Definisi Perancangan Pengajaran Dan Kepentingan Perancangan Pengajaran

October 2, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Definisi Perancangan Pengajaran Dan Kepentingan Perancangan Pengajaran...

Description

 

Definisi Perancangan Pengajaran dan Kepentingan Perancangan Pengajaran Guru perlu membuat perancangan bagi sesi pengajarannya. Menurut Burden & Byrd (1999), perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran. Proses guru membuat keputusan tentang cara memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran yang dapat memaksimumkan pencapaian serta kepuasaan guru dan juga pelajar (Cruickshank, 1995). Menurut Esah Sulaiman (2004), perancangan pengajaran merupakan keputusan yang harus dibuat oleh guru mengenai perkara yang hendak diajar dan bagaimana untuk diajarkan supaya dapat difahami pelajar. Rancangan pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah atau makmal dalam satu jangka masa tertentu.

Kepentingan Perancangan Pengajaran Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberi kesan yang y ang positif kepada pembelajaran pelajar. Melalui perancangan pengajaran yang teliti, guru dapat menentukan jarak, urutan dan penekanan kepada isi setiap pelajaran. Topik  – topik yang penting dalam peperiksaan akan diberikan keutamaan oleh guru dan diberi penerangan dengan lebih teliti.

Perancangan juga akan memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran guru sepanjang setahun memberi kesan yang bermakna kepada guru dan pelajar. Ini dapat memberi panduan kepada guru agar dapat menggunakan masa yang diperuntukkan dengan lebih teratur. Menyusun atur masa dengan tepat juga dapat memastikan sukatan pelajaran dihabiskan pada masa yang telah ditetapkan mengikut perancangan.

Melalui perancangan pengajaran, guru juga dapat menyediakan bahan  – bahan pengajaran yang bersesuaian dengan isi pelajaran mengikut minat dan kebolehan k ebolehan pelajar. Isi kandungan dan bahan yang hendak disampaikan perlu lengkap dan menepati kehendak sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selain itu, guru juga dapat menentukan strategi pendidikan, pemulihan dan pengajaran secara tersusun dan bersistem. Melalui perancangan pengajaran, objektif pengajaran dapat dicapai. Guru mengetahui sasaran yang ingin dituju dalam setiap subjek yang ingin diajar. Berikut adalah kepentingan-kepentingan Rancangan Pengajaran Harian :-

 

Menentukan serta memastikan memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran pembelajaran tercapai. Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar. Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajarkan. Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa m asa yang diperuntukkan.

Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki. Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem. Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.Mengehadkan skop yang akan diajar diaj ar dalam sesuatu jangka waktu. Membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF