya usahakan supaya tercapai”.
Gunakan matematik untuk mencapai kejayaan. Fikirkan secara bernombor untuk mendapatkan kejayaan contohnya:
6 bulan yang pertama, saya ingin capai 500 – 1,000 database. 6 bulan yang kedua, saya ingin capai 1,000 – 2,000 database. 6 bulan ketiga, saya ingin capai 2,000 – 3,000 databse.
Perihal pelaburan juga sama, anda perlu fikir secara matematik supaya mudah nampak ukuran kejayaan seperti,
1 -3 tahun – saya ingin capai 3,000 – 70k database. 1 - 3 tahun seterusnya – saya ingin mempunyai 2 buah rumah sewa.
Tanpa perancangan ber-DATA yang jelas, manusia akan gagal dan hidup menderita.
13.7: Tidak Ambil Berat Perihal Parameter Perniagaan Asas kepada perniagaan ada tiga perkara:
Produk Pemasaran Pengurusan
Dalam perniagaan kita kena bezakan di antara UTAMA (Priority) + SEGERA (Urgent) Banyak usahawan terlalu fikirkan perkara yang segera (urgent), dan mereka selalu lupa terhadap keutamaan (priority). Sehinggakan mereka terlalu banyak melayan perkara-perkara yang tidak perlu. Usahawan sepatutnya mengutamakan perkara seperti di bawah. Kumpul Database > Beri Value (Bina Kepercayaan) > Soft Selling > Money (Kumpul Modal) > Investment > Financial Freedom
Database > Daripada 300 Orang > Kepada 3,000 Orang … Beri Value > 'He delivers value before asking for your money'... Soft Selling > "Results in advance” content ... Money > Tanpa disiplin diri yang tinggi, tiada kejayaan Investment > Nampak keuntungan secara „data‟ yang jelas (perjalanan masa dan pulangan) Financial Freedom > Money work for you 24/7… 365 days …
Kesilapan besar usahawan adalah tidak fokus kepada benda yang sepatutnya:
Ada yang terlalu seronok mengejar „like facebook‟ dan komen manusia. Ada yang suka menulis secara syok sendiri tanpa memikirkan VALUE kepada orang lain. Ada yang terlalu grairah inginkan wang, tetapi tidak langsung memikirkan pelanggan. Ada yang dah dapat duit, lupa nak invest kembali kepada perniagaan, “ini duit aku, apa aku peduli”… Ada yang tidak tahu langsung kemana duit itu perlu dihalakan, dalam otak kosong perihal pelaburan. Ada yang tak nampak end result / kompas / apa sebenarnya perlu dicapai dalam kewangan.
Anda yang sedang buat bisnes perlu jaga parameter ini. Jangan lari fokus walaupun sedetik, jangan fokus kepada benda yang salah, jangan statik dengan ilmu yang lama sahaja. Perlu ikuti perkembangan ilmu dan teknologi dalam dunia usahawan. Pelanggan semakin bijak, pendatang baru yang lebih rajin dan lebih cekap semakin ramai, teknologi semakin berkembang, ilmuilmu pemasaran semakin canggih, jika anda masih leka, apa yang akan berlaku ialah anda akan ketinggalan jauh kebelakang. Walaupun telah stabil, dan duduk dalam zon selesa, pastikan anda berterusan menajamkan diri perihal parameter ini dengan cara membaca buku, hadir seminar, buat kajian khas secara berterusan. Kata bijaksana,
“Mereka yang duduk dalam zon selesa akan tertinggal jauh kebelakang”… “Mereka yang leka akan tertinggal jauh kebelakang”…
BAB 14: Database Merupakan Rahsia Sesuatu Bisnes Menjadi Dan Kekal Lama
Bab 14: Database Merupakan Rahsia Sesuatu Bisnes Menjadi Dan Kekal Lama 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Backbone Business xxx xxx xxx 3 Soalan 1 Jawapan xxx
Pada Ketika Segalanya Tidak Menjadi (Serba Tak Kena)
Lakukan Solat Taubat 2 Rakaat Lakukan Meditasi Selama 20 Minit Kemudian Susun Semula Kerja (Bisnes) Secara Sistematik
14.1: Backbone Business
Gambarajah: Backbone Business Kisah perbualan dua orang rakan. Permulaan (Intro)
A: “Assalamualaikum bro. Apa khabar? Sihat ker” B: “Waalaikummussalam. Alhamdulillah, Sihat sahaja” B: “Haa, macam mana bisnes? Dah ok ke?” A: “Ok jer, boleh la sikit-sikit. Tetapi berpeluh juga la nak buat duit” B: “Lain macam je bunyi, kenapa ni?” A: “Biasalah bro, aku kan kerja, nak run bisnes lagi, jualan pula turun naik” B: “Kira bagus la, ada jualan, ok la tu” A: “Ok tu memang ok, tapi kalau seminggu 3-5 jualan sahaja macam mana nak jadi kaya?”
Pertanyaan
A: “Bro, saya lihat dari dahulu bro relax sahaja, macam mana nak jadi macam bro ye?” B: “Jadi macam mana tu?” A: “Apa yang saya lihat projek bro banyak menjadi, jarang la tengok apa yang bro buat tak menjadi, 1-2 tu biasa la kn”. A: “Apa rahsia bro ye, saya lihat pelanggan pun datang berkali-kali dekat bro, apa rahsia bro?”
Perkongsian Meja Kosong Dan Meja Penuh
B: “Ok, saya boleh cerita, tapi ini minuman u belanja ok” A: “Ok itu perkara kecil sahaja” B: “Kita sekarang duduk dekat kedai makan dan meja depan kita ni kosong kan?” A: “Ya betul, hanya ada dua gelas air sahaja, kenapa bro?”
B: “Cuba lihat meja sebelah tu, ada makanan, dan air yang ditinggalkan” A: “Ok nampak, kenapa dengan meja tu bro?”
Teknik Menarik Semut
B: “U lihat atas meja tu akan semut kan, meja kita bersih kan”? A: “Ya betul, di sini tidak ada semut, meja sana ada semut” B: “Kenapa meja itu ada semut, tetapi meja kita tidak ada semut?” B: “Meja sebelah lagi kosong, langsung tidak ada apa-apa”. A: “Ok nampak, apa kena mengena meja dengan semut ni bro?” B: “Saya rasa awak tahu, semut suka benda yang manis, dan mereka akan datang ramai-ramai” A: “Ya betul, bila ada benda manis, semuat akan datang”
Semut, Kegagalan, Mengapa Gagal, Pemanis
B: “Fahamkan betul-betul ya, bila ada benda manis, semut akan datang” A: “Ok faham, bila tidak ada manisan, tiadalah semut” B: “Saya nak tanya, awak boleh panggil semut?” A: “Tak boleh bro, kenapa ye?” B: “Tetapi kalau ada manisan, awak boleh tarik semut?” A: “Aah, boleh, tapi kenapa bro?” B: “Saya nak tanya, awak buat bisnes, mana bahan pemanis?” A: “Pemanis? Tiada la pula, kenapa dengan pemanis? Apa pemanis tu?” B: “Bila awak tidak ada pemanis, awak akan susah nak buat bisnes, orang tak nak datang lagi, beli lagi” A: “Ye la bro, orang beli sekali sahaja, lepas tu hilang entah kemana” B: “No wonder awak gagal, awak tidak ada pemanis, awak tidak ambil berat perihal pemanis”
B memulakan cerita perihal Pemanis, Magnetik (Tarikan), Sistematik Saya tahu awak telah „nampak‟ meja kosong, meja penuh dengan makanan, meja ada semut, meja tidak ada semut. Awak juga tahu apabila ada „pemanis‟ semut akan datang. Apabila tidak ada pemanis, semut tidak akan datang. Meja yang kosong tidak ada semut, meja yang ada manisan di atasnya akan dihurungi semut. Semut suka kepada pemanis, air yang manis, dan semut „akan‟ datang kepada benda yang manis. Perkara yang saya kongsikan ini awak telah tahu, awak telah dengar, tetapi awak tidak menyusunnya dengan kemas dan sistematik. Akibatnya „tahu ilmu‟ hanya tinggal tahu dan tidak jadi apa-apa. Amatlah rugi jika awak tidak susun secara sistematik, kerana semut (rezeki) susah nak datang. Dan sekarang saya nak kongsikan sembilan perkara yang ada pada diri awak, awak gabungkan semua perkara ini ke dalam diri awak secara sistematik. Apa yang terjadi ialah diri awak = Magnet = Akan Menarik Rezeki Berkali-Kali-Kali-Kali. Pemanis 1: Niat / Intention Pada ebook-ebook yang lepas, kita dah bincangkan perihal niat. Pada kali ini kita nak fokus kepada satu perkara sahaja iaitu TOLONG ORANG / Selesaikan Masalah Manusia / Problem Solving.
Sebagai usahawan awak mesti mempunyai kapasiti untuk tolong orang atau boleh selesaikan masalah manusia. Ini berdasarkan minat, bidang dan tahu banyak benda perihal bisnes awak. Awak perlu tahu, selagi awak boleh tolong orang, selagi itulah orang akan datang kepada diri awak. Jika awak tidak mampu tolong orang, selesaikan masalah mereka dengan cemerlang, orang tidak lagi akan datang kepada diri awak. Bila kita telah mulakan sesuatu perniagaan, kita kaji apa yang manusia inginkan, dan kita boleh selesaikan masalah mereka, kita tahu perkara ini, tugas kita ialah beritahu kepada RAMAI orang. Ini adalah proses marketing iaitu, kita kena buat ramai orang tahu apa bisnes yang kita buat, apa produk yang kita ada, apa service yang kita ada, apa perkara yang kita boleh bantu manusia (tolong orang) dengan bisnes kita itu. Ramai orang bermaksud seramai yang mungkin, ahli keluarga mesti tahu, jiran-jiran mesti tahu, kawan-kawan dalam facebook, wechat, whatssup, mereka mesti tahu yang kita ada buat bisnes ini. Seramai yang mungkin bermaksud 100 > 200 > 300 > 500 > 1,000 > 2,000 > 3,000 orang kenal dan tahu kita menjalankan sesuatu perniagaan. Ya, dalam kata yang lain buat permulaan awak perlu edarkan sebanyak 300 name card. 300 orang hanyalah permulaan sahaja, target yang sebenarnya ialah 3,000 orang. Barulah di antara mereka akan datang silih berganti, dan call u setiap hari. Ingat ya, intention awak mesti dikekalkan, iaitu tolong orang. Jika awak tidak mahu tolong orang atau awak hanya sekadar nak duit orang semata-mata, apabila orang ada masalah atau urusan, sekali sahaja lah mereka akan datang. Selepas itu manusia tidak lagi akan tuju kepada awak kerana mereka tahu awak hanya inginkan wang mereka sahaja. Manusia akan fikir, awak hanya sekadar mahukan duit mereka sahaja. Masalah mereka (urusan mereka yang berkaitan dengan keperluan) awak langsung tidak fikirkan sama sekali. Jika awak boleh faham perkara ini adalah sangat bagus. Ini bermakna apabila manusia ada masalah atau urusan, dan mereka tahu awak boleh tawarkan sesuatu yang berkualiti, bagus, dan terbaik dia akan datang kepada awak. Bukan 1 kali sahaja, tetapi berkali-kali-kali-kali-kali dia akan datang. Mungkin juga dia akan sebarkan kepada rakan-rakan yang lain.
A: “Semut akan datang kepada manisan. Kini awak telah ada pemanis No. 1”. B: “Betul la bro, bila kita dapat selesaikan masalah manusia dengan cemerlang, manusia akan datang berkali-kali”. A:”Bagus, sekarang saya nak masuk kepada pemanis No. 2 pula.” B: “Ok, silakan”.
Pemanis 2: Ilmu / Knowledge Apa bisnes awak? Memancing, Mekanik, Designer, Printing, Pembuat Kek, Kosmetik, Hartanah, Emas, atau apa sahaja bidang perniagaan yang awak ceburi. Awak nak tahu kenapa ramai usahawan gagal? Antara sebab ialah awak tidak ada ilmu yang tepat, yang banyak, yang boleh membuatkan orang lain terpegun terhadap ilmu yang ada pada diri awak. Senang cerita macam ni, jika bidang awak ialah hartanah, awak kena faham sesiapa sahaja yang bersama dengan awak pada bilabila masa dia akan dapat tahu sesuatu yang baru, yang menarik. Lagi banyak dia bersama dengan awak, lagi banyak perkara yang dia akan tahu perihal hartanah. Jika awak berjaya jadi orang itu, ini bermakna manusia akan „suka‟, kerana mereka dapat begitu banyak manafaat daripada awak setiap kali bertemu. Dengan itu mereka akan datang berkali-kali-kali dan banyak kali.
Mereka juga tidak akan keberatan untuk bawa kawan yang lain untuk bertemu dengan awak, kerana awak telah menjadi pakar rujuk perihal hartanah. Orang baru itu juga akan terpegun dengan „knowledge‟ yang awak ada. Malah manusia akan bangga perkenalkan kawan mereka yang lain kepada awak. Mereka bangga kerana dapat berkawan dengan awak iaitu orang yang ada ilmu. Mereka akan hormati awak, dan mereka hanya akan membawa orang yang „ada duit‟, orang yang betul, orang yang boleh pakai kepada awak. Awak kena faham ini kuasa ilmu, dan ini kesan apabila awak mempunyai ilmu yang banyak, yang berkesan, yang power. Dari situ begitu ramai kawan-kawan awak akan bawa kawan mereka berjumpa dengan awak untuk minta nasihat, untuk rujukan terhadap sesuatu perkara. The best part awak ada ilmu right? Awak boleh JV dengan mana-mana ‟kawan layer dua‟ jika awak suka.
Pemanis No. 1 – Manusia tahu awak boleh settle-kan masalah yang berkaitan. Pemanis No. 2 – Manusia tahu awak mempunyai banyak pengetahuan (knowledge).
Katakan bidang awak EMAS, saya nak tanya berapa banyak buku perihal emas yang awak ada? Satu? Tiga? Lima? Berapa banyak seminar perihal emas pula yang awak telah hadiri? Dalam kata yang lain jika Bidang Awak Hartanah:
Awak perlu ada 70 buku perihal hartanah (Untuk mempunyai knowledge yang power). Awak perlu ikut 300 blog perihal hartanah (Untuk tahu teknologi dan ilmu terkini perihal hartanah). Awak perlu ikuti semua seminar berkaitan hartanah (Untuk berterusan kembangkan ilmu dan networking).
Berapa banyak buku yang awak ada, berapa banyak seminar yang awak hadiri, itulah tahap ilmu yang awak ada. Jika tahapnya terlalu sedikit, tidak ada sesiapa pun yang „suka‟ nak mendekati awak berkali-kali. Jika awak ada pemanis ilmu, barulah manusia akan datang. Awak tidak boleh tarik wang, tetapi awak boleh menarik manusia yang ada wang dengan pemanis (ilmu) yang awak ada.
B: “Boleh faham? Ni saya nak tanya, kenapa awak datang berkali-kali kepada saya?”. A: “Ye tak ye juga bro, setiapa kali bertemu, mesti ada perkara baru yang saya dapat. IImu itu pemanis”.
Ilmu itu Manis = Semut Suka Kepada Manisan Pemanis 3 – Database
B: “Sekarang kita nak cerita perihal power (kekuatan tarikan) pula”. A: “Ok bro, silakan”.
Saya nak tanya adakah awak mempunyai database?
Jika bisnes awak offline (actual) awak mesti gunakan SMS SYSTEM. Jika bisnes awak online (internet), awak mesti gunakan EMAIL SYSTEM.
Kita sekarang berada pada abad yang ke-21. Jika awak tidak mempunyai „teknologi‟ ish… ishh… ish…
TAMAT - Kita akan sambung perihal pemanis dalam Blog ESM nanti…..
3 Soalan 1 Jawapan 1. Mengapa bisnes tidak pernah menjadi? 2. Mengapa bisnes seperti nyawa-nyawa ikan? 3. Bagaimana untuk mengembangkan (expend) perniagaan? Soalan 1:
Q: Bro, kenapa dari dulu aku buat bisnes tidak pernah menjadi? A: U ada database? Tu fasal buat bisnes bertahun-tahun pun susah nak jadi.
Tanyakan pula kepada semua peniaga yang gagal adakah mereka fokus kepada database? Adakah mereka fokus kepada problem solving? Adakah mereka fokus kepada tambah nilai manusia lain? U fokus kepada benda yang salah, tu fasal bisnes u susah nak menjadi dan berkembang. Soalan 2:
Q: Bro, aku dah lama buat bisnes, tetapi hidup segan mati tak mahu, kenapa ya? A: U fokus kepada database 3,000 orang, dan u akan lihat perubahan besar akan berlaku dalam bisnes.
Kita masuk lebih dalam, database terbahagi kepada 2 bahagian, 1. Database Customer (Senarai Pelanggan). 2. Database Agent (Senarai Agen / Pengedar). Bagi memastikan bisnes u stabil, u kena pastikan terutama database customer sentiasa meningkat, beri lebih personal touching (goodwill + relationship) kepada mereka, beri yang terbaik, dengan itu bisnes u akan berkembang pesat. Soalan 3:
Q: Bro, aku buat bisnes dah ok, tetapi bagaimana nak kembangkan lebih besar? A: Kembangkan database kepada 70,000 orang, dan bisnes u akan berkembang dengan pesat.
Orang macam u kena fokus untuk kembangkan 2 perkara, 1.
Database Customer (Senarai Pelanggan) Jika jumlah database u sekarang ialah 3,000 orang, buat lebih banyak marketing, lakukan lebih banyak JV, dan besarkan database u daripada 3k > 5k > 10k > 20k > 30k > 40k > 50k > 60k> 70k dan berterusan. 2. Database Agent (Senarai Agen / Pengedar) Jika agen u seramai 5 orang, kembangkan kepada 15 orang > 25 orang > 35 orang > 55 orang > 100 orang seterusnya. Anda juga perlu latih mereka menjadi pakar produk, pakar marketing (kumpul database), pakar management. Benda ini bersifat win-win, anda untung, mereka juga untung. Terdapat banyak kes di mana agent lari setelah dapat apa yang mereka mahukan, ini bukan salah agent sebenarnya, mereka lari kerana mereka tidak nampak benefit jika kekal dengan sesebuah syarikat. Agen penat buat kerja, syarikat dapat untung besar, ini adalah tidak bagus, oleh itu selalulah reward agent yang menghasilkan jualan terbaik setiap bulan / tahun.
BAB 15: Pesanan Penting
Bab 15: Pesanan Penting 1. xxx 2. xxx 3. Perjalanan 1,000 Langkah
Pada Ketika Anda Hilang Arah Dalam Kehidupan Dan Perniagaan
Lakukan Solat Taubat 2 Rakaat Lakukan Meditasi Selama 20 Minit Kemudian Susun Semula Kerja (Bisnes) Secara Sistematik
Perjalanan 1,000 Langkah Kata bijaksana, “Perjalanan 1,000 langkah bermula dengan 1 langkah”….
Kata bijaksana, “Start with the end result”…. Pada ketika ini ramai orang yang inginkan hidup kaya dan berjaya, dan mereka berusaha bertahun-tahun lamanya, seperti biasa 10% mencapai kejayaan dan kekayaan, manakala 90% masih lagi terkial-kial mencapai matlamat. Di manakah silapnya? Daripada kajian yang dilakukan, 10% orang yang berjaya itu mempunyai MATLAMAT YANG JELAS. Mereka menulisnya. Matlamat itu tidak berubah dan banyak lagi „persamaan‟ orang-orang yang berjaya. Di sini, kami tidak mahu berceloteh perihal sikap dan persamaan orang yang berjaya, anda boleh membaca daripada internet, seminar, dan buku-buku yang banyak ada di pasaran. Kita ingin terus kepada teknikal. Fikirkan perkara ini secara mendalam, “Untuk berjaya, anda mesti mulakan daripada akhir atau „Z‟”… Untuk lebih jelas, anda perlu kenal pasti, apa sebenarnya yang anda inginkan dalam hidup ini? Latihan terakhir, 1. Kami minta anda sediakan PEN + KERTAS. 2. Baca al-fatihah, bernafas dengan tenang, tenangkan diri, pastikan diri anda betul-betul tenang. 3. Tulis apa sebenarnya yang anda inginkan sebagai „end result‟ / „Z‟ / bermula dari akhir. 4. Setelah anda tulis, keluarkan satu per satu, dan tulis pula „things to do‟ dari belakang kehadapan. Adakah anda jelas perihal perkara ini? Kami berikan contoh: Contoh 1: Kompas yang kami cadangkan ialah Aset RM7 Juta + Pendapatan RM70k sebulan. Contoh 2: Mempunyai 7 rumah yang disewakan. Bayangkan begini, Anda telah ada aset sebanyak RM7 Juta. Aset Fizikal. - Mempunyai Rumah sendiri berharga RM1.5 Juta. - Mempunyai 7 buah rumah sewa (berterusan meningkat). - Mempunyai 7 buah kedai sewa (berterusan meningkat). - Mempunyai 7 ekar tanah disewakan (berterusan meningkat). - Mempunyai 1 HQ (tempat anda bekerja) + 7 buah pejabat / francais (berterusan meningkat). Aset Maya. - Mempunyai 70,000 database (senarai email / no tel) pelanggan. - Mempunyai 700 agent / affiliate / rakan niaga. - Mempunyai 7 blog yang mempunyai 7,000 rakan (followers) setiap satu. - Mempunyai 7 counters stock market yang anda laburkan. - Mempunyai RM700k dalam akaun ASB. - ….. dan sebagainya…
Perubahan paradigma hidup anda bermula di sini. Q: Bagaimana untuk mendapat kejayaan dan kekayaan (end result) yang besar seperti ini? A: Semua ini bermula daripada sebuah kejayaan yang kecil. Lagi perubahan paradigma. Q: Apakah kejayaan yang kecil itu? A: Anda pakar dalam melakukan soft selling berkali-kali (closing and upsale) kepada database. Lagi perubahan paradigma. Q: Bagaimana anda boleh berjaya kongsikan (buat soft selling) dengan banyak kepada database itu? A: Kerana anda mempunyai kemahiran membina kepercayaan. Lagi perubahan paradigma, Q: Bagaimana anda boleh membina kepercayaan? A: Kerana anda mempunyai ilmu / tahu sistem / tahu kaedah (teknik). Lagi perubahan paradigma. Q: Bagaimana anda boleh tahu segala proses ini? A: Kerana anda ada ilmu. Lagi perubahan paradigma. Q: Bagaimana anda boleh ada ilmu? A: Kerana anda berani melabur untuk ilmu melalui (ebook / buku / seminar / kajian). Lagi perubahan paradigma. Q: Mengapa anda berani melabur untuk ilmu? A: Mungkin kerana sudah bosan dengan kegagalan, mungkin kerana anda rasa perlukan ilmu. Boleh nampak? Kekayaan dan Kejayaan yang besar itu bermula daripada ilmu. Secara keseluruhannya begini. 1,000 langkah itu bermula apabila kita menulis daripada belakang.
Aset daripada RM7 Juta daripada RM70k sebulan daripada kejayaan funnel selling daripada 70k database daripada 50k, 30k, 20k, 10k, 5k, 3k, 2k, 1k, 500, 300, 200, 100, 50, 30, 20, 10, 5 orang database daripada „perangkap lalat‟ daripada facebook + blog + name card + forum + etc daripada 1 produk daripada mencari idea daripada keinginan (niat) untuk hidup kaya dan berjaya daripada Hidayah Tuhan. *Mulanya keberkatan (kaya dan berjaya) hidup itu adalah daripada HIDAYAH.
Niat bisnes. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Redha Ikut Sunnah Rasulullah SAW (Berniaga). Berniaga untuk ibadah (Mencari rezeki bagi memenuhi hajat dan keperluan orang disekeliling). Niat untuk tolong orang / selesaikan masalah + tambah nilai. Tambahan niat: Untuk kumpul modal (Untuk melakukan investment). Tambahan niat. Untuk isi masa lapang. (Dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah seperti bisnes). Tambahan niat: For fun (Next bila u dah kaya, niat bukan lagi untuk mendapatkan wang, tetapi menambah paip wang).
*Ini adalah cadangan, anda perlu adjust ikut kesesuaian diri. *Pastikan anda sekarang sedang memegang pen dan kertas. Kita mulakan 1,000 langkah daripada awal. 1. Anda telah mempunyai niat yang padu. 2. Anda menulis 70 idea bisnes apa yang sangat minat. (untuk yang belum mulakan bisnes). 3. Anda telah berdoa, sedekah, lakukan amalan Dapat 1 rezeki idea bisnes (service / produk) yang menarik.
Bila dah dapat idea, jangan fikirkan, modal, modal, modal yang besar. (Ini fikiran orang yang lemah dan gagal). Bila dah dapat idea. Fikirkan bagaimana saya boleh mulakan tanpa modal / dengan modal yang rendah. Mungkin RM300, RM500 atau ikut kemampuan.
Formula bisnes. Produk (digital / service / fizikal) Marketing (Quality + Consisten + Database + Funnel Selling + Closing & Rehash) Management (Kekemasan, sistematik, timeline, schedule, to do list, paperwork, etc…) Ingat ya, Quality No.1st produk adalah sangat-sangat penting. Bila tiada kualiti, secara long term orang tidak akan percaya, anda tidak boleh membina database seramai 70,000 orang. No. 1st produk itu yang sangat penting kerana itulah untuk konsisten membina database. 4. Bila telah ada idea perkara yang perlu mula-mula anda lakukan ialah KUMPUL DATABASE.
Jika telah menjalankan bisnes, fikirkan adakah fokus utama mengembangkan database (customer + agent)? Jika keadaan anda masih lagi terkial-kial, lihat kepada database. Adakah anda pentingkan database? Fikirkan juga adakah anda pakar (mesti tahap pakar) dalam psychology of selling dalam menjual kepada database? Fikirkan juga, adakah anda memiliki produk ke-2, ke-3, ke-4, ke-5 dan seterusnya. (Funnel selling). Fikirkan juga, adakah setiap 1 produk anda mempunyai tambahan produk (upsale / rehash)?
Dari semua ini ….
Idea Produk Marketing (DATABASE) Soft Selling WANG Kumpul Modal Investment (3-5-7-10 Tahun) Insyaallah Financial Freedom.
Anda mesti mulakan daripada kecil. Kemudian kumpul database peringkat demi peringkat kemudian kembangkan DATABASE. Jika anda yang sedang menjalankan bisnes, dan akan memulakan bisnes, telah pun membaca Ebook Spiritual Marketing ini, masih lagi tidak nampak betapa pentingnya DATABASE, ini dianggap suatu kegagalan dari pihak kami. Kerana kami masih lagi tidak berjaya memasukkan kedalam minda anda betapa pentingnya DATABASE. Kepentingan database adalah sangat-sangat kritikal bagi sesebuah bisnes. Tetapi jika kami berjaya memberi idea dan cadangan perihal pentingnya database, ada telah faham, dan paling penting anda nampak betapa pentingnya DATABASE ini adalah sesuatu kejayaan yang besar buat diri kami. Pastikan DATABASE anda itu genuine ya. Bukan DATABASE beli. Bukan DATABASE nak cepat kaya. Ini satu lagi masalah yang besar bagi usahawan, bila ada pemikiran nak cepat kaya nak cepat dapat hasil. Sesungguhnya ini adalah minda kegagalan. Tetapi jika anda sanggup, mulakan dari bawah, bina DATABASE dari kecil, kemudian kembangkan, kembangkan, kembangkan. Anda faham perihal target 6-18 bulan mengumpul 3,000 orang. Sesungguhnya anda mempunyai minda kejayaan. Yang dah sampai Tahap Fasa 4 - Investment (By Robert T. Kiyosaki) cerita lain. DATABASE adalah topik penting untuk mereka yang sedang melakukan bisnes, dan akan melakukan bisnes. Jika DATABASE seramai 3,000 orang anda rasa terlalu susah untuk mendapatkannya, amatlah sukar untuk touch RM70k sebulan dan amat jauh untuk menceritakan perihal Aset RM7 Juta. Perjalanan 1,000 langkah bermula daripada belakang,
Financial Freedom (101 Impian) Asbab Investment Asbab Wang (Kumpul Modal) Asbab Soft Selling Berkali-kali Asbab DATABASE Produk (Bisnes) Idea.
Penutup Perihal Umur Dan MASA Dalam Membina Kekayaan
Satu kawan pernah memberi idea perihal masa dan perancangan kewangan. Beliau menyatakan,
Umur 00 – 20 Masa kecil Umur 21 - 30 Masa untuk mencari minat dan membina bisnes kaw-kaw! Umur 31 – 40 Masa untuk konsisten mengumpul aset kaw-kaw! Umur 41 - dan seterusnya…. Fikirkan untuk membina dan mewariskan ILMU dan harta kepada generasi seterusnya.
*Its never too old, to learn something new. Kita fikirkan pula perkara berikut, -
01 - 20 Tahun - Budak kecil 21 - 30 Tahun - Muda 31 - 40 Tahun - Muda 41 - 50 Tahun - Dewasa 51 - 60 Tahun - Dewasa 61 - 70 Tahun - Extra 71 - 80 Tahun - Extra
Ketika umur muda (21-40 Tahun) - Manusia mempunyai tenaga - Manusia mempunyai masa - Manusia mempunyai kesihatan - Manusia tidak mempunyai terlalu banyak tanggungjawab seperti urusan, anak, menantu, cucu dan sebagainya. Jika anda masih muda, masa inilah paling bagus untuk berusaha habis-habisan membina aset dan kekayaan hidup di samping urusan ukhrawi (akhirat). Kami mempunyai kenalan pada ketika umur 45 tahun, 56 tahun, 60 ++ tahun yang masih lagi perlu berkerja keras untuk kehidupan. Kemungkinan (maybe) bukan rezeki untuk mereka mendapat harta pada usia muda, tetapi ini bukan persoalannya.
Persoalan utama yang bermain di fikiran ialah amat sedih dan insaf melihat pada usia itu mereka masih lagi perlu kerja keras malam dan siang. Cuba bayangkan (just imagine) ketika umur 60 ++ tahun masih perlu bekerja sebagai jaga, pembantu stesen minyak, pembantu kedai makan, penyapu sampah dan sebagainya. (Ini kisah dekat Negara Nepal). Jauh berbeza jika dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain pada usia muda lagi telah menikmati kekayaan harta, dari situ timbul perasaan syukur dan terlalu insaf buat diri. Setiap kali rasa penat, malas, putus asa (give up), lemah semangat, kurang motivasi bayangan mereka (orang yang hidup susah) semua sering muncul dalam fikiran. Monolog dalaman mula membisikkan “Adakah aku ingin hidup begitu ketika „tua‟ nanti?” dan lebih jauh fikiran ini melayang sehingga “Beranikah aku melakukan khianat, pecah amanah untuk mendapatkan wang? Bagaimana dengan keberkatan hidup? Adakah aku sanggup dibayar semula akibat kesalahan dengan hilang semua harta pada usia tua dan perlu „berkerja‟ berat?” Sejak dari itu, apabila rasa penat, putus asa (give up), kami cepat-cepat tukar kembali cara berfikir, dan terus berusaha keras untuk membina kekayaan dan segala yang berkaitan seperti kemewahan, kebahagiaan, kesihatan, ketenangan, keberkatan. Jika masa muda ini kita selalu memberi alasan-alasan-alasan dan selalu merungut (complain), ketahuilah „masa‟ akan tetap berjalan dengan pantas. Tidak sesekali „masa‟ itu akan menunggu kita, masa juga tidak akan melayan segala karenah kita. Ia akan berjalan dan terus berjalan tanpa henti. Anda boleh pilih masa sekarang (umur muda) untuk kumpul aset atau selepas berkahwin, sudah ada anak, nak bayar rumah, bayar kereta, bayar segala bil (bill‟s) dan sebagainya baru terkial-kial nak kumpul aset. Satu benda yang kami belajar, jangan sesekali merungut (complain) terhadap apa sahaja cabaran atau ujian atau masalah yang datang. Kita kena fokus, kayuh, kayuh, kayuh sampai dapat mencapai matlamat (target) kebebasan kewangan (financial freedom). Jika anda masih muda perlu faham secara mendalam perihal kiraan umur (masa) ini, jika tidak setelah berumur 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun bahkan 60 tahun hidup masih lagi merapu, masih lagi terkial-kial untuk kumpul harta kekayaan. Bila umur telah tua nanti, masa telah berkurang, tenaga telah berkurang, kepala menjadi lambat (slow) untuk tangkap ilmu, faham ilmu, pergerakan bertambah perlahan. Bagi mereka yang telah lanjut usia pula, pesanan kami jangan putus asa, fikirkan dalam hidup ini segala yang berlaku adalah yang terbaik Tuhan beri dalam hidup. Perlu banyak bersyukur. Kita pernah lihat pemilik kedai rangkaian burger (McD – Ray Kroc) yang berjaya pada umur 52 tahun, apa pula alasan yang boleh kita beri untuk tidak menjadi kaya dalam hidup? Bagi anda yang masih berumur muda (sekitar 25 tahun) jangan leka, jangan sombong, kerana masa daripada umur 25 tahun ke umur 30 tahun seterusnya 40, 50, 60 tahun adalah sangat cepat berlaku dan terlalu singkat. Apabila kita kenang-kenang kembali, -
Pejam mata sekejap – kita dah habis sekolah rendah Pejam mata lagi – kita dah habis sekolah menengah Pejam mata lagi – kita dah habis universiti Pejam mata lagi – dah fikir kerja > duit > kahwin
Perkara di atas semuanya telah berlalu dengan sangat pantas, dan pejam celik, pejam celik perkara di bawah juga akan berlaku. -
Pejam mata lagi – dah ada 2 orang anak Pejam mata lagi – dah sampai 40-60 tahun ….
Pada ketika kita bermain-main dengan zon selesa, sibuk dengan perkara-perkara sekeliling yang buang masa, ingatlah ada orang dalam diam yang sedang bertungkus-lumus belajar ilmu sebanyak mungkin, membina bisnes, membina aset, agar apabila umur tua nanti hidup mereka dalam kedamaian fikiran dan kedamaian jiwa. Ini kerana harta mereka sudah banyak. Kata bijaksana, “Kita bukan selamanya muda”….. Kita juga seringkali mendengar, “Tuhan tidak akan ubah sesuatu kaum, melainkan kamu itu mengubah nasib mereka sendiri”…. Pada kami, magis (magic) khayalan tidak akan berlaku seperti, Urusan bisnes, Apabila pejam mata selama tiga 3 minit, apabila buka semula telah ada syarikat Sdn. Bhd. Telah anda akaun atas nama syarikat, telah ada database basic (emails) sebanyak 3,000 orang, dan database advance seramai 70,000 orang. Jika ini berlaku dan semudah itu senanglah hidup kita, tetapi secara hakikatnya khayalan atau imaginasi palsu pejam mata tiba-tiba jadi kaya dengan mudah tidak akan berlaku. Segalanya perlu kepada usaha (man jadda wajada), seperti mendaftar syarikat, mendaftar akaun, membina database dari 1 orang kepada 3 orang kepada 5 orang dan seterusnya. Jangan lagi berkhayal “Satu hari nanti aku akan jadi kaya-raya”. Segalanya memerlukan usaha dan doa, mula dari kecil, sedikit demi sedikit dan melalui pelbagai halangan. Untuk urusan pelaburan pula, Juga tidak akan berlaku, pejam mata selama 3 minit, buka balik tiba-tiba kita telah ada 3 bijik-rumah, sudah mahir perihal saham, perihal emas, jaringan perniagaan (networking) dan sebagainya, Perkara ini (pejam mata jadi magis) tidak akan berlaku, segalanya perlu kepada proses dari awal seperti menuntut ilmu (ebook, buku, seminar, pembacaan blog). Kemudian kita perlu bermula kecil-kecilan (start small) terlebih dahulu, kemudian kita akan melakukan kesilapan (make mistakes), selepas itu kita sedar, belajar (learn), dan seterusnya berkembang (growing) sehinggalah kita sampai kepada kebebasan kewangan (financial freedom). Fikirkan perkara ini secara mendalam. Jika ada sebarang pertanyaan silalah email kepada kami melalui >> [ Fb Group ] + [ Blog ESM ]. Akhir kata, semoga anda belajar sesuatu dan kami sentiasa mendoakan kejayaan anda. Sekian Terima Kasih. Wassalamualaikumwarahmatullahhiwabarakaatuh. Supersonic / Inche Hujan -
Penulis Ebook Sistem Menjemput Rezeki Penulis Ebook Spiritual Marketing Penulis Ebook 70 Lessons
Tempahan Ebook Spiritual Marketing (ESM) Langkah 1: Buat Pembayaran Di Salah Satu Bank Berikut
Nama
Ahmad Shahidan Md Shariff
CIMB
701 178 6032
RHB
1-12059-0132357-0
Langkah 2: Hantar Bukti Pembayaran (Bank statement) ke
Email : Abamrain/@/gmail.com Tajuk : ESM - My Full Version Jumlah : RM90
Langkah 3: Download Ebook ESM Anda
Pengesahan Bayaran Ambil Masa 3-5 Hari Bekerja URL beserta Password akan dihantar kepada email anda
2015 dengan ilmu, kegagalan akan hilang selamanya... Inche Hujan | Supersonic
Author Investor Businessman SistemMenjemputRezeki.Wordpress.com
Senarai Terbitan Yang Lain…
Lihat Senarai (Klik sini)
View more...
Comments