February 6, 2017 | Author: Fik Zainudin | Category: N/A
ini adalah contoh surat jemputan media untuk program...
Lot 31, Kg BaruPenarik, 22120 Setiu, Terengganu Darul Iman MALAYSIA Tel: 012-6277947/ 012-2341086
[email protected]
Senarai Lampiran, No. Rujukan: HG2013-90 Tarikh: 30 Ogos 2013
PENGARANG BERITA/KETUA PEMBERITA, JEMPUTAN LIPUTAN PROGRAM MENCIPTA REKOD, KOLAJ BATIK TERBESAR BERTEMAKAN SETIU WETLANDS UNTUK MALAYSIA BOOK OF RECORDS BERSEMPENA PROGRAM KENALI SETIU – Mari Berbudaya Setiu BERSEMPENA TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2013. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Hijau Group Event Management dengan kerjasama Penarik Inn, Noor Arfa Batik, Majlis Daerah Setiu, Kementerian Pelancongan dan Budaya, The Asean Youth Volunteer Programme (AYVP) akan menganjurkan Program mencipta rekod kolaj batik terbesar untuk Malaysia Book of Record. 2. Penglibatan ini melibatkan penyertaan lebih 1,000 orang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa universiti dan pelajar sekolah menengah yang terlibat. Ini adalah untuk memupuk semangat cintakan nilai-nilai budaya tradisional menerusi perpaduan antara kaum menerusi aktiviti sukan dan kebudayaan. 3. Sehubungan itu, Hijau Group dengan sukacitanya menjemput pihak Tuan untuk membuat liputan bagi program yang akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan Terengganu, YB Dato’ Mohd Jidin bin Shafee pada : Tarikh : 6 September 2013 (Jumaat) Masa : 8 pagi – 5 petang Tempat : Penarik Inn, Setiu Terengganu 4. Kerjasama dan sokongan pihak tuan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program, bolehlah menghubungi saya di talian 012-6277947 di alamat email:
[email protected] Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, ADLIN MOHD SAID (Pengasas dan Pengarah Projek) HIJAU Group
Lot 31, Kg BaruPenarik, 22120 Setiu, Terengganu Darul Iman MALAYSIA Tel: 012-6277947/ 012-2341086
[email protected]
SENARAI JEMPUTAN MEDIA RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM) TERENGGANU Jabatan Penyiaran Terengganu, Bukit Pak Apil, Jalan Air Jernih, Peti Surat 63, 20914 Kuala Terengganu BERITA HARIAN
Ketua Biro, Jabatan Pengarang, Berita Harian Kuala Terengganu, No 1107U, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu. UTUSAN MELAYU
Ketua Biro, Jabatan Pengarang, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin 55200 Kuala Lumpur SINAR FM Ketua Biro, Jabatan Pengarang,
SINAR fm, All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia, Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur SINAR HARIAN TERENGGANU Editor, Lot 2813, Block 2, Tingkat 1 Jalan Sultan Mahmud 20400 Kuala Terengganu Terengganu
Lot 31, Kg BaruPenarik, 22120 Setiu, Terengganu Darul Iman MALAYSIA Tel: 012-6277947/ 012-2341086
[email protected]
Aturcara Lengkap Program Mari Berbudaya Setiu 6 September 2013-Penarik Inn Masa 7.00am
Aktiviti Senaman Aerobik
8.00am
Set up booth
9.00am
> Tarik Upeh (8 – 15 tahun) > Kukur Nyior ( 15 – 50 tahun) > Gasing ( terbuka ) > Anyam ketupat ( terbuka ) > Boling padang ( terbuka ) > Memasak masakan tradisional (20 – 50 tahun )
11.00 am
Perasmian program Mari Berbudaya Setiu oleh Dato’ Mohd Jidin bin Shafee
12.30pm
Proses menyusun kolaj
2.00pm
Kolaj siap disusun untuk Malaysia Book Of Record
2.30pm
Sidang Akhbar
3.00pm
> Ayam Serama > Saringan Dikir Barat
4.30pm
Pertandingan Wau
5.30pm
Penyampaian Hadiah
6.00pm
Pertandingan Kayuh Perahu
8.00pm
Permainan Wayang Kulit
9.30pm
Pertandingan Dikir Barat
10.30pm
Penyampaian Hadiah dan Cabutan bertuah Akhir
Lot 31, Kg BaruPenarik, 22120 Setiu, Terengganu Darul Iman MALAYSIA Tel: 012-6277947/ 012-2341086
[email protected]
ATURCARA Mencipta Kolaj Batik Terbesar bertemakan Setiu Wetlands. 6 September 2013-Penarik Inn
Masa 11.15am
Aktiviti Tetamu kehormat, Dato’ Mohd Jidin merasmikan ciptaan kolaj batik
11.16am
Sukarelawan dibahagikan kepada 80 kumpulan. Mula mewarna batik.
11.30am 12.00pm 12.30pm 2.00pm
Tetamu kehormat dijemput bersama mewarna batik. Lunch VIP Mewarna tamat. Proses menyusun kolaj. Kolaj siap disusun untuk Malaysia Book Of Record
2.15pm
Sidang akhbar