Definisi Teori Huraian Bahasa
September 27, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Short Description
Download Definisi Teori Huraian Bahasa...
Description
TEORI HURAIAN BAHASA
Aliran kajian tatabahasa yang terkenal terbahagi kepada empat iaitu Teori Tradisional, Teori Struktural, Teori Transformasi Generatif dan Teori Fungsional. Perbezaan pendapat setiap aliran ini bergantung bergantung kepada pengaruh yang diterima oleh aliran tersebut dan persamaan pula daripada segi istilah dan konsep yang digunakan kerana setiap aliran merupakan suatu kesinambungan.
Hu raian Teori Huraian Bahasa
Teori Tr Tradision adisional al (Panini)
Teori Struktural (Bloomfield)
Teori Tr TransformasiansformasiGeneratif (Chomsky)
RAJAH 2.0 : Teori Huraian Bahasa
Teori Fungsionalis (Halliday)
Nahu Tradisional (Panini)
Teori nahu tradisional ini dipelopori oleh Panini yang berasal dari India. Menurut teori ini, bahasa ialah ucapan buah fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara. Ia juga sangat mementingkan bahasa tulisan. Penutur juga adalah diwajibkan mematuhi peraturan dan sebarang kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Pengajaran pula banyak tertumpu kepada nahu terjemahan.
Teori ini wujud sejak abad kelima sebelum masihi. Ahli-ahli falsafah Yunani seperti Plato cuba menghuraikan bahasa dengan mengkaji bentuk-bentuk bahasa mereka sendiri berdasarkan bahan-bahan tulisan. Kajian-kajian mereka dibuat berdasarkan falsafah, kerana pada masa itu bahasa merupakan satu daripada cabang falsafah yang penting dan dianggap satu bidang yang dapat membantu mereka menyelidik tabii alam. Kegiatan orang-orang Yunani meliputi aspek-aspek tatabahasa yang terdapat ketika itu, contohnya penjenisan kata adverba, kata sendi, kata seru dan kata partikel. Kajian bahasa bentuk ini diteruskan oleh orang-orang Rom yang turut mengkaji bahasa lain selain bahasa mereka sendiri. Seterusnya sarjana-sarjana Arab juga menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah yang sama terhadap bahasa mereka iaitu bahasa Arab. Kajian yang serupa juga telah dijalankan oleh pendeta-pendeta India seperti Panini yang menghuraikan bahasa Sanskrit. Kajian dan penghuraian bahasa secara tradisional ini berlanjutan hingga ke abad pertengahan dan abad ke-19. Ahli-ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa struktur-struktur bahasa ialah hasil dar ipada ipada ‘reason’ dan bahasa di dunia ini ialah variasi daripada satu sistem yang berasaskan logik dan rasional yang sama. Kajian ahli-ahli bahasa tradisional mempunyai ciri-ciri seperti kajian-kajian bahasa dibuat berasaskan bahasa tulisan. Huraian tatabahasa bersifat rasional dan berasaskan anggapan bahawa disiplin-disiplin lain tiada kaitan dengan bahasa. Akibatnya huraian unsur-unsur bahasa tidak tetap. Contohnya: dalam tatabahasa bahasa Melayu, nama didefinisikan sebagai ‘segala
perkataan menyebut benda atau orang seperti budak, burung, kaki, tahun, bulan...’ (Za’ba, 1954). Huraian ini berbentuk ‘nasional’. Walau bagaimanapun apabila mendefinisikan ‘kata sifat’, definisinya berdasarkan fungsi pula iaitu ‘sifat ialah segala perkataan yang menerangkan
atau menunjukkan sifat sesuatu nama atau perbuatan atau lainnya, seperti besar, bodoh, pandai, segera dan selalu. (Za’ba, 1954). Selain itu, kajian bahasa dibuat secara deduktif, iaitu mengutamakan pemahaman peraturan-peraturan bahasa terlebih dahulu sebelum memberikan contoh-contoh. Mereka menganggap bahawa bahasa-bahasa di dunia dapat dihurai dengan berasaskan ciri-ciri sejagat seperti logik, falsafah dan sebagainya. Ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa semua bahasa di dunia merupakan variasi daripada bahasa Yunani dan Latin. Oleh itu, menurut mereka semua bahasa dapat dihurai berasaskan unsur-unsur yang sama. Terdapat beberapa kelemahan di dalam teori ini. Kelemahan-kelemahan yang dapat dikenalpasti ialah terlalu mengutamakan tindakan menghafaz peraturan-peraturan dalam tatabahasa dan penjenisan kata. Selain itu, guru juga mungkin terpengaruh dan terlalu menekankan aspek tatabahasa dalam pengajaran yang mana akan melahirkan pelajar yang cekap menganalisis ayat tetapi kurang mampu membina ayat-ayat yang sempurna dan gramatis. Tambahan lagi, analisis yang dilakukan secara nasional dengan anggapan bahawa kategori-kategori bahasa bersifat universal.
Struktural (Bloomfield)
Teori huraian bahasa struktural ini dipelopori oleh Edward Sapir, Bloomfield dan Leonard de Saussure yang muncul pada abad ke-20. Menurut teori ini, bahasa adalah bersifat sistematik
dan mempunyai tatabahasa tersendiri serta hidup dan sentiasa berubah-ubah. Bahasa juga dikatakan mempunyai satu sistem dan mempunyai peraturan. Selain itu bahasa bersifat arbitrari dan digunakan untuk perhubungan antara satu dengan lain. Teori ini Menumpukan kajian terhadap fonologi, morfologi dan sintaksis. Huraian bahasa juga dilakukan secara induktif iaitu dimulai dengan contoh kemudian diikuti pula dengan generalisasi dan tidak menentingkan makna serta analisis dibuat secara luaran sahaja.
Dikenali juga dengan aliran ‘taxonomic’ atau ‘bloomfeildian’. Muncul akibat bertentangan
dengan aliran tradisional hal ini disebabkan oleh tentangan utama ialah dasar nasional yang digunakan oleh aliran tradisional untuk membentuk kategori-kategori tatabahasa dan anggapan bahawa semua bahasa mempunyai kategori universal. Ahli-ahli bahasa struktural menumpukan pengkajian mereka untuk menghuraikan struktur bahasa. Mereka menganggap bahawa struktur bahasa merupakan kaitan antara fonem sebagai unit bunyi dengan fonem sebagai unit tatabahasa. Asas pengkajian mereka berlandaskan pernyataan bahawa ‘tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yang tersendiri’. Sementera itu, tugas utama mereka ialah mengkaji unsur -unsur bahasa sebagai
sebahagian daripada satu keseluruhan sistem bukan sebagai unsur yang berasingan. Bagi ahliahli bahasa struktural, ‘bahasa ialah satu sistem bunyi pertuturan yang a rbitrari untuk
menyatakan sesuatu objek, keadaan atau konsep yang digunakan untuk berkomunikasi. Sebagai rumusan dapat dikatakan bahawa mereka berpendapat bahasa merupakan satu sistem bunyi, bahasa juga bersifat arbitrari dan bahasa ialah alat perhubungan.
Ahli-ahli bahasa struktural membuat kajian huraian bahasa secara empirikal/saintifik. Setiap huraian yang dibuat berdasarkan contoh-contoh ujaran yang telah dikumpulkan melalui satu pemerhatian. Tegasnya, huraian bahasa adalah semata-mata berdasarkan fakta-fakta bahasa yang dapat diperhatikan. Oleh itu, penerangan tidak dibuat terhadap fakta-fakta yang tidak dapat dilihat. Jadi, pendekatan yang digunakan bagi menghuraikan bahasa ialah pendekatan induktif.
Oleh sebab ahli-ahli struktural berpendapat bahawa setiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yang tersendiri, maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat morfologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata itu dalam d alam struktur ayat. Aliran struktural mengkaji bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan. Data-data adalah daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan oleh penutur jati daripada bahasa yang hendak dikaji. Analisis struktural bersifat ‘sturcture centered’ iaitu setiap bunyi perkataan atau bahagian berdiri sendiri dan tidak mempunyai kepentingan linguistik. Setiap unsur tersebut menjadi penting apabila unsur-unsur itu bergabung dengan unsur-unsur lain dalam sesuatu pola sistem linguistik. Analisis tatabahasa bermula daripada bunyi dan diikuti oleh morfem, frasa, klausa dan ayat serta unsur-unsur supra segmental. Ayat akan dipecahkan mengikut konstituen-konstituennya (kedudukan). Konstituen yang paling kecil ialah perkataan, diikuti frasa, klausa, subjek dan predikat.
Pada peringkat sintaksis ahli-ahli bahasa struktural memberikan tumpuan pada perkembangan elemen-elemen dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan kemudian mengaitkan setiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Konstituen yang lebih besar dikaitkan pula dengan yang lain. Cara pembahagian ini dikenali sebagai analisis konstituen terdekat.
Transformasi Generatif (Choamsky)
Selepas aliran struktural, timbul pula satu aliran baru dalam tahun 1950-an iaitu aliran Transformasi Generatif. Pelopor aliran ini ialah Noam Chomsky dengan bukunya ‘Syntactic Structures’ (1957) dan ‘Aspects of the Theory of Syntax’ (1965).
Teori huraian bahasa Transformasi Generatif ini dipelopori oleh Noam Choamsky. Menurut teori ini, manusia sebenarnya dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Penutur natif dikatakan berkebolehan membentuk dan memahami peraturan yang baru dalam sesuatu bahasa. Berdasarkan daripada kebolehan ini seterusnya akan membentuk rumus-rumus bahasa secara transformasi yang lengkap. Penguasaan bahasa juga adalah berdasarkan penguasaan bahasa pertama terlebih dahulu. Ayat pula mempunyai struktur dalaman dan luaran. Menurut teori ini juga, bahasa dikatakan bersifat sejagat dan kreatif. Binaan ayat mempunyai hubungan erat dan menggunakan simbol-simbol tertentu untuk menganalisis setiap nahu. Analisis Teori Generatif bertujuan membentuk rumus-rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berdasarkan pengetahuan penutur natif sesuatu bahasa. Rumus-rumus yang disediakan itu akan membolehkan orang lain yang tidak tahu bahasa itu membentuk ayat-ayat dalam bahasa berkenaan. Rumus-rumus yang dimaksudkan itu ialah rumus-rumus struktur frasa dan rumus-rumus transformasi.
Berikut merupakan contoh ayat yang mengalami transformasi generatif :
Dia m a s i h d i k a m p u n g . Isterinya m a s i h d i k a m p u n g
Dia m a s i h d i k a m p u n g dan isterinya m a s i h d i k am a m p u n g Dia dan isterinya m a s i h d i k a m p u n g
Rajah pohonnya:
a.
A
KH
A1
S
FN
P
S
FS
FN
dan
dia
A2
P
FS
isterinya
masih
masih
di kampung
di kampung
b.
Transformasi A
pengguguran predikat frasa sendi nama
A1
KH
S
FN
P
S
FS
Ø
dia
A2
FN
dan
P
FS
isterinya
masih Ø= pengguguran
di kampung
c.
A
S P
FN
KH
FN
masih di kampung
dia
dan
isterinya
Berikut merupakan ciri-ciri teori ini yang mana ia berkaitan antara satu sama lain.
Menghuraikan ayat-ayat dengan menggunakan sistem rumus-rumus
Pengetahuan bahasa Pengetahuan merupakan satu fenomena mental.
Penutur dilahirkan dengan pengetahuan semula jadi berbahasa.
Terdapat dua peringkat struktur ayatt iaitu struktur dalaman dan aya struktur permukaan
Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.
RAJAH 2 : CIRI-CIRI TEORI TRANSFORMASI-GENERATIF
Kesimpulannya, teori yang dipelopori oleh Noam Chomsky bersetuju bahawa manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Penutur natif berkebolehan membentuk dan memahami pertuturan yang baru. Daripada kebolehan ini, akan terbentuklah rumus-rumus bahasa secara transformasi yang lengkap berdasarkan penutur natif. Chomsky dalam kajiannya juga mendapati bahawa penguasaan bahasa adalah berdasarkan bahasa pertama terlebih dahulu. Binaan ayat biasanya mempunyai hubungan erat antara elemen dan menggunakan simbol atau rumus untuk menganalisis nahu. Sesuatu binaan ayat dapat dihuraikan dengan memahami struktur luaran dan struktur dalaman.
Teori Fungsional (Halliday)
Teori ini berkembang dalam tahun 1960-an dan 70-an. Teori Fungsional ini dipelopori oleh Halliday dan Wilkins. Teori ini mengkaji tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika seseorang sedang berkomunikasi. Teori ini juga menganggap bahawa bahasa adalah sebagai alat perhubungan antara masyarakat dan sangat mementingkan aspek semantik iaitu makna kata. Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal. Penggunaan bahasa juga dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur tersebut. Teori ini turut memberi perhatian kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek yang ditekankan ialah perubahan yang berlaku pada bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.
Ahli-ahli bahasa fungsional iaitu Halliday dan Wilkins, bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi struktur malahan mereka memberikan perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Tegasnya, kajian bahasa bukan semata-mata tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa bahkan juga terhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi. Ahli-ahli bahasa fungsional mempunyai anggapan tertentu tentang bahasa, antara lainnya ialah sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi bukan merupakan satu sistem yang tertutup dan statik sebaliknya terbuka dan dinamis. Mereka juga beranggapan asas elemen-elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya hubungan sintaksis. Oleh sebab bahasa tidak statik, maka terdapat variasi dalam penggunaan bahasa. Variasi bahasa ini timbul disebabkan tuntutan sesuatu situasi sosial. Tambahan lagi, mereka juga menganggap bahasa sebagai alat perhubungan yang mana fungsi bahasa bukan setakat untuk menggambarkan fikiran tetapi juga dapat menggambarkan penuturnya.
Teori Pembelajaran Fungsionalis (Halliday)
i.
Model baha ahasa yan yang g sesu sesua ai
Mendapat interpretasi fungsional kepada perkembangan bahasa awal kanak-kanak.
ii.
Teori Fungsionalis
Bahasa berkeupayaan
Asas fungsi bahasa
Fungsi perkembangan bahasa kanak-kanak dalam
menyampaikan maklumat
Membantu menguasai fungsi bahasa
menguasai
pembelajaran
tentang
bahasa
pengajaran daripada
dan penjaga
(individu yang paling dekat) sebagai model
penuturnya.
komunikasi. iii. iii.
Baha Bahasa sa dala dalam mp per ers sep epsi si sosi sosial al Pada peringkat awal – memindahkan budaya
dari 1 generasi ke generasi yang lain melalui beberapa
jenis
konteks
social
seperti
interaksi ibu dan anak. iv.. iv
Fung Fungsi si sem seman anti tik k dan dan lin lingu guiist stik ik
Pengajaran bahasa: memberi pengetahuan tentang prinsip struktur bahasa.
Merangkumi
bidang
tatabahasa
seperti
fonologi, morfologi, sintaksis, semantic dan laras bahasa.
Bagi memantapkan kefahaman tentang fungsi serta anggapan ahli-ahli bahasa fungsional, rajah 4 memfokuskan kepada huraiannya yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa
Fungsi
Anggapan ahli-ahli Bahasa fungsional
Model bahasa yang sesuai
Dapat
memberikan
interpretasi
fungsional
kepada
perkembangan bahasa awal kanak-kanak Asas fungsi bahasa
Fungsi perkembangan bahasa kanak-kanak dalam menguasai aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa daripada penjaga (orang yang paling hampir) sebagai model komunikasi
Bahasa dalam persepsi sosial
Penggunaan bahasa dalam konteks berkaitan dilakukan berdasarkan arah sosial dan perubahan sosial yang berlaku
Fungsi semantik dan linguistik
Pengajaran
bahasa
membantu
pelajar
mengaplikasikan
pengetahuan mereka merangkumi bidang tatabahasa iatu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan laras bahasa dalam kehidupan seharian dan dalam pelbagai situasi sosial
RAJAH 4 : FUNGSI DAN ANGGAPAN AHLI-AHLI BAHASA FUNGSIONAL
Rumusan teori ini ialah bahasa dikatakan sebagai satu fungsi kerana bahasa merupakan alat komunikasi yang menghubungkan individu antara satu sama lain. Ianya boleh menyampaikan maklumat yang dapat memberi faedah kepada penuturnya. Tambahan lagi, dalam pembelajaran bahasa dikatakan dapat memberi pengetahuan tentang penggunaan tatabahasa yang betul sama ada dalam pertuturan mahupun dalam penulisan. Kanak-kanak perlu
didedahkan
dengan
penggunaan
bahasa
mengaplikasikannya dalam pertuturan seharian.
yang
betul
agar
mereka
dapat
View more...
Comments