Contoh Teks Ucapan Ringkas
December 24, 2016 | Author: Iruwan Amboragang | Category: N/A
Short Description
Download Contoh Teks Ucapan Ringkas...
Description
Teks juracara sempoi jeee….. :p Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para ibubapa yang hadir pada hari ini. Majlis kita akan dimulakan secara rasminya pada jam 1 petang ini. Kepada para ibubapa yang baru tiba, anda diminta untuk mendaftar di kaunter pendaftaran yang telah disediakan sementara menunggu majlis ini dimulakan. __________________________________________________________________ _ Assalammualaikum dan ribuan terima kasih di ucapkan kepada para ibu bapa diatas kesudian anda hadir ke Majlis Perasmian Penangguhan Program Transisi Tahun 1 bagi tahun 2014 Sk St Gabriel pada hari ini..
“Melayang serindit diatas permatang, Merbah berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara”
Tuan – tuan dan puan – puan, Bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dengan izin – Nya, dapat kita berkumpul di sini bagi menjayakan Majlis Perasmian Penangguhan Program Transisi Tahun 1 bagi tahun 2014 Sk St Gabriel. Bagi seluruh warga sekolah Sk St Gabriel, Majlis mengalu – alukan kehadiran tuan – tuan dan puan – puan ke majlis ini.
Semoga dengan kehadiran bermakna dan berseri.
semua,
maka
majlis
ini
lebih
Alhamdulillah, setelah berlangsung selama 4 minggu maka Proram Transisi Tahun 1 telahpun hampir ke penghujungnya. Bagi memulakan dan memuliakan majlis, marilah kita sama – sama menadah tangan memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan En. Jaini Matrin untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Jaini Matrin atas bacaan doa sebentar tadi.
Tuan – tuan dan Puan – puan, Tirai ucapan pada hari ini, dimulakan dengan ucapan alu – aluan daripada Penolong Kanan Kurikulum Sk St Gabriel. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn. Shf. Zalihah untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berusaha Pn. Shf. Zalihah atas ucapan sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sk St Gabriel. Untuk itu, dipersilakan Pn. Connie untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mengucapkan ribuan terimakasih kepada Pn. Connie atas ucapan sebentar tadi.
“Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi, Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami. Kini tibalah kita ke upacara yang dinantikan iaitu Ucapan Persmian Penangguhan Program Transisi Tahun 1 bagi sesi 2014. Untuk itu, majlis mempersilakan Guru Besar, Sk St Gabriel , En. Haji Ashmar Bin Labadu untuk menyampaikan ucapan perasmian penangguhan Program Transisi Sk St Gabriel bagi sesi 2014. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Haji Ashmar atas ucapan sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian, Sekarang marilah kita sama – sama saksikan persembahan dari murid – murid tahun 1 yang bertajuk “Kalau anda gembira” dibawah pimpinan Puan Madriaty Mohd. Dipersilakan. Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi , majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput Penyelaras Program LINUS Sk St Gabriel, Puan Madriaty Mohd. Untuk menyampaikan Taklimat Program Linus. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Madriaty Mohd. Di atas Taklimat yang telah diberikan sebentar tadi.
Seterusnya Majlis menjemput Pn. Nilmah Razif, Penyelaras KSSR Sk St Gabriel untuk menyampaikan Taklimat KSSR. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Nilmah Razif diatas Taklimat yang telah diberikan sebentar tadi. Hadirin – hadirat sekalian, Sekarang marilah kita sama – sama menyaksikan persembahan seterusnya daripada murid – murid tahun 1 Wira yang bertajuk “ Head and Shoulder” dan diikuti dengan persembahan murid – murid tahun 1 Putra yang bertajuk “ If you’re happy”. Kedua – dua persembahan ini adalah dibawah bimbingan Pn. Hanooriah Abdul Razak. Majlis dengan ini mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih diatas persembahan yang diberikan sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Pn. Ivy Golem Guru Pemulihan Sk St Gabriel untuk menyampaikan Taklimat Unit Pemulihan. Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas persembahan yang diberikan sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian, Adat tuan adat berserah, Mari datang membawa puan, Adat bersirih adat bersejarah,
Untuk tuan kami sembahkan. Marilah kita sama – sama menyaksikan persembahan seterusnya daripada murid – murid tahun satu yang bertajuk ______________dibawah pimpinan Ustazah Norzilah. Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas persembahan sebentar tadi.
Hadirin – hadirat sekalian, Kini tibalah kita ke acara yang dinanti nantikan iaitu pengumuman dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Sebelum itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ___________________ untuk menyampaikan hadiah. Bagi kategori murid terbaik, hadiah dimenangi oleh Adik Vince George Luting dari kelas 1 Wira. Majlis mempersilakan adik Vince untuk menerima hadiah. Bagi kategori Murid berpotensi, hadiah dimenangi oleh Adik Marina dari kelas 1 Putra. Majlis mempersilakan adik Marina untuk naik ke pentas menerima hadiah. Bagi kategori Murid tulisan cantik, hadiah dimenangi oleh Adik Dania dari kelas 1 putra. Majlis mempersilakan adik Dania untuk naik ke pentas menerima hadiah.
Dengan itu berakhirlah penyampaian hadiah kepada murid – murid bagi setiap kategori yang dinilai. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Guru SPBT Sk St Gabriel, En. Fong Chee Henn diatas taklimat khas
SPBT yang diberikan kepada murid – murid tahun 1. mempersilakan.
Majlis
Majlis seterusnya menjemput Guru Disiplin Sk St Gabriel, En. Aizat untuk menerima cenderahati diatas sumbangan beliau menyampaikan Taklimat Khas Disiplin kepada Murid – murid tahun 1. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan upacara pengalungan Rantai Tanda Nama Murid kepada semua murid tahun 1. Semua murid tahun satu diminta naik ke atas pentas. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn. Connie Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyempurnakan majlis pengalungan Rantai Tanda Nama kepada semua murid – murid tahun 1.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Connie diatas pengalungan Rantai nama murid sebentar tadi.
“Bunga dedap diatas para, Anak dusun pasanag pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Dengan berakhirnya Upacara pengalungan Rantai nama Murid keada murid – murid tahun satu sebentar tadi, maka majlis kita sudah sampai ke penghujungnya.
Bagi pihak Sekolah Sk St Gabriel, ampun dan maaf kami pinta atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang Program ini dijalankan. Sebelum kita berpisah, terimalah persembahan khas sempena bulan Maulidur Rasul daripada kumpulan _____________________ dibawah pimpinan En. Aizat Guru penasihat Kelab Kebudayaan dan Kesenian Sk St Gabriel. Majlis mempersilakan. Kepada ibubapa yang belum menyempurnakan proses pendaftaran, bolehlah berbuat demikian di meja pendafaran yang disediakan.
View more...
Comments