Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom

February 11, 2017 | Author: armandajinggo | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom...

Description

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

1

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Buku ini diberikan PERCUMA kepada anda: i)

Saya mohon kepada anda, selepas membaca Ebook ini, anda dapat menyebarkan Ebook ini kepada orang lain melalui Facebook anda JIKA ANDA BERPUAS HATI DENGAN KUALITI BUKU INI. ---------------------------------------------------------Salin & Tampal ke Facebook Anda Ayat Selepas Ini ----------------------------------------------------------Saya baru sahaja muat turun Ebook Percuma, "Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom". Ebook ini mengisahkan pengalaman hidup seorang anak kampong yang kurang cemerlang dalam pelajarannya di sekolah rendah, kemudian bangkit semula dan terus berusaha sehingga akhirnya beliau menjadi pelajar terbaik di University of Sheffield, United Kingdom. Ebook ini ditulis dalam bentuk cerita. Penceritaan dari kehidupan penulis di sekolah rendah, kemudian ke SMKA Al Mashoor (L) sebelum ke MRSM Taiping. Kemudian penulis menceritakan kehidupan beliau semasa belajar di Kolej Mara Banting sebelum ke United Kingdom. Ebook ini setebal 68 muka surat dan boleh di download secara PERCUMA. Kalau anda berminat muat turun, anda boleh dapatkannya di : www.pelajarcemerlang.com Semoga bermanfaat. -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------Itu Sahaja Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Mendapakan Ebook Hebat Ini Secara PERCUMA !!!! ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buku ini HALAL CETAK ROMPAK. Anda boleh sebarkan EBOOK ini kepada sahabat dan saudara mara anda yang lain, semoga semakin ramai yang mendapat manfaat daripadanya. Namun, anda tidak boleh menukar sebarang perkataan dalam Ebook ini untuk tujuan penghasilan Ebook lain seumpama ini.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

2

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Buku Ini Saya Dedikasikan Khas Kepada Kedua Ibu Bapa Saya, Tuan Haji Mat Saad Bin Hassan Dan Hajjah Hasenah Binti Embi, Isteri Saya Yang Tercinta Kam Maria Binti Abdul Mutalib, Anak-Anak Saya Yang Dikasihi, Muhammad Farees & Muhammad Fateh Serta Semua Guru Yang Pernah Mendidik Saya Sejak Saya Kecil Sehinggalah Saya Dewasa.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

3

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

ISI KANDUNGAN CATATAN PENGARANG ..........................................................................................7 MENGAPA SAYA TULIS BUKU INI ...........................................................................9 BAB 1 : LATAR BELAKANG KELUARGA ..................................................................15 BAB 2 : MENITI ALAM PERSEKOLAHAN ................................................................20 BAB 3 : TURNING POINT DI SMKA AL-MASHOOR ................................................22 BAB 4 : MRSM TAIPING - SENTIASA DI HATIKU ...................................................29 BAB 5 : KOLEJ MARA BANTING – PAHIT AKAN MANIS AKHIRNYA.......................32 BAB 6 : SEINDAH SALJU DI BUMI SHEFFIELD ........................................................38 BAB 7 : JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN ...............................................44 BAB 8 : KOMITMEN TERHADAP PELAJARAN ........................................................49 PENUTUP ..............................................................................................................51

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

4

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

CATATAN PENGARANG Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam kerana dengan limpah dan rahmatnya, saya dapat menyiapkan 3 buah buku secara serentak iaitu Buku Pertama ‘Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom’, Buku Kedua ‘Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang’ dan Buku Ketiga ‘Rahsia Pelajar Luar Biasa’. Buku-buku ini saya dedikasikan khas buat anak-anak saya yang masih kecil, Muhammad Farees dan Muhammad Fateh. Saya mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan bagi menulis buku ini. Saya bukanlah insan yang layak untuk menulis semua perkongsian ini. Masih ramai lagi di luar sana yang jauh lebih hebat dan lebih berjaya daripada saya dalam pelajaran mereka. Namun, saya rasakan pengalaman saya ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi inspirasi kepada anak muda di luar sana yang masih bergelar pelajar. Semasa saya menulis buku ini, saya berusia 32 tahun. Saya perlu menggunakan ruang dan kesempatan yang diberikan Allah ini untuk berkongsi dengan para pembaca segala pengalaman yang telah saya lalui sepanjang kehidupan saya bergelar pelajar. Apa yang saya tulis di dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman hidup saya sepenuhnya. Kisah bagaimana saya belajar daripada saya kecil sehinggalah saya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kemudian pulang ke Malaysia dan bekerja sebagai seorang jurutera, dan kini menjadi seorang usahawan yang berjaya. Apa yang lebih penting, melalui buku ini saya kongsikan bagaimana saya belajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang menurut perspektif yang diajar Islam.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

5

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Saya rasa, pengalaman ini perlu diabadikan di dalam buku ini agar anda semua dapat mengetahui bahawa bukan mudah untuk berjaya dalam pelajaran. Ia perlu dibayar dengan harga yang mahal. Tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Akhir sekali, saya berharap agar satu hari nanti, akan ada di kalangan anda yang membaca buku ini akan menjadi seorang pelajar yang berjaya, yang dihormati, yang disegani dan yang lebih penting menjadi seorang insan yang bertakwa. Selamat membaca, semoga ia terus memberi manfaat kepada anda semua. Saya doakan anda semua menjadi insan yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Wassalam. Mohd Firdaus Bin Mat Saad Parit Buntar, Perak 6 Jun 2013 / 27 Rejab 1434H www.mariafirdaus.com.my

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

6

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

MENGAPA SAYA TULIS BUKU INI Alhamdulillah, saya amat bersyukur kepada Allah atas semua kejayaan yang saya kecapi sepanjang kehidupan saya bergelar seorang pelajar. Di mana sahaja saya belajar, saya selalu menjadi antara pelajar yang ‘terkehadapan’. Sepanjang kehidupan bergelar pelajar, terlalu banyak pengalaman pahit manis yang telah saya lalui. Saya pernah jatuh, kemudian saya bangun semula. Alhamdulillah, berkat usaha dan kerja keras saya, saya berjaya dan terus berjaya. Selepas itu, saya terus mengorak langkah untuk maju ke hadapan. Saya tidak menoleh ke belakang lagi. Saya sudah tahu rahsia bagaimana untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya, saya hanya amalkan apa yang saya tahu. Keputusannya, amat memberangsangkan. Alhamdulillah, hari ini saya sudah pun berjaya. Namun, di lubuk hati saya, saya terasa ‘berdosa’. Ini kerana guru saya ada memberitahu, ‘berdosa’ jika saya mempunyai sesuatu atau tahu sesuatu perkara yang baik, tapi saya simpan seorang diri. Saya rasa bersalah. Saya tidak pernah berkongsi segala pengalaman yang saya miliki ini dengan orang lain. Mengapa saya hanya berjaya seorang diri? Apa salahnya kalau saya sudah berjaya, lepas itu saya bantu lahirkan 1000 lagi orang yang berjaya seperti saya? Banyak pahalanya tu!

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

7

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET Saya rasakan, jika saya berkongsi pengalaman saya, tentu orang lain boleh tahu macam mana mahu berjaya dengan lebih mudah. Jadi, tentu lebih baik jika kejayaan yang telah saya kecapi itu menjadi inspirasi kepada orang lain untuk turut sama berjaya. Pada masa yang sama, saya ada terdengar ceramah yang disampaikan oleh Prof Muhaya di IKIM FM berkaitan ‘Pencen Kubur’. Hidup di dunia ini, saya perlu selalu ‘memberi’. Segala ilmu yang saya beri dan kemudian diamalkan oleh orang lain, ia akan menjadi ‘pencen kubur’ saya ‘di sana’ nanti. Selepas itu, terdetiklah di hati saya untuk mula berkongsi pengalaman bagaimana saya menjadi seorang pelajar yang cemerlang dahulu. Saya perlu berkongsi. Saya perlu ajarkan ilmu ini kepada orang lain. Saya tidak boleh berlengah lagi, saya mesti sebarkan ilmu ini. Saya sedar dalam hidup ini, saya perlu banyak memberi. Lagi banyak saya beri, lagi banyak yang saya akan dapat. Insya Allah.

INISIATIF SENDIRI Saya mula berhubung kembali dengan guru-guru yang pernah mengajar saya ketika belajar di MRSM dahulu. Saya memaklumkan kepada mereka yang saya mahu memberikan ceramah motivasi kepada para pelajar. Saya mahu berkongsi dengan mereka rahsia bagaimana saya berjaya dalam pelajaran. Alhamdulillah, guru-guru yang pernah mengajar saya dahulu menerima tawaran saya ini dengan hati yang terbuka. Saya mula memberi ceramah motivasi di sekolah-sekolah. Kemudian, saya mula menerima jemputan daripada sekolah di sekitar Parit Buntar. Saya mula berkongsi rahsia kejayaan saya dengan para pelajar di MRSM Taiping dan MRSM Kepala Batas. Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

