Contoh Ulasan Dan Kritikan Jurnal Tempatan Dan Antarabangsa

May 20, 2018 | Author: Tan Zee Ying | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Contoh Ulasan Dan Kritikan Jurnal Tempatan Dan Antarabangsa...

Description

PANDUAN MEMBUAT SOROTAN KAJIAN / ULASAN ARTIKEL/JURNAL

Gunakan panduan berikut untuk membantu anda dalam melaksanakan sorotan kajian/kritik jurnal @ artikel. TEKNIK2 MEMBUAT SOROTAN KAJIAN SUMBER PRIMER (ASAL) 1. Persediaan untuk kritik - baca (skim) keseluruhan artikel untuk mendapatkan maksud keseluruhan (overall view) ~ baca sepintas lalu - Lihat tajuk dan ingat untuk mencari maklumat2 yang diperlukan - Baca dengan teliti artikel, cari isi-isi penting 2. Menulis Kritik  A. Pengenalan Pengenalan : secara secara ringkas, ringkas, laporkan laporkan sinopsis sinopsis artikel artikel B. Body (badan kritik) 1. Penyataan Masalah (2-4 perenggan) a. Tentang apa? Adakah signifikan/berkaitan? signifikan/berkaita n? Adakah ia dinyatakan dgn jelas atau diserahkan kpd pembaca untuk menanggap? b. Adakah penyataan yg jelas tentang : tujuan/objektif kajian, hipotesis/teori yg digunakan dlm kajian dan definisi / terma khusus yang digunakan dalam kajian. 2. Sorotan Kajian ( 2-3 perenggan) a. Bagaimanakah sumber yang dinyatakan/dipetik dinyatakan/dipeti k sesuai dengan tajuk kajian b. Adakah sorotan sorotan terlalu luas / terlalu sempit c. Adakah artikel yg disorot yg terbaru / lama. Adakah sorotan tersebut mencukupi? d. Apakah bukti yang ada bias / sepenuhnya ditulis secara objektif 3. Design (bentuk) dan Prosedur (3-6 perenggan) NOTA: Inilah jantung kritikan anda!  a. Apakah jenis metodologi kajian yang digunakan? b. Adakah bentuk kajian bentuk replika/ kajian terdahulu / kajian asal (asli) c. Apakah alat kajian yang digunakan? Adakah alat kajian tersebut cukup/dapat mengukur sampel kajian? d. Adakah prosedur kajian dirancang dgn teliti dan berstruktur? e. Adakah alat kajian telah diuji - ujian rintis (pilot test). Apakah impak ujian rintis terhadap implementasi prosedur? f. Adakah prosedur jelas sehingga dapat direplikakan? direplikakan ? g. Apakah wujud pembolehubah (variables) dan bagaimanakah variables tersebut dikekalkan tahapnya? h. Adakah pemilihan sampel kajian mencukupi dan sah ? 4. Analisis Data dan Persembahan (2-4 perenggan) a. Bagaimanakah analisis data artikel tersebut? 1

b. Apakah jenis data yang dipersembahkan? (qualitatif, quantitatif - rajah, jadual, graf, diagram, pai) c. Adakah dapatan kajian menyokong hipotesis awal/tujuan kajian? Adakah dapatan tersebut positif / negatif? d. Adakah kelemahan, masalah yang dinyatakan telah dibincangkan secara jujur/telus dan terbuka? 5. a. b. c. d. e.

Rumusan dan Implikasi ( 1-2 perenggan) Adakah data menyokong rumusan yang dibuat Adakah rumusan berkaitan dengan tujuan asal kajian? Apakah implikasi kajian dibuat? Apakah perbezaan audiens pembaca dinyatakan dalam implikasi kajian tersebut Adakah cadangan kajian selanjutnya dinyatakan dlm kajian tersebut?

C. Penutup : Apakah penilaian keseluruhan anda terhadap artikel tersebut? Disediakan oleh : Cik Siti Salamah bt. Mohd Yusof  Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Bahasa Melayu 59990 Kuala Lumpur.

Contoh ulasan (Kredit : Nur Kareena Aqila  – Pelajar UPSI) Jurnal Tempatan

Tajuk 1 : Pendidikan Inklusif di Brunei Ulasan jurnal

Dalam jurnal ini, penulis menulis hal berkaitan dengan pendidikan inklusif di Brunei. Brunei adalah merupakan salah satu negara yang mementingkan pendidikan khas disebabkan oleh terdapatnya segelintir pelajar yang masih tidak dapat mengikuti pelajaran sebagaimana pelajar biasa dalam arus perdana. Di Brunei, pendidikan mereka mengamalkan sistem paten 7 -3-2-2. Paten tersebut merujuk kepada pendidikan rendah, menengah rendah, menengah atas dan prauniversiti. Pelajar perlu menduduki empat peperiksaan awam sepanjang persekolahan. Berdasarkan daripada slogan “ Pendidikan untuk semua ”, kerajaan Brunei tetap memberikan peluang belajar kepada kanak-kanak bekeperluan untuk belajar sama seperti pelajarpelajar lain walaupun terdapat kekurangan pada diri mereka. Segala kebajikan kanak -kanak bekeperluan khas ini diambil kira.

2

Dalam jurnal ini penulis membincangkan mengenai arah alir pendidikan inklusif di Brunei. Penulis turut membincangkan mengenai polisi, inisiatif guru, serta pelaksanaan model mengenai pendidikan inklusif. Setiap perkara dibincangkan dengan teliti mengikut perkembangan dari semasa ke semasa. Menurut Polisi Pendidikan Nasional daripada Kementerian Pendidikan, 1992 menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu mendapat pendidikan di Brunei sekurang-kurangnya pada peringkat menengah atas ataupun pada peringkat vokasional supaya dapat membangunkan potensi yang dapat memainkan peranan mereka pada negara pada masa akan datang. Menurut penulis, Kementerian Pelajaran Brunei telah memperkenalkan pendidikan khas setelah terdapatnya pelajar yang gagal untuk meneruskan pengajian pada peringkat seterusnya. Setelah itu Unit Pendidikan Khas ( UPK ) telah menyediakan proposal untuk dibentangkan kepada Kementerian Pelajaran. Pendidikan khas di negara ini bermula daripada cadangan yang dikemukakan oleh UPK yang telah mencadangkan supaya unit tersebut ditubuhkan sesegera mungkin untuk merancang serta melaksanakan pendidikan khas di Brunei. UPK ini telah merencanakan atau perlu untuk melaksanakan hal-hal seperti mengenalpasti pelajar-pelajar bekeperluan khas yang memerlukan pendidikan. Hal ini kerana terdapat segelintir pelajar bekeperluan khas yang tidak dapat mengikuti pelajaran seperti pelajar lain. Mereka juga perlu untuk mempertingkatkan kesedaran kepada masyarakat luar mengenai kepentingan dan keperluan pendidikan khas. Berikutnya merek a  juga perlu untuk menilai program pendidikan khas yang dilaksanakan mencapai objektif ataupun tidak disamping perlu untuk meyediakan garis panduan serta membantu dalam merumuskan keberkesanan pelaksanaan program dan servis pendidikan khas yang disediakan. Melalui Deklarasi Hak Orang Kurang Upaya telah menyeru supaya negaranegara yang terlibat untuk menyokong hak manusia, pendidikan, integrasi, guna tenaga penut (GTP), serta keadaan ekonomi dan sosial kepada orang kurang upaya. Hal ini yang lebih membangkitkan rasa untuk mempertingkatkan hak orang kurang upaya di Brunei setelah mereka turut menyertai deklarasi tersebut. Negara ini turut menyertai beberapa persidangan seperti Persidangan Kebangsaan UNESCO mengenai Pendidikan Untuk Semua di Thailand pada tahun 1990 dan Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Khas di Salamanca pada tahun 2002. Brunei juga telah mengadakan dua persidangan mengenai pendidikan khas yang menekankan mengenai pendidikan untuk semua serta pelaksanaannya di Brunei sendiri. Melalui persidangan tersebut jugalah Menteri Pendidikan telah memperkenalkan beberapa kurikulum utama yang menggantikan bidang dasar 3

pendidikan dwibahasa, teknologi maklumat dan rujukan kurikulum untuk beberapa subjek di sekolah. Bergerak seiring dengan tujuan ini, perubahan turut berlaku kepada peringkat latihan pendidikan guru. Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (IPSHB) telah menggantikan keseluruhan kurikulum yang melibatkan kurikulum khusus yang mengarah kepada artikulasi, keseimbangan, perpaduan dan pembezaan terhadap pendidikan. Berkaitan dengan itu, pihak institusi telah melaksanakan beberapa perkara seperti memperkenalkan kursus teras mengenai pendidikan inklusif yang dikhaskan kepada program sekolah rendah, kaedah pengajaran kanak-kanak bekeperluan khas di dalam beberapa kursus kurikulum pendidikan, penukaran kepada penambahbaikan program dalam ijazah sarjana muda pendidikan peringkat pendidikan rendah yang di spesifikkan kepada beberapa bidang termasuklah bidang pendidikan khas serta lain-lain lagi. IPSHB ini turut bekerjasama dengan UPK dalam Kementerian Pendidikan untuk melatih guru-guru pendidikan khas yang dipanggil sebagai pembantu pendidikan khas. Menurut penulis, pelaksanaan pendidikan khas di Brunei adalah berdasarkan Model Pembantu Pelajaran. Satu draf Rancangan Pendidikan Individu (RPI) disediakan oleh pembantu pendidikan khas yang berdasarkan daripada maklumat ibubapa serta guru kelas. Draf tersebut kemudiannya dihantar kepada sistem maklumat sekolah. Setelah RPI pelajar tersebut diluluskan maka pelaksanaan dan pengawasan dari pembantu pendidikan khas yang bergabing dengan guru kelas biasa. Pelajar tersebut dari semasa ke semasa akan dipantau, dan sekiranya perlu mereka akan dihantar ke Pusat Bantuan Pelajaran secara individu atu berkumpulan yang diarahkan oleh pembantu pendidikan khas. Di dalam pusat tersebut pembantu pendidikan khas akan melaksanakan pelbagai strategi dan juga bahan pengajaran termasuklah arahan lisan dan sistem token. Sejak dari tahun 1994, beberapa perkembangan besar berlaku dalam pendidikan khas di sekolah. Hal ini demi memastikan hak kanak-kanak bekeperluan khas terjaga. Pekembangan pendidikan khas di Brunei bermula pada tahun 1994 apabila Universiti Brunei Darussalam telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Brunei. Perkembangan pendidikan khas dinegara ini berkembang dari tahun ke tahun sehingga kini. Kesimpulannya, memandangkan pendidikan inklusif ini melibatkan tenaga kerja guru yang besar maka sebuah kajian yang lebih menyeluruh diperlukan untuk meneruskan pemantauan dan meningkatkan keupayaan pendidikan inklusif pada masa sekarang. Sebelum ini, Brunei telah mencapai satu tahap yang menggalakkan dalam memperkenalkan pendidikan inklusif ini kep ada arus perdana. Kajian selanjutnya pasti akan dapat membantu negara ini untuk terus membangunkan pendidikan inklusif ini.

4

Tajuk 2 : Kaedah E-suara dalam peperiksaan murid-murid pendidikan khas Ulasan jurnal

Dalam pendidikan khas terdapat pelbagai jenis masalah yang termasuk di dalam golongan ini. Di antaranya termasuklah masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran dalam singkatan penerangan boleh dikategorikan sebagai masalah 3M iaitu masalah membaca, mengira, serta menulis. Kanak-kanak yang menghadapi ini sudah pastinya mempunyai masalah untuk menjawab soalan peperiksaan. Hal ini menyebabkan keputusan mereka lebih rendah berbanding pelajar yang normal. Soalan peperiksaan awam lazimnya disediakan tanpa mengambil kira masalah dan ketidakupayaan murid-murid yang dikategorikan sebagai pendidikan khas. Oleh itu, mereka sering mempunyai keputusan yang rendah dalam peperiksaan. Murid-murid bermasalah pembelajaran juga memerlukan masa yang lebih lama ketika menjawab soalan peperiksaan objektif dan subjekt if. Struktur ayat dan penggunaan bahasa dalam soalan peperiksaan awam negara adalah sememangnya sesuai untuk pelajar biasa tetapi kurang sesuai bagi pelajar bermasalah pembelajaran. Dengan itu, satu kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah esuara dalam membantu murid-murid pendidikan khas kategori masalah pembelajaran dalam menjawab soalan peperiksaan tanpa melakukan modifikasi dari segi kandungan atau kualiti soalan peperiksaan berkenaan. Dalam jurnal ini juga penulis menyatakan mengenai tahap kebolehan membaca muridmurid bermasalah pembelajaran sebelum mengambil peperiksaan PMR, perbezaan di antara pencapaian peperiksaan kaedah biasa dengan kaedah e-suara dan perbezaan di antara pencapaian peperiksaan yang menggunakan kaedah biasa bahagian objektif bagi matapelajaran Bahasa Melayu dengan kaedah e-suara. Menurut penulis kajian ini adalah untuk memperkenalkan sebuah sistem pentaksiran bagi murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Kajian ini dilakukan dengan memilih murid-murid integrasi di sekolah menengah yang pernah mengambil PMR, murid-murid bermasalah pembelajaran dalam program integrasi yang diminta oleh ibu bapa, murid -murid bermasalah pembelajaran dari aliran perdana Tingkatan 3 serta murid-murid gagal dalam semua matapelajaran di peringkat PMR. Mereka yang terpilih ini dibahagikan kepada 3 kumpulan yang menggunakan tiga kaedah yang berlainan iaitu kaedah biasa, kaedah e-suara I dan kaedah e-suara II.

5

Kesemua responden adalah seramai 163 orang murid -murid bermasalah pembelajaran mengikuti kelas aliran perdana secara separa inklusif atau inklusif sepenuhnya.Kaedah biasa adalah kaedah tradisional atau konvensional berbebtuk penggunaan kertas dan pensel. Manakala kaedah e-suara I pula memerlukan responden untuk melihat dan mendengar item soalan melalui komputer tetapi menjawab soalan di dalam kertas OMR atau kertas saranan jawapan dan kaedah esuara II pula ialah melalui mendengar item soalan dengan komputer serta menjawab soalan yang terdapat di dalam komputer tersebut. Terdapat 20 item yang diuji mengikut Jadual Penentuan Ujian (JPU) mengandungi ketiga-tiga tahap aras tertinggi, aras sederhana dan aras rendah. Berdasarkan kajian tersebut menunjukkan bahawa item 13 mencatatkan skor yang paling tinggi bagi soalan yang dijawab dengan betul iaitu seramai 92 responden. Manakala item 1 pula mencapai keputusan yang paling rendah berbanding dengan 20 item yang lain. Dalam peperiksaan Bahasa Melayu menggunakan kaedah e-suara I menunjukkan bahawa item 3 telah mencapai tahap skor yang paling tinggi manakala item 15 mencapai tahap yang paling rendah.Berdasarkan dapatan kajian skor pencapaian Bahasa Melayu menggunakan kaedah e-suara II menunjukkan bahawa item 11 mendapat peratusan menjawab dengan betul paling tinggi dan peratusan yang terendah adalah item 19. Terdapat perbezaan yang agak ketara dalam hasil analisis keseluruhan keputusan dimana kaedah e-suara II telah mendapat peratusan sebanyak 49 peratus berbanding dengan kaeadh biasa hanya 30 peratusa dan keadah e-suara I mendapat peratus sebanyak 40 peratus sahaja. Kesimpulannya, kaedah e-suara II boleh digunakan sebagai satu penaksiran baru yang dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran di Malaysia bagi mengimbangi pencapaian mereka dengan pencapaian murid-murid tipikal. Keseluruhan data telah membuktikan bahawa kebanyakkan murid-murid yang menghadapi masalah dalam peperiksaan disebabkan oleh masalah kesukaran mereka untuk membaca atau menulis. Hal ini harus dititik beratkan agar tidak ada murid yang ketinggalan dalam pendidikan.

6

J u r n a l a n t a r ab a n g s a

Tajuk 1: Pembangunan pengukuran berasaskan kurikulum Ulasan jurnal

Pengukuran berasaskan kurikulum (PBK) dibina untuk menguji keberkesanan model intervensi dalam pendidikan khas. Model tersebut adalah berdasarkan idea di mana guru pendidikan khas boleh untuk mengulangi data pengukuran menilai formatif pengajaran serta meningkatkan keberkesanannya. Selain daripada itu, PBK adalah sebagai satu penyelidikan dan pembangunan yang telah dibuat selama 6 tahun dibiayai oleh Universiti Minnesota, Institut Penyelidikan Pendidikan Khas. Berdasarkan penyelidikan tersebut satu pemantauan prosedur dalam membaca, mengeja dan menulis iaitu kemahiran 3M. Di antara prosedur yang termasuk dalam penyelidikan tersebut adalah peraturan penentuan digunakan untuk meningkatkan program pendidikan serta hasil utama penyelidikan yang terhasil hendaklah haruslah diukur. Di antara ciri-ciri PBk adalah melengkapi aspek teknikal. Ini keran PBK diterima pakai dan disahkan telah dicapai melalui pemerhatian yang telah distandardkan. Seterusnya adalah standard pengukuran tugasan. Standard pengukuran tugasan ini dikenalpasti digunakan dalam PBK termasuklah membaca secara lisan daripada teks dan perkataan yang telah dipilih daripada teks, membaca, menulis perkataan mengikut turutan apabila diberi satu cerita bergambar, menulis jawapan yang betul atau angka dalam meyelesaikan tugasan matematik. Selain daripada itu, PBK adalah sebagai satu kemasukan dan pemarkahan. PBK prosedur adalah termasuk spesifikasi, kemasukan, objektif pelajar dan prosedur pemarkahan yang digabungkan untuk memastikan kecukupan kesahan dan kemampuan daripada data sebara individu dan berkumpulan yang diukur melalui perbezaan mengikut masa. Pensampelan prestasi juga merupakan di antara ciri PBK. Hal ini kerana, prestasi akademik disampelkan melalui prosedur pemerhatian. Dalam membaca contohnya pelajar diminta untuk membaca teks secara lisan dalam masa 1 minit dan akan terdapat pemerhati yang akan mengira perkataan yang disebut dengan betul ataupun tidak betul. Dengan itu, keputusan pelajar dapat diketahui dan guru dapat mengetahui kebolehan dan tahap pelajar tersebut. Berikutnya adalah kebekesanan masa. PBK adalah dibina untuk keberkesanan. Kepelbagaian pensampelan prestasi memerlukan pengukuran dengan tempoh masa yang singkat. Pensampelan prestasi adalah di antara satu sehingga tiga minit, bergantung kepada kemahiran yang diukur serta jumlah sampel yang 7

diperlukan utnuk memaksimumkan kebolehpercayaan. Ciri yang terakhir adalah mudah untuk diajar. PBK yang dibina telah dibuat untuk meringankan kerja ahli-ahli profesional, paraprofesional dan ibubapa yang boleh dipelajari untuk menggunakan prosedur. Selain daripada ciri dan latar belakang mengenai PBK ini, penulis turut ada mengemukakan beberapa kegunaan biasa PBK. Tujuan sebenar kegunaan PBK adalah untuk membolehkan guru-guru untuk menilai formatif arahan mereka. Di antara kegunaan biasa PBK adalah untuk meningkatkan program arahan individu, meningkatkan keringanan dalam komunikasi, meningkatkan rancangan pengajaran guru, meramal prestasi dalam kriteria penting , membangunkan norma, menyaring untuk mengenalpasti pelajar yang mempunyai risiko dalam akademik mereka, menilai keberkesanan intervensi di dalam kelas, mengurangkan penindasan dalam penilaian, menyarankan dan menilai kelas inklusif, memberikan alternatif untuk mengenalpasti prosedur pendidikan khas, meramalkan prestasi dalam keperluan penilaian, mengukur perkembangan dalam program sekolah menengah dan berkaitan serta meramalkan kejayaan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Berdasarkan dua kajian yang telah dijalankan untuk mengenalpasti faktor yang dikenalpasti sebagai penghalang untuk melaksanakan PBK, didapati bahawa sehingga 85 peratus daripada 300 orang guru yang telah diuji mengatakan bahawa mereka sedara akan kekerapan pengukuran dalam prestasi pelajar di mana hanya setengah prosedur yang digunakan mereka pernah digunakan. Apa yang menariknya, terdapat hasil kajian menunjukkan bahawa guru yang menggunakan PBK memerlukan masa yang kurang sebanyak 10 peratus untuk melaksanakan pengukuran. Kegunaan PBK sebagai alat untuk mnegukur perkembangan dalam bacaan digunakan secara intensif sebagai contoh masa terhad dalam bacaan lisan. Dalam literasi am berkaitan perkembangan bacaan dimana kelajuan membaca pelajar boleh digunakan untuk menukarkan teks kepada bahasa pertuturan yang dikatakan satu perkara penting dalam kemahiran membaca. Walaupun begitu, kelajuan dalam bacaan tidak dapat menentukan ketepatan dalam mengenalpasti perkataan. Kegunaan yang paling berkesan dalam PBK ini adalah menilai formatif dalam program pelajar secara individu yang hampir selalunya berlaku untuk menetapkan dimana seseorang guru pelajar pendidikan khas untuk membentuk kemahiran dan masa untuk merancang pengajaran kepada mereka. Guru pendidikan khas mereka model penilaian formatif yang didemonstrasi secara efektif untuk meningkatkan keberkesanan pelajaran pelajar pendidikan khas. Selalunya, ini bermaksud bahawa kejayaan guru dalam meningkatkan pencapaian pelajar pendidikan khas dalam kurikulum aliran arus perdana berjaya.

8

Kesimpulannya, penggunaan PBK dapat menyokong guru biasa bersedia dengan peningkatan diversiti dalam kelas termasuklah di dalam kelas inklusif dengan kecacatan. PBK boleh digunakan untuk membantu guru-guru pendidikan khas dalam merencakan sesebuah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas sesuai dengan kebolehan dan kemampuan setiap pelajar tersebut kerana kanakkanak atau pelajar pendidikan khas yang mempunyai pelbagai masalah yang kadangkala sukar untuk diatasi.

Tajuk 2 : 10 Tanggapan Negatif Mengenai Pengajaran dan Pembelajaran yang Mengurangkan Keberkesanan Program Pendidikan Khas. Ulasan jurnal

Seringkali pendidikan khas dipandang rendah oleh setiap lapisan masyarakat. Hanya segelintir sahaja yang memberikan tanggapan yang pos itif terhadap pendidikan khas. Perkara ini yang menyebabkan pelbagai lontaran pandangan negatif dikeluarkan dan disampaikan dari mulut ke mulut sehingga boleh menyebabkan tujuan sebenar kewujudan pendidikan khas diabaikan. Kebiasaannya tanggapan-tanggapan negatif mengenai pengajaran dan pembelajaran (P&P) mempengaruhi guru-guru mahupun pelajar pendidikan khas itu sendiri. Melalui jurnal ini, disertakan antara 10 tanggapan negatif yang menghadkan keberkesanan dalam pendidikan khas akibat yang akan berlaku berdasarkan penyelidikan berdasarkan amalan pengajaran. Setiap tanggapan tersebut diterangakan secara terperinci dan penulis turut men yertakan beberapa cara utnuk mengatasi masalah ini. Sebelum kita pergi kepada masalah utama, penulis ada menyebut mengenai empat perspektif yang berkaitan dengan masalah ini. Di antaranya adalah pelajar yang mempunyai kecacatan mempunyai hak untuk mendapatkan dalam pelajaran, pendidikan khas seharusnya lebih terarah, dispesifikasikan serta intensif, penyelidikan yang terhasil adalah berguna serta diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai berasakan pengetahuan lingkungan pendidikan khas dan penyelidikan berasaskan pengajaran adalah berdasarkan pendidikan khas. Menerusi perspektif yang pertama, guru-guru pendidikan khas mempunyai tanggungjawab untuk merekacipta satu pelaksana dan menilai pengajaran yang dapat membantu pelajar dengan masalah kecacatan, diumumkan, dan mengekalkan pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan kualiti kehidupan di sekolah, rumah, komuniti dan tempat bekerja. Seterusnya kita pergi kepada 9

tanggapan negatif yang mempengaruhi P&P pendidikan khas. Di antaranya adalah kurikulum berstruktur menghalang pembelajaran sebenar. Hal ini lebih kepada pendidikan yang sudah ditetapkan dalam P&P. Kerajaan telah menetapkan beberapa perkara atau pelajaran yang perlu diajar oleh guru kepada pelajar pendidikan khas, namun begitu ada yang bependapat bahawa tidak seharusnya semua perkara harus diajar kepada pelajar pendidikan khas. Berikutnya adalah mengajar pendidikan kemahiran yang remeh lalu mengabaikan keseluruhan kanak-kanak. Pendidikan kemahiran ini lebih merujuk kepada kemahiran yang diajar mengikut prosedur yang ada menyebabkan pelajar terabai. Hal ini kerana pelajar pendidikan khas bukan seperti pelajar aliran perdana yang mudah untuk mendapat apa yang telah dipelajari dengan cepat, mereka terpaksa mengambil masa yang lama untuk mendapat apa yang dipelajari disebabkan beberapa penghalang atau kekurangan yang menghadkan pembelajaran mereka secara cepat. Oleh itu, mereka menganggap bahawa kanak-kanak ini akan terabai. Seterusnya adalah pemahaman latihan dan amalan terhad pelajar da n melemahkan kreativiti. Guru sekarang mengatakan bahawa latihan dan amalan terhadap kemahiran asas adalah tidak penting. Disebabkan itu, guru mengajar tetapi tidak mengambil kira tahap kelehahan sesorang pelajar untuk diajarkan kepada mereka. Selain daripada itu, guru dikatakan tidak perlu untuk mengukur tahap pencapaian pelajar. Sesorang pelajar pendidikan khas tidak boleh untuk diukur prestasi pembelajaran mereka kerana matlamat pengajaran pendidikan khas adalah untuk menyesuaikan diri mereka menghadapi masayarakat serta mampu untuk menguruskan diri sendiri. Oleh itu, walaupun kanak-kanak ini diajar beberapa subjek pengajaran tetapi mereka tidak boleh untuk di ukur tahap kejayaan mereka.Pelajar hendaklah bersedia dari segi dalaman sepenuhnya, hal ini bermaksud seseorang pelajar pendidikan khas haruslah mempunyai kesediaan dalaman sepenuhnya untuk belajar. Namun begitu, tidak semua pelajar pendidikan khas mampu untuk bertindak seperti berkenaan kerana terdapatnya halangan fizikal mahupun emosi yang meng halang mereka untuk bertindak seperti pelajar dalam aliran arus perdana. Kemudiannya lagi, antara tanggapan negatif yang ada ialah pembinaan self esteem pelajar pendidikan khas adalah sepenuhnya dibawah taggungjawab guru. Ini merupakan satu kekangan yang tidak mampu untuk di bendung kerana kebanyakkan minda pelajar yang mengikuti pendidikan khas mempunyai kelemahan merendah diri yang tinggi. Bukannya mudah untuk membentuk peribadi seseorang supaya mereka berubah kepada yang lebih baik tambahan lagi kepada kanak-kanak pendidikan khas yang mempunyai banyak halangan yang merencatkan sesuatu P&P untuk berlaku secara berkesan. Pengajaran kepada pelajar pendidikan khas perlu 10

mempunyai tahap kesabaran yang tidak berbelah bahagi. Ya, memang ada benarnya dalam hal ini, namun begitu setiap insan membuat kesilapan dalam melaksanakan sesuatu perkara tambahan menghadapi mereka-mereka ini yang boleh dikategorikan sebagai lambat belajar. Seterusnya lagi adalah setiap kanak-kanak belajar secara berlainan daripada yang lain. Memang benar tanggapan tersebut, namun begitu kita tidak boleh untuk hanya menumpukan kepada satu murid secara berterusan tanpa melihat yang lainnya. Elektisme adalah baik serta seoarang guru yang baik adalah seorang guru yang kreatif juga merupakan antara tanggapan yang mempengaruhi P&P pendidikan khas.Penulis juga ada menyebut mengenai antara amalan yang tidak berjaya di antaranya ialah membiarkan pelajar untuk belajar sendiri tanpa mengajar atau memberi mereka rujukan. Manakala di antara cadangan penulis untuk menangani masalah ini adalah melalui memperkenalkan keistimewaan profesion pendidikan khas, menyelidik data dan menilai kebolehannya serta fokus kepada kepelbagaian. Kesimpulannya, sesetengah kanak-kanak mendapat pelbagai kelebihan dalam pendidikan khas kerana kerajaan sekarang menyediakan pelbagai frasarana yang baru dan terkini kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Mereka tidak pernah dipinggirkan malah semakin rancak penyelidikan yang dilakukan untuk menaiktaraf pendidikan khas di setiap negara.

Tajuk 3 : Kesan Kepada Gaya Pergerakan Amerika Afrika dalam Tindakan dan Tanggapan Guru Ulasan jurnal

Menurut penulis kajian ini dilakukan untuk mengkaji mengenai tanggapan guru terhadap tingkahlaku orang Amerika Afrika yang agak ganas dan pencapaian mereka serta keperluan kepada pendidikan khas berdasarkan pelajar Amerika Afrika kehidupan normal mereka di sana. Kajian ini dilakukan dengan melibatkan 136 orang guru sekolah menengah dengan menggunakan pendekatan melalui video serta soal selidik. Pencapaian akademik sekolah orang Amerika Afrika ini mulai meningkat apabila mereka mengganggap diri mereka sebagai seorang bukan Amerika Afrika dan juga melibatkan guru yang sentiasa memahami mengenai gaya hidup atau norma masyarakat di sana.  Apabila guru-guru di sana memahami gaya hidup mereka, maka mudahlah bagi mereka untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan guru. Guru yang memahami gaya hidup orang Amerika Afrika ini sentiasa mengekalkan tahap dan tanggapan yang baik 11

kepada pelajar-pelajar akademik.

disana

mengenai

sekolah,

tingkahlaku

dan persaingan

Mereka juga menyatakan keprihatinan mereka kepada pelajar-pelajar tersebut dengan menyokong persekitaran pembelajaran yang menunjukkan identiti budaya dan kejayaan prestasi akademik. Tanggapan negatif yang dilemparkan oleh guru-guru dari luar terhadap mereka mendatangkan masalah terhadap proses pembelajaran yang berlaku di sekolah. Seperti mana yang kita dapat lihat sendiri, apabila seseorang guru membuat satu tanggapan negatif terhadap seseorang murid disekolah pastinya berita tersebut akan sampai kepada guru -guru lain dan secara tidak lansung membuatkan pelajar tersebut dipandang serong walaupun pelajar tersebut mempunyai prestasi akademik yang cemerlang. Apatah lagi kalau kita lihat dengan lebih mendalam dalam aspek pendidikan khas. Hal ini kerana, pelajar pendidikan khas sudah semestinya mempunyai kekurangan sama ada dari segi fizikal mahupun intelek mereka, jika seorang guru turut bertindak untuk membiarkan hal ini terjadi maka tiada kesudahan terhadap hal pembelajaran mereka. Pelajar pendidikan khas turut mempunyai hak pembelajaran sama seperti pelajar dalam aliran arus perdana. Pergerakan tubuh badan atau bahasa tubuh badan pelajar Amerika Afrika ini sangat berlainan jika mahu dibandingkan tubuh badan pelajar-pelajar di Malaysia yang bertubuh sederhana dan ketinggian yang hampir sama. Namun begitu, berlainan dengan pelajar Amerika Afrika, mereka mempunyai susuk badan yang tegap, tinggi dan juga besar. Mereka juga mempunyai tingkahlaku yang agak kasar dan suara yang besar. Disebabkan oleh fizikal mereka inilah guru-guru daripada luar sering memberikan tanggapan negatif kerana bimbang akan norma hidup mereka yang agak kasar teresbut. Salah satu contoh yang diberikan oleh penulis melalui  jurnal ini adalah cara berjalan „stroll‟ dimana mereka ini tidak mempunyai gaya berjalan yang standard seperti orang lain yang menggunakan postur sedikit mencanggung dan mengheret kaki semasa berjalan. Tanggapan seseorang guru dianggap sebgai satu rujukan yang menafsirkan tingkahlaku akan datang atau pencapaian mereka pada masa akan datang berdasarkan pemerhatian guru -guru terhadap seseorang pelajar itu sendiri. Oleh itu, tindakan timbalbalik harus dilakukan oleh guru iaitu untuk memberikan satu tanggapan negatif kepada pelajar. Bagi kajian ini, seseorang guru haruslah menerima keadaan sebenar pelajar tersebut walaupun perlakuan mereka itu kadangkala kurang sesuai yang memungkinkan mereka kurang berjaya di dalam kelas biasa. Kajian yang dilakukan ini melibatkan seramai 136 guru daripada sekolah menengah, pita video serta soal selidik. Video yang disediakan oleh pengkaji adalah melibatkan 4 jenis video. Video-video tersebut dibahagikan kepada dua video yang mempunyai tujuan yang sama atau 12

perlakuan yang sama tetapi hanya berbeza bahan kajian di dalamnya. Pakaian, berat, tinggi, cara berjalan dan sifat sumber kajian dipilih secara sama atau lebih kurang supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan. Video yang dimainkan kepada responden sebelum itu telah disahkan oleh 5 pemerhati yang terdiri daripada psikologi pendidikan, konsultan perilaku pelajar, psikologi bersama berserta dua orang pentadbir pendidikan. Soal selidik pula disediakan berdasarkan senarai adjektif. Berdasarkan daripada hasil kajian didapati bahawa pencapaian pelajar  Amerika Afrika adalah lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar Eropah Afrika yang turut di gelar sebagai „stroll‟. Melalui hasil ini, boleh dibuktikan bahawa tanggapan yang baik terhadap mereka mampu meningkatkan prestasi pelajar  Amerika Afrika walaupun mempunyai mempunyai budaya yang berbeza daripada orang lain. Kesimpulannya, tanggapan terhadapa budaya hidup sesuatu bangsa adalah tidak seharusnya melebihi had yang ada. Hal ini kerana mereka hanya mempunyai perbezaan budaya walaupun agak ketara tetapi mereka tetap mempunyai akademik dan pelajaran yang sama seperti yang lainnya. Guru seharusnya memandang positif terhadap pelajar-pelajar Amerika Afrika kerana mereka mempunyai pencapaian akademik yang membanggakan walaupun selalu dipandang serong oleh pelbagai pihak kerana kewujudan diri serta budaya mereka yang agak kasar.

13

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF