Doa Penutup Program Khidmat Bakti Masyarakat JKDM
July 24, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Short Description
Download Doa Penutup Program Khidmat Bakti Masyarakat JKDM...
Description
Doa Penutup Program Khidmat Bakti Masyarakat JKDM,Selangor Di Kaw.Dun Sementa
Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas a tas keizinan-Mu untuk kami kami berkampung selama 3 hari dalam Program Khidmat Bakti Masyarakat JKDM,Selangor Di Kaw.Dun Sementa inimenghadirkan . Kami juga bersyukur kerana Engkau kami diri , emosi dan roh kamimengizinkan sehingga dapat menyelesaikan kursus ini dengan jayanya . Peliharalah dan lindungilah kami dan rakyat kampong amnya. Hindarkanlah kami daripada segala mara bahaya, keburukan dan kejahatan yang datang dari pengkhianatan manusia mahupun syaitan dan hawa nafsu. Engkau peliharalah maruah mereka dan lindungilah kami dengan penuh rahmat di bawah jagaan-Mu yang sempurna, penuh rahmah daripada anasir di mana sahaja kami berada. Ya Allah, sesungguhnya amat banyak pertolongan-Mu yang telah Engkau kurniakan kepada kami, dengan pertolongan-Mu jualah, dapatlah kami mengatur serta berkumpul sebegini, dengan harapan semoga dapat merapatkan lagi hubungan dan jalinan mesra di antara kami dengan penduduk di sini. Mudahmudahan kesatuan mutlak dapat ditegakkan dan mahabbah serta ukhuwwah
dapat dieratkan. Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Agung, Melalui program yang kami anjurkan hari ini ini,, Engkau titipkan titipkan di hati kami keimanan,Engkau satukan hati antara kami tanpa mengira warna kulit dan suku bangsa, Engkau jadikannya keberkatan kepada kami supaya terbenih keikhlasan di hati, terbina kesihatan jasmani, terjana akal yang suci, terbuka minda abadi. lalu darinya Ya Allah, dapat kami satukan ramuan ini dalam diri untuk kami menjadi umat yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Lalu kami menjadi umat yang berdaya saing, berdaya juang, memacu Negara kami menuju negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan pada hari ini satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami selepas ini adalah satu perpisahan yang diberkati. Ya Allah sebagaimana Engkau selamatkan perjalanan kami maka Engkau selamatkanlah jua kepulangan kami nanti.
View more...
Comments