8

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Guru-guru dan para pelajar yang mendengar ceramah motivasi saya memberikan maklumbalas yang positif dan berasa teruja dengan cara penyampaian saya. Sebenarnya saya lebih banyak berkongsi pengalaman sebenar sebagai pelajar. Apa yang pernah saya lakukan dahulu semasa belajar. Sebab itulah, apa yang saya sampaikan mudah terkesan di hati pelajar. Satu perkara yang dapat saya rasakan, di mana sahaja saya berkongsi pengalaman sebagai pelajar, ramai pelajar yang teruja. Mereka berasa bertuah didedahkan dengan teknik belajar yang berkesan dan sudah terbukti berjaya. Mereka seronok apabila saya dedahkan kepada mereka Rahsia Pelajar Luar Biasa. Saya terus menerima jemputan untuk memberi ceramah motivasi di MRSM Merbok, MRSM Johor Bahru, MRSM Kulim, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Malaysia Kelantan dan beberapa sekolah harian biasa. Di kebanyakan program motivasi yang saya berikan, akan ada pelajar yang menangis. Hati mereka tersentuh. Saya kongsi dengan mereka kisah kegagalan yang pernah saya hadapi. Betapa susahnya saya ketika itu, kemudian saya kongsi dengan mereka bagaimana saya bangun kembali. Selepas mendengar ceramah motivasi yang saya berikan, ramai dikalangan pelajar yang menghubungi saya kembali melalui Facebook. Mereka ucapkan jutaan terima kasih atas perkongsian yang telah saya berikan. Mereka teruja dan semakin bersemangat untuk menggunakan teknik yang saya kongsikan dengan mereka. Mereka mahu berjaya seperti mana saya pernah berjaya. Selepas itu, saya mula sedar betapa pentingnya untuk saya membantu lebih ramai pelajar lain. Kalau boleh, saya mahu memberi inspirasi kepada seluruh pelajar di Malaysia. Malangnya, saya tak mampu melakukan kerja-kerja ini.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

9

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Saya bukanlah seorang pakar motivasi. Saya adalah seorang usahawan. Saya teramat sibuk dalam menguruskan perniagaan saya. Saya tidak berkesempatan untuk memberi ceramah motivasi dengan terlalu kerap di sana sini. Alhamdulillah, akhirnya Allah ilhamkan saya untuk menterjemahkan segala pengalaman hidup saya sebagai seorang pelajar yang cemerlang dalam bentuk penulisan. Semua perkongsian yang saya berikan semasa memberi ceramah motivasi, perkara yang sama saya tulis di dalam buku ini. Saya yakin, dengan cara ini lebih ramai pelajar yang akan mendapat manfaat dan inspirasi daripada kisah kejayaan yang pernah saya lalui. Di dalam buku yang pertama, “Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom” saya akan berkongsi dengan anda pengalaman hidup saya sebagai seorang pelajar. Bermula dari keputusan yang kurang cemerlang ketika di sekolah rendah sehinggalah saya menjadi pelajar terbaik di universiti. Saya juga turut berkongsi dengan anda pengalaman hidup saya belajar di luar negara. Insya Allah, selepas anda membaca pengalaman saya ini, anda pasti akan berasa teruja untuk belajar bersungguh-sungguh. Anda juga pasti mahu belajar di luar negara. Di dalam buku yang kedua, “Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang” saya berkongsi dengan anda teknik belajar berkesan yang telah diajar oleh abang-abang saya semasa saya belajar dahulu. Teknik inilah yang mereka telah amalkan semasa mereka belajar. Akhirnya, mereka telah berjaya menjadi pelajar cemerlang di universiti masing-masing. Saya turut menggunakan teknik yang sama bermula dari Tingkatan 1 sehinggalah ke universiti. Ternyata teknik-teknik ini amat berkesan sehingga saya mencapai keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan saya.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

10

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Di dalam buku “Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang” juga, saya berkongsi sifatsifat yang wajib ada pada seorang pelajar untuk menjadi pelajar cemerlang. Apa yang lebih penting, saya akan kongsikan dengan anda bagaimana untuk menjadi seorang manusia yang berjaya. Berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Di dalam buku yang ketiga, saya berkongsi dengan anda “Rahsia Pelajar Luar Biasa”. Insya Allah, jika anda mengetahui ilmu-ilmu ini dan kemudian anda beramal dengannya, hidup anda akan mula berubah. Anda akan hidup sebagai seorang pelajar yang luar biasa. Bukan lagi pelajar yang ‘biasa-biasa’. Ramai pelajar yang telah mendengar ceramah motivasi “Rahsia Pelajar Luar Biasa” saya, teruja dengan rahsia-rahsia ini. Ada yang mengalirkan air mata mendengarnya. Mereka baru tahu inilah rahsia untuk berjaya sebagai pelajar luar biasa. Mereka berasa seolah-olah mendapat semangat baru selepas mengetahui rahsia ini. Alhamdulillah, hari ini semua rahsia ini dinukilkan dalam bentuk penulisan bagi membolehkan lebih ramai pelajar yang mendapat manfaatnya. Selepas membaca buku ketiga-tiga buku ini, saya yakin anda akan terinspirasi dengan kisah kejayaan saya. Anda akan mula mengetahui teknik pembelajaran yang mudah dan berkesan. Anda akan berasa teruja untuk belajar di luar negara. Kemudian, akan timbul kesedaran dalam diri anda untuk menjadi seorang manusia yang berjaya. Bukan sahaja berjaya di dunia, tetapi juga berjaya di akhirat. Hari ini saya sudah pun berjaya, sekarang saya mahu anda pula yang berjaya. Saya mahu anak bangsa saya hari ini maju ke hadapan. Orang Melayu tak boleh ketinggalan. Saya mahu anak bangsa saya berjaya dalam kehidupan mereka. Saya mahu anda tahu, untuk berjaya, anda hanya perlu melakukan perkara yang sama yang telah dilakukan oleh orang lain yang telah terbukti berjaya.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

11

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Insya Allah, jika anda menggunakan teknik yang sama seperti yang saya gunakan dahulu. Anda akan berjaya sama seperti saya. Hayatilah perjalanan hidup saya menjadi pelajar cemerlang. Anda akan saksikan, bagaimana saya menjadi pelajar terbaik di University of Sheffield. Apa rahsianya untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Harapan saya, agar anda yang membaca buku ini akan terinspirasi dengan kisah kejayaan yang telah saya capai. Saya mahu anda tahu, bukan senang untuk berjaya. Saya bekerja keras dahulu untuk berjaya. Kejayaan memerlukan pengorbanan. Saya doakan, anda yang membaca buku ini akan dapat mengamalkan segala ilmu dan rahsia yang saya kongsikan. Semoga satu hari nanti, anda akan berjaya. Berjaya dalam kehidupan di dunia dan berjaya dalam kehidupan di akhirat. Selamat Membaca!

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

12

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

BAB 1 : LATAR BELAKANG KELUARGA Nama penuh saya Mohd Firdaus Bin Mat Saad. Saya dilahirkan pada 6 Jun 1981 dan dibesarkan di sebuah perkampungan di Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak. Saya berasal dari keluarga yang sederhana. Dahulu, ayah saya bekerja sebagai seorang Pembantu Tadbir di sekolah dan emak saya pula merupakan seorang Pembantu Jururawat. Saya merupakan anak yang ke-3 daripada 5 orang adik-beradik, 4 lelaki dan 1 perempuan. Abang saya yang sulung bernama Norafizal Mat Saad (Abang Jan) dan yang kedua bernama Arman Zaharil Mat Saad (Abang Arman). Kakak saya yang ketiga bernama Hani Azura (beliau meninggal dunia pada tahun 2012 akibat penyakit barah). Saya mempunyai seorang adik iaitu Mohd Dzuha Mat Saad (Dzuha). Kami semua dibesarkan dalam suasana kampung. Pada waktu itu, keadaan persekitaran tempat tinggal kami tidak begitu menekankan kecemerlangan akademik. Semua anak-anak kampung lebih gemar untuk bermain berbanding untuk belajar. Walau bagaimana pun, kami bersyukur kerana sejak dari kecil lagi, emak dan abah sering mengambil berat hal pelajaran kami semua. Mereka mendorong kami untuk belajar bersungguh-sungguh. Mereka memberi semangat kepada kami untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Alhamdulillah, berkat doa daripada emak dan abah, serta usaha keras kami semua, empat daripada adik-beradik saya berjaya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Abang Jan dan Dzuha telah mendapat biasiswa daripada Petronas. Abang Arman dan saya pula mendapat biasiswa daripada MARA. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kami semua.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

13

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

ABANG JAN – MENTOR UTAMA Abang Jan merupakan anak sulung dalam keluarga. Sejak di bangku sekolah rendah lagi, emak dan abah tak putus-putus memberikan dorongan dan kata-kata semangat untuk Abang Jan berjaya dalam pelajaran. Bagi emak, kejayaan Abang Jan dalam pelajaran amat penting kerana ia akan menjadi pembakar semangat untuk kami adik-beradik yang lain. Jika yang sulung berjaya, Insya Allah adik-adiknya akan lebih termotivasi untuk berjaya. Sejak di sekolah rendah lagi, Abang Jan telah belajar bersungguh-sungguh. Alhamdulillah, semasa peperiksaan Penilaian Darjah 5 pada tahun 1983 (sama dengan UPSR sekarang), beliau berjaya mendapat gred A dalam semua mata pelajaran (5A). Selepas tamat persekolahan di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat Nibong Tebal, Abang Jan meneruskan pengajian di Sekolah Tun Syed Syeh Shahabudin (STSSS). Sebuah sekolah berasrama penuh di Bukit Mertajam. Abang Jan belajar di situ sehingga Tingkatan 5. Saya masih ingat, jika emak dan abah berkelapangan, kami akan melawat Abang Jan di sekolahnya. Setiap kali kami melawat Abang Jan, emak dan abah akan menasihatkan kami untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat masuk ke sekolah berasrama penuh seperti Abang Jan. Walau pun ketika itu saya masih kecil, saya sudah rasa bersemangat untuk masuk ke sekolah berasrama penuh macam abang saya juga. Setiap tahun di STSSS, Abang Jan menerima hadiah Pelajar Cemerlang di Majlis Penyampaian Hadiah sekolah. Malah, beliau juga terpilih sebagai Ketua Pelajar dan Pelajar Terbaik Keseluruhan semasa di Tingkatan 5. Sebagai adik, saya berasa bangga memiliki seorang abang yang hebat. Saya menanam impian agar satu hari nanti saya akan berjaya seperti abang saya juga. Alhamdulillah, Abang Jan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan mendapat tawaran biasiswa Petronas untuk melanjutkan Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

14

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

pelajaran di United Kingdom. Abang Jan ditawarkan untuk membuat A-Level di Maktab Sains MARA, Cheras Kuala Lumpur pada waktu itu. Setelah dua tahun membuat A-Level di sana, pada tahun 1992 Abang Jan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke University of Manchester Institute of Science and Technology di Manchester, United Kingdom dalam bidang Electrical and Electronic Engineering. Di United Kingdom, beliau merupakan seorang yang aktif berpersatuan, dan dipilih sebagai Presiden Malaysian Students Society di situ. Dalam bidang akademik, beliau amat cemerlang. Beliau memperoleh First Class Honours dalam peperiksaan akhir tahun. Selepas pulang dari United Kingdom, beliau terus berkhidmat dengan sebuah syarikat minyak dan gas yang terkemuka di Malaysia. Sepanjang kerjayanya bersama syarikat minyak dan gas ini, Abang Jan telah merantau dan bertugas di banyak negara, antaranya Myanmar, Sudan, Turkmenistan, Indonesia, dan lain-lain lagi. Hari ini, Abang Jan hidup selesa di Shah Alam bersama keluarga yang tercinta.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

15

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

ABANG ARMAN Abang Arman merupakan abang saya yang kedua. Sejak dari sekolah rendah lagi, beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Beliau memperoleh gred A dalam semua matapelajaran (4A) dalam peperiksaan UPSR dan meneruskan tradisi kecemerlangan seperti yang dicapai oleh Abang Jan. Atas kecemerlangannya itu, Abang Arman terus ditawarkan untuk belajar di MRSM Taiping dari Tingkatan 1 sehingga ke Tingkatan 5. Kejayaan abang sulung, Abang Jan dalam peperiksaan SPM dan berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara memberi inspirasi kepada Abang Arman untuk turut sama berjaya. Saya ada beberapa kali melawat abang saya di MRSM Taiping. Bagi saya, MRSM Taiping sebuah sekolah yang sangat cantik. Walaupun saya masih kecil, saya telah memasang impian agar satu hari nanti saya juga dapat bersekolah di situ. Di MRSM Taiping, Abang Arman belajar bersungguh-sungguh. Alhamdulillah, beliau memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Pada tahun 1993, beliau terus ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat A-Level di Dublin, Ireland. Selepas itu, beliau terus mengambil bidang Ijazah Sarjana Perubatan di Trinity College, Dublin Ireland. Selepas 5 tahun di sana, beliau berjaya memegang ijazah kedoktoran. Beliau mengambil peluang untuk bekerja sebagai seorang doktor untuk mencari pengalaman bekerja di sana. Selepas beberapa tahun beliau berkhidmat di Republic of Ireland, beliau kembali ke Malaysia pada tahun 2005. Hari ini, beliau berkerja sebagai Konsultan Pakar Pembedahan Plastik di sebuah hospital universiti di Pantai Timur Malaysia.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

16

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

DZUHA - ADIK BONGSU Adik saya, Mohd Dzuha berusia dua tahun lebih muda daripada saya. Semasa di sekolah rendah, beliau juga merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Dalam Peperiksaan UPSR, beliau memperoleh gred A dalam semua matapelajaran (4A). Beliau terus ditawarkan untuk belajar di MRSM Gerik, Perak. Di MRSM Gerik, beliau merupakan seorang yang aktif. Beliau mewakili maktab dalam pertandingan perbahasan. Beliau juga merupakan Presiden Badan Wakil Pelajar di sana. Semasa di Tingkatan 3, sekali lagi beliau memperoleh gred A dalam semua matapelajaran (8A) dan terus ditawarkan untuk belajar di MRSM Taiping, Perak. Alhamdulillah, beliau memperoleh keputusan SPM yang cemerlang dan terus ditawarkan oleh pihak Petronas untuk melanjutkan pelajaran di University of Sheffield, United Kingdom dalam bidang Mechanical Engineering. Di sana, adik saya terpilih sebagai Presiden Sheffield Malaysian Student Association. Selepas pulang ke Malaysia, adik saya kini berkhidmat sebagai Engineer di sebuah syarikat minyak dan gas yang utama di Bintulu, Sarawak.

SYUKUR ALHAMDULILLAH Allah memudahkan kami semua untuk berjaya dalam pelajaran. Kami dapat melanjutkan pelajaran di United Kingdom. Hari ini, kami semua berjaya dan hidup selesa dengan kerjaya masing-masing. Dalam Buku Kedua “Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang” dan Buku Ketiga “Rahsia Pelajar Luar Biasa”, saya akan berkongsi dengan anda apakah rahsia yang kami semua gunakan untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Jika anda mempraktikkan segala teknik yang telah kami semua amalkan, saya yakin anda juga akan berjaya seperti kami semua. Insya Allah.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

17

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

BAB 2 : MENITI ALAM PERSEKOLAHAN Ini kisah hidup saya. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Sejak dari Darjah 1, saya sentiasa menjadi pelajar Top 10 di dalam kelas. Kalau nak diikutkan, tidak lah terlalu bagus jika hendak dibandingkan dengan abang-abang saya. Mereka dahulu sentiasa mendapat Top 3 semasa mereka di sekolah rendah. Saya juga merupakan pengawas sekolah sejak dari Darjah 4. Dalam bidang kokurikulum, saya amat aktif dan gemar bersukan. Saya mewakili sekolah dalam bola sepak, bola baling, sepak takraw dan badminton. Setiap petang saya akan ke sekolah untuk bersukan. Ketika saya di Darjah 6, akibat kelalaian saya terlalu banyak bermain serta tidak fokus dalam pelajaran, saya hanya memperoleh 3A dan 1B dalam peperiksaan UPSR. Saya mendapat B untuk subjek Bahasa Inggeris. Saya gagal mendapat keputusan yang cemerlang seperti abang-abang saya. Saya langsung tidak layak untuk memohon masuk ke mana-mana sekolah berasrama penuh mahupun MRSM. Ia satu tamparan hebat buat saya pada ketika itu. Pada waktu itu, saya baru sedar saya gagal kerana saya tidak fokus dalam pelajaran. Saya terlalu banyak main dan berseronok di peringkat awal dan hanya ‘tersedar’ dua bulan sebelum peperiksaan. Saya kurang membuat latihan dan saya terlewat mengulang kaji pelajaran. Saya kecewa dengan keputusan ini. Saya menyesal kerana tidak belajar bersungguh-sungguh tempoh hari. Namun apakan daya. Menangis keluar air mata darah sekalipun sudah tidak berguna lagi. Harapan terakhir saya adalah memohon untuk masuk ke SMKA Al Mashoor (L) Pulau Pinang. Sekolah ini masih menerima pelajar yang memperoleh 3A 1B pada waktu itu.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

18

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Pada cuti sekolah hujung tahun itu, emak dan abah membawa saya dan adik saya untuk menunaikan umrah. Di hadapan Kaabah, saya berdoa dengan penuh pengharapan. “Ya Allah ya Tuhanku, aku mohon pada Mu. Berilah peluang untukku masuk ke SMKA Al-Mashoor. Aku nak belajar di asrama ya Allah. Aku nak betulkan kesilapan aku dahulu ya Allah. Bantulah aku ya Allah.” Itulah doa yang saya pohon di sana. Saya sudah tiada tempat untuk mengadu melainkan kepada Nya. Sekembalinya saya ke Malaysia, syukur Alhamdulillah saya menerima sepucuk surat mengatakan saya diterima masuk ke sekolah ini. Saya berasa sangat gembira dengan tawaran ini. Maka, bermulalah episod baru dalam hidup saya.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

19

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

BAB 3 : TURNING POINT DI SMKA AL-MASHOOR Alhamdulillah saya ditawar masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al Mashoor (L), Pulau Pinang untuk pengajian di Tingkatan 1. Ia merupakan sebuah sekolah berasrama harian. Pada waktu itu, saya rasa amat bersyukur. Tak dapat masuk sekolah berasrama penuh, dapat ke sekolah agama pun jadilah. Boleh saya belajar banyak ilmu agama di sini nanti. Itu yang saya fikirkan pada waktu itu. Di sinilah kehidupan saya mula berubah. Saya pernah kecewa dengan keputusan peperiksaan UPSR saya dahulu. Saya tidak mahu kecewa sekali lagi. Saya mahu mengubah kehidupan saya. Saya mahu berjaya seperti abang-abang saya yang telah melanjutkan pelajaran ke luar negara di United Kingdom dalam bidang kejuruteraan dan kedoktoran. Saya mesti belajar sehingga ke luar negara seperti mereka juga.

HATIKU TERSENTAP!! Di SMKA Al Mashoor, saya tinggal di asrama. Setiap dua minggu, kami para pelajar yang tinggal di asrama dibenarkan pulang ke rumah. Suatu hari, saya pulang ke rumah untuk bercuti. Ayah saya mengajak saya untuk membantu beliau membancuh simen, dan siapkan lantai simen di tepi rumah saya. Kawasannya tidaklah besar. Kecil sahaja. Saya sekadar bantu mencampurkan simen, pasir dan air. Kemudian saya angkat simen yang siap dibancuh ke tempat yang hendak diturap. Setelah bekerja keras sekitar 2 jam, kerja itu dapat disiapkan. Saya berasa amat letih dan penat. Tambahan pula, petang itu saya perlu pulang ke asrama di Pulau Pinang dengan menaiki bas. Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

20

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Sebelum pulang ke asrama, saya bersalam dengan ayah saya. Satu soalan yang beliau tanya kepada saya membuatkan saya rasa ia memberi dimensi baru dalam hidup saya. “Daus, penat tak tadi buat kerja bancuh simen?” “Mestilah penat.” Saya menjawab ringkas. “Macam tu lah penatnya orang yang kerja buruh kasar. Kalau sekarang Daus belajar rajin-rajin, nanti bila dah besar boleh jadi engineer, tak perlu kerja beratberat macam tadi. Tapi kalau sekarang malas belajar, nanti bila dah besar susah nak dapat kerja. Kena kerja buruh kasar macam tadi.” Ayat itu benar benar menyentap perasaan saya. Sepanjang perjalanan saya pulang ke asrama menaiki bas, saya terbayang apa yang ayah saya katakan ini. Ia benar-benar meresap masuk ke dalam hati dan sanubari saya. Apa yang ayah saya katakan itu mungkin ada kebenarannya. Jika saya tak belajar bersungguh-sungguh sekarang, nanti apabila sudah besar, saya akan susah mendapat pekerjaan yang baik. Akhirnya, saya mungkin terpaksa memilih pekerjaan yang memerlukan kudrat dan tenaga yang banyak. Saya mungkin akan hidup susah.

PERUBAHAN DI SEKOLAH Di sekolah, saya mula berubah. Saya berazam untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Walaupun masih di Tingkatan 1, saya sudah pun berazam untuk mendapat gred A dalam semua matapelajaran (9A) dalam PMR nanti. Semasa di Tingkatan 1, Abang Jan mula menceritakan kepada saya rahsia untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Abang Jan berkongsi dengan saya satu persatu teknik belajar yang berkesan. Beliau mengajar saya teknik memahami apa yang diajar oleh guru di dalam kelas. Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

21

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Beliau berkongsi dengan saya teknik membuat nota, teknik menghafal, persediaan sebelum kelas, semasa di dalam kelas dan selepas kelas. Beliau mengajar saya cara untuk berjaya dengan lebih mudah. Beliau turut berkongsi dengan saya pengalaman yang beliau telah lalui semasa belajar di STSSS dahulu. Beliau banyak memberi motivasi dan inspirasi kepada saya untuk turut berjaya. Beliau mahu saya berjaya seperti beliau. Syukur Alhamdulillah saya mempunyai abang yang mampu untuk membimbing saya dalam pelajaran. Saya tersentuh dengan kata-kata semangat daripada beliau. Saya teruja dengan teknik pembelajaran berkesan yang beliau kongsikan dengan saya. Saya kagum dengan rahsia untuk menjadi pelajar luar biasa yang diajar kepada saya. Saya mula belajar bersungguh-sungguh. Saya amalkan segala teknik yang diajar oleh Abang Jan. Pada masa itu, barulah saya rasa belajar itu mudah. Mudah kerana saya sudah tahu cara untuk belajar dengan berkesan. [Segala teknik-teknik ini telah saya kongsikan secara terperinci dalam Buku Kedua iaitu Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang dan Buku Ketiga Rahsia Pelajar Luar Biasa.] Saya mula mensasarkan untuk masuk ke MRSM di Tingkatan 4 nanti. Saya mahu pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti abang-abang saya. Saya tiada pilihan. Saya mula berubah. Saya mula fokus kepada pengajaran cikgu di kelas. Saya membuat persediaan yang rapi sebelum ke kelas. Saya mengulangkaji dengan segera selepas pulang dari kelas. Setiap kerja sekolah disiapkan segera. Saya rajin berjumpa dengan guru. Pendek kata, saya melakukan semua perkara yang dinasihatkan oleh abang saya. Saya rasakan seolah-olah inilah peluang terakhir untuk saya berubah. Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

22

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

NASIHAT SEORANG GURU Di sekolah, hampir setiap hari cikgu akan memberi nasihat kepada kami untuk belajar bersungguh sungguh. Pada suatu hari, seorang guru masuk ke kelas saya. Saya masih ingat, nama cikgu ini Cikgu Abdul Rashid. Beliau mengajar subjek Kemahiran Hidup. Sebelum memulakan kelas, beliau selalu memberi kata-kata nasihat kepada kami semua. Di dalam kelas, beliau bertanya kepada kami. “Saya nak tanya kamu semua dua soalan mudah. Yang pertama, berapa umur kamu semua sekarang?” “13 tahun cikgu,” kami semua menjawab serentak. “Soalan kedua saya, kebiasaannya pada umur berapa seseorang itu akan mati?” “60-70 tahun cikgu,” kami memberi jawapan pelbagai. Mengikut sangkaan masing-masing. “Ok, sekarang ini, umur kamu 13 tahun. Insya Allah, dalam tempoh 10 tahun lagi umur kamu 23 tahun, waktu itu kamu dah habis belajar sampai peringkat ijazah. Kamu semua sedar tak, kamu sebenarnya hanya akan belajar selama 10 tahun sahaja lagi.” Cikgu Rashid menerangkan kepada kami. “Sekarang, katakanlah seseorang itu mati umur 63 tahun. Maksudnya selepas umur 23 tahun. Kamu masih ada lagi 40 tahun untuk hidup. Betul tak?” Cikgu Rashid bertanya kepada kami. “Betul cikgu,” kami semua menjawab. Pada waktu itu, saya masih tidak faham. Apa rasionalnya cikgu bertanya kami dua soalan ini. Sehinggalah cikgu menerangkan kepada kami. “Sebenarnya macam ni. Saya nak kamu semua faham. Kamu hanya akan belajar di sekolah dan universiti dalam tempoh 10 tahun saja lagi. Kalau nak susah untuk baca buku pun, dalam 10 tahun ini sajalah. Kalau nak belajar rajin-rajin pun, 10 Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

23

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

tahun ini sajalah. Lepas tu kamu tak payah belajar di sekolah atau universiti lagi dah.” “Tapi kamu sedar tak, kalau kamu belajar betul-betul sekarang ni, kamu akan dapat keputusan yang baik. Nanti kamu akan dapat pekerjaan yang baik-baik. Dapat gaji yang besar. Kamu akan hidup senang lagi 40 tahun. Tapi, kalau kamu main-main dalam tempoh 10 tahun ni, keputusan peperiksaan kamu tak bagus, kamu akan susah mendapat pekerjaan. Gaji kamu pun rendah nanti. Kesannya, kamu mungkin akan hidup susah selama 40 tahun lagi.” “Jadi, saya nak nasihatkan kamu. Belajarlah bersungguh-sungguh sekarang ni. Korbankan ‘keseronokan’ kamu untuk 10 tahun ini. Insya Allah. Kamu akan hidup senang selepas itu.” Ya Allah, saya baru faham apa yang cikgu maksudkan. Mendalam maksud cikgu tu. Nasihat yang Cikgu Rashid sampaikan kepada saya itu benar-benar terkesan di hati saya. Lebih kurang sama macam nasihat yang ayah saya berikan sebelum ini. Ia menambah semangat saya untuk terus belajar bersungguh sungguh. Saya yakin, jika saya korbankan ‘keseronokan’ saya untuk tempoh 10 tahun ini. Saya akan mendapat kesenangan dalam tempoh 40 tahun kemudian. Tetapi, jika saya memilih untuk berseronok dalam tempoh 10 tahun ini, hidup saya mungkin akan susah untuk tempoh 40 tahun kemudian. Saya tidak mahu begitu.

MENGATUR LANGKAH MARA KE HADAPAN Saya amat bersyukur. Selepas mendapat dua nasihat daripada ayah dan guru saya, saya semakin bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Walau pun masih di Tingkatan 1, saya tidak mahu terlalu berseronok. Ketika di Tingkatan 2, saya semakin fokus. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan saya menunjukkan peningkatan yang positif. Semasa cuti sekolah di Tingkatan 2 untuk masuk ke Tingkatan 3, saya mengikut nasihat yang abang saya berikan. Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

24

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Saya gunakan masa cuti ini untuk mengulang kaji semua subjek Tingkatan 1 dan 2. Saya mahu membuat persediaan awal. Saya mahu masuk ke Tingkatan 3 dalam keadaan bersedia. Apabila masuk ke Tingkatan 3, saya terus masuk ‘gear’ untuk memecut. Saya semakin fokus terhadap pelajaran saya. Saya semakin rajin untuk berjumpa dengan guru untuk mendapatkan penjelasan sesuatu yang saya tidak faham. Pada waktu itu, saya dah tak kisah. “By Hook Or By Crook” saya mesti dapat 9A dalam PMR dan saya nak masuk ke MRSM. Setiap hari, saya menunaikan Solat Hajat agar Allah memperkenankan doa saya ini. Semasa di Tingkatan 3, saya dapat mengenal pasti kelemahan utama saya adalah dalam Subjek Bahasa Inggeris. Saya perlu memberi keutamaan dalam subjek ini. Alhamdulillah saya tidak mempunyai banyak masalah untuk faham subjek-subjek lain. Memandangkan kelemahan utama saya adalah untuk membuat karangan Bahasa Inggeris, saya meletakkan usaha yang lebih untuk ini. Hampir setiap minggu, saya berjumpa dengan guru kelas saya. Saya meminta beliau untuk mengajar teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris dalam PMR. Ia dilakukan secara personal. Hanya saya dan guru sahaja. Setiap minggu, saya akan membuat satu karangan dan meminta kepada guru tersebut untuk menyemaknya. Apa yang saya lakukan ini adalah atas inisiatif saya sendiri. Bukan kerana ia kerja sekolah yang perlu saya selesaikan. Menjelang peperiksaan, saya tiada pilihan. Saya perlu menghafal karangan Bahasa Inggeris. Ya, ia satu kerja gila. Saya mula menghafal beberapa karangan penting yang boleh diaplikasikan dalam banyak soalan. Misalnya, saya menghafal karangan berbentuk ucapan, surat rasmi dan tidak rasmi di bahagian pendahuluan dan penutup. Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

25

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Saya juga menghafal berpuluh-puluh peribahasa dalam Bahasa Inggeris. Ini semua saya lakukan bagi memudahkan saya menjawab soalan PMR nanti. Alhamdulillah, menjelang peperiksaan PMR saya agak yakin kebolehan dan kemampuan saya dalam Bahasa Inggeris. Saya turut memberi penekanan untuk subjek-subjek yang lain. Sepanjang tahun, saya bekerja keras bagi mencapai apa yang saya impikan. Kesannya amat memberangsangkan. Alhamdulillah. Saya memperoleh keputusan yang amat cemerlang . Saya mendapat 9A dalam peperiksaan PMR. Termasuk Subjek Bahasa Arab. Terus-terang saya katakan, tips dan teknik belajar berkesan yang abang saya ajarkan benar-benar membantu saya dalam mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

26

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

BAB 4 : MRSM TAIPING - SENTIASA DI HATIKU Syukur Alhamdulillah. Kesungguhan saya belajar semasa di Tingkatan 3 telah terbalas. Saya benar-benar tidak menyangka bahawa saya akan mendapat tawaran belajar di MRSM Taiping. Salah sebuah MRSM terbaik di Malaysia. Tanggal 22 Februari 1997, saya mendaftar masuk di MRSM Taiping untuk belajar di Tingkatan 4. Di sekolah yang sama seperti abang saya yang kedua. Ya, impian saya semasa kecil untuk belajar di MRSM ini telah Allah makbulkan. Apabila saya memasuki MRSM Taiping, Abang Arman menasihatkan saya. “Daus, bila dah masuk ke MRSM Taiping ni, sebenarnya sebelah kaki dah ada di oversea. Tinggal sebelah kaki saja lagi di MRSM Taiping. Kalau Daus belajar betulbetul di sini, Insya Allah. Nanti boleh pergi oversea.” Saya semakin teruja. Kedua-dua abang saya sudah pun menyambungkan pelajaran mereka di United Kingdom. Saya mesti ke sana juga. Abang saya juga memaklumkan bahawa di MRSM nanti, saya akan dihujani dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak maktab. Beliau meminta saya untuk menyertai semua program ini sebaik mungkin. Semua ini adalan untuk kebaikan saya pada masa akan datang. Beliau juga menggalakkan saya untuk belajar menjadi pemimpin ketika di sini. Saya benar-benar rasa gembira dengan nasihatnasihat yang diberikan oleh abang saya. Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

27

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

MENGASAH BAKAT KEPIMPINAN Di MRSM Taiping, saya mula mengorak langkah, mencungkil segala bakat yang ada. Saya mula aktif dalam persatuan. Dari segi kepimpinan, saya terpilih untuk memegang jawatan Exco Akademik Dan Homeroom Badan Wakil Pelajar. Walau pun sibuk dengan pelbagai aktiviti dan kegiatan di maktab, saya tetap fokus dengan pelajaran saya. Cumanya kali ini saya rasa lebih mudah. Saya sudah tahu teknik belajar yang berkesan. Saya sudah tahu rahsia untuk berjaya. Semua teknik dan rahsia ini sudahpun diajar oleh abang-abang saya. Syukur Alhamdulillah saya dididik oleh barisan guru yang hebat dan berpengalaman. Guru homeroom saya iaitu Cikgu Asriyah banyak membimbing saya untuk menjadi manusia yang berguna. Tidak lupa, barisan guru yang mengajar saya dahulu. Ustazah Che Som mengajar saya subjek Pendidikan Islam. Cikgu Normah mengajar Bahasa Melayu, Sir Ranjit Singh mengajar Bahasa Inggeris, Cikgu Haleezaa mengajar Matematik, Cikgu Razalan mengajar Fizik, Cikgu Ghazi mengajar Kimia, Cikgu Aziz mengajar Sejarah dan tidak lupa Cikgu Siti Zabedah dan Cikgu Norah mengajar saya Prinsip Akaun. Terlalu banyak nasihat yang mereka berikan kepada saya dahulu. Saya yakin, nasihat-nasihat mereka ini banyak membantu saya dalam kehidupan saya hari ini. Di sini juga, saya belajar bersungguh-sungguh kerana saya mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti abang-abang saya. Saya tahu, kalau saya berjaya di peringkat ini, kehidupan saya akan berubah. Saya akan menjadi seorang yang berjaya. Saya lebih fokus. Sasaran saya, saya mesti cemerlang dalam pelajaran. Melanjutkan pelajaran ke luar negara bukan lagi satu pilihan buat saya. Ia menjadi satu kemestian. Saya sedar, untuk mendapat sesuatu, saya perlu korbankan sesuatu. Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

28

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Bagi mendapat peluang untuk belajar di luar negara, saya perlu korbankan ‘keseronokan’ sementara yang tidak begitu penting pada masa ini. Alhamdulillah, berkat kesungguhan belajar di MRSM Taiping, saya berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Percubaan SPM. Hanya berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan inilah, saya ditawarkan untuk membuat Diploma Kejuruteraan International Baccalaureate sebagai persediaan untuk ke luar negara di Kolej Mara Banting, Selangor. Saya mendapat tawaran ini sebelum keputusan sebenar SPM diumumkan. Allahuakbar. Saya betul-betul berasa gembira. Saya semakin hampir dengan impian belajar ke luar negara. Selangkah lebih hampir kali ini. Di MRSM Taiping , secara keseluruhannya, saya memperoleh tempat yang ke-13 daripada 300 orang pelajar. Saya juga mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Subjek Prinsip Akaun pada tahun itu. Alhamdulillah, saya berjaya melepasi ‘Ranjau Yang Berliku’ semasa belajar di MRSM Taiping. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada saya.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

29

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

BAB 5 : KOLEJ MARA BANTING - PAHIT AKAN MANIS AKHIRNYA Ketika para pelajar lain masih berehat dan berseronok sementara menunggu keputusan SPM diumumkan, saya dan rakan-rakan yang terpilih sudah pun mendaftarkan diri di Kolej Mara Banting, (KMB) Selangor. Kami menyertai Program International Baccalaureate (IB) sebagai persediaan sebelum ke luar negara. Apabila saya mendaftar sebagai pelajar di KMB, saya mendapat berita yang agak mengerikan. Pengetua kami, Mr Mathias membuat pengumuman bahawa pihak MARA mahu membuat trek pantas untuk kami semua. Kami hanya diberikan tempoh masa 1 tahun 6 bulan untuk menghabiskan program ini. Di seluruh dunia, program IB perlu mengambil masa 2 tahun untuk dihabiskan oleh seseorang pelajar. Belum pernah lagi sebelum itu mana-mana pelajar membuat IB dalam tempoh setahun setengah. Tidak cukup dengan itu, pihak MARA meletakkan syarat tambahan. Hanya pelajar yang mendapat 35 Point ke atas daripada 45 point keseluruhan sahaja yang akan ditawarkan pengajian ke luar negara. Mereka yang mendapat 35 Point ke bawah akan dimasukkan ke dalam universiti di dalam negara sahaja. Allah Allah. Ia satu cabaran dan pertaruhan yang amat besar buat kami semua. Kami sendiri tidak tahu adakah kami mampu untuk melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan ini. Berdasarkan rekod tahun-tahun sebelum ini di Kolej Mara Banting, daripada beratus-ratus pelajar IB di situ, hanya 10 orang pelajar sahaja yang berjaya memperoleh 35 Point ke atas. Itupun mereka menamatkan program IB dalam tempoh 2 tahun. Kami pula perlu menamatkan program IB dalam tempoh 1 tahun 6 bulan dan perlu mendapat 35 Point dan ke atas untuk layak ke luar negara. Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

30

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Sejak itu, setiap hari kami para pelajar hidup dalam keadaan tertekan. Adakalanya, saya terfikir mengapalah saya masuk program ni? Kenapalah MARA tak suruh kami ambil A-Level sahaja. Bolehkah kami ‘score’ dalam peperiksaan ini? Macam macam yang kami fikirkan. Di sana, saya bersyukur. Sekitar 15 orang pelajar MRSM Taiping berada dalam program yang sama. Kami memberi sokongan antara satu sama lain. Di KMB, saya tiada pilihan. Saya mesti belajar bersungguh-sungguh. “Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang mandi, biar basah. Alang-alang makan biar kenyang. Alang-alang aku dah masuk KMB ni, biar aku berjuang sampai berjaya ke luar negara.” Bagi saya, kehidupan kami di Kolej Mara Banting bagaikan ‘Neraka Dunia’. Memandangkan tempoh program telah dipendekkan, kami tidak ada masa untuk bersuka-ria. Setiap hari, kelas bermula jam 7.30 pagi dan hanya berakhir pada jam 5.00 petang. Kami hanya mempunyai masa untuk membuat kerja rumah pada waktu malam sahaja. Pada masa yang sama, kami perlu mengulangkaji pelajaran yang kami belajar pada waktu itu. Ramai pelajar yang tertekan. Akhirnya, daripada 100 pelajar yang mendaftar di hari pertama, 20 orang pelajar berhenti kerana tidak mampu untuk menanggung ‘azab’ belajar di situ. Terus-terang saya katakan, saya juga tertekan belajar di sana. Walau bagaimana pun, saya tahu matlamat saya, saya mahu belajar di luar negara. Saya perlu menghabiskan Program IB ini dengan cemerlang untuk saya layak melanjutkan pelajaran di United Kingdom seperti abang-abang saya. Selang beberapa bulan saya belajar di KMB, keputusan SPM diumumkan. Alhamdulillah. Saya berjaya mendapat gred A dalam semua matapelajaran (9A). Ini menaikkan lagi semangat saya untuk terus cemerlang di KMB. Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

31

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Kebanyakan subjek yang kami belajar di KMB adalah High Level. Ada 7 subjek kesemuanya, Malay Languange (Sastera Bahasa Melayu), English Language (Sastera Bahasa Inggeris), Physics, Chemistry, Business Study, Mathematics dan Theory of Knowledge. Program IB ini memang ‘tough’. Tidak seperti program A-Level yang mana pelajar hanya perlu mengambil 3 atau 4 subjek. Ternyata, program IB bagaikan mimpi ngeri buat kami semua. Dalam keadaan tertekan belajar di sana, satu hari pengetua memanggil kami semua. Beliau menasihatkan kami semua untuk tidak bersaing antara satu sama lain. Sebaliknya, beliau mahu kami semua tolong-menolong dan bekerjasama antara satu sama lain. Ia satu nasihat dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Saya mahu berjaya, dalam masa yang sama saya juga mahu rakan-rakan saya yang lain semuanya berjaya. Melalui program ini, kami dilatih untuk menjadi seorang ‘insan’ yang berakhlak mulia. Kami mula belajar untuk sama-sama membantu rakan-rakan yang lain. Apa yang paling sukar saya lupakan adalah sepanjang kami berada di sana, para guru turut bertungkus-lumus mengajar kami tanpa erti jemu. Jika kami terpaksa datang seawal jam 7.30 pagi dan pulang selewat 5 petang, mereka pun begitu juga. Bahkan, ada guru yang sanggup datang awal ke kolej semata-mata mahu membantu kami untuk sessi ‘consultation’ seawal jam 7 pagi. Besar sungguh pengorbanan para guru di KMB untuk melihat kami semua berjaya.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

32

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Saya masih ingat semua guru-guru yang mengajar saya di sana. Puan Azizah mengajar Subjek Malay Language, Miss Loh mengajar Subjek English Language, Puan Nilawati mengajar Subjek Advanced Mathematics, Puan Mawarzah mengajar Subjek Business And Organisation Study, Mr Suresh mengajar Subjek Physics, Puan Salmah mengajar subjek Chemistry, Mr Stephen Ambross mengajar Subjek Theory of Knowledge. Di kolej, merekalah ibu bapa kami. Ada sesekali saya juga rasa tertekan dengan kesibukan dalam program ini. Puan Nilawati selaku guru homeroom sayalah yang menjadi tempat luahan hati dan perasaan saya. Alhamdulillah, Puan Nila sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk terus berjaya. Inilah yang terus memberi kekuatan kepada saya untuk terus berjuang di sana. Dalam program IB juga, kami di‘paksa’ untuk buat program komuniti selama 150 jam. Creativity, Action, Services. (CAS). Cuba bayangkan dalam kesibukan kami untuk belajar, kami juga terpaksa menjalankan program servis komuniti selama 150 jam dalam tempoh setahun setengah.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

33

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Kami perlu merancang program komuniti seperti menjalankan ceramah motivasi di sekolahsekolah sekitar Banting, program membersihkan masjid dan kubur, buat kelas tambahan, program kebajikan masyarakat dan lain lain lagi. Di kolej, bakat kepimpinan saya semakin terserlah. Saya telah terpilih untuk menjadi Presiden Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya. Pada mulanya, saya agak keberatan untuk menerima tanggungjawab ini, kerana saya hanya mahu fokuskan pelajaran saya. Tetapi, rakan-rakan di kolej yang mahukan saya mengetuai mereka dalam persatuan itu. Maka, bertambahlah pengalaman hidup saya dari segi kepimpinan. Bertambah sibuklah saya ketika belajar di situ. Ternyata, semua pengalaman ini amat berguna dalam kehidupan saya selepas itu. Selepas melalui semua ini, saya dapat rasakan segala kesusahan yang saya hadapi ketika belajar di Kolej Mara Banting, telah menjadi satu proses pembelajaran yang mematangkan saya. Ia menjadikan saya seorang pelajar yang lebih berkemahiran dalam pelbagai bidang. Selepas setahun setengah bertungkus-lumus pagi petang siang malam, saya berjaya menamatkan pengajian di sini. Saya amalkan segala teknik yang diajarkan oleh abang saya dahulu. Ternyata, ia membuahkan hasil.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

34

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Alhamdulillah, saya berjaya mendapat 39 Point daripada 45 Point keseluruhannya. Impian saya menjadi kenyataan. Bagi saya, program IB sebenarnya program yang amat bagus untuk menjadikan seseorang pelajar itu komited dalam pelajaran dan pada masa yang sama menjadikan seseorang itu lebih berdikari dalam kehidupan. Saya dapat merasakan perubahan pada diri saya sebelum dan selepas habis program IB. Tetapi, terus-terang saya katakan, kesusahan yang saya hadapi sepanjang di KMB ini jugalah yang banyak membantu kehidupan saya ketika belajar di universiti. Kesusahan ini jugalah yang mendidik saya untuk berjaya dalam kehidupan saya. Setelah memperoleh keputusan daripada pihak MARA mengatakan saya layak untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom, saya berasa tersangat gembira. Impian saya selama ini tercapai. Segala penat lelah saya berjuang terbalas. Alhamdulillah. Syukur pada Mu ya Allah.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

35

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

BAB 6 : SEINDAH SALJU DI BUMI SHEFFIELD Saya bersyukur kerana layak untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saya dan rakan-rakan mendapat tajaan daripada pihak MARA. Sebelum berlepas ke luar negara, pihak MARA membuat taklimat ringkas kepada kami semua. Pegawai MARA memaklumkan bahawa kami semua ditawarkan “Convertible Loan”. Sekiranya kami berjaya mendapat First Class Honours pada tahun terakhir kami di sana, pinjaman pelajaran kami akan ditukarkan kepada biasiswa sepenuhnya. Kami tidak perlu membayar satu sen pun pinjaman ini. Jika tidak mendapat First Class Honours, kami perlu membayar balik sebahagian daripada jumlah pinjaman ini semasa kami bekerja nanti. Insya Allah, kami semua berazam untuk belajar bersungguh-sungguh di sana nanti. Saya dan beberapa rakan lain mengambil bidang Electrical Engineering. Untuk peringkat Ijazah, kami perlu habiskan dalam tempoh 3 tahun. Tanggal 9 September 2000, saya dan rakan-rakan yang lain meninggalkan bumi Malaysia menuju ke London. Destinasi kami yang seterusnya adalah ke University of Sheffield, United Kingdom. Di atas kapal terbang, saya bersyukur. Saya menangis kegembiraan kerana impian saya untuk melanjutkan pelajaran di luar negara tercapai. Saya bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan kepada saya. Tak mungkin saya akan berjaya tanpa bantuan dan pertolongan daripada Allah. Syukur. Alhamdulillah, penat lelah saya belajar bersungguh-sungguh sejak di Tingkatan 1 ‘terbalas’. Bila difikirkan kembali, saya sendiri tak tahu macam mana saya boleh Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

36

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

melepasi satu fasa kehidupan di MRSM Taiping dan di Kolej MARA Banting yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Saya amat bersyukur. Pada waktu itu, Abang Jan sudah pun pulang ke Malaysia. Abang Jan graduasi pada tahun 1995. Beliau memperoleh First Class Honours secara keseluruhannya. Beliau meletakkan satu penanda aras yang tinggi untuk saya. Di atas kapal terbang, saya teringat pesanan Abang Jan kepada saya. “Daus, bila di UK nanti, ingat, nak buat apa pun, pelajaran mesti diutamakan. Fokus dan target bagi dapat First Class. Pada masa yang sama, jangan lupa bila ada di sana ambil peluang untuk belajar jadi pemimpin, pergi jalan-jalan ke seluruh Eropah, belajar tengok budaya orang, belajar segala-galanya. Apa yang penting, belajar macam mana cara nak buat kerja. Semua ilmu ni akan berguna masa kerja nanti. Gunakan peluang ini sebaik mungkin. Ramai pelajar lain yang nak pi UK tapi tak boleh pi. Jadi, jangan sia-siakan peluang ini.” Kata-kata abang saya ini memberi inspirasi kepada saya. Saya perlu mencontohi beliau. Ketika belajar dahulu, beliau menjadi Presiden Malaysian Students Society. Dalam pelajaran pula, beliau dapat First Class Honours. Itu ‘benchmark’ yang perlu saya ikuti. Di University of Sheffield, saya melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, sama bidang seperti abang saya. Semester Pertama Tahun Pertama, agak sukar untuk saya menyesuaikan diri dengan keadaan di sana. Saya masih belum faham dengan sistem pembelajaran. Di tambah pula dengan ‘accent’ pensyarah yang bercakap ala-ala British. Saya menghadapi masalah untuk faham. Pada peperiksaan Semester Pertama itu, sekali lagi saya ‘kantoi’ dalam pelajaran. Daripada 5 subjek yang saya ambil, saya ‘fail’ dua subjek.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

37

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Allahuakbar. Saya terkejut dengan keputusan ini. Tak sangka saya boleh gagal sampai dua subjek sekali gus. Syukur saya pernah ‘gagal’ dahulu ketika di sekolah. Sekarang, saya tahu macam mana mahu menangani masalah ini. Saya tahu bagaimana mahu bangkit semula daripada kegagalan. Saya mencari jawapan apa puncanya saya gagal dalam dua subjek. Saya cuba untuk mengatasi kelemahan pada diri saya. Saya minta bantuan daripada rakanrakan lain yang lebih ‘expert’ untuk membantu. Perlahan-lahan saya bangkit semula daripada kegagalan. Saya belajar bersungguhsungguh dan pada Semester Kedua Tahun Pertama, Alhamdulillah saya berjaya mendapat First Class Honours. Saya bersyukur kerana dapat mengembalikan ‘rentak’ kecemerlangan saya. Di universiti, saya merupakan seorang pelajar yang aktif. Saya mewakili universiti dalam pertandingan bola sepak antara universiti di Sheffield Games, Warwick Games dan Nottingham Games. Seperti saya ceritakan sebelum ini, saya memang suka bersukan. Cumanya, kali ini saya lebih bijak membahagikan masa antara bersukan dan belajar. Main tetap main, belajar tetap belajar. Pada Tahun Kedua, saya telah terpilih untuk menjadi Presiden Sheffield Malaysian Student Association (SMSA). Ini semua gara-gara Rezqa. Senior saya di sana. Beliau mahukan seorang presiden yang lebih islamik untuk mengetuai Sheffield Malaysian Students Association (SMSA). Sebenarnya, saya ini bukannya seorang yang gila jawatan. Jawatan presiden itu bukan saya yang minta. Saya masih ingat suatu hari ketika program Usrah di Sheffield, Rezqa, Nurman, Tazli, Fahmi, Adzhar, Zamir, Huzainy dan beberapa rakan lain bermesyuarat siapa yang mahu diketengahkan untuk menjadi presiden. Seseorang yang boleh menyeimbangkan program Islamik dan sosial di Sheffield. Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

38

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Akhirnya mereka semua nampak saya yang berkebolehan untuk jawatan ini. Mahu tak mahu, saya terpaksa menerima tawaran ini. Bermulalah proses melobi saya kepada semua pelajar Sheffield pada waktu itu. Mereka membuat senarai semua pelajar Malaysia di Sheffield. Mereka berkempen seorang demi seorang. Mereka mahu semua orang menyokong saya semasa majlis pemilihan nanti. Dengan gerak kerja yang tersusun, akhirnya segala perancangan kami tercapai. Saya terpilih untuk menjadi Presiden SMSA untuk tahun 2001/2002. Bagi saya ini satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu saya pikul. Saya bersyukur atas amanah ini. Saya tahu ia tanggungjawab yang amat berat. Tetapi, ia juga satu peluang untuk saya belajar menjadi seorang pemimpin. Sekurang-kurangnya, saya dapat belajar menjadi pemimpin seperti abang saya di Manchester dahulu. Pesan Abang Jan kepada saya, semasa bergelar pelajar, belajarlah untuk menjadi pemimpin. Saya tahu, saya akan lebih sibuk selepas itu. Saya tahu, tanggungjawab saya akan bertambah. Tapi, saya yakin pengalaman ini pasti akan membantu saya dalam kehidupan selepas ini.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

39

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

AMANAH SEBAGAI PEMIMPIN PELAJAR Bagi saya pengalaman menjadi pemimpin pelajar di universiti amat berharga. Saya berpeluang untuk belajar memimpin sebuah persatuan yang besar. Saya belajar menguruskan mesyuarat, belajar membahagikan tugas kepada ajkajk yang lain, belajar memberi ucapan di hadapan khalayak, bertemu dengan VVIP yang datang ke United Kingdom dan lain lagi. Pengalaman paling berharga adalah saya perlu mengetuai pelbagai program yang dianjurkan oleh persatuan di sana. Yang paling ‘ngeri’ adalah saya dan rakan-rakan perlu menguruskan Sheffield Games 2002. Ia satu program yang besar dan memerlukan perbelanjaan yang besar. Seluruh pelajar Malaysia di United Kingdom akan bertandang ke Sheffield untuk menyertai Sheffield Games. Dan kamilah yang menguruskannya. Bagi saya, ia pengalaman yang hebat. Program ini benar-benar memerlukan satu komiti yang hebat untuk menjayakan. Syukur Alhamdulillah, rakan-rakan saya yang lain berjaya menjalankan tugas mereka dan program ini berjalan dengan lancar. Pengalaman menganjurkan program sebegini banyak membantu dalam meningkatkan tahap kematangan saya. Pengalaman ini benar-benar membantu dalam kehidupan saya selepas itu. Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

40

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

PELAJARAN TIDAK DILUPAKAN Di Sheffield, walaupun aktif dalam berpersatuan dan bersukan, saya tidak melupakan keutamaan saya berada di sana iaitu untuk belajar. Saya fokus dan memberi komitmen sepenuhnya terhadap pelajaran saya. Pada Tahun Kedua, saya belajar bersungguh-sungguh dari awal tahun lagi. Saya mengamalkan segala teknik belajar berkesan yang diajar oleh Abang Jan dan Abang Arman. Segala rahsia untuk menjadi pelajar luar biasa saya amalkan. Syukur Alhamdulillah, dengan teknik dan rahsia ini. Yang susah menjadi mudah. Dari seorang pelajar yang biasa-biasa, saya menjadi pelajar yang luar biasa. Semester Pertama, saya berjaya mengekalkan keputusan First Class Honours. Selepas berjaya memperoleh keputusan ini, barulah saya sedar. Benar apa yang abang saya katakan dahulu. “Daus, kalau nak berjaya. Senang saja. Buat semua teknik yang Abang Jan ajarkan dulu. Itulah cara mudah untuk berjaya. Abang Jan dah buat semuanya, dah terbukti berjaya. So, kalau nak dapat First Class Honours, buat saja apa yang Abang Jan buat dahulu.” Syukur Ya Allah atas segala nikmat yang diberikan.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

41

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

BAB 7 : JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN Semasa belajar di United Kingdom, Abang Jan menasihatkan saya untuk mengambil peluang ini dengan menjelajah ke seberapa banyak negara yang boleh di Eropah. Sejak dari awal lagi, saya dan rakan-rakan memilih untuk menyewa rumah di kawasan Darnall. Sebuah perkampungan kecil di Sheffield. Ia agak jauh dari universiti. Kami tinggal di situ kerana kadar sewa di situ jauh lebih murah berbanding sewa di bandar yang berhampiran dengan universiti. Saya perlu berjimat-cermat di sana. Saya tidak mahu menyusahkan ibu bapa saya untuk mengirim duit kepada saya di sana. Duit hasil simpanan saya ini saya mahu gunakan untuk melancong di tempat-tempat menarik di seluruh Eropah. Peluang ini mesti digunakan sepenuhnya. Bukan mudah jika saya mahu melancong ke Eropah dari Malaysia. Kosnya terlalu tinggi.

KEINDAHAN ALAM DI DUBLIN, IRELAND Tahun Pertama, saya dan sahabat baik saya Adzhar melancong ke Dublin, Ireland. Di sana kami tinggal di rumah Abang Arman yang pada waktu itu bekerja sebagai seorang doktor di sana. Alhamdulillah, kami dapat melawat tempat-tempat menarik di seluruh Dublin, Ireland. Selepas itu, kami mengambil peluang untuk menziarahi sahabatsahabat kami di Belfast. Antaranya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Aziz Marwan, Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

42

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Muhaimin dan beberapa orang lagi. Di Belfast, kami berpeluang untuk melawat ke beberapa tempat yang menarik seperti di Giant Causeway dan Cliff Of Moher. Ia tempat yang amat cantik.

‘ADVENTURE’ DI TIMUR TENGAH Pada akhir Tahun Pertama, saya dan beberapa orang rakan, Tazli, Fahmi, Zamir, Adzhar dan Azri mengambil keputusan untuk melancong ke Jordan, Mesir, Mekah dan Madinah sebelum kami semua pulang bercuti ke Malaysia. Bermula dari Manchester, kami berlepas ke Amman, Jordan. Di Jordan, kami berpeluang untuk melawat tempat-tempat bersejarah di sana dan juga mandi di Laut Mati. Kami mandi di sana dan tidak tenggelam walaupun tak pandai berenang. Air laut itu teramat masin sehingga kalau terkena kulit muka pun dah terasa sakit. Apatah lagi kalau terkena mata. Teramatlah pedih.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

43

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Kami juga berpeluang untuk melawat sempadan antara Jordan dan Israel. Kelihatan askar-askar Israel dari jauh sedang memegang senapang bagi menghalang pencerobohan. Di Jordan, kami juga menziarahi Gua Kahfi. Iaitu tempat di mana 7 orang pemuda yang pergi menyelamatkan diri daripada pemimpin yang zalim dan mereka di tidurkan Allah di dalam gua itu selama 300 tahun. Kami dapat melihat dengan jelas tulang-tulang 7 pemuda ini dan juga tulang seekor anjing di dalam gua itu. Selepas ke Jordan, kami melancong ke Mesir dan seterusnya kami menunaikan umrah di Mekah. Di dalam percutian ini, kami merancang sendiri segala perjalanan dan memilih kos yang paling murah. Kami tidak kisah untuk terpaksa menaiki bas berjam-jam lamanya, tidur di stesen bas, dan tinggal di ‘youth hostel’ yang murah. Apa yang penting, percutian kami selama 18 hari ini betul-betul dapat menambah pengalaman kami dalam melihat negara orang lain dan menyaksikan kebesaran Allah.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

44

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

MELANCONG DI EROPAH Pada Tahun Kedua juga, saya dan rakan-rakan saya Zamir, Tazli, Fahmi & Huzainy mengambil peluang untuk melancong ke Stockholm, Sweden dan Helsinki di Finland. Inilah pengalaman kali pertama menaiki kapal mewah dari Stockholm, Sweden ke Helsinki Finland. Subhanallah, ia pengalaman yang amat menakjubkan buat saya.

Sebelum saya pulang ke Malaysia pula, pada tahun terakhir saya di sana, saya dan rakan-rakan ‘Tour Europe’ secara besar besaran. Kami melawat Paris, Amsterdam, Belgium, Luxemborg dan Switzerland. Bagi saya, peluang melancong di luar negara ini amat membuka minda saya melihat kehidupan orang lain di negara mereka. Terlalu banyak perkara baru yang saya belajar. Benarlah kata-kata pujangga, “Jauh Perjalanan, Luas Pandangan, Bertambah Pengalaman”. Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

45

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Dalam bahagian ini, saya sengaja meletakkan banyak gambar ketika saya mengembara dahulu. Jangan salah anggap dengan niat saya. Bukan saya hendak mendabik dada kerana saya sudah mengembara ke banyak negara. Tetapi, tujuan saya adalah saya mahu memberi inspirasi kepada anda yang membaca buku ini. Saya mahu anda yang membaca buku ini faham bahawa jika seorang anak kampung seperti saya boleh melakukan semua ini. Anda juga boleh melakukannya. Anda cuma perlu mempunyai keberanian dan kemahuan yang tinggi serta usaha yang tidak berbelah bahagi. Insya Allah, apa jua yang anda impikan, pasti akan tercapai.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

46

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

BAB 8 : KOMITMEN TERHADAP PELAJARAN Ketika belajar di luar negara, walaupun saya banyak mengembara, walaupun saya sibuk bersukan, walaupun saya sibuk dengan aktiviti persatuan, tetapi matlamat saya kenapa saya berada di sana tidak saya lupakan. Saya tetap fokus dalam pelajaran saya. Saya amalkan segala teknik yang diajar oleh abang-abang saya semasa berada di luar negara. Belajar sebenarnya menjadi lebih mudah selepas saya tahu caranya. Tahun Kedua di Sheffield, saya mendapat First Class dalam Semester Pertama dan Second Class Upper di Semester Kedua. Di Tahun Ketiga, iaitu tahun terakhir. Saya hanya mengekalkan momentum saya. Saya tidak menoleh ke belakang lagi. Saya menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran saya. Syukur Alhamdulillah, setelah bekerja keras, belajar bersungguh-sungguh, penat lelah saya selama ini terbalas. Akhirnya pada Semester Terakhir, saya berjaya mendapat keputusan First Class Honours dalam bidang Electrical Engineering. Apa yang lebih membanggakan saya, daripada 100 pelajar dari serata dunia yang berada dalam Department of Electrical Engineering, saya merupakan satu-satunya pelajar yang mendapat First Class Honours dan mendapat tempat yang pertama dalam Department. Tambahan lagi, kerja kursus Final Year Project saya turut mendapat Anugerah Khas daripada pihak universiti. Allah Allah. Syukur Alhamdulillah atas kejayaan yang saya peroleh sepanjang kehidupan saya bergelar pelajar. Bersyukur di atas segala bentuk pertolongan dan bantuan yang Allah berikan kepada saya sepanjang tempoh saya belajar dari sekolah menengah sehinggalah saya menamatkan ijazah saya.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

47

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

PULANG KE MALAYSIA Selepas pulang ke Malaysia, saya terus berkhidmat sebagai seorang jurutera di Silterra Malaysia Sdn Bhd selama 2 tahun. Selepas itu, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan saya sendiri. Alhamdulilah, hari ini saya merupakan seorang Usahawan yang berjaya.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

48

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

PENUTUP Daripada pengalaman yang saya lalui, saya dapat merasakan betapa pentingnya untuk seseorang pelajar sedar mereka perlu belajar bersungguh-sungguh dan menjadi pelajar cemerlang. Tak salah untuk anda bermain dan bersukan di sekolah. Yang tak bolehnya, anda main-main di sekolah. Anda perlu bijak untuk menguruskan masa. Jika anda berjaya fokus dalam pelajaran di peringkat awal, Insya Allah. Anda akan mudah fokus walau di mana jua anda belajar. Seandainya anda berjaya dalam peperiksaan terdahulu. Jangan lalai dan leka dengan pencapaian itu. Anda perlu terus fokus dan berusaha. Anda berjaya hari ini, bukan bermaksud anda akan berjaya selama-lamanya. Seandainya anda pernah gagal dalam peperiksaan terdahulu, jadikanlah ia sebagai pengajaran. Jangan ulangi kesilapan yang sama. Bangkitlah daripada kegagalan. Terus berusaha. Insya Allah. Kejayaan pasti menanti anda. Apa yang penting, anda hanya perlu tahu teknik belajar yang betul. Anda perlu tahu apa rahsia untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Anda perlu tahu rahsia untuk hidup luar biasa. Insya Allah. Terdapat banyak ilmu dan perkongsian yang akan saya kongsikan dalam buku seterusnya. Semuanya berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri sebagai seorang pelajar yang cemerlang. Juga berdasarkan pemerhatian saya terhadap pelajar-pelajar yang lain. Selepas ini, bacalah Buku Kedua saya iaitu, “Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang”. Di dalam buku ini, saya mendedahkan 25 rahsia teknik belajar berkesan yang saya amalkan dahulu. Teknik ini juga digunakan oleh abang-abang dan adik saya sehingga kami semua berjaya dalam bidang masing-masing.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

49

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Percayalah, kesemua 25 rahsia ini amat mudah dipraktikkan. Saya benar-benar berharap agar anda dapat menggunakan kesemua teknik ini dalam proses pembelajaran anda. Jika anda mampu untuk amalkan segala tips yang telah saya lakukan ini, anda bukan sahaja ‘terpaksa’ berjaya seperti saya, malah anda akan mampu untuk lebih berjaya daripada saya. Insya Allah. Tidak ketinggalan, bacalah Buku Ketiga saya iaitu “Rahsia Pelajar Luar Biasa”. Buku ini akan mengajar anda bagaimana untuk mengubah hidup anda daripada seorang pelajar biasa-biasa kepada seorang pelajar yang luar biasa. Saya berkongsi dengan anda 11 tips hebat yang akan mengubah cara pemikiran anda. Ia akan mengubah destinasi hidup anda. Anda akan menjadi seorang yang luar biasa hebat. Teruskan membaca Buku Kedua dan Buku Ketiga. Semoga anda semua berjaya. Insya Allah. Wassalam.  Sila Lihat ‘Ebook Cover’ dan sinopsis ringkas BUKU #2: RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG dan BUKU #3: RAHSIA PELAJAR LUAR BIASA di muka surat seterusnya.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

50

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

“Ketahui 25 teknik belajar berkesan yang telah terbukti berjaya. Dinukil berdasarkan pengalaman sebenar penulis sehingga menjadi pelajar terbaik di University of Sheffield, United Kingdom.”

BUKU #2 : RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

51

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

“Mengapa pilih untuk menjadi pelajar biasa-biasa, kalau boleh menjadi pelajar luar biasa. Ketahui 11 rahsia yang bakal mengubah destinasi hidup anda menjadi pelajar luar biasa.”

BUKU #3 : RAHSIA PELAJAR LUAR BIASA Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

52

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Apa Kata Mereka Mengenai Buku Kedua: Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

53

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Apa Kata Mereka Mengenai Buku Kedua: Rahsia Kejayaan Pelajar Cemelang

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

54

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Apa Kata Mereka Mengenai Buku Kedua: Rahsia Kejayaan Pelajar Cemelang

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

55

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Apa Kata Mereka Mengenai Buku Ketiga: Rahsia Pelajar Luar Biasa

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

56

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Apa Kata Mereka Mengenai Buku Ketiga: Rahsia Pelajar Luar Biasa

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

57

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Testimoni Mereka Yang Sudah Membaca Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang & Rahsia Pelajar Luar Biasa

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

58

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

59

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

60

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

61

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

62

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

63

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

MUNGKIN BUKU-BUKU INI MAMPU MEMBERI INSPIRASI KEPADA ANAK-ANAK ANDA UNTUK BERJAYA, CEMERLANG DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. BANTULAH MEREKA UNTUK BERJAYA.

Dua buah Ebook ini dijual pada harga RM30 ( Tertakluk pada terma dan syarat ). Jika anda berminat untuk mendapatkannya, sila semak emel yang saya berikan kepada anda melalui Empayar Maria Firdaus. Sila hubungi agen saya yang menyebarkan ebook ini kepada anda.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

64

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

65

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

66

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

JIKA SELEPAS MEMBACA: BUKU #2 : RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG BUKU #3 : RAHSIA PELAJAR LUAR BIASA

ANDA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN KANDUNGANNYA, KAMI PULANGKAN 100% WANG ANDA. ANDA TIDAK AKAN RUGI APA APA.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

67

DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Jika Tida Keberatan, Mohon Anda Berkongsi Di Facebook Anda Mengenai Ebook Ini. Mungkin Ia Akan Memberi Manfaat Kepada Anak Anak Sahabat Anda. ---------------------------------------------------------Salin & Tampal ke Facebook Anda Ayat Selepas Ini ----------------------------------------------------------Saya baru sahaja muat turun Ebook Percuma, "Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom". Ebook ini mengisahkan pengalaman hidup seorang anak kampong yang kurang cemerlang dalam pelajarannya di sekolah rendah, kemudian bangkit semula dan terus berusaha sehingga akhirnya beliau menjadi pelajar terbaik di University of Sheffield, United Kingdom. Ebook ini ditulis dalam bentuk cerita. Penceritaan dari kehidupan penulis di sekolah rendah, kemudian ke SMKA Al Mashoor (L) sebelum ke MRSM Taiping. Kemudian penulis menceritakan kehidupan beliau semasa belajar di Kolej Mara Banting sebelum ke United Kingdom. Ebook ini setebal 68 muka surat dan boleh di download secara PERCUMA. Sila layari : www.pelajarcemerlang.com Semoga bermanfaat.

Atau : Emelkan kepada rakan rakan di tempat kerja anda Ebook ini secara percuma. Semoga ia bermanfaat kepada lebih ramai anak bangsa kita untuk lebih berjaya di dunia dan di akhirat.

Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja

68

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF