Dasar Laissez

July 22, 2017 | Author: Lethchumy Segar | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Dasar Laissez...

Description

SOALAN 2 Dasar laissez-faire Inggeris dalam pendidikan sebelum merdeka telah memberi kesan kepada ketidakseragaman sistem pendidikan di Malaysia. Jelaskan berserta contoh kesan – kesan tersebut.

Amalan dan dasar pendidikan negara pada zaman penjajah adalah sangat berbeza. Peluang untuk bersekolah juga didapati tidak seimbang kerana kerajaan British tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu “pecah dan perintah” serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernakular yang juga merupakan laissez-faire. Kerajaan British telah mengamalkan dasar laissez-faire dalam bidang pendidikan yang telah menyebabkan wujudnya lima jenis persekolahan dalam zaman pemerintahan British. Jenis – jenis persekolahan tersebut ialah Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular Tamil, Sekolah Vernakular Inggeris, Sekolah Agama Madrasah. Tiap – tiap sosial persekolahan itu dibiarkan

berkembang

mengikut

haluan

sendiri.

Kesan daripada sosial persekolahan yang berbeza-beza pada zaman pemerintahan Inggeris ini telah menimbulkan situasi rumit dalam usaha keseragaman dan integrasi nasional. Kewujudan vernakularisme dalam pendidikan zaman British juga telah menyebabkan jurang ekonomi dan sosial semakin ketara di kalangan penduduk tanah Melayu pada masa itu. Pelajar daripada sekolah – sekolah tersebut mempunyai nilai ekonomi dan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan pelajar lepasan sekolah Vernakular Melayu, Cina dan Tamil. Kerajaan British langsung tidak berhasrat memajukan bidang pendidikan semasa memerintah tanah Melayu kerana beranggapan pendidikan untuk kaum Melayu khususnya tidak mendatangkan faedah, sebaliknya kewujudan berpendidikan akan menimbulkan

kesedaran

bagi

mereka

untuk

menentang

kerajaan.

Sistem pendidikan Inggeris ini memberi gambaran bahawa pemerintahan colonial

tidak

berminat

membangunkan

rakyat

melalui

sistem

pendidikan.

Persefahaman dan perpaduan tidak dianggap penting untuk dipupuk menerusi pendidikan Inggeris yang mengabaikan soal pendidikan yang tunggal yang dapat mendidik dan menyatukan anak – anak daripada semua kaum di tanah Melayu. Kewujudan sistem pendidikan dalam zaman Inggeris ini telah mewujudkan polarisasi di Tanah Melayu. Faktor seperti politik,ekonomi, sosiobudaya dan agama pula telah merangsang lagi isu polarisasi di Tanah Melayu khususnya disebabkan oleh sistem pendidikan British yang telah di amalkan. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan dikalangan penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang sumbang ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka. Dasar laissez adalah dasar yang mengandungi banyak autonomi, lebih kepada keputusan sendiri, tidak ada sebarang penyeliaan, tidak dapat menetapkan matlamat, kekurangan interaksi serta pengurusan yang lemah. Ketua memberi kebebasan sepenuhnya kepada ahli untuk membuat keputusan. Tambahan pula, ketua tidak membuat penilaian, tidak memberi pujian, kritikan, idea dan nasihat kecuali diminta oleh ahli. Ketua juga tidak menentukan tugas dan tanggungjawab ahli. Ketua tidak menekankan prestasi, pencapaian dan kecemerlangan ahli. Selain itu, ketua memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada ahli dan kadangkala ahli mengambil tugas ketua. Kesan daripada dasar tersebut, wujud masalah disiplin, kualiti kerja sangat kurang. Kadar motivasi kendiri adalah sangat rendah. Interaksi antara ketua dan ahli bebas atau tidak ada sempadan langsung. Selain itu, berlaku semangat kekitaan sangat yang rendah.

Peta minda

Peluang untuk bersekolah juga didapati tidak seimbang kerana kerajaan british tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. • Lima jenis persekolahan dalam zaman pemerintahan british. Jenis – jenis persekolahan tersebut ialah sekolah vernakular melayu, sekolah vernakular cina, sekolah vernakular tamil, sekolah vernakular inggeris, sekolah agama madrasah Vernakularisme menimbulkan situasi rumit dalam usaha keseragaman dan integrasi nasional. • Mempunyai nilai ekonomi dan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan pelajar lepasan sekolah vernakular melayu, cina dan tamil. Menimbulkan kesedaran bagi mereka untuk menentang kerajaan. • Kerajaan british langsung tidak berhasrat memajukan bidang pendidikan semasa memerintah tanah melayu kerana beranggapan pendidikan untuk kaum melayu khususnya tidak mendatangkan faedah Tidak berminat membangunkan rakyat melalui sistem pendidikan • Persefahaman dan perpaduan tidak dianggap penting untuk dipupuk menerusi pendidikan inggeris Telah mewujudkan polarisasi di tanah melayu • .Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat kebangsaan dikalangan penduduk yang berbilang kaum. • Orientasi pendidikan yang sumbang ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka. Wujud masalah disiplin, kualiti kerja sangat kurang. Kadar motivasi kendiri adalah sangat rendah • Kadar motivasi kendiri adalah sangat rendah. Interaksi antara ketua dan ahli bebas atau tidak ada sempadan langsung. Selain itu, berlaku semangat kekitaan sangat yang rendah

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF