eBook-7 Kesilapan Utama Pelaburan Hartanah-Tuanbri
April 13, 2017 | Author: nazcore56 | Category: N/A
Short Description
Download eBook-7 Kesilapan Utama Pelaburan Hartanah-Tuanbri...
Description
7 KESILAPAN BESAR PELABURAN HARTANAH
(YANG MUNGKIN ANDA TELAH LAKUKAN TANPA SEDAR)
JutawanHartanah.com | Tuanbri.com
7 Kesilapan Besar Pelaburan Hartanah (yang mungkin anda telah lakukan tanpa sedar) Edisi Pertama (2012) Ditulis oleh : Tuanbri (Facebook) Diterbitkan oleh : Satu Solution (Facebook)
Pendahuluan Pelaburan hartanah telah menjadi kegilaan ramai orang di luar sana yang ingin keluar daripada belenggu hidup zaman moden ini. Apatah lagi apabila melihat ramai yang telah terlibat dengan pelaburan hartanah mula mengubah cara hidup mereka dan juga lebih kea arah kebebasan kewangan. Ya! Itulah yang dicari‐cari selama ini. Kebebasan kewangan menjadi impian semua yang bermimpi “ingin duduk rumah, goyang kaki, duit masuk”. Namun tidak ramai yang mengetahui akan bahayanya pelaburan hartanah ini. Terikut‐ikut dengan mereka yang teruja, tanpa terlebih dahulu memahami selok –belok pelaburan hartanah, terjerumuslah mereka ke kancah Neraka “Pelaburan Hartanah”. Ramai yang sering mengadu ditipu atau tertipu dengan ejen rumah, tuan rumah, peguam ataupun pegawai bank yang terlibat apabila hartanah yang mereka beli menghadapi masalah demi masalah. Saya sering mendapat panggilan telefon dan email yang memohon bantuan, pandangan, pendapat, teknik pengiraan, tips HOT dan sebagainya. Apa yang pasti ialah kebanyakan mereka berbuat demikian setelah mereka terlibat dengan pelaburan hartanah. Ini kerana setelah mereka menghadapi masalah, barulah mereka tahu bagaimana untuk mencari Tuanbri – Pakar Pelaburan Hartanah No 1 di Malaysia .
“7 Kesilapan Besar Pelaburan Hartanah (yang mungkin anda lakukan tanpa sedar)” ditulis dengan harapan menjadi panduan kepada mereka yang ingin memulakan langkah menceburi pelaburan rumah lelong atau bagi mereka yang telah menceburkan diri (a.k.a. Ötai). TIdak salah sekiranya ebook ini menjadi panduan bagi semua pelabur hartanah di Malaysia.
Pengenalan Pengalaman saya sebagai seorang pelabur hartanah, seorang ejen hartanah, seorang perunding pembiayaan bank, trainer pelabur hartanah, penceramah pelaburan hartanah memaksimakan pendedahan saya terhadap risiko pembelian hartanah yang dijadikan sebagai pelaburan. Saya menulis ebook ini bagi memberi panduan dan petunjuk kepada anda, bahawa semua jenis pelaburan ada risikonya termasuklah pelaburan hartanah. Di dalam ebook ini, saya akan bongkarkan “7 Kesilapan Besar Pelaburan Hartanah (yang mungkin anda lakukan tanpa sedar). Perkara yang buruk boleh kita minimakan risikonya sekiranya kita sedar akan apa yang menunggu kita di hadapan sana. Tidaklah nanti kita akan terkejut beruk apabila benda benda yang tidak dijangka berlaku. Susah untuk saya terangkan di sini, namun anda akan memahaminya setelah khatam membaca ebook ini. Saya amat sangat berharap agar anda buat persediaan rapi dan lengkap sebelum anda menjerumuskan diri dalam kancah pelaburan hartanah. Yang benar,
Tuanbri
Kesilapan #1
Kamikaze
Kamikaze Anda mula menunjukkan minat dalam pelaburan hartanah apabila melihat rakan anda, Abu Nawas (bukan nama sebenar) berjaya menjana pendapatan yang lumayan, hasil daripada jualan hartanah beliau. Keuntungan/Pulangan yang Abu Nawas perolehi hampir 2 kali ganda. Nah, paling kuat Abu Nawas akan buat untuk anda ialah belanja anda makan. Umur anda hamper sebaya dengan beliau tapi taraf hidup anda amat berbeza dengan Abu Nawas. Apa rahsia Abu Nawas? Anda pun mulalah mencari‐cari :
“Lubang‐lubang” pelaburan yang mana anda boleh masuk, forum‐forum hartanah yang terkenal di Malaysia expo‐expo hartanah di pusat membeli belah dan pusat konvension buku‐buku pelaburan hartanah yang terkemuka
Kali ini anda sudah bersedia. Apabila terjumpa sahaja peluang di depan mata, anda terus melompat bagai kucing yang ternampak ikan. Masalah di sini akan timbul kerana :
Adakah peluang itu ialah peluang atau dikatakan “peluang”? Siapa yang kata itu adalah “peluang”? (anda yang baru setahun jagung?) Sudahkah anda membuat rancangan rapi mengenai peluang itu? Bagaimana jika peluang itu menjadi debu? (sanggup ke nak tanggung?)
Jadi langkah pertama yang anda patut ambil ialah Sediakan satu rancangan yang komprehensif untuk pelaburan hartanah anda itu tadi. Jangan KAMIKAZE! Tb : “Ïf You Fail To Plan, You Will Fail” – Jika Anda Gagal untuk merancang, anda akan GAGAL
Kesilapan #2
Suam suam KUKU
Suam Suam KUKU Semangat yang ditunjukkan dalam memulakan langkah dalam pelaburan hartanah sememangnya tinggi apabila Abu Nawas (bukan nama sebenar) menunjukkan hasil/keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan hartanah beliau. Anda pun mulalah mencari bahan‐bahan yang diperlukan dalam pelaburan hartanah. Anda pun mulalah mencari‐cari :
“Lubang‐lubang” pelaburan yang mana anda boleh masuk, forum‐forum hartanah yang terkenal di Malaysia expo‐expo hartanah di pusat membeli belah dan pusat konvension buku‐buku pelaburan hartanah yang terkemuka seminar pelaburan hartanah yang terunggul di seantero malaya
Ilmu penuh di dada. Kepala sudah ada perancangan yang rapi. Dalam komputer dah ada pelbagai perisian mengnai pelaburan hartanah. Tapi TIADA tindakan diambil. Sebabnya :
Kita hanyut dengan hiburan masa kini seperti Astro Kita terbelenggu dengan keadaan semasa Kita tiada rakan yang membimbing Kita tiada keyakinan diri
Akhirnya semua bahan‐bahan yang telah diperolehi telah bertukar menjadi suam‐suam kuku. Tb : Anda harus bertindak SEKARANG!
Kesilapan #3
Jurujual ialah sorang penJUAL
Jurujual ialah seorang penJUAL Hartanah yang anda beli adalah di Expo Hartanah yang diadakan di pusat konvokesion terkemuka di pusat bandar. S: Kenapa anda beli hartanah di expo hartanah? J: Kenapa tak boleh beli pula kat Expo? S: Boleh, tapi anda beli sebab apa? J: Hartanah tersebut berpotensi menjadi pusat pentadbiran kerajaan yang terbaru S: Siapa yang cakap? J: Jurujual tu yang cakap S: Ada tak dia cakap itu hanya cadangan? Belum disahkan lagi? J: Owh, ye ke? Apa beza cadangan dengan yang telah disahkan? S: Tanyalah balik kepada jurujual tu Sering saya ingatkan kepada mereka yang ingin memulakan langkah dalam pelaburan hartanah, tugas seorang penJUAL ialah menJUAL. Tb : penJUAL boleh JUAL ais kepada orang Eskimo
Kesilapan #4
Berbatu‐batu jauhnya
Berbatu‐batu Jauhnya Selalu kita mendapat tawaran yang “menyeronokkan” apabila terlibat dengan pelaburan hartanah ini. Tiba‐tiba sahaja semua orang mula menawarkan hartanah untuk dibeli kepada kita. Antaranya tanah di langkawi, Resort di Terengganu, Perlu ke kita buat pemeriksaan? Bagaimana itu dan bagaimana ini? Isu yang paling penting yang saya sering tekankan ialah kenalpasti siapa yang mendiami rumah tersebut. Cuma ada 2 kategori sahaja. 1. Pemilik Rumah Tersebut Soalan yang harus ditanya ketika Anda berjaya mengenalpasti Pendiami ialah Pemilik Rumah tersebut ialah apa yang akan dilakukan oleh beliau sekiranya Anda membeli rumah tersebut semasa lelongan nanti. Apa rancangan beliau di masa akan datang untuk tempat berteduh beliau. 2. Penyewa Rumah Tersebut Soalan yang harus ditanya ketika Anda berjaya mengenalpasti Pendiami ialah Penyewa Rumah tersebut ialah pengetahuan Penyewa mengenai lelongan rumah tersebut dan apa rancangan beliau jika rumah tersebut berjaya dilelong.
Kesilapan #5
Tidak Memohon Pembiayaan Sepantas Mungkin
Tidak Memohon Pembiayaan Sepantas Mungkin Anda tidak tahu bahawa dalam pembelian rumah lelong, terdapat ‘time frame’ atau jangka masa yang perlu ditepati. Sekiranya anda gagal, maka deposit Anda 10% untuk pembelian rumah lelong tersebut akan hangus. Antara sebab ramai gagal menepati jangka masa tersebut ialah permohonan pembiayaan dibuat setelah beberapa minggu berjaya membida rumah lelong. Perlu diingatkan setiap bank di Malaysia mempunyai syarat‐syarat dan terma‐terma masing‐ masing. Ianya tidak ‘standard’ atau sama bagi setiap bank. Bergantung kepada polisi pihak pengurusan bank tersebut. Isu yang sering timbul di sini adalah seperti berikut :
ANDA tidak boleh memohon PEMBIAYAAN dengan pihak bank. (CCRIS,CTOS)
ANDA tidak layak untuk memohon jumlah PEMBIAYAAN yang sepatutnya selari dengan harga rumah lelong tersebut. (90% pembiayaan/
View more...
Comments