Contoh Surat Permohonan Elaun Bkns

August 15, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Contoh Surat Permohonan Elaun Bkns...

Description

 

Izzah Mardhiya binti Mohammad Isa, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan (Ipoh), Jalan Batu Bungkal, 30250 Ipoh, Perak Bahagian Biasiswa Dan Latihan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Tingkat 3, Wisma Perindustrian Jalan Istiadat, Likas, Beg Berkunci No. 2076 88999, Kota Kinabalu, Sabah.

3 Julai 2017

Tuan/Puan, MEMOHON ELAUN LATIHAN MENGAJAR BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH (BKNS)

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa saya: Nama

: IZZAH MARDHIYA BINTI MOHAMMAD ISA

No K/P

: 950322-12-6458 950322-12-6458  

No Kad Pelajar

: D20141066952

Program

: IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP) FIZIK DENGAN KEPUJIAN

 Adalah seorang pelajar Universiti Pendidikan Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan merupakan penerima Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS). 2. Saya merupakan pelajar semester 7 dan sedang berpraktikal di sebuah sekolah kluster di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan, Ipoh, Perak bermula 5 JULAI 2017 sehingga 30 Ogos 2017. 2017. Kemudian, saya juga telah terpilih untuk menjalani Latihan Mengajar di Luar Negara iaitu di sebuah sekolah di Surakarta, Indonesia dalam tempoh dua bulan iaitu 1 September 2017 sehingga 30 Oktober 2017. Tawaran berpraktikal di dalam dan luar Negara ini adalah di bawah tanggungjawab dan pemantauan daripada pihak Pusat Latihan Mengajar

 

UPSI (PULAMI) namun tiada sebarang elaun daripada badan tersebut untuk membantu kewangan pelajar praktikal. 3. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon pertimbangan dari pihak tuan dalam pemberian elaun latihan mengajar untuk semester ini. 4.

Pihak tuan boleh meneliti surat permohonan dan dokumen sokongan yang disertakan

bersama surat ini bagi tujuan rujukan. Untuk sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan bolehlah menghubungi saya di talian 013-5457581 ataupun melalui emel [email protected] [email protected]..

Kerjasama dan pertimbangan tuan amat dihargai. Sekian terima kasih.

Yang benar,

…………………………  (IZZAH MARDHIYA BINTI MOHAMMAD ISA) Pelajar Tajaan, Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Universiti Pendidikan Sultan Idris

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF