dabt al-Quran Penuh
March 18, 2017 | Author: arie_a25430 | Category: N/A
Short Description
Download dabt al-Quran Penuh...
Description
c c
Dhobt dari segi bahasa menyampaikan tujuan dalam melakukan sesuatu. Dari segi istilah ilmu yang membincangkan tentang segala yang berkaitan dengan huruf sama ada baris, sukun, sabdu, mad dan lain-lain. Naqt (tanda) terbahagi kepada dua : Naqt I¶rab (baris) atau Naqt I¶jam (titik)
À Tanda-tanda yang menunjukkan apa yang datang kepada sesuatu huruf sama ada baris, sukun, mad sabdu dan selainnya. Dikatakan pengasasnya adalah al-Khalil bin Ahmad, dan ada juga yang mengatakan Nasr bin µAsim, Yahya bin Ya¶mur. Ada juga pendapat yang mengatakan Abdullah bin Ishak al-Hadhrami; guru kepada Abu µAmru bin al-µAla¶ dan dikatakan juga al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi Namun, menurut jumhur ulama¶ dan juga pendapat yang sahih, pengasas ilmu ini adalah Abu alAswad ad-Du¶ali di bawah perintah Ziad bin Abi Ziad, penguasa Basrah di zaman Khilafah Mu¶awiah bin Abi Sufian.
Muawiyah meminta Ziad menghantarkan anaknya; Ubaidullah bin Ziad menghadap Muawiyah. Kemudian, setibanya Ubaidullah di hadapan Muawiyah dan mereka berbicara, maka Muawiyah mendapati banyaknya kesalahan bahasa di dalam pertuturan Ubaidullah. Selepas itu, Ubaidullah pun pulang bersama surat yang diutuskan oleh Muawiyah yang menyatakan bahawa terdapat kesalahan dalam pertuturan anaknya. Maka Ziad pun pergi berjumpa Abu Aswad dan berkata padanya : Sesunggunhya orang bukan Arab telah merosakkan Bahasa Arab. Maka, apalah kiranya jika kau meletakkan sesuatu yang boleh memperelokkan kembali pertuturan manusia, dan membariskan al-Quran, tetapi Abu Awad enggan. Maka Ziad menyuruh seorang seorang lelaki duduk di sebatang jalan yang biasa dilalui oleh Abu Aswad dan dia berkata kepada lelaki itu, ³Apabila Abu Aswad lalu di sini, bacalah sesuatu dari kitab Allah dan bacalah secara salah dengan sengaja´. Apabila Abu Aswad melalui kawasan itu maka lelaki itu pun membaca ayat( ϦϴϛήθϤϟ Ϧϣ ˯ϱήΑ Ϳ ϥ ˷ ϪϟϮγέϭ ) dengan membariskan bawah pada huruf sin pada perkataan ϪϟϮγέϭyang bermaksud : Sesungguhnya Allah berlepas diri dari orang musyrikin dan rasulnya. Maka berkata Abu Aswad : Aku
ù berlindung dengan Allah dari perlepasan-Nya daripada rasulnya, kemudian dia pun mendapatkan Ziad dan bersetuju untuk meletakkan tanda-tanda baris pada al-Quran. Kemudian, dia memilih seorang pemuda dari Qabilah Abdul Qais, (ada yang mengatakan dari Quraisy) dan berkata Abu Aswad kepadanya : Ambillah satu mushaf beserta dakwat yang berbeza warnanya dari tulisan mushaf, apabila aku membuka mulutku, maka letakkan satu titik di atas huruf itu, apabila aku memuncungkannya, letakkan titik di hadapan huruf itu dan apabila aku membacanya dengan kasrah, letakkan titik di bawah huruf itu dan jika aku menyertakan dengung pada sesuatu huruf itu (tanwin) letakkan dua titik padanya sehinggalah tiba ke akhir mushaf. Daripada zaman itu, telah berlaku beberapa penambahan sehinggalah tiba zaman Khilafah Abbasiah dan muncullah seorang ulama¶ agung yang bernama al-Khalil bin Ahmad al-Basri dan menukar tanda baris atas sebelumnya kepada alif kecil yang terbaring, baris depan dengan wau kecil serta baris bawah dengan ya kecil. Dia juga menjadikan kepala huruf Syin sebagai lambang untuk sabdu, kepala Kha untuk lambang sukun dan juga terdapat lambang-lambang lain seperti Ikhtilas, Isymam dan sebagainya
ù
À À
Sama ada ianya maqsur (diakhiri dengan ya) ataupun bukan maqsur (tidak diakhiri dengan ya). Adapun yang bukan maqsur sama ada ia ditulis dengan alif ataupun tidak; adapun yang ditulis dengan alif Cuma satu jenis iaitu perkataan yang mansub, hujungnya bukan hamzah ataupun ta¶ tanis. Contohnya seperti ΎϤϴϠϋ Adapun yang tidak ditulis dengan alif pada hujungnya ada 4 :
1. Kalimah mansub yang akhirnya hamzah ± ˯Ύϣ 2. Kalimah yang diakhiri dengan ha ta¶nis ± ΔϤΣέ 3. Kalimah yang majrur ± Ϧϣ έϮϔϏ 4. Kalimah yang marfu¶ ± ϢϴΣέ ϑϭ΅έ ϦϴϨϣΆϤϟΎΑ Adapun huruf yang ditulis dengan alif pada hujungnya, padanya terdapat 4 mazhab : 1. Meletakkan tanda baris dan tanwin di atas huruf yang sebelum alif. Inilah mazhab al-Khalil dan Sibaweih dan dipilih oleh sebahagian Masyariqah dan inilah yang diamalkan. 2. Meletakkan tanda baris dan tanwin di atas alif. Inilah yang dipilih oleh Syaikhan dan inilah yang digunapakai oleh Magharibah dan juga penduduk Madinah, Kufahdan Basrah. 3. Meletakkan tanda baris di atas huruf dan tanda tanwin di atas alif. 4. Meletakkan tanda baris di atas huruf dan ditarik ke belakang kembali serta diletakkan tanda tanwin di atas alif.
Pendapat yang ketiga dan yang terakhir itu adalah lemah. Manakala, jika sesuatu kalimah itu maqsur, maka padanya terdapat 4 mazhab sepertimana yang terdapat pada perkataan yang hujungnya alif yang baru saja kita bicarakan sama ada perkataan itu madmum, majrur ataupun mansub. Dan wajah yang terpilih dan diamalkan juga adalah sama seperti yang dibincangkan sebelum ini. Manakala, pada kalimah yang seperti ˯Ύϣpadanya terdapat 3 mazhab : 1. Meletakkan hamzah selepas alif dan di atasnya tanda fatah dan tanwin. Inilah wajah yang terpilih.
2. Meletakkan hamzah selepas alif dan selepasnya diletakkan alif kecil dan diletakkan di atas alif kecil tersebut tanda fatah dan tanwin. 3.Meletakkan alif kecil sebelum alif dan di antara keduanya diletakkan hamzah, dan di atas hamzah diletakkan tanda fatah dan tanwin. Pendapat yang kedua dan ketiga adalah dhaif.
Penulisan Al-Qur¶an bermula Sejak Al-Qur¶an diturunkan. Usaha tersebut diteruskan oleh
Saidina Abu Bakar. Setelah khalifah Abu Bakar wafat pada tahun 13 hijrah beliau diganti oleh Khalifah Umar bin al-Khattab dan tugas menyimpan suhuf diambil oleh beliau. Selepas kewafatan khalifah Umar, suhuf tersebut disimpan pula oleh anak perempuannya Hafsah binti Umar sehingga beliau meninggal dunia. Kemudian suhuf tersebut diambil oleh Marwan al-Hakim yang menjadi gabenor Madinah dan terus membakarnya. Pembakaran ini dilakukan selepas suhuf tersebut dijadikan rujukan untuk menulis mashaf imam pada zaman Saidina Usman. Pada permulaan zaman Saidina Usman berlaku penaklukan Islam ke beberapa buah negara di sekitarnya dan ramai penduduk negara-negara yang ditawan memeluk Islam. Berikutan itu banyak berlaku perbezaan pada pembacaan Al-Quran kerana penduduk di setiap kota Islam mempelajari Al-Quran dengan wajah qiraat tertentu daripada sahabat yang berbeza. Pada tahun ke-25 hijrah satu jawatankuasa al-quran telah dibentuk di bawah pengawasan Saidina Usman untuk menyusun dan menyalin semula supaya bacaan dan penulisan al-quran diseragamkan. Penulisan al-quran yang di satu dan diseragamkan melalui beberapa kaedah ini dikenali rasm Uthmani.
! Menurut ahli sejarah, penulisan Al-Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Apabila Rasulullah s.a.w menerima wahyu baginda terus menyampaikan kepada para sahabat dan menerangkan tentang pengertian serta rahsia wahyu tersebut.Bentuk pengajaran ini berbentuk Talaqqi atau Munahadah.Melalui penjelasan Rasulullah s.a.w para sahabat dapat memahami ilmu-ilmu AlQuran dengan sempurna. Sikap para sahabat yang penuh keyakinan dan kecintaan terhadap Al-Quran telah bersungguhsungguh mempelajari Al-Quran daripada Rasulullah s.a.w dengan penuh minat. Antara penulis wahyu yang terkenal ialah:
Abu Bakar As-Sidiq Umar bin al-Khattab Uthman bin Affan Ali bin Abi Talib Zaid bin Thabit Ubai bin Ka'ab Thabit bin Qais
Oleh kerana pada zaman itu tiada kertas, maka penulis wahyu telah mencatatkan ayat-ayat AlQuran tersebut pada pelepah-pelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain.Kemudian catatan itu disalin semula oleh sebahagian sahabat walaupun kebanyakan mereka lebih mengutamakan hafazan.
"
# Selepas kewafatan Rasulullah,para sahabat melantik Saidina Abu Bakar sebagai khalifah
Islam yang pertama.Pada zaman berkenaan wujudnya peperangan Yamamah pada tahun 11 Hijrah iaitu memerangi golongan riddah.Golongan riddah ini ialah orang yang murtad, mengaku sebagai nabi dan golongan yang tidak membayar zakat.Dalam peperangan tersebut seramai 700 orang hafiz AlQuran telah syahid. Imam Bukhari meriwayatkan dalam shahihnya sebab-sebab yang berlatarbelakangkan pengumpulan naskah-naskah Al-Qur¶an yang terjadi pada masa Abu Bakar iaitu Atsar yang diriwatkan dari Zaid bin Tsabit r.a. yang berbunyi:
"Suatu ketika Abu bakar menemuiku untuk menceritakan perihal korban pada perang Yamamah , ternyata Umar juga bersamanya. Abu Bakar berkata :" Umar menghadap kapadaku dan mengatakan bahawa korban yang gugur pada perang Yamamah sangat banyak khususnya dari kalangan para penghafal Al-Qur¶an, aku khawatir kejadian serupa akan menimpa para penghafal AlQur¶an di beberapa tempat sehingga suatu saat tidak akan ada lagi sahabat yang hafal Al-Qur¶an, menurutku sudah saatnya engkau wahai khalifah memerintahkan untuk mengumpul-kan Al-Qur¶an, lalu aku berkata kepada Umar : " Bagaimana mungkin kita melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah S. A. W. ?" Umar menjawab: "Demi Allah, ini adalah sebuah kebaikan". Selanjutnya Umar selalu saja mendesakku untuk melakukannya sehingga Allah melapangkan hatiku, maka aku setuju dengan usul umar untuk mengumpulkan Al-Qur¶an.
O uaid berkata: Abu bakar berkata kepadaku : "engkau adalah seorang pemuda yang cerdas dan pintar, kami tidak meragukan hal itu, dulu engkau menulis wahyu (Al-Qur¶an) untuk Rasulullah s. a. w., maka sekarang periksa dan telitilah Al-Qur¶an lalu kumpulkanlah menjadi sebuah mushaf".
uaid berkata : "Demi Allah, andaikata mereka memerintahkan aku untuk memindah salah satu gunung tidak akan lebih berat dariku dan pada memerintahkan aku untuk mengumpulkan AlQur¶an. Kemudian aku teliti Al-Qur¶an dan mengumpulkannya dari pelepah kurma, lempengan batu, dan hafalan para sahabat yang lain). Berdasarkan peristiwa itu, Saidina Umar telah mencadangkan beberapa kali agar diadakan usaha pengumpulan Al-Quran kerana dikhuatiri Al-Quran akan terhapus kerana ramai Qurra' yang gugur syahid Saidina Abu Bakar berasa ragu-ragu dengan cadangan Saidina Umar pada permulaannya kerana perkara ini tidak pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Tetapi akhirnya Khalifah Abu Bakar bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengarahkan Zaid bin Thabit menyalin semula AlQuran yang telah ditulis dan dihafaz pada zaman Rasulullah s.a.w dengan dibantu beberapa sahabat yang lain.Melalui usaha itu, maka terkumpullah Al-Quran dalm bentuk suhuf. Selepas Khalifah Abu Bakar wafat suhuf tersebut disimpan di rumah Saidina Umar.Selepas kewafatan Saidina Umar lembaran suhuf itu tadi telah disimpan pula oleh Ummul Mukminin Hafsah binti Umar al-Khattab. 6.0
Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan empayar Islam telah berkembang
luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan tempat-tempat lain termasuk Armenia, Arzebaijan dan Khurasan.Umat Islam Islam di wilayah-wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca Al-Quran menurut kaedah-kaedah bacaan Rasulullah s.a.w melalui riwayat bacaan para sahabat yang masyhur antaranya: o Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai bin Ka'ab dan Saidina Umar al-Khattab. o Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada Saidina Uthman bin Affan dan Abu Darda' o Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan dari Saidina Umar al Khattab,Ubai bin Ka'ab,Zaid bin Thabit,Saidina Uthman bin Affan,Saidina Ali bin Abi Talib dan Abu Musa al-Asha'ari.
ó o Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas'ud,Saidina Ali bin Abi Talib,Saidina Uthman bin Affan,Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit. Imam Bukhari meriwayatkan dari Anas r.a. bahawa suatu saat Hudzaifah yang pada waktu itu memimpin pasukan muslim bagi wilayah Syam untuk menakluki Armenia, Azerbaijan dan Iraq, menghadap Uthman dan menyampaikan kepadanya atas realiti yang terjadi dimana terdapat perbezaan bacaan Al-Qur¶an yang mewujudkan perselisihan. Ia berkata : "wahai Uthman, cubalah lihat rakyatmu, mereka berselisih gara-gara bacaan AlQur¶an, jangan sampai mereka terus menerus berselisih sehingga menyerupai kaum Yahudi dan Nasrani ". Pada tahun 25 Hijrah, telah berlaku pertelingkahan antara umat Islam mengenai perbezaan tulisan dan bacaan Al-Quran sehingga hampir tercetusnya peperangan. Hasil daripada cadangan Huzayfah Al-Yamani seorang panglima tentera Iraq, Saidina Uthman telah mengarahkan Zaid bin Thabit mengetuai Jawatankuasa Penulisan Al-Quran untuk menyusun satu mashaf agar tidak berlaku lagi perbalahan.Antara sahabat lain yang turut terlibat ialah: o Abdullah bin Zubair o Said bin Al-'as o Abdul Rahman bin Harith bin Hisham Saidina Uthman telah mengingatkan kepada Jawatankuasa Penulisan Al-Quran bahawa asal rujukan mereka ialah bacaan daripada para Qurra'. Jika terdapat perbezaan bacaan, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa orang-orang Quraisy kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa itu. Menurut pendapat muktamad, Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin sebanyak 6 mashaf. Sebuah mashaf dinamakan "Mushaf al-Imam" untuk kegunaan Saidina Uthman sendiri dan mushaf lain dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan Madinah beserta imam (qari) yang adil dan mutqin untuk mengajar penduduk berkenaan.
a)
Abdullah bin Saaib (Mekah)
b)
Al-Mughirah bin Abi Syahab (Syam)
c)
Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami (Kufah)
d)
Amru bin Qais (Basrah)
e)
Zaid bin Thabit (Madinah)
}
Selepas itu, Saidina Uthman memerintahkan supaya semua lembaran Al-Quran yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan. Walau bagaimanapun, perbezaan bacaan yang ada hingga sekarang ini tidaklah berlawanan dengan apa yang terdapat di dalam mushaf yang telah ditulis pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a bacaan itu telah diterima dari baginda Rasulullah S.A.W secara mutawatir. Usaha-usaha pengumpulan al-Quran dilakukan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam terutamanya dari segi: 1.Dapat menyelamatkan umat Islam dari perpecahan. 2.Dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin tentang penulisan al-Quran. 3.Dapat menyatukan bentuk mushaf yang seragam melalui ejaan dan tulisan. 4.Dapat menyatukan wajah-wajah qiraat melalui satu mushaf. 5.Dapat menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib seperti yang ada sekarang.
$
Pada zaman Bani Umayyah, mereka menggunakan naskhah yang telah dihantar olek Khalifah
Uthman. Naskhah ini telah disalin dan diperbanyakkan dalam keadaan yang asal iaitu tanpa mempunyai baris dan titik. Pertambahan umat islam daripada kalangan bukan arab telah merubah keadaan. Isimilasi bahasa berlaku antara orang arab dengan orang bukan arab. Ini telah memberi kesan kepada bahasa arab yang asli. Kebanyakkan orang bukan arab sukar untuk membezakan kalimah al-quran dan hurufhurufnya.Ini kerana ianya tidak mempunyai sebarang baris dan titik. Jika perkara ini berlaku berterusan ia akan menjejaskan sebutan al-quran dan mengubah kalimah al-quran yang asal. Keadaan ini disedari oleh pemerintah islam pada masa itu. Mereka telah membuat beberapa ikhtiar untuk menjamin keaslian al-quran agar terus berkekalan. Antara usaha tersebut ialah:
« Â memperkenalkan dhobt al-quran iaitu meletakkan tanda baris seperti sukun (baris mati), sabdu, mad dan sebagainya. Ia telah dilaksanakan oleh Abu Aswad al-Duali semasa pemerintahan Khalifah Muawiyah bin Abu Sufian. Usaha ini telah diteruskan oleh ulama¶ terkemudian dengan membuat penambahan terhadap tanda-tanda tersebut. *
Meletakkan titik untuk membezakan antara huruf seperti titik pada huruf ba, ta, sa dan lain-lain. Ia dilaksanakan oleh Nasr bin Asim dan Yahya bin Ya¶mur. Ia dilakukan pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan dengan bantuan Hajjaj bin Yusuf Saqafi.
Proses penambahbaikan tanda-tanda al-Quran telah diteruskan pada zaman Abasiyah. Ia dilaksanakan oleh Khalil bin Ahmad al-Basari. Ia telah membuat sedikit pengubahsuaian terhadap tanda-tanda yang telah dibuat oleh Abu Aswad al-Duali dan tanda-tanda inilah yang kita gunakan sekarang.
}
!
! Huruf hijaiyyah terletak selepas daripada daripada nun sakinah ia bergerak bagi menyelesaikan dua tanda mati iaitu pertama terletak pada selepas huruf izhar atau huruf daripada sebahagian huruf ikhfa dan huruf idgham dan huruf iqlab Pendapat jumhur ulama huruf izhar ialah huruf hamzah, Ha, ain. Ghain dan pada pendapat Abu Jaafar iaitu Hamzah, Ha, Ain, Haa Hukum bagi tanwin adalah Tarkib. Tarkib: ia menjadikan alamat harakat dan tanwin antara dua-dua seperti baris (=) menggambarkan makhraj tanwin daripada makhraj huruf izhar melalui tanda Dabt dengan tarkib bagi isyarat yang ditentukan sepertimana ditentukan makhraj tersebut. Huruf-huruf selain daripada izhar dan iqlab adalah mengikut hukum tanwin. I¶tiba: tanda harakat dan tanwin mengikut ketika tanwin (=) diletakkan di sebelah kanan atau kiri bagi menandakan dekat dengan tulisan. ñ Mim kecil diletakkan pada tanda tanwin bersama harakat bagi isyarat pada mim tanwin
dengan huruf ba Terdapat dua pendapat yang mengatakan bahawa iqlab ini adalah huruf ba Pertama: mim kecil diletakkan sebagai tanda tanwin bersama harakat dan isyarat Kedua: tanda tanwin dan harakat.
c
Hukum tanwin juga mempunyai huruf yang terletak selepas pada tanwin ñ
Huruf izhar, ikhfa¶, dan iqlab iaitu hukum berharakat sahaja
ñ Huruf idgham iaitu hukum mempunyai tasydid atau taharik dengan berharakat iaitu sempurna
hukum idgham tersebut ñ Huruf idgham yang mempunyai dua huruf (wau ya) mengikut jumhur ulama menyembunyi
tasydid tanpa harakat bagi tnada yang mengikut dan tidak sempurna idgham tanpa memakai Ikhfa¶ dan jawab demikian disyarahkan bilangan huruf Ikhfa¶ dan tanda Ikhfa¶(wabarkun yaja¶lun) sepetimana bacaan khalaf hukum ini bertasydid dengan taharuk.
Apabila digerakkan tanwin bagi menyiapkan daripada tanda mati (makhthra unzuramalan abgi tarkib tanwin izhar kecuali pada ( adan awal) atas bacaan Idgham di tiba¶ dan bertasydid lam maka sempurna Idgham. Huruf ijaiyyah selepas nun sakinah. Huruf Ikhfa¶. Izhar dan huruf daripada huruf idgham. Ia adalah kalimah atau dua kalimah. Bacaan abu Jaafar adalah hukum nun sakinah atas sakinah sebagai tanda bagi menerangkan, man amana, man hajara ñ Huruf izhar tidak sama dengan huruf izhar adalah hukum nun yang disembunyikan daripada
tanda mati ñ Huruf iqlab dua pendapat
1. Mim kecil atas nun disembunyikan daripada sukun bagi tanda 2. Nun yang sukun bagi tanda tiada izhar.
Hukum huruf yang terletak selepas nun sakinah ñ Huruf izhar, ikhfa atau iqlab adalah hukum yang bergerak berharakat sahaja.
Manakala huruf-huruf satu daripada (lam nar) adalah hukum tasydid dan taharik berharakat bagi menyempurnakan idgham. Apabila terletak diantara dua huruf ini( wau dan ya) adalah kalimah atau dua kalimah. Hukum nun yang terletak pada atas sukun bagi izhar dan hukum pada selepas nun sakinah yang disembunyikan tanpa harakat makna pada dua kalimah fa¶la bacaan khalaf bagi hamzah iatu disembunyikan nun daripada sukun dan tasydid disempurnkan bacaan idgahm tersebut.
cc Mengikut bacaan jumhur bagi tanda nun sakinah terdapat dua pecahan: 1. Takrif nun sakinah bagi isyarat kepada tiada Izhar bagi nun sakinah dan kosongkan pada nun sakinah daripada Tasydid tanpa Harakat tidak sempurna Idgham (ϢϜΑέ ϕίέ Ϧϣ dan tidak kosong bagi syarah bilangan ikhfa¶. 2. Tasydid selepas isyarat bagi Idgham dan terletak sukun atas nun bagi isyarat Idgham Naqis. Seperti contoh
}
(ϞϤόϳ Ϧϣ dipilih dua Syeikh bagi amalan Magharibah.
! %
& ¨ϤΠϴϟ ˯ϻϮϣϻ ϲϓ ΔϨϏ¨Α ϮϤϏΩ ϦϳϮϨΘϟ ϢϬϠϛϭ 1)
Bersepakat qura¶ yang 7 mengidghamkan tanwin dan nun sakinah dan tanwin tanpa dengung
pada lam dan ra¶. Contoh : ( ϢϜΑέ ϕίέ Ϧϣ ± ϢϴΣήϟ έϮϔϏ ± ϥϮϤϠόϳ ϻ ϦϜϟϭ ± ϦϴϘΘϤϠϟ ϯΪϫ ) Ini dinamakan sebagai idgham bila ghunnah ¨ ϒϠΧ ΎϬϧϭΩΎϴϟϭ ϭϮϟ ϲϓϭ ΔϨϏ ϊϣ ϮϤϏΩ ϮϤϨϴΑ Ϟϛϭ 2) Bersepakat qura¶ 7 mengidghamkan nun sakinah dan tanwin pada huruf a¶,nun,dan wau serta dengung seperti : ( ΓήοΎϧ άΌϣϮϳ ± ΔϤόϧ Ϧϣ ± άΌϣϮϳ ϩϮΟϭ ± ϞϤόϳ Ϧϣ) Khilaf oleh kholaf dan hamzah mengidghamkan nun sakinah dan tanwin tanpa dengung pada wau dan ya. Syarat idgham nun sakinah di akhir kalimah dan huruf idgham di awal kalimah kedua Ini dinamakan sebagai idgham ma¶alghunnah.Wajib izhar apabila berhimpun dalam satu kalimah seperti : (ΎϴϧΩ ± ΎϴϨΑ ± ϥϮϨϗ ± ϥϮϨλ ) Ini dinamakan sebagai izhar mutlak.
¨ϘΛ ϑΎπϤϟ ϩΎΒη ΔϓΎΨϣ ΔϤϠϜΑ ήϬχ ΎϤϫΪϨϋϭ 3) Diizharkan nun sakinah apabila berhimpun nun sakinah bersama wau @ ya¶ dalam satu kalimah dua huruf yang sama. Contoh : (ϥϮϨλ ± ϥϮϨϗ ± ΎϴϨΑ ± ΎϴϧΩ )
cù
¨ϔϏ ΔϴϟΎΣ Ϣϋ ϢϜΣ ΝΎϫ ϻ ήϬχ ϞϜϠϟ ϖΤϟ ϑϭήΣ ΪϨϋϭ 4) Bersepakat qura¶ 7 mengizharkan nun sakinah dan tanwin ketika bertemu kedua-duanya daripada huruf halqi iaitu : Bil Huruf contoh 1 Ϧϣ Ϟϛ ± Ϧϣ Ϧϣ ± ϥϭ΄Ϩϳ ˯ 2 έΎϫ ϑήΟ ± ΩΎϫ Ϧϣ ± ϥϮϬϨϳ ϩ 3 ΪϴϤΣ ϢϴϜΣ Ϧϣ ± ήΤϧϭ Ρ 4 ϢϴϠϋ ϢϴϜΣ ± ϞϤϋ Ϧϣ ± ΖϤόϧ ω 5 ΎϤϴΣέ έϮϔϏ ± ϞϏ Ϧϣ ± ϥϮπϐϨϴδϓ ύ 6 ήϴΧ ΓέΫ ± ήϴΧ Ϧϣ ± ΔϘϨΨϨϤϟ Υ Ini dinamakan sebagai izhar halqi
¨ϤϜϴϟ ϲϗϮΒϟ ΪϨϋ Δ ϨϏ ϰϠϋ ΎϴϔΣϭ ΎΒϟ ϯΪϟ ΎϤϴϣ ΎϤϬΒΒϠϗϭ 5) Bersepakat qura¶ 7 menukarkan nun sakinah dan tanwin kepada mim ketika bertemu ba¶ serta memelihara ghunnah dan ikhfak. Contoh : ( έϭΪμϟ ΕάΑ ϢϬϴϠϋ ϢϫΪϳ ϦϴΑ Ϧϣ ± ϰϧΆΒϧ ) Baki 15 huruf dinamakan ikhfak haqiqi dan dibaca secara dengung. Contoh :Bil Huruf Contoh 1 ϢϛήμϨϳ ι 2 έάϨϣ Ϋ 3 ϥϮΜϜϨϳ ϙ 4 ϢϛΎϨΒΠϧ Ν 5 ϥϮϘτϨ ρ 6 ϩΎϨϟΰϧ ί 7 ϮϘϔϧ ϑ 8 ϢΘϧϭ Ε 9 ΊθϨϳ ε 10 ϥϮΒϠϘϨϣ ϕ 11 Ϫ ΄δϨϣ α 12 ΩΪϧ Ω 13 έϮΜϨϣ Ι 14 ΩϮπϨϣ ν 15 ϥϭήψϨϳ υ
c
c
' !
Ilmu Dhobt al-Quran adalah tanda dalam ayat al-Quran bagi memudahkan semua orang yang beragama Islam membaca al-Quran dengan mudah dan senang untuk difahami. Oleh yang demikian, bacaan yang lebih mudah untuk dibaca semua lapisan masyarakat adalah dengan meggunakan bahasa masing-masing. Bahasa yang sesuai untuk membantu golongan yang kurang lancar dalam bacaan al-Quran dan tidak mengenali bacaan al-Quran dalam bahagian nun sakinah dan tanwin adalah seperti berikut: Contoh: Sakinah bermaksud tanda mati di tandakan sebagai kosongkan bahagian tersebut. Contoh:
ϞϤόϳ Ϧϣ
man yakmal
Tanwin bermaksud tanda yang mengikut ejaan rumi seperti Contoh:
cc
ϢϴΣήϟ έϮϔϏ
ghafururrahim
(
Ilmu dhobt merupakan ilmu yang berkaitan dengan tanda baris dan cara bacaan yang sesuai mengikut dengan pendapat-pendapat ulama yang mahir dalam bidang ilmu qiraat dan dhobt al-Quran ini. Oleh yang demikian, sifat tanwin dan nun sakinah sesuai dengan keadaan yang telah diletakkan mengikut pendapat-pendapat ulama daripada hasil dalil yang soheh dan bertepatan dengan hadis dah sunnah nabi Muhammad saw.
c cù
Al-Quran Al-Karim C.H.M Versteegh. 1993. Arabic Grammar And Quranic Exegesis In Early Islam.Library of Congres Cataloging in Publication Data. Leiden. New York. Hassan K. Habash Al Bayati.1993. Collection & Compilation The Holy Quran. Dar Al Kalam.Beirut. Lubnan.
View more...
Comments