Doa Selepas Tasyahhud Akhir

May 14, 2018 | Author: Mohammad Hidir Baharudin | Category: Islamic Jurisprudence, Islamic Ethics, Muhammad, Hadith, Sharia
Share Embed Donate


Short Description

Nota_Daripada Al-Azkar Imam Nawawi...

Description

MASJID AL-HIDAYAH TAMAN MELAWATI DOA SELEPAS TASYAHHUD AKHIR_AL-AZDKAR IMAM NAWAWI



      .    





.

 





Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, dan daripada azab kubur, dan daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah Al-Masih Dajjal. (Sahih Muslim 588) Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang. (Sahih Muslim 589)

 





 

 

. 

 

 







Ya Allah, ampunkanlah dosaku yang telah aku lakukan di masa lalu dan dosa yang akan aku lakukan di masa hadapan, dosa yang aku lakukan secara tersembunyi dan dosa yang aku lakukan terang-terangan, dosa yang telah aku berlebih-lebihan, dan dosa-dosa yang lebih Engkau ketahui tentangnya berbanding diriku sendiri. Engkaulah Yang Maha Mendahului dan Engkaulah Yang Maha Mengakhiri . Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau . (Sahih Muslim 771)





 



  

  

 

.



  



Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang. (Sahih al-Bukhari 7387, 7388)





 

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu, agar dimasukkan ke Syurga dan aku berlindung kepadaMu daripada Neraka. (Sunan Abi Dawud 792)





 





Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu petunjuk, taqwa, iffah (kesucian) dan sifat berasa cukup. (Sahih Muslim 2721)

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF