Doa Penutup Bulan Bahasa

July 26, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Doa Penutup Bulan Bahasa...

Description

 

DOA PENUTUP BULAN BAHASA Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud , Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada di Majlis Penutupan Bulan Bahasa Peringkat Sekolah pada hari ini.

Ya Allah , Tuhan Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki , Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu , pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah,  pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa, Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami untuk membangunkan martabat dan kecemerlangan sekolah kami.

Ya Allah , kurniakanlah kepada kami k ami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup ini . Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah, jalan yang benar.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga  jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan keburukan lantas bersegera meninggalkannya .

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan p erhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau  pelihara daripada bahaya dan keburukan.

Amin..yaa Rabbal ‘Alaamin 

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF