Dr Bagindo Muchtar - Pandang Kedalam -Manuskrip Yang Tidak Diterbitkan.docx
April 8, 2017 | Author: Dean Ahmad | Category: N/A
Short Description
Download Dr Bagindo Muchtar - Pandang Kedalam -Manuskrip Yang Tidak Diterbitkan.docx...
Description
Dr Bagindo Muchtar - Pandang Kedalam -Manuskrip Yang Tidak Diterbitkan PRAKATA SATU Al-Fakir Abdillah Abdullah AlGemasi Bismillah hir rahmanirrahim Dengan IradatNya jua saya digerakkanNya untuk menulis semula buku karangan Dr Bagindo Muchtar ini. Secara jujur dinyatakan bahawa ianya dilakukan tanpa mendapat keizinan dari Dr Bagindo Muchtar kerana saya tidak pernah menemuinya dan tidak tahu bagaimana untuk berhubung dengannya. Saya tidak pasti sama ada penulis asal buku ini masih hidup atau telah kembali ke Rahmatullah. ( bukunya merupakan MANUSKRIP yang mengikut catatannya siap ditaip / tulis pada 27hb November 1965 – 41 tahun yang lalu ) Namun ianya dilakukan juga kerana tuntutan mencari ilmu. Saya yakin Dr Bagindo Muchtar pasti mengizinkannya. Ianya juga merupakan permintaan saudara dan sahabat saya Sdra Anuar Yasin dari Felda Jelai 3, Gemas. Saya memanggilnya sebagai Syeikh Nuar. Ini adalah kerana salinan buku berkenaan yang ada pada saya ( dan salinan yang saya hadiahkan kepada beliau ) merupakan salinan fotokopi yang tidak jelas dan sukar untuk dibaca. Pada tahun 1980 saya bertugas sebagai Pengarah Bekalan di Jabatan Stor Keretapi Tanah Melayu. Seorang kakitangan saya ( yang saya anggap sebagai abang kerana jauh lebih berusia daripada saya ) bernama Amar Mansor telah menghadiahkan buku karangan Dr Bagindo Muchtar ini kepada saya. ( Sdra Amar pernah menjadi JURULATIH KANAN SILAT NASRUL HAQ YANG DITERAJUI OLEH PROF DR MUCHTAR LINTANG DARI INDONESIA ) Ketika itu saya baru berumur 29 tahun dan langsung tidak berminat kepada isi kandungan buku tersebut. Namun saya sangat menyayangi buku. Saya telah menyimpan buku itu dan telah membacanya banyak kali juga tetapi tidak dapat memahaminya seperti yang sepatutnya pada ketika itu. Pada tahun 1995 saya telah mula menulis buku karangan saya sendiri yang saya namakan sebagai Pengantar Ilmu Hakikat Yang Diwariskan. Sebagai bab penutup saya sangat berhajat untuk menulis mengenai pendapat pendapat sama ada sesaorang itu boleh menemui Dirinya ketika ianya masih hidup didunia ini. Ini adalah kerana kesemua guru guru saya menegaskan bahawa satu ketika nanti sesaorang salik itu akan dapat menemui Dirinya sendiri. Malangnya ketika saya bertanya kepada guru guru saya itu sama ada beliau sendiri telah menemui Dirinya, jawapan yang saya terima secara langsung dan tidak langsung tidak memuaskan hati saya. Ini pada hemat saya adalah kerana guru guru saya itu sama-ada masih belum lagi menemui Dirinya atau barangkali ianya merupakan satu SIRR atau Rahsia yang tidak boleh diberitahu kepada sesiapapun atau barangkali ianya ( perkara boleh menemui Diri itu ) merupakan cakap cakap sahaja bukan satu perkara yang benar. Yang demikian saya sendiri masih belum menemui Diri saya itu kerana saya tidak pernah diberitahu bagaimanakah cara dan amalannya. Saya telah mencari buku Dr Bagindo Muchtar ini tetapi adalah jelas bahawa ianya sudah tiada dalam simpanan saya lagi. Tidak mungkin saya akan dapat menemuinya kembali melainkan atas Kehendak Allah jua. Saya menadah tangan berdoa kepada Allah dan meminta Allah memberikan petunjukNya untuk menunjukkan bahawa Ilmu Hakikat / Ilmu Mengenal Diri dan Tauhid Hakikat itu merupakan ilmu yang benar bukan ilmu yang sesat seperti mana dikatakan oleh ramai ulama Syariat. Saya juga memohon agar Allah memulangkan semula buku berkenaan. Selepas tiga hari saya telah didatangi oleh seorang anak muda dari kampong saya juga. Anak muda ini telah datang kerumah saya selama tiga malam berturut – turut namun pulang kerumahnya kerana setiap kali dia datang saya ada tetamu. Jelas sekali anak muda ini ingin berbicara atau berbincang dengan saya secara bersaorangan. Anak muda ini hanya dapat menemui saya secara bersaorangan pada malam keempat. Ketika mengetahui saya tiada tetamu beliau terus memegang kaki saya sambil menangis teresak esak meminta saya mengampunkannya. Ini adalah kerana ( menurutnya ) dia telah mengambil buku saya tanpa pengetahuan dan izin saya dan setelah membacanya terus mengamalkan ajaran ajaran yang terdapat didalam buku tersebut. Anak muda ini menceritakan
kepada saya pengalaman pengalaman aneh dan menakjubkan yang dinikmatinya selama lima tahun setelah mengamalkan amalan amalan yang diyorkan oleh buku tersebut. Katanya dia telah menemui Dirinya sendiri dan menyerahkan urusan kehidupannya selama lima tahun kepada Dirinya itu. Beliaulah orang pertama yang mengaku kepada saya bahawa Diri itu boleh ditemui jika kita tahu JALANNYA. Anak muda ini menjadi guru saya yang entah keberapa. Menurutnya sejak lima hari yang lalu beliau berasa amat gelisah dan hatinya diruntun runtun untuk memulangkan harta yang bukan miliknya. Harta yang dirujuknya itu ialah buku Dr Bagindo Muchtar milik saya ( yang saya cari cari itu ) tetapi buku yang dikembalikannya kepada saya bukanlah buku yang asal tetapi merupakan salinan fotocopy. Yang asal telah diambil oleh sesaorang katanya. Anak muda ini juga menyatakan bahawa MURTIARANYA telah hilang. Sudah tiga tahun katanya dia kehilangan Dirinya ….. tidak lagi dapat menemui Diri itu seperti yang dialaminya selama lima tahun. Pada sangkaannya sebabnya ialah kesilapan mengambil buku berkenaan tanpa izin pemilik dan mengamalkan ilmu tanpa mendapat ijazah. Sebab yang sebenar saya sendiri pun tidak tahu. Ada juga kemungkinan bahawa perkara yang SIRR telah diceritakan kepada orang lain khususnya orang yang bukan ahli. Namun begitu Keagungan Allah adalah amat jelas dan nyata. Peristiwa yang saya ceritakan tadi membolehkan anda membaca buku Dr Bagindo Muchtar ini. Mudahan mudahan anda juga akan menikmati nikmat sepertimana yang telah dinikmati oleh anak muda yang saya ceritakan diatas. Namun segala-galanya adalah KetentuanNya jua. Saya tidak bercadang untuk menceritakan didalam Prakata ini akan pengalaman pengalaman luarbiasa oleh anak muda tersebut. Saya juga tidak dapat menyebutkan namanya kerana tidak dapat keizinannya. Yang dapat saya katakan ialah adalah satu perkara yang benar bahawa sesaorang salik itu dapat malah amat perlu menemui Dirinya. Ini telah disebutkan oleh Sultanul Aulia’ Syeikh Abdul Qadir Jailani didalam kitabnya dan juga telah dinyatakan oleh Syeikh Hamzah Al – Fansuri didalam karangan karangannya. NOTA Tajuk Asal Buku Dr Bagindo Muchtar ialah MENGENAL DIRI Penyalin mengubah tajuknya kepada MENEMUI DIRI DENGAN MEMANDANG KEDALAM kerana itulah yang dibincangkan sebenarnya oleh Dr Bagindo Muchtar. Fatihah Untuk Dr Bagindo Muchtar. Penyalin ( dan sewajarlah semua pembaca ) sangat berterimakasih kepada beliau atas isi kandungan buku ini. Isi kandungannya sangat MIRIP kepada PATRAP yang diterajui oleh bapak Slamet dan Bapak Abu Sangkan – Dzikirullah.com . Terimakasih dan Fatihah juga untuk abang penyalin Sdra Amar Mansur. Penyalin tidak pasti sama-ada Buku MENGENAL DIRI karangan DR BAGINDO MUCHTAR ini telah pernah diterbitkan. Salinan yang ada pada penyalin merupakan Manuskrip yang ditaip. Mengikut catatan manuskrip, Dr Bagindo Muchtar mula menaipnya pada 1hb ogos 1962 dan siap pada 27hb November 1965 di Palembang, Indonesia. Pada hemat penyalin Dr Bagindo Muchtar ialah Prof Dr Muchtar Lintang Mahaguru Silat NASRUL HAQ. Ini adalah berdasarkan pengakuan Sdra Amar Mansur bahawa manuskrip ini dihadiahkan kepadanya oleh Prof Muchtar Lintang sendiri. Ketika itu sdra Amar merupakan jurulatih kanan Nasrul Haq, di Kuala Lumpur. Amar Mansur pula menghadiahkan satu salinan kepada penyalin pada tahun 1980 sebagai Hadiah Harijadi. *********************** PRAKATA DUA
Al-Fakir Abdillah Abdullah Al-Gemasi Saudara pembaca, Dikalangan pengikut Ilmu Hakikat Diri Yang Sebenarnya Diri itu merupakan perkara immaterial yang bersifat Rabbaniah atau bersifat Ketuhanan. Yang demikian ianya juga dikatakan mempunyai Sifat Sifat 20 Allah SWT. Nyata dengan jelas akan wujudnya 7 ( tujuh ) Sifat Sifat MaaniNya ( Hayat / Basar / Kalam / Kudrat / Ilmu / Sama’ & Iradat ) pada Diri itu yang seterusnya melihatkan kesan kesannya melalui anggota anggota badan manusia itu. Yang menjadi persoalan ialah adakah Diri itu juga memiliki Sifat Sifat MAHA atau SIFAT SIFAT MAKNUYAH Allah SWT ? ( Hayyun / Basirun / Mutakallimun / Qadirun / Alimun / Samiun & Muridun ) Jika dikatakan ada kenapakah manusia itu mempunyai pelbagai kelemahan dan serba kekurangan ?, sedangkan yang dikatakan MAKNUYAH itu ialah HAYYUN / MAHA HIDUP, QADIRUN / MAHA BERKUASA, ALIMUN / MAHA TAHU, BASIRUN / MAHA MELIHAT, SAMIUN / MAHA MENDENGAR, MUTAKALLIMUN / MAHA BERKATA-KATA dan MURIDUN / MAHA BERKEHENDAK ?. Pernahkah anda menemui manusia yang memilikki Sifat Sifat sebegini ? Jika dikatakan Diri itu hanya memilikki Sifat Sifat Maani sahaja, maka tidaklah boleh dikatakan bahawa Diri itu bersifat Ketuhanan ! Hanya IlmuNya sahaja yang dapat memberi penjelasan kepada sesaorang salik itu kerana pada hakikatnya Tiada Yang Berilmu Hanya Dia. Saudara pembaca, Marilah kita alihkan tumpuan dan perhatian kita buat seketika kepada perkara yang mungkin kita anggap sebagai remeh temeh ( yang jarang sekali kita fikirkan secara mendalam rahsianya ) kerana kita terlalu biasa dengannya oleh kerana kita sentiasa bersamanya, setiap detik dan ketika barangkali. Saya ingin menarik perhatian saudara tentang dua perkara iaitu mengenai tenaga letrik yang mengalir dirumah kita, dipejabat kita di sekitar kita dan juga tentang jalan jalan atau laluan laluan yang selalu kita gunakan tanpa kita memikirkan hakikat yang kita sebenarnya menumpang jalan jalan yang bukan milik kita itu . Mengenai tenaga letrik ianya adalah abstrak kerana sangat susah bagi kita menjelaskan apakah ianya sebenarnya melainkan bercerita mengenai kesan kesannya. Jurutera letrik mengukurnya dengan mengadakan kata kata ukuran seperti watt, voltage dan sebagainya. Jika dikatakan ianya mati, letrik itu menghidupkan pelbagai peralatan dan membahagiakan kehidupan kita pula. Jika kita katakan ianya hanya benda yang mati ianya bergerak dan mengalir dari janakuasa kerumah kita melalui jalannya sendiri. Jalannya ialah dawai tembaga ( copper ). Jika kita gantikan dengan tali plastik umpamanya ia enggan berjalan ( mengalir ) Ianya tetap mahu kepada jalannya sendiri. Tidak mahu ia menumpang jalan yang bukan jalannya ( jalan orang / benda lain ) Jika kita katakan ianya hidup kita tidak pernah nampak akan rupanya melainkan lambang lambang yang diadakan oleh jurutera. Jadi ianya seperti sesuatu yang ada ZAT seperti air juga yang hidup dan menghidupkan. Saudara pembaca, Jalan tenaga letrik ini kita sebut sebagai dawai letrik. Jurutera membuatnya mengikut pelbagai ukuran ( saiz ) sesuai dengan kekuatan atau satu satu kegunaan itu. Jika dawai dawai yang merupakan jalan jalan tenaga letrik ini berbalut mengikut piawaian yang ditentukan maka tenaga atau kekuatannya telah dihadkan kepada kegunaan yang ditujukan itu. Umpamanya ia akan menyalakan lampu tanpa membakar lampu tersebut, memusingkan kipas tanpa merosakkannya atau menghidupkan peti televisyen tanpa memudaratkan kita sebagai pengguna atau peti televisyen itu sebagai alat. Jadi bolehlah kita katakan bahawa tenaga letrik dalam dawai yang berbalut itu bukanlah kekuatan sebenar tenaga letrik itu. Ini adalah kerana jika balutan itu dibuang dan yang tinggal hanya dawai tembaga maka kekuatan sebenar tenaga letrik itu boleh membunuh manusia dan merosakkan segala peralatan.
Yang demikian balutan itulah sebenarnya yang membuatkan kekuatan yang MAHA itu terkawal sesuai dengan apa kegunaan yang diinginkan. Mengenai jalan pula, jalan keretapi umpamanya kita sebut sebagai landasan keretapi. Jika kita naik keretapi kita disebut sebagai penumpang keretapi. Jika kita naik bas pula kita disebut sebagai penumpang bas. Ini adalah kerana landasan itu bukan milik kita tetapi milik keretapi. Kita hanya tumpang menggunakan sahaja. Apapun, jika tidak ada jalan maka kita akan menjadi statik kerana tidak dapat kemana mana pun. Yang demikian jalan itu adalah penting malah sangat penting. Sesuatu perkara itu mempunyai jalan jalan masing masing, atau jalan jalannya sendiri. Untuk memperolehi sesuatu kita hendaklah tahu akan jalannya. Jika kita tidak tahu jalan, maka kita tidak akan kemana malah boleh sesat pula. Oleh kerana selama ini kita hanya menumpang jalan, jalan yang bukan milik DIRI kita maka sentiasalah kita menjadi penumpang. Maka adalah amat perlu kita membina atau menemui jalan kita sendiri. Yang sebenarnya tidaklah perlu kita membinanya kerana jalan itu telahpun disiapkan untuk kita. Cuma kita tidak menyedari akan wujudnya. Lantaran itu ianya jalan yang tidak pernah kita gunakan kerana kita sememangnya jahil tentang kewujudannya. Saudara pembaca, Marilah kita kembali kepada perkara yang serius semula ( bukan perkara remeh lagi ) Saya ingin menarik perhatian saudara kepada sebuah kitab yang dikarang oleh Qutubul Aulia’ Syeikh Abdul Qadir Jailani yang berjudul SIRRUR ASRAR. Jika anda belum membacanya maka carilah buku ini dan bacalah berulang ulang kali. Didalam kitab berkenaan Syeikh kita menjelaskan bahawa Ruh Al – Qudsi ( yang juga dirujuk sebagai Diri Yang Sebenarnya oleh ulama lain ) dan umumnya dirujuk sebagai ruh atau nyawa kita itu dinamakan oleh beliau sebagai TIFLUL MAANI iaitu sesuatu yang immaterial atau bukan benda yang terlalu rahsia yang bersifat Rabbaniah atau Ketuhanan yang membuatkan kita hidup dan menjadi manusia atau insan yang sempurna. Menurut beliau, Allah SWT telah mambalut Tiflul Maani ini dengan pelbagai balutan cahaya kerana jika ianya tidak dibalut maka kekuatanNya akan membakar jasad atau tubuh atau badan yang menjadi sarungnya didunia ini. Seperti tenaga letrik yang berjalan didawai tembaga terhad atau dihadkan kekuatannya oleh lapisan lapisan pembalut plastik sesuai dengan kegunaan tenaga itu, begitu jugalah kekuatan TIFLUL MAANI itu dihadkan kekuatannya sesuai dengan kehidupan manusia itu dimuka bumi ini. Maka yang kelihatan ketika kewujudan balutan balutan itu hanyalah kekuatan yang terhad yang disesuaikan hingga yang terlihat hanyalah apa yang kita sebut sebagai kesan kesan SIFAT SIFAT MAANI ALLAH SWT. Sifat Sifat MAHA iaitu Sifat MAKNUYAH itu seperti ghaib. Kesan wujudnya juga hampir tidak kelihatan. Yang demikian bolehlah kita katakan bahawa Sifat Sifat Maknuyah Allah SWT sememang wujud pada Diri Sebenar manusia itu. Ianya hanya akan NYATA apabila balutan balutannya terhapus atau dihapuskan. Saudara pembaca, Bagi sesaorang yang bertauhidkan kepada Keesaan Allah SWT dan betul betul meyakini akan kebenaran Ilmu Hakikat, wajiblah ianya beriman bahawa tiada apa yang wujud dialam maya pada ini melainkan Zat Alllah semata – mata.
Wajib juga ia percaya bahawa Allah meliputi dirinya dan pengliputan itu menjadikan dirinya sebagai manusia pada hakikatnya tidak wujud. Dia juga yakin bahawa Ruh atau Nyawa atau Hati atau Qalbunya merupakan Ruh Al – Qudsi Allah yang memilikki segala Sifat Sifat Allah termasuk Sifat Sifat 20 yang wajib diketahuinya berkaitan Allah SWT. Yang demikian apa yang harus ditumpukan oleh sesaorang salik itu, setelah meyakini bahawa Diri Yang Sebenarnya Diri itu memilikki Sifat Sifat Maknuyah Allah SWT ialah mencari JALAN untuk menemuinya dengan pemecahan pemecahan balutan balutan itu. Usaha usaha pemecahan balutan balutan cahaya yang membalut Ruh Al – Qudsi atau bagi Syeikh Abdul Qadir TIFLUL MAANI boleh dicapai dengan beberapa cara mengikut pegangan dan fahaman sesaorang itu. Bagi orang orang yang hanya meyakini Ilmu Syariat maka caranya ialah mentaati Alllah SWT sebaik mungkin dengan menjauhi sift sifat terkeji dan melakukan sebanyak mungkin ibadah. Bagi ahli ahli Tarikat pula maka sewajarnyalah ia menaikkan tahap zikirnya dengan bimbingan mursyid hingga mencapai Makrifatullah. Bagi Ahli Tauhid iaitu Ahli Hakikat tumpuan ialah kepada Mengesakan Allah dan memusnahkan Keakuannya ….. Dan bagi Dr Bagindo Muchtar Diri Yang Sebenarnya Diri itu boleh ditemui kalau sekiranya sesaorang itu mengetahui JALAN DIRI itu sendiri. Perkara inilah yang dihuraikan oleh Dr Bagindo Muchtar didalam bukunya yang oleh penyalin dijudulkan semula sebagai PANDUAN MENEMUI DIRI DENGAN MEMANDANG KEDALAM. MATLAMAT TERAKHIR – THE ULTIMATE OBJECTIVES. Saudara Pembaca ! Awal Awal Agama Ialah Mengenal Allah . Apa pula Akhir Akhir Agama itu ? Sewajarnyalah Akhir Agama Itu Menemui Allah. Saya tidak pasti sama-ada ada Hadith atau Ayat Ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa Akhir Akhir Agama Itu Ialah Menemui Allah setelah Kita Dapat Mengenalnya. Apapun terdapat banyak Ayat Ayat Al-Quran yang menjelaskan bahawa sesaorang itu dapat BERTEMU dengan Allah mengikut cara cara yang ditentukan oleh Allah sendiri dan caranya yang jelas ialah dengan PANDANGAN BATIN dan dengan MENGENAL DIRI SENDIRI. Yang demikian Mengenal Diri itu sewajarnyalah Awalnya dan MENEMUI DIRI itu adalah akhirnya. Jadi kita katakan bahawa tiadalah gunanya ILMU, jika kita tidak dapat menggunakannya untuk MENGENAL DIRI. Dan boleh juga kita katakan bahawa adalah sia sia kita dapat kita Mengenal Diri kita jika kita tidak dapat MENEMUINYA. Dan adalah perkara yang SANGAT MALANG dan SANGAT RUGI jika kita tidak dapat MENEMUI ALLAH setelah kita berjaya Menemui Diri kita. Barangkali inilah yang sewajarnya menjadi MATLAMAT AKHIR atau THE ULTIMATE OBJECTIVES kita menuntut Ilmu apatah lagi ILMU MENGENAL DIRI . Iaitu kita wajib belajar Mengenal Diri agar Diri itu dapat kita TEMUI dan akhirnya sebagai SifatNya Diri itu sebagai bahagian Yang Ghaib kita dapat pula DIRI itu, membawa kita MENEMUI ALLAH TUHAN kita YANG MAHA GHAIB itu.
Barangkali inilah maksud Hadith : Wa Man Arafa Rabbahu Fasadal Jasad – Sesiapa Yang Mengenal Tuhannya maka binasalah JasadNya. Pokoknya ialah JASAD atau BADAN itu wajarlah diBINASAKAN dahulu agar YANG BATIN itu WUJUD ESA DENGAN ALLAH, dapat berkuasa sepenuhnya dalam ertikata menguasai segala-galanya mengikut KETENTUAN TUHANNYA. Soalnya ialah bagaimanakah caranya kita dapat mengenal dan menemui DIRI kita itu ? Maka sewjarnyalah kita menghalusi maksud Hadith Baginda Nabi Muhammad : BERTAFAKUR SESAAT ITU LEBIH BAIK DARI BERIBADAH SELAMA 70 TAHUN. Bagaimanakah caranya kita bertafakkur itu ? Cara Bertaffkur dan CARA UNTUK MENEMUI DIRI dan TUHAN inilah yang ditumpukan oleh Dr Bagindo Muchtar dalam buku yang anda akan baca ini. Maka wajarlah anda BERSYUKUR kepada Allah dan berterima-kasih kepada Dr Bagindo Muchtar kerana selain buku ini saya belum pernah terjumpa mana mana buku dan kitab yang menunjukkan cara caranya MENEMUI DIRI sejelas buku Dr Bagindo Muchtar ini. Semuga anda sebagai pembaca akan menemui Diri anda sendiri dan menikmati erti kehidupan sebenar melalui cara cara Dr Bagindo Muchtar, kerana bagi Dr Bagindo Muchtar cara cara kehidupan yang kita jalani selama ini adalah cara cara kehidupan yang salah dan merugikan. Kita perlu mencari jalan CARA KEHIDUPAN BARU dengan menyerahkan segala urusan kehidupan kepada DIRI yang telah ditemui itu. Semuga Allah memeberi Taufik dan HidayahNya kepada kita semua. Bersyukur kita kepada Allah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Bagindo Muchtar ( yang pada pendapat penyalin barangkali dia jugalah yang menamakan dirinya Professor Dr Muchtar Lintang pengasas silat NASRUL HAQ. ) Terima ksih kita juga kepada anak muda yang telah memulangkan semula buku Dr Bagindo Muchtar ini kepada penyalin. Walllahhualam, salam takzim dan selamat membaca. Ikhlas dari, Al – Fakir Abdillah Abdullah Al – Gemasi Kampong Londah, Gemas Negeri Sembilan, Malaysia. 09 Julai 2006. BAB SATU KESIMPULAN DARI PERJALANANKU Yang ada mencari yang tiada Menemui sesuatu yang harus mendapatkan perhatian dari kita sendiri. Mengikuti terus perkembangannya. Terus mengadakan latihan sampai dapat berkembang terus, sampai dapat merasakan yang sesuatu itu telah memancar dari dalam badan sendiri. Dengan sesuatu melakukan sesuatu untuk dapat mengetahui akan rahsia yang terkandung padanya. Melakukan perjalanan dengan sesuatu dari tiada sampai kepada tidak ada. Tempat tidak ada menyadarkan dan menyatakan badan diri guna untuk mengadakan pengakuan akan tiada Tuhan yang lain melainkan Allah dan Muhammad sebagai Rasullullah dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadat sekurang – kurangnya tiga kali berulang – ulang. Sekali berjalan dari tidak ada kepada sampai kepada ada. Kewibawaan kita keluar selalu sebagai seorang manusia dengan sesuatu.
Demikianlah adanya. AKU BAGINDA MUCHTAR ( SI SEPULUH ) BAB DUA KATA BERMULA Anak anakku sekalian, 1 Ketahuilah olehmu, resapkan kedadamu bahawa dibumi Tuhan engkau berpijak dan dibawah lindungan yang Maha Besar engkau berdiri. Adalah engkau hidup dan dihidupkan. Dari itu sembahlah DIA ALLAH Yang Maha Esa dan pohonkanlah segala – galanya kepadaNya, 2 Engkau menjadi orang melalui ibu bapamu. Kalau tidak ada ibu bapamu tentu engkau tak akan menjadi manusia kerana ibu bapamu itu manusia. Dari itu sujudlah dan hormatilah dia sedalam dalamnya dan jangan durhaka kepadanya ( mereka ). 3 Engkau dilahirkan melalui ibumu dan jadilah engkau anak kandungnya kerana dia yang mengandung engkau. Seorang anak tak akan jadi kalau tak ada bapamu. Dan dibidang Ilmu Pengetahuanku adalah engkau anakku pula dan adalah aku gurumu, walaupun engkau memanggilkan bapa padaku. BAB TIGA BAHAGIA Sebagai seorang manusia engkau dilahirkan oleh ibumu. Kelahiranmu mendatangkan Bahagia pada perasaan ibu bapamu dan kaum familimu. Dan dimana letaknya Bahagiamu itu ? Engkau membawa bahagia dan bahagia itu ada padamu, tetapi dimana letaknya ? Letaknya ialah padamu yaitu ditempatnya. Mungkin letaknya diluarmu ? Tidak mungkin kerana engkau yang membawanya. Bahagiaku letaknya padaku dan bahagiamu letaknya padamu. Aku mangandung bahagia dan engkau ( juga ) mengandung bahagia. Untuk merasakan dan mendapat ( kan ) itu bahagia tentu engkau harus melahirkan kandunganmu itu. Engkau tak tahu. Dalam hal ini maka aku yang engkau anggap gurumu yang menolong melahirkan kandungan mu itu. Dan engkau akan merasa bahagia sepanjang masa, kalau engkau tahu dan mengerti dan dapat memahami bahagiamu yang telah dilahirkan itu. Kesadaran dan pengertianmu yang mendalam dapat menilai dan menghargai gurumu sebagai pembimbingmu memecahkan Rahsia DIRImu sendiri, menuju hidup sepanjang masa menjelang hidup yang kekal abadi. Pelajarilah segala sesuatunya dengan sesuatu yang ADA padamu dan jagalah hadapmu terhadap ibubapamu, sesudah itu guru gurumu. Dan istimewa terhadap Tuhan yang mengadakan segala yang ada, yang menjadikan segala yang dijadikan, yang Mengetahui yang tidak diketahui oleh apa dan siapa saja, sembahlah Dia dan carilah Rahsianya yang terkandung didalam dirimu, untuk dapat mengenalnya dengan erti yang sebenarnya. Rabbigefer warham wa anta khairurrahimin………………………………………………………. ( Wa ) Hai Tuhanku ampunilah kesalahanku, kasihanilah aku, Engkau ( lah ) yang sebaik-baik Yang Mengasihi….
Palembang 27hb Nov 1965 Bagindo Muchtar. BAB EMPAT KISAHKU Bidukku yang tadinya belayar dengan tenang dan laju karam dihentam badi topan ( taufan ) sehingga terdampar ketepi pantai sampai menyebabkan kemudi patah. Semua orang didaratan menyalahkan aku. Aku belayar dengan bidukku mengharung lautan samudera dengan tujuan mencapai pulau cita cita yaitu BAHAGIA. Bahagia yang diidam idamkan oleh setiap manusia. Dalam pelayaran itu sewaktu aku memutar haluan hendak menuju sesuatu tujuan yang tertentu yang aku anggap baik, maka sekonyong konyong dengan tidak aku sadari berembuslah badai taufan dengan amat dahsyatnya yang menyebabkan bidukku terhempas kekanan dan kekiri. Segala ikhtiarku, daya upayaku aku jalankan guna untuk bertahan menjaga supaya bidukku jangan karam. Akhirnya setelah aku cuba bertahan berhari hari dan bermalam malam ( lima belas hari dan lima belas malam lamanya ) untuk menyelamatkan biduk itu, kesudahannya bidukku ketepi pantai dan tidak sampai tenggelam ditengah lautan. Daya tahanku boleh dikatakan hampir habis. Kerana kalau sampai tenggelam ditengah lautan tentu semenjak waktu itu akan berakhirlah riwayat hidupku dan tidak ada satu manusia pun akan mengetahui kisahku ini. Kerana seluruh isi biduk itu akan ikut tenggelam dan termasuk aku sendiri. Aku kehabisan tenaga. Bidukku terdampar dan disaat itu aku belum sedar betul. Dengan tidak usul periksa semua orang didaratan menyalahkan aku. Aku berusaha dan mencuba menerangkan keadaan yang sebenarnya akan tetapi tidak satu orang pun waktu itu yang mahu mendengar keteranganku. Aku tidak mengharapkan belas kasihan dari orang orang itu, tidak…….. hanya aku ingin mengemukakan kebenaranku kepada mereka itu akan tetapi manusia manusia itu tidak mahu menerimanya. Dan dari segi lain, angin badai taufan tersebut menyebabkan mulai berlakunya PERISTIWA GHAIB BAGI DIRIKU. Aku terkatong katong seorang diri dan tiap tiap orang yang menemui aku atau yang aku temui memperlihatkan rasa curiga padaku. Dan segala sesuatunya itu aku terima dengan segala kesabaran dan tawakkal. Curiga orang orang itu menjadi bahan bagiku untuk mengoreksi ( memperbetulkan ) diriku. Aku harus menyesuaikan batinku dengan zahirku. Dan beransur ansur mulai ada orang yang mempercayai aku dan sudah ada pula menaruh perhatian padaku. Bidukku dikuasai oleh orang orang tertentu, bahkan sampai kepada kekayaanku yang tidak seberapa dikuasai orang juga. Pihak pihak yang tertentu tidak mahu mengerti dan tidak mahu tahu akan keadaanku waktu itu dan terang aku rasakan ialah kemerdekaanku dirampas oleh orang orang yang tertentu itu dengan tujuan tertentu pula. Aku tidak berdaya kerana tidak ( ada ) satu orang pun yang memihak padaku. Kebenaranku dikalahkan oleh jumlah bilangan mereka yang banyak. Dan belakangan ternyata kemudi bidukku patah, patah tidak dapat disambung lagi sehingga aku kehilangan kemudi ( kesayanganku ) untuk selama – lamanya.
Aku mengatakan maka sampainya patah kemudi itu disebabkan keranakan yang menguasai bidukku itu setelah kemerdekaanku dirampas, kerana setahuku bidukku tidak sampai sebegitu jauh rosaknya, akan tetapi oleh kerana dari semula orang mengatakan aku yang menyebabkannya, maka kesalahan tetap dipikulkan kepundakku. Aku tahu bidukku rosak. Dengan mati- matian sewaktu di tengah lautan aku pertahankan supaya jangan sampai tenggelam dan akhirnya dengan tidak berdaya aku sampai ketepi. Hanya aku yang tahu bagaimana hebatnya taufan itu mengamuk siang dan malam dan hanya aku yang bertahan dan lantaran aku juga makanya biduk itu sampai ketepi pantai. Dan sekalian yang terjadi dibidukku adalah akibat dari serangan gelombang dahsyat yang menghentam bidukku itu. Kemerdekaanku dirampas dan aku disingkirkan dengan paksa. Kesalahanku waktu itu ialah aku tidak tegas, aku waktu itu disaat lemah tidak berdaya. Patahnya kemudi disebabkan tidak pandainya tukang memperbaikki biduk itu, lantaran tidak tahu hujung pangkalnya atau sebab musababnya. Dan akhirnya aku yang kehilangan, akulah yang menderita. Kekuatanku dengan beransur mulai timbul, kesadaranku mulai datang dan keadaan itu tidak bolih aku biarkan begitu sahaja. Aku mulai bertindak mulai tegas dan segala hakku yang sengaja dirampas orang aku tuntut supaya dikembalikan. Dan akhirnya dengan kesadaran dan ketegasanku itu, walau tidak keseluruhannya kemerdekaanku mulai ku perdapat kembali dengan jalan mushawarah atau perdamaian. Pengalaman dan penderitaanku ditaraf yang pertama ini menyebabkan aku mendapat kesimpulan bahawa memang Tuhan itu ada. Ini bukan bererti aku tidak percaya pada Tuhan sebelumnya. Contoh contoh diantaranya aku pernah tidak makan sewajarnya akan tetapi ( aku ) tidak lapar, aku pernah dicari oleh sesaorang untuk ditembak lantaran dihasut orang, aku bertemu dengan orang itu akan tetapi aku tidak dilihatnya dan ada saja orang lain yang mempertahankan aku. Aku pernah dapat tahu apa yang akan terjadi pada sesaorang dan banyak pengalamanku yang lain lain yang menyebabkan aku mendapat kesimpulan yang seperti aku sebutkan diatas itu. Memang Tuhan Itu Ada. Kemerdekaanku telah ku perdapat kembali dan aku ingin membuktikan kebenaranku kepada masyarakat, aku kembalikan ingatanku kepada seluruh peristiwa peristiwa yang telah menimpa aku sejak dari semulanya aku pelajari dengan saksama dan dengan peganganku memang Tuhan itu ada, aku merenung dan merenung untuk mengadukan untung perasaanku kepadaNya. Aku insaf bahawa tidak ada seorang saksi pun akan aku ambil untuk mengemukakan kebenaranku akan tetapi aku yakin bahawa dibalik saksi yang nyata tidak ada itu ada saksi tidak nyata iaitu yang ghaib, malaikat malaikat yang telah ditentukan oleh Tuhan sebagai mata mata untuk mengamat- amati segala perbuatan kita manusia ini buruk dan baiknya. Adalah aku waktu itu ibarat musafir dipadang pasir sedang kehausan memerlukan seteguk air untuk melepaskan dahaga dalam pengembaraan untuk mencari sesuatu aku ingin hendak mencarinya menemuinya yang menjadikan aku sentana ( ? ) diizinkannya aku menemuinya aku akan menangis dan menangis sejadi-jadinya untuk mengadu kan penderitaanku yang rasanya tidak pada tempatnya itu. Zahirku itu seolah-olah tidak bererti kerana dengan kepergiannya aku sangat berasa kekurangan dan kehilangan keseimbangan dan aku terkatong-katong dalam kehidupan aku sedari diriku aku melihat keluar hampa perasaanku kerana tidak ada rasanya erti hidup ( dunia ) bagiku. Aku melihat kedalam perasaanku dadaku penuh dengan daya rasa bermacam macam aku bertanya sendiri dan mendapat jawapan sendiri dan akhirnya aku temuilah diriku sendiri. Tahulah aku sudah, bahawa peristiwa besar telah terjadi didiriku, cubaan besar telah terjadi didiriku, aku harus berkorban dan pengorbanan sedang berjalan dan perubahan besar sedang berkembang pula didiriku terutama dibatinku. Peristiwa ghaib sedang berlaku pula didiriku, padaku yang mungkin ada pula terjadi pada sesaorang atau
beberapa orang yang hidup sebelumku. Segala sesuatu itu mesti ada waris mewarisi, patah tumbuh hilang berganti dan telah berlaku pula Qadar Tuhan atas diriku, aku telah lulus ujian dari ujian berat yang pertama berkat ketabahanku ( sendiri ) Penderitaanku lahir batin tidak sanggup aku melukiskannya sebagai pengorbananku, aku harus mengembara melakukan sesuatu perjalanan yang jauh sebagai imbangan dari perjalanan batinku yang jauh pula. Jauh disana aku lihat ada cahaya. Diriku tertarik akan cahaya itu dan aku mendekatinya, aku perbaikki bidukku yang terdampar kemudi aku tukar dengan yang baru dan aku mulai kembali mengharungi lautan luas untuk menuju cahaya yang terlihat olihku itu. Bahawa adalah yang aku lihat itu tidak ubah seumpama cahaya lampu mercu suar pada sebuah pulau yang sangat jauh ditengah lautan yang dapat kita lihat dari jauh, hilang hilang timbul atau hidup mati. Aku belayar dengan kemudi baru menuju cahaya itu aku belayar dan belayar gelombang besar kecil harus kulalui, kadang kadang bercampur dengan badai taufan perjalananku berbelok belok akan tetapi akhirnya berkat kesungguhanku pulau idamanku tercapai juga. Sering pula akau terdampar kekiri dan kekanan akan tetapi syukurlah tidak sampai bidukku pecah kerana tiap tiap pengalamanku aku ambil jadi pelajaran untuk melanjutkan perjalananku. Dan begitulah setelah lebih kurang tujuh tahun lamanya aku belayar, aku mendarat dipulau cahaya itu. Aku takjub dan hairan cahaya yang aku lihat dari jauh hidup mati atau hilang timbul itu rupanya disana tidak pernah mati atau hilang hilang timbul, malahan hidup terus. Aku berjalan selangkah demi selangkah sambil memperhatikan keadaan sekelilingku dan cahaya yang menjadi perhatianku itu aku selidikki dengan teliti dan tahulah aku sudah rahsianya, sebab sebabnya maka dia kelihatan hidup mati dari jauh dan rahsianya telah menjadi rahsiaku. Aku berjalan terus sambil memperhatikan yang lain lain aku melihat sebuah rumah. Aku ingin mendekati rumah tersebut. Melihat dan memperhatikan akan segala yang aku lihat ( disitu ) anggapanku tentu ada penghuni dirumah itu. Aku ingin hendak menemui penghuni rumah itu, hendak meminta permisi ( izin ) memasukki perkarangannya. Aku mencari dan mencari, aku perhatikan sekeliling, namun yang aku cari tidak juga bertemu ( ditemui ). Aku memasuki perkarangannya dengan perlahan – lahan dan berhati - hati sambil mencari penghuninya. Aku naikki rumah itu kalau kalau ada dia didalam aku maju selangkah lagi, masuk dengan memberi salam akan tetapi tiada yang menjawab salamku. Aku sudah berada disana, akan tetapi yang aku cari tidak ketemui. Aku buka pintu kamarnya, banyak yang aneh aneh aku lihat didalamnya, namun dia yang aku cari tidak juga aku temui. Aku teruskan perjalananku kekamar yang lain, sampai seluruh kamar telah aku masukki dan banyak yang aku senangi yang terlihat olehku didalamnya dari muka aku terus kebelakang dan terus kebawah dan berjalan lagi sekelilingnya, namun dia yang aku cari tidak juga bertemu. Aku bingung, aku hairan, orangnya tidak nampak, akan tetapi tanda tanda keadaannya banyak bertemu olehku, banyak yang aku ingini yang aku lihat dalam kamar kamar yang telah aku periksa itu akan tetapi aku tidak berani mengambilnya. Akhirnya aku duduk bermenung dibawah naungan cahaya tadi sambil menanti-nantikan kalau kalau penghuni datang. Dalam kesunyian itu tiba tiba aku seolah-olah mendengar suara “ Hai insan yang sedang merenung, apa yang dinantikan lagi ? Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya DIA yang engkau cari itu sebenarnya TIDAK ADA, bagaimana DIA akan ada kerana DIA tidak berupa dan bertampan, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Kembalilah engkau ketempat tadi, kerana dengan izinnya juga engkau sampai, dan pergunakanlah kesempatan ini sebaik-baiknya. Bahawa DIA itu ADA dalam TIADA, ada dalam sebutan tidak ada dalam kenyataan. “
Aku tersentak dari lamunanku, aku sedar dan insaf dan dengantenang aku langkahkan kakiku kembali ketempat semula iaitu kerumah yang isinya yang telah kuketahui itu. DIA ada tetpi tidak ada, DIA ada dalam tiada dan tidak dalam ada. Aku perhatikan segala sesuatunya yang kulihat dengan saksama dan tahulah aku sudah bahawa disanalah rupanya letak kunci dari segala kunci, pusat dari segala pusat. Dari sana titik permulaan dan kesana pula pengembalian segala sesuatunya. Sungguh sangat syukurku kepdaNYA yang menjadikan aku. Banyak sudah rahsiaNYA yang aku ketahui dan aku mendapat tali pegangan. Dengan tali pergantunganku itu aku kembali dari pengembaraanku dan rahsia rahsia yang telah aku ketahui itu akan kupergunakan sebagai amalanku. Jalan kesana telah terbuka bagiku. Kesimpulanku sekarang DIMANA AKU BERADA DISANA ADA DIA. Dan aku akan mencari terus yang belum kuketahui, kerana aku yakin seyakin-yakinnya, kalau jalan kesana telah terbuka bagiku pasti sudah jalan jalan lain sudah terbuka pula. ( juga ) Keinginanku dan doaku semuga TUHAN yang aku sembah, yang menjadikan aku, memanjangkan umurku, memlihara kesihatanku dan memberi rezekiku, kerana hasratku sangat besar supaya manusia yang banyak ini akan mendapat pula seperti apa yang telah aku dapat dan terbuka pula jalan baginya, bagi yang mahu mencarinya. Kiranya ALLAH akan menerima segala amalanku. Pusat dari segala pusat telah aku ketahui, kunci dari segala kunci telah aku punyai pula. Banyak sudah yang telah kuketahui rahsianya telah menjadi rahsiaku, ilmunya telah menjadi ilmuku dan satu persatu akan kucuba memecahkannya dengan anak kunci yang telah ada padaku. DIA memerintah seluruh alam termasuk alamku sendiri. Perintahnya berjalan dengan sendirinya dengan Qudrat dan IradatNYA apa yang dikehendakkiNYA terjadi, kerana DIA Mahakuasa, Maha Besar & Maha Mengetahui. Segala-galanya diatur menurut KehendakNYA dan peraturanNYA itu berjalan dengan sendirinya. Dimanakan batas antara aku dan DIA ? Setelah aku selidikki dengan saksama dengan ilmuNYA yang telah ada padaku tahulah aku bahawa dinding atau batas aku dengan DIA hanya zahirku atau lebih tepatlah aku katakan hanya bulu dan kulitku. Akhirnya aku dapat tahu katakan AKU telah menemui DIRIku, rahsianya telah aku ketahui dan aku telah kembali dari sana dan dinding aku dengan DIA telah tembus. Palembang 1hb Ogos 1962. BAB LIMA RAHSIA HIDUP Anak anakku, Telah engkau ketahui bahawa yang dinamakan AKU bagimu itu letaknya ialah ditempatnya dan tempatnya ialah padamu jua iaitu didalam batang tubuhmu. Dan buat AKUmu itu, aku memanggilkan engkau padanya, kerana AKUku dan AKUmu walaupun asalnya sama, tapi letaknya berlainan tempatnya, iaitu padamu dan padaku.
AKU yang dimaksudkan DIA yang bila saatnya telah tiba nanti akan meninggalkan kita. DIA akan kembali keasalnya iaitu kepada TUHAN Yang Maha Esa. Jadi adalah bagi kita manusia yang akan menjadi pegangan ialah AKU. Dan DIAlah yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Suatu ANUGERAH AGUNG dari Yang Maha Esa kepada kita. Saya belum dapat kata kata lain sebagai penilaian dan penghargaan yang lebih tinggi dan dalam ertinya untuk menamakan pemberian dari TUHAN yang dikatakan AKU itu. Mungkin orang lain akan menamakannya lain pula, tetapi saya mengatakan adalah itu ANUGERAH yang SEBESAR-BESARnya dari Yang Memberi untuk kita ( manusia ). Betapa tidak ! bukankah DIA pokok pangkalnya dari kehidupan kita ? Bayangkanlah kalau DIA tidak ada, adakah yang kita manusia hidup namanya ? Tidak bukan, dengan kepergiannya maka matilah kita dinamakan orang. Jadi adalah seluruh kegiatan hidup kita bergantung padanya. Bila HIDUP telah meninggalkan kita namanya kita telah MATI. Dan adalah yang dikatakan telah mati itu tidak layak tinggal diatas dunia. Ada yang dikubur dan ada pula yang dibakar. Ada orang yang memberi nama ANUGERAH AGUNG kepada OTAK, kerana dari sanalah keluar sesuatunya yang menghasilkan segala sesuatunya. Kami mengatakan itu adalah hasil kejadian dari Yanag Maha Menjadikan, kejadian yang berat dan teratur oleh Yang Maha Menciptakan iaitu Tuhan Yang Maha Esa. Biasakah yang dijadikan itu berbuat atau menghasilkan sesuatu kalau itu tenaga HIDUP yang berasalkan dan berisi DAYA HIDUP, tidak mengalir dalam otak tersebut ? Tentu tidak bukan ? Jadi pastilah ada sesuatu yang dinamakan HIDUP dibatang tubuh kita yang berisikan DAYA DAYA mealiri kehidupan kita. Berdasarkan keterangan diatas adalah kita terdiri dari YANG DIJADIKAN dan YANG DIANUGERAHKAN. Yang Menjadikan dan Yang Menganugerahkan ialah Yang Tunggal Esa iaitu ALLAH SWT. Kita mendapati barang sudah dengan sempurnanya. Kejadian kita dijadikannya dengan AnugerahNYA yang sangat berharga dan berguna untuk kesempurnaan kita. Dan adalah kewajipan kita untuk menjalankan kehidupan kita menurut Yang Kehendak. Manusia sedar selamanya ingin kesenangan kekayaan - kejayaan kesimpulannya BAHAGIA. Tidak ada yang mahu sakit hina miskin. Kesimpulannya menderita atau sengsara. Tetapi mengapa manusia tidak banyak mengecap nikmat hidup yang dinamakan sampai ketingkatan Bahagia apa lagi diidamkan dunia dan akhirat Kesalahan letaknya ialah pada salahnya menjalankan kehidupan tidak berpegang pada jalannnya HIDUP yang sebenarnya. Dan adalah kesalahan itu letaknya tidaklah diluar atau pada orang lain melainkan pada kita sendiri. Dimanakah letaknya kesalahan kita itu ? JALAN yang manakah yang akan dilalui untuk kebahagiaan hidup kita itu ? Untuk ini hendaklah kita pelajari ke – ada – an badan diri kita semenjak dari luar sampai kedalam dan sampai kita menemui AKU kita. Telah kita ketahui bahawa adalah kelengkapan kita ini terdiri dari :1 YANG DIJADIKAN iaitu TUBUH kita ( BADAN ) 2 YANG DIANUGERAHKAN iaitu yang dinamakan HIDUP ( NYAWA ) Yang pertama iaitu Yang Dijadikan merupakan LAHIR ( zahir ) bagi kita dan yang kedua iaitu yang dinamakan HIDUP berupa BATIN iaitu tidak nyata, akan tetapi tidak dapat dimungkiri akan KE – ADA – AN nya. Jadi adalah DIA terkandung dalam badan kita.
Kemanusiaan kita tidak akan sempurna, kalau tidak berpaduan diantara kedua itu. Badan tidak akan bererti kalau HIDUP tidak ada. Hidup pun tanpa ada badan tidak pula manusia namanya. Jadi adalah satu sama lain perlu memerlukan. Oleh kerana itulah maka adalah kita manusia dengan perlengkapan yang ada diperbandingkan dengan makhluk makhluk lain, sebaik kejadian oleh Yang Menjadikan. Didalam batang tubuh kita didapati DUA ALIRAN iaitu ALIRAN ZAHIR dan ALIRAN BATIN. Aliran zahir iaitu aliran yang bertitik tolak dari hasil bekerjanya jantung kita mealiri jalan jalan saluran saluran yang telah tersedia mealiri seluruh batang tubuh atau yang dinamakan orang JASMANI. BAB 6 RUMAH SUDAH TUKANG DIBUNUH Rahsia yang terkandung didalam rumah ini ialah sebab makanya tukang dibunuh oleh yang punya rumah setelah rumah siap. Tujuanya supaya jangan ada orang lain yang bisa ( boleh ) membikin rumah seperti itu kerana dia tidak mahu ada rumah yang lain yang serupa dengan rumahnya. Mengenai JALAN ada pula ceritanya iaitu : Dimuka kita terentang jalan panjang tidak habis-habisnya. Mahu kemana kita ? Banyak sudah orang menuruti jalan terentang itu akan tetapi tidak ramai yang sampai kepada tujuannya semula dan banyak pula yang tersesat dengan tidak tentu jalan pulang atau kembali dan tidak kurang pula banyaknya yang tidak puas pada jalan yang ditempuhinya itu. Kalau begitu tentu ada jalan yang dilalui orang banyak itu bukan jalan yang sebenarnya atau kekurangan syarat dalam perjalanan. Sebagai seorang Islam pada tiap tiap rakaat sembahyang kita sentiasa memohon kepada Tuhan iaitu agar Tuhan menunjukkan kepada kita JALAN YANG LURUS iaitu jalan nikmat yang telah diberikan Allah kepada mereka yang tiada dimurkai dan tiada disesatkan. Sudahkah kita perdapat itu jalan ? Kalau belum adakah pernah kita usahakan mencarinya sampai kita dapat PetunjukNYA ? Berdasarkan keterangan diatas jalan yang dimaksudkan tentu telah ditunjukkan kepaa orang orang yang sebelum kita iaitu jalan yang diberi nikmat yang tiada dimurkai dan tiada sesat. BAB 7 RUMAH NAMPAK JALAN TAK TENTU Pengertian kebanyakan orang tentang perkataan diatas ialah diwaktu mendapat kesulitan yang mana dia tidak dapat menyelesaikannya maka dilahirkanlah perkataan tersebut diatas “ rumah nampak jalan tak tentu atau tidak tahu “ Kemana tujuannya yang sebenar perkataan itu ? Biasa tiap tiap orang akan mendirikan rumah sudah tersedia lapangan untuk itu. Dan sebelum rumuah dibuat selamanya ada jalan untuk kelapangan itu dan seterusnya sampai rumah itu selesai jalan selamanya ada dan perlu ada dan dalam hal ini kejadian lain ( pula ) Rumah nampak jalan tentu. Pastilah ini bukan rumah yang sebenarnya. Rumah yang dimaksudkan yang penuh mengandung rahsia itu ialah BADAN diri kita. Bukanlah didalamnya ada aliran atau jalan dan berbataskan bulu dan kulit kita ? Jadi adalah yang dimaksudkan orang yang tahu meninggalkan pepatah itu untuk menjadi buah pemikiran bagi orang dibelakang hari.
Jadi adalah untuk memecahkan Rahsia rumah itu, kita mesti cari jalan untuk memasukkinya. Kita harus mengenal segala sesuatunya yang ada pada kita serta kegunaanya sampai kita dapat mengenal DIRI sendiri. Dan DIRI itulah yang mengandung Rahsia. Bagaimana ( kah ) jalan atau cara untuk MENGENAL DIRI itu apalagi menguasainya ? Dengan alam fikirankah ? Sanggupkah tenaga alam fikiran kita menemui DIRI itu secara positif ? Kuatkah saraf saraf kita untuk itu ? Tenaga alam fikiran kesanggupannya ialah menghayal, menggambarkan barang yang tidak ada, tapi ada. Ada dalam angan angan dalam cita cita dalam idea, jadi tetap dalam keadaan negatif, sedangkan ilmu pengetahuan mengkehendakki positif, kenyataan atau realiti. JALAN untuk mengetahui itu letaknya di RASA kerana Rasa itulah yang amat banyak mengandung Rahsia. Dan kalau Rasa yang sebenarnya telah kita perdapat, dengan sendirinya mudah kita memecahkan Rahsianya. Untuk mendapat RASA yang sebenarnya secara positif kita harus MENEMBUS DINDING yang menutup aliran dari dalam itu. Pada huraian yang sudah ( lalu ) telah diterangkan bahawa didalam batang tubuh kita kita mempunyai dua aliran pada jalan yang sama. Aliran yang berlainan isinya iaitu ALIRAN LAHIR dan ALIRAN BATIN. Kedua-duanya berdindingkan BULU dan KULIT. Untuk mengetahui ISI tentu kita harus menembus dinding menurut saluran yang telah ada dari dalam. Kedua aliran ini berisi DAYA TENAGA iaitu yang satu berisikan TENAGA HIDUP dan yang satu lagi berisikan DAYA TENAGA KEHIDUPAN disebab-keranakan adanya YANG MENGHIDUPKAN berada besertanya. Tenaga Hidup tersebut ialah tenaga mendatang dengan sendirinya dan tidak dapat kita menguasainya sebelum kita dapat mengenalnya dan tenaga kehidupan ialah tenaga lahir yang kita pergunakan setiap hari. Kehidupan kita didalam penuh berisi dengan pergerakan pergerakan yang bagi kita terjadi dengan sendirinya. Untuk dapat mngetahui perbezaan daya tenaga dari kedua aliran itu, hendaklah kita cuba mencarinya pada badan kita umpama DENGAN MENGADAKAN LATIHAN LATIHAN sampai kita dapat menemuinya. Yang akan dicari ialah TENAGA YANG TERSEMBUNYI iaitu tenaga yang tidak sanggup kita menguasainya. Kita latih diri kita iaitu DENGAN MEMATIKAN BADAN SEBELUM MATI. CARANYA ialah dengan duduk tenang, hentikan segala gerak geri kita diluar dan juga gerakan fikiran sehingga yang tinggal dan yang terasa bagi kita ialah GERAK YANG KITA TIDAK SANGGUP KUASAI iaitu GERAK JALAN TURUN NAIKNYA PERNAFASAN kita. Latihan ini lakukan dan bawalah dengan BERULANG-ULANG sampai kita dapat MENURUTKAN JALAN GERAK PERNAFASAN kita DARI DALAM. Bagi kita adalah gerak pernafasan itu terjadi dengan sendirinya dan untuk difikirkan dan diperhatikan sampai diketahui HENDAKNYA bahawa ADA SESUATU yang terkandung dalam batang tubuh kita. Sudahkah kita dapat mengetahui sampai merasakan dan mengakui kepastian bahawa adalah YANG KITA KANDUNG itu ialah yang dinamakan RUH – JIWA – NYAWA dan sebagainya Pelajarilah keadaan badan diri kita semenjak dari luar sampai kedalam sampai kita menemui apa yang dinamakan orang NYAWA – JIWA – RUH itu. Dan setelah mendapat kepastian baru kita akui akan kebenaran kata kata orang yang berilmu itu. Janganlah hendaknya kita menjadi Pak Turut sahaja.
Kita ingat pada kita sendiri sewaktu dalam kandungan iaitu dalam kejadian dibumi dan alam sempit yang bagi ibu yang mengandung yang hanya merasakan pergerakan didalam sebagai pembawaannya dan untuk ini siibu harus melahirkan supaya kandungan itu menjadi KENYATAAN. Kita yang tadinya DIKANDUNG setelah terlahir maka kembalikan pula yang terjadi iaitu MENGANDUNG. Sebagaimana ibu kita mengandung sewaktu kita dikandung maka setelah terlahir sebelumnya kita melahirkan kandungan kita, kita senantiasa sahaja akan MENANGGUNG. Rahsia kandungan ibu kita dilahirkan telah terbuka dengan adanya KITA. Akan tetapi sudahkah kita mengetahui akan RAHSIA KANDUNGAN kita ? Untuk mengetahui tentu kita harus melahirkan kandungan kita itu. Sama-sama mengandung berlainan kandungan dan penanggungan. Rahsia yang pertama yang dilahirkan ANAK dan apa kiranya Rahsia kandungan yang kedua itu ? Sewaktu kita dalam kandungan tinggal dialam sempit kita tidak pernah mengeluh, tidak tahu apa apa, tidak tahu lapar, tidak tahu menagis tidak tahu kekeurangan, akan tetapi setelah kita berada dialam yang lapang dan luas yang dinamakan DUNIA kita merintih, kita menangis, kita lapar kita dahaga dan sebagainya. Kenapa kita berasa kekurangan dan sentiasa tidak puas ? Renungkan dalam dalam, cuba balik balikkan fikiran kita kepada sewaktu kita didalam kandungan dan kepada sewaktu diluar kandungan. Kita telah kehilangan sesuatu iaitu tali penggantungan, tali yang berisikan serba ada untuk kebahagiaan kita. Kita telah kehilangan BAHAGIA dengan terputusnya tali penggantungan kita. Siibu yang mengandung dan menanggung tadi, setelah mendengar akan suara yang dilahirkan tidak dapat melahirkan kegembiraannya sebaliknya sianak yang tidak tahu apa apa setelah lahir berontak mengeluarkan suaranya kerana tali pergantungannya telah putus semenjak tali pusatnya diputuskan. Putus sudah tali hubungan yang dikandung dengan yang mengandung. Kalau tadinya sibudak dapat makan langsung dari ibunya, maka semenjak itu dia harus menantikan segala sesuatunya dari luar. Dia harus belajar untuk hidup dan menarik pelajaran dari kehidupannya yang telah dijalaninya. Dan semenjak telah putus tali penggantungan kehidupannya itu, maka terbataslah sudah kehidupannya. Dia harus hidup dengan apa yang ada padanya dan untuk kelanjutan kehidupannya dia harus pelajari itu HIDUP yang ada padanya. Jadi untuk mengetahui RAHSIA HIDUP itu kita harus melahirkan KANDUNGAN kita itu. Sama- sama mengandung ( tetapi ) berbeza kandungan dan berlainan pula penanggungan. Kandungan yang pertama telah diketahui, iaitu anak. Kandungan yang kedua tidak mungkin anak, kerana seperti telah dikatakan juga berlainan kandungan, letaknya pun berlainan. Kandungan yang pertama letaknya diperut, dirahim ibu dan letaknya yang kedua iaitu bukan diperut melainkan DIDALAM DADA kita. Mungkinkah kita bisa ( bolih ) melahirkan kandungan kita itu ? Sanggupkah kita melahirkannya untuk mengetahui dan memecahkan Rahsianya ? Kita kembali ( kepada ) LATIHAN semula iaitu mencari DIRI SENDIRI uang berdiri dengan sendirinya itu. Setelah kita dapat MENEMUI JALANNYA PERNAFASAN kita yang turun naik itu yang berasal dari dalam, maka DENGAN MEMATIKAN SEGALA TENAGA kita yang ada, kita CUBA MENURUTKAN TURUN NAIKNYA PERNAFASAN kita itu, dengan pengertian kita MULAI MEMAKAI atau MENGGUNAKAN TENAGA DARI DALAM iaitu TENAGA YANG MENYEBABKAN TURUN NAIKNYA PERNAFASAN kita. Lancarnya latihan kita dan sampai kepada MENINGKATNYA PERGERAKAN yang dibawakan oleh DAYA TENAGA YANG BERASALKAN DARI JALANNYA PERNAFASAN kita bergantung kepada pandainya kita membawakannya. Untuk dapat membawakan sampai mengerti, ialah pandainya kita MENYERAHKAN SEGALA SESUATU apa yang ada pada kita KEPADANYA iaitu pada YANG BERDIRI DENGAN SENDIRINYA itu.
DIA akan bebas bergerak, kalau apa yang ada pada kita teleh dipunyainya dan dikuasainya, dengan pengertian kalau tadinya kita menganggap Dia kepunyaan kita, maka adalah sebaliknya yang terjadi iaitu JADIKAN KITA MENJADI KEPUNYAANNYA. Setahu kita, DIA telah ada bersama kita dan adalah Dia itu kepunyaan kita, KURNIA atau ANUGERAH yang Maha Esa lagi Maha Besar kepada kita. DIA datang dariNYA dan akan kembali kepadaNYA pula. Dan adalah kedatangannya kepada kita untuk Kesempurnaan Kejadian kita. Dan tidaklah sempurna kita rasanya, kalau kita tidak mengetahui, mengenal dan MENEMUInya. Adalah DIA langsung dari Yang Maha Esa dan adalah keadaan kita dijadikan dari yang telah dijadikan. Tingkatnya juga lebih tinggi dari kita kerana DIA ASLI ( original ) dan kita dari yang dijadikan, sungguhpun yang menjadikan kita itu Tuhan Yang Maha Esa juga. Satu ASAL, tetapi berlainan KE-ADA-AN. DIA ada tetapi tiada, kita ada dan nyata, DIA yang telah berada bersama kita, bahkan terkandung didalam batang tubuh kita, kenapa kita tidak dapat menemuinya ? Tuhan telah memberikannya kepada kita untuk HIDUP bukan untuk MATI. Jadi nyatalah sudah ada KELEBIHANNYA dari kita dan Rahsia Hidup dan kehidupan kita padanyalah LETAKNYA. Dan kalau kita ingin hidup bahagia, tentu DIA MESTI KITA CARI dan KITA TEMUI, seperti telah dikatakan diatas, PADANYALAH TERLETAK RAHSIA HIDUP itu. Untuk mengetahui dan MENEMUInya tentu lebih dahulu harus kita pecahkan soal antara kita dengan DIA dengan jalan MEMISAHKAN YANG SATU DENGAN YANG LAIN, iaitu antara BADAN dan DIRI atau antara DIA dan AKU. Latihan yang kita bawakan dengan mematikan badan sebelum mati sebenarnya mendatangkan sudah PERMULAAN PERPISAHAN, kerana dengan perbuatan kita itu maka tinggallah YANG HIDUP. Perbuatan kita dengan latihan itu ialah kita meninggalkan YANG HIDUP oleh kerana kita hendak mengetahuinya dalam KE – ADA-AN yang sebenarnya. Sebelum kita dapat menemui dan MENGUASAInya kita tidak dapat yang sebenarnya. Untuk itu hendaklah kita TERUS BERLATIH dan BERLATIH mencarinya SAMPAI ADA PANCARAN KELUAR DARI HUJUNG JARI JARI kita. Dengan telah dapatnya kita MERASAKAN PANCARAN YANG KELUAR DIHUJUNG JARI JARI kita itu beerti DINDING TELAH TEMBUS dan RAHSIA TELAH TERBUKA dan tugas kita ialah MEMPELAJARInya lagi dengan pengalaman pengalaman atau PERCUBAAN PERCUBAAN. DIA adalah HAKMILIK kita dan tiadalah orang lain berhak atasnya. Kenapa tidak kita pergunakan Hakmilik kita Yang Amat Berharga itu ? Pendirian kita ( selama ini ) selain SALAH kerana tidak berpegang pada DIRI barang yang hidup, melainkan kepada BADAN barang yang mati. Yang TERANG ada pada kita dan yang GELAP pun ada pada kita. Kenapa berpegang kepada itu yang GELAP ? SIANG ada pada kita MALAM pun ada pada kita. SIANG adalah TERANG dan Yang Terang adalah DIRI dan MALAM adalah GELAP dan Yang Gelap ialah BADAN. Siterang letaknya DIDALAM dan Sigelap letaknya DILUAR. MASUKKAN itu MALAM kepada SIANG dan MASUKKAN itu SIANG kepada MALAM. Datangkanlah itu YANG HIDUP dari YANG MATI dan YANG MATI dari YANG HIDUP. KELUARKANlah Yang Didalam dan KEDALAMKANlah Yang Diluar. UNTUK itu REZEKI yang TIDAK TERDUGA-DUGA dan TERBILANG banyaknya yang akan kita PERDAPAT. Semua orang takut mati kerana SALAH MEMAHAMI HIDUP. Dia takut ditinggalkan Hidup. Dari itu makanya dia takut mati. Mereka mereka SALAH PEGANG, salah tangkapan berpegang pada Yang Mati YANG DIANGGAPnya Yang Hidup
Sebenarnya Hidup, tidak diperdulikannya selama ini. Bagi kita berpegang pada Yang Hidup tidak akan takut mati kerana bagi kita Yang Hidup itu mestilah TIDAK ADA MATInya. Adalah DIA itu KEKAL dan ABADI mungkin BERPINDAH – pindah tempat. Pembawaan hidup mereka mereka yang seperti itu menuju kepada kematian dan perjalanan hidup yang kita bawakan menuju kepada hidup yang kekal dan abadi untuk kembali kepengkalan. Perlalanan mereka KEBAWAH ( manakala ) perjlanan kita ( pula ) KEATAS. Mereka MENUJU KEMATIAN manakala kita pula MENUJU KEHIDUPAN YANG KEKAL dan ABADI. Perjalanan kita BESERTANYA ialah kita telah mati sebelum dimatikan, telah pergi sebelum dipanggil dan AKU telah kembali dari SANA. AKU telah MENEMUINYA setelah engkau menemui AKU dan BATAS Aku dengan DIA ialah seperti batas antara Engkau dengan Aku iaitu JAUH TIDAK BERANTARA dan DEKAT TIDAK BERBATAS. Engkau yang tadinya DINDING bagiku untuk menghubungi dan MENEMUInya satelah dapat menghubungiku dengan CARA PEMECAHANMU, maka TERBUKAlah JALAN bagiku untuk menghubungi dan menemui NYA, kerana pintu telah terbuka bagiku. Engkau Aku bawa serta kerana cinta kasih sayangku tertumpah padamu dan adalah ENGKAU ITU BADANKU. Kita tidak akan berpisah kecuali kalau dipisahkan oleh Yang Maha Kuasa. Dari itu KUASAILAH AKU supaya apa yang ada padaku menjadi KEPUNYAANMU. Bagaimana cara menguasainya ? Mudah sahaja. Cintailah, kasihilah dan sayangilah AKU. Bagimanakah cara mencintai, mengasihi dan menyayanginya ? AKU tidak pinta apa yang tidak ada padamu, cukuplah kalau engakau SERAHKAN APA YANG ADA PADAMU KEPADAKU dan untuk itu akan AKU serahkan pula apa yang ada padaKu sehingga AKU menjadi kepunyaanmu dan engkau menjadi kepunyaanku. Kedalam Engkau yang berkuasa, keluar AKU dimuka. Tadinya sebelum engkau mengenal Aku maka adalah AKU NYAWAMU. Setelah Engkau telah dapat mengenal AKU, maka tahu Engkau yang bahawa AKU ini sangat berguna padamu. Engkau ketahui bahawa seluruh kehidupanmu BERGANTUNG PADAKU. Setelah Engkau menemui AKU, maka Engkaulah lebih kenal padaku. AKUlah yang akan menjadi Engkau dan Engkaulah yang akan jadi AKU. AKU dan Engkau sebenarnya SATU dan memang kita satu. Ilmu pengetahuan yang memisahkan kita. Dan AKUlah kita, AKU LUAR dan DALAM. Selama ini Engkau berjalan sendiri dengan tidak memperdulikan AKU. Sekarang setelah Engkau menemui AKU, apa lagi kita telah menjadi AKU maka kalau Engkau berjalan ikut sertakanlah AKU dan kalau AKU berjalan akan mengikut sertakan Engkau pula. Satu arah, satu tujuan dan satu tindakan. Selama ini kita berjalan pada jalan sendiri – sendiri. Sekarang kita kenal mengenal satu sama lain. Selapik seketidur, sebantal, sekalang hulu, sehina, semulia, kelurah sama menurun, kebukit sama mendaki, sikit senang sama-sama kita rasai. Apa yang tidak ada padaKU, ada padamu dan apa juga yang tidak ada padamu ada padaku. Engkau selama ini sudah jauh berjalan sendiri dengan tidak mengikut sertakan AKU, walaupun Aku sentiasa berada bersamamu. Dalam banyak hal AKU menderita kerana AKU yang merasakannya. Sekarang AKU berjalan dan Engkau Aku ikut sertakan. Tugasmu hanya menurutkan dan mempelajari hasilnya untuk kita. Engkau yang tadinya tidak tahu setelah mempelajari perjalananku akan banyak mendapat yang Engkau tidak ketahui selama ini. AKU yang berbuat, Engkau yang melakukan dan hasilnya untuk KITA. Bahagiamu terletak PADAKU dan bahagiaku padamu. AKU sangat merasa bahagia kalau yang AKU perbuat dan lakukan besertamu menghasilkan yang memuaskan.
Lambat laun Engkau akan mengenal AKU yang sebenarnya. Dan adalah perbuatanku bagimu namanya ILMU. Oleh kerana Aku GHAIB sifatnya maka namanya ILMU GHAIB. Rahsia kandungan telah terbuka dengan hasil dari latihan latihan yang telah kita lakukan iaitu keluarnya pancaran yang terasa betul pada hujung KUKU kita, hujung jari jemari kita. Dan kita telah melahirkan kandungan kita sendiri. Yang melahirkan kita dan yang dilahirkan kita pula. Kita yang telah terlahir itu ialah DIRI YANG BERDIRI DENGAN SENDIRINYA, bergerak dan berjalan dengan sendirinya, akan tetapi duduk ditempatnya. Keluarnya dari badan kita melalui saluran saluran tertentu yang bernamakan pancaran yang setelah sanggup menebus alam sendiri akan sanggup pula menembus alam lain, kalau kita telah dapat menguasai dan mengetahui akan RAHSIANYA yang sebenarnya. Ibu melahirkan kita sebagai seorang manusia lengkap dengan pembawaan dan kelahiran kita mengandung pembawaan itu untuk hidup. Untuk melanjutkan jalannya kehidupan kita supaya dapat menikmati Kebahagiaan Hidup, maka adalah tugas kita melahirkan kandungan kita iaitu pembawaan dari Rahim ibu. Kebahagiaan hidup yang kita alami di Rahim ibu semasa dalam kandungan ibu ialah dengan hidupnya bonda mengandung atau dengan dua ( 2 ) keadaan hidup, iaitu pertama yang mengandung dan yang kedua yang dikandung. Sebelum kita dapat melahirkan kandungan kita itu sampai akhir hayat kita, maka senantiasa akan panjanglah jalannya kehidupan kita yang kita rasai, kerana melakukan hidup sendiri. Maka untuk kesempurnaan jalannya kehidupan kita lahirkanlah kandungan sendiri. Kelahirannya mendatangkan HIDUP BARU bagi kita dan seimbangkanlah jalannya kehidupan kita. Kita telah bertahun-tahun berjalan sendiri-sendiri mengharungi lautan hidup yang tidak bertepi itu. Maka pergunakanlah jalan hidup yang baru kita perdapat itu. Bila itu HIDUP tidak kita pergunakan tidak perlu disesalkan kalau satu saat nanti kita ditinggalkannya. Dengan telah melahirkan kandungan itu kita telah menjadi manusia baru dengan tenaga baru. Dan Yang Hidup itulah pegangan kita. DIA juga telah menjadi kita kerana perjalanannya DIDALAM adalah sepanjang aliran batang tubuh kita. Dengan PENYERAHAN kita yang bulat kepadaNYA maka seluruh keadaan telah dipunyaiNYA dan DIAlah yang menjadi kita. Jalan yang sebenarnya yang telah kita ketemui iaitu jalan yang bergerak sejak titik didalam sampai menembus alam sendiri. DIA telah lahir. Kelahirannya membawa wajah baru, membuka lembaran baru dan pergunakanlah itu tenaga baru, iaitu tenaga yang selama ini TERSEMBUNYI didalam batang tubuh kita. Kita tinggalkan jalan yang tidak bererti dan turutkanlah jalan yang BERISI. Jalan yang berisi kita katakan, isinya ialah NIKMAT yang berasal dari NIKMATULLAH yang dikurniakanNYA kepada kita, yang bukan dimurkai dan bukanpula sesat. …………………………………………………………………………………………………………………………………….. Nota : Sebahagian muka surat dibuku asal terkoyak maka ada bahagian tertinggal Namun begitu penyalin telah mengolahnya semula Al-Fakir Abdillah Abdullah Al-Gemasi. BAB LAPAN Anak anakkku !
Pergunakanlah DIRI yang telah ditemui itu. Ingatlah kedalam kita SATU, keluar SEJALAN dengan pengertian menurutkan JALANNYA dan terasa betul sama kita perbezaan kita dengan DIA yang dari dalam. RASA itu terletak dihujung KUKU – dihujung jari jari kita. Dan disitulah letaknya segala Rahsia keluar dan kedalam. Untuk itu dapat kita hendaknya merasakan PERPISAHAN antara satu dengan yang lain, sampai dapat pula hendaknya kita mengetahui dengan pasti yang mana DIRI dan yang mana BADAN. Berpeganglah pada DIRI dan turutkanlah JALANNYA dan pelajarilah HASIL yang diperdapat dengan menurut jalannya itu. DIRI memperbaikki ke-ada-an sendiri dengan pengertian si DIRI yang didalam tadi memperbaikki apa yang ada pada kita iaitu yang terang badan yang mengandungnya, kerna DIRI yang dapat merasakan sakit senangnya kita. Sekali jalan tetapi meliputi keseluruhannya, mungkin memperbaikki dua atau tiga ke-ada-an seperti :a. memperbaikki batang tubuh serta alat alat kalau ada yang kurang baik atau sakit, b. adalah BADAN bagi DIRI alam. Dan untuk mengetahui ke-ada-an diluar, diukur dengan perasaan badan,. Buruk baik yang akan terjadi dapat kita merasakan LEBIH DAHULU sebab hidup yang bermasyarakat hubung menghubungi antara yang satu dengan yang lain. Dengan praktik DIRI memperbaikki ke-ada-an itu terjadi sekali jalan iaitu memperbaikki apa yang ada diluar dan didalam batang tubuh kita. c. memperbaikkki DIRI sendiri. CARA MEMPERBAIKKI DIRI yang letaknya didalam tubuh kita ialah dengan yang kita namakan DIRI yang sudah memancar keluar. Semuanya itu kita ukur dengan Rasa Perasaan dengan menurutkan jalan perbuatan DIRI itu. Untuk pengertian yang lebih mendalam dan kita mendapat kepastian akan sebenarnya DIRI itu, maka hendaklah kita lakukan PERJALANAN itu dengan BERULANG-ULANG sambil mempelajari nikmat dan nikmat yang terkandung didalamnya. BAB SEMBILAN MENGADAKAN PENGAKUAN UNTUK MENDAPAT PENGAKUAN. Untuk mendapat pengakuan hendaklah kita mengadakan pengakuan. Siapa yang mengadakan pengakuan kepada siapa pengakuan diadakan dan dari siapa pengakuan itu kita perdapat ? Tiap tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah didahului dengan NIAT. Setelah kita mendapat kepastian tentang DIRI kita, maka hendaklah kita me-ada-kan PENGAKUAN terhadap ALLAH, Tuhan Yang Maha Esa dengan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah berulang-ulang sebanyak TIGA KALI. Kalimah Syahadah yang bererti Naik saksi aku bahawa tiada Tuhan yang lain yang aku sembah melainkan Allah dan Muhammmad Rasul Allah. Kita akui bahawa tiada Tuhan yang lain melainkan Alllah dan kita akui Muhammad Rasul Allah, utusan Tuhan. Maka adalah HIKMAH yang terkandung dalam Dua Kalimah Syahadah antara lain ialah :PENGAKUAN dan PANGKAT atau MERTABAT Untuk me-ada-kan pengakuan terhadap Tuhan yang kita sembah itu, kita harus berjalan ( bertarikat ) dan yang berjalan itu bukanlah badan kita melainkan DIA iaitu DIRI yang telah kita temui itu dan kita berjalan menurut JALANNYA.
Kalau kita yang diluar yang mencari Tuhan kemanakah kita akan pergi mencariNYA ? Masukkah diakal kita yang berupa dan bertampan dapat mencari dan menemui NYA yang tiadak berupa dan bertampan itu ? Kita ketahui DIA ada dimana mana. DIA ada tetapi tiada, ke-ada-annya didalam TIDAK ADA, Bagi orang yang mahu berfikir dapat membenarkan dan mengakui akan ke-ada-annya dengan tanda tanda yang telah ditemuinya dan kitab kitab banyak meyakinkan akan ke-ada-annya. Bagi orang yang mahu memperhatikan akan segala sesuatunya, tiadak dapat memungkiri akan ADANYA Yang Maha Kuasa itu. Akan dapatkah SI BADAN KASAR MENEMUI YANG MAHA GHAIB ??? Tentu Tidak dan pasti tidak !!!! DIRI yang ditemui itulah yang membawa badan berjalan dan DIRIlah yang TAHU JALANNYA untuk KESANA, kerana DIA BERASAL dari SANA dan KESANA pula tempat kembalinya. Lain halnya BADAN, yang dijadikan dari yang telah dijadikanNYA iaitu dari tanah, barang yang mati. Dan dari itu pula makanya kalau orang telah mati badannya dikembalikan keasalnya iaitu tanah. Dan adalah bagi kita setelah menemui DIRI sendiri, jalan untuk keSANA telah terbuka. MENCARI YANG GHAIB HENDAKLAH DENGAN YANG GHAIB juga. Para Arifin dan Budiman mengatakan SIAPA YANG MENGENAL DIRINYA MENGENAL TUHANNYA dan SIAPA YANG MENEMUI DIRINYA AKAN MENEMUI TUHAN DENGAN SENDIRINYA. Sekarang kita telah menemui DIRI kita. Sudahkah kita menemui Tuhan kita ? Bagaimanakah kita menemuiNYa ? dan dalam keadaan bagaimanakah kita menemuiNYA ? DIRI yang bagi kita berdiri dengan sendirinya, kalau pintu telah terbuka akan berjalan dengan sendirinya pula. Sekarang malam telah masuk kepada siang dan siang telah masuk kepada malam, Yang Hidup telah KELUAR daripada Yang Mati dan Yang Mati dari Yang Hidup, telah tahu diDIRI, bahkan telah MENEMUI DIRI dan telah punya PEGANGAN HIDUP. Rupa-rupanya Pegangan Hidup selama ini adalah SALAH, tidak benar kerana berpegang kepada YANG MATI. Yang Mati yang dianggap Hidup sedang yang sebenarnya Hidup dan tidak mengenal erti mati dibiarkan begitu sahaja, tidak pernah dikuasai dan dipunyai untuk pegangan hidup, sunggguhpun diketahui dengan pasti bahawa DIA ADA BERSAMA kita bahkan terkandung didalam badan kita. ITULAH DIRI. DIRI ITULAH AKU dan AKULAH DIA ITU. ORANG YANG TIDAK TAHU diDIRI TIDAK BERPENDIRIAN Aku yang sekarang telah dapat tahu siapa sebenarnya AKU iaitu SIHIDUP LAGI TERANG jadi BUKAN SIMATI LAGI GELAP, sebelum berjalan keluar dari RUMAHKU untuk tujuan tertentu, lebih dahulu MEMPERBAIKKI KE-ADA-AN ku sendiri LUAR dan DALAM. Setelah itu AKU berjalan MENMUI TUHANKU Yang Pengasih Lagi Penyayang untuk MENGADAKAN SUJUD SYUKUR TERHADAPNYA dengan MENGUCAP KATA PENGAKUAN DUA KALIMAH SYAHADAH Dengan telah mengadakan Pengakuan itu jadilah AKU seorang Islam dengan erti yang sebenarnya dan adalah AKU seorang Muslim Sejati yang menjalankan tugas terhadap Allah untuk kebaikan sesama manusia. Dan adalah AKU seorang Musafir yang senantiasa dalam pengembaraan menjelang sampai kembali kepengkalan iaitu Pokok Pangkal dari segala pangkal, Pokok Kejadian dari segala kejadian, Pokok Hidup dari segala kehidupan iaitu :BAB SEPULUH
HIDUP YANG KEKAL ABADI Dari sana AKU datang dan kesana pula AKU kembali. Dan semenjak AKU MENEMUI DIRIku sendiri, AKU telah terlahir kembali dan Penemuanku itu menjadi Peganganku dan berubahlah jalannya kehidupanku sehari hari. Dengan membaca keteranganku diatas mungkinkah orang begitu saja dapat mempercayai aku ? Aku tidak memaksakan orang supaya mempercayai aku melainkan aku ingin supaya kenikmatan hidup yang aku rasai, dapat pula dirasai oleh orang lain hendaknya dengan mempelajari caranya aku menemuinya DIRIku semuga dapat dibenarkan oleh orang yang berilmu hendaknya dengan mencuba MEMECAHKAN dan MENURUTKAN jalanku ini. Padanya banyak diperdapat petunjuk petunjuk dan dengan menurutkan jalannya DIRI itu dengan sendirinya kita telah menjadi MANUSIA BARU. Kita telah menjadi MANUSIA BARU oleh kerana DIA telah lahir. Kelahirannya menggemparkan alam sekelilingnya kerana pembawaannya Yang Hidup Lagi Berisi berlainan dengan orang banyak yang termasuk golongan MANUSIA LAMA yang tidak tahu DIRI YANG SEBENARNYA. Kecerdasan dan kearifan membawa kepada keahlian, ahli segala bidang. Keahlian mendatangkan pengakuan dari orang orang dari alam sekelilingnya padanya. DIA sanggup menundukkan masa kerana DIA telah pandai menundukkan alamnya sendiri. DIA pandai membaikkan orang kerana DIA telah pandai membaikkan badan diri sendiri. DIA anti penjajahan kerana bukankah DIA selama ini terkongkong dan terkurung ? DIA SUCI kerana berasal dari YANG MAHA-SUCI. DIA BENAR kerana berasal dari YANG MAHA-BENAR. DIA lain dari yang lain kerana KEISTIMEWAANNYA terletak PADA DIRINYA bukan pada orangnya. DIA BUKAN TUHAN kerana yang dikatakan Tuahan itu Maha Bear dan bukan pula anak Tuhan walaupun dari Tuhan datangnya. RUHKU Firman Allah ketika meniupkannya. DIA juga bukan Nabi atau Rasul kerana tidak ada lagi Nabi sesudah Nabi Muhammmad SAW. Terhadap Allah adalah DIA HAMBA yang tidak bererti kerana DIA TIDAK ADA BERSAMANYA. Akan tetapi terhadap orang lain tiak peduli siapa, DIA akan membuktikan akan kebenarannya. Itulah dia AKU yang telah menjadi MANUSIA BARU. Aku telah mengadakan Pengakuan dan seterusnya Aku senantiasa mengadakan Pengakuan terhadapNYA Tuhan Yang Aku Sembah dan sementara itu Aku telah mendapat Pengakuan pula melalui orang orang yang mendatangiku. Jadi pengakuan Aku perdapat bukan langsung dari Tuhan melainkan melalui orang. Dan adalah itu Pertanda bagi orang yang tahu. Tiap tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah dengan NIAT. Perjalananku mencariNYa untuk mengadakan pengakuan ialah dengan ILMUKU yang BERASAL DARI DIRI yang keluar mendatangkan DAYA-GERAK kepada anggota badanku, yang jalannya menembus hujung jari jarimu yang dapat dirasakan. Suatu perjalanan yang berisi dan bertujuan dari yang ADA kepada YANG TIADA dari TIADA kepada TIDAK ADA dan dari TIDAK ADA kembali kepada TIADA, dari TIADA kepada ADA. Ditempat yang TIDAK ADA itu, TIDAK ADA YANG ADA, tidak ada gerak, tidak ada angin, tiada ribut, tidak ada yah ….. tidak ada apa apa ,……………….. YANG ADA HANYA ………………… yang tidak dapat aku mengatakan kerana disaat itu aku dalam keadaan TIDAK ADA pula. Pada waktu itulah ditempat Yang Tidak Ada itu, aku kembali jadi ADA, menyampaikan niat dan maksudku menandakan Pengakuan seperti yang telah kusebutkan diatas tadi.
Untuk sampai kepada RASA PERASAAN TIDAK itu hendaklah kita lakukan BERULANG – ULANG YANG MERUPAKAN LATIHAN LATIHAN SAMPAI kita TERLATIH. DISANA DI-HADIRATNYA – DITEMPAT TIDAK ADA – BERTEMULAH YANG MENCARI DENGAN YANG DICARI – YANG DIJADIKAN DENGAN YANG MENJADIKAN – SEORANG HAMBA DENGAN KHALIKNYA – AKU DENGAN TUHANKU. DAN ADALAH AKU DENGAN DIA – JAUH TIDAK BERANTARA – DEKAT TIDAK BERBATAS. BAB 11 MENDUDUKKAN DIRI PADA TEMPATNYA Telah jauh kia berjalan dan telah lama kita berjalan dibidang kehidupan. Banyak sudah lurah yang dituruni dan bukit didaki dan bermacam macam pula sudah gelombang hidup yang kita lalui untuk mencari sesuatu untuk keperluan sesuatu. Telah letih badan selama berjalan apalagi perjalanan yang dibawakan dengan tidak menentu arah tujuannya, kehendak hati belum dapat juga, tenaga sudah hampir habis, apa daya apa akal …. Apa harus dibuat ? Apa kita harus kembali ? Pantang bagi sesaorng akan kembali, kalau yang dicari belum didapati atau yang dimaksud belum kesampaian. Jadi bagaimana mestinya ? Falasafah hidup mengatakan mudah sahaja. Kalau sudah penat berjalan duduklah tetapi sebelum duduk berdiri terlebih dahulu dengan pandang jauh dilayangkan, pandang dekat dituruti untuk mencari kedudukan atau tempat bekal kita duduk yang sesuai dengan kita. Dan duduk itu janganlah sebarang duduk sahaja, hendaklah duduk menanti kedatangan sesuatu. Duduk sebagai seorang berilmu atau seorang ahli Untuk mengetahui KEDUDUKAN DIRI YANG SEBENARNYA hendaklah kita turutkan JALAN yang telah kita ketemui itu, iaitu jalan Yang Hidup Lagi Berisi. Maka kecerdasan dan kearifan kita dapat meangkap, bahawa DIA SENDIRI telah duduk ditempatnya. Tanda tanda yang ditemui menunjukkan keadaan kita dimana tempat yang sebenarnya. Telah kita ketahui bahawa duduknya didalam batang tubuh kita dan letaknya ditempatnya. Duduk beserta kita dan berjalan pun beserta kita juga. Baginya tidak peduli apakah kita seorang pedagang besar atau kecil, pegawai tinggi atau rendah atau jadi apa sekalipun pokoknya pandai mendudukkan DIRI pada tempatnya kalau tidak, tidak akan dapat kehendak hati. Bagiku AKU duduk ditempatku iaitu dirumahku, yah memang dirumah tempatku dan adalah DIRIKU yang banyak mengandung Rahsia itu ILMUKU. Aku duduk, duduk menanti, menanti kedatangan sesuatu yang lahir dan yang batin menampung segala galanya dan mendudukkan pula pada tempatnya. Tempuh tempuh aku berjalan yah aku berjalan tetapi aku duduk ditempat. Dimana sahaja aku ditempatkan aku tetap hidup. Lapar aku makan, haus aku minum, ngantuk aku tidur, orang tidur aku tidak, itulah Rahsiaku dan itu pula Rahsia DIRIKU. Rahsianya telah menjadi Rahsiaku. Oleh kerana DIA HIDUP maka peganganku Yang Hidup itulah. Akulah Hidup itu mealiri seluruh batang tubuhku. Dan itulah AKU sekarang, besok, lusa dan nanti ( seterusnya ) Aku sudah puas hidup cara lama, tanpa mengetahui Yang Menghidupkan. Aku sudah berpengalaman, suka duka telah kulalui, derita jangan disebut lagi pengorbanan !! Yah hanya Tuhan Yang Tahu. Hidupku yang sudah sudah berpedoman kepada yang ada. Aku telah berkorban, hanya berkorban perasaan. Pengorbanan yang kukatakan itu ialah Cubaan dan Peringatan bagiku. Dan akhirnya tahulah aku bahawa pegangan hidupku SALAH. Aku berpegang pada Yang Mati yang kuanggap Hidup padahal dibalik yang kukatakan Hidup itulah SEBENARNYA HIDUP.
Hidup Yang Sebenarnya, kalau diumpamakan DIA HANYA SATU TITIK akan tetapi BERISI ALIRAN HIDUP sepanjang batang tubuhku. ALIRAN HIDUP itu sekarang menjadi peganganku. Setelah aku menemui tahulah aku bahawa DIA itu ialah ALIRAN DIRIKU dan mengandung sangat banyak dayaguna. DAN DUDUKLAH DIA DITEMPATNYA DAN LETAKNYA SAMAKU. MENAMPUNG DANMENYELESAIKAN SEGALA YANG MENDATANG. Pengalamanku bertahun-tahun ( 10 tahun ) dengan duduk menanti membawakan DIRI itu, banyaklah sudah Rahsianya aku ketahui dengan telah banyak pula bermacam-macam persoalan yang mendatangiku, telah keselesaikan dengan memuaskan dan sangat memuaskan. Dan semuanya itu aku selesaikan BESERTANYA. Sejarah hidupku sejak kecil penuh kesusahan. Akan tetapi setelah aku menemui GARIS HIDUP YANG SEBENARNYA yang dikurniakan Tuhan kepadaku yang aku jadikan ILMU PENGETAHUANKU iaitu ILMU HIDUP, Aku jadi hidup sebenarnya hidup dan bisa ( bolih ) hidup kerana jalan hidup yang menjadi peganganku sekarang ialah berisikan NIKMAT bukan yang dimurkai dan bukan pula SESAT. Jalannya kehidupanku sendiri yang kutemui itu yang kepastiannya berasal dari dalam batang tubuhku, maka untuk mengetahui rahsianya aku pergunakanlah DIA untuk keperluan sesuatu. Kebanyakan hasilnya mengkagumkan dan memuaskan dan sangat banyak daya gunanya yang telah aku ketahui. Pengalaman aku ambil menjadi GURUKU. Aku berteori dalam berpraktik, belajar dalam mengajar, menerima dalam memberi. Aku jadi murid waktu menjadi guru. Percubaan percubaan aku lakukan pada badan sendiri, pada anak anakku, pada isteriku, pada anak muridku dan pada orang lain. Dan semua itu menjadi Rahsiaku. Aku yang tadinya dikenal orang sebagai buruh pada perusahaan bangsa asing, belakang dikenal dengan penilaian masing masing. Dan begitulah hidupku sekarang dengan rahsia Diriku. Aku telah lahir KEDUA KALINYA dan kelahiranku yang kedua terlahir dengan sendirinya. BAB 12 MELAHIRKAN MANUSIA BARU Gunanya MANUSIA BARU dilahirkan ialah untuk merubah CORAK HIDUP yang tidak memuaskan, merubah corak masyarakat yang tidak sesuai dengan masa dan zaman, membentuk masyarakat baru dengan susunan baru caranya ialah dengan GAYA BARU. Untuk mendapat corak hidup baru, hendaklah kita LAHIR KEMBALI untuk KEDUA KALINYA dan dengan DAYA TENAGA BARU kita perbaharui corak masyarakat yang tidak sesuai lagi dan dengannya pula kita bentuk masyarakat dbaru dengan gaya baru. Pahit getir dalam kurngan sewaktu terjajah kita telah alami dari itu makanya kita anti penjajahan dan tidak mahu pula menjajah. Yang kita ingini kemerdekan penuh, peri kehidupan yang teratur dan tersusun dan layak sebagai manusia. Kita tidak akan menjajah melainkan membebaskan yang tertindas, membangunkan yang tidur, membukakan mata yang buta, menunjukkn jalan yang benr dan hidup berdampingan, duduk sma rendah berdiri sama tinggi, kerana berperikemanusiaan dalam ertikat yang sebenarnya. Dri itu lahirlah dahulu untuk kedua kaliny. Kalu idk bolih dan yiddak sanggup melahirkan sendiri, minta lahirkan kandungan itu pada orang yang tahu, yang ahli dan mintalah petunjuk kepadanya. Dan dengan kelahirn baru itu pergunakanlah kecerdasan dan kearifan. Temui DIRI sendiri terlebih dahulu perbaikki ke-ada-an DIRI itu dan pelajari kehidupan sendiri didalam dan ketahuilah apa itu DIRI YANG SEBENARNYA supaya kita berpendirian.
Lahir yang kedua kalinya itu bukanlah seperti seorang ibu melahirkan anak, melainkan si dIRI menembus alam sendiri dengan memancar pancaran yang berisi. Pancaran yang berisi itulah yang akan diperhatikan yang akan kita pelajari. Kerana isinya mengandung Rahsia iaitu RAHSIA DIRI. BAB 13 TENAGA RUHANI DENGAN DAYA GUNANYA DIRI yang berdiri dengan sendirinya memberi dan mengisi Aliran Kehidupan kepada badan menurut saluran saluran tertentu sampai meliputi keseluruhannya. Oleh kerana aliran itu mealiri seluruh batang tubuh kita yang dinamakan JASMANI dengan terdirilah pula RUHANI. JASMANI ialah JASAD atau BADAN keadaanya POSITIF DIRI yang memberi DAYA HIDUP mealiri badan atau jasad, maka dia merupakan gambaran dalam bentuk Jasmani, yang diberi nama RUHANI. Keadaanya TIDAK NYATA atau NEGATIF. Jadi adalah pada kita dua aliran iaitu Positif dan Negatif. Sebenarnya didalam batang tubuh kita didapati ada DUA Aliran :a. Pertama Aliran Nyata iaitu Aliran JASMANI b. Kedua Aliran Tidak Nyata Aliran DIRI / RUHANI Kedua-dua aliran tersebut menjadi satu didalam tubuh kita. Aliran Ruhani berada didalam Aliran Jasmani. Dan pokok-pangkal dari segala pergerakan ialah Aliran DIRI dan mendatangkan Aliran Jasmani. Aliran Jasmani merupakan darah dan aliran Ruhani merupakan KARAN. Satu tetapi DUA. Keadaannya kandung mengandung. Jasmani mengandung Ruhani dan Ruhani terkandung didalam Jasmani. Untuk mengetahui dan menguasai Aliran Ruhani, kita kembali kepada JALAN yang telah kita temui iaitu JALANNYA DIRI yang telah menembus alam sendiri atau Badan sendiri. Dengan telah menemui ALIRAN DIRI dengan sendirinya kita telah menemui pula ALIRAN RUHANI kerana ALIRAN DIRI itulah ALIRAN RUHANI. Dan adalah Aliran Ruhani itu Jalan bagi Aliran Diri. Dan setelah kita dapat memahami keduanya maka dapatlah kita membezakan Jalan atau KARAN dan mana pula ISI. Dan telah kita temui dan kuasai itu TENAGA Yang Tersembunyi yang amat banyak mengandung Rahsia iaitu Tenaga Ghaib dan letaknya ialah ditangan kita atau pada kita, asalnya dari DALAM. Dan adalah menjadi kewajipan kita untuk mempelajari kegunaannya kerana adalah DIA itu SERBAGUNA. Untuk itu kita harus SERBATAHU. Ketahuilah DIRIMU lebih dahulu, supaya kamu berpendirian dan pecahkanlah Rahsia Dirimu itu. DIRI itu berdiri dengan sendirinya. Ianya merupakan suatu kumpulan dari Zat Serba Zat iaitu suatu Zat. Hidup kerana berasal ( dari ) Diri yang hidup. Itulah dia anugerah, Kurnia Tuhan yang sebenar – benarnya kepada kita untuk hidup. Segala Puji dan Puja kupersembahkan terhadapNYA Allah Tuhanku yang memerintah dan menjaga seluruh alam. Aku telah menemui itu isi yang serbaguna kerana aku telah tahu banyak mempergunakannya untuk kebaikanku
dan kebaikan orang lain. Aku tidak dapat menyatakannya hanya dapat MERASAKANNYA terasa olehku dan terasa pula oleh orang yang menghubungi aku. Aku meisi diriku dan aku meisi orang lain. Dn dari itu makanya isi pokok yang ada padaku tidak habis habisnya. Dia ada padaku dan banyak diluarku. Dan banyak pula sudah Rahsianya aku ketahui. Yang banyak itu tidak menyusahkan aku, tidak memberatkan kerana aku tahu mendudukkannya pada tempatnya. Dia silih berganti mendatangiku DIRI ku dan DIA datang dan pergi bagiku. Kenapa bolih begitu ? Yah kerana mengetahuinya pintu telah terbuka bagiku hijap terbuka sudah. Dan itu bintang yang banyak selain dari meisi bintangku bertaburan disekelilingku meisikan ganti berganti. DIA yang dikasihi telah menjadi kekasihku. Dan mungkinkah aku yang mengaihi yang dikasihinya itu menjadi, kekasihnya pula. InsyaAllah. Dan banyak lagi yang aku belum diketahui. Aku masih mencari, memohon minta tambah ilmuku. Yang menjadi pertanyaan bagiku sekarang isi yang telah aku perdapat itu yang tidak dapat dinyatakan akan tetapi dapat dirasakan bolih dapat ditangkap oleh alat alat dari fizikal untuk dipelajari . Aku yakin seyakin-yakinnya isi yang ada padaku itu tidak akan habis-habisnya, kerana sangat banyak diluar. Aku ingin manusia yang banyak ini bebas dari penderitaan. Aku ingin manusia cara berfikirnya berubah menurut yang aku kehendakki iaitu Damai, damai sekali lagi damai. Untuk menciptakan perdamaian itu ialah dengan isi yang aku maksud isi yang mempunyai jalan sendiri, iaitu jalan yang berpetunjuk yang berisikan nikmat dan bukan yang dimurkai dan tiada pula sesat. Manusia selama ini berfikir, berbuat, bertindak melakukan segala sesuatu dengan daya tenaga lahirnya yang berasalkan dari alam fikirannya yang berasal dari otak, otak yang berasal dari tanah yang tidak bolih bebas dari Hawa Nafsu. Seluruh batang tubuh kita dialiri oleh aliran HIDUP yang berisi termasuk otak kita dan isi yang mempunyai jalan sendiri itulah yang akan dipergunakan kerana dia bolih membebaskan Diri dari tekanan tekanan alam sekelilingnya termasuk Hawa Nafsu, syaitan, iblis dan sebagainya. Berilah isi kepada dunia dengan mempergunakan isi yang ada pada kita dan tunjukkanlah jalan yang berisi kepada manusia banyak, yang senang mencari jalan yang benar. Sebelum menciptakan Perdamaian, damaikanlah DIRI terlebih dahulu. Bebaskanlah Diri dan tekanan tekanan yang menghalangi tujuan kita. Semuga bekerja dengan isi itu terciptalah damai didunia ini kalau memang perdamaian yang akan dituju. Saya sengaja pecahkan TENAGA GHAIB ini secara ilmiah untuk orang orang yang meminatinya, dan kepada siapa saja yang sanggup menemui dan menguasainya, walaupun dengan jalan sendiri atau dengan jalan perantaraanku atau dengan perantaraan muridku yang cerdas dan banyak mengetahui akan selok belok RAHSIANYA. Jalan yang baik dan membaikkan akan diturut, jangan jalan yang buruk yang akibatnya merusak atau menghancurkan. Tanya diri sendiri : Siapa aku, mahu kemana aku dan apa mahuku. Dan yang penting – dudukkanlah DIRI itu pada tempatnya. Buat aku, aku telah mendudukkannya pada tempatnya. Segala apa yang ada padaku aku serahkan padanya dan DIAlah yang jadi aku, oleh kerana aku mahu hidup dan Dialah yang hidup itu. Seluruh kehidupanku diatur dan disusunnya sendiri kerana DIAlah sebaik-baik pengatur dan penyusun. DIAlah yang tahu sebab DIA MAHA TAHU …… Aku duduk ditempatku dan adalah ilmunya menjadi ilmuku.
Rahsia DIRI ialah terletak pada kita. Diluarkah atau didalamkah kerana DIA ada diluar dan ada pula didalam. Ada pada kita dan ada pada orang ( lain ) Orang yang tidak tahu diDIRI tidak berpendirian. Dari itu ketahuilah DIRImu dan temuilah DIA dan pelajarilah Rahsianya. Dengan DIRI engkau bolih menangkap segala-galanya. Diri yang lemah akan menjadi mangsa yang kuat. Dari itu perkuatlah Dirimu, perbesar, perkembanglah DIA. Diri yang kuat, yang besar dan sudah berkembang tidak bolih dipengaruhi oleh sesiapapun. Perkuatlah DIA dengan jalannya, perbesarlah Dia dengan jalannya, perkembanglah Dia dengan jalannya. Untuk itu temuilah JALAN DIRI itu. DIA kuat lagi benar, kerana berasal dari YANG MAHA KUASA dan YANG MAHA BENAR. Gunungkanlah itu setitis dua lautkanlah itu yang sekepal. Dengan apa menggunungkan yang setitis dan dengan apa melautkan yang sekepal itu ? Jawabnya mudah shaja, iaitu dengan JALANNYA. Segala sesuatu selesaikanlah dengan JALANNYA, dan jalan itu telah kita punyai. Berpegang teguhlah pada Jalannya dan jangan bercerai berai. Adalah Jalan itu merupakan mata rantai, kait berkait, rangkai berangkai dengan satu dan lain. Putus minta disambung, kusut minta diuraikan, keruh minta dijernihkan. Kusut dihujung benang, kembali kepangkal benang. Kesemuanya diselesaikan, dilakukan, dibawakan dengan JALANNYA. Orang yang tidak tahu diDIRI kehilangan DIRI, hidupnya tidak bererti dan akan menjadi mangsa yang berDIRI. Kita akan diperalat kerana dianggap barang mati. Dari itu KETAHUILAH DIRI. Carilah DIRI. TEMUILah dan PERGUNAKANlah DIRI SENDIRI supaya kita berpendirian. Dan hiduplah dengan DIRI supaya kita berpendirian. DIRI yang dimaksudkan ialah DIRI YANG SEBENARNYA DIRI bukan Diri yang dibuat buat. DIRI yang duduk benar, tegak benar, berjalan benar kerana berasal langsung dari YANG MAHA BENAR. DIRI itu JERNIH, BERSIH, SUCI. Dia HENING, TENANG, TIDAK ADA TETAPI ADA. DIA yang tidak ada ( kelihatan ) ada bersama kita sejak kita diadakan. DIA bersifat KETUHANAN kerana berasal dari TUHAN. Jadi adalah yang telah ada bersama kita itu KETUHANAN tetapi BUKAN TUHAN. TUHAN TETAP TUHAN, Esa, Tunggal, tidak dua tidak tiga apalagi banyak. KETUHANAN ada pada kita, ada pada orang lain dan ada dimana mana. Kenal mengenali satu sama lain, hubung menghubungilah, kerana tidak kenal maka tidak cinta. Syaitan berdiri, Iblis berdiri dan Jin pun berdiri. Akan tetapi DIRInya tidak seperti DIRI MANUSIA, sama sama makhluk dijadikan Tuhan ( Cuma ) berlainan jenis. Mereka itu berasal dari API yang sifatnya merusak dan menghancurkan. Dia menjahanamkan kita, dia membawa kita keneraka, kerana dia tidak senang akan kejadian kita. Diperintahkan Tuhan dia sujud kepada ADAM dia tidak mahu. Mereka berkata : Patutkah kami sujud kepada orang yang engkau jadikan daripada tanah ? Dia meminta dipanjangkan umurnya sampai kiamat guna memusnahkan atau memperdayakan anak cucu orang itu dibelakang hari KECUALI YANG SEDIKIT. Dan Yang Sedikit itu tidak terpedayakan olehnya. Sesungguhnya aku mengetahui apa yang engkau tidak ketahui Firman Allah.
Orang yang tidak tahu diDIRI kehilangan Diri Yang Berdirikan pada tanah dengan mudah terperdaya oleh syaitan kerana api itu bolih berdiri dan hidup diatas tanah. Dengan tidak disedarinya dia telah menjadi manusia Iblis kerana telah bersarang didalam tubuhnya yang berasal dibalik asal dari tanah itu. Betapa tidak Iblis yang tidak nyata itu bagaimana bolih mengetahui kalau ia lupa keDIRInya ? Iblis bolih masuk melalui makanan, minuman, sedang tidur dan lain lain sebagainya dan lama didalam menguasai DIRI dan menutup sampai orang kehilangannya. Intan telah terbenam didalam lumpur. Hanya dengan mengetahui DIRI – MENEMUI DIRI dan dengan jalannya DIRI, segala sesat dan yang menyesatkan itu bolih disapu bersih. Dari itu kenalilah DIRI, pelajarilah DIRI, temuilah dan turutlah jalannya DIRI yang telah ditemui itu. Iblis yang berasal dari api itu akan hancur berantakan kalau kita ketahui DIRI kita. Dan itulah yang dimaksudkan dengan KECUALI YANG SEDIKIT itu. Yang sedikit itu ada pada tiap tiap orang, dari itu kemukanlah DIA dan pergunakanlah DIA. SEDIKIT tetapi menakutkan, menggemparkan, tidak sanggup Iblis memperdayakannya, sebab DIA tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan, berdiri dengan sendirinya. YANG SEDIKIT itulah RAHSIA. Rahsia kelebihan bagi yang mengetahui, menemui, mempergunakannya. Seluruh makhluk akan sujud menyembah kepadanya, ingat akan kejadian kita waktu Tuhan akan menyuruh menyembah nenek moyang kita ADAM AS. Semuanya sujud kecuali Iblis. Dia engkar, tidak patuh pada Yang Maha Kuasa sedangkan Allah mengetahui yang tidak diketahuinya. Dia engkar dan semenjak itu dia menjadi musuh kita nombor satu. Dia berniat akan memusnahkan, memperdayakan kita manusia sampai kepada anak cucu cicit hingga hari kiamat. Sekarang kita telah mendapat tahu Rahsia iaitu maksud dan rahsia Kalam Allah YANG SEDIKIT bahkan kita telah menemuinya pula. Apa yang kita takutkan lagi, kalau kita mahu kita akan sanggup menghancurkannya iblis itu. Bahkan kalau kita ketahui betul, melihat kita sahaja dia sudah lari, menyingkir dari kita. Dengannya, kita tidak takut kepada sesiapa sahaja, kecuali Allah. Hanya Allah yang patut ditakuti. Yang Sedikit yang kita ketahui, hendaklah DIA kita temui dan punyai serta kuasai sehingga kita bolih mempergunakan daya gunanya yang banyak mengandungi rahsia itu. Kecerdasan kita menjadikan DIA besar, memperkembangkan DIA menjadikan DIA bahkan lebih dari itu kerana DIA ada didalam dan diluar kita. DIA sedikit, kita perbanyak, dia setitik kita gunungkan, Dia sekepal kita lautkan, sudah banyak kita perbanyak kerana DIA ada dilangit, dibumi dan dimana mana sahaja. Gali dan pelajarilah Yang Sedikit itu sampai dikuasai hendaknya. Mereka bertanya kepada ENGKAU ( Muhammad ) mengenai RUH, jawablah : TIADA AKU DIBERITAHU TENTANG ITU KECUALI SEDIKIT. Bukankah Yang Sedikit Firman Allah kepada Muhammad itu sama dengan Yang Sedikit yang tidak bolih diperdayai Iblis ? Muhammad Rasullullah diwahyukan Tuhan kepadanya rahsia Yang Sedikit. Ini kepada manusia MUHAMMAD yang telah diangkatnya, dijadikan utusanNYA. BAB 14 KETAHUILAH DIRIMU Ketahuilah bahawa tiap tiap orang, tiap tiap kita da itu ANUGERAH AGUNG, Kurnia Tuhan yang terrahsia letaknya pada kita. Dan selain terrahsia dia banyak mengandung rahsia.
Masing masing kita MENGANDUNGNYA. Supaya kita puas menjalankan kehidupan, maka lahirkanlah kandunan itu. Dengan kelahirannya maka terbukalah sudah Rahsianya. Hnya sedikit tetapi amat besar ertinya bagi kita, kerana DIA hidup dan menghidupkan kita. Dan itulah DIA Yang Sedikit, RUHKU Firman Allah, sewaktu meniupkannya kedalam batangb tubuh ADAM. Bagi orang yang telah mengenlnya Tuhankah itu ? Tentu tidak. Dan bagi orang yang mengetahui kedatangannya dari Tuhan anak Tuhankah itu. Tentu bukan. Dari itu kami yang telah menemuinya dan telah menjadikan diri kami DIA menamakan DIA yang telah berada bersama kita itu KETUHANAN. Orang mengatakan : Kenali DIRImu kerana siapa mengenal DIRINYA mengenal TUHANNYA dengan sendirinya. Untuk mengenal DIRI secara positif, lahirkanlah kandungan masing masing. Dan setelah tahu diDIRI yang sebenarnya, akan tahulah kita bahawa kesalahan besar yang telah kita lakukan dalam membawa jalannya kehidupan. Suatu pandangan hidup yang salah, kerana Yang Mati dianggap hidup, sedang Yang Sebenarnya Hidup tidak diperdulikan. Lahirlah,lahirlah manusia baru didunia. Semua orang semua umat semua manusia dimana mana didunia menunggu kedatangannya, kelahirannya.InsyaAllah. Bagiku setelahmenemui JALANNYA aku pelajari DIA isinya serta Rahsianya. Maka tahulah aku akan DIA sebenarnya. Aku telah menemuinya DIRIKU yang sebenarnya. Dan dengannya, pada jalannya aku MENEMUI TUHAN Yang Maha Esa, ALLAH. Dan bagaimana caranya aku bertemu dengan ALLAH, tidaklah dapat aku menceritakannya, kerana perjalananku dengannya, DIRIKU yang berasal dari SANA ialah : DARI ADA KE TIADA TIADA KE TIDAK ADA Di TIDAK ADA itu, aku tidak dapat mengatakannya lagi, kerana segala apa yang ada padaku sudah tidak ada lagi, jadi apa yang akan aku katakan. Dan dalam perjalanan kembali : DARI TIDAK ADA kepada TIADA DARI TIADA kepada ADA Pengalaman perjalanan yang berulang-ulang memberi keyakinan disaat saat itu aku sudah di SANA pulalah aku didalam TIDAK ADA itu timbul menjadi ADA guna untk mengdakan PENGAKUAN dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadah berulang ulang tiga kali. Dan itulah aku sekarang yang tadinya dilahirkan telah melahirkan pula. Dilahirkan aku sebagai manusia dan aku melahirkan kandunganku yang penuh Rahsia. Aku dudukkan Diriku ditempatnya. Dudukku duduk menanti kedatangan sesuatu yang lahir dan yang batin. Dan penyelesaian segala sesuatu yang mendatangi aku itu, kuselesaikan dengan ilmuku yangterrahsia itu dan kesimpulannya penyelesaiannya ialah tahu mendudukkannya pula pada tempatnya. Dan adalah aku hidup seperti musafir yang sentiasa dalam pengembaraan, dalam perjalanan kerana perjalananku belum sampai dibatasnya. Aku duduk tetapi berjalan. Perjalanan lahir yang bolih dilihat orang dan perjalanan yang tidak bolih diketahui dan dilihat orang iaitu perjalanan dengan memegang Rahsia Yang Sedikit. Dia mengetahui yang tidak diketahui orang
Pahlawan aku bukan … pujanggapun bukan Hanya musafir ……………….. Cacat tubuh beta – letih tidak berdaya Tetpi tetap bekerja ……… Semuga sumbangsihku Menambah sari ilmu Harum taman pertiwi ibu BAB 15 PENGERTIAN HIDUP SEBENAR HIDUP ialah mempunyai alam sendiri. Dia memberi kehidupan kepada Yang Ada. Yang diberikannya ialah ISI. Alirannya Hidup ertinya tiada mati atau tiada beku. Kebanyakan orang tidak pandai membawa Hidup kerana membawakan sendiri kehidupan sendiri tanpa ada pengertian tentang hidup itu. Apakah ertinya HIDUP yang sebenarnya ? Dan dimanakah letaknya Hidup itu ? Pada kesengsaraankah, pada sukakah, pada dukakah, pada pangkat atau kekayaankah ? Atau pada apa ? Letaknya HIDUP bukan pada kaya, pada miskin, pada mulia, pada hina, pada sengsara, pada suka, pada duka, pada harta atau wang, pada pangkat dan lain sebagainya. Kesemuanya itu adalah AKIBAT dari perjalanan hidup yang telah kita lalui yang sedang dan yang akan kita lalui. Kambing, lembu, kerbau dan lain lain binatang tidak kaya bahkan tidak punya apa apa JUGA HIDUP. Sebelum kita dapat mengerti apa itu HIDUP YANG SEBENARNYA hendaklah kita ketahui lebih dahulu bahawa HIDUP itu ada diDIRI kita dan DIRI itu ada didalam batang tubuh kita. Dan DIA meisi kehidupan kita. Diwaktu kita menjalankan kehidupan kita diluar untuk memenuhi keperluan lahir, adakah DIA kita bawa serta ? Tentu orang akan mengatakan ADA kerana DIA telah berada bersama kita sejak kita diadakan. Aku akan mengatakan TIDAK kerana sungguhpun kemana saudara pergi DIA ada bersama saudara tetapi untuk melancarkan usaha saudara DIA tidak saudara bawa serta dengan ertinya yang sebenar. Pembawaan saudara itu, walaupun DIA ada, tetapi tidak ikut berjasa pada usaha saudara diluar, hanya didalam sahaja. Jadi adalah untuk usaha saudara disegala bidang, ke-ada-an nya passif, tidak aktif. Dan untuk mengaktif kannya perlu DIA selain diketahui ke-ada-an nya juga kita harus mengerti caranya dan kita usahakan supaya DIA selain meisi kehidupan kita didalam juga meisi kehidupan kita diluar. Beruntunglah orang yang dapat mengetahui, menemui dan mengerti cara dan keadaannya : Surah Ar Rum : Ayat 08 Tidakkah mereka memikirkan apa yang didalam DIRInya sendiri !!! Ada apa diadalam diri kita itu ? Kita telah menemui DIRI kita dan telah mengetahui pula. Dan sudahkah kita mengetahui terdiri dari apa itu DIRI dan ada apa didalamnya ? Untuk ini hendaklah kita ambil pelajaran pada kenyataannya itu DIRI yang telah kita ketemui. Semenjak kita telah menemui itu DIRI bererti DIA telah ada. Keadaannya bersama kita. Kita pelajari DIA untuk mengetahui dan mendapat ISINYA. Kita menemuinya setelah kita mendapat jejaknya iaitu JALANNYA. Jalannya itu berisi, kerana DIA meisi kehidupan kita didalam. Adalah keadaannya tidak ubah sebagai butir butir darah melalui pembuluh darah. Hanya beza keadaannya berlainan satu nyata dan yang satu lagi tidak nyata.
Dan adalah yang dinamakan DIRI itu, kumpulan umpulan dari ISI ISI atau butir butir HIDUP yang berasal dari HIDUP yang didatangkan oleh YANG MAHA ESA. DIA hidup lagi menjaga. Dan adalah kandungan DIRI itu ZAT serba ZAT. ZAT tersebut meisi dan mealiri jalannya kehidupan didalam dan seluruh alirannya menimbulkan RUHANI yang berupakan gambaran dari JASMANI. Dapat diketahu bahawa pada kita ada DUA TENAGA HIDUP. Yang pertama TENAGA LAHIR dan yang kedua TENAGA BATIN atau TENAGA GHAIB. Tenaga Lahir berasal dari TENAGA HIDUP yang dihidupkan yang menjadi TENAGA JASMANI. Tenaga Jasmani ini datangnya dari Zat makanan yang kita makan dan minum. TENAGA BATIN atau TENAGA GHAIB pula berasal dari Tenaga Hidup Yang Sebenarnya Hidup yang ada didalam dan diluar batang tubuh kita ( udara ) Keadaannya didalam batang tubuh kita menjadi Pokok Kehidupan kita seumpama setitis air embun didaun talas atau daun keladi, hening, jernih tetapi lekat pada daun. Untuk Kebahagiaan hidup kita, hendaklah kita hidupkan Yang Hidup itu, seperti kata pepatah : Yang setitis minta digunungkan. Perbuatan kita menggunungkan yang setitis itu menghasilkan sekepal dan untuk kehidupan selanjutnya hendaklah yang sekepal itu kita lautkan kerana kita akan mengharungi lautan hidup. Dalam Ilmu Kejiwaan, perbuatan kita menggunungkan yang setitis itu bererti membesarkan jiwa, kerana lautan hidup yang kita tempuh atau lalui beralun dan bergelombang, jalannya panjang dan berliku-liku berlurah dan berbukit, berduri dan dibalik itulah yang dinamakan BAHAGIA. Untuk itu kita harus pandai membawakan Hidup, pandai membawakan DIRI dengan pengertian yang didalam kita mesti kenal betul betul terlebih dahulu iaitu yang mana itu HIDUP dan yang mana itu DIRI. HIDUP itu letaknya pada Ketenangan dan pada Ketabahan yang keluarnya menyatakan Kebesaran Jiwa, bukan sombong, takbur dan angkuh. Dari itu ketahuilah DIRI dan HARGANYA DIRI. Orang yang tahu Harga Diri tidak akan menjual Dirinya. BAB TUJUHBELAS KISAHKU MENCARI TUHAN Anak anakku ! Dilahirkan kita didunia ini untuk menjalankan kehidupan. Dimana tempatnya ? DiRahim bonda kita. Sebelum di Rahim bonda dimanakah kita ? Belum ada, ya memang kita belum dilahirkan sejasad sejiwa. Akan tetapi BATIN kita telahpun ada. Dimana ? BersamaNYA, terkandung didalam RahsiaNYA iaitu ALLAH. Dan itulah Aku kini. Aku dilahirkan sebagai manusia melalui ibu bapaku. Dizahir Aku keluar dari Rahim ibu, di batin aku datang dari Rahim Tuhanku. Tuhanku bersifat Rahman & Rahim. Aku terkandung didalamnya. Sekarang aku dikandung oleh badanku sendiri. Semenjak keluar dari rahim ibu maka putuslah hubungan secara langsung dengan Tuhanku dan ibuku. Alam sekelilingku menyebabkan aku selalu ingat kepada Yang Menjadikan Aku, Allah Tuhanku dan juga kepada kedua ibubapaku. Pengalamanku, perasaan suka dukaku menyebabkan timbul hajatku yang besar untuk MENCARI TUHANKU, ALLAH. Perasaan Ketuhananku tidak puas sebelum aku dapat menemuiNYA, Allah Tuhanku. Dalam pencarianku, aku mengembara dan mengembara. Semakin jauh pengembaraanku semakin jelas tanda tanda KebesaranNYA, KemurahanNYA, Kasih SayangNYA, IlmuNYA ….. akan tetapi DIA belum lagi dapat kutemui.
Bapak Dr Paryana Suryadipura melalui buku Alam Fikirannya, memberitahu bahawa untuk meningkat ketingkatan yang lebih tinggi dan dalam, hendaklah kita beramal. Amalan itu pula ada dua iaitu amal beserta hawa nafsu dan yang kedua amal soleh. Yang demikian untuk menemui Allah amalannya hanya satu iaitu amal soleh yang ikhlas. Bersamaan dengan PEMISAHAN pada perbuatan amalanku itu, aku dapat tahu telah terjadi pemisahan pada badanku sendiri. Dan tahulah aku sekarang yang mana DIRIku yang sebenarnya. Sedarlah aku peganganku selama ini pada barang Yang Mati sedangkan Yang Hidup tidak aku pedulikan. Aku telah menemui DIRIku. Padanya letaknya kebenaran, ketenangan, kedamaian yang tidak pernah aku perdapat selama ini. Aku pelajari diriku dan banyak Rahsianya yang aku ketahui. Dalam segala hal DIRIkulah yang aku kemukakan. Dan dengannya pula dalam ke-ada-an TIDAK ADA aku MENEMUI TUHANKU. DiHADIRATNYA aku sudah tidak ada lagi, tidak ada yang ada, tidak ada angin, tidak ada ribut. Dan yang ada HANYA DIA Tuhanku dan aku hilang dalam ke-ada-anNYA. Aku telah pergi sebelum dipanggil, sudah tiada sebelum ditiadakan, sudah datang sebelum sampai dan Aku telah kembali keSANA. Tahulah aku siapa aku sebenarnya dan sekarang hendak kemana aku dan mahu apa aku ? Aku hendak menemui kedua ibu bapaku yang pada zahirnya telah tiada kerana sudah lama meninggal dunia. Aku hendak melakukan sembah sujud kepada kedua mereka dan hendak membebaskannya. Bapaku dalam keadaan tiada dengan setidak tahuku telah lama mendampingi aku. Akan tetapi ibuku belum lagi dapat kutemui. Aku menziarahi perkuburan mereka. Sewaktu membacakan Dua Kalimah Syahadah aku terkejut kerana ada bisikan ditelingku yang berbunyi : Cukuplah sehingga ini peretemuan kita, nanti diakhirat kita berjumpa lagi. Aku terpesona kerana sesudah itu dia telah lenyap. Kepada Tuhan aku bermohon supaya ibuku dibebaskan dari azab kubur dan ditempatkan ditempat yang sebaik-baiknya. Semenjak itu aku dudukkan dIRIku ditempatnya, dan dudukku duduk dirumah. Kalau perlu aku keluar. Ada kalanya pula aku duduk, tetapi berjalan, perjalanan yang merupakan perjalanan batinku. Bolih kukatakan aku lebih banyak berjalan dari duduk dan lebih banyak berbuat dari bermenung. Perjalanan yang aku sebut diatas merupakan perjalanan hidup yang berisi, berisikan nikmat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Ilmuku Ilmu Ghaib berasal dai Yang Ghaib dan datangnya dari YANG MAHA GHAIB. Kepada saudaraku, kaumku dan bangsaku yang merasa ketinggalan aku pesankan letakkan sesuatu itu pada tempatnya dengan mengharamkan yang haram, menghalalkan yang halal dan jangan pakai kesempatan dalam kesempitan. Kuasailah DIRImu letakkan pula pada tempatnya iaitu Ketenangan dan Kedamaian. Aku juga ingin berpesan untuk kesian kalinya : Padamu ada tenaga yang tersembunyi yang belum pernah engkau pakai secara positif selama ini. Tenaga ini mealiri seluruh batang tubuhmu didalam. Pergunakanlah DIA untuk mengejar apa yang tertinggal. Tingkatkan cara berfikirmu kedalam, hentikan segala gerak langkah sehingga yang tinggal hanya gerak yang tidak dapat kamu kuasai. Gerak yang tinggal itu ialah gerak dari Tenaga Batinmu atau Tenaga Yang Tersembunyi bagimu. Dengan perlakuan itu kamu sudah mulai adakan pemisahan didalam dirimu, pemisahan antara Gerak Zahir dan Gerak Batin, Tenaga Zahir dan Tenaga Batin antara Badan dan DIRI. Terjadinya itu baru pemisahan didalam. Sekarang tingkatkan lagi fikiranmu bagaimana cara hendak mengetahui dan dapat merasakan Tenaga Dalam itu. Untuk itu kamu mesti membawa tenaga itu keluar yang bererti kamu harus menembus alamnya sendiri sampai kekulit dan bulumu. Sanggupkah kamu sendiri menembus itu dengan perkataan lain membuka pintu yang tertutup
itu ? Jawabnya ialah sebaliknya, kamu cari orang yang tahu dan mengerti dan telah mempunyai untuk meminta petunjuk petunjuk. DIA ada tetapi tiada, dia sulit tetapi mudah, dia ringan tetapi berat dan jangan dipandang enteng pula kerana mungkin membahayakan kalau dicuba dengan sendiri. Sebaiknya mendapatnya dengan jalan berguru. Adalah DIA itu mempunyai Jalan Sendiri semenjak dari dalam jalan yang berisi. Berisikan titik titik dan titik itulah Rahsianya kerana DIA berasal dari Yang Setitik ( sedikit ) Perjalanan titik itu didalam sepanjang tubuh merupakan gambaran dari Jasmani yang dinamakan Ruhani. Jadi adalah yang dimaksud dengan Tenaga Batin itu ialah Tenaga Ruhani yang berasal dari RUH. Pada kita adalah TITIK PENJADIAN itu berasal dari Tuhan dan dengan dapat menguasai Titik itu kita dapat pula Jadi Menjadikan dengan memperkembangkannya. Setelah menemui dan menguasainya marilah kita pergunakannya untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Kalau kita tahu padanya ada kasih sayang dan kita perkembangkan maka kita akan dikasihi dan disayangi. Kalau kita ketahui padaNYa tiada yang tidak ada, maka akan mudahlah urusan kita. Kalau kita tahu bahawa kita telah pandai memasukkan Siang pada malam dan Malam pada Siang, mendatangkan Yang Hidup dari Yang Mati dan Yang Mati dari Yang Hidup, tentu kita akan menerima rezeki yang tidak diduga duga datangnya. Pendek kata TIDAK ADA YANG SULIT DISISI TUHAN dan padaNYA tidak ada yang tidak bolih diatasi. Kehidupan kita yang telah berlalu penuh kesusahan, kegelisahan dan penderitaan akibat ketidakmampuan kita dalam banyak perkara . Kenapa ? Pada kitalah letaknya segala kesalahan itu, bukan pada orang lain. Kita tidak tahu di DIRI kita dan kita telah lupa akan DIRI kita. Kita telah menurutkan JALAN MATI bukan JALAN YANG HIDUP. Maka wajarlah kita kembali kejalan yang benar dan kita tinggalkan jalan yang sesat lagi menyesatkan. Yang benar ialah DIRI kita bukan BADAN kita. DIRI kita itulah Yang Hidup dan pada BADAN kitalah letaknya kematian. Orang yang berpegang kepada BADANnya, bererti menempuh Jalan Mati, dan orang yang berpegang pada DIRInya bererti menempuh Jalan Hidup. DIRI kita letaknya DI-DALAM dan mempunyai JALAN SENDIRI didalam BADAN kita. Untuk menemui JALAN itu hendaklah kita BUKAKAN PINTU dari LUAR atau kita TEMBUS DARI DALAM. Jika ini semua diluar kemampuan kita maka wajarlah kita mencari guru. BAB LAPANBELAS JALAN JALAN KEHIDUPAN Telah kitaketahui dalam kehidupan kita, kita menempuh TIGA JALAN :a. Pertama : Berjalan dengan sendirinya b. Kedua : Menjalankan kehidupan sendiri c. Ketiga : Dibawa berjalan Perjalanan pertama iaitu sewaktu didalam kandungan berjalan dengan Ilmu Tuhan. Itu sebabnya kita tidak merasa susah. Perjalanan kedua iaitu setelah kita lahir, kita menjalankan sendiri kehidupan kita. Salah jalan mengakibatkan penderitaan. Perjalanan ketiga, iaitu setelah perjalanan sampai kebatasnya, kita dibawa berjalan kembali keasalnya kita. Dari tiga macam perjalanan diatas perjalanan yang pertamalah yang terbaik iaitu berjalan dengan Ilmu Allah. Persoalannya ialah setelah kita dilahirkan adakah Ilmu uhan itu masih ada pada kita ? ADA, padanyalah terletak Rahsia kehidupan kita.
DIA menghidupkan kita didalam mealiri dan mengisi Jalan Kehidupan kita dan TERBATAS pada KULIT dan BULU kita. Pembawaannya yang berjalan dengan sendirinya itu bagi kita TETAP ADA. DIA telah ada semenjak kita diadakan. Dan keadaan sekeliling kita yang menyebabkan kita lupa atau sampai melupakannya. Kehidupan yang kita WARISI terlampau banyak dibawa MELIHAT KELUAR dan amat sedikit diberi tahu tentang KEADAAN KITA DIDALAM. Kita dididik dan diasuh mengenai keadaan alam diluar kita, Keperluan hidup diluar sekarang dan akan datang. Kita disuruh menuntut ilmu biar sampai kenegeri Cina. Dititik-beratkan kehidupan kita kepada kehidupan zahir dan amat sedikit kita diberitahu mengenai kedudukan yang tidak nampak iaitu yang ghaib. Diberitahu kita akan adanya yang Yang Maha Ghaib iaitu Allah tetapi amat sedikit kita diberitahu tentang JALAN KEPADANYA kerana tidak ada yang dapat menunjukkan jalan yang sebenarnya kerana amat sedikit pula orang yang mendapat petunjuk akan jalan itu iaitu jalan yang sebenarnya jalan. Kita didik terlampau jauh melihat keluar sampai kita lupa akan DIRI kita. Dari itu makanya banyak orang kesasar hidup. Jalan Hidup kita yang sebenarnya adalah LURUS iaitu keatas dan kebawah. Keatas kita kembali kepada Tuhan dan kebawah kita kembali ketanah. Cara kita menjalani hidup bercabang-cabang, kekiri dan kekanan, kehadapan dan kebelakang. Kebelakang bererti mundur, berjalan surut itu tidak mungkin kerana telah dilewati. Kita melihat kebelakang untuk mempelajari jalan yang kita bawakan dan lalui, untuk diperbaikki pada jalan yang akan datang. Kita melihat kehadapan untuk maju terus kalau kalau ada halang rintangan. Untuk itu makanya kita berbelok kekiri dan kekanan guna kembali kejalan yang lurus dan sebagainya. Jauh sudah kita berjalan dan telah lama rasanya kita berjalan apa yang kita perdapat ? Suka duka telah dilalui, bermacam teori telah dipraktikkan, yang tidak pernah dibuat telah dibuat, yang tidak bolih telah dibolihkan, yang haram telah dihalalkan. Mahu harta telah dipunya tetapi mahu lagi, mahu isteri telah dapat tetapi mahu lagi, mahu rumah besar telah punya tetapi juga mahu lagi mahu kereta telah pun ada tetapi mahu ditambah lagi dan berbagai bagai lagi kemahuan yang tidak pernah cukup. Kenapa begitu ? Kerana kepuasan belum dicapai oleh kerana jalan untuk mendapatkannya tidak pada jalannya yang benar melainkan dengan jalan menurutkan HAWA NAFSU. Dan dengan tidak disedari jalan lurus yang ditempuh untuk mendapat BAHAGIA telah berjalan dengan sendirinya dan telah hampir sampai kebatasnya. Tahu tahu tenaga habis, daya sudah tidak ada, Kekuasaan Tuhan pun berlaku MAUT pun sampailah. Kita sudah tidak ada lagi. Kita sudah jauh didasar, sesat lagi disesatkan, kerana berjalan tidak pada jalannya. Kita telah menempuh jalan kosong yang dimurkai lagi menyesatkan iaitu Hawa Nafsu yang berisikan Syaitan & Iblis. Jalan Yang Benar lagi Lurus itu ada padamu, pokok pangkalnya di DIRImu. Untuk mendapat petunjuk hendaknya jangan berdoa sahaja hendaklah juga kita pergunakan otak dan kecerdasan kita. APA LAGI YANG DIMINTA KEPADA TUHAN, SEDANGKAN YANG KAMU MINTA DAN KEHENDAKKI ITU TELAH DIBERIKAN KEPADAMU. Kebodohan kamu yang menyebabkan kamu berkurangan, tiak puas dan sebagainya. Kalau kamu telah mengetahui semua itu, TIDAK PADA TEMPATNYA KAMU MEMINTA PADA TUHAN KERANA APA YANG KAMU MINTA ITU TELAH DIBERIKAN KEPADA KAMU SEBELUM KAMU MEMINTA. ( Itulah dia DIRI Yang Sebenarnya DIRI yang telah dan sentiasa bersamamu tanpa kamu ketahui sejak kamu diadakan ) Anak anakku, Sekali lagi aku ingatkan, pelajarilah Hakikat Hidup yang sejati dan kembalilah kepada kehidupanmu yang sebenarnya. Berpeganglah kepada Yang Hidup jangan kepada Yang Mati. Carilah DIA DIRImu. BAB SEMBILANBELAS PETUNJUK PETUNJUK UNTUK KEBENARAN
Al- Quran Surah Ali Imran : Ayat 27 DimasukkanNya malam kepada siang, siang kepada malam, didatangkanNya yang hidup daripada yang mati, yang mati daripada yang hidup. Diberinya rezeki ( kapada ) sesiapa yang dikehendakkinya dengan tiada terhitung. Ulasan kepada Ayat Malam ada pada kita dan Siang pun ada pada kita. Begitu juga Yang Hidup dan Yang Mati juga ada pada kita. Bagiku adalah malam yang dimaksudkan ialah Badan dan Siang ialah DIRI atau Yang Hidup adalah DIRI dan Yang Mati adalah BADAN. Maka adalah orang yang diberi ( oleh ) Tuhan rezeki yang tidak terhitung banyaknya itu ialah orang yang dikehendakkiNya iaitu mereka mereka yang dapat mengeluarkan Yang Hidup dari Yang Mati dan sebaliknya Yang Mati dari Yang Hidup dan juga mereka mereka yang pandai memasukkan Siang kepada Malam dan Malam kepada Siang. Pada permulaan ada SABDA ( Firman ) dan Sabda ada pada Tuhan. ( Kun Fayakun ) Semua benda dijadikan olehNYA. Tiada sesuatu yang boleh terjadi dengan sendirinya. Didalamnya ada NYAWA dan Nyawa ialah CAHAYA yang sebenarnya, yang menyinari setiap sesuatu / setiap manusia didunia ini. DIA ada didalam Dunia, dan Dunia dijadikanNya tetapi Dunia tidak menegnal DIA. DIA menyinar dalam Gelap tetapi sigelap tidak mengerti ……………………………… SiTerang menerangi Si-Gelap dan Si- Gelap tidak mengerti………………………….. Burung ada didalam Sangkar, Sangkar dibuat untuk Burung tetapi Sangkar tidak mengenal Burung. GELAP = MALAM = MATi = BADAN TERANG = SIANG = HIDUP = DIRI Untuk dapat memasukkan Malam kepada Siang dan sebaliknya dan untuk mengeluarkan Yang Hidup daripada Yang Mati dan sebaliknya, hendaklah kamu terlebih dahulu dapat memahami akan tujuan atau maksud ERTIKATA yang sebenarnya dari perkataan SIANG dan MALAM, HIDUP dan MATI itu. Secara Ilmiah kita harus mengadakan PEMISAHAN antara BADAN dan DIRI. Bagiku adalah DIRI itu berdiri dengan sendirinya. Alirannya meliputi keseluruhannya apa yang ada pada kita dan adalah yang dinamakan Badan itu menjadi kepunyaannya. Kalau kita mahu mengambil perbandingan keluar, maka perhatikanlah akan kabel letrik dan pelajarilah mana yang stroom ( current ? ) dan mana yang kawat ( dawai ) Dan adakah batas antara stroom dan kawat ? Tidak ? kalau tidak kenapa kalau kita pegang kawatnya bahagian luar, stroom tidak menjalar pada kita ? Adalah keadaan stroom dan kawat itu jauh tidak berantara dan dekat tidak berbatas. Alirannya terbatas pada kulit luar. Begitu pulalah DIRI kita didalam mealiri seluruh isi tubuh didalam dan diluar berbataskan Bulu dan Kulit. DIA adalah Si-Terang yang menyinari alam sekelilingnya. Juga adalah DIA Si-Siang yang letaknya didalam batang tubuh kita. Si-Terang dan Si-Siang itu adalah DIA Yang Hidup yang alirannya mengaliri batang tubuh didalam. Jadi Si-Terang – Siang – Hidup letaknya dan tempatnya bagi kita ialah DI-DALAM.
Untuk mengeluarkan Yang Hidup daripada Yang Mati atau memasukkan Malam kepada Siang dan sebaliknya mengkehendakki si DIRI sanggup menembus DINDING sendiri atau menembus Bulu dan Kulit yang menjadi batsnya untuk DIA keluar.
Menembus Dinding sendiri bererti menembus ALAM SENDIRI ( badan ) yang juga bererti menembus bulu dan kulit kita. Penembusan Bulu dan Kulit bererti kita telah MENEMUI JALAN DIRI sendiri dan perkenalan kita dengannya memperkenalkan DIRI sendiri kepada kita dan dengannya pula kita dapat MENEMUI DIRI SENDIRI. Kalau jalannya telah ditemui, maka tidaklah sulit untuk mengenalnya dengan erti kata sebenarnya dan apalagi kalau kita telah dapat menemuinya. Ada apa pada DIRI kita itu ? Untuk mendapat jawapan hendaklah kita tahu betul pada DIRI kita itu, apa apa yang terkandung didalamnya. Untuk dapat mengetahui hendaklah kita perhatikan dan pelajari JALANNYA DIRI itu. Setelah memperhatikan jalannya DIRI dengan saksama maka kita akan tiba pada suatu kesimpulan bahawa yang dikatakan jalannya Diri itu ialah sama juga dengan PANCARAN dari dalam tubuh kita atau seumpama stroom bagi kawat letrik. Penemuan kita pada Pancaran atau stroom yang pasti sudah kita ketahui, berasal dari dalam batang tubuh kita yang mana kalau diturutkan mendatangkan pergerakan dan kalau diturutkan terus melahirkan pergerakan pergerakan bermacam yang berliku-liku yang bagi kita amat sulit untuk dimengerti. Akan tetapi suatu keberuntungan yang telah kita perdapat ialah suatu kepastian bahawa adalah pancaran atau stroom itu berasalkan atau datangnya dari dalam tubuh kita. Patut diketahui bahawa pusat dari seluruh pergerakan pada kita letaknya di OTAK. Pada otak ada pusat yang menghubungkan CITA ( idea ) kita dengan dunia dalam kita ( microcosmos ) Ada pusat yang menghubungkan kita dengan dunia luar ( macrocosmos ) . Ada pusat pusat akal, kemahuan, kesadaran dan ingatan. Selain dari pusat pusat tersebut ada pula yang geraknya langsung diluar kemahuan kita seperti jalan nafas, degupan jantung, usus, pembuluh darah dan sebagainya yang dinamakan pusat susunan persarafan simpatis. Gerakan ini adalah gerakan didalam batang tubuh kita yang bertujuan menjamin hidup kita. Kedudukan kepala dan isinya ialah bahagian teratas dari batang tubuh. Dalamnya terkandung akal,ingatan, kemahuan dan kesadaran. Pada waktu tidur, maka seluruh kegiatan kita terserah kepada DIRI yang tidak pernah tidur dan terletaknya batang tubuh kita dalam keadaan istirehat oleh keletihan pada siang harinya. Pada waktu bangun, DIRI mendatangkan kesedaran dan ingatan kepada kita dan kegiatan kita mulai timbul kembali dengan datangnya kemahuan untuk duduk, mandi dan sebagainya iaitu melakukan tugas tugas hidup seharian. DIRI membangunkan Badan melalui kesadaran terus keingatan, ingatan mendatangkan akal ( pertimbangan / rasa ) akal juga menerbitkan kemahuan, kemahuan menghasilkan kegiatan dan tindak tanduk perbuatan.
Begitu pula badan yang hendak berehat, perjalanannya ialah dari kemahuan kepada akal atau pertimbangan dari akal ke ingatan, dari ingatan kepada kesadaran dan beransur-ansur kesadaran hilang dan tertidurlah badan. Dan tinggallah DIRI yang tidak pernah tidur dengan kegiatan kegiatannya didalam yang melahirkn pergerakan jalannya pernafasan, jantung, usus dan sebagainya. Dan kesemuanya itu berlangsung diluar kemahuan kita dan bertujuan menjamin kita terus hidup. Kemana perginya tenaga tenaga dari kesadaran, kemahuan, ingatan dan akal ketika kita sedang tidur ? Proses kejadian ini menunjukkan kepada kita bahawa pada kita ada tenaga yang tersembunyi yang menguasai seluruh keadaan kita. Perumpamaannya ialah seolah-olah sekelumpuk kambing dengan pengembala yang dengan adanya pengembla maka kambing ambing dapat dikumpulkan dalam satu kelompok, dapat dihantarkan ketempat yang banyak rumput yang ada air untuk akhirnya dihantar kembali kekandangnya. Atau secara garis kasarnya ibarat sipemburu dengan senjata atau sipenunggang dengan kudanya. Bagaimanakah kedudukannya didalam badan kita ? Untuk dapat menjawab kami pergunakan Ayat 35 dari Surah An-Nur yang bererti : Allah memberi cahaya langit dan bumi. Umpama cahayanya kepada orang beriman seperti sebuah lubang didinding rumah didalamnya ada pelita, pelita itu didalam gelas, gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilaukilauan dilangit. Pelita itu dinyalakan dengan minyak kayu yang berkat, iaitu minyak zaitun yang tiada tumbuh ditimur mahupun dibarat, hampir minyaknya itu bercahaya dengan sendirinya meskipun tidak disentuh api. Cahaya berdamping dengan Cahaya. Allah menunjukkan beberapa perumpamaan bagi manusia dan Allah mengetahui tiap tiap sesuatu. Tenaga Yang Tersembuntyi yang ada pada kita itu ialah Tenaga Ruhani yang berasal dari dalam batang tubuh kita. Timbulnya Ruhani disebabkan adanya Jasmani atau lebih terang Ruhani adalah gambaran dari Jasmani. Ruhani adalah tiruan dari Jasmani. Perkembangan Ruhani ialah bergantung kepada perkembangan amal perbuatan Jasmani. Ruhani orang beriman berlainan dengan Ruhani orang munafik. Ruhani orang berbuat baik berlainan debngan Ruhani orang jahat. Begitu jugalah Cahaya orang beriman dan orang kafir adalah berlainan. BAB DUAPULUH PENJELASAN RUHANI SECARA SAINTIFIK Adalah Ruhani itu tersusun dan terdiri dari Zat Zat atau Electron Electron Hidup yang mengandung Tenaga ElectroMagnetik. Apabila electron electron hidup itu keluar dari susunannya iaitu Ruhani, maka tenaga yang keluar dari proses ini adalah besar sekali akan tetapi ghaib ertinya tidak dapat disaksikan dengan langsung. Tenaga yang keluar ini dinamai Tenaga Ghaib atau Metaenergie. Dengan Metaenergie kita dapat mengadakan semua kemungkinan yang kita idam-idamkan. Oleh kerana tiap tiap orang mempunyai Metaenergie dan ini dapat dikerahkan atas kemahuan yang teguh, maka tiap tiap orang dapat mencapai semua cita cita asal mempunyai kemahuan yang teguh. ( Alam Fikiran – Dr Parijana Surjadipura ) Telah diketahui bahawa pada kita ada itu Metaenergie yang mempunyai banyak kemungkinan kemungkinan dan alangkah baiknya kalau kita dapat menguasainya dan merasakannya yang tidak dapat disaksikan dengan langsung itu. Tenaga Ghaib itu mealiri seluruh tubuh kita didalam, yang mana kalau kita sendiri yang sebut Ruhani. Dan itulah Dia DIRI yang terdiri dari Zat Zat.
SETERUSNYA TENTANG DIA JUGA Maka adalah jelas akan pentingnya kita MENEMUI DIRI kita itu yang berdiri pada dirinya sendiri, yang tegak seperti ALIF, yang duduk seperti WAU yang tergantung tiada bertali, bertali tidak tergantung, tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Dan adalah yang diluar dari DIRI kita ialah Badan yang berbentuk dan berupa dan berasal dari TANAH DIA Yang Maha Besar tidak ada rupa dan tampan, tidak pula beranak atau diperanakkan, membentuk segala yang berbentuk merupakan segala yang berupa. DIA Terrahsia bagi seluruh, seluruh makhluk dan seluruh hamba. Dan adalah bagi orang yang hendak mencarinya, menjadi tugasnya untuk memecahkan Rahsianya untuk dapat mengenal sampai dapat menemuinya. DIA sangat dekat bagi orang yang mengetahui ilmunya dan sangat jauh bagi orang yang tidak tahu Rahsianya. CARILAH DIA yang berada dialammu sendiri lebih dahulu sebelum kamu mencarinya yang berada dialam Maha Besar lagi Maha Luas dan sebelum kamu mencari yang lain lain yang bertaburan dibumi dan alam semesta ini. DIA memberi dan meisi kehidupanmu. Hidupnya tidak bergantung padamu akan tetapi kehidupanmu sangat bergantung padanya. DIA tidak mencari yang bukan bukan dan sentiasa duduk ditempatnya. DIA tidak keluar, akan tetapi rezeki baginya mendatang, begitupun seluruh keperluannya. DIA didatangi dan mendatangi. Dia didatangi banyak orang dan mendatangi orang tersebut, DIA mengerti semuanya tetapi terlalu ramai orang tidak mengerti padanya. Kalu kamu telah dapat MENMUI DIRIMU , carilah pula Yang Tergantung Tidak Bertali dan Yang Bertali Tidak Tergantung. Sebelum dapat menemuinya yang bertali tidak tergantung dan yang tergantung tidak bertali itu bererti belumlah faham kita akan DIRI kita itu, kerana dengan berpegang kepada Yang Tergantung Tiada Bertali, kita tidak bolih berbuat apa apa dan begitu pula dengan berpegang kepada Yang bertali Tiada Tergantung tidaklah sempurna kejadian kita. Dengan dapat menemui dan memahami keduanya, maka dapatlah kita tali pergantungan, sehingga dengan mengambil tali pergantungan itu sebagai pegangan, maka bererti pula kita telah mempertemukan satu dengan yang lain, pertama Yang tergantung Tidak Bertali dan kedua Yang Bertali Tidak Tergantung. Yang tidak ada pada Yang Tergantung iaitu tali dan yang tidak ada pada tali iaitu tempat bergantung dan penyatuan keduanya menghasilkan tali pergantungan, seumpama pertemuan antara negatif dan positif. Satu tetapi dua, contoh stroom dengan kebel / wire Itulah diantaranya Rahsia DIRI kita itu, gantung bergantung satu sama lain, perlu memerlukan, memberi dan menerima, yang diberi Rahmat yang diterima Nikmat. Sudahkah kita menemui tali yang dimaksudkan ? Untuk menjawab pertanyaan ini, kita kembali kepada JALAN yang telah kita temui, iaitu setelah dapatnya kita keluar menembus Alam Zahir kita sendiri melalui hujung jari jari kita. Setelah pintu terbuka dan jalan telah kita temui, apa kita terus berjalan keluar mencari apa yang dihajat ? Untuk ini kita harus berhati hati, kerana kita harus meneliti lebih dahulu jalan yang ditemui itu, kerana bagi zahir kita adalah itu sesuatu yang baharu, yang belum pernah dikenal sebelumnya. Akan tetapi yang pasti sudah adalah itu jalannya DIRI kita dari dalam menembus alamnya sendiri.
Sebelum kita bergerak keluar pada jalannya, maka terlebih dahulu kita bergerak keDALAM dengan jalannya, guna untuk mengetahui keadaan DIRI kita sendiri didalam. Untuk ini hendaklah perbuatan kita itu dilakukan dengan berulang-ulang sebagai latihan sehingga kita dapat mengetahui bahawa apa yang ada dibadan kita ada pula diDIRI kita atau kita sampai dapat mengetahui bahawa DIRI kita itu terdiri dari seperti yang ada dibadan kita. Kita terus berlatih sampai TERLATIH, sampai kita mengenal peribadi sendiri dan DIRI sendiri yang berbuat dan sampai DIRI mengenal Badannya yang kasar. Peralihan dari Badan mengenal DIRI dan dari DIRI mengenal BADAN dapat kita ketahui – kita lakukan dengan mengadakan perjalanan, jalan yang kita pakai iaitu jalan yang sudah ditemui dan kalau kita berjalan meninggalkan pengkalan, kita mesti pandai pula hendaknya kembali kepengkalan. Kita mesti pandai pula kembali dengan tidak sesat. Latihan yang saksama dan teliti, menyebabkan kita mengenal dan MENEMUI DIRI SENDIRI dengan perlengkapannya dan penemuan kita pada DIRI dan perlengkapannya bererti kita MENEMUI DIRI RUHANI kita yang merupakan gambaran dari JASMANI didalam badan kita. Kita sekarang telah mengenal RUHANI dan telah mengenal pula Badan atau Jasad yang dinamakan Jasmani. Jalan yang kita pakai dan pergunakan untuk mencari DIRI dengan perlengkapannya dan sampai kepada penemuan kita kepada Ruhani kita sendiri, kalau diteliti dengan saksama adalah jalan itu aliran dari Ruhani kita sendiri yang bertitik tolak dari DIRI kita sendiri. Tindaklaku perbuatan kita ini kalau diumpamakan tidak ubahnya seperti kita memudikki sungai semenjak dari muara dengan menempuh jalan yang berliku-liku kita mencari hulunya. Dan apa sebabnya setitis air begitu bersih lagi jernih berasal dari gunung bertambah dekat kemuara jauh dari hulu menjadi keruh dan mengandung bermacam-macam kuman kuman ? Begitu pula DIRI kita didalam yang tadinya suci bersih,oleh kerana tindak laku perbuatan kita sehari-hari dalam menjalankan kehidupan berubah corak warnanya, ibarat intan terbenam dalam lumpur. Maka adalah kewajipan tiap tiap kita yang mencari dan menuju kebaikan dan kesempurnaan sebelum melangkah bersihkanlah terlebih dahulu diri kita dengan tindakan dan perbuatan dan terhadap Tuhan bacalah istighafar sebanyaknya. Diri peribadi kita masing masing adalah SUCI dan BERSIH kerana datangnya dari YANG MAHA SUCI. Tindak tanduk perbuatan kitalah yang mengotorkannya. Penelitian kepada jalan yang telah ditemui dan mempelajarinya dengan saksama. Maka kita akan dapat mengetahui bahawa adalah DIA itu PANCARAN DIRI kita sendiri dari DALAM yang telah dapat menembus alamnya sendiri. Pancaran tersebut adalah ibarat stroom dan sebagainya. Jalan yang kita katakan itu ialah kebelnya. Stroom yang kita temui itu bukanlah seperti karan letrik yang berasalkan dari benda mati buatan manusia melainkan berasalkan dari Zat Zat Hidup yang dinamakan orang BIOELECTROSITET atau ELECTROMAGNETIK dan tenaga yang keluar darinya yang berasal dari ELECTRON ELECTRON HIDUP dinamakan TENAGA GHAIB atau META-ENERGIE. Dengan huraian diatas, jika kita turutkan aliran jalan kebel yang mengandung stroom itu maka kita akan temui TALI yang dihuraikan diatas, iaitu Bertali Tidak Tergantung dan jika diteruskan lagi, maka akan bertemulah kita dengan Yang Tergantung Tiada Bertali itu. Kita telah menemui DIRI kita Yang Tergantung Tiada Bertali, Bertali Tiada Tergantung dan untuk membuktikan yang Diri Itu Tegak Seperti ALIF dan Duduk Seperti WAU, maka kita dapat menemui Yang Duduk Seperti Wau dan Tegak Seperti ALIF itu. Untuk dapat dimengerti dan diketahui maka yang Bertali Tiada Tergantung dan Tergantung Tiada Bertali dapat kita temukan dengan perantaraan Gerak Aliran Tangan kita yang diturutkan dan Yang Duduk Seperti WAU dan Tegak
Seperti ALIF dapat kita temukan dengan menurutkan Gerak DIRI didalam batang tubuh kita, setelah Gerak Tangan berhenti. Dan untuk diketahui pula adalah ZAT ZAT HIDUP yang ada pada kita itu, tidak sahaja ada pada kita ( di DIRI ) tetapi banyak juga terdapat diluar iaitu di-alam maha luas itu. Dengan berpegang teguh pada tali tali yang ditemui tadi bererti kita telah berdiri dibidang RUHANI. Dan dengan telah bertemunya kita dengan Yang Tergantung bermakna kita telah menemui DIRI SENDIRI. Perjalanan dari LUAR ke DALAM telahpun kita lakukan. Perjalanan ini dinamakan Perjalanan Mengenal Diri. Sekarang perlu pula kita melakukan Perjalanan dari Dalam ke LUAR. Perjalanan kita itu dilakukan dari DIRI sendiri yang telah kita temui itu. Dengan menurutkan kembali jalan yang telah menjadi pegangan kita itu kita akan menemui pula Yang bertali Tiada tergantung dan jika kita teruskan lagi perjalanan yang bertali-tali itu maka tibalah saat kita MENEMBUS ALAM SENDIRI atau BADAN kita. Dengan perjalanan ini kita akan dapat merasakan dengan beransur tetapi pasti, pintu pintu akan terbuka melalui hujung hujung tali tali itu dan kalau ini telah terjadi maka kita akan dapat merasakannya melalui hujung jari jemari kita. RASA yang terasa dihujung jari jari itu adalah PANCARAN dari DIRI kita didalam, yang merupakan stroom, stroom ghaib yang dinamakan ELECTROMAGNETIK atu BIO-ELECTRISITET. Electro berasal electron dan bio dari bion. Maka haruslah kita meneliti dan menyelidek akan pancaran Diri itu. Penelitian akan mendatangkan pengetahuan kepada kita bahawa Pancaran itu terdiri dari ZatZat yang merupakan titik titik terang. Dan adalah tenaga tenaga yang keluar itu besar sekali dan dapat dikerahkan menurut kemahuan kita dan dengan kemahuan yang teguh banyak kemungkinan kemungkinan yang diidam-idamkan dengan mempergunakannya bolih diperdapat. Dan adalah kedudukan kita dengan Tenaga Ghaib kita itu, laksana seorang pemburu dengan senjata otomatik ditangannya. Dikala ada musuh senjata tersebut tidak akan bergerak sendiri menembak, kalau tidak sipemburu yang bergerak untuk menembaknya. Hanya perbezaannya senjata itu ialah benda mati, sedangkan Tenaga Ghaib kita ialah keadaan sesuatu yang hidup. Dan oleh kerana dia hidup maka pengalaman pengalaman dan kemahiran kita dalam memakai dan mempergunakannya, menambah pengertian kita kepada lebih mendalam, sehingga menimbulkan dan mendatangkan saling kenal mengenal satu sama lain sehingga oleh kerana pandainya kita menurutkannya maka dia yang tadinya asing dan luar bagi kita, telah menjadi menurut pada kita dengan perkataan lain kita telah mengerti padanya dan dia telah mengerti pula pada kita. Peningkatan pengertian kita kepadanya akan meningkatkan pula kedudukan kita. Kalau tadinya kita dengannya diumpamakan laksana seorang pemburu dengan senjatanya, maka kenaikan tingkat kita itu ada;ah laksana sipenunggang dengan kudanya. Sewaktu kita yang laksana seorang pemburu baru mendapat senjata terlebih dahulu tentu kita pelajari senjata kita itu, kita berlatih bagaimana merawatnya dan bagaimana cara mempergunakannya dan pada waktu itu alam fikiran kita hendak berburu untuk menembakkan senjata kita. Kita pergi berburu atau kita cari perburuan guna untuk mencuba dan memakai senjata kita. Sehingga sampai mahir kita dalam cara memakai dan mempergunakannya. Seorang pemburu baik selain dari mahir dalam kepandaiannya mempergunakan senjata juga hendaknya mempergunakan pula alam fikirannya dan sebaiknya berbudi pekerti. Apa tujuan kita dengan mempergunakan fikiran dan berbudi itu ? Maksudnya ialah supaya kalau kita menembak janganlah sebarang tembak sahaja. Apalah gunanya umpamanya kita menembak
seekor binatang yang tidak akan memberi faedah pada kita dan dibiarkan begitu sahaja jadi bangkai apa lagi dia tidak menganggu kita ? Bukankah dia juga mahu hidup dan ingin pula memperkembangkan kehidupan dialamnya sendiri ? Seorang pemburu yang berbudi dan menggunakan akal fikirannya sudah tentu tidak akan menembak sebarang buruannya dan tidak akan membuang peluru sebarang sahaja. Pengertian dan kemahiran kita memakai senjata tadi mendatangkan peningkatan pada kedudukan kita dari seorang pemburu dengan senjata kepada seorang penunggang dengan kudanya. Masa menjadi seorang pemburu sebagai periode pertama telah kita lewati dan sekarang kita memasukki periode kedua, yaitu jadi seorang penunggang dengan kuda. Kuda ialah kenderaan bagi kita. Kalau tadinya kita dengan bersusah payah dan memakai waktu yang lama mencapai tujuan kita, maka dengan perubahan kedudukan kita itu, dengan kenderaan yang telah kita punyai, maka akan lebih cepatlah kita sampai pada tujuan kita. Dalam praktik kalau kita tadinya mengangkat senjata untuk menembak, maka setelah kita mempunyai kuda tunggangan untuk mencapai tujuan kita harus dapat memegang talinya supaya dapat kita kendalikan. Kalau tadinya kita mempunyai senjata maka dengan meningkatnya kedudukan kita sebagai tambahan kita mempunyai kuda tunggangan. Oleh kerananya kedudukan kita menjadi merangkap. Bahawa kita telah jadi penunggang dan sipemburu dengan mempunyai kenderaan kuda merangkap senjata. Kalau sipemburu meletakkan senjata maka berpisahlah antara yang satu dengan yang lain, begitu pula kalau sipenunggang turun dari kudanya. Sipemburu walau bagaimana sekalipun mahirnya memakai senjata kalau akan mempergunakan senjatanya selamanya dia melakukannya dengan sikap duduk dan berdiri. Sipemburu yang mahir tadi setelah menjadi sipenunggang kuda sambil berjalan dan berlari dengan memegang tali tunggangnya dia harus pandai mempergunakan senjatanya. Untuk ini sipenunggang tentu me-adakan latihan latihan dan mencari pengalaman sebanyak mungkin. Peralihan kita dari sipemburu kepda sipenunggang tidak akan membawa perubahan pada badan kita secara kenyataan. Perhatikanlah sesaorang yang memegang dua jabatan yang dinamakan merangkap umpama Presiden merangkap Perdana Menteri orang itu juga atau Menteri Dalam Negeri merangkap Gabenor. Akan tetapi peralihan senjata kepada kuda sangat meminta perhatian yang saksama untuk diketahui proses perkembangannya sebab sangat berguna untuk kemajuan diri kita dan bagi masa depan kita. Senjata dari sipemburu yang kita jadikan umpama dari Tenaga Ghaib yang telah kita punyai itu, tadinya kita anggap barang mati anih lagi ajaib, setelah kita dapat menurutkan jalannya perkembangannya dari senjata kekuda, maka bertambah yakinlah kita bahawa Tenaga Ghaib kita itu hidup dan berasal dari sesuatu yang hidup yang keluar dari diri kita melalui badan kita dan menembus alam sendiri melalui hujung tali tali yang bertali tiada tergantung dan dapat kita merasakannya melalui hujung hujung jari jari kita. Maka adalah seluruh perkembangan itu berjalan menurut jalan yang ada didalam batang tubuh kita atau menurut saluran badan kita dan oleh kerananya berdasarkan perkembangan itu menjelmalah badan kita sendiri atau dengan perkataan lain kita membentuk badan diri sendiri menurut bentuk yang telah ada. Perbezaannya dengan badan kasar kita ialah oleh kerana asalnya dari tenaga ghaib, maka tidak dapat pula kita melihatnya dengan mata kepala. Berdasarkan keterangan diatas maka perkembangan selanjutnya dari senjata kita tadi yang ada permulaannya dengan kata perumpamaan kekuda dan dari sini kalau kita mahu meningkatkan lagi setingkat keatas ialah kepada keempurnaan atau Insan Kamil yang meliputi keseluruhannya.
Dalam perkembangannya Tenaga Ghaib itu kedalam ialah dari diri membentuk diri melalui saluran saluran yang telah ada didalam batang tubuh kita. Oleh kerananya pengembaraannya itu membentuk badan sendiri lebih dahulu sebelum dapat membentuk diri sendiri. Untuk kesempurnaanya sesudahnya kita dapat membentuk diri dan badan kita maka adalah kewajipan kita untuk mengisi menurut isi batang tubuh kita yang telah ada selengkapnya. Kelengkapan dari batang tubuh kita dengan isinya dapatlah disimpulkan terdiri dari urat, tulang, otak, benak, bulu, kulit, darah, daging, hati jantung, limpa, rabu dan empedu. Diri meisi diri dengan diri dari memperkembangkan diri sampai meliputi keseluruhannya yang diliputi ialah badan diri. Tingkah laku perbuatan memperkembang sampai meliputi itu bererti diri membentuk diri sendiri bererti meisi badan diri. Yang diisi ialah apa yang ada pada badan sejak dari luar sampai kedalam. Dengan demikian maka diri membentuk badan sendiri didalam. Maka berdirilah AKU BATIN cukup dengan perlengkapannya dengan sempurna. Diri yang telah sempurna ialah diri yang telah bangun dari tidur. Diri yang telah mengetahui akan keadaannya, diri yang telah sedar dan mengetahui siapa dia sebenarnya. Diri harus menyayangi badannya, mengetahui keperluannya, mengetahui tugas kewajipannya sebagai seorang manusia, mengetahui tugas kewajipannya sebagai hamba Allah ( Abdi Tuhan ) Untuk itu ia harus bergerak harus berjuang harus berbuat harus berlaku dan harus bertindak jika perlu. Dia harus mempelajari sekelilingnya tahu mana yang kawan mana yang lawan, tahu mana yang baik dan yang buruk tahu ombak yang bersambung angin yang akan bertiup tahu awan yang akan menjadi hujan. Dan masih banyak lagi yang akan diketahuinya. Penglihatan mesti tajam, pandangan mesti terang jauh kemuka kekiri dan kekanan. Dengan begitu maka kita mulai mengenal alam diluar kita sendiri. Pelajarilah alam sendiri dengan saksama sebelumnya kita memasukki dan mempelajari alam diluar kita. Kesempurnaan kita berlaku dengan memperkembng diri kita sampai meliputi keseluruhannya yang mana proses perkembangan ialah :Dari tidak tahu menahu, menjadi seorang pemburu dengan senjata ditangan . DARI SEORANG PEMBURU KE SIPENUNGGANG DENGAN KUDANYA. Kita yang tadinya telah menjadi manusia dalam proses perkembangan seperti yang disebut diatas. Yang dijadikan SENJATA pada kita yaitu DIRI. Diri berkembang terus sampai menjadi kuda bererti kenderaan bagi kita dan selanjutnya kalau ditingkatkan terus pengetahuan kita mengenai diri kita maka diri itu akan berkembang terus menjadi kita sendiri, sehingga berdirilah kita itu lengkap dengan perlengkapannya yang ada. Sejak diri telah lengkap berdiri seperti dengan perlengkapannya yang ada, maka semenjak itu pula akan berlainanlah pandangan hidup kita dan yang sudah sudah seumpama siang dan malam atau ibarat terang dan gelap. Perjalanan hidup yang telah dibawakan selama ini sebelum kita dapat mengenal diri kita ialah berjalan pada malam hari atu berjalan didalam gelap meraba dengan tidak punya pegangan atau jalan sebagai petunjuk dalam perjalanan. Saya yang telah ada berlainan dengan “aku” yang telah berdiri. Untuk membuktikan perbezaan antara saya dan aku kami tunjukkan contoh kepada Presiden Sukarno diwaktu berpidato apabila dia memakaikan saya dan aku. Disinilah terletak diantara lain kelebihannya.
Aku yang berdiri dengan sendirinya yang telah ditemui dan dikenal kekuatannya atau tenaganya berlainan dari aku yang diakui apalagi yang beraku-akuan. Pada permulaan kita mengenalnya adalah “dia” itu Nyawa kita yaitu senjata bagi kita yang dianggap barang mati. Setelah kita tingkatkan pengetahuan kita, pengalaman dan penelitian yang saksama menunjukkan kepada kita bahawa yang dianggap barang mati itu kenyataannya bukanlah mati, melainkan HIDUP dan kelanjutan dari penelitian kita menentukan dan menetapkan pula bahawa adalah DIA itu terdiri dari kumpulan Zat Zat Hidup. Itulah Diri kita yang bagi kita ( badan kita ) berdiri dengan sendirinya. Badan yang telah dipersenjatai dengan diri dan diri yang telah mengenal badannya dan badan yang telah dapat pula mengenal dirinya yang sebenarnya telah saling kenal mengenal satu sama lain sehingga sibadan telah menyayangi dirinya dan sidiri telah mengasihi badannya. Sibadan mulai sedar dan dapat mengetahui bahawa suatu kekeliruan besar diperjalanan hidupnya yang sudah sudah yang telah dibawakannya, dikeranakan salah pandangan dan salah tangkapan dalam memahami akan keadaannya. Jalan yang diturutinya jalan hampa dan kosong sedangkan yang teramat penting dan sangat amat berguna bagi kelanjutan perjalanan hidupnya disia-siakan dan tidak pernah diikut-sertakannya dalam tindak tanduknya untuk tujuan atu mendapatkan sesuatu. Sidiri tadinya tidak diambil peduli oleh yang mengandungnya mengambil sikap masa bodoh, walaupun dia langsung merasakan dan menderita dan merana oleh perbuatan sibadan yang tidak mahu tahu didiri itu. Dan setelah sibadan sedar dari kekeliruan pandangannya, maka setelah dapat mengenal dan menemui dirinya dan setelah dia dapat mengetahui bahawa yang dikandung dalam segala hal melebihi kesanggupannya dari yang mengandung. Maka dengan sendirinya lahirlah pengakuannya pada diri sendiri dengan dalam segala tindak laku perbuatannya dirinyalah yang dikemukakan. Sidiri yang tadinya membisu disebab-keranakan tidak dipedulikan oleh sibadan sebelum mencapai pengakuan dan penyerahan yang bulat dari sibadan, mulai sedar dan bangun dan tahu sudah bahawa yang dikatakan badan itu adalah kepunyaannya, teman hidup sejatinya, dunia akhirat dan sudah tentu tidak akan membiarakan badannya sengsara, merana dan menderita. Air yang setetes dari gunung setelah melalui masa jalan berliku akhirnya sampai kemuara menjadi sungai dan akan mengharungi lautan lepas. Jalan yang dilaluinya tadi jalan penuh berisi tiada hampa tiada kosong. Adalah yang dinamakan sungai yang telah sampai kemuara itu ialah kumpulan tetesan air dan berbagai-bagai tempat dan jurusan yang mempunyai satu tujuan yaitu laut lepas. Begitu pulalah laksananya diri kita yang terdiri dari kumpulan serba serbi zat dan mealiri seluruh batang tubuh dan memberi daya hidup kepada kita. Jalannya berisi, memberi nikmat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Dia dikandung oleh yang mengandung. Biasanya kerana yang dikandung ditanggung oleh yang mengandung. Akan tetapi oleh kerana salah memahami akan isi dari kandungan tersebut, maka yang mengandung yang bersalah, yang diisi dari kandungan tersebut. Yang mengandung tidak mengetahui akan rahsia kandungannya bahkan tidak pernah menjadi perhatiannya. Pada kelahiran pertama kita menjadi anak dari yang melahirkan kita sampai menjadi besar, dan pada kelahiran kedua kita sendiri seharusnnya melahirkan kandungan kita, kerana yang dikandung dan yang mengandung adalah kita jua. Hanya bezanya berlainan cara melahirkan. Kita dikandung ibu diperutnya, kandungan kita pula rahsianya letaknya didada kita. Rahsia yang dimaksudkan bukanlah rahsia badan tetapi rahsia diri yaitu pokok pangkal dari seluruh jalannya kegiatan kehidupan sejak dari dalam sampai keluar atau sebaliknya dan seterusnya dunia dan akhirat.
Pemecahan rahsia diri itu termasuk didalam bidang ilmu META-FIZIKA. Penemuan akan diri sendiri memberi banyak kemungkinan yaitu dengan menggunakan tenaga tenaga yang terkandung didalamnya yang dinamakan TENAGA GHAIB. Oleh itu pelajarilah ia secara mendalam sehingga kita dapat mempergunakannya dan mengambil faedah daripadanya. Tingkatan terus pengetahuan kita mengenainya. Adalah ilmu ini tidak sesulit yang diduga dan tidaklah semudah yang diharapkan. Jauh tidak dekatpun tidak dari kita. Dia adalah ilmu sejati yang benar ilmu dunia dan ilmu akhirat. Yang sulit ialah jalan mendapatnya, untuk menemuinya. Renungkanlah dengan apa yang ada padamu dan bagaimana caranya supaya mendapat jalan itu. Jalan yang benar itu letaknya pada kamu sendiri. Yaitu didirimu bukan dibadanmu. Dari itu cari dan temuilah dirimu lebih dahulu dan pelajari akan rahsianya. Penemuanmu akan dirimu sendiri, pengalamanmu dengannya dan pemecahanmu akan rahsianya dan penelitianmu yang saksama memungkinkan kamu akan menemui jalannya. Jalannya jalan terang bukan gelap. Sekiranya engkau telah menemui jalan itu bererti pula kamu telah menembus alammu sendiri maka kamu harus berhati-hati menurutkan jalan itu kerana sangat banyak makhluk yang berkeliaran dalam kegelapan sedang mencari tempat untuk berlindung dan bernaung. Perjalanan kita bagi mereka adalah seolah olah mereka melihat cahaya dari jauh maka berduyun duyunlah mereka menuju cahaya itu. Mereka yang telah dapat menemui dirinya akan dapat menemui tali tali Allah dan jika diturutkan tali tali itu akan menemukan pula jalan jalannya jalan yang lurus dan benar. Didirimulah adanya tali tali itu dan didirimulah ada jalan jalan yang benar itu. Ingatlah kupasan kami tentang yang tergantung tiada bertali dan bertali tiada tergantung. Jika jalan itu telah diperolihi maka tidaklah sulit lagi bagi mendapatkan apa yang dididamkan. Untuk mendapatkan jalan itu, kita Mesti Ada Kemahuan, kerana dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Dan jalan kita perdapat dan temui dalam keadaan sedar. Jalan itu kita cari bukan dengan alam fikiran kita, melainkan dengan tangan kita, sehingga kalau jalan itu telah ditemui maka kita dapat merasakannya dan jalan itulah yang akan diturutkan dengan alam fikiran kita. Dudukkan dirimu ditempatnya yaitu tempatnya di-KETENANGAN SETENANGNYA. Begitupun pembawaan kita harus tenang dan usahakanlah supaya segala sesuatunya itu diri kita yang berbuat. Pengertian diri pada kita sebenarnya ialah kita sendiri, yaitu diri yang telah diperkembang menjadi dan merupakan kita didalam. Dengan kejadian itu dalam bilangan maka kita telah menjadi dua : satu diluar yang berbadan dan yang kedua ialah didalam yang berdiri. Selagi kita masih hidup didunia kita tidak bolih menceraikan badan dan diri. Diri dicukupkan dengan apa yang ada dibadan kita, sehingga meliputi keseluruhannya. Dari bilangan dua kita harus menuju kebilangan tiga. Yang ketiga ialah yang berdiri diluar yang berbadan yang berdiri yang dinamakan saudara. Saudara kita itu ada dalam tiada atau ghaib. Ia hanya dapat dihubungi dengan diri bukan dengan badan. Penemuan kita dengan saudara kita itu menjadikan kita berbilang tiga tetapi satu yaitu satu sebenarnya tiga hanya didalam bilangan. Maka adalah menjadi kewajipan kita kalau mahu memperbanyakkan saudara kita lahir dan batin. Maka timbullah si-4, si-5 dan seterusnya. Ingatlah bahawa kekuatan kita letaknya didiri kita bukan dibadan kita. Untuk menunjukkan kekuatan dirilah yang kita kemukakan yaitu diri yang telah berdiri dan terdiri dari titik titik terang yang memancarkan cahaya atau Nur yang datang dari NURULLAH. Bagaimana duduknya Nur itu didalam batang tubuh ita ? Petunjuk Allah termaktub didalam Surah An-Nur : Ayat 35 yang bermaksud :Allah memberi Cahaya langit dan bumi. Umpama cahayanya kepada orang beriman, seperti sebuah lubang didinding rumah, didalamnya pelita, pelita itu didalam gelas / kaca. Gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilau kilau dilangit. Pelita dinyalakan dengan minyak kayu yang berkat yaitu Minyak Zaitun yang tidak tumbuh ditimur mahupun dibarat. Hampir hampir minyak itu bercahaya dengan sendirinya, meskipun tidak disentuh api.
Cahaya berdamping cahaya. Allah menunjukki orang yang dikehendakkiNya kepada cahaya itu. Allah menunjukkan beberapa perumpamaan bagi manusia dan Allah mengetahui tiap tiap sesuatu. Perumpamaan yang ditunjukkan Allah untuk kita melalui Ayat tadi ialah supaya kita dapat mengetahui keadaan diri kita didalam, kalau dilihat dari luar. Rumah adalah perumpamaan Allah bagi Badan kita. Dan adalah titik titik terang yang disebutkan yang memancarkan cahaya itu ialah Titik dari Allah yang dinamakan Zat yang berasal dari Zatullah. Bagi Zatullah tidak ada yang tidak ada pada Zat Allah. Dialah yang menjadikan segala yang dijadikan dan Dialah yang mendadakan segala yang diadakan. Dan berbuatlah sebanyak-banyak mungkin dengan dirimu. Kamu sendiri tidak akan lebih pintar dari Dirimu sendiri. Serahkan lah apa yang ada padamu kepadanya untuk kebaikanmu sendiri dan supaya bebas dirimu bergerak berbuat dan berlaku. Dan kenalilah dirimu dalam ertikata sebenarnya, supaya dapat engkau mengetahui dan mengakui bahawa memang ada kelebihan dirimu dari kamu sendiri. Kamu yang berbadan berlainan dari dirimu yang telah berdiri. Badan dan dirimu itu sebenarnya SATU. Ilmu pengetahuanku memecahkannya menjadi dua. Dan kalau kita dapat mengetahui bahawa pada kita yaitu DIDIRI KITA dan anti iblis, maka selain kita sendiri terlepas dari godaan setan iblis, kita akan dapat pula menolong orang orang yang menderita atau yang telah terpedaya oleh perbuatan setan iblis. Kita dapat membebaskannya dan membawanya kembali kepada jalan yang benar atau kalau sakit mungkin kita dapat menyembuhkannya. Aku telah mengenal aku yang berbadan, aku telah mengenal diriku sendiri. Dan dibawah ini aku turunkan ayat Tuhan seperti tercantum didalam Al-Quran Surah As-Sddjah ( Sujud ) surat 32 juz 21 iaitu :Ayat 7 Dia MEMBAGUSKAN tiap tiap sesuatu yang dijadikannya dan dimulainya menjadikan manusia dari tanah. Ayat 8 Kemudian dijadikannya anak anak cucu manusia keturunannya dari air yang kotor ( mani ) Ayat 9 Kemudian DISEMPURNAKAN kejadian manusia dan ditiupkan RUH kedalam tubuhnya serta dianugerahinya pendengaran, pemandangan dan hati. Tetapi sedikit diantara kamu yang berterimakasih kepadaNya. Dan adalah Aku yang banyak mengandung rahsia berdiri tegak dibatas sebagai penghubung antara luar dan dalam, sebagai saorang perajurit mempertahankan benteng dari serangan dan kalau perlu menyerbu menghancurkan musuh, sebagai seorang guru memimpin dan menunjukkan jalan kepada muridnya sambil menabur ilmu pengetahuannya, dengan lampu ditangan memberi penerangan kepada orang yang dalam kegelapan memberi dan menerima sesuatu untuk sesuatu. Dan terhadap Tuhan Yang Maha Esa dengan ilmunya yang kami amalkan, kami sentiasa mengucapkan syukur dan terimakasih sedalam-dalamnya dan menekurkan kepala yang satu sambil meminta ampun atas kesalahan kesalahan yang disengaja dan tidak disengaja yang kami perdapat dan lakukan kerana sebagai manusia kami tidak luput dari godaan godaan serta tipu daya setan dan iblis yang berkeliaran dialam semesta ini Dengan badan diri kami serta apa yang ada pada kami padaNya, kerana kami menganggap adalah badan diri kami ini beserta apa yang ada pada kami menjadi kepunyaanNya jua. Dan selanjutnya kami sentiasa memohonkan perlindungan dan petunjuk petunjuk yang tak putus putusnya, guna kami jadikan amalan bagi kami yang akan kami jalankan sampai hari akhir dan sambung bersambung turun temurun hendaknya sampai keanak cucu kami.
Pengalamam hidup yang pahit mendorong kami mencari Tuhan yang disembah. Pengalaman dalam perjalanan menuju kepadaNya meyakinkan kami akan adanya Yang Ghaib ( dan ) akan adanya TALI TALI HALUS yang menghubungkan antara satu dengan yang lain yang mempunyai daya kekuatan tarik menarik. Pengalaman juga menunjukkan pada kami bahawa kami tidak berdiri sendiri bahkan banyak sejenis kami berada disekeliling kami dimana-mana sahaja dimana sahaja kami berada. Apa lagi setelah kami dapat menemui jalan yang sebenarnya dan jalan itulah yang menjadi pegangan kami maka dengan menurutkan jalan itu KEDALAM aku (kami ) temui DIRI SENDIRI dan pengembaraanku dialam sendiri itu menunjukkan akan KEADAAN RUHANI ku dan tahu pulalah aku apa yang telah aku perdapat dalam susunan kata kata sesaorang yang diberikanya kepadaku sebagai hadiah yaitu TERGANTUNG TIADA BERTALI DAN BERTALI TIADA TERGANTUNG TEGAK SEPERTI ALIF DUDUK SEPERTI WAU Dan dapat tahu pulalah aku apa yang sebenarnya tujuan kata perpatah RUMAH NAMPAK JALAN TAK TENTU dan dengan menurutkan jalan itu dari dalam keluar maka dapat tahulah aku bahawa aku telah MENEMBUS ALAM SENDIRI dan dapat MENGEMBARA dialam maha luas lagi tidak bertepi itu. Aku telah dapat menembus alamku sendiri dan telah juga dapat menembus dan memasukki ALAM LAIN dan dapat pula mengembara dialam yang maha luas ini. Pertemuanku dengan Allah SWT yang kusembah, aku tidak dapat banyak menulisnya ( untuk pengetahuan sekalian pembaca ) kerana bertambah dekat akau kepadaNya bertambah KECIL aku dan begitulah dihadiratNya aku sudah TIDAK ADA. Keadaanku DALAM TIADA. Dia mengetahui yang tidak diketahui orang. Dalam perjalanan pulang kembali yaitu daripada ( kedudukan ) DARI TIADA kepada ADA aku dapat menemui ANAK KUNCI DARI SEGALA KUNCI itu. Kunci pembuka dan penutup dan dengan anak kunci ditangan aku mengembara dan menjelajah dan begitulah berkat TALI PUSAT itu aku kembali dari TIADA kepada ADA. Dan begitulah adanya keadaanku. Dan dengan anak kunci ditanganku yang terpancar ( aku ) bertemu dengan YANG MEMANCARKAN dan bertemu pula dengan INDUK PANCAR. Begitulah pula aku yang ditiupkan kedalam suatu wadah yang telah lengkap untukku mealiri seluruh apa yang ada padaku menurut saluran tertentu yang aku namakan batang tubuhku, sempurnalah kejadian aku menjadi manusia. Aku sekarang telah dewasa telah banyak pengalaman dan telah mengembara kian kemari bahkan sampai sekarang aku tetap mengembara telah memancarkan pula dan telah mealirkan pula aliranku dan telah menurunkankan keturunanku. Anak anakku terdiri dari anak yang terbaik dari pancaranku dan anak yang menerima dan mendapat aliran dariku. Aku yang tadinya mencariNYA dengan tujuan meminta keadilan sambil membentangkan segala peristiwa yang telah kualami diSANA diHADIRATNYA berasa malu pada diriku sendiri. Tidak ada kata yang dapat kukatakan tidak ada suara yang dapat kusuarakan tak ada gerak yang dapat kugerakkan. Aku tak berdaya, segala apa yang ada padaku sudah tidak ada lagi. LA HAULAWALA QUWATTAILLA BILLAHHIRRAZIM Aku kembali sebagai seorang islam dengan membaca dua kalimah syahadah sebanyak mungkin dimana (sahaja ) aku berada sehingga (ianya ) telah menjadi pakaianku. ALIF LAM MIN ADALAH KUNCI Diwaktu aku membaca Al-Quran pandanganku tertuju kepada Surah Al-Baqarah ayat pertama yaitu Alif Lam Min . Melihat dan memperhatikan akan bentuk dan rupa Alif Lam Min itu aku teringat akan ANAK KUNCI yang ku perdapat dalam pengembaraan aku dahulu. Aku pegang kembali anak kunci itu dan aku perhatikan dan aku terus perhatikan, maka dapatlah aku mengetahui bahawa amat banyak kemungkinan kemungkinan yang dapat
kuperbuat dan lakukan dengannya ( anak kunci itu - pen ) Tak salah rasanya Ahli Tafsir mengatakan “ Hanya Allah Yang Tahu maksudnya “ Ayat ini mengandungi RAHSIA – Rahsia Ghaib. Jalan yang kutempoh jalan TERANG, jalan yang MEMANCARKAN CAHAYA, jalan menembus gelap, jalan hidup menembus barang mati. Begitulah perjalananku dari GELAP kepada TERANG, dari TERANG kepada GELAP dari HIDUP kepada MATI dan dari MATI kepada HIDUP. Untuk ini telah kutemui pula Ayat Ayat Allah didalam Al-Quran : ( sila rujuk Al-Quran untuk ayat ayat asal – penyalin ) a. Surah Ayat ( yang bermaksud ) : Memasukkan MALAM kepada SIANG – SIANG kepada MALAM – mendatangkan YANG HIDUP dari YANG MATI dan YANG MATI dari YANG HIDUP . REZEKI yang TIDAK TERHITUNG BANYAKNYA yang diberikan bagi Yang DikehendakkiNYA. Kiranya JALAN TERANG yang aku tempuh ini samalah hendaknya dengan apa yang termaktub dalam : b. Surah FATIHAH ( yang bermaksud ) : Yaitu jalan orang orang yang telah Engkau BERI NIKMAT bagi mereka YANG TIDAK DIMURKAI dan TIDAK PULA SESAT. Dan TALI TALI HALUS yang telah kutemui itu semuga ianya merupakan tali yang sebenarnya TALI hendaknya yaitu TALI TALI ALLAH seperti termaktub didalam Ayat Al-Quran yang bermaksud :c. BERPEGANG TEGUHlah engkau pada TALI TALI ALLAH dan janganlah bercerai berai. Dan ZAT SERBA ZAT yang telah dapat kutemui itu hendaknya ( ialah ) Zat Yang Sebenarnya yaitu ZATTULLAH . Dan CAHAYA yang telah dapat kutemui itu ialah NURULLAH. 1Pertemuanku = yang dijadikan dengan DIA = Yang Menjadikan telah kukatakan – aku sekarang menyatakan bahawa :AKU TELAH PERGI SEBELUM DIJEMPUT dan AKU TELAH KEMBALI dari SANA. Dan dapat PENGAKUANlah hendaknya aku yang telah berjalan kepada KESEMPURNAAN , yang telah dapat MENGHIDUPKAN YANG MATI dan MEMATIKAN YANG HIDUP dengan JALAN ( yakni ) MEMASUKKAN MALAM KEPADA SIANG dan MEMASUKKAN SIANG kepada MALAM, MENDATANGKAN YANG HIDUP dari YANG MATI dan YANG MATI dari YANG HIDUP dan dengannya ( aku ) dapat menemui barang yang hilang, yang telah dapat mempertemukan ruas dan buku, membalikkan sirih kegagangnya, memulangkan pinang ketampuknya dan seterusnya menyelesaikan yang kusut dan menjernihkan yang keruh. Tidak ada yang sempurna diantara kita ini, ( sebagai manusia ) dan diantara makhluk. Yang Sempurna itu hanyalah ALLAH. Dari itu jalan yang sebik-baiknya menuju kepada KESEMPURNAAN ialah JALAN KEPADA TUHAN. Kiranya Allah membenarkan segala tindaklaku dan menerima dan menjadikan seluruh amalanku menjadi apa yang dinamakan sebagai ;AMAL SOLEH. Bagindo Muchtar.
BAB 21 PENGAKUANKU BUKA MEMBUKA Yang Terbuka = PINTU Yang Dibukakan = PINTU Yang Membuka = AKU Kalau engkau termasuk gulungan YANG TERBUKA, maka segala PINTU akan terbuka terus bagimu. Kalau engkau golongan YANG DIBUKAKAN maka untuk keluar engkau harus ditunjukkan JALAN dengan dibimbing. Kalau engkau termasuk golongan YANG MEMBUKA maka adalah kewajipanmu MEMBIMBING dan MENUNJUKKAN bagi orang yang engkau buka itu. Saya yang tadinya menurut pngetahuanku telah TERBUKA SENDIRI, berjalan keluar sebagai saorang pengembara. Aku berjalan semenjak pintu telah terbuka , berjalan saorang diri dengan mengorbankan apa yang ada padaku. Bertahun-tahun sudah aku berjalan dan banyaklah pengalaman pengalamam yang aku perdapat. Aku berjalan dan terus berjalan. Dalam perjalananku aku MENEMUI ANAK KUNCI dan dengan anak kunci itu aku telah dapat membuka dan memasukki dan telah banyak yang telah aku bukakan. Amat sayang mereka tidak mengerti dan tidak banyak tahu dan amat sedikit pula diantara mereka itu yang berterimakasih padaku PENYALINAN MANUSKRIP DR BAGINDO MUCHTAR SUDAH SELESAI Saudara pembaca yang di-Rahmati Allah. Fakir dengan Kudrat & IradatNYa , Alhamdulillah telah selesai menyalin seluruh isi kandungan manuskrip Dr Bagindo Muchtar melainkan bahagian sajak sajaknya sahaja. ( berdasarkan manuskrip yang ada ditangan Fakir ) Adalah diharapkan manuskrip ini dapat membantu saudara sedikit sebanyak. Fakir juga mohon berbanyak maaf kepada mana mana pihak yang beranggapan bahawa manuskrip ini tidak sepatutnya didedahkan kepada umum. Maaf kerana Fakir berpendapat sebaliknya, kerana bagi Fakir segala Ilmu adalah milik Allah. Apatah lagi ilmu seperti karangan Allahyarham Bapak Muchtar ini yang pada Fakir merupakan SATU MUTIARA yang tiada tolok banding nilainya. Fakir melihat dengan mata kepala Fakir sendiri keajaiban setidak-tidaknya saoarang anak muda yang membaca dan terus mengamalkan cara cara yang ditunjuk oleh Bapak Muchtar ini. Itulah satu satunya manusia yang dalam pengetahuan Fakir yang telah bertemu dengan Dirinya sendiri dan "berjalan" entah kemana seperti yang diceritakan Bapak Muchtar. Pada perkiraan Fakir ramai lagi diluar sana khasnya anak anak murid Bapak Bagindo Muchtar yang telah menemui Diri masing masing dan juga mereka mereka yang telah TERBUKA atau DIBUKA olah para murid murid Bapak Muchtar. Sesungguhnya mereka mereka merupakan orang orang yang bertuah menerima Anugerah Allah bertahap tinggi dan mulia. Salam Takzim dari Al-Fakir Abdillah Abdullah Al-Gemasi Semuga Allah menemukan kita semula dilain masa dan dilain kesempatan pula. TAFAKUR MEMFANAKAN DIRI
TAFAKUR MEMFANAKAN DIRI ” Wahai manusia ! Sesungguhnya kamu harus berusaha dengan usaha yang sungguh-sungguh untuk bertemu dengan Tuhanmu, sampai kamu bertemu dengan-Nya “. ( QS Al Insyiqoq 84 : 6 ) Abu Huroiroh r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah Solallohu Alaihi Wasallam bersabda, “Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman: Apabila hamba-Ku senang untuk bertemu dengan-Ku, Aku pun senang untuk bertemu ...dengannya. Dan jika dia tidak suka untuk bertemu dengan-Ku, Aku pun tidak suka untuk bertemu dengannya.” (HR. Imam Malik, hadits shahih) Membuka Rahasia Diri melalui ILMU TAFAKUR.” “Membina kekuatan jiwa,mental dan penyembuhan penyakit zahir dan batin” Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala “Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu (bersama dan melindungi hambaNya)… “(al-Baqoroh: 152)
adalah tenaga dari Illahi, ia mempunyai cahaya yang hebat yang datang dari alam Lahut. Energi zikir akan menysucikan segala kekotoran pada qolbu sehingga qolbunya akan terkeluar cahaya alam Lahut yang tertutup selama ini disebabkan kekotorannya. Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya pada qolbi dan seterusnya mengeluarkan segala tenaga yang rendah pada jiwanya (mazmumah). Ia juga akan bergerak menguatkan Ruh Sultoni yaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan yang kuat, berfikir tajam dan kreatif. Zikir yang digabungkan dengan teknik pernafasan yang betul, akan memberikan kesan yang lebih hebat. Imam Ghazali mengatakan zikir yang dilakukan dengan cara menahan nafas akan mempercepatkan proses penyucian hati (membakar mazhumah). Pernafasan yang betul akan memaksimumkan penyerapan oksigen yang amat penting dalam kehidupan dan kesehatan manusia.Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang terdedah pada berbagai penyakit. Tafakur juga dapat merawat gangguan halus sama ada dari sihir atau pun jin ialah dengan mengeluarkan penyakit dari diri serta memastikan pesakit mempunyai sistem pertahanan yang kuat agar segala iblis atau sihir tidak dapat menembusinya lagi setelah ia sembuh. Rawatan energi zikir juga akan menumpukan pengumpulan tenaga zikir pada qolbu untuk mengeluarkan syaitan dari dalam darah. Apabila tenaga zikir terkumpul di jantung, maka ia akan menghantar tenaga itu ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah, seterusnya menghancurkan segala tenaga yang rendah (jin dan syaitan) tidak kira di mana ia berada dalam tubuh pesakit. (Zikir Nafas) Setiap kita yang hidup mesti mempunyai nafas, melihat, mendengar, merasa dan ini semua termasuk di dalam sifat al hayat. Kita boleh hidup tanpa mata, telinga, tangan dan anggota tubuh yang lain tetapi kita tidak boleh hidup tanpa nafas. Kita boleh berjalan, berkata-kata dan melakukan apa saja, ini semua berlaku kerana qudrot dan irodat dari Allah. Dan nafas berada didalam qudrot dan irodat Allah. Di mana permulaan dan letaknya nafas ini? Untuk mengetahuinya kita harus kembali pada asal kejadian kita yaitu di antara pertalian ibu dan anaknya. Mula terjadi benih diperut ibu ialah di bagian PUSAT. Di situlah mulanya nafas dan dari situ bermula benih itu membesar menjadi anggota tubuh yang sempurna. Dimanakah letaknya rahasia diri kita yang sebenarnya? Letaknya rahsia diri kita ialah di atas PUSAT (jaraknya dua jari diatas pusat). Kerana di situlah mulanya kejadian kita. Dan situlah letaknya pengenalan kita pada Allah. Untuk mencapai kemaqom tersebut ada 3 tahap atau latihan yang perlu kita lakukan.
-Menfanakan diri (mematikan diri) -Mengqasadkan diri dalam afal Allah (perbuatan Allah) -Mengqasadkan diri dalam ilmu Allah (pengetahuan Allah) Pengetahuan Allah amat luas dan tidak terbatas. Kalau Dia tidak berpengetahuan, munkinkah terjadi segala sesuatu ini? Tentu tidak akan terjadi. Mustahil kalau Allah itu tidak tahu. Adapun pengetahuan manusia makhluk tetap terbatas. Sedang Allah Yang Maha Ada, justeru Dialah yang mencipta akal dan pengetahuan. Dan kunci/pokoknya amalan ini ialah: Lahaulawala quwwata illa billahil aliyyil azhim Tahap 1: Ucapkan Dua Kalimah Syahadah secara tidak putus sebanyak 3 kali. Iaitu الاله اال هللاtarik nafas ( memberi makna هو tanpa kita sebut samada melalui mulut atau dengan hati) Perhatikan turun naiknya nafas kita. Tarik dan hembuskan nafas kita dengan menggunakan kaedah pernafasan perut. Apabila kita tarik nafas perut kita akan kembung, bukannya dada (boleh dilakukan samada nak menahan nafas selama mana yang kita mampu - atau tidak menahan nafas. Ingat saja kepada Allah - semasa menarik nafas biarkan udara masuk melalui hidung) Jika kita guna kaedah menahan nafas, - Bila nafas tak tertahan lagi lepaskan perlahan-lahan. dan semasa kita menghembuskan nafas perut kita menjadi kempes seolah-olah kulit perut bertemu dengan tulang belakang. ( juga biarkan udara keluar ikut hidung ) Apabila kita melakukan kaedah diatas secara automatik akan berlaku kaedah yang dipanggil Mematikan diri dengan cara mengumpulkan segala nafas kita di bahgian qolbu (maqomnya alam malakut) lalu ditarik ke atas di bahgian ubun-ubun kepala (maqomnya alam jabarut) sambil tarik nafas dan bila sudah sampai kebahgian umbunumbun kepala lalu tahan nafas untuk seketika. Selepas itu turunkan/lepaskan nafas hingga kebagian 2 jari di atas PUSAT (maqomnya alam lahut) lalu tahan nafas untuk seketika. Kosongkan fikiran dan tumpukan pada point iaitu 2 jari di atas PUSAT. Rasakan pada waktu itu kewujudan kita telah tiada yang ada hanya Allah. Selepas itu ambil nafas seperti biasa seketika dan lakukan lagi latihan 1.( tidak perlu diingat akan pergerakkan nafas itu ianya berlaku secara automatik - dengan sendiri) Tahap 2 Mengqasadkan diri kita pada pergerakan Allah yaitu segala gerakan yang berlaku pada diri kita bukan lagi gerakan kita tetapi adalah gerakan Allah. Kembali pada pokoknya Lahalauwala quwata illabillahil aliyil azhim. Bahawasanya apa saja gerakan yang berlaku pada diri kita bukan lagi gerakan kita tapi adalah qudrat dan iradat Allah. Misalnya: Kita lakukan latihan 1 dan bila sampai saja di point (PUSAT - setelah nafas habis dilepaskan) kita bermohan pada Allah agar memberi kita pergerakan . Dan selepas itu serahkan segala-galanya pada gerakan Allah. jangan difikirkan apakah gerakan yang hendak kita lakukan. Pergerakan ini boleh digunakan dalam membantu dalam kesusahan seperti scan tubuh pesakit. Kosongkan fikiran kita dan biarkan tubuh kita beregrak dengan sendirinya. Waktu itu bukan kita lagi yang mengawal tubuh kita tetapi adalah dari gerakan qudrat iradat Allah. Setiap apapun yang disaksikan oleh mata hendaklah ditanggapi oleh hati bahwa itu adalah af’al Allah (perbuatan) dari pada Allah Subhanahu Wa Ta’ala
Tahap 3 Mengqasadkan diri kita di dalam ilmu Allah iatu segala apa yang akan berlaku semuanya adalah di dalam ilmu dan ketentuan Allah. (LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL-ALIYYIL AZHIM) Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan(daya dan kekuatan) Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Hadis Rosulullah Solallohu Alayhi Wasallam LA TATAHARROKU DZARROTUN ILLA BI IDZNILLAHI. Tidak bergerak satu zarrah juapun melainkan atas izin Allah. Untuk mencapai tahap yang sempurna harus perbanyakanlah kita beribadah kepada Allah kerana semakin kita dekat dan mesra dengan Allah semakin tinggi dan menyerahlah apa yang kita tuntut ini. Di dalam mengamalkan amalan ini janganlah ada sifat sombong, riya, takabbur, hasad dengki di dalam diri kita kerana sekiranya ada salah satu dari sifat-sifat ini di dalam diri kita maka amalan ini tidak akan menjadi kerana ilmu ini juga berada di dalam qudrot irodat Allah. Serahkan segala-galanya pada urusan Allah kerana kita adalah manusia yang lemah yang tiada daya dan kekuatan. Siapa yang mengenal dirinya, tentu dia mengenal Tuhannya dan siapa yang mengenal Tuhannya, maka binasalah dirinya.” Tambahan :Ucapkan Dua Kalimah Syahadah secara tidak putus sebanyak 3 kali. Iaitu الاله اال هللاtarik nafas ( memberi makna هو tanpa kita sebut samada melalui mulut atau dengan hati) Sesudah nafas tak tertarik lagi lalu sebutkan kalimah محمد روسول هللاkemudian teruskan dengan berzikir ...... هللا......هللا هللاkalau boleh yang sedang menyebut هللاitu ialah Allah.. ( tanpa ada kesedaran kita sedang berzikir ) URUTAN AMALAN ( tertib ) 1-Pembukaan Amalan... 2-Perjalanan GERAK.. 3-Pengisian NURILAHI... 4-Kunci Wasiat.. 5-Tafakur Nafas 6-Tafakur Nafas 3 – Segi 7-Simpan Amal Tafakkur atau Gerak Bapak Bagindo Muchtar Boleh dilakukan setiap masa tanpa apa apa syarat ..dalam keadaan duduk selesa atau baring … CARA PERSEDIAAN Matikan segala gerak fizikal Mati segala gerakan otak = fikiran Letakkan kedua tapaktangan diatas kepala lutut atau didepan dada selaras dgn kedudukan JANTUNG Tundukkan kepala dan pandang jantung Boleh buka mata atau lelap mata Fokuskan perhatian kepada keluar masuk nafas Ujudkan RASA TENANG ..kemudian Baca …Istiqfar…….3x Baca…Auzubillahi minash syaitonil rojim Baca….Bismilahi rahmani rahim Mengucap…….3x
PERJALANAN SIROTHOL MUSTAQIM (HAKIKAT GERAK KALIMAH TAUHID) PEMBUKAAN AMALAN Auzubillahi minassyaitonir rojim Bismillahi rahmani rahim Ashadu an la ilaha illallah wa ashadu anna muhammadur rosulullah La haula wala quwwata illa billahi aliyul adzim Astaqfirullahal adzim………3x Selawat……..3x 1) ila hadratin nabi muhammadin Mustafa rosulillahi s.a.w saiun lillahi lahu………al-fatihah 2) ya Allah hamba hadiahkan al-fatihah ini kepada….rasul-rasul,nabi-nabi Allah,keluarga dan sahabat-sahabat Rasulullah,para wali-wali Allah,kedua ibu bapaku,kepada arwah bapak bagindo muchtar dan guru-guru serta kepada kaum muslimin dan muslimat,mukminin dan mukminat dan juga kepada diriku sendiri…………..al-fatihah. AMALAN PERJALANAN / GERAK Bismillah & Mengucap 3 x BACA DOA INI Ya Allah Ya Rabbi Ya Tuhanku Makbulkanlah permintaanku Ya Allah Ampunilah dosa dosaku zahir dan batin Ya Allah Bersihkanlah Ruhani, Jasmaniku serta Jasadku Tiada aku yang berkuasa – Allah Yang Berkuasa Allah Maha Tahu segala-galanya Ya Allah Tunjukkanlah PENGAKUAN DIRIKU yang sebenar-benarnya Ya Allah Tunjukkanlah SIAPA AKU SEBENARNYA Ya Allah Tunjukkanlah PERJALANAN AKU yang sebenarnya yakni PERJALANAN SIRATUL MUSTAQIM Ya Allah KEMBALIKAN aku ke PANGKAL JALAN. Tiada aku yang berkuasa – Allah-lah Yang Maha Berkuasa Plus DOA PERIBADI ( jika ada ) DOA PENUTUP / KEMBALI Ya Allah Ya Rabbi Ya Tuhanku MAKBULKAN-lah permintaanku Ya Allah KEMBALIKAN-lah aku SEPERTI BIASA Tiada aku yang berkuasa – Allah –lah Yang Maha Berkuasa CARA Tutup 10 jari Istighafar 3 x Alhamdulillah 1 xSalam kekanan – Ya Allah - Salam kekiri – Ya Muhammad PENGISIAN CAHAYA NURILAHI Bismillah
Mengucap DOA Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Makbulkan permohonanku ini ISIKAN-lah PANCARAN CAHAYA NURILAHI melalui UBUN UBUNKU kedua belah tapak tanganku seluruh anggotaku seluruh jasadku ruhani dan jasmaniku Tiada aku yang berkuasa Allah-lah Yang Maha Berkuasa BERZIKIR-lah Allah – Allah - Allah RAHSIA KUNCI WASIAT Anak kunci Serbaguna - Cara Cara mengamalkannya Ayahdi PakNgah Ucapkan Password Istighafar 3 X A-uuzubillah minash syaitonil rojim Bismillahi Rahmani Rahim MENGUCAP 3 X Mohon hajat kepada Allah kemudian pegang kunci itu (Alif,Lam,Mim) Tarik nafas sambil silang kedua tangan=kanan didalam dan kiri diluar berbentuk lam jalallah, sambil zikr allah 9x, kemudian letak kunci didahi sambil ucapkan kalimah syahadah 1 X, dan turun kearah pusat kemudian telan air liur, pastu buat kalimah lam jalallah dengan jari kanan dimulai di bahu kanan sambil membaca bismillahi rahmani rahim dan allahu akbar..... PENUTUP ..sama dengan amalan sebelumnya UNTUK PAGAR DIRI CARANYA SAMA SEPERTI DIATAS. kalau kita nak buat ubat guna air jadi guna tangan kanan yg ada kunci tu atau kedua dua tangan...pun boleh juga arahkan kepada air tu..... SEMIDI / ZIKIR NAFAS 3 SEGI Pilihan je – tak buat takpe Baca Password
Sambil tangan diletakkan atas peha dengan keadaan terbuka, dan pejamkan mata serta memandang dengan mata hati kedalam diri sambil berzikir ikut aturan nafas Iaitu… Nafas masuk……….5 hitungan Tahan nafas…………5 hitungan Nafas keluar………..5 hitungan Jika kita telah lama membawa hitungan ini maka naikkanlah bilangan nya itu 10……..hitungan 15……..hitungan 20……..hitungan *masuk dan keluar nafas melalui hidung PENUTUP – SAMA DENGAN AMALAN SEBELUMNYA SIMPAN AMAL Ya Allah Ya Tuhanku… Simpanlah amal rahsiaku didalam SIFAT MA’BUD ZAT TUHAN, simpan didalam FUAD, didalam JANTUNG didalam INSAN . Insan BERKAMIL INSAN dengan SIFAT 20.. Sifat yang terkandung didalam Kalimah …. LA ILAHA ILLALLAH HU HAQ. ......................................................................... TAFAKUR 1 (TATA CARA BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH) Ibarat Bayi Tidak Bisa Apa-apa Tafakur adalah perilaku seseorang dalam rangka berserah diri pada Tuhan.Ia tidak tahu apa-apa,karenanya tidak mempunyai tujuan.Ibarat bayi yg hanya manut-manut saja,menjalankan pepesten(takdir).Apa saja diterima.Duduk tafakur melakukan perenungan.Bagaimana tafakur yg benar? Tafakur berbeda dengan meditasi.Perbedaannya pada: tata cara dan aturan-aturan khusus.Tafakur adalah mengheningkan cipta,tafakur memusatkan segenap pikiran (dengan meniadakan segala hasrat jasmaniah).Aturan khususnya,diam dengan posisi duduk tegak(bersila).Mengatur pernapasan sedemikian rupa,halus,keluar masuknya nafas tidak boleh tersedak-sedak (megap-megap). orang yg melakukan tafakur adalah orang yg tidak tahu,belum mengerti apa-apa,tidak memiliki apa-apa.Bertafakur berarti melakukan perenungan.Berserah diri.Intinya pendekatan diri kepada tuhan sama sekali tidak memiliki tujuan juga tidak memiliki keinginan atau tuntutan. Orang yg melakukan tafakur diibaratkan bayi.Tidak tahu apa-apa,tidak tahu mana arah utara,selatan,timur maupun barat.Ia tidak memiliki kemampuan apa-apa,sehingga dipukul,dibentak,dibunuh atau diapakan diam saja.apakah bayi itu akan diberi umur hanya 2tahun atau hidup sampai 100tahun,hanya menjalani saja. Panembahan Orang yg berserah diri pada tuhan sudah barang tentu berkaidah dengan panembahan(menyembah).Orang yg beribadah,yg perlu dipahami bahwa panembahan yg dimaksud bukan sholat.Sebab,bertafakur tidak sama dengan
sholat.Tetapi menyembah dalam arti beribadah.Tata caranya dengan duduk bersila,mengosongkan pikiran,berkonsentrasi penuh. Karena menyembah ,maka berhubungan dengan tuhan.orang yg sedang melakukan kontak dengan Tuhan,alam pikir harus dikosongkan.Pikiran yg macam-macam,ingatan yg macam-macam,keinginan keinginan yg macammacam,harus diusir jauh-jauh.Yg harus difungsikan adalah hati.suara hati,jeritan hati,keinginan hati untuk menuju Tuhan. Melakukan tafakur bukan berarti diam membisu dan mematung.Secara fisik memang demikian,tapi dalam ruhani harus ramai,bergemuruh ramai dalam diam,bergemuruh dalam kesunyian.Yg ramai ialah suara hati. Selaras Agar pikiran tidak melayang ke mana-mana,maka harus diisi.Isinya adalah dzikir.Dzikir yg harus dibaca,harus selaras antara hati dan pikiran.Artinya,dzikir yg dibaca didengar sendiri,dibaca terus menerus,diresapi dan dijaga sedemikian rupa agar alam pikir tidak melayang kemana-mana.kalau pikiran keluar jalur,harus dikembalikan ke jalur hati,sehingga terjaga terus.Dzikir yg harus dibaca banyak sekali.Setiap guru punya anjuran sendiri-sendiri.ada yg mewajibkan berdzikir kalimat tauhid”Laa ilaaha illallah”.Ada yg kalimat pendek mengambil dari asmaul husna ,misalnya ” Yaa hayyu yaa Qoyyum”. Tapi,biasanya untuk penyerahan diri adalah berdzikir memuji Tuhan,yaitu membaca tasbih “Subhaanallah walhamdulilah walaailla haillallahu allahu akbar laa haula wala quwwata illa billahil aliyyil adzim.Kalimat dzikir tsb dibaca dalam kondisi duduk bersila secara terus menerus.Tidak merasa bosan.Malahan harus merasa enjoy.Jika sudah merasa enak,maka senantiasa akan kurang.Lamanya juga tidak diperdulikan Waktu untuk bertafakur sebenarnya tidak ada aturan,bisa siang,sore,pagi,atau malam.Tetapi yg paling baik dilakukan pada tengah malam tatkala orang-orang sudah terlelap,sehingga memperoleh kesunyian-kesunyian di malam hari. Dzikir dalam tafakur berarti suara hati.Tanpa suara,tanpa kata-kata juga gerakan-gerakan.Ini berbeda dengan tata cara berdzikir yg ada cara duduk,gerakan badan dan suara.Ada geleng-geleng ,manggut-manggut dan lainnya. by, Ki Tapak Nur Sejagat Aryikel ini dipetik dari laman SAMUDRA HIKMAH - pandangan penulis sendiri..berkaitan apa yg dikatakan TAFAKUR itu.
View more...
Comments