Doa Al Waqiah
July 7, 2017 | Author: abdulfatah_usm | Category: N/A
Short Description
Download Doa Al Waqiah...
Description
Do’a sesudah membaca Surah Al-Waaqi’ah (1)
Allaahumma innii as-aluka bi haqqi suuratil Waaqiati wa asraarihaa an tuyassira li rizqii kamaa yassartahu li katsiirim min khalqika yaa Allaahu yaa rabbal –aalamiin. Allaahummarzuqnaa rizqam minas sama-i wal ardhi warzuqna wa anta khairur raaziqiin. Allahumma in kaana rizqunaa fis sama-a fa anzilhu wa in kaana rizqunaa ma-duuman fa jidhu wa in kaana rizqunaa –aasiran fa yassirhu lanaa wala tanqulnaa haitsu maa kaana bi fadl-lika wajuudika wa karamika bi rahmatika yaa arhamar raahimiin.
“Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.”
Do’a sesudah membaca Surah Al-Waaqi’ah(2)
Bismillahirrahmaanirrohim. Bimahmahuubin mahmahuubin dzii luthfin khafiyin bisha’sha’in sha’sha’in dziinnuuri walbahaa-i bisahsahuubin sahsahuubin dzii’l’izzi ‘sysyaamikh wal ‘azhamati wa’lkibri-yaa-I walqudrati wassulthaan. Allaahumma innii as-aluka biismika’lmurtafi’ alladzii a’thoitahu man syikta min auliyaa-ika wa-ahbaabika an tu’tiyanii rizqan min ‘indika tughnii bihi faqrii wataqoththo’u bihi ‘alaaiqi’sysyaithaani min qolbi innaka anta ‘ilhannaanu ‘lmannaanu ‘Iwahhaabu ‘rrozzaaqu ‘lfattaahu ‘lbaashithu ‘Ijawaadu ‘Ikaafii ‘lghaniyu ‘lmughni ‘Ikariimu ‘rrozzaaqu ‘Imu’thi ‘llathiifu’l waasi’u ‘sysyakuru dzulfadhli wanni’ami waljuudi wal karam. Allaahumma innii as-aluka bihaqqika wabihaqqi nabiyika wajuudika wakaromika wafadhlika wa-ih-saanika yaa shodiqal wa’di laa ilaaha illa anta subhaanaka innii kuntu minazhzhoolimiin. Allaahumma yassir lii birizqin halaalin thaiyibin ajib da’wati bihaqqi suurati’lwaaqi’ah wa bihaqqi’l ismil a’zham, wabihurmati saiyidinaa Muhammadin shalla’laahu ‘alaihi wa sallam wa ’alaa aalihi wa ashhaabihi ‘ththaiyibiina ‘ththaahirin wa bihaqqi faqjin makhmatin fattahin qodirin jaabirin mu’thi khairi ‘rroziqiin mughni’ibaa-isi’ifaqiir tauwaabi laa yuaakhiznaa biljaraa-im. Allaahumma yassir lii birizqii halaalin min ‘indika wa’ajjil bihi yaa dzaljalaali wal-ikraam yaa kaafi yaa kafiil birahmatika yaa arhama’rrohimiin, wa shalla’llohu ‘alaa saiyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihi wa ashhaabihi wa atbaa’ihi wa anshaarihi wa adzwajihi wa dzurriyaatihi wa ahli baitihi ajma’iin, subhaana rabb’ka rabbi’l’izzati ‘ammaa yashifuuna wa salaamun ‘alaa’lmursaliina walhamdu li’llaahi robbil ‘aalamiin. (Al-Fatihah) Aamiin aamiinaa yaa Allah, aamiinaa yaa ilaha’l’aalamiin. Allahumma in kaana rizqii fii’ssamaa-I fa-an-zilhi, wa inkaana fii’lardhi fa-akhrijhu, wa in kaana fii’lbahri fa athli’hu, wa in kaana ba’iidan faqarribhu, wa in kaana ghariiban fayassirhu, wa in kaana qolilan fakatstsirhu, wa in kaanaa katsiiran fahauwinhu wa baariklii fiihi warzuqnii min haitsu laa yahtasib rizqon, halaalan thoiyiban ghodoqan sahhan thobaqan mubaarokan fiihi laa yakuunu liahadin min khalqika ‘alaa fiihi minnah, waj’al yadaiya ‘ulyaa bil a’thaa wa laa taj’al yadaiya suflaa bil-isti’thaa innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir birohmaatika yaa arhama’rraahimiin, wa shallallaahu ‘alaa saiyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wassalam, da’waahum fiihaa salaam wa aakhiru da’waahum ani’lhamduli’llaahi rabbil ‘aalamiinn.
Ertinya: Demi kebesaran, keagungan dan kekuasaanMu Tuhan yang mempunyai Kekuasaan, Petunjuk dan Kerajaan. Ya Allah, aku memohon kepadaMu, demi namaMu yang Maha Tinggi, yang Engkau memberikan (rezeki kekayaan) kepada siapa sahaja yang Engkau sukai, dan wali-wali Mu dan kekasih-kekasih Mu, kiranya Engkau kurniailah aku rezeki dari sisi Mu yang dengan itu Engkau memberi kekayaan akan daku dan menjadikan pengaruh syaitan hilang dari hatiku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemberi, pemberi rezeki, Maha Pembuka (pintu rezeki), Maha Mengetahui, Maha Lemah Lembut, Tuhan Maha Pemberi cukup, Maha Kaya, Maha Mengkayakan, Maha Mulia, Maha Pemberi Kelapangan Rezeki. Tuhan yang Maha mempunyai kelebihan-kelebihan, Maha mempunyai kenikmatan, Maha Pemurah dan Maha Mulia. Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada Mu demi kebesaran Mu dan demi kebenaran Nabi Mu dan demi kemurahan Mu dan kemuliaan Mu dan demi kelebihan Mu serta kebaikan-kebaikanMu. Ya Tuhan yang benar pada janjiNya, tiada Tuhan yang lain, selain Engkau, Maha suci Engkau dan sesungguhnya aku adalah dari golongan yang zalim. Ya Allah, mudahkanlah bagiku beroleh rezeki dari yang halal-baik, perkenankanlah do’aku demi berkat Surah Al-Waqi’ah dan demi nama yang agung dan demi kebenaran junjungan kami Muhammad s.a.w., dan keluarga dan sahabat-sahabatnya yang baik-baik, suci dari (kedosaan) dan demi kekuasaan, kehebatan, ke Esa-an-Mu, Tuhan yang sebaik-baik pemberi rezeki, yang mengkayakan yang faqir Maha Pengampun, suka memberi kemaafan atas kesalahan hambaNya – mudahkanlah (ya Allah) segala urusanku, kurniailah aku rezeki yang halal, yang baik dan yang berkat, ya Tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Mulia, ya Tuhan yang Maha Mencukupkan dengan RahmatMu ya Tuhan yang Maha Pengasih, semoga Allah mencurahi kesejahteraan dan keselamatan ke atas junjungan kami Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya, juga atas pengikut dan pembantunya dan isteri-isterinya dan zuriatnya serta ahli rumahnya semua, Maha suci Tuhan Mu, Tuhan yang suci dari sebagaimana yang disifatkan orang-orang musyrik dan keselamatan atas semua Rasul-rasul, segala puja bagi Allah, tuhan seruan sekalian Alam. (Al-Fatihah) Ya Allah, perkenankanlah permohonanku ini, yaa Allah andainya rezekiku berada di langit, turunkanlah dia untukku, dan andainya rezekiku berada di bumi, keluarkanlah untukku, sekiranya rezekiku berada di lautan, naikanlah akan dia untukku, sekiranya rezekiku sedikit, mohonlah kiranya diperbanyak, dan andainya rezekiku banyak, mudahkanlah bagiku serta beri kekuatanlah bagiku (dalam membelanjakannya) dan kurniailah aku rezeki yang tidak terduga dari mana datangnya, rezeki yang halal yang baik, mengalir terus yang berkat dan tidak ada orang yang meninggini dan merasa iri kepadaku, seraya jadikanlah aku pemurah memberi dan jangan bakhil memberi kepada orang lain, Sesungguhnya Engkau (ya Allah) atas sesuatunya Maha Kuasa – demi RahmatMu ya Tuhan yang Maha Pemurah, dan maha Pengasih, semoga kesejahteraan dan keselamatan kiranya Allah mergurniai atas junjungan kami Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya dan sahabatnya semua. Do’a mereka (di syurga) “Maha Suci Allah dan kehormatan mereka “keselamatan” dan akhir do’a mereka “segala puja dan puji bagi Allah Tuhan seruan sekalian alam.
View more...
Comments