e-Buletin JABATAN PENERANGAN MALAYSIA • Semangat Patriotisme Edisi Januari 2017
Sebagai Ideologi
Penerangan
M/S 5,6
SEJARAH RUKUN NEGARA Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
• Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN Majlis Perundingan Negeri (badan yang bertanggungjawab menggubalnya). • Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN , iaitu pada 27 Januari 1970.
•
Majlis Perundingan Negara ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah undang-undang darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970.
•
Anggota-anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang pengerusi , tiga orang menteri , wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama , badanbadan profesional , perkhidmatan awam , kesatuan sekerja , wartawan , persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.
•
Rukun negara telah diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong yang keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-13.
OBJEKTIF RUKUN NEGARA Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat . Untuk memelihara cara hidup demokratik . Untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara harmoni dan terjamin . Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan mempunyai pelbagai corak lapisan kaum di kalangan masyarakat . Untuk membina sebuah masyarakat yang progresif dengan adanya ilmu sanis dan teknologi-teknologi yang moden .
Selain itu adalah untuk melahirkan semangat patriotik di kalangan masyarakt pada hari ini supaya semua lapisan masyarakat akan merasai betapa pentingnya Rukun Negara di dalam negara kita . keharmonian negara adalah bergantung kepada masyarakat yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan semangat perpaduan cintakan negara yang disemai sejak dahulu lagi demi kepentinagn negara .
HURAIAN Kepercayaan kepada Tuhan Mewujudkan ikatan agama agar masyarakat dapat membentuk fikiran, pertuturan dan perbuatan yang memanfaatkan diri serta orang lain memandangkan semua agama mengajar kebaikan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara Menanam sikap bertanggungjawab, sanggup berkorban demi negara dan memberi sumbangan terhadap permbangunan negara.
Keluhuran perlembagaan Membolehkan masyarakat menyedari kepentingan. Perlembagaan sebagai sumber perundangan tertinggi yang harus dipatuhi demi keharmonian negara.
Kedaulatan undang-undang Mewujudkan masyarakat yang menghormati dan mematuhi undang-undang negara memandangkan undang-undang memberi perlindungan kepada semua anggota masyarakat.
Kesopanan dan kesusilaan Memupuk sahsiah mulia dalam kalangan masyarakat agar tidak menyinggung perasaan orang lain yang boleh menjejaskan keharmonian negara.
Negara Malaysia Negara Merdeka Berbilang Bangsa pelbagai agama Hidup di bawah satu pemerintahan Mendukung murni satu cita-cita
SAJAK
Tragedi 13 mei 1969 menjadi igauan Sehingga tercetus ideologi negara Yang adil lagi saksama Rukun negara diberi nama 5 prinsip telah termaktub Merangkumi segala aspek dan sudut Mengambil kira segala kepentingan Melahirkan masyarakat yang adil lagi demokratik
RENUNGAN
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada segala pihak yang membantu kami secara langsung dan tidak langsung untuk membuat e-bulletin ini. Sekalung penghargaan ingin kami berikan kepada pensyarah kami, Pn. yang memberikan bimbingan dan mengorbankan masa beliau bagi projek ini. Sekian, terima kasih.
SOAL JAWAB ! 1. Apakah maksud Rukun Negara? - Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia
2. Pada bilakah Rukun Negara dibentuk? - Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970
3. Berikan 2 tujuan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ditubuhkan? - Untuk membasmi kemiskinan - Untuk menyatukan semua masyarakat
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.