Dokumen Kontrak Dan Pentafsirannya

January 15, 2018 | Author: Ashikin Shuhaimi | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

notes...

Description

KONTRAK BINAAN DOKUMEN KONTRAK DAN PENTAFSIRANNYA Takrif Dokumen kontrak boleh ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi perkaraperkara perjanjian pihak-pihak berkontrak. Ia menetapkan dan menghuraikan hak dan kewajipan pihak-pihak dalam kontrak. Tertakluk kepada jenis kontrak, kandungan utama dokumen kontrak terdiri dari:     

Artikel perjanjian; Syarat-syarat kontrak; Lampiran (butir-butir syarat kontrak yang perlu diisikan); Lukisan-lukisan; dan Senarai bahan.

Dokumen-dokumen yang dikenal pasti sebagai dokumen kontrak mesti ditandatangani oleh pihak-pihak berkontrak. Kewajipan am kontraktor ialah untuk melaksanakan kerja dengan memenuhi kehendak dokumen kontrak. Borang-borang standard lazimnya akan menyatakan dokumen-dokumen yang menjadi sebahagian dari kontrak. Sesetengah borang standard menetapkan dokumen-dokumen yang terkandung adalah saling menerangkan dan jika apa-apa percanggahan atau kekeliruan, hendaklah dirujuk kepada arkitek atau jurutera bagi pihak majikan, untuk mendapatkan putusan. Sesetengah borang standard pula menetapkan, jika timbul percanggahan antara dokumen-dokumen, keutamaan diberi kepada syarat-syarat kontrak (dokumen bercetak). Dalam kes John Mowlem lwn BIC and Jampel (1977), kontrak JCT 63 digunakan untuk pembinaan gudang dan blok pejabat. Rekabentuk lantai konkrit bertetulang disediakan oleh jurutera perunding (Jampel). Senarai bahan menyatakan lantai hendaklah dibina supaya tidak telus air dan kontraktor (Mowlem) bertanggungjawab menentukan keadaan lantai sentiasa demikian. Fasal 12 syarat kontrak memperuntukkan kualiti dan kuantiti kerja adalah seperti yang ditetapkan dalam senarai bahan dan senarai bahan tidak boleh mengatasi peruntukan syarat kontrak. Keretakan timbul akibat serapan air. Jurutera mengatakan mengikut peruntukan dalam spesifikasi (senarai bahan). Mowlem bertanggungjawab, walaupun kecacatan adalah akibat rekabentuk. Mahkamah mengambil pandangan bahawa rekabentuk adalah tanggungjawab jurutera semata-mata. Jadi, sekiranya hendak meletakkan kontraktor bertanggungjawab, perlu ada syarat kontrak yang sangat jelas. Untuk merubah syarat kontrak dengan menyatakannya dalam spesifikasi (senarai bahan) tidak mencukupi dan ini tidak dibenarkan di bawah fasal 12.

Rukun Pentafsiran Mahkamah akan merujuk kepada dokumen kontrak secara keseluruhannya untuk mentafsir niat pihak-pihak. Oleh itu, adalah penting mengenal pasti perkara-perkara yang termasuk dalam kontrak dokumen dan membetulkan apa-apa percanggahan supaya ia mematuhi rukun pentafsiran. Secara am, mahkamah mentafsir kontrak bertulis secara tafsiran harafiah. Keterangan luaran tidak diterima, kecuali di dalam keadaan khas untuk menghuraikan istilah teknikal atau kewujudan sesuatu adaptasi atau kelaziman. Oleh itu perunding professional mesti menentukan sesuatu dokumen itu sempurna dan cukup kerana mahkamah tidak akan mentafsir niat atau maksud perunding professional ke dalam dokumen kontrak. Pihak-pihak berkontrak bebas menetapkan syarat-syarat, tetapi terdapat had-had yang ditentukan oleh commom law dan statut. Sebagai contoh, syarat-syarat tersirat dapat meringankan kesan sesuatu perjanjian atau sesuatu pihak boleh mendapat relief kerana salah nyata oleh yang satu lagi. Selain dari had-had di atas mahkamah akan berusaha supaya kontrak dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang telah dipersutujui. Jika terdapat syarat-syarat yang tidak adil atau menjadi tidak adil, mahkamah tiada kuasa untuk merubah syarat-syarat perjanjian tersebut. Maka, jika kontraktor telah memasuki kontrak untuk melaksanakan kerja pada harga yang merugikannya, dia mesti melangsungkan juga kerja tersebut; jika dia enggan atau gagal, dia terpaksa membayar ganti rugi kerana pelangggaran kontrak. Artikel Perjanjian Artikel perjanjian mengandungi elemen asas sesuatu kontrak. Ia mengandungi nama pihak-pihak dalam kontrak, iaitu majikan dan kontraktor; nama dan fungsi arkitek, jurutera dan juruukur bahan seperti yang dihuraikan dalam syarat-syarat Kontrak; butirbutir lokasi dan ruang lingkup kerja-kerja berpandukan lukisan-lukisan kontrak dan dokumen-dokumen lain; persetujuan nyata bahawa kontraktor akan melaksanakan dan harga kontrak atau apa-apa jumlah yang perlu dibayar mengikut syarat kontrak. Syarat-Syarat Kontrak dan Lampiran Syarat-syarat kontrak terdiri dari fasal-fasal yang terkandung di dalam borang-borang perjanjian. Syarat-syarat kontrak menghurakan kewajipan dan hak pihak-pihak berkontrak, fungsi perunding professional serta orang-orang lain yang berkaitan dengan kontrak, dan prosedur bagi pengurusan kontrak. Peruntukan-peruntukan utama yang terdapat adalah seperti: dokumen-dokumen yang menjadi sebahagian kontrak, pihakpihak yang berkaitan dan kuasa mereka, kerja yang perlukan sub-kontraktor dinamakan, tempoh penyiapan, perubahan kerja, pembayaran, tuntutan kewangan dan masa, penamatan dan penyelesaian pertikaian.

Di dalam lampiran terkandung butir-butir yang perlu diisikan, sebagai contoh, mengenai tarikh penyiapan, tempoh liability kecacatan dan ganti rugi tertentu; sesetengah syaratsyarat kontrak menjadi tidak bermakna. Sebagai contoh, jika butir tarikh penyiapan tertinggal, mahkamah akan menolak keterangan bahawa tiap pihak telah dimaklumkan mengenai tarikh penyiapan tersebut (bagi membolehkan fasal ganti rugi tertentu dihidupkan). Senarai Bahan Senarai bahan adalah dokumen yang menghuraikan kualiti kuantiti kerja yang akan dilaksanakan oleh kontraktor. Penggunaan senarai bahan adalah antara cara terbaik untuk mendapatkan anggaran, menjadi rujukan utama dalam penilaian perubahan kerja dan pembayaran kemajuan. Senarai bahan terdiri dari:  Keperluan permulaan  Spesifikasi, dan  Kerja-kerja terukur (secara amalan, kerja terukur selalu disebut juga sebagai senarai bahan). Jumlah harga tender atau kontrak didapati dari jumlah pengiraan harga-harga untuk keperluan permulaan dan kerja-kerja terukur. Keperluan Permulaan Keperluan permulaan terdiri dari maklumat mengenai tapak bina dan perkaraperkara yang perlu bagi perlaksanaan kerja-kerja di tapak. Contohnya, pondok tapak, papan tanda, penyeliaan, air, eletrik, pencahayaan, pagar keselamatan, insurans dan sebagainya. Ia tidak termasuk dalam kerja terukur tetapi kontraktor dikehendaki meletakkan harga pukal pada item-item keperluan permulaan. Walaupun disebut sebagai keperluan permulaan, sesetengah perkara-perkara tersebut adalah kewajipan yang berterusan. Spesifikasi Spesifikasi mengandungi huraian mengenai bahan-bahan dan mutu kerja bagi setiap jenos kerja yang perlu dilaksanakan. Ianya menjadi rujukan bagi tahap kualiti yang dikehendaki. Tahap kualiti yang dikehendaki lazimnya mengikut kod-kod amalan dan standard seperti British Standards, SIRIM dan seumpamanya. Kerj-Kerja Terukur Kerja-kerja terukur, iaitu pengukuran kerja siap (finished works), disediakan dari lukisan-lukisan, spesifikasi dan lain-lain maklumat berkaitan dengan reka bentuk. Kuantiti kerja diukur mengikut Kaedah Pengukuran Standard yang dikeluarkan oleh badan-badan professional seperti Pertubuhan Juruukur Malaysia. Item-item

kerja terukur disusun mengikut kerja tukang, seksyen kerja atau elemen-elemen sesuatu bangunan. Semasa menender, kontraktor-kontraktor perlu mengisi kadar harga pada kuantiti kerja-kerja terukur tersebut. Dalam kontrak binaan, pengukuran dilakukan oleh juruukur bahan sama ada sebelum kerja binaan bermula, adri lukisan-lukisan yang disediakan oleh arkitek dan jurutera, atau semasa perlaksanaan kerja dan selepas penyiapan kerja. Dalam syarat-syarat borang standard untuk kerja bangunan (seperti siri PAM dan JKR), senarai bahan disediakan mengikut Kaedah Standard dan disifatkan sebagai pernyataan tepat kuantiti dan kualiti kerja kontrak. Dengan demikian, apa-apa kesilapan di dalam huraian atau kuantiti hendaklah diperbetulkan dan ianya disifatkan sebagai perubahan, dan ia memberi hak kepada kontraktor untuk menuntut kos tambahan. Ini berbeza dengan pendekatan dalam syarat-syarat borang standard untuk kerja kejuruteraan sivil (seperti FIDIC atau ICE), di mana kuantiti yang terdapat dalam senarai bahan bukanlah suatu yang tepat atau sebenar, dan pengukuran semula adalah perlu untuk menentukan kuantiti yang sebenar. Wang Kos Prima, Wang Peruntukan dan Wang Luar Jangkaan Wang kos prima adalah anggaran jumlah pukal yang dimasukkan ke dalam senarai bahan untuk kerja-kerja yang akan dilaksanakan oleh subkontraktor dinamakan atau untuk bahan-bahan yang dibekal oleh pembekal dinamakan. Kontraktor hanya perlu mengisi jumlah bagi layanan dan peratusan keuntungan. Bila sampai peringkat akaun akhir, wang kos prima ini akan diselaraskan dengan harga sebenar bagi kerja-kerja subkontrak yang dilaksanakan Layanan adalah kemudahan dan keperluan yang disediakan oleh kontraktor buat penggunaan subkontraktor dinamakan. Layanan am adalah kemudahan-kemudahan yang telah tersedia ada. Layanan khas adalah kemudahan-kemudahan tertentu yang diperlukan oleh subkontraktor yang luar dari keperluan am kontraktor. Wang peruntukan adalah jumlah sementara yang dimasukkan ke dalam senarai bahan untuk kerja-kerja yang tidak dapat ditetapkan di waktu menender. Keuntungan kontraktor tidak dimasukkan ke jumlah tersebut. Kerja-kerja yang diarahkan oleh arkitek/penyelia mungkin adalah untuk kerja kontraktor, subkontraktor dinamakan atau pembekal dinamakan. Pada peringkat akuan akhir, jumlah sementara dikeluarkan dan digantikan dengan jumlah kerja sebenar. Wang luar jangkaan adalah peruntukan yang dimasukkan ke dalam senarai bahan sebagai perbelanjaan bagi kerja-kerja yang di luar jangkaan atau tidak ternampak semasa penyediaan dokumen tender, walaupun telah disediakan dengan teliti. Jika kerja-kerja tersebut tidak diperlukn, amaun ini ditolak dari harga kontrak dan merupakan suatu penjimatan kepada majikan.

Lukisan-Lukisan Kontrak Lukisan-lukisan kontrak adalah sebahgian dari dokumen kontrak. Ia terdiri dari lukisanlukisan yang dirujuk semasa penyediaan senarai bahan atau sebagai penentuan skop kerja bagi kontrak tanpa mengguna senarai bahan dan adalah terdiri dari lukisan tender yang asal. Terdapat juga lukisan-lukisan yang diberi kemudiannya yang bertujuan memberi butirbutir atau huraian lanjutan bagi membolehkan kontraktor melaksanakan kerja. Kontraktor hendaklah memberi notis dengan memadai tentang keperluan mendapatkan lukisan dan butir-butir tersebut. Kontraktor mungkin mendapati lukisan lanjutan atau terperinci ini sangat berbeza dari apa yang dijangkakan dan ini boleh manjadi alasan baginya membuat tuntutan di bawah perubahan kerja. Ringkasan Kandungan Dokumen Kontrak Secara am dokumen mengandungi bahagian-bahagian berikut: A.

Arahan Penender:

Kepada Maklumat dan arahan bagi penender

B. Borang Tender: C. D.

E.

Kontraktor mengisi tempoh pembinaan.

harga

tawaran

dan

Syarat-Syarat Membuat Perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh Tender: penender semasa menender. Surat Setuju Terima:

Dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya, menandakan penerimaan tawaran oleh Majikan.

Artikel Perjanjian, Perjanjian kontrak antara majikan dan Syarat-Syarat Kontrak kontraktor. Dokumen yang menerangkan hak dan Lampiran: dan obligasi pihak-pihak serta asas pengurusan kontrak.

F.

Spesifikasi:

Penerangan tahap kualiti bahan dan mutu kerja.

G.

Keperluan Permulaan:

Kontraktor menghargakan secara jumlah pukal bagi item-item dalam bahgian ini.

H.

Senarai Bahan:

Kerja-kerja terukur yang disediakan mengikut Kaedah Pengukuran Setara. Kontraktor memasukkan kadar harga dan pengiraan

bagi bahagian ini. J.

Ringkasan Tender:

Ringkasan Jumlah Tawaran yang kini menjadi Jumlah Kontrak. Ringkasan hargaharga yang dikumpulkan dari Keperluan Permulaan dan Senarai Bahan.

H. Lampiran-Lampiran: 

Senarai Kontrak.

Lukisan Lukisan-lukisan yang digunakan semasa menender.



Jadual-Jadual: Jadual sebagai huraian kepada lukisanKemasan, Pintu-Tingkap, lukisan dan bagi memudahkan rujukan. Kelengkapan Pintu dan Sanitari.



Kadar Kerja-Hari, Butir-butir diisi oleh kontraktor. Digunakan Harga Bahan-bahan sebagai rujukan bagi kerja-kerja perubahan jika tiada kadar harga bagi sesuatu kerja. Asas, Jentera



Maklumat Organisasi Butir-butir diisi oleh Kontraktor. Salah satu dan Pengalaman faktor dalam pemilihan kontraktor. Kontraktor



 Lain-Lain Malukmat

Lukisan kontrak biasanya terdiri dari lukisan-lukisan berskala kecil yang menunjukkan pelan-pelan, pandang sisi dan bangunan dan pelan tapak. Secara am, skala yang digunakan oleh arkitek untuk lukisan-lukisan adalah seperti berikut: Pelan tapak

1:400 atau 1:200 bergantung Kepada saiz tapak Pelan bangunan, peladang sisi 1:100 dan seksyen Butir-butir (perincian bahagian 1:25, 1:10 bangunan yang dilukis dalam skala besar bagi menunjukkan ciri-ciri pembinaan) Butir-butir bagi kerja tanggam 1:5 atau 1:25 dan kemasan

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